Philips 22PFT5403S/98, 22PFT5403/98 user manual [ms]

Page 1
Daftarkan produk anda dan dapatkan sokongan di
www.philips.com/welcome
22PFT54x3
MY Manual pengguna
Page 2
Produk elektrik dan elektronik ini mengandungi beberapa bahan berbahaya. Anda mungkin selamat untuk menggunakannya semasa tempoh penggunaan mesra alam dan sila serahkannya kepada sistem kitar semula selepas melebihi tempoh penggunaan mesra alam.
Perihalan indikatif bagi Peraturan Pentadbiran Kitar Semula untuk Sisa Produk Elektrik dan Elektronik
Untuk menjaga dan melindungi Bumi dengan cara yang lebih baik, sila patuhi undang-undang negara dan undang­undang terpakai berhubung dengan pengurusan kitar semula sisa produk elektrik dan elektronik apabila pengguna tidak lagi perlu menggunakan produk ini atau apabila produk telah mencapai akhir hayat produk.
Page 3
Isi kandungan
1 Amaran 2
2 Penting 3
Keselamatan 3
3 TV Anda 5
Alat Kawalan Jauh 5 Penggunaan alat kawalan jauh 6
4 Menggunakan TV anda 7
Menghidupkan atau mematikan TV 7 Menukar saluran 7 Menonton peranti tersambung 7 Melaraskan kelantangan TV 8
5 Maklumat produk 9
Resolusi paparan 9 Multimedia 9 Kuasa Output Audio 9 Resolusi terwujud 9 Penala / Penerimaan / Penghantaran 9 Alat Kawalan Jauh 9 Bekalan Kuasa 9 Pelekap TV yang disokong 9
Bahasa Melayu
6 Penyelesaian masalah 11
Masalah umum 11 Masalah saluran 11 Masalah gambar 11 Masalah bunyi 12 Masalah sambungan HDMI 12 Masalah sambungan komputer 12 Hubungi kami 12
Waranti 13
7
1MS
Page 4
1 Amaran
2018© TP Vision Europe B.V. Hak cipta terpelihara.
Spesikasi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa
notis. Tanda dagangan adalah harta Koninklijke Philips N.V atau pemiliknya masing-masing. TP Vision Europe B.V. berhak menukar produk pada bila-bila masa tanpa perlu melaraskan bekalan yang terdahulu dengan sewajarnya. Bahan di dalam manual ini dipercayai memadai untuk penggunaan yang dirancangkan bagi sistem. Jika produk, atau modul atau prosedur individunya digunakan untuk tujuan selain yang dinyatakan di sini, pengesahan kesahihan dan kesesuaiannya mesti diperoleh. TP Vision Europe B.V. menjamin bahawa bahan itu sendiri tidak melanggar sebarang paten Amerika Syarikat. Tiada jaminan lanjutan dinyatakan atau tersirat. TP Vision Europe B.V. tidak boleh dipertanggungjawabkan sama ada terhadap sebarang ralat dalam kandungan dokumen ini mahupun terhadap sebarang masalah yang berakibat daripada kandungan dalam dokumen ini. Ralat yang dilaporkan kepada Philips akan diadaptasi dan diterbitkan dalam laman web sokongan Philips dengan secepat mungkin.
Fius utama (/56)
TV ini dipasangkan dengan palam teracu yang
diluluskan. Jika perlu menggantikan us utama, us ini perlu digantikan dengan us yang sama nilainya seperti
yang dinyatakan pada palam (contoh, 10A).
1 Tanggalkan penutup us dan us. 2 Fius gantian perlu mematuhi BS 1362 dan
mempunyai tanda kelulusan ASTA. Jika us hilang,
hubungi penjual anda untuk mengesahkan jenis yang betul.
3 Pasangkan semula penutup us.
Hak cipta
®
Kensington dan Micro Saver ialah tanda dagangan AS berdaftar bagi syarikat ACCO World dengan pendaftaran yang dikeluarkan dan permohonan yang belum diluluskan di negara lain di seluruh dunia.
Terma waranti
Risiko kecederaan, kerosakan kepada TV atau
pembatalan waranti! Jangan cuba membaiki TV dengan sendiri.
Gunakan TV dan aksesori hanya untuk tujuan
yang dimaksudkan oleh pengeluar.
Tanda amaran yang dicetak pada bahagian
belakang TV menunjukkan risiko kejutan elektrik. Jangan sekali-kali tanggalkan penutup TV. Sentiasa hubungi Sokongan Pelanggan Philips untuk perkhidmatan atau pembaikan.
Sebarang pengendalian yang dilarang dengan
jelas dalam panduan ini, atau sebarang pelarasan dan prosedur pemasangan yang tidak disyorkan atau dibenarkan dalam manual ini akan membatalkan waranti.
Ciri-ciri piksel
Produk LCD/LED ini mempunyai bilangan piksel warna yang tinggi. Walaupun ia mengandungi piksel berkesan setinggi 99.999% atau lebih, bintik hitam atau titik lampu yang cerah (merah, hijau atau biru) mungkin akan kerap muncul pada skrin. Ini adalah sifat struktur paparan (dalam lingkungan standard industri
biasa) dan bukannya pincang tugas.
2 MS
HDMI, logo HDMI dan High-Denition Multimedia
Interface ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar HDMI licensing LLC di Amerika Syarikat dan negara lain. Semua tanda dagangan berdaftar dan tidak berdaftar yang lain ialah harta pemiliknya masing-masing.
Produk dikeluarkan di bawah lesen daripada Dolby Laboratories. Dolby, Dolby Audio dan simbol dua D ialah tanda dagangan berdaftar Dolby Laboratories.
Page 5
2 Penting
Baca dan fahami semua arahan sebelum anda menggunakan TV anda. Jika kerosakan adalah daripada kegagalan mematuhi peraturan, waranti tidak terpakai.
Keselamatan
Risiko terkena kejutan elektrik atau kebakaran!
Jangan sekali-kali dedahkan TV kepada hujan
atau air. Jangan sekali-kali letakkan bekas yang mengandungi cecair, seperti pasu, berhampiran dengan TV. Jika cecair tertumpah ke atas atau ke dalam TV, putuskan sambungan TV dari salur kuasa dengan serta-mer ta. Hubungi Penjagaan Pelanggan Philips supaya TV diperiksa sebelum digunakan.
Jangan sekali-kali letakkan TV, alat kawalan
jauh atau bateri berhampiran dengan nyalaan terbuka atau sumber haba yang lain, termasuk cahaya matahari terus.
Untuk menghalang api daripada merebak, jauhkan lilin atau nyalaan api lain dari TV, alat kawalan jauh dan bateri pada setiap masa.
Jangan sekali-kali masukkan objek ke dalam slot
pengalihan udara atau bukaan lain pada TV.
Apabila TV dipusingkan, pastikan tiada tekanan
dikenakan ke atas kord kuasa. Bebanan pada kord kuasa boleh melonggarkan sambungan dan mengakibatkan arka elektrik.
Untuk memutuskan sambungan TV daripada
kuasa utama, palam kuasa TV perlu ditanggalkan. Setiap kali memutuskan sambungan kuasa, tarik palam kuasa dan bukan kordnya. Pastikan anda sentiasa dapat mencapai palam kuasa, kord kuasa dan soket salur keluar pada bila-bila masa.
Plag kuasa berfungsi sebagai peranti pemutusan
sambungan kuasa dan mudah dikendalikan.
Risiko litar pintas atau kebakaran!
Jangan sekali-kali dedahkan alat kawalan jauh atau
bateri kepada hujan, air atau haba melampau.
Elakkan tekanan ke atas palam kuasa. Palam
kuasa yang longgar boleh mengakibatkan arka elektrik atau kebakaran.
Risiko kecederaan atau kerosakan kepada TV!
Dua orang diperlukan untuk mengangkat dan
membawa TV yang beratnya melebihi 25 kg atau 55 paun.
Semasa melekapkan TV secara berdiri, gunakan
dirian yang dibekalkan sahaja. Kukuhkan dirian kepada TV dengan ketat. Letakkan TV di atas permukaan yang rata dan mendatar yang boleh menyokong jumlah berat TV dan dirian.
Semasa melekapkan TV kepada dinding, hanya
gunakan lekapan dinding yang boleh menyokong berat TV. Lekatkan lekapan dinding pada dinding yang boleh menyokong jumlah berat TV dan lekapan dinding. TP Vision Europe B.V. tidak bertanggungjawab terhadap lekapan dinding yang tidak betul yang mengakibatkan kemalangan, kecederaan atau kerosakan.
Jika anda perlu menyimpan TV, pisahkan bahagian
dirian daripada TV. Jangan sekali-kali baringkan TV semasa dirian terpasang.
Sebelum anda menyambungkan TV ke salur
keluar kuasa, pastikan voltan kuasa menyamai nilai yang tercetak di bahagian belakang TV. Jangan sekali-kali sambungkan TV ke salur keluar kuasa jika voltan berbeza.
Beberapa bahagian produk ini diperbuat daripada
kaca. Berhati-hati semasa mengendalikannya untuk mengelakkan kecederaan dan kerosakan.
Risiko kecederaan kepada kanak-kanak!
Ikuti langkah berjaga-jaga berikut untuk mengelakkan TV daripada terbalik dan mengakibatkan kecederaan kepada kanak-kanak:
Jangan sekali-kali letakkan TV di atas permukaan yang
beralaskan kain atau bahan lain yang boleh ditarik.
Pastikan tiada bahagian TV yang tergantung di
tepi permukaannya.
Jangan sekali-kali letakkan TV di atas
perabot yang tinggi (seperti rak buku) tanpa menambatkan perabot dan TV kepada dinding atau sokongan yang sesuai.
Beritahu kanak-kanak tentang bahaya memanjat
perabot untuk mencapai TV.
Risiko tertelan bateri!
Produk/alat kawalan jauh mengandungi bateri
jenis syiling, yang boleh ditelan. Jauhkan bateri daripada jangkauan kanak-kanak pada setiap masa!
Risiko panas melampau!
Jangan sekali-kali pasang TV di ruang yang sempit.
Sentiasa tinggalkan ruang sekurang-kurangnya 4 inci atau 10 cm di sekeliling TV untuk pengalihan udara. Pastikan langsir atau objek lain tidak menutupi slot pengalihan udara pada TV.
Bahasa Melayu
3MS
Page 6
Risiko kecederaan, kebakaran atau kerosakan kord kuasa!
Jangan sekali-kali letakkan TV atau sebarang
objek lain di atas kord kuasa.
Putuskan sambungan TV daripada salur keluar
kuasa dan antena sebelum berlaku ribut petir. Semasa berlaku ribut petir, jangan sentuh sebarang bahagian TV, kord kuasa atau kabel antena.
Risiko kerosakan pendengaran!
Elakkan daripada menggunakan fon telinga atau
fon kepala pada kelantangan yang tinggi atau untuk jangka masa yang panjang.
Suhu rendah
Jika TV dipindahkan pada suhu di bawah 5°C
atau 41°F, keluarkan TV dan tunggu sehingga suhu TV sama dengan suhu bilik sebelum menyambungkan TV ke salur keluar kuasa.
Memaparkan imej tidak bergerak daripada
permainan video atau komputer untuk jangka masa yang panjang boleh mengakibatkan imej tinggal separa dan kemunculan imej siluman berpunca daripada skrin terbakar. Kurangkan kecerahan dan kontras skrin dengan sewajarnya
apabila menggunakan TV dalam cara ini.
Imej siluman, imej tinggal separa dan kesan lain yang timbul pada skrin TV akibat daripada perkara yang dinyatakan di atas adalah tidak dilindungi oleh waranti.
Kitar Semula
Penjagaan skrin
Elakkan imej tidak bergerak sebanyak mungkin.
Imej tidak bergerak ialah imej yang kekal pada skrin untuk jangka masa yang panjang. Contoh: menu pada skrin, bar hitam dan paparan masa. Jika anda mesti menggunakan imej tidak bergerak, kurangkan kontras dan kecerahan skrin untuk mengelakkan kerosakan skrin.
Cabut palam TV sebelum melakukan pembersihan.
Bersihkan TV dan bingkai dengan kain
yang lembut dan lembap. Jangan sekali-kali menggunakan bahan seperti alkohol, bahan kimia atau pencuci rumah pada TV.
Risiko kerosakan pada skrin TV! Jangan sekali-kali
menyentuh, menolak, menggosok atau memukul skrin dengan sebarang objek.
Untuk mengelakkan kecacatan dan kelunturan
warna, lap titisan air dengan secepat mungkin.
Nota
Imej tidak bergerak boleh menyebabkan kerosakan kekal pada skrin TV.
Jangan paparkan imej tidak bergerak pada skrin
LCD melebihi dua jam kerana ini mungkin menyebabkan imej siluman. Untuk mencegah masalah ini, kurangkan kecerahan dan kontras skrin.
Melihat program dalam format 4:3 untuk jangka
masa yang panjang boleh meninggalkan kesan yang berbeza di tepi kiri dan kanan skrin serta sempadan imej. Elakkan daripada menggunakan mod ini untuk jangka masa yang panjang.
Produk anda direka bentuk dan dikilangkan dengan bahan dan komponen yang berkualiti tinggi yang boleh dikitar semula dan digunakan semula.
Apabila simbol tong beroda yang dipangkah dilekatkan pada produk, ia bermakna produk dilindungi oleh European Directive 2012/96/EU. Sila ambil tahu tentang sistem pengumpulan berasingan setempat untuk produk elektrik dan elektronik. Sila bertindak menurut peraturan setempat anda dan jangan buang produk lama anda dengan sisa rumah yang biasa. Pembuangan produk lama anda yang betul membantu untuk mencegah akibat negatif yang berpotensi terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia.
Produk anda mengandungi bateri yang diliputi oleh European Directive 2006/66/EC, yang tidak boleh dilupuskan bersama dengan sisa rumah yang biasa. Sila ambil tahu tentang peraturan setempat mengenai pengumpulan berasingan bateri kerana pembuangan yang betul membantu untuk mencegah akibat negatif yang berpotensi terhadap alam sekitar dan kesihatan
manusia.
4 MS
Page 7
3 TV Anda
15
16
17
18
19
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan TV anda di www.philips.com/welcome.
Alat Kawalan Jauh
22
21
20
SOURCES EXIT
14
a (Tunggu Sedia)
Menghidupkan TV atau kepada tunggu sedia.
SETUP
FORMAT
OPTIONSINFO
LISTBACK
10
11
12
13
b Butang main
Mengawal video, muzik atau teks.
c FORMAT
Menukar format gambar.
d (Rumah)
Mengakses atau keluar dari menu utama dan kembali ke menu yang sebelumnya.
EXIT
e
Bertukar kepada TV.
f OPTIONS
1
Dalam mod TV, tekan kekunci Pilihan untuk memaparkan menu Audio.
Bahasa Melayu
g (Butang navigasi)
2
3 4
5
Menavigasi melalui menu dan memilih item.
h OK
Mengesahkan entri atau pilihan.
i LIST
Mengakses atau keluar dari senarai saluran TV.
j CH +/- (Saluran +/-)
6
7
8
9
Menukar saluran; skrol ke atas/ke bawah melalui pilihan dalam mod USB.
k (Bisu)
Membisukan atau memulihkan audio.
l 0-9 (Butang angka)
Memilih saluran.
m TEXT
Mendayakan atau menyahdayakan teletext.
n SUBTITLE
Pilih Sari Kata.
o +/- (Kelantangan)
Melaraskan kelantangan.
p (Back)
Kembali ke menu sebelumnya atau keluar dari fungsi tertentu dan beralih kepada saluran sebelumnya.
q INFO
Memaparkan maklumat tentang aktiviti semasa.
r Butang warna
Memilih tugas atau pilihan.
5MS
Page 8
s SOURCES
Memilih peranti tersambung
SETUP
t
Mengakses menu persediaan TV.
TV GUIDE
u
Akses atau keluar dari panduan TV.
Merah
v
Fungsi rakamani
.
Penggunaan alat kawalan jauh
Apabila anda menggunakan alat kawalan jauh, dekatkannya dengan TV dan tunjukkannya pada pengesan alat kawalan jauh. Pastikan garis penglihatan di antara alat kawalan jauh dengan TV tidak terhalang oleh perabot, dinding atau objek lain.
5m
30
6 MS
Page 9
4 Menggunakan TV
Menukar saluran
anda
Bahagian ini membantu anda melaksanakan operasi asas TV.
Menghidupkan atau mematikan TV
Petunjuk tunggu sedia
Untuk menghidupkan
Pasangkan palam kuasa.
» Jika petunjuk tunggu sedia berwarna merah,
tekan (Tunggu Sedia-Hidup) pada alat kawalan jauh.
Untuk bertukar kepada tunggu sedia
Tekan (Tunggu Sedia-Hidup) pada alat kawalan
jauh.
» Petunjuk tunggu sedia bertukar menjadi merah.
Tekan CH +/- pada alat kawalan jauh.
Masukkan nombor saluran menggunakan butang
angka pada alat kawalan jauh.
Tekan pada alat kawalan jauh untuk bertukar
dan kembali ke saluran yang sebelumnya.
Melihat saluran terpasang
Anda boleh melihat semua saluran yang tersedia pada senarai saluran.
LIST
1 Tekan LIST.
» Senarai saluran muncul.
2 Tekan untuk memilih saluran dan semak
lalu senarai saluran.
3 Tekan OK untuk menonton saluran terpilih. 4 Tekan untuk bertukar dan menyambung
semula saluran.
Menonton peranti tersambung
Bahasa Melayu
Petua
• Walaupun TV anda menggunakan kuasa yang sangat sedikit
semasa dalam mod tunggu sedia, tenaga terus digunakan. Apabila tidak digunakan untuk jangka masa yang panjang, cabutkan kabel kuasa TV dari salur keluar kuasa.
Nota
• Hidupkan peranti sebelum memilihnya sebagai sumber
isyarat luaran.
7MS
Page 10
Menggunakan butang Sources
SOURCES
1 Tekan SOURCES.
» Senarai sumber muncul.
2 Tekan untuk memilih peranti. 3 Tekan OK untuk pilih.
» TV bertukar kepada peranti terpilih.
Melaraskan kelantangan TV
Untuk meningkatkan atau mengurangkan kelantangan
Tekan VOL +/- pada alat kawalan jauh.
Untuk membisukan atau menyahbisukan bunyi.
Tekan (Bisu).
Tekan sekali lagi untuk memulihkan bunyi.
8 MS
Page 11
5 Maklumat produk
Maklumat produk adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Untuk maklumat terperinci tentang produk, sila lawati www.philips.com/support.
Resolusi paparan
Kuasa Output Audio
22PFT54x3: 3W x 2
Resolusi terwujud
22PFT54x3: 1920 x 1080
Format Komputer
Resolusi - kadar segar semula:
640 x 480 - 60Hz
800 x 600 - 60Hz
1024 x 768 - 60Hz
1360 x 768 - 60Hz
1920 x 1080 - 60Hz
Format Video
Resolusi - kadar segar semula:
480i - 60Hz
480p - 60Hz
576i - 50Hz
576p - 50Hz
720p - 50Hz, 60Hz
1080i - 50Hz, 60Hz
1080p - 50Hz, 60Hz.
Multimedia
Peranti storan yang disokong: USB (hanya peranti
storan USB FAT atau FAT 32 disokong.)
Format fail multimedia yang serasi:
Imej: JPEG
Audio: MP3
Video: MPEG 2/MPEG 4 , H.264
Dokumen: TXT
Penala / Penerimaan / Penghantaran
Input aerial: 75ohm coaxial (IEC75)
Sistem TV: NTSC, SECAM, PAL, DVB-T/T2
Main balik video: NTSC, SECAM, PAL
Alat Kawalan Jauh
Bateri: 2 x AAA
Bekalan Kuasa
Kuasa utama: 110-240V, 50-60Hz
Kuasa tunggu sedia: ≤ 0.5 W
Suhu sekeliling: 5 hingga 40 darjah Celsius
Penggunaan kuasa:
22PFT54x3: 42W
Pelekap TV yang disokong
Untuk melekapkan TV, sila membeli pelekap TV Philips atau sebarang pelekap TV yang mematuhi standard VESA. Untuk mengelakkan kerosakan kepada kabel dan penyambung, pastikan anda meninggalkan ruang sekurang-kurangnya 2.2 inci atau 5.5cm antara bahagian belakang TV dengan dinding.
Bahasa Melayu
9MS
Page 12
Amaran
• Sila ikuti semua arahan yang disertakan bersama dengan
pelekap TV. TP Vision Europe B.V. tidak ber tanggungjawab terhadap pelekapan TV yang tidak betul yang mengakibatkan kemalangan, kecederaan atau kerosakan.
No. Model
Pic Piksel Yang Diperlukan (mm)
22PFT54x3 100
Skru Pelekap Yang Diperlukan
2 x M4 (Panjang yang disyorkan: 12 mm
10 MS
Page 13
6 Penyelesaian
masalah
Bahagian ini meliputi masalah dan penyelesaiannya.
Masalah umum
TV tidak dapat dihidupkan:
Putuskan sambungan kabel kuasa dari salur keluar kuasa. Tunggu selama seminit sebelum membuat penyambungan semula.
Pastikan kabel kuasa disambungkan dengan selamat.
Alat kawalan jauh tidak berfungsi dengan betul:
Pastikan bateri alat kawalan jauh dimasukkan dengan betul mengikut orientasi +/-.
Gantikan bateri alat kawalan jauh jika bateri habis atau lemah.
Bersihkan alat kawalan jauh dan kanta pengesan TV.
Lampu tunggu sedia pada TV berwarna merah dan berkelip-kelip:
Putuskan sambungan kabel kuasa dari salur keluar kuasa. Tunggu TV menyejuk sebelum menyambung semula kabel kuasa. Jika lampu terus berkelip-kelip, sila hubungi Pusat Penjagaan Pelanggan Philips.
Anda terlupa kod untuk membuka kunci ciri kunci TV
Masukkan '3448'.
Menu TV dalam bahasa yang tidak betul.
Tukar menu TV kepada bahasa keutamaan anda.
Semasa menghidupkan/mematikan TV atau kepada Tunggu Sedia, anda terdengar bunyi berkerik-kerik dari cesi TV:
Tiada tindakan diperlukan. Bunyi berkerik- kerik berpunca daripada pengembangan dan pengecutan TV yang biasa semasa TV menjadi sejuk atau panas. Ini tidak menjejaskan pretasinya.
Masalah saluran
Saluran yang dipasang sebelumnya tidak muncul di dalam senarai saluran:
Pastikan senarai saluran yang betul dipilih.
Masalah gambar
TV dihidupkan, tetapi tidak terdapat gambar:
Pastikan antena disambungkan ke TV dengan betul.
Pastikan peranti yang betul dipilih sebagai sumber TV.
Terdapat bunyi tetapi tiada gambar:
Pastikan tetapan gambar ditetapkan dengan betul.
Penerimaan TV yang lemah daripada sambungan antena:
Pastikan antena disambungkan ke TV dengan betul.
Pembesar suara, peranti audio yang tidak tertutup, lampu neon, bangunan tinggi dan objek lain yang besar boleh mempengaruhi kualiti penerimaan. Jika boleh, cuba tingkatkan kualiti penerimaan dengan menukar arah antena atau menjauhkan peranti dari TV.
Jika penerimaan pada satu saluran ter tentu adalah lemah, sila menala halus saluran ini.
Kualiti gambar yang lemah daripada peranti tersambung:
Pastikan peranti disambungkan dengan betul.
Pastikan tetapan gambar ditetapkan dengan betul.
TV tidak menyimpan tetapan gambar anda:
Pastikan lokasi TV ditetapkan kepada tetapan
rumah. Mod ini memberikan anda keeksibelan
untuk menukar dan menyimpan tetapan.
Gambar tidak sesuai dengan skrin; gambar terlalu besar atau terlalu kecil:
Cuba gunakan format gambar yang berlainan.
Kedudukan gambar tidak betul:
Isyarat gambar daripada beberapa peranti mungkin tidak dapat muat pada skrin dengan betul. Sila semak output isyarat peranti.
Bahasa Melayu
11MS
Page 14
Masalah bunyi
Gambar ditunjukkan tetapi kualiti bunyi tidak baik:
Nota
• Jika tiada isyarat audio dikesan, TV mematikan output
audio secara automatik - ini tidak menunjukkan pincang tugas.
Pastikan semua kabel disambungkan dengan betul.
Pastikan kelantangan tidak ditetapkan kepada 0.
Pastikan bunyi tidak dibisukan.
Pastikan tetapan bunyi ditetapkan dengan betul.
Gambar ditunjukkan tetapi bunyi keluar dari satu pembesar suara sahaja:
Pastikan imbangan bunyi ditetapkan kepada tengah.
Masalah sambungan HDMI
Terdapat masalah dengan peranti HDMI:
Sila ambil perhatian bahawa sokongan HDCP (High-bandwidth Digital Content Protection) boleh melambatkan masa yang diambil untuk TV memaparkan kandungan daripada peranti HDMI.
Jika TV tidak mengecam peranti HDMI dan tiada gambar dipaparkan, sila cuba menukar sumber isyarat kepada peranti yang lain sebelum menghidupkannya kembali.
Jika terdapat gangguan bunyi terputus-putus, sila pastikan bahawa tetapan output daripada peranti HDMI adalah betul.
Jika anda menggunakan HDMI ke penyesuai atau kabel, sila pastikan kabel audio yang disertakan dengan produk disambungkan ke AUDIO (hanya untuk jek mini).
Hubungi kami
Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah anda, sila rujuk kepada soalan lazim model ini di www.philips.com/support. Jika masalah masih tidak dapat diselesaikan, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Philips setempat anda.
Amaran
• Jangan cuba membaiki TV dengan sendiri. Ini boleh
menyebabkan kecederaan yang parah, kerosakan yang tidak dapat diperbaiki kepada TV anda atau pembatalan waranti anda.
Nota
• Sila catatkan model TV anda dan nombor ber siri sebelum
anda menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Philips. Nombor ini dicetak pada bahagian belakang/bawah TV dan pada bungkusan.
Masalah sambungan komputer
Paparan komputer pada TV tidak stabil:
Pastikan PC anda menggunakan resolusi dan kadar segar semula yang disokong.
Tetapkan format gambar TV kepada tidak berskala.
12 MS
Page 15
Waranti
7
English
Warranty
Deutsch
Garantie
Français
Garantie
Indonesia
Jaminan
ไทย
การรับประกัน
Tiếng Vit
Bo hành
简体中文
保修
繁體中文
保養
ﺔﻳﺑﺭﻌﻟﺍ
ﻥﺎﻤﻀﻟﺍ
Malay
Waranti
Bahasa Melayu
13MS
Page 16
English - Guarantee
Dear Customer, Thank you for purchasing this Philips product. For the Philips warranty applicable to this product, we refer you to the Philips website www.philips.com/ guarantee. In the event you do not have an internet connection, please contact your local Philips Consumer Care Centre. Contact details are given in the Consumer Care Centres list hereafter.
Deutsch - Garantie
Sehr geehrter Kunde, wir beglückwünschen Sie zu Ihrer Entscheidung für dieses Produkt von Philips. Nähere Informationen zu der für dieses Produkt geltenden Philips Garantie nden Sie im Internet unter www.philips. com/guarantee. Die durch Philips gewährte Garantie beeinträchtigt in keiner Weise Ihre gesetzlichen Rechte. Sofern Sie keinen Zugang zum Internet haben, wenden Sie sich bitte an Ihr Philips Info-Center vor Ort. Die entsprechenden Kontaktdaten entnehmen Sie bitte der nachstehenden Liste.
Français - Garantie
Cher client, Merci d’avoir acheté ce produit Philips. Pour connaître les conditions de garantie Philips applicables à ce produit, reportez-vous à la page www.philips. com/guarantee. Si vous ne possédez pas de connexion Internet, contactez votre Service Consommateurs Philips local. Vous trouverez les coordonnées de tous les Services Consommateurs dans la liste ci-après. Ces informations étaient correctes à la date d’impression. Pour des informations à jour, consultez la page www.philips.com/support.
Indonesia - Jaminan
Pelanggan yang terhormat, Terima kasih telah membeli produk Philips. Untuk mendapatkan jaminan produk ini, kunjungi situs Web Philips di www. philips.com/guarantee. Jika Anda tidak memiliki sambungan Internet, hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips setempat. Rincian kontak tercantum dalam daftar Pusat Layanan Pelanggan.
ไทย - การรับประกัน
เรียนลูกค้า ขอขอบคุณที่เลือกซื้อผลิตภัณฑ์ของ Philips สําหรับการรับประกันที่มีผลบังคับใช้กับ ผลิตภัณฑ์นี้ โปรดอ้างอิงเว็บไซต์ของ Philips www.philips.com/guarantee ในกรณีที่คุณ ไม่มีอินเทอร์เน็ต โปรดติดต่อศูนย์บริการลูกค้า Philips ประจําท้องถิ่นของคุณ รายละเอียดการ ติดต่อจะแสดงอยู่ในรายชื่อศูนย์บริการลูกค้า ต่อไปนี้
Tiếng Vit - Bo hành
Kính gi Quý khách hàng, Cm ơn quý v đã mua sn phm Philips này. Để biết bo hành ca Philips có th áp dng cho sn phm này, chúng tôi xin gii thiu trang web ca Philips www. philips.com/guarantee. Trong trường hp quý v không có kết ni internet, vui lòng liên h vi Trung tâm Chăm sóc Khách hàng ca Philips ti địa phương. Chi tiết liên h được cung cp trong danh sách Trung tâm Chăm sóc Khách hàng sau đâ y.
简体中文 - 保证
尊敬的客户: 感谢您购买此 Philips 产品。有关适 用于此产品的 Philips 保修信息,建 议您访问 Philips 网站:www.philips. com/guarantee。如果您无法访问 Internet,请联系您当地的 Philips 客 户服务中心。将来,我们会在客户服 务中心列表中提供详细联系信息。
繁體中文 - 保證
親愛的客戶,您好: 多謝您購買本飛利浦產品。有關適 用於本產品的飛利浦保養詳情,請 瀏覽飛利浦網站:www.philips.com/ guarantee。如您未能連線至互聯網, 請與您當地的飛利浦消費者保養中心 聯絡。聯絡詳情已詳列於之後的消費 者保養中心清單中。
ﺔﻳﺑﺭﻌﻟﺍ
ﻥﺎﻣﺿﻟﺍ
ﺔﻓﺮﻌﻤﻟ .Philips ﻦﻣ ﺞﺘﻨﻤﻟﺍ ﺍﺬﻫ ءﺍﺮﺷ ﻰﻠﻋ ﻢﻜﻟ ﺍﺮﻜﺷ ،ﺞﺘﻨﻤﻟﺍ
ﺍﺬﻫ ﻰﻠﻋ ﻖﺒﻄﻨﻳ ﻱﺬﻟﺍ Philips ﻥﺎﻤﺿ ﻁﻭﺮﺷ
.www.philips.com\guaranteeﻊﻗﻮﻣ ﻊﺟﺍﺭ
ﻰﺟﺮﻳ ،ﺖﻧﺮﺘﻧﻹﺎﺑ ًﻻﺎﺼﺗﺍ ﻚﻳﺪﻟ ﻦﻜﻳ ﻢﻟ ﻝﺎﺣ ﻲﻓ
ﺔﻛﺮﺸﻟ ﻲﻠﺤﻤﻟﺍ ءﻼﻤﻌﻟﺍ ﺔﻣﺪﺧ ﺰﻛﺮﻣ ﻢﻗﺮﺑ ﻝﺎﺼﺗﻻﺍ
ﺔﻤﺋﺎﻗ ﻦﻣ ﻝﺎﺼﺗﻻﺍ ﻞﻴﺻﺎﻔﺗ ﺔﻓﺮﻌﻣ ﻦﻜﻤﻳ .Philips
Inggeris-Jaminan
Pelanggan yang dihormati, Terima kasih kerana membeli produk Philips. Bagi waranti Philips yang terpakai untuk produk ini, kami merujuk anda kepada laman web Philips www.philips.com/guarantee. Sekiranya anda tidak mempunyai sambungan Internet, sila hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips tempatan anda. Butiran kenalan diberikan dalam senarai Pusat Layanan Pelanggan selepas ini.
.ﻲﻠﻳ ﺎﻤﻴﻓ ءﻼﻤﻌﻟﺍ ﺔﻣﺪﺧ ﺰﻛﺍﺮﻣ
،ﻞﻴﻤﻌﻟﺍ ﻱﺰﻳﺰﻋ
14 MS
Page 17
User Manual ChatFAQ Forum Call Email Warranty
www.philips.com/support
Australia 1300 998 851
Indonesia
0800-1-822822
Philipines/Pilipinas 632 84204970
Malaysia 1800 220 180
Singapore/
新加坡
65 6286 7333
Thailand/
ประเทศไทย
0-2746-5431
All registered and unregistered trademarks are property of their respective owners.
N.V. and are used under license from Koninklijke Philips N.V. 2018 © TP Vision Europe B.V. All rights reserved.
philips.com
emblem are trademarks of Koninklijke Philips
Loading...