Philips HD9741/10 user manual [ms]

Page 1
Siri HD9747 - HD9741
Manual pengguna
Page 2
2 BAHASA MELAYU
KANDUNGAN
Penting 3
Medan elektromagnet (EMF) 5
Pengenalan 6
Perihalan umum 6
Sebelum penggunaan pertama 8
Bersedia untuk menggunakan 8
Meletakkan bahagian bawah jaringan dan pengurang lemak 8 Meletakkan pemegang EasyClick 9 Jadual makanan 10 Jadual memasak untuk praset 12
Menggunakan perkakas 12
Menggoreng dengan Airfryer 12 Menukar suhu memasak semasa Menukar masa memasak semasa
Memilih mod praset 18 Memilih mod simpan panas 19
Membuat kentang jejari buatan sendiri 20
Pembersihan 22
Meja pembersihan 24
Penyimpanan 24
Mengitar semula 25
Jaminan dan sokongan 25
Menyelesaikan masalah 25
memasak 17
memasak 18
Page 3

Penting

Baca maklumat penting ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan untuk rujukan masa hadapan.
Bahaya
- Jangan sesekali tenggelamkan perkakas ke dalam air atau membilasnya di bawah air paip.
- Jangan biarkan sebarang air atau cecair lain masuk ke dalam perkakas untuk mengelakkan berlakunya kejutan elektrik.
- Masukkan ramuan yang akan digoreng di dalam bakul untuk mengelakkannya daripada tersentuh dengan elemen pemanasan.
- Jangan tutup bukaan saluran masuk udara dan saluran keluar udara semasa perkakas beroperasi.
- Jangan isi kuali dengan minyak kerana ia boleh menyebabkan bahaya kebakaran.
- Jangan gunakan perkakas jika palam, kord sesalur atau perkakas rosak.
- Jangan sentuh bahagian dalam perkakas semasa operasi.
- Jangan sekali-kali meletakkan jumlah makanan yang melebihi
paras maksimum yang dinyatakan dalam bakul.
- Sentiasa pastikan pemanas adalah bebas dan tiada makanan yang tersekat di dalam pemanas.
Amaran
- Jika kord sesalur rosak, kord mestilah digantikan oleh Philips, ejen servis atau pihak yang berkelayakan yang serupa untuk mengelakkan bahaya.
- Sambungkan perkakas hanya kepada soket dinding yang dibumikan. Sentiasa pastikan palam dimasukkan dengan rapi pada soket dinding.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk dikendalikan menggunakan pemasa luaran atau sistem kawalan jauh yang berasingan.
- Permukaan yang mudah dicapai mungkin menjadi panas sewaktu penggunaan.
- Kanak-kanak perlu diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi
zikal, deria atau mental atau kurang berpengalaman dan
pengetahuan, melainkan mereka telah diberikan pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
3BAHASA MELAYU
Page 4
4 BAHASA MELAYU
- Pembersihan dan penyelenggaraan tidak boleh dilakukan oleh
kanak-kanak tanpa pengawasan.
- Jangan sandarkan perkakas pada dinding atau perkakas lain. Tinggalkan ruang sekurang-kurangnya 10cm di bahagian belakang, di kedua-dua sisi dan di atas perkakas. Jangan letak apa jua item di atas perkakas.
- Semasa menggoreng dengan udara panas, stim panas akan dilepaskan melalui bukaan salur keluar udara. Kekalkan tangan dan muka anda pada jarak yang selamat dari stim dan dari bukaan saluran keluar udara. Juga, berhati-hati dengan stim dan udara panas semasa mengeluarkan kuali daripada perkakas.
- Jangan gunakan bahan yang ringan atau kertas bungkus di dalam perkakas.
- Penyimpanan ubi kentang: Suhu haruslah bersesuaian dengan jenis ubi kentang yang disimpan dan suhu haruslah 6°C ke atas untuk meminumkan risiko dedahan akrilamida dalam bahan makanan yang disediakan.
- Jangan letakkan perkakas di atas atau berdekatan dengan dapur gas panas atau semua jenis dapur elektrik dan plat masak elektrik atau ketuhar yang panas.
- Jangan isikan kuali dengan minyak.
- Perkakas ini direka bentuk untuk digunakan pada suhu
sekeliling antara 5°C hingga 40°C.
- Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur tempatan anda.
- Jauhkan kord sesalur dari permukaan yang panas.
- Jangan letak perkakas di atas atau berdekatan bahan yang
mudah terbakar seperti alas meja atau langsir.
- Jangan gunakan perkakas untuk apa-apa jua tujuan lain selain yang diterangkan dalam manual pengguna ini dan gunakan aksesori Philips yang asli sahaja.
- Jangan biarkan perkakas ini dikendalikan tanpa dijaga.
- Kuali, bakul dan pengurang lemak menjadi panas semasa dan
selepas penggunaan perkakas, kendalikan secara berhati-hati.
- Bersihkan bahagian yang akan bersentuhan dengan makanan sebersih-bersihnya sebelum anda menggunakan perkakas buat pertama kali. Rujuk arahan dalam manual.
Awas
- Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan biasa di rumah sahaja. Perkakas tidak dimaksudkan untuk digunakan dalam persekitaran seperti dapur kakitangan di kedai, pejabat, ladang atau persekitaran kerja yang lain. Perkakas juga tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh klien di hotel, motel, inap sarapan dan persekitaran kediaman lain.
Page 5
- Tanggalkan perkakas daripada bekalan kuasa setiap kali perkakas dibiarkan tanpa pengawasan dan sebelum memasang, menanggalkan bahagian, menyimpan atau membersihkan perkakas.
- Letak perkakas di atas permukaan mendatar yang rata dan stabil.
- Jika perkakas digunakan dengan cara yang tidak betul, atau untuk tujuan profesional atau separa profesional, atau jika ia tidak digunakan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, jaminan menjadi tidak sah dan Philips menolak sebarang liabiliti terhadap sebarang kerosakan yang berlaku.
- Kembalikan perkakas ke pusat servis yang dibenarkan oleh Philips setiap kali anda hendak mendapatkan pemeriksaan atau pembaikan. Jangan cuba baiki perkakas itu sendiri, jika tidak jaminannya menjadi tidak sah.
- Cabut palam perkakas selepas setiap penggunaan.
- Sejukkan perkakas selama lebih kurang 30 minit sebelum anda
menggunakan atau mencuci perkakas.
- Pastikan ramuan yang disediakan di dalam perkakas ini menjadi kuning keemasan dan bukan berwarna gelap atau coklat. Keluarkan sisa yang terbakar. Jangan goreng ubi kentang segar pada suhu melebihi 180°C (untuk mengurangkan penghasilan akrilamida).
5BAHASA MELAYU

Medan elektromagnet (EMF)

Perkakas Philips ini mematuhi semua piawaian dan peraturan berkaitan dengan pendedahan kepada medan elektromagnet.
Page 6
6 BAHASA MELAYU

Pengenalan

Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan
Philips! Untukmemanfaatkan sepenuhnya sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkanproduk anda di
www.philips.com/welcome.

Perihalan umum

1 Panel Kawalan
A. Butang suhu B. Penunjuk suhu C. Penunjuk masa D. Butang pemasa E. Butang kuasa Hidup/Mati F. Butang keep warm G. Penunjuk keep warm H. Praset: kentang goreng beku, paha ayam, ikan cop/
kutlet
I. Butang praset
2 Saluran masuk udara 3 Dail QuickControl 4 Kuali 5 Butang pelepas bakul 6 Pemegang EasyClick 7 Saluran keluar udara 8 Pembalut penyimpanan kord 9 Kord sesalur kuasa 10 Pengurang lemak 11 Bahagian bawah boleh alih 12 Bakul 13 Penunjuk MAX 14 Kuali pemanggang tidak melekat (HD9743 sahaja)
Page 7
7BAHASA MELAYU
AB CD
1
EFGHI
2
3
14
4
MAX
13
5
12
6
11
7
10
8
9
Page 8
8 BAHASA MELAYU
1

Sebelum penggunaan pertama

1 Tanggalkan semua bahan pembungkusan.
2 Tanggalkan pelekat atau label pada perkakas.
3 Cuci perkakas sepenuhnya sebelum menggunakannya
untuk kali pertama seperti yang ditunjukkan dalam jadual pembersihan.

Bersedia untuk menggunakan

Meletakkan bahagian bawah jaringan dan pengurang lemak

1 Keluarkan kuali daripada perkakas.
2 Letakkan kuali dan bakul di atas permukaan yang sesuai,
tekan butang lepas bakul dan angkat bakul keluar daripada kuali.
2
3 Masukkan cangkuk bahagian bawah jaringan ke dalam
slot pada bahagian bawah kanan bakul. Tekan bahagian
2
bawah jaringan sehingga terkunci pada kedudukannya (bunyi 'klik' pada kedua-dua sisi).
1
4 Letakkan pengurang lemak ke dalam kuali.
Page 9
Nota
• Apabila diletakkan dalam kuali, pastikan pengurang lemak diletakkan di bawah sokongan logam untuk bakul.
5 Letakkan bakul kembali ke dalam kuali.
6 Luncurkan kuali kembali ke dalam perkakas.
Nota
• Jangan gunakan kuali tanpa bakul di dalamnya.
9BAHASA MELAYU

Meletakkan pemegang EasyClick

Amaran
• Pastikan bakul dan pemegang sejuk setiap kali sebelum anda memasang atau menanggalkan pemegang EasyClick.
Nota
• Pemegang EasyClick juga boleh dipasang pada kuali pemanggang tidak melekat. Ini membantu anda membersihkan dan menyimpan perkakas dengan mudah.
Untuk memasang pemegang EasyClick:
1 Pegang bakul dengan satu tangan dan pegang pemegang
dengan tangan yang lain.
Page 10
10 BAHASA MELAYU
2
1
2 Luncurkan pemegang ke dalam bukaan pada bakul dari
bawah sehingga terkunci pada tempatnya (bunyi 'klik').
Untuk menanggalkan pemegang EasyClick:
1 Pegang bakul dengan satu tangan dan pegang pemegang
dengan tangan yang lain.
2 Tarik perlahan-lahan dengan jari anda pada tab lepas
berwarna merah sambil menarik pemegang ke bawah.

Jadual makanan

Jadual di bawah membantu anda memilih tetapan asas untuk jenis makanan yang anda ingin sediakan.
Nota
• Harap maklum bahawa tetapan ini merupakan cadangan. Oleh sebab
ramuannya berbeza-beza dari segi asal, saiz, bentuk serta jenama,
kami tidak dapat menjamin tetapan yang terbaik untuk ramuan anda.
Page 11
Min.-
Ramuan
Kentang goreng beku
Kentang goreng buatan sendiri (ketebalan 1 x 1 cm / 1/2 x 1/2)
Potongan kentang
Snek beku (cth. popia, nuget ayam)
Cop 100-500 11-18 200
Hamburger 100-500 10-15 160
Sosej 100-500 9-15 160
Paha ayam 100-500 15-22 180
Dada ayam 100-500 12-18 180
Quiche 300 20-25 160
Mun 80-300 8-13 180
Kek 200-400 15-25 160
Sayur campur 100-500 10-14 180
Roti/gulung prabakar
Roti/popia segar 100-500 15-30 180
Ikan 150-400 10-18 200
Kerang-kerangan 100-400 7-15 180
Schnitzel serdak
roti
maks. jumlah (gram)
200-800 11-23 180
200-800 13-26 180
200-800 16-30 180
100-400 8-12 200
50-200 3-8 200
100-300 9-17 180
Masa (minit)
Suhu (°C)
Goncang/ Balikkan
Kocak setengah jalan
Kocak setengah jalan
Kocak setengah jalan
Balikkan atau kocakkan apabila setengah masak
11BAHASA MELAYU
Maklumat tambahan
Rendam 30 min. di dalam air, keringkan dan tambahkan 1/2 sudu besar minyak.
Rendam 30 min. di dalam air, keringkan dan tambahkan 1/2 sudu besar minyak.
Rujuk arahan pada bungkusan snek untuk mendapatkan panduan memasak. Masa yang dibandingkan dengan ketuhar mesti dibahagi dua.
Gunakan dulang pembakar atau pinggan ketuhar.
Gunakan cawan
mun silikon yang
tahan panas.
Gunakan kuali pembakar.
Tambahkan minyak pada serdak roti.
Page 12
12 BAHASA MELAYU
Kentang goreng beku
Drumstick ayam
Ikan

Jadual memasak untuk praset

Gram yang dicetak dalam huruf tebal menunjukkan jumlah
makanan yang dicadangkan untuk praset. Jika anda memasak
jumlah yang berbeza, sesuaikan masa memasak sewajarnya. Anda
turut boleh menyesuaikan masa memasak mengikut cita rasa peribadi berkenaan tahap masak dan pemerangan makanan. Minit yang dicetak dalam huruf tebal menunjukkan masa memasak praset yang ditetapkan pada perkakas.
g min ˚C
150
400
600
300
450
600 750
200
400
600 800
11
18
23
17
20
23 26
13
16
19 22
180
180
200
Daging (kira-kira 2.5 cm tebal)
100
250
500
11
14
18

Menggunakan perkakas

Menggoreng dengan Airfryer

Awas
• Airfryer ini berfungsi dengan udara panas. Jangan isi kuali dengan minyak atau lemak untuk menggoreng.
• Jangan sentuh permukaan panas. Gunakan pemegang atau tombol. Hanya pegang kuali menggunakan pemegang bakul.
Produk ini untuk penggunaan di rumah sahaja.
Perkakas mungkin mengeluarkan sedikit asap apabila anda
menggunakannya pada kali pertama. Ini perkara biasa.
Perkakas tidak perlu dipanaskan terlebih dahulu.
1 Letakkan perkakas di atas permukaan yang stabil,
mendatar, rata dan tahan haba.
200
Page 13
Nota
• Jangan letak apa jua item di atas perkakas atau di sisi perkakas. Ini boleh mengganggu laluan udara dan hasil penggorengan.
Awas
• Jangan letakkan perkakas pada permukaan yang tidak tahan panas.
2 Tarik kord kuasa daripada kawasan penyimpanan kord.
3 Pasang plag pada saluran keluar dinding.
4 Keluarkan kuali daripada perkakas.
13BAHASA MELAYU
5 Letakkan ramuan ke dalam bakul.
Nota
• Airfryer boleh memasak pelbagai jenis ramuan. Rujuk 'Jadual makanan' untuk kuantiti yang betul dan anggaran masa memasak.
• Jangan melebihi jumlah yang ditunjukkan dalam bahagian 'Jadual makanan' atau mengisi bakul melebihi penunjuk 'MAX' memandangkan ini boleh menjejaskan hasil masakan.
• Jika anda ingin menyediakan pelbagai ramuan serentak, pastikan anda memeriksa masa memasak yang dicadangkan untuk ramuan
berbeza sebelum anda memasaknya serentak. Sebagai contoh,
kentang goreng dan paha goreng buatan sendiri boleh dimasak serentak kerana kedua-duanya memerlukan tetapan yang sama.
6 Luncurkan kuali kembali ke dalam perkakas.
Page 14
14 BAHASA MELAYU
Awas
• Jangan gunakan kuali tanpa bakul di dalamnya. Jika anda memanaskan perkakas tanpa bakul, guna sarung tangan ketuhar untuk membuka kuali. Sisi dan bahagian dalam kuali menjadi sangat panas.
• Jangan sentuh, kuali, pengurang lemak atau bakul semasa dan beberapa ketika selepas menggunakannya kerana ia sangat panas.
7 Tekan butang “Kuasa Hidup/Mati” untuk menghidupkan
perkakas.
8 Penunjuk suhu akan berkelip dan ditetapkan kepada
180°C secara lalai.
» Untuk menukar suhu, putarkan dail QuickControl.
» Untuk mengesahkan suhu, tolak dail QuickControl.
Page 15
9 Selepas suhu disahkan, penunjuk masa “- -“akan mula
berkelip.
» Untuk menukar masa memasak, putarkan dail
QuickControl.
» Untuk mengesahkan masa memasak, tolak dail
QuickControl.
10 Perkakas akan mula memasak selepas masa memasak
disahkan.
15BAHASA MELAYU
Petua
• Untuk menjeda proses memasak, tolak dail QuickControl. Untuk meneruskan proses memasak, tolak dail QuickControl.
Nota
Sesetengah ramuan perlu digoncang atau dikacau selepas separuh masa memasak (lihat 'Jadual makanan'). Untuk menggoncang ramuan, keluarkan kuali daripada perkakas dan goncang dalam sinki. Kemudian luncurkan kuali kembali ke dalam perkakas. Untuk mengurangkan berat, anda boleh mengeluarkan bakul
daripadakuali.
• Berhati-hati supaya tidak tertekan butang pelepas bakul sewaktu penggoncangan.
Page 16
16 BAHASA MELAYU
11 Apabila anda mendengar loceng pemasa, masa
persediaan yang ditetapkan telah tamat.
Nota
• Jika anda memasak beberapa kelompok ramuan berlemak (cth. paha ayam, sosej atau hamburger), minyak berlebihan atau lemak cair boleh berkumpul di dalam kuali di bawah pengurang lemak. Tuangkan minyak/lemak selepas setiap kelompok dan apabila anda mendapati minyak/lemak mengalir keluar daripada pengurang lemak.
12 Keluarkan kuali daripada perkakas dan letakkannya di
atas permukaan tahan panas
Nota
• Jika ramuan belum sedia lagi, hanya masukkan kuali kembali ke dalam perkakas dan tetapkan pemasa kepada beberapa minit lagi.
Awas
• Selepas proses memasak, kuali, pengurang lemak, bakul, perumah dalaman dan ramuan adalah panas. Bergantung pada jenis ramuan di dalam Airfryer, stim akan keluar daripada kuali.
1
13 Tekan butang pelepas bakul dan angkat bakul keluar
daripada kuali.
2
14 Masukkan kandungan ke dalam mangkuk atau pinggan.
Keluarkan bakul dengan ramuan daripada kuali untuk menghidangkannya kerana minyak panas atau lemak cair mungkin terkumpul di bahagian bawah kuali.
Petua
• Untuk mengeluarkan ramuan yang besar atau mudah rapuh, gunakan penyepit untuk mengangkat ramuan keluar daripada bakul.
Page 17
Nota
• Minyak berlebihan atau lemak cair daripada ramuan terkumpul pada
bahagian bawahkuali di bawah pengurang lemak.
• Bergantung pada ramuan memasak, anda haruslah menuang minyak atau lemak cair yang berlebihan dari kuali selepas menggoreng atau sebelum menggoncang atau menggantikan bakul di dalam kuali. Tempatkan bakul di atas permukaan tahan panas. Angkat kuali dari landasan dan letakkan pada permukaan yang tahan panas dengan memakai sarung tangan pelindung ketuhar. Keluarkan pengurang lemak dari kuali menggunakan penyepit berhujung getah dengan berhati-hati. Tuangkan minyak atau lemak cair berlebihan. Kembalikan pengurang lemak ke dalam kuali, kuali ke laci dan bakul ke kuali.
Apabila ramuan telah dimasak, Airfryer sedia untuk memasak ramuan lain dengan serta-merta.
17BAHASA MELAYU
Menukar suhu memasak semasa
memasak
1 Semasa memasak, tekan butang suhu.
» Untuk menukar suhu memasak, putarkan dail
QuickControl.
» Untuk mengesahkan suhu atau masa memasak, tolak dail
QuickControl.
Page 18
18 BAHASA MELAYU

Menukar masa memasak semasa memasak

1 Semasa memasak, tekan butang pemasa.
» Untuk menukar masa memasak, putarkan dail
QuickControl.
» Untuk mengesahkan masa memasak, tolak dail
QuickControl.

Memilih mod praset

1 Selepas perkakas dihidupkan, tekan butang praset.
» Penunjuk untuk kentang goreng beku akan mula berkelip.
Page 19
2 Putarkan dail QuickControl untuk memilih praset yang
anda perlukan.
3 olak dail QuickControl untuk mengesahkan praset.
» Suhu memasak akan dipaparkan pada skrin dan masa
memasak yang dicadangkan akan berkelip.
» Untuk menukar masa memasak, putarkan dail
QuickControl.
Nota
• Anda tidak boleh menukar suhu apabila menggunakan mod praset. Jika anda menekan butang suhu sewaktu memilih mod praset, perkakas akan keluar daripada mod praset.
19BAHASA MELAYU
4 Tolak dail QuickControl sekali lagi untuk mengesahkan
masa memasak dan perkakas akan mula memasak.
Petua
• Rujuk “Jadual memasak untuk praset” untuk mendapatkan masa memasak yang sesuai dan maklumat lanjut.

Memilih mod simpan panas

1 Tekan butang keep warm (anda boleh mengaktifkan mod
keep warm pada setiap tekanan).
» Lampu penunjuk keep warm akan bernyala. » Pemasa keep warm ditetapkan kepada 30minit.
Anda tidak boleh melaraskan masa keep warm. Untuk menghentikan mod keep warm, matikan perkakas.
Page 20
20 BAHASA MELAYU
Petua
• Jika makanan seperti kentang goreng menjadi kurang garing sewaktu mod keep warm, sila pendekkan masa keep warm dengan mematikan perkakas sebelum tamat masanya atau garingkan selama 2-3 minit pada suhu 180°C.
Nota
• Jika anda mengaktifkan mod keep warm sewaktu memasak, makanan anda akan kekal panas selama 30 minit selepas masa memasak tamat.
• Sewaktu mod keep warm, kipas dan pemanas di dalam perkakas akan dihidupkan dari masa ke masa.
• Mod keep warm direka bentuk untuk memastikan makanan anda kekal panas selepas dimasak di dalam Airfryer. Mod ini bukan untuk pemanasan semula.

Membuat kentang jejari buatan sendiri

Untuk membuat kentang jejari buatan sendiri yang sedap di dalam Airfryer:
- Pilih jenis ubi kentang yang sesuai untuk membuat kentang goreng, cth. ubi kentang segar dan agak berkanji.
- Sebaik-baiknya goreng ubi kentang maksimum 500 gram supaya kentang masak rata. Kentang jejari yang lebih besar biasanya tidak rangup berbanding dengan kentang jejari kecil.
- Goncang bakul 2-3 kali semasa proses menggoreng.
1 Kupas ubi kentang dan potong menjadi bentuk jejari
(ketebalan 1 x 1 cm / 1/2 x 1/2).
2 Rendamkannya ke dalam semangkuk air selama sekurang-
kurangnya 30 minit.
3 Kosongkan mangkuk dan keringkan jejari kentang dengan
tuala atau kertas tisu.
4 Letakkan setengah sudu besar minyak masak ke dalam
mangkuk, masukkan jejari kentang dan campurkan sehingga kentang disaluti minyak.
5 Keluarkan jejari kentang daripada mangkuk menggunakan
jari anda atau perkakas dapur yang berlubang supaya lebihan minyak tertinggal di dalam mangkuk.
Nota
• Jangan sengetkan mangkuk untuk meletakkan semua jejari kentang dalam bakul pada satu masa untuk mengelakkan minyak berlebihan masuk ke dalam kuali.
6 Letakkan jejari kentang ke dalam bakul.
Page 21
21BAHASA MELAYU
7 Goreng jejari kentang dan goncang bakul semasa proses
menggoreng. Goncang 2-3 kali jika anda menyediakan lebih daripada 400g kentang goreng.
Nota
• Rujuk bab “Jadual makanan” untuk mengetahui kuantiti dan masa memasak yang betul.
Menggunakan kuali pemanggang tidak melekat (HD9743 sahaja)
1 Ikut langkah 1 hingga 3 dalam bahagian 'Menggoreng
dengan Airfryer’.
1
2
2 Tekan butang pelepas bakul dan angkat bakul keluar
daripada kuali.
3 Pasang pemegang EasyClick pada kuali pemanggang tidak
melekat (lihat ‘Meletakkan pemegang EasyClick’).
4 Letakkan kuali pemanggang tidak melekat ke dalam kuali.
5 Letakkan ramuan ke atas kuali pemanggang tidak melekat.
6 Ikut langkah 6 hingga 13 dalam bahagian 'Menggoreng
dengan Airfryer’.
Page 22
22 BAHASA MELAYU

Pembersihan

Amaran
• Biarkan bakul, kuali, pengurang lemak dan bahagian dalam perkakas menjadi sejuk sepenuhnya sebelum anda membersihkannya.
• Jangan keluarkan menggunakan jari anda kerana lemak atau minyak panas terkumpul di bahagian bawah pengurang lemak.
• Kuali, bakul, pengurang lemak dan bahagian dalam perkakas mengandungi salutan tidak melekat. Jangan gunakan perkakas dapur logam atau bahan pencuci yang melelas kerana ini merosakkan salutan tidak melekat.
Bersihkan perkakas setiap kali selepas digunakan. Keluarkan minyak dan lemak daripada bahagian bawah kuali setiap kali selepas penggunaan.
1 Tekan butang Hidup/Mati untuk mematikan perkakas,
cabut plag daripada saluran keluar dinding dan biarkan perkakas menjadi sejuk selama 10 minit.
Petua
• Keluarkan kuali dan bakul untuk menyejukkan Airfryer dengan lebih cepat.
2 Keluarkan pengurang lemak dari kuali menggunakan
penyepit berhujung getah. Buang lemak cair atau minyak dari bahagian bawah kuali.
3 Bersihkan kuali, bakul, pengurang lemak dan aksesori
lain di dalam mesin basuh pinggan mangkuk. Anda boleh mencucinya dengan air panas, cecair pencuci dan span tidak melelas juga.
Page 23
23BAHASA MELAYU
Petua
• Jika sisa makanan melekat pada kuali, bakul, pengurang lemak atau aksesori lain, rendamkannya di dalam air panas dan cecair pencuci selama 10-15 minit. Merendam akan melonggarkan sisa makanan dan menjadikannya lebih mudah untuk ditanggalkan. Pastikan anda menggunakan cecair pencuci yang boleh melarutkan minyak. Jika terdapat kesan minyak pada kuali, bakul atau pengurang lemak dan anda tidak dapat membersihkannya dengan air panas dan cecair pencuci, gunakan cecair penyahgris.
• Jika perlu, sisa makanan yang melekat pada elemen pemanasan boleh ditanggalkan dengan berus berbulu lembut hingga sederhana. Jangan gunakan berus dawai besi atau berus berbulu keras kerana ini boleh merosakkan salutan pada elemen pemanasan.
4 Lap bahagian luar perkakas dan panel kawalan sahaja
menggunakan kain lembap.
5 Cuci elemen pemanasan menggunakan berus pencucian
untuk menanggalkan sisa makanan.
6 Cuci bahagian dalam perkakas dengan air panas dan span
yang tidak melelas
Page 24
24 BAHASA MELAYU

Meja pembersihan

Penyimpanan

1 Cabut plag perkakas dan biarkannya menjadi sejuk.
2 Pastikan semua bahagian bersih dan kering sebelum
menyimpan.
3 Gulungkan kord kuasa pada balutan kord kuasa.
Nota
• Pegang Airfryer secara mendatar setiap kali anda mengangkatnya. Pastikan anda turut memegang laci pada bahagian depan perkakas kerana laci boleh terkeluar daripada perkakas jika disengetkan ke bawah secara tidak sengaja. Ini boleh menyebabkan kerosakan pada laci.
• Pastikan bahagian Airfryer yang boleh dikeluarkan sebagai contoh, pemegang EasyClick, bahagian bawah jaringan yang boleh dikeluarkan dan lain-lain dipasang sebelum anda mengangkat atau menyimpan perkakas.
Page 25

Mengitar semula

- Simbol ini bermaksud bahawa produk ini tidak harus dibuang dengan sampah rumah biasa (2012/19/EU).
- Ikut peraturan negara anda untuk pengumpulan berasingan produk elektrik dan elektronik. Cara membuang yang betul akan membantu mencegah akibat negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia.

Jaminan dan sokongan

Jika anda memerlukan maklumat atau sokongan, sila lawati www.philips.com/support atau baca risalah jaminan sedunia yang berasingan.

Menyelesaikan masalah

Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang anda hadapi
dengan perkakas. Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah dengan maklumat di bawah, lawati www.philips.com/support
untuk mendapatkan senarai soalan lazim atau hubungi Pusat
Layanan Pelanggan di negara anda.
25BAHASA MELAYU
Masalah
Bahagian luar perkakas ini menjadi panas ketika digunakan.
Penyebab yang mungkin Penyelesaian
Bahagian luar perkakas menjadi panas kerana haba di dalam keluar ke dinding luar.
Ini perkara biasa. Semua pemegang, tombol dan butang yang anda perlu pegang semasa penggunaan akan kekal sejuk dan boleh dipegang.
Kuali, bakul, pengurang lemak, kuali pemanggang tidak melekat dan bahagian dalam perkakas sentiasa menjadi panas apabila perkakas dihidupkan untuk memastikan makanan dimasak secukupnya. Semua bahagian ini adalah panas.
Jika anda membiarkan perkakas hidup untuk jangka masa yang lama, sesetengah bahagian akan menjadi terlalu panas untuk dipegang. Bahagian ini ditandakan pada perkakas dengan ikon berikut:
Selagi anda mengetahui bahagian panas dan tidak menyentuhnya, perkakas ini selamat untuk digunakan.
Page 26
26 BAHASA MELAYU
Masalah
Kentang jejari buatan sendiri tidak masak seperti yang dijangka.
Airfryer tidak hidup.
Saya ternampak tompok mengelupas di dalam Airfryer saya.
Asap putih keluar dari perkakas.
Penyebab yang mungkin Penyelesaian
Anda tidak menggunakan jenis kentang yang betul.
Jumlah ramuan dalam bakul terlalu banyak.
Sesetengah jenis ramuan perlu digoncang pada separuh masa memasak.
Plag perkakas tidak dipasang.
Beberapa perkakas disambungkan kepada satu saluran keluar.
Sesetengah tompok kecil boleh muncul di dalam kuali Airfryer disebabkan sentuhan atau calaran tidak sengaja pada salutan (cth. semasa pembersihan dengan alat membersih kasar dan/atau semasa memasukkan bakul).
Anda sedang memasak ramuan berlemak dan pengurang lemak tidak dimasukkan ke dalam kuali.
Kuali masih mengandungi kesan berminyak daripada penggunaan sebelum ini.
Untuk mendapatkan hasil terbaik, gunakan ubi kentang segar dan agak berkanji. Jika anda perlu menyimpan ubi kentang, jangan simpan di dalam persekitaran yang sejuk seperti peti sejuk. Pilih ubi kentang yang pada pembungkusannya dinyatakan sesuai untuk menggoreng.
Ikut arahan dalam manual pengguna ini untuk menyediakan kentang goreng buatan sendiri (lihat 'Jadual makanan' atau muat turun Airfryer App yang percuma).
Ikut arahan dalam manual pengguna ini untuk menyediakan kentang goreng buatan sendiri (lihat 'Jadual makanan' atau muat turun Airfryer App yang percuma).
Apabila anda menghidupkan perkakas, penunjuk suhu akan mula berkelip pada paparan. Jika tiada maklumat yang dipaparkan, semak sama ada plag dimasukkan ke dalam salur keluar dengan betul.
Airfryer mempunyai wattan yang tinggi. Cuba gunakan saluran keluar yang
berbeza dan periksa us.
Anda boleh mengelakkan kerosakan dengan meletakkan bakul ke dalam kuali dengan betul. Jika anda memasukkan bakul dengan senget, bahagian sisinya boleh terkena dinding kuali dan menyebabkan kepingan kecil salutan mengelupas. Jika ini berlaku, sila ambil perhatian bahawa perkara ini tidak berbahaya kerana semua bahan yang digunakan selamat untuk makanan.
Tuang minyak atau lemak yang berlebihan daripada kuali, letakkan pengurang lemak di dalam kuali dan teruskan memasak.
Asap putih disebabkan kesan berminyak yang menjadi panas di dalam kuali. Bersihkan kuali dan bakul sepenuhnya setiap kali selepas penggunaan.
Page 27
27BAHASA MELAYU
Masalah
Paparan menunjukkan 5 tanda sempang sebagaimana ditunjukkan dalam gambar di bawah.
Penyebab yang mungkin Penyelesaian
Perapan, cecair atau air daging terpercik di dalam lemak cair atau minyak.
Lapisan serdak roti atau salutan tidak melekat dengan betul pada makanan.
Ciri keselamatan telah diaktifkan kerana perkakas terlalu panas.
Lap makanan menjadi kering sebelum meletakkannya di dalam bakul.
Kepingan kecil serdak roti di udara boleh menyebabkan asap putih. Tekan lapisan serdak roti atau salutan dengan betul pada makanan untuk memastikannya melekat.
Cabut palam perkakas dan biarkan perkakas sejuk selama 1 minit sebelum anda memasang plag sekali lagi.
Page 28
© 2022 Philips Domestic Appliances Holding B.V. Hak cipta terpelihara
Loading...