Menggunakan perkakas
Jangan sekali-kali biarkan pembuat sandwic berfungsi tanpa dijaga.
1 Masukkan plag ke dalam soket dinding (rajah 1).
Lampu hidup kuasa dan lampu pemanasan akan menyala.
2 Sediakan ramuan untuk sandwic bakar anda.
Bagi setiap sandwic, anda memerlukan dua keping roti dan inti yang sesuai. Di dalam bab 'Resipi
sandwic bakar', anda boleh mendapatkan cadangan inti.
3 Sapukan sedikit mentega pada permukaan roti yang bersentuhan dengan plat untuk
mendapatkan hasil perang keemasan yang sekata.
◗ Pembuat sandwic sedia untuk digunakan sebaik sahaja lampu pemanasan padam (rajah 2).
4 Letakkan dua keping roti dengan permukaan bersapu mentega bersentuhan dengan plat
bawah, sapukan inti pada roti dan letakkan dua lagi keping roti di atasnya, dengan permukaan
bersapu mentega menghadap ke atas (rajah 3).
Anda juga boleh membakar satu sandwic sahaja, jika anda mahu. Untuk memastikan lekapan yang
rapi, inti sepatutnya tidak disapukan terlalu hampir dengan pinggir kepingan roti.
5 Turunkan plat masak atas dengan berhati-hati ke atas roti sehingga mekanisme kunci
automatik mengancingkannya pada plat bawah (rajah 4).
B
Semasa proses memasak, lampu pemanasan menyala dan padam dari masa ke semasa sebagai
penunjuk bahawa unsur pemanas dihidupkan dan dimatikan untuk mengekalkan suhu yang betul.
6 Bukakan pembuat sandwic selepas 2-3 minit dan periksa sama ada sandwic sudah menjadi
perang keemasan.
Tempoh memasak bergantung kepada jenis roti dan inti, dan juga kerangupan dan kegelapan sandwic
bakar mengikut cita rasa anda.
7 Keluarkan sandwic (rajah 5).
Gunakan alatan kayu atau plastik (cth. spatula) untuk mengeluarkan sandwic bakar dari pembuat
sandwic. Jangan gunakan alatan dapur yang diperbuat daripada logam, yang tajam atau yang boleh
melelas.
8 Cabutkan plag perkakas selepas digunakan.
Petua
Gunakan imaginasi anda untuk mencipta inti lazat yang baru. Gabungkan ramuan asas seperti daging,
ikan, keju, sosej atau hirisan telur rebus dengan buah-buahan (cth. avokado, pisang, tangerin, epal dan
nanas) atau dengan sayuran (cth. tomato, timun, bawang, cendawan, lada dan gerkin). Anda pasti tidak
menyangka adunan ini begitu enak.
Anda juga boleh menambah perisa sandwic sebelum membakarnya, contohnya dengan serbuk kari,
serbuk paprika, lada pedas, daun bawang, daun ketumbar, sos biji sawi, sos tomato, inti siap, mentega
herba atau acar.
Inti sepatutnya tidak disapu terlalu hampir dengan pinggir kepingan roti. Jangan sekali-kali mengisi
sandwic dengan terlalu banyak inti kerana ini boleh menyebabkan inti melimpah keluar atau kedapan
menjadi kurang rapi.
Untuk mendapatkan hasil yang lebih rangup pada kedua-dua belah sandwic, anda boleh meletakkan
sandwic di atas rak logam (cth. rak penyejuk) selama separuh minit.
BAHASA MELAYU 11