4 Menghidupkan dan Mematikan 11
5 Pemasangan Saluran12
5.1 Kali Pertama untuk Memasang Saluran
5.2 Pasang Saluran Digital atau Analog
5.3 Antena
5.4 Pilihan Pemasangan Saluran
12
12
12
12
6 Saluran14
6.1 Perihal Saluran dan Menukar Saluran
6.2 Senarai Saluran
6.3 Menonton saluran
6.4 Saluran Kegemaran
6.5 TV Interaktif
14
14
15
16
16
7 Sambungkan Peranti18
7.1 Perihal Sambungan
7.2 Sistem Teater Rumah - HTS
7.3 Peranti Video
7.4 Peranti Audio
7.5 Pemacu Keras USB
7.6 Pemacu Kilat USB
7.7 Komputer
18
19
19
20
20
21
21
8 Bluetooth22
8.1 Apa Yang Anda Perlukan
8.2 Menggandingkan Peranti
8.3 Pilih Peranti
8.4 Namakan semula Peranti
8.5 Alih Keluar Peranti
22
22
22
22
22
9 Sambungkan Android TV anda24
9.1 Rangkaian dan Internet
9.2 Akaun Google
24
25
10 Aplikasi26
10.1 Mengenai Aplikasi
26
10.2 Google Play
10.3 Mulakan atau Hentikan Aplikasi
10.4 Uruskan Aplikasi
26
27
28
11 Sumber29
11.1 Beralih kepada peranti
29
12 Tetapan30
12.1 Tetapan Gambar
12.2 Tetapan Bunyi
12.3 Tetapan Kuasa
12.4 Pilihan Lanjutan
12.5 Tetapan lain
12.6 But Semula
12.7 Set Semula Kilang
12.8 Tetapan Jam dan Bahasa
12.9 Tetapan Kebolehaksesan
30
31
32
32
33
34
34
35
36
13 Ambilight37
13.1 Gaya Ambilight
13.2 Warna tersuai
13.3 Kecerahan dan Penepuan
13.4 Warna Dinding Di Belakang TV
13.5 TV Dimatikan
37
37
37
37
37
14 Video, Foto, Muzik & Teks38
14.1 Daripada Sambungan USB
14.2 Mainkan Video anda
14.3 Lihat Foto anda
14.4 Mainkan Muzik anda
14.5 Lihat Teks anda
38
38
38
39
39
15 Panduan TV40
15.1 Data Panduan TV
15.2 Menggunakan Panduan TV
40
40
16 Rakaman dan Syif Masa41
16.1 Pilihan Rakaman
16.2 Rakaman
16.3 Syif Masa
41
41
42
17 Telefon pintar dan Tablet43
17.1 Google Cast
43
18 Netflix44
19 Perisian45
19.1 Kemas Kini Perisian
19.2 Versi Perisian
19.3 Lesen Sumber Terbuka
45
45
45
20 Spesifikasi46
20.1 Persekitaran
20.2 Kuasa
20.3 Sistem Pengoperasian
20.4 Penerimaan
20.5 Jenis Paparan
20.6 Resolusi Input Paparan
20.7 Kesambungan
46
46
46
46
46
46
47
2
20.8 Bunyi
20.9 Multimedia
47
47
21 Bantuan dan Sokongan48
21.1 Daftar TV anda
21.2 Penyelesaian Masalah
21.3 Bantuan Dalam Talian
21.4 Sokongan dan Pembaikan
48
48
50
50
22 Keselamatan dan Layanan51
22.1 Keselamatan
22.2 Penjagaan Skrin
51
52
23 Terma Penggunaan54
24 Hak Cipta55
24.1 HDMI
24.2 Dolby Vision dan Dolby Atmos
24.3 DTS-HD
24.4 Wi-Fi Alliance
24.5 Kensington
24.6 Tanda Dagang Lain
25 Penafian berkenaan
55
55
55
55
55
55
56
perkhidmatan dan/atau perisian
yang ditawarkan oleh pihak ketiga
Katalog indeks57
3
1
item pada saluran Mainkan Seterusnya.
Skrin Utama
1.1
Skrin Utama dan Saluran
Pelancar Utama
Untuk benar-benar menikmati manfaat TV Android
anda, sambungkan TV ke Internet. Tekan Utama
pada alat kawalan jauh anda untuk mendapatkan
skrin Utama Android yang baharu. Seperti pada
telefon pintar atau tablet Android anda, skrin Utama
ialah pusat TV anda. Dari sini anda boleh memilih
rancangan yang mahu ditonton dengan melayari
pilihan hiburan daripada aplikasi dan TV langsung.
Skrin Utama anda mengandungi saluran yang
membolehkan anda meneroka kandungan hebat
daripada aplikasi kegemaran anda. Anda juga boleh
menambahkan saluran tambahan atau mencari
aplikasi baharu untuk mendapatkan lebih banyak
kandungan.
Skrin Utama disusun dalam saluran. Aplikasi boleh
mengisi cadangan mereka (jika tersedia) mengikut
pilihan mereka sendiri sebagai saluran individu dalam
skrin utama.
Aplikasi
Aplikasi kegemaran anda diletakkan pada baris
pertama. Baris ini mengandungi bilangan aplikasi
yang diprapasang. Urutan aplikasi ini adalah menurut
perjanjian perniagaan dengan pembekal
perkhidmatan kandungan. Anda juga boleh
menambahkan lebih banyak aplikasi sebagai
kegemaran daripada halaman Aplikasi seperti TV
Langsung dan MMP (MultiMediaPlayer). Halaman
Aplikasi boleh dibuka dengan mengklik ikon Aplikasi
di bahagian hujung kiri baris Aplikasi.
TV Langsung
Baris TV Langsung menunjukkan program yang
sedang berlangsung daripada saluran yang dipasang.
TV Langsung mengandungi sehingga 10 saluran
sebagai cadangan untuk anda memilih saluran TV.
Saluran pertama pada baris TV Langsung ialah
saluran yang anda tonton dan saluran berikut akan
menjadi saluran pada senarai kegemaran anda*.
* Nota: Jika masih ada lagi ruang pada baris TV
Langsung, saluran daripada sumber DTV (TV digital)
anda akan disertakan.
Saluran Mainkan Seterusnya
Saluran Filem & TV Google Play
Sewa filem atau rancangan TV pada saluran ini
daripada Filem & TV Google Play.
Saluran YouTube
Saluran ini mengandungi video YouTube yang
Disyorkan, Langganan atau Sohor Kini.
Sesuaikan saluran
Klik butang Sesuaikan saluran untuk menambahkan
atau mengalih keluar saluran daripada skrin Utama
anda.
Lihat juga www.support.google.com/androidtv
Mengakses tetapan daripada halaman Utama
Anda boleh mengakses menu Tetapan melalui ikon di
penjuru kanan bahagian atas.
Mengakses pemacu kilat USB daripada halaman
Utama
Untuk melihat fail daripada pemacu kilat USB, anda
perlu menambahkan aplikasi MMP
(MultiMediaPlayer) kepada halaman Utama terlebih
dahulu. Tekan Utama, klik ikon Aplikasi di bahagian
hujung kiri baris Aplikasi. Anda boleh menambahkan
aplikasi MMP daripada halaman Aplikasi.
Bar Sistem pada skrin Utama
Bar Sistem pada bahagian atas skrin Utama
mengandungi ciri berikut.
- Butang carian: untuk mencetus carian Google
menggunakan input suara* atau teks. Hasil carian dan
tertib paparan adalah berdasarkan perjanjian
perniagaan dengan pembekal perkhidmatan
kandungan.
- Pemberitahuan: untuk memberi anda mesej
tentang sistem Smart TV anda.
- Sumber input: untuk melancarkan senarai sumber
input dan beralih kepada mana-mana peranti yang
disambungkan.
- Tetapan: untuk mengakses menu semua tetapan
dan melaraskan tetapan TV.
- Jam: untuk menandakan jam sistem.
* Nota: Untuk memanfaatkan Google Assistant bagi
alat kawalan jauh tanpa mikrofon, sila gunakan
aplikasi Android TV Remote Control yang tersedia di
Google Play Store untuk Android dan Apple App
Store bagi peranti iOS.
Anda boleh memilih rancangan untuk ditonton
seterusnya melalui saluran Mainkan Seterusnya pada
skrin Utama. Sambung semula rancangan anda dan
dapatkan pemberitahuan tentang episod baharu
pada saluran Mainkan Seterusnya. Tekan dan tahan
Pilih filem atau rancangan TV untuk menambahkan
4
1.2
Buka skrin Utama
Untuk membuka skrin Utama dan melihat item...
1 - Tekan Utama.
2 - Pilih item dan tekan OK untuk memulakannya.
3 - Tekan Kembali secara berterusan atau
tekan Utama untuk kembali kepada skrin Utama.
Apabila membuka skrin Utama, main balik
aplikasi/kandungan latar akan dihentikan. Anda perlu
memilih aplikasi atau kandungan daripada skrin
Utama untuk teruskan.
1.3
Kemas Kini Skrin Utama
Anda mungkin menerima pemberitahuan kemas kini
daripada Google dan mendapati versi baharu
pelancar Utama sudah dipasang. Dengan pelancar
Utama yang baharu, skrin Utama TV anda akan
bertukar kepada gaya dan ciri baharu.
Sorotan baharu pada skrin utama anda
Dengan berbilang tab seperti Utama, Teroka, Aplikasi
dan Cari, anda boleh menemukan filem dan
rancangan daripada perkhidmatan dan aplikasi
popular anda. Log masuk ke Akaun Google anda
untuk mendapatkan cadangan yang diperibadikan
daripada perkhidmatan penstriman anda berdasarkan
rancangan yang pernah anda tonton dan minat anda.
Gaya baharu, navigasi baharu
Tentukan rancangan yang ingin ditonton seterusnya
dengan navigasi yang mudah digunakan. Semak
imbas cadangan yang diperibadikan untuk anda,
sambung tontonan anda di tempat anda berhenti
atau cari aplikasi tertentu menggunakan sistem tab
baharu dengan cepat.
Terokai cadangan yang diperibadikan
Semak imbas rancangan dan filem yang akan anda
suka dalam semua perkhidmatan media kegemaran
anda. Mulakan dengan mendaftar masuk ke Akaun
Google anda.
Dapatkan cadangan Google secara menyeluruh
Perkhidmatan anda disimpan dalam Akaun Google
anda supaya anda boleh mendapatkan cadangan
Google yang lebih baik secara menyeluruh.
5
2
Menyediakan
2.1
Baca Keselamatan
Baca arahan keselamatan terlebih dahulu sebelum
anda menggunakan TV.
Untuk membaca arahan keselamatan, buka bahagian
Keselamatan dan Penjagaan dalam manual Bantuan
ini untuk mendapatkan maklumat.
VESA MIS-F 300x300, M8 (Min.: 12mm, Maks.: 25mm)
• 75PUT79x6
VESA MIS-F 300x300, M8 (Min.: 12mm, Maks.: 25mm)
Awas
Pelekapan dinding TV memerlukan kemahiran
istimewa dan mestilah dilakukan oleh kakitangan
yang layak. Pelekapan dinding TV perlu menepati
standard keselamatan mengikut berat TV. Baca juga
langkah keselamatan sebelum meletakkan TV.
TP Vision Europe B.V. tidak bertanggungjawab atas
pelekapan yang tidak betul atau mana-mana
pelekapan yang mengakibatkan kemalangan atau
kecederaan.
2.2
Dirian TV dan Pelekapan
Dinding
Rak TV
Anda boleh menemui arahan untuk melekapkan rak
TV dalam Panduan Ringkas yang didatangkan
dengan TV. Sekiranya anda kehilangan panduan ini,
anda boleh muat turunnya
daripada www.philips.com/TVsupport.
Gunakan nombor model TV untuk mencari Panduan
Mula Pantas untuk dimuat turun.
Pelekapan Dinding
TV anda turut disediakan untuk pendakap lekapan
dinding yang mematuhi VESA (dijual berasingan).
Gunakan kod VESA berikut semasa membeli lekapan
dinding. . .
2.3
Petua Pelekapan
• Letakkan TV di tempat cahaya tidak memancar
secara terus ke skrin.
• Keadaan pencahayaan yang malap di dalam bilik
untuk kesan Ambilight yang terbaik.
• Jarak paling sesuai untuk menonton TV adalah 2
hingga 5 kali ganda daripada saiz skrin pepenjurunya.
Semasa duduk, mata anda perlu sama paras dengan
tengah-tengah skrin.
• Jika dilekapkan pada dinding, letakkan TV sehingga
15 cm jauh dari dinding.
• 50PUT79x6
VESA MIS-F 200x300, M6 (Min.: 10mm, Maks.:
16mm)
• 55PUT79x6
VESA MIS-F 200x300, M6 (Min.: 10mm, Maks.:
16mm)
• 65PUT79x6
VESA MIS-F 300x300, M6 (Min.: 12mm, Maks.:
20mm)
• 70PUT79x6
Nota:
Sila pastikan TV jauh dari sumber yang menghasilkan
debu dapur. Anda dicadangkan untuk membersihkan
habuk dengan kerap untuk mengelakkan habuk
masuk ke dalam TV.
2.4
Kabel Kuasa
• Masukkan kabel kuasa ke dalam
penyambung POWER di bahagian belakang TV.
• Pastikan kabel kuasa dimasukkan dengan selamat di
dalam penyambung.
• Pastikan bahawa palam kuasa, di dalam soket
dinding, boleh diakses pada bila-bila masa.
• Sentiasa tarik palam apabila anda menanggalkan
kabel kuasa, jangan sesekali tarik kabel
6
Walaupun TV ini mempunyai penggunaan kuasa
tunggu sedia yang sangat rendah, tanggalkan kabel
kuasa untuk menjimatkan tenaga jika anda tidak
menggunakan TV untuk tempoh yang lama.
2.5
Kabel Antena
Masukkan palam antena ke dalam soket Antena di
bahagian belakang TV.
Anda boleh menyambungkan antena anda atau
isyarat antena daripada sistem agihan antena.
Gunakan penyambung antena IEC Coax 75 Ohm RF.
Gunakan sambungan antena ini untuk isyarat input
digital atau analog antena.
7
3
Alat Kawalan Jauh
3.1
TV.
10 - Google Assistant™
Untuk melancarkan Google Assistant™.
Gambaran Keseluruhan
Kekunci
Atas
1 - Kuasa (Mod Tunggu Sedia / Hidup)
Untuk menghidupkan TV atau kembali ke Tunggu
Sedia.
2 - mikrofon VOICE
3 - Ambilight
Untuk memilih salah satu gaya Ambilight.
4 - Amazon Prime Video
Untuk melancarkan Aplikasi Amazon Prime Video.
5 - NETFLIX
Untuk melancarkan Aplikasi Netflix semasa TV
dihidupkan atau dalam mod tunggu sedia.
• Jika anda mempunyai langganan keahlian Netflix,
anda boleh menikmati Netflix pada TV ini. TV anda
perlu disambungkan ke Internet.
• Untuk membuka Netflix, tekan kekunci NETFLIX
untuk membuka Aplikasi Netflix. Anda boleh
membuka Netflix serta-merta daripada TV yang
sedang tunggu sedia.
6 - MENU
Untuk membuka Menu TV dengan fungsi TV biasa.
Tengah
1 - Kekunci OK
Untuk mengesahkan pemilihan atau tetapan. Untuk
membuka senarai saluran ketika menonton TV.
2 - Kembali
• Untuk kembali kepada menu sebelumnya atau
sumber TV.
• Untuk kembali kepada Aplikasi sebelumnya.
3 - Main Balik dan Rakam
• Mainkan, untuk main balik.
• Jeda, untuk menjeda main balik
• Henti, untuk menghentikan main balik
• Mandir, untuk memandir
• Mundar laju, untuk memundar laju
• Rakam, untuk mula merakam
4 - Kekunci warna
Ikut arahan pada skrin untuk memilih lebih banyak
pilihan atau operasi.
Tekan kekunci Biru pada skrin Utama untuk membuka
Bantuan.
5 - Kekunci navigasi
Untuk menavigasi ke atas, ke bawah, ke kiri atau ke
kanan.
7 - Google Play
Untuk melancarkan Aplikasi Google Play.
8 - YouTube
Untuk melancarkan Aplikasi YouTube.
9 - SOURCES / PAIR
• Untuk membuka atau menutup menu Sumber.
• Untuk menggandingkan alat kawalan jauh dengan
6 - Utama
Untuk membuka menu Utama.
7 - TV GUIDE
Untuk membuka atau menutup Panduan TV.
8
Bawah
1 - EXIT
Untuk keluar daripada menu semasa atau Aplikasi.
2 - Kelantangan
Tekan + atau - untuk melaraskan aras kelantangan.
3 - Kekunci nombor
Untuk memilih saluran secara terus.
4 - AD / INFO
AD - Untuk mengakses Perihal Audio dan togol untuk
menghidupkan dan mematikan.
INFO - Tekan beberapa ketika untuk membuka skrin
maklumat program.
5 - Saluran
Tekan + atau - untuk menukar ke saluran
seterusnya atau sebelumnya dalam senarai saluran.
Untuk membuka halaman seterusnya atau
sebelumnya dalam Teks/Teleteks.
kerlipan lampu kelihatan pada alat kawalan jauh.
Tindakan ini akan menggandingkan peranti.
Nota: 1 - Setelah alat kawalan jauh memasuki mod
penggandingan, gegelang penunjuk LED biru di
sekitar mikrofon pada bahagian hadapan alat
kawalan jauh akan mula berkelip.
2 - Alat kawalan jauh mestilah dekat dengan TV
(dalam jarak 1m jauh) semasa penggandingan untuk
memastikan penggandingan berjaya.
3 - Jika TV tidak melancarkan medan kawalan suara
apabila menekanGoogle Assistant™, maka
penggandingan tidak berjaya.
4 - Anda dinasihatkan untuk menunggu sehingga TV
telah bermula sepenuhnya dan melancarkan semua
proses latar sebelum mod penggandingan dimulakan,
kerana mesej gesaan yang mengandungi arahan
lanjut mungkin dipaparkan lambat dan ini boleh
menjejaskan prosedur penggandingan.
Berpasangan sekali lagi
Jika penggandingan dengan alat kawalan jauh hilang,
anda boleh menggandingkan TV dengan alat kawalan
jauh sekali lagi. Tekan kekunci PAIR sehingga
kerlipan lampu kelihatan pada alat kawalan jauh
untuk penggandingan.
Nyahganding
Tekan dan tahan kekunci 0 dan Redam pada alat
kawalan jauh sehingga kerlipan lampu kelihatan pada
alat kawalan jauh.
3.3
6 - Redam
Tekan untuk meredam bunyi atau memulihkan bunyi.
7 - SUBTITLE
Untuk membuka halaman Sari Kata.
3.2
Gandingkan Alat Kawalan
Jauh Anda dengan TV
Alat kawalan jauh ini menggunakan Bluetooth dan IR
(inframerah) untuk menghantar perintahnya ke TV.
• Anda boleh menggunakan alat kawalan jauh ini
melalui IR (inframerah) untuk kebanyakan
pengendalian.
• Untuk menggunakan pengendalian lanjutan seperti
carian suara dan papan kekunci alat kawalan jauh,
anda perlu menggandingkan (memautkan) TV
dengan alat kawalan jauh.
Apabila anda membuat pemasangan TV untuk kali
pertama, TV akan mengarahkan anda
menekan kekunci PAIR beberapa ketika sehingga
Carian Suara
Anda boleh mencari video, muzik atau apa sahaja di
Internet dengan menggunakan suara anda sahaja.
Anda boleh bertutur ke dalam mikrofon pada alat
kawalan jauh.
Anda perlu menggandingkan alat kawalan jauh
dengan TV sebelum menggunakan carian suara.
Untuk menggunakan Suara...
1 - Tekan Google Assistant™ pada alat kawalan
jauh, cahaya biru pada alat kawalan jauh akan
bernyala, medan carian akan dibuka dan mikrofon
akan menjadi aktif.
2 - Sebutkan perkara yang anda cari dengan sebutan
yang jelas. Anda boleh bertutur selama 10 saat
sebelum mikrofon dimatikan. Ia mungkin memakan
masa untuk hasil kelihatan.
3 - Dalam senarai hasil carian, anda boleh memilih
item yang anda mahu.
9
3.4
Penderia IR
TV boleh menerima perintah daripada alat kawalan
jauh yang menggunakan IR (inframerah) untuk
menghantar perintah. Jika anda menggunakan alat
kawalan jauh tersebut, sentiasa pastikan bahawa
anda menghalakan alat kawalan jauh ke penderia
inframerah di bahagian hadapan TV.
Amaran
Jangan letak objek di hadapan penderia IR TV kerana
objek itu boleh menyekat isyarat IR.
penggunaan.
3.6
Pembersihan
Alat kawalan jauh anda disapukan dengan lapisan
kalis calar.
Untuk membersihkan alat kawalan jauh, gunakan kain
lembap yang lembut. Jangan sekali-kali
menggunakan bahan seperti alkohol, bahan kimia
atau pencuci rumah pada alat kawalan jauh.
3.5
Bateri
Jika TV tidak memberi sebarang respons ketika
kekunci alat kawalan jauh ditekan, kemungkinan
bateri kehabisan.
Untuk menggantikan bateri, buka petak bateri di
bahagian belakang bawah pada alat kawalan jauh.
1 - Tolak penutup petak bateri ke arah yang
ditunjukkan oleh anak panah.
2 - Gantikan bateri lama dengan 2 bateri jenis
AAA-1.5V. Pastikan hujung + dan - bateri dibariskan
dengan betul.
3 - Letak semula penutup petak bateri dan tolaknya
kembali sehingga terkunci.
Alih keluar bateri jika anda tidak menggunakan alat
kawalan jauh buat masa yang lama.
Lupuskan bateri anda secara selamat mengikut
arahan akhir penggunaan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut,
dalam Bantuan, pilih Kata Kunci dan cari Akhir
10
4
Menghidupkan dan
Mematikan
Pastikan TV disambungkan ke sesalur kuasa AC.
Lampu penunjuk di bahagian bawah TV akan
bernyala.
Hidupkan
Tekan Kuasa pada alat kawalan jauh untuk
menghidupkan TV. Anda juga boleh menekan
kekunci kayu bedik yang kecil pada bahagian bawah
TV untuk menghidupkan TV sekiranya anda tidak
dapat mencari alat kawalan jauh atau bateri kosong.
Beralih kepada mod tunggu sedia
Untuk menukar TV kepada mod tunggu sedia,
tekan Kuasa pada alat kawalan jauh. Anda juga
boleh menekan kekunci kayu bedik yang kecil pada
bahagian bawah TV.
Dalam mod tunggu sedia, TV masih bersambung ke
sesalur kuasa tetapi menggunakan tenaga yang
sangat sedikit.
Untuk mematikan TV sepenuhnya, putuskan
sambungan palam kuasa.
Setiap kali anda memutuskan sambungan palam
kuasa, tarik palam kuasa dan bukan kordnya. Pastikan
anda sentiasa dapat mencapai palam kuasa, kord
kuasa dan soket alur keluar pada bila-bila masa.
11
5
5.3
Pemasangan
Saluran
5.1
Kali Pertama untuk
Memasang Saluran
Pasang saluran semasa pemasangan TV yang
pertama
Pada pemasangan TV yang pertama, anda boleh
mengikut arahan pada skrin untuk menetapkan
bahasa menu, sambungan rangkaian, mendaftar
masuk ke akaun Google, memilih negara anda dan
melengkapkan tetapan asas yang lain untuk TV.
Selain itu, anda juga boleh memasang saluran
semasa pemasangan TV yang pertama.
Untuk memasang saluran semasa pemasangan TV
yang pertama…
1 - Pemasangan TV yang pertama bermula daripada
skrin Selamat Datang dengan pilihan tetapan bahasa,
ikut arahan pada skrin untuk melengkapkan berbilang
tetapan TV sehingga bahagian pemasangan saluran.
2 - Pilih Saluran Digital dan Analog atau Saluran
Digital Sahaja untuk memasang saluran. Pilih Langkau
untuk melangkau pemasangan saluran.
3 - Ikut arahan pada skrin untuk melengkapkan salah
satu jenis pemasangan saluran sebagai pilihan anda.
Anda boleh memasang jenis pemasangan saluran
yang lain kemudian pada MENU > Pilihan
TV > Tetapan > Saluran.
Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang
pemasangan saluran, sila rujuk bahagian arahan
pemasangan yang berkenaan.
5.2
Pasang Saluran Digital atau
Analog
Apabila mengimbas dan memasang saluran, hanya
saluran sumber TV semasa akan diimbas. Jika sumber
TV semasa anda ialah DTV, maka pengimbasan
saluran digunakan pada saluran digital. Jika sumber
TV semasa anda ialah ATV, maka pengimbasan
saluran digunakan pada saluran analog.
Untuk menetapkan atau menukar sumber TV, tekan
SOURCES dan pilih DTV atau ATV.
Antena
Pemasangan Antena
Sila ambil perhatian bahawa sebelum memasang
saluran, terlebih dahulu anda perlu menukar Mod
Pemasangan Saluran kepada mod yang mahu anda
pasang. Untuk pemasangan saluran antena, anda
perlu menukar Mod Pemasangan Saluran kepada
Antena terlebih dahulu, kemudian memulakan
pemasangan.
Untuk memasang saluran Antena…
1 - Tekan Utama > Tetapan > Saluran > Mod
Pemasangan Saluran dan tekan OK.
2 - Pilih Antena, kemudian kembali ke Saluran.
3 - Pilih Saluran > Pengimbasan Saluran dan
tekan OK.
Secara alternatif, semasa menonton saluran TV, anda
boleh menjalankan pengimbasan saluran dengan...
MENU > Kekunci Navigasi ke atas
> Saluran > Saluran
5.4
Pilihan Pemasangan Saluran
Langkau Saluran
Anda boleh melangkau saluran yang tidak mahu
ditonton.
Untuk menetapkan saluran yang dilangkau...1 - Sewaktu menonton TV, tekan MENU > Pilihan TV
> Tetapan > Saluran > Saluran dan tekan OK.
2 - Pilih Langkau Saluran* dan tekan OK.
3 - Pilih saluran yang mahu dilangkau dan tekan OK.
Tanda semak ditunjukkan.
4 - Tekan Kembali berulang kali jika perlu, untuk
menutup menu.
* Nota: Anda tidak boleh melangkau saluran yang
sedang ditonton.
Edit Saluran
Anda boleh mengedit saluran daripada senarai
saluran.
Untuk mengedit saluran ...1 - Sewaktu menonton TV, tekan MENU > Pilihan TV
> Tetapan > Saluran > Saluran dan tekan OK.
2 - Pilih Edit Saluran dan tekan OK.
12
3 - Gunakan Kekunci navigasi untuk memilih
saluran dan tekan Kekunci kuning untuk Pilih.
4 - Edit nombor saluran* dan nama saluran.
5 - Tekan Kembali berulang kali jika perlu, untuk
menutup menu.
* Nota: Bergantung pada negara pemasangan atau
tetapan operator anda, pengeditan nombor saluran
tidak semestinya sentiasa tersedia.
Talaan Halus Saluran Analog
Saluran TV analog boleh ditala halus secara manual.
Untuk menala halus saluran...
1 - Sewaktu menonton TV, tekan MENU > Pilihan TV
> Tetapan > Saluran > Saluran dan tekan OK.
2 - Pilih Talaan Halus Saluran Analog dan
tekan OK.
3 - Anda boleh menala halus saluran.
4 - Tekan Kembali berulang kali jika perlu, untuk
menutup menu.
13
6
6.2
Saluran
6.1
Perihal Saluran dan Menukar
Saluran
Untuk menonton saluran TV
• Tekan SOURCES dan pilih DTV untuk menonton
saluran digital atau ATV untuk menonton saluran
analog.
• Secara alternatif, anda boleh Tekan Utama > TV
Langsung dan tekan OK untuk menonton saluran
sumber TV semasa. Jika TV Langsung tiada pada
baris Aplikasi, anda boleh menekan ikon + pada
hujung baris untuk menambahkan aplikasi.
Untuk menukar saluran TV
• Tekan Saluran + atau Saluran - untuk menukar
saluran.
• Jika anda mengetahui nombor saluran, taipkan
nombor dengan kekunci
nombor. Tekan OK selepas anda memasukkan
nombor untuk menukar saluran.
Untuk menukar saluran daripada senarai saluran
• Semasa menonton saluran TV, tekan OK untuk
membuka senarai saluran. Senarai saluran hanya
menyertakan saluran daripada sumber siaran semasa
seperti Antena atau Kabel .
• Untuk melihat senarai saluran yang berbeza
daripada sumber siaran lain, tekan MENU > Kekunci
Navigasi ke atas > Saluran > Saluran > Mod
Pemasangan Saluran dan pilih sumber siaran lain
yang mahu anda tonton saluran dan lihat senarai
saluran.
• Senarai saluran mungkin terdiri daripada beberapa
halaman berkenaan saluran. Untuk melihat halaman
seterusnya atau sebelumnya, ikut arahan pada skrin.
• Untuk menutup senarai saluran tanpa menukar
saluran, tekan Kembali.
Senarai Saluran
Mengenai Senarai Saluran
Selepas pemasangan saluran, saluran akan
dipaparkan pada senarai saluran. Saluran yang
dipaparkan dalam senarai Semua Saluran akan
disenaraikan berdasarkan sumber TV. Semua saluran
akan dipaparkan bersama nama saluran sekiranya
maklumat ini tersedia.
Dengan memilih senarai saluran, tekan Kekunci
navigasi ke atas atau ke bawah untuk memilih
saluran, kemudian tekan OK untuk menonton saluran
yang dipilih.
TV tidak akan berfungsi dengan baik dengan
beberapa operator televisyen digital dan jika
keperluan standard yang lengkap tidak dipenuhi.
Buka Senarai Saluran
Bersebelahan senarai semua saluran, anda boleh
memilih senarai yang ditapis atau anda boleh memilih
salah satu senarai kegemaran yang anda cipta.
Untuk membuka senarai saluran semasa…1 - Semasa menonton TV, tekan OK untuk
membuka senarai saluran semasa.
2 - Senarai saluran hanya menyertakan saluran
daripada sumber siaran semasa.
3 - Tekan Kembali untuk menutup senarai saluran.
Untuk menukar jenis senarai saluran…1 - Semasa menonton TV, tekan OK untuk
membuka senarai saluran semasa.
2 - Tekan Kekunci kuning untuk Pilih Lagi dan
kemudian pilih Pilih Jenis (contohnya, Siaran atau
Kegemaran) untuk menukar senarai saluran kepada
senarai pilihan anda dengan serta-merta.
3 - Tekan Kembali untuk menutup senarai saluran.
Saluran radio
Jika penyiaran digital tersedia, stesen radio digital
akan dipasang semasa pemasangan. Tukar ke saluran
radio sama seperti anda menukar ke saluran TV.
TV tidak akan berfungsi dengan baik dengan
beberapa operator televisyen digital dan jika
keperluan standard yang lengkap tidak dipenuhi.
Cari Saluran
Anda boleh mencari saluran untuk menemuinya
dalam senarai panjang saluran.
Untuk mencari saluran…1 - Tekan OK untuk membuka senarai saluran
semasa.
2 - Tekan Kekunci kuning untuk Pilih Lagi.
3 - Pilih Operasi > Cari dan tekan OK untuk
membuka medan teks. Anda boleh menggunakan
papan kekunci alat kawalan jauh (jika tersedia) atau
papan kekunci pada skrin untuk memasukkan teks.
4 - Masukkan nombor, nama atau bahagian nama
14
dan tekan OK. TV akan mencari nama saluran yang
sepadan dalam senarai yang anda pilih.
Kawalan Ibu Bapa
Hasil carian disenaraikan dengan jenis senarai saluran
semasa yang telah anda pilih (contohnya, Siaran atau
Kegemaran). Carian akan mengembalikan nama
saluran yang sepadan dengan hasil yang disusun
mengikut urutan abjad. Hasil carian hilang sebaik
sahaja anda memilih senarai saluran lain atau
menutup senarai dengan hasil carian.
Pengisihan Senarai Saluran
Anda boleh mengisih senarai saluran dengan semua
saluran. Anda boleh menetapkan senarai saluran
untuk menunjukkan saluran TV sahaja atau stesen
Radio sahaja. Untuk saluran Antena, anda boleh
menetapkan senarai untuk menunjukkan saluran
Percuma atau Berbayar.
Untuk menetapkan penapis pada senarai dengan
semua saluran…
1 - Tekan OK untuk membuka senarai saluran
semasa.
2 - Tekan Kekunci kuning untuk Pilih Lagi.
3 - Pilih Operasi > Isih dan tekan OK.
4 - Pilih penapis yang anda mahu dan tekan OK
untuk aktifkan. Nama penapis muncul sebagai
sebahagian daripada nama senarai saluran di
bahagian atas senarai saluran.
5 - Tekan Kembali untuk menutup senarai saluran.
6.3
Menonton saluran
Tala ke Saluran
Untuk mula menonton saluran TV, tekan SOURCES.
TV menala ke saluran terakhir yang anda tonton.
Sebagai alternatif, anda boleh memilih TV Langsung
daripada skrin Utama.
Tukar Saluran
Untuk menukar saluran, tekan Saluran
+ atau Saluran -.
Jika anda mengetahui nombor saluran, taipkan
nombor dengan kekunci nombor. Tekan OK selepas
anda memasukkan nombor untuk menukar saluran
serta-merta.
Anda juga boleh menala ke saluran daripada Senarai
Saluran dengan menekan OK.
Kunci dan Buka Kunci Saluran
Anda boleh mengunci saluran untuk mengelakkan
kanak-kanak daripada menonton saluran. Untuk
menonton saluran yang dikunci, anda perlu
memasukkan kod PIN 4 digit dahulu. Anda tidak
boleh mengunci program daripada peranti yang
disambungkan.
Untuk mengunci dan membuka kunci saluran…
1 - Tekan MENU > Tetapan > Saluran > Kawalan
Ibu Bapa dan tekan OK.
2 - Masukkan kod PIN anda jika perlu.
3 - Pilih Saluran Disekat dan tekan OK.
4 - Tekan Kekunci navigasi ke atas atau ke bawah
untuk memilih saluran yang anda mahu kunci atau
buka kunci dan tekan OK.
5 - Saluran yang dikunci akan ditandakan dengan
ikon kunci.
6 - Tekan Kembali berulang kali jika perlu, untuk
menutup menu.
Sekatan Program
Untuk menghalang kanak-kanak daripada menonton
program yang mungkin tidak sesuai mereka, anda
boleh menetapkan penilaian.
Saluran digital boleh menjadikan programnya dinilai.
Apabila penilaian program adalah sama atau lebih
daripada penilaian yang anda tetapkan, program
akan dikunci. Untuk menonton program yang dikunci,
anda perlu memasukkan kod PIN dahulu.
Untuk menetapkan penilaian…
1 - Tekan MENU > Tetapan > Saluran > Kawalan
Ibu Bapa dan tekan OK.
2 - Masukkan kod PIN anda jika perlu.
3 - Pilih Sekatan Program dan tekan OK.
4 - Pilih Hidup untuk menetapkan penilaian.
5 - Pilih Penilaian dan tekan OK.
6 - Tetapkan sekatan untuk anak anda.
7 - Tekan Kembali berulang kali jika perlu, untuk
menutup menu.
Untuk mematikan penilaian ibu bapa, pilih Tiada.
Bagaimanapun, di sesetengah negara anda perlu
menetapkan penilaian.
Untuk sesetengah penyiar/operator, TV hanya
mengunci program dengan penilaian yang lebih
tinggi. Penilaian ibu bapa ditetapkan untuk semua
saluran.
15
Input Disekat
Edit Senarai Kegemaran
Untuk mengelakkan penggunaan peranti yang
disambungkan, anda boleh mengunci sumber input.
Untuk menyambungkan sumber input yang dikunci,
anda perlu memasukkan kod PIN 4 digit dahulu.
Untuk mengunci atau membuka kunci sumber
input…
1 - Tekan MENU > Tetapan > Saluran > Kawalan
Ibu Bapa dan tekan OK.
2 - Masukkan kod PIN anda jika perlu.
3 - Pilih Input Disekat dan tekan OK.
4 - Tekan Kekunci navigasi ke atas atau ke bawah
untuk memilih sumber yang anda mahu kunci atau
buka kunci dan tekan OK.
5 - Sumber yang dikunci akan ditandakan dengan
ikon kunci.
6 - Tekan Kembali berulang kali jika perlu, untuk
menutup menu.
Tukar PIN
Tetapkan kod PIN baharu atau tetapkan semula. Kod
PIN digunakan untuk mengunci atau membuka kunci
saluran atau program.
1 - Tekan MENU > Tetapan > Saluran > Kawalan
Ibu Bapa dan tekan OK.
2 - Masukkan kod PIN anda jika perlu.
3 - Pilih Tukar PIN dan tekan OK.
4 - Masukkan kod PIN semasa dan kod PIN baharu.
5 - Tekan Kembali berulang kali jika perlu, untuk
menutup menu.
6.4
Saluran Kegemaran
Perihal Saluran Kegemaran
Dalam senarai saluran kegemaran, anda boleh
mengumpulkan saluran yang anda suka.
Anda boleh mencipta 4 senarai saluran kegemaran
yang berbeza untuk menukar saluran dengan mudah.
Untuk menambahkan saluran pada senarai
kegemaran…
1 - Semasa menonton TV, tekan OK untuk membuka
senarai saluran semasa.
2 - Tekan Kekunci navigasi ke atas atau ke bawah
untuk memilih saluran.
3 - Tekan Kekunci biru untuk menambahkan saluran
pada senarai kegemaran (senarai lalai ialah
Kegemaran1). Tekan Kekunci biru sekali lagi akan
mengalih keluar saluran daripada senarai kegemaran.
4 - Tekan Kembali untuk menutup menu.
Untuk mencipta senarai saluran kegemaran…1 - Semasa menonton TV, tekan OK untuk membuka
senarai saluran semasa.
2 - Tekan Kekunci kuning untuk Pilih Lagi.
3 - Pilih Pilih Jenis > Kegemaran kemudian tekan
Kekunci navigasi ke atas atau ke bawah untuk
memilih senarai Kegemaran1 hingga Kegemaran4
yang mahu anda tambahkan.
4 - Tekan Kekunci kuning untuk Pilih Lagi dan
kemudian pilih Pilih Jenis untuk menukar senarai
saluran kepada senarai pilihan anda.
5 - Tekan Kekunci biru untuk menambahkan
saluran pada senarai kegemaran yang baru anda
pilih. Tekan Kekunci biru sekali lagi akan mengalih
keluar saluran daripada senarai kegemaran.
6 - Tekan Kembali untuk menutup menu.
Untuk mengalihkan atau mengalih keluar saluran
daripada senarai kegemaran…
1 - Pilih senarai Kegemaran1 hingga Kegemaran4
yang mahu diedit.
2 - Tekan Kekunci kuning untuk Pilih Lagi.
3 - Pilih Operasi > Alih untuk mengalihkan
kedudukan saluran pada senarai saluran kegemaran.
4 - Pilih Operasi > Padam untuk mengalih keluar
saluran daripada senarai saluran kegemaran.
5 - Tekan Kembali berulang kali jika perlu, untuk
menutup menu.
Dengan memilih Senarai Kegemaran, tekan Kekunci
navigasi ke atas atau ke bawah untuk memilih
saluran, kemudian tekan OK untuk menonton saluran
yang dipilih.
6.5
TV Interaktif
Tentang iTV
Dengan TV interaktif, beberapa penyiar digital
menggabungkan program TV normal mereka dengan
halaman maklumat atau hiburan. Di sesetengah
halaman, anda boleh memberi respons terhadap
program atau mengundi, membeli-belah dalam talian
atau membayar program video atas permintaan.
TV Interaktif kadangkala dirujuk sebagai Teks Digital
16
atau butang Merah. Tetapi setiap sistem adalah
berbeza.
Lawati laman web Internet penyiar untuk
mendapatkan maklumat lanjut.
Apa Yang Anda Perlukan
TV Interaktif hanya tersedia pada saluran TV digital.
Untuk menikmati manfaat penuh TV Interaktif, anda
memerlukan sambungan Internet (jalur lebar)
berkelajuan tinggi ke TV.
HbbTV
Jika saluran TV menawarkan halaman HbbTV, anda
perlu menghidupkan HbbTV dahulu dalam tetapan
TV untuk melihat halaman.
Untuk menghidupkan sokongan HBBTV
MENU > Pilihan TV > Pilihan lanjutan > Tetapan
HbbTV
Gunakan iTV
Buka halaman iTV
Kebanyakan saluran yang menawarkan HbbTV atau
iTV menjemput anda untuk menekan kekunci warna
atau kekunci OK untuk membuka program interaktif
mereka.
Navigasi halaman iTV
Anda boleh menggunakan kekunci anak panah dan
warna, kekunci nombor dan kekunci Kembali untuk
menavigasi halaman iTV.
Anda boleh menggunakan
kekunci Mainkan, Jeda dan Henti untuk menonton
video dalam halaman iTV.
Tutup halaman iTV
Kebanyakan halaman iTV memaklumkan anda
kekunci yang perlu digunakan untuk menutup.
Untuk menutup halaman iTV, tukar kepada saluran TV
seterusnya dan tekan Kembali.
17
7
Sambungkan
Cakera Blu-ray. Turut dirujuk sebagai DRM
(Pengurusan Hak Digital).
Peranti
7.1
Perihal Sambungan
Panduan Ketersambungan
Sentiasa sambungkan peranti TV dengan sambungan
kualiti paling tinggi yang tersedia. Gunakan juga kabel
berkualiti baik untuk memastikan pemindahan
gambar dan bunyi yang baik.
Apabila anda menyambungkan peranti, TV
mengecam jenisnya dan memberikan nama jenis
yang betul kepada setiap peranti. Anda boleh
menukar nama jenis jika mahu. Jika nama jenis yang
betul untuk peranti ditetapkan, TV secara automatik
bertukar ke tetapan TV paling sesuai apabila anda
beralih ke peranti ini dalam menu Sumber.
HDMI ARC
Hanya sambungan HDMI 1 pada TV yang
mempunyai HDMI ARC (Saluran Audio Kembali).
Jika peranti tersebut, biasanya Sistem Teater Rumah
(HTS), turut mempunyai sambungan HDMI ARC,
sambungkan pada HDMI 1 pada TV ini. Dengan
sambungan HDMI ARC, anda tidak perlu
menyambungkan kabel audio tambahan yang
menghantar bunyi gambar TV ke HTS. Sambungan
HDMI ARC menggabungkan kedua-dua isyarat.
Port antena
Jika anda mempunyai Kotak set atas (penerima
digital) atau Perakam, sambungkan kabel antena
untuk menjalankan isyarat antena melalui Kotak set
atas dan/atau Perakam dahulu sebelum memasuki
TV. Melalui cara ini, antena dan Kotak set atas boleh
menghantar kemungkinan saluran tambahan ke
Perakam untuk merakam.
Port HDMI
Kualiti HDMI
Sambungan HDMI mempunyai kualiti gambar dan
bunyi yang terbaik. Satu kabel HDMI menggabungkan
isyarat video dan audio. Gunakan kabel HDMI untuk
isyarat TV Definisi Tinggi (HD).
Untuk pemindahan kualiti isyarat yang terbaik,
gunakan kabel HDMI berkelajuan Tinggi dan jangan
gunakan kabel HDMI yang lebih daripada 5 m.
Perlindungan salinan
Port HDMI menyokong HDCP 2.2 (Perlindungan
Kandungan Digital Lebar Jalur Tinggi). HDCP ialah
isyarat perlindungan salinan yang menghalang
penyalinan kandungan daripada cakera DVD atau
HDMI CEC
Sambungkan peranti yang serasi HDMI CEC kepada
TV anda, anda boleh mengendalikannya dengan alat
kawalan jauh TV.
HDMI CEC (Kawalan Elektronik Pengguna) perlu
dihidupkan pada TV dan peranti yang disambungkan.
Hidupkan CEC
Benarkan TV untuk mengawal peranti HDMI.
Utama > Tetapan > Keutamaan Peranti > Input >
Kawalan HDMI.
Automati peranti
Matikan peranti HDMI dengan TV.
Utama > Tetapan > Keutamaan Peranti > Input >
18
Loading...
+ 40 hidden pages
You need points to download manuals.
1 point = 1 manual.
You can buy points or you can get point for every manual you upload.