Jadual makanan 9
Menggoreng dengan Airfryer 11
Membuat kentang goreng buatan sendiri 13
Pembersihan 14
Meja pembersihan 16
Penyimpanan 16
Mengitar semula 16
Jaminan dan sokongan 16
Menyelesaikan masalah 17
Penting
Baca maklumat penting ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan untuk rujukan masa hadapan.
Bahaya
- Masukkan ramuan yang akan digoreng di dalam
bakul untuk mengelakkannya daripada tersentuh
dengan elemen pemanasan.
- Jangan tutup bukaan saluran masuk udara dan
saluran keluar udara semasa perkakas beroperasi.
- Jangan isi kuali dengan minyak kerana ia boleh
menyebabkan bahaya kebakaran.
- Jangan sekali-kali merendam perkakas di
dalam air atau sebarang cecair lain, ataupun
membilasnya di bawah paip.
- Jangan biarkan sebarang air atau cecair lain masuk
ke dalam perkakas untuk mengelakkan berlakunya
kejutan elektrik.
- Jangan sekali-kali meletakkan jumlah makanan
yang melebihi paras maksimum yang dinyatakan
dalam bakul.
- Jangan sentuh bahagian dalam perkakas semasa
operasi.
- Sentiasa pastikan pemanas adalah bebas dan
tiada makanan yang tersekat di dalam pemanas.
Amaran
- Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada
perkakas sepadan dengan voltan sesalur tempatan
anda.
- Jangan gunakan perkakas jika palam, kord sesalur
atau perkakas rosak.
- Jika kord sesalur kuasa rosak, ia mesti diganti oleh
Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips
ataupun pihak lain seumpamanya yang layak bagi
mengelakkan bahaya.
- Perkakas ini boleh digunakan oleh kanakkanak berumur 8 tahun ke atas dan orang yang
3BAHASA MELAYU
4BAHASA MELAYU
kurang keupayaan zikal, deria atau mental
atau kekurangan pengalaman dan pengetahuan
jika mereka diberikan pengawasan dan arahan
berkaitan penggunaan perkakas secara selamat
dan memahami bahaya yang mungkin berlaku.
Kanak-kanak tidak seharusnya bermain dengan
perkakas ini. Pembersihan dan penyelenggaraan
tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak melainkan
mereka berumur 8 tahun ke atas dan diawasi.
- Simpan perkakas dan kord perkakas jauh daripada
jangkauan kanak-kanak yang berumur di bawah 8
tahun.
- Jauhkan kord sesalur dari permukaan yang panas.
- Sambungkan perkakas hanya kepada soket
dinding yang dibumikan. Sentiasa pastikan palam
dimasukkan dengan rapi pada soket dinding.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk
dikendalikan menggunakan pemasa luaran atau
sistem kawalan jauh yang berasingan.
- Jangan sandarkan perkakas pada dinding atau
perkakas lain. Berikan sekurang-kurangnya jarak
10 cm di belakang dan sisi perkakas dan sekurangkurangnya 10 cm di atas perkakas. Jangan letak
apa jua item di atas perkakas.
- Jangan gunakan perkakas untuk sebarang tujuan
lain selain daripada yang diterangkan dalam
manual pengguna ini.
- Semasa menggoreng dengan udara panas, stim
panas akan dilepaskan melalui bukaan salur keluar
udara. Kekalkan tangan dan muka anda pada jarak
yang selamat dari stim dan dari bukaan saluran
keluar udara. Juga, berhati-hati dengan stim dan
udara panas semasa mengeluarkan kuali daripada
perkakas.
- Permukaan yang mudah dicapai mungkin menjadi
panas sewaktu penggunaan.
- Kuali, bakul dan aksesori di dalam Airfryer akan
menjadi panas sewaktu penggunaan. Berhati-hati
apabila anda mengendalikannya.
- Jangan letakkan perkakas di atas atau berdekatan
dengan dapur gas panas atau semua jenis dapur
elektrik dan plat masak elektrik atau ketuhar yang
panas.
- Jangan gunakan bahan yang ringan atau kertas
pembakar dalam perkakas.
- Jangan letak perkakas di atas atau berdekatan
bahan yang mudah terbakar seperti alas meja atau
langsir.
- Jangan biarkan perkakas ini dikendalikan tanpa
dijaga.
- Cabut palam perkakas jika anda melihat asap
gelap keluar dari perkakas. Tunggu sehingga asap
berhenti sebelum anda mengeluarkan kuali dari
perkakas.
- Penyimpanan ubi kentang: Suhu haruslah
bersesuaian dengan jenis ubi kentang yang
disimpan dan suhu haruslah 6°C ke atas untuk
meminumkan risiko dedahan akrilamida dalam
bahan makanan yang disediakan.
- Jangan pasang palam perkakas atau kendalikan
panel kawalan dengan tangan yang basah.
- Perkakas ini direka bentuk untuk digunakan pada
suhu sekeliling antara 5°C hingga 40°C.
Awas
- Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan
biasa di rumah sahaja. Perkakas tidak
dimaksudkan untuk digunakan dalam persekitaran
seperti dapur kakitangan di kedai, pejabat, ladang
atau persekitaran kerja yang lain. Perkakas juga
tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh klien
di hotel, motel, inap sarapan dan persekitaran
kediaman lain.
5BAHASA MELAYU
6BAHASA MELAYU
- Sentiasa kembalikan perkakas ke pusat servis
yang disahkan oleh Philips untuk mendapatkan
pemeriksaan atau pembaikan. Jangan cuba baiki
perkakas itu sendiri, jika tidak jaminannya menjadi
tidak sah.
- Jika perkakas digunakan dengan cara yang tidak
betul, atau untuk tujuan profesional atau separa
profesional, atau jika ia tidak digunakan mengikut
arahan dalam manual pengguna ini, jaminan
menjadi tidak sah dan Philips menolak sebarang
liabiliti terhadap sebarang kerosakan yang berlaku.
- Sentiasa letak dan gunakan perkakas pada
permukaan yang kering, stabil, rata dan mendatar.
- Cabut palam perkakas selepas setiap penggunaan.
- Biarkan perkakas menjadi sejuk selama kira-kira
30 minit sebelum anda mengendalikannya atau
membersihkannya.
- Pastikan ramuan yang disediakan di dalam
perkakas ini menjadi kuning keemasan dan
bukan berwarna gelap atau coklat. Keluarkan sisa
yang terbakar. Jangan goreng ubi kentang segar
pada suhu melebihi 180°C (untuk mengurangkan
penghasilan akrilamida).
- Berhati-hati apabila membersihkan kawasan
atas ruang memasak: Elemen pemanasan panas,
pinggir bahagian Logam.
- Pastikan makanan dimasak sepenuhnya di dalam
Airfryer.
- Pastikan anda mempunyai kawalan ke atas Airfryer
anda.
- Semasa memasak makanan berlemak, Airfryer
boleh mengeluarkan asap.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawaian dan peraturan berkaitan
dengan pendedahan kepada medan elektromagnet.
Loading...
+ 13 hidden pages
You need points to download manuals.
1 point = 1 manual.
You can buy points or you can get point for every manual you upload.