Penting: Untuk mendapatkan maklumat penting tentang keselamatan penggunaan peranti
dan bateri anda, baca maklumat “Untuk keselamatan anda” dan “Keselamatan Produk”
dalam panduan pengguna yang dicetak, atau du www.nokia.com/support sebelum anda
menggunakan peranti. Untuk mengetahui cara mula menggunakan peranti baru anda, baca
panduan pengguna dicetak.
Pastikan telefon anda terkini dan terima kemas kini perisian yang tersedia bagi mendapatkan
ciri baharu dan dipertingkat untuk telefon anda. Prestasi telefon anda boleh ditingkatkan
dengan mengemas kini perisiannya.
KEKUNCI DAN BAHAGIAN
Teroka telefon baru anda.
Telefon anda
Panduan pengguna ini berkenaan dengan model berikut: TA-1097, TA-1095, TA-1100, TA-1085
dan TA-1096.
Jangan sambungkan ke produk yang mencipta isyarat output, kerana ini boleh merosakkan
peranti. Jangan sambungkan mana-mana sumber voltan ke penyambung audio. Jika anda
menyambung peranti luaran atau set kepala, selain daripada yang dibenarkan untuk digunakan
dengan peranti ini, kepada penyambung audio, beri perhatian yang khusus terhadap tahap
kelantangan.
Sebahagian peranti ini adalah bermagnet. Bahan berlogam mungkin akan tertarik kepada
peranti. Jangan letakkan kad kredit atau kad jaluran bermagnet yang lain berdekatan dengan
peranti untuk tempoh berpanjangan kerana kad mungkin rosak.
11. Kekunci Kuasa/Kunci
12. Penyambung USB
13. Mikrofon
14. Pembesar suara
MASUKKAN ATAU KELUARKAN SIM DAN KAD MEMORI
Masukkan SIM dan kad memori
1. Buka dulang SIM dan kad memori: tolak pin pembuka dulang ke dalam lubang dulang dan
luncurkan dulang keluar.
2. Jika anda mempunyai telefon satu SIM, masukkan kad nano-SIM dalam slot 1 dan kad
memori dalam slot 2 pada dulang dengan bahagian sentuhan menghadap ke bawah. Jika
anda mempunyai telefon dua SIM, masukkan kad nano-SIM dalam slot 1 dan sama ada SIM
kedua atau kad memori dalam slot 2 pada dulang dengan bahagian sentuhan menghadap ke
bawah1.
3. Luncurkan kembali dulang ke dalam slot. Hanya gunakan kad memori yang serasi dan
diluluskan untuk digunakan dengan peranti ini. Kad yang tidak serasi boleh merosakkan kad
dan peranti serta merosakkan data yang disimpan pada kad.
Perhatian: Jika anda mempunyai model dwi SIM dengan hanya satu dulang SIM, anda tidak
boleh menggunakan dua kad SIM dan kad memori pada masa yang sama.
Keluarkan SIM dan kad memori
1. Buka dulang SIM dan kad memori: tolak pin pembuka dulang ke dalam lubang dulang dan
luncurkan dulang keluar.
2. Keluarkan kad.
3. Luncurkan kembali dulang ke dalam slot.
Penting: Jangan keluarkan kad memori apabila apl menggunakan kad tersebut. Berbuat
demikian boleh merosakkan kad memori dan peranti serta merosakkan data yang disimpan
1
atau peranti dan boleh merosakkan data yang disimpan pada kad.
pada kad.
Hanya gunakan kad SIM nano yang asli. Penggunaan kad SIM yang tidak serasi boleh merosakkan kad
CASKAN TELEFON ANDA
Caskan bateri
1. Masukkan palam pengecas yang serasi ke dalam salur keluar dinding.
2. Menyambung kabel ke telefon anda.
Telefon anda menyokong kabel USB jenis C. Anda juga boleh mengecas telefon anda dengan
komputer menggunakan kabel USB, tetapi ini mungkin mengambil masa yang lebih lama.
Jika bateri dinyahcas sepenuhnya, beberapa minit mungkin diperlukan sebelum penunjuk
pengecasan dipaparkan.
Apabila anda menghidupkan telefon anda buat kali pertama, telefon anda membimbing anda
untuk menyediakan sambungan rangkaian anda dan tetapan telefon.
Hidupkan telefon anda
1. Untuk menghidupkan telefon anda, tekan dan tahan kekunci kuasa sehingga telefon
bergetar.
2. Apabila telefon dihidupkan, pilih bahasa dan kawasan anda.
3. Ikut arahan yang ditunjukkan pada telefon anda.
Pindahkan data daripada telefon anda sebelum ini
Anda boleh memindahkan data daripada telefon lama kepada telefon baharu menggunakan
akaun Google anda
Untuk menyandarkan data pada telefon lama anda ke akaun Google anda, rujuk panduan
pengguna telefon lama anda.
1. Ketik Tetapan > Pengguna & akaun > Tambah akaun > Google .
2. Pilih data yang mana yang anda mahu pulihkan pada telefon baharu anda. Penyegerakan
akan bermula secara automatik sebaik sahaja telefon anda disambungkan ke internet.
Pulihkan tetapan apl daripada telefon Android™ anda yang sebelum ini
Sekiranya telefon anda sebelum ini adalah Android, dan sandaran ke akaun Google didayakan
padanya, anda boleh memulihkan tetapan apl anda dan kata laluan Wi-Fi.
1. Ketik Tetapan > Sistem > Sandaran .
2. Tukar Sandarkan ke Google Drive kepada Dihidupkan .
TETAPAN DWI SIM
Jika anda mempunyai model dwi SIM, anda boleh memiliki 2 SIM dalam telefon anda, sebagai
contoh, satu untuk kerja anda dan satu untuk kegunaan peribadi anda.
Apabila, sebagai contoh, membuat panggilan, anda boleh memilih SIM yang mana untuk
digunakan dengan mengetik butang SIM 1 atau SIM 2 yang berpadanan selepas anda mendail
nombornya.
Telefon anda menunjukkan status rangkaian untuk kedua-dua SIM secara berasingan. Keduadua kad SIM tersedia pada masa yang sama apabila peranti tidak digunakan, tetapi sementara
satu kad SIM adalah aktif, apabila, sebagai contoh, membuat panggilan, yang lain mungkin tidak
tersedia.
Uruskan SIM anda
Tidak mahu kerja mengganggu masa lapang anda? Atau adakah anda memiliki sambungan data
yang lebih murah pada satu SIM? Anda boleh memutuskan SIM mana yang anda mahu guna.
Ketik Tetapan > Rangkaian & Internet > Kad SIM .
Menamakan semula kad SIM
Ketik SIM yang anda mahu namakan semula dan taipkan nama yang anda mahu.
Pilih SIM yang mana untuk digunakan untuk panggilan atau sambungan data
Di bawah SIM yang diutamakan untuk , ketik tetapan yang anda mahu tukar dan pilih SIM
tersebut.
MENYEDIAKAN ID CAP JARI
Anda boleh membuka kunci telefon anda dengan hanya sentuhan jari anda. Sediakan ID cap jari
anda untuk keselamatan tambahan.
Tambah cap jari
1. Ketik Tetapan > Keselamatan & Lokasi > Cap Jari . Jika anda tidak menyediakan kunci
skrin pada telefon anda, ketik Sediakan kunci skrin .
2. Pilih kaedah membuka kunci sandaran yang anda mahu gunakan untuk skrin kunci dan ikuti
arahan yang dipaparkan pada telefon anda.
Sekiranya anda mahu mengelakkan membuat panggilan secara tidak sengaja apabila telefon
anda berada dalam poket atau beg anda, anda boleh mengunci kekunci dan skrin anda.
Untuk mengunci kekunci dan skrin anda, tekan kekunci kuasa.
Buka kunci kekunci dan skrin
Tekan kekunci kuasa dan lungsur merentasi skrin. Jika diminta, berikan perakuan tambahan.
GUNAKAN SKRIN SENTUH
Penting: Elak daripada mencalarkan skrin sentuh. Jangan sekali-kali guna pen, pensel atau
objek tajam lain pada skrin sentuh.
Ketik dan tahan untuk menyeret item
Letakkan jari anda pada item selama beberapa saat, dan lungsurkan jari anda merentasi skrin.
Letakkan 2 jari pada item, seperti peta, foto, atau laman web dan lungsurkan jari anda
berjauhan atau bersama.
Kunci arah skrin
Skrin berputar secara automatik apabila anda memusingkan telefon 90 darjah.
Untuk mengunci skrin dalam mod potret, lungsur ke bawah dari atas skrin dan ketik
Auto-putar untuk menukar kepada Potret .
Gunakan kekunci navigasi
Untuk melihat apl yang anda telah buka, ketik kekunci gambaran keseluruhan .
Untuk beralih kepada apl yang lain, ketik apl yang anda mahu. Untuk menutup sesuatu apl,
ketik ikon di sebelahnya.
Untuk kembali ke skrin sebelumnya tempat anda berada, ketik kekunci kembali . Telefon
anda ingat semua apl dan laman web yang anda lawati sejak kali terakhir skrin anda dikunci.
Untuk pergi ke skrin utama, ketik kekunci utama . Apl yang anda telah buka kekal terbuka
dalam latar belakang.
Apabila anda menerima pemberitahuan yang baharu, seperti mesej atau panggilan terlepas,
ikon penunjuk muncul pada bar status pada bahagian atas skrin. Untuk melihat maklumat lanjut
mengenai pemberitahuan, seret bar status ke bawah. Untuk menutup pandangan ini, leret ke
atas pada skrin.
Untuk membuka panel pemberitahuan, seret bar status ke bawah. Untuk menutup panel
pemberitahuan, leret ke atas pada skrin.
Untuk menukar tetapan pemberitahuan pada apl, ketik Tetapan > Apl & pemberitahuan >
Pemberitahuan > Pemberitahuan apl dan ketik nama apl untuk membuka tetapan apl. Anda
boleh mematikan atau menghidupkan pemberitahuan bagi setiap apl secara individu. Untuk
melihat apl yang tidak dibenarkan untuk menghantar pemberitahuan, ketik Semua apl >
Apl: Dimatikan .
Petua: Untuk melihat titik pemberitahuan, ketik Tetapan > Apl & pemberitahuan >
Pemberitahuan dan tukar Benarkan titik pemberitahuan kepada hidup. Titik kecil akan
muncul pada ikon apl, jika anda ada pemberitahuan, tetapi belum membukannya lagi. Untuk
melihat pilihan yang tersedia, ketik dan tahan ikon. Anda boleh mengetik pemberitahuan
untuk membukanya, atau leret untuk mengabaikannya.
Gunakan ikon tetapan pantas
Untuk mengaktifkan ciri, ketik ikon tetapan pantas pada panel pemberitahuan. Untuk melihat
lebih banyak ikon, seret menu ke bawah.
Untuk mengatur semula ikon, ketik , ketik dan tahan ikon dan kemudian seretkannya ke
lokasi yang lain.
Jika anda mempunyai masalah mendengar telefon anda berdering dalam persekitaran yang
bising, atau panggilan terlalu kuat, anda boleh mengubah kelantangan mengikut kesukaan anda
dengan menggunakan kekunci kelantangan di sebelah telefon anda.
Jangan sambungkan ke produk yang mencipta isyarat output, kerana ini boleh merosakkan
peranti. Jangan sambungkan mana-mana sumber voltan ke penyambung audio. Jika anda
menyambung peranti luaran atau set kepala, selain daripada yang dibenarkan untuk digunakan
dengan peranti ini, kepada penyambung audio, beri perhatian yang khusus terhadap tahap
kelantangan.
Ubah kelantangan untuk media dan apl
Tekan kekunci kelantangan di sebelah telefon anda untuk melihat bar status kelantangan, ketik
, dan seret pelungsur pada bar kelantangan untuk media dan apl di sebelah kiri atau kanan.
Tetapkan telefon kepada senyap
Untuk menetapkan telefon kepada senyap, tekan dan tahan kekunci kelantangan ke bawah,
kemudian tekan kekunci sekali lagi. Tekanan pertama menetapkan telefon kepada getar sahaja,
dan tekanan kedua menetapkannya kepada senyap.
Petua: Tidak mahu membiarkan telefon anda dalam mod senyap, tetapi tidak boleh menjawab
sekarang? Untuk menyenyapkan panggilan masuk, tekan kekunci kelantangan turun. Anda
juga boleh menetapkan telefon anda untuk membisukan nada dering apabila telefon diangkat:
ketik Tetapan > Sistem > Gestur > Senyapkan apabila diangkat , dan hidupkan.
Jika anda ingin menolak panggilan masuk dengan menterbalikkan telefon, ketik Tetapan >
Sistem > Gestur > Pusing untuk menolak panggilan , dan hidupkan.
TANGKAPAN SKRIN
Ambil tangkapan skrin
Untuk mengambil tangkapan skrin, buka panel pemberitahuan dan seret bar status ke bawah.
Ketik Tangkapan skrin . Anda boleh melihat imej yang ditangkap dalam Foto .
Tidak mungkin untuk mendapatkan tangkapan skrin ketika menggunakan beberapa apl dan ciri.
HAYAT BATERI
Gunakan sepenuhnya telefon anda disamping mendapatkan hayat bateri anda yang diperlukan.
Terdapat langkah-langkah yang anda boleh ambil untuk menjimatkan kuasa pada telefon anda.
2. Bisukan bunyi yang tidak diperlukan,
seperti bunyi sentuh. Ketik Tetapan
> Bunyi > Lanjutan dan di bawah
Bunyi dan getaran lain , pilih bunyi yang
ingin disimpan.
3. Gunakan fon kepala yang berwayar, dan
bukan pembesar suara.
4. Tetapkan skrin telefon untuk dimatikan
selepas masa yang singkat. Ketik Tetapan
> Paparan > Lanjutan > Tidur dan pilih
masanya.
5. Ketik Tetapan > Paparan >
Tahap kecerahan . Untuk melaraskan
kecerahan, seret gelangsar tahap
kecerahan. Pastikan bahawa
Kecerahan adaptif dinyahdayakan.
6. Hentikan apl daripada berjalan dalam latar
belakang: ketik , dan tutup apl yang
anda tidak perlukan.
7. Dayakan Pengurus aktiviti latar belakang.
Pemberitahuan sesetengah aplikasi
atau e-mel mungkin tidak dapat diambil
dengan segera. Anda boleh mengurus
hayat bateri dengan menambahkan atau
mengeluarkan aplikasi ke atau daripada
senarai putih. Ketik Tetapan > Bateri >
Pengurus aktiviti latar belakang .
8. Hidupkan penjimat kuasa: ketik Tetapan
> Bateri > Penjimat bateri dan tukar
kepada Hidup .
9. Guna perkhidmatan lokasi mengikut
pilihan: Matikan perkhidmatan lokasi
apabila anda tidak memerlukannya. Ketik
Tetapan > Keselamatan & lokasi >
Lokasi , dan tukar kepada Dimatikan .
10. Gunakan sambungan rangkaian secara
pilihan: hidupkan Bluetooth hanya apabila
diperlukan. Gunakan sambungan WiFi untuk menyambung ke internet,
dan bukan sambungan data mudah
alih. Hentikan telefon anda daripada
mengimbas rangkaian wayarles yang ada.
Ketik Tetapan > Rangkaian & Internet >
Wi-Fi , dan tukar kepada Dimatikan . Jika
anda mendengar muzik atau sebaliknya
menggunakan telefon anda, tetapi tidak
mahu membuat atau menerima panggilan,
hidupkan mod kapal terbang. Ketik
Tetapan > Rangkaian & Internet >
Mod Kapal terbang .
Mod Kapal terbang menutup sambungan ke rangkaian mudah alih dan menyahaktifkan ciri
wayarles peranti anda.
MENJIMATKAN KOS PERAYAUAN DATA
Anda boleh memotong kos perayauan data dan menjimatkan bil telefon anda dengan menukar
tetapan data mudah alih. Untuk menggunakan kaedah sambungan yang optimum, ubah
tetapan Wi-Fi dan rangkaian mudah alih.
Perayauan data bermaksud menggunakan telefon anda untuk menerima data melalui rangkaian
yang pembekal khidmat rangkaian anda tidak miliki atau beroperasi. Menyambung ke internet
ketika dalam perayauan, terutamanya ketika di luar negara, boleh meningkatkan kos data
dengan banyak.
Menggunakan sambungan Wi-Fi biasanya lebih cepat dan kurang mahal daripada menggunakan
sambungan data mudah alih. Sekiranya kedua-dua sambungan Wi-Fi dan mudah alih tersedia,
telefon anda menggunakan sambungan Wi-Fi.
Sambungkan ke rangkaian Wi-Fi
1. Ketik Tetapan > Rangkaian & Internet > Wi-Fi .
2. Pastikan rangkaian Wi-Fi ditukarkan kepada Hidup .
3. Pilih sambungan yang anda mahu guna.
Tutup sambungan data mudah alih
Lungsur ke bawah dari atas skrin, ketik Data mudah alih dan matikan Data mudah alih .
Petua: Untuk mengikuti penggunaan data anda, ketik Tetapan > Rangkaian & Internet >
Penggunaan data .
Hentikan perayauan data
Ketik Tetapan > Rangkaian & Internet > Rangkaian mudah alih , dan matikan Perayauan .
TULIS TEKS
Ketahui cara untuk menulis teks dengan cepat dan dengan berkesan menggunakan papan
kekunci telefon anda.
Gunakan papan kekunci pada skrin
Menulis dengan papan kekunci pada skrin adalah mudah. Anda boleh menggunakan papan
kekunci apabila menggunakan telefon anda dalam mod potret atau landskap. Bentangan papan
kekunci boleh berbeza dalam apl dan bahasa yang berbeza.
Untuk membuka papan kekunci pada skrin, ketik kotak teks.
Tukar antara aksara huruf besar dan huruf kecil
Ketik kekunci anjak. Untuk menghidupkan mod kunci huruf besar, ketik dua kali kekunci. Untuk
kembali ke mod biasa, ketik kekunci anjak sekali lagi.
Ketik kekunci nombor dan simbol. Sesetengah kekunci aksara khas mengeluarkan lebih banyak
syimbol. Untuk melihat lebih banyak simbol. ketik dan tahan simbol atau aksara yang khas.
Masukkan emoji
Ketik kekunci emoji dan pilih emoji.
Salin atau tampal teks
Ketik dan tahan perkataan, seret penanda sebelum dan selepas perkataan untuk menyerlahkan
bahagian yang anda mahu salin, dan ketik SALIN . Untuk menampal teks, ketik tempat yang
anda mahu tampalkan teks dan pilih TAMPAL .
Tambah tanda aksen kepada aksara
Ketik dan tahan aksara dan ketik tanda akses atau aksara yang beraksen, jika disokong oleh
papan kekunci anda.
Padam aksara
Ketik kekunci undur ruang.
Gerakkan kursor
Untuk mengedit perkataan yang anda baru sahaja tulis, ketik perkataan dan seretkan kursor ke
tempat yang anda mahu.
Gunakan cadangan perkataan papan kekunci
Telefon anda mencadangkan perkataan ketika anda menulis, untuk membantu anda menulis
dengan cepat dan lebih tepat. Cadangan perkataan mungkin tidak tersedia dalam semua
bahasa.
Apabila anda mula menulis perkataan, telefon anda mencadangkan perkataan yang mungkin.
Apabila perkataan yang anda mahu ditunjukkan dalam bar cadangan, pilih perkataan tersebut.
Untuk melihat lebih banyak cadangan, ketik dan tahan cadangan.
Petua: Jika perkataan yang dicadangkan ditandakan dengan huruf tebal, telefon anda
menggunakannya secara automatik untuk menggantikan perkataan yang anda tulis. Sekiranya
perkataan tersebut salah, ketik dan tahan perkataan itu untuk melihat beberapa cadangan
lain.
Jika anda tidak mahu papan kekunci mencadangkan perkataan semasa menaip, matikan
pembetulan teks. Ketik Tetapan > Sistem > Bahasa & input > Papan kekunci maya .
Pilih papan kekunci yang biasa anda gunakan. Ketik Pembetulan teks dan matikan kaedah
pembetulan teks yang anda tidak mahu gunakan.
Betulkan perkataan
Jika anda perhatikan bahawa anda telah mengeja perkataan dengan salah, ketik perkataan
untuk melihat cadangan untuk membetulkan perkataan tersebut.
Matikan penyemak ejaan
Ketik Tetapan > Sistem > Bahasa & input > Lanjutan > Penyemak ejaan , dan tukarkan
Penyemak ejaan kepada Dimatikan .
TARIKH DAN MASA
Mengawasi masa – ketahui cara untuk menggunakan telefon anda sebagai jam, serta jam
loceng dan cara untuk memastikan temu janji, tugasan dan jadual anda dikemas kini.
Tetapkan tarikh dan masa
Ketik Tetapan > Sistem > Tarikh & masa .
Kemas kini masa dan tarikh secara automatik
Anda boleh menetapkan telefon anda kepada kemas kini masa, tarikh dan zon masa secara
automatik. Kemas kini automatik adalah perkhidmatan rangkaian dan mungkin tidak tersedia
bergantung pada rantau atau pembekal khidmat rangkaian anda.
1. Ketik Tetapan > Sistem > Tarikh & masa .
2. Hidupkan Tarikh & masa automatik .
3. Hidupkan Zon waktu automatik .
Tukar jam kepada format 24-jam
Ketik Tetapan > Sistem > Tarikh & masa dan hidupkan Guna format 24-jam .
Jam anda bukan hanya untuk penggera – ketahui apa lagi yang boleh anda lakukan.
Gunakan pemasa hitung mundur
Tiada lagi terlebih memasak – gunakan pemasa hitung undur untuk mengukur masa memasak
anda.
1. Ketik Jam > PEMASA .
2. Tetapkan tempoh pemasa.
Guna jam randik
Gunakan jam randik untuk melihat sejauh mana peningkatan anda di balapan.
Ketik Jam > JAM RANDIK .
Tetapkan penggera
Anda boleh menggunakan telefon anda sebagai jam loceng.
1. Ketik Jam > PENGGERA .
2. Untuk menambah penggera, ketik .
3. Untuk mengubah suai penggera, ketik padanya. Untuk menetapkan penggera untuk
mengulang pada tarikh yang tertentu, tandakan Ulang dan serlahkan hari-hari dalam
minggu tersebut.
Tidurkn penggera
Jika anda belum mahu bangun, leretkan penggera ke kiri, apabila penggera berbunyi. Untuk
melaraskan panjang tidur, ketik Jam > > Tetapan > Panjang tidur dan pilih panjang
mengikut kesukaan anda.
Matikan penggera
Apabila penggera berbunyi, leretkan penggera ke kanan.
2. Taipkan nombor atau ketik dan pilih kenalan yang anda mahu hubungi.
3. Ketik . Sekiranya anda mempunyai SIM kedua yang dimasukkan, ketik ikon yang sepadan
untuk membuat panggilan daripada SIM yang tertentu.
Jawab panggilan
Apabila telefon berdering, leret ke atas untuk menjawab.
Petua: Tidak mahu membiarkan telefon anda dalam mod senyap, tetapi tidak boleh menjawab
sekarang? Untuk menyenyapkan panggilan masuk, tekan kekunci kelantangan turun. Anda
juga boleh menetapkan telefon anda untuk membisukan nada dering apabila telefon diangkat:
ketik Tetapan > Sistem > Gestur > Senyapkan apabila diangkat , dan hidupkan.
Jika anda ingin menolak panggilan masuk dengan menterbalikkan telefon, ketik Tetapan >
Sistem > Gestur > Pusing untuk menolak panggilan , dan hidupkan.
Tolak panggilan
Untuk menolak panggilan, lungsur ke bawah.
KENALAN
Simpan dan atur nombor telefon rakan dan ahli keluarga anda.
Simpan kenalan daripada sejarah panggilan
1. Dalam Telefon , ketik untuk melihat sejarah panggilan.
2. Ketik nombor yang anda mahu simpan.
3. Pilih jika anda mahu Cipta kenalan baharu atau Tambah pada kenalan .
4. Taipkan dalam maklumat kenalan dan ketik Simpan .
3. Untuk membalas mesej, ketik , atau ketik > Balas semua .
Padam mel
1. Ketik Gmail .
2. Ketik mesej yang anda mahu padam dan ketik .
3. Untuk memadam berbilang mesej, ketik bulatan dengan parap penerima untuk memilih
mesej dan ketik .
MARI BERSOSIAL
Mahu berhubung dan berkongsi perkara dengan orang dalam kehidupan anda? Dengan apl
sosial, anda boleh mengetahui apa sedang berlaku dengan rakan anda.
Apl sosial
Untuk terus berhubung dengan rakan dan keluarga anda, daftar masuk ke perkhidmatan
pemesejan segera, perkongsian dan rangkaian sosial anda. Pilih perkhidmatan yang anda
mahu gunakan daripada skrin Utama anda. Apl sosial tersedia dalam Google Play Store .
Perkhidmatan yang tersedia mungkin berbeza.
Mengapa bawa kamera yang berasingan jika telefon anda memiliki semua yang anda perlukan
untuk mengabadikan memori? Dengan kamera telefon anda, anda boleh dengan mudah
mengambil gambar atau merakam video.
Ambil foto
Tangkap foto yang tajam dan terang – abadikan detik yang terindah dalam album foto anda.
1. Ketik Kamera .
2. Tetapkan sasaran dan fokus.
3. Ketik .
Ambil swafoto
Perlukan swafoto yang sempurna? Guna kamera depan telefon untuk menangkap foto.
1. Ketik Kamera > untuk bertukar ke kamera depan.
2. Ketik .
Ambil swafoto berdua
Selain swafoto yang sempurna, anda boleh mengambil foto skrin terbahagi dengan kamera
telefon anda. Guna kedua-dua kamera depan dan belakang secara serentak.
Petua: Apabila anda mengambil foto gambar-dalam-gambar atau merakam video gambardalam-gambar dan ingin mengubah gambar yang lebih kecil tersebut, ketik dan tahannya dan
seret ke tempat yang anda kehendaki.
Dalam apl Kamera, ketik > Resolusi dan tetapkan resolusi mengikut kesukaan anda.
BERSERONOK DENGAN KAMERA
Ingin ketawa? Cuba animoji yang berlainan. Atau, jika anda berasa bosan, gunakan penapis
untuk menangkap gambar kecantikan.
Gunakan animoji
Ketik Kamera > .
• Untuk mengambil foto animoji rakan anda, tuding kamera pada muka rakan anda, pilih watak
haiwan dan ketik .
• Untuk mengambil foto animoji diri anda, ketik , pilih watak haiwan dan ketik .
• Untuk mengambil foto artistik, ketik dan pilih daripada pilihan berlainan.
Ambil foto kecantikan
Walaupun seharian sibuk, anda masih kelihatan hebat. Ambil swafoto dengan penapis
kecantikan.
1. Ketik Kamera > .
2. Ketik > Cantik aktif dan seret peluncur mengikut keinginan anda.
3. Ketik .
SIMPAN FOTO ANDA DAN VIDEO KE KAD MEMORI
Jika terdapat kad memori dalam telefon anda dan memori telefon anda sedang hampir penuh,
simpan foto yang anda ambil dan video yang anda rakam ke kad memori.
Petua: Untuk kualiti video yang terbaik, rakam video ke memori telefon anda. Jika anda
merakam video ke kad memori, disyorkan bahawa kad microSD yang anda gunakan adalah kad
4-128GB yang cepat oleh pengeluar yang terkenal.
Mahu menghidupkan semula detik yang penting ini? Lihat foto dan video pada telefon anda.
Ketik Foto .
Salin foto dan video anda ke komputer anda
Adakah anda mahu melihat foto atau video anda pada skrin yang lebih besar? Alihkannya ke
komputer anda.
Anda boleh menggunakan pengurus fail komputer anda untuk menyalin atau mengalih foto dan
video anda ke komputer.
Menyambung telefon anda ke komputer dengan kabel USB yang serasi. Untuk menetapkan
jenis sambungan USB, buka panel pemberitahuan dan ketik pemberitahuan USB.
Kongsi foto dan video anda
Anda boleh berkongsi foto dan video anda dengan cepat dan mudah untuk rakan dan keluarga
anda melihat.
1. Dalam Foto , ketik foto yang anda mahu kongsi dan ketik .
2. Pilih cara yang anda mahu untuk berkongsi foto atau video.
Menggunakan sambungan Wi-Fi biasanya lebih cepat dan kurang mahal daripada menggunakan
sambungan data mudah alih. Sekiranya kedua-dua sambungan Wi-Fi dan mudah alih tersedia,
telefon anda menggunakan sambungan Wi-Fi.
Hidupkan Wi-Fi
1. Ketik Tetapan > Rangkaian & Internet > Wi-Fi .
2. Tukarkan Wi-Fi kepada Dihidupkan .
3. Pilih sambungan yang anda mahu guna.
Sambungan Wi-Fi anda aktif apabila ditunjukkan pada bar status di sebelah atas skrin.
Penting: Gunakan penyulitan untuk meningkatkan keselamatan sambungan Wi-Fi anda.
Menggunakan penyulitan mengurangkan risiko orang lain mengakses data anda.
Petua: Jika anda mahu mengesan lokasi apabila isyarat satelit tidak tersedia, sebagai contoh
apabila anda berada dalam bangunan atau antara bangunan tinggi, hidupkan Wi-Fi untuk
meningkatkan ketepatan kedudukan.
1
Perhatian: Menggunakan Wi-Fi mungkin terhad dalam sesetengah negara. Sebagai contoh, di EU,
anda hanya dibenarkan untuk menggunakan 5150–5350 MHz Wi-Fi di dalam bangunan dan di AS dan
Kanada, anda hanya dibenarkan untuk menggunakan 5.15–5.25 GHz Wi-Fi di dalam bangunan. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pihak berkuasa tempatan anda.
Penting: Gunakan penyulitan untuk meningkatkan keselamatan sambungan Wi-Fi anda. Menggunakan
penyulitan mengurangkan risiko orang lain mengakses data anda.
GUNAKAN SAMBUNGAN DATA MUDAH ALIH
Tutup sambungan data mudah alih
Lungsur ke bawah dari atas skrin, ketik Data mudah alih dan matikan Data mudah alih .
Hidupkan sambungan data mudah alih
Leret ke bawah dari bahagian atas skrin, ketik Data mudah alih dan hidupkan
Guna sambungan data mudah alih ketika melakukan perayauan
Ketik Tetapan > Rangkaian & Internet > Rangkaian mudah alih dan tukarkan Perayauan
kepada Hidup .
Petua: Untuk mengikuti penggunaan data anda, ketik Tetapan > Rangkaian & Internet >
Penggunaan data .
1
Menyambung ke internet ketika dalam perayauan, terutamanya ketika di luar negara, boleh
meningkatkan kos data dengan banyak.
1
LAYARI WEB
Gunakan telefon anda untuk menyambung komputer anda ke web
Mudah untuk menggunakan internet pada komputer riba anda dalam perjalanan. Jadikan
telefon anda hotspot Wi-Fi dan gunakan sambungan data mudah alih anda untuk mengakses
internet dengan komputer riba anda atau peranti yang lain.
1. Ketik Tetapan > Rangkaian & Internet > Hotspot & Penambatan .
2. Hidupkan hotspot Wi-Fi untuk berkongsi sambungan data mudah alih anda melalui Wi-Fi,
penambatan USB untuk menggunakan sambungan USB atau penambatan Bluetooth untuk
menggunakan Bluetooth.
Peranti yang lain menggunakan data daripada pelan data anda, yang mungkin mengakibatkan
kos trafik data. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ketersediaan dan kos, hubungi
pembekal khidmat rangkaian anda.
Mulakan pelayaran
Tiada keperluan untuk komputer – anda boleh dengan mudah melayari internet pada telefon
anda. Ketahui berita terkini dan lawati laman web kegemaran anda. Anda boleh menggunakan
pelayar pada telefon anda untuk melihat halaman web pada internet.
1. Ketik Chrome .
2. Taipkan alamat web dan ketik .
Petua: Sekiranya pembekal khidmat rangkaian anda tidak mengecas anda bayaran tetap
untuk pemindahan data, untuk menjimatkan kos data, gunakan rangkaian Wi-Fi untuk
menyambung kepada internet.
Jika anda bimbang tentang kos penggunaan data anda, telefon anda membantu anda untuk
mencegah sesetengah apl daripada menghantar atau menerima data apabila berjalan dalam
latar belakang.
1. Ketik Tetapan > Rangkaian & Internet > Penggunaan data > Penjimat data .
2. Tukar Penjimat data kepada Dihidupkan .
TUTUP SMBUNGAN
Tutup smbungan internet
Jimatkan bateri anda dengan menutup sambungan internet yang dibuka dalam latar belakang.
Anda boleh melakukannya tanpa menutup mana-mana apl.
1. Ketik Tetapan > Rangkaian & Internet > Wi-Fi .
2. Tukarkan Wi-Fi kepada Dimatikan .
Tutup sambungan data mudah alih
Lungsur ke bawah dari atas skrin, ketik Data mudah alih dan matikan Data mudah alih .
Hidupkan mod kapal terbang
1. Ketik Tetapan > Rangkaian & Internet .
2. Hidupkan Mod kapal terbang .
Mod Kapal terbang menutup sambungan ke rangkaian mudah alih dan menyahaktifkan
ciri wayarles peranti anda. Patuhi arahan dan keperluan keselamatan yang diberikan oleh,
contohnya, penerbangan dan apa-apa undang-undang serta peraturan yang berkenaan. Apabila
dibenarkan, anda boleh bersambung ke rangkaian Wi-Fi untuk, contohnya, melayari internet
atau mengaktifkan perkongsian Bluetooth dalam mod kapal terbang.
BLUETOOTH®
Anda boleh bersambung secara tanpa wayar ke peranti serasi yang lain, seperti telefon,
komputer, set kepala dan kit kereta. Anda juga boleh menghantar foto anda ke telefon yang
serasi atau komputer anda.
Anda boleh menyambungkan telefon anda dengan banyak peranti Bluetooth yang berguna.
Sebagai contoh, dengan set kepala wayarles (dijual berasingan), anda boleh bercakap pada
telefon bebas tangan – anda boleh meneruskan apa yang anda lakukan, seperti bekerja di
komputer anda, semasa panggilan. Bersambung telefon ke peranti Bluetooth dipanggil
berpasangan.
1. Ketik Tetapan > Peranti tersambung >
Bluetooth .
2. Tukarkan Bluetooth kepada Hidup .
3. Pastikan peranti yang lain dihidupkan.
Anda mungkin perlu memulakan proses
berpasangan daripada peranti yang lain.
Untuk mendapatkan butiran, lihat panduan
Memandangkan peranti dengan teknologi tanpa wayar Bluetooth berkomunikasi menggunakan
gelombang radio, peranti ini tidak perlu berada dalam arah yang boleh dilihat secara langsung.
Peranti Bluetooth mesti, walau bagaimanapun, dalam lingkungan 10 meter (33 kaki) daripada
satu sama lain, walaupun sambungan mungkin tertakluk kepada gangguan daripada halangan
seperti dinding atau peranti elektronik yang lain.
Peranti yang berpasangan boleh menyambung ke telefon anda apabila Bluetooth dihidupkan.
Peranti lain boleh mengesan telefon anda hanya jika paparan tetapan Bluetooth dibuka.
Jangan berpasangan dengan atau menerima permintaan sambungan daripada peranti yang
tidak diketahui. Ini membantu untuk melindungi telefon anda daripada kandungan yang
berbahaya.
pengguna untuk peranti lain.
4. Untuk telefon anda berpasangan dengan
peranti, ketik peranti pada senarai peranti
Bluetooth yang ditemui.
5. Anda mungkin perlu menaipkan kod laluan.
Untuk mendapatkan butiran, lihat panduan
pengguna untuk peranti lain.
Keluarkan pasangan
Jika anda tidak lagi memiliki peranti yang telefon anda berpasangan, anda boleh mengeluarkan
pasangan tersebut.
1. Ketik Tetapan > Peranti tersambung > Bluetooth .
2. Ketik di sebelah nama peranti.
3. Ketik LUPAKAN .
Sambung ke telefon rakan anda menggunakan Bluetooth.
Anda boleh menggunakan Bluetooth untuk bersambung secara wayarles ke telefon rakan anda,
untuk berkongsi foto dan banyak lagi.
1. Ketik Tetapan > Peranti tersambung >
Bluetooth .
2. Pastikan Bluetooth dihidupkan pada
kedua-dua telefon.
3. Pastikan kedua-dua telefon boleh dilihat
oleh satu sama lain. Anda perlu berada
dalam paparan tetapan Bluetooth untuk
telefon anda boleh dilihat oleh telefon
Kod laluan ini digunakan hanya apabila anda menyambung kepada sesuatu untuk kali pertama.
Hantarkan kandungan anda menggunakan Bluetooth
Apabila anda mahu berkongsi kandungan anda atau menghantar foto yang anda ambil kepada
rakan, gunakan Bluetooth untuk menghantarnya ke peranti yang serasi.
Anda boleh menggunakan lebih daripada satu sambungan Bluetooth pada satu-satu masa.
Sebagai contoh, ketika menggunakan set kepala Bluetooth, anda masih boleh menghantar
sesuatu ke peranti yang lain.
yang lain.
4. Anda boleh melihat telefon Bluetooth yang
berada dalam lingkungan. Ketik telefon
yang anda mahu menyambung kepada.
5. Jika telefon yang lain memerlukan kod
laluan, taipkan atau terima kod laluan dan
ketik Berpasangan .
1. Ketik Tetapan > Peranti tersambung >
Bluetooth .
2. Tukarkan Bluetooth kepada Hidup .
3. Pergi ke kandungan yang anda mahu
hantar dan ketik > Bluetooth .
4. Ketik peranti untuk disambungkan. Anda
boleh melihat peranti Bluetooth yang
berada dalam lingkungan.
Lokasi fail yang diterima bergantung kepada peranti yang lain. Untuk mendapatkan butiran,
lihat panduan pengguna untuk peranti lain.
5. Jika peranti yang lain memerlukan kod
laluan, taipkan atau terima kod laluan
dan ketik Berpasangan. Kod laluan, yang
anda boleh adakan, mesti ditaipkan dalam
kedua-dua peranti. Kod laluan dalam
beberapa peranti telah dibetulkan. Untuk
mendapatkan butiran, lihat panduan
pengguna peranti yang lain.
VPN
Anda mungkin memerlukan sambungan rangkaian peribadi maya (VPN) untuk mengakses
sumber syarikat anda, seperti intranet atau mel korporat, atau anda mungkin menggunakan
perkhidmatan VPN untuk tujuan peribadi.
Hubungan pentadbir IT syarikat anda untuk mendapatkan butiran tentang konfigurasi VPN
anda, atau semak laman web perkhidmatan VPN anda untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Dengar muzik kegemaran anda di mana jua anda berada.
Main muzik
1. Ketik Main Muzik > > Pustaka muzik .
2. Ketik artis, album, lagu, genre atau senarai main yang anda mahu mainkan.
Jeda atau sambung semula main balik
Ketik untuk menjedakan dan untuk sambung semula.
Petua: Untuk memainkan lagu dalam tertib rawak, ketik .
Cipta senarai main
Aturkan lagu anda ke dalam senarai main, supaya anda boleh mendengar muzik yang sesuai
dengan perasaan anda.
1. Apabila memainkan lagu, ketik > Tambah ke senarai main .
2. Untuk menambah lagu ke senarai main baharu anda, ketik SENARAI MAIN BAHARU , atau,
untuk menambah lagu pada senarai main sedia ada, pilih senarai main daripada senarai.
Tambah lagu ke telefon anda
Sekiranya anda menyimpan muzik atau video dalam komputer anda, tetapi mahu
mengaksesnya pada telefon anda, gunakan kabel USB untuk menyegerakkan media antara
telefon anda dan komputer.
1. Sambungkan telefon anda ke komputer yang serasi dengan kabel USB.
2. Dalam pengurus fail komputer anda, seret dan lepaskan lagu dan video anda ke telefon
anda.
Mengawasi masa – ketahui cara untuk menggunakan telefon anda sebagai jam, serta jam
loceng dan cara untuk memastikan temu janji, tugasan dan jadual anda dikemas kini.
Mengurus kalendar
Ketik Kalendar > , dan pilih jenis kalendar yang anda ingin lihat.
Kalendar ditambah secara automatik apabila anda menambah akaun pada telefon anda.
Untuk menambah akaun baharu dengan kalendar, pergi ke menu apl dan ketik Tetapan >
Pengguna & akaun > Tambah akaun .
Tambahkan acara
Untuk mengingati temu janji atau acara, tambahkannya ke kalendar anda.
1. Dalam Kalendar , ketik dan pilih jenis kemasukan.
2. Taipkan butiran yang anda mahu dan tetapkan masa.
3. Untuk membuat acara berulang pada hari tertentu, ketik Lagi pilihan > Tidak berulang dan
pilih kekerapan acara tersebut akan berulang.
4. Untuk mengedit masa peringatan, ketik masa peringatan, dan pilih masa yang anda
perlukan.
Petua: Untuk mengedit acara, ketik acara dan dan edit butirannya.
Google Maps membantu anda untuk menemui lokasi dan perniagaan yang tertentu.
1. Ketik Peta .
2. Tulis perkataan carian, seperti alamat jalan atau nama tempat, dalam bar carian.
3. Pilih item daripada senarai padanan yang dicadangkan sebagaimana yang anda tulis atau
ketik untuk mencari.
Lokasi ditunjukkan pada peta. Jika tiada hasil carian didapati, pastikan ejaan perkataan carian
anda adalah betul.
Lihat lokasi semasa anda
Ketik Peta > .
Dapatkan arah ke sesuatu tempat
Dapatkan arah untuk berjalan, memandu atau menggunakan pengangkutan awam – gunakan
lokasi semasa anda atau mana-mana tempat yang lain sebagai titik permulaan.
1. Ketik Peta dan masukkan destinasi anda dalam bar carian.
2. Ketik Arah . Ikon yang terserlah menunjukkan mod pengangkutan, sebagai contoh . Untuk
menukar mod, pilih mod baharu di bawah bar carian.
3. Jika anda tidak mahu titik permulaan menjadi lokasi semasa anda, ketik Lokasi anda , dan
cari titik permulaan baharu.
4. Ketik MULA untuk memulakan navigasi.
Laluan ditunjukkan pada peta, berserta anggaran masa yang diambil untuk tiba di sana. Untuk
melihat arah yang terperinci, leret ke atas dari bawah skrin.
Simpan peta baharu dalam telefon anda sebelum perjalanan, supaya anda boleh melayari peta
tanpa sambungan internet apabila melakukan perjalanan.
1. Ketik Peta > > Peta luar talian > PILIH PETA ANDA SENDIRI .
2. Pilih kawasan pada peta dan ketik MUAT TURUN .
Kemas kini peta sedia ada
1. Ketik Peta > > Peta luar talian dan nama peta.
2. Ketik KEMAS KINI .
Petua: Anda juga boleh menetapkan telefon anda untuk mengemas kini
peta secara automatik. Ketik Peta > > Peta luar talian > dan tukar
Kemas kini secara automatik peta luar talian dan Muat turun secara automatik peta luar talian
kepada Hidup .
Padam peta
1. Ketik Peta > > Peta luar talian dan nama peta.
2. Tap PADAM .
GUNAKAN PERKHIDMATAN LOKASI
Gunakan Peta untuk mengetahui di mana anda berada, lampirkan lokasi anda pada foto yang
anda ambil. Maklumat lokasi boleh dilampirkan pada foto atau video, jika lokasi anda boleh
ditentukan menggunakan satelit atau teknologi rangkaian. Jika anda berkongsi foto atau video
yang mengandungi maklumat lokasi, maklumat lokasi mungkin ditunjukkan kepada pengguna
yang melihat foto atau video. Beberapa apl boleh menggunakan maklumat lokasi anda untuk
menawarkan pelbagai perkhidmatan yang meluas.
Hidupkan perkhidmatan lokasi
Telefon anda menunjukkan lokasi anda pada peta menggunakan sistem penentududukan
satelit, Wi-Fi, atau penentududukan berasaskan rangkaian (ID Sel).
Ketersediaan, ketepatan dan kelengkapan maklumat lokasi bergantung kepada, sebagai
contoh, lokasi anda, persekitaran dan sumber pihak ketiga dan mungkin terhad. Maklumat
lokasi mungkin tidak tersedia, sebagai contoh, di dalam bangunan atau di bawah tanah. Untuk
melihat maklumat privasi yang berkaitan dengan kaedah penentukedudukan, lihat Dasar Privasi
HMD Global, yang boleh didapati di http://www.nokia.com/phones/privacy.
Beberapa sistem penentududukan satelit mungkin perlu memindahkan jumlah kecil data
melalui rangkaian mudah alih. Sekiranya anda mahu mengelakkan kos data, sebagai contoh
ketika melakukan perjalanan, anda boleh mematikan sambungan data mudah alih dalam
tetapan telefon anda.
Penentududukan Wi-Fi meningkatkan ketepatan kedudukan apabila isyarat satelit tidak
tersedia, terutamanya apabila anda berada di dalam atau di antara bangunan tinggi. Sekiranya
anda berada di tempat yang penggunaan Wi-Finya terhad, anda boleh mematikan Wi-Fi dalam
tetapan telefon anda.
Ketik Tetapan > Keselamatan & lokasi dan hidupkan Lokasi .
Telefon Android anda boleh menghidupkan potensi sepenuhnya dengan Google Play – apl,
muzik, filem dan buku semuanya tersedia untuk hiburan anda. Semua yang anda perlukan ialah
akaun Google.
Tambah akaun Google kepada telefon anda
1. Ketik Tetapan > Pengguna & akaun > Tambah akaun > Google . Jika diminta, sahkan
kaedah mengunci peranti anda.
2. Taipkan kelayakan akaun Google anda dan ketik Seterusnya , atau, untuk membuat akaun
baru, ketik Cipta akaun .
3. Ikut arahan pada telefon anda.
Muat turun apl
Lepaskan potensi telefon anda – terdapat ribuan apl yang menunggu dalam Google Play Store
untuk membantu anda dengannya.
1. Ketik Play Store .
2. Ketik bar carian untuk mencari apl, atau pilih apl daripada cadangan anda.
3. Dalam keterangan apl, ketik PASANG untuk memuat turun dan memasang apl tersebut.
Untuk melihat apl anda, pergi ke skrin utama dan leret ke atas dari bawah skrin.
Kemas kini apl
1
Kemas kini apl Play Store anda untuk mendapatkan semua ciri terkini dan pembetulan pepijat.
1. Ketik Play store > > Apl & permainan saya untuk melihat kemas kini yang tersedia.
2. Ketik apl dengan kemas kini yang tersedia dan KEMAS KINI .
Anda juga boleh mengemas kini semua apl sekaligus. Dalam Apl & permainan saya , ketik
Ketik Play Store > > Apl & permainan saya , pilih apl yang anda mahu keluarkan dan ketik
NYAHPASANG .
Dapatkan muzik, filem, atau buku dengan Google Play.
Dengan Google Play, anda boleh mendapat akses kepada jutaan lagu dan ribuan filem, dan
buku.
Ketik Muzik , Filem atau Buku untuk mengetahui lebih lanjut.
1
Anda perlu menambah akaun Google kepada telefon anda untuk menggunakan perkhidmatan Google
Play. Caj mungkin dikenakan pada sesetengah kandungan yang tersedia dalam Google Play. Untuk
menambah kaedah pembayaran, ketik Play Store > Menu > Akaun > Kaedah pembayaran . Sentiasa
pastikan anda mempunyai kebenaran daripada pemilik kaedah pembayaran apabila membeli kandungan
daripada Google Play.
Ikuti perkembangan – kemas kini perisian dan apl telefon anda secara wayarles untuk
mendapatkan ciri baharu dan dipertingkatkan untuk telefon anda. Prestasi telefon anda boleh
ditingkatkan dengan mengemas kini perisiannya.
Pasang kemas kini yang tersedia
Ketik Tetapan > Sistem > Kemas kini sistem > Semak ketersediaan kemas kini untuk
menyemak sama ada terdapat kemas kini.
Apabila telefon anda memberitahu anda bahawa kemas kini tersedia, hanya ikut arahan yang
dipaparkan pada telefon anda. Jika telefon anda kekurangan memori, anda mungkin perlu
memindahkan apl, foto dan bahan anda yang lain ke kad memori.
Amaran: Jika anda memasang kemas kini perisian, anda tidak boleh menggunakan peranti,
meskipun untuk membuat panggilan kecemasan, sehingga pemasangan telah selesai dan
peranti dimulakan semula.
Sebelum memulakan kemas kini, sambungkan pengecas atau pastikan bateri peranti
mempunyai cukup kuasa, dan sambungkan kepada Wi-Fi, kerana pakej kemas kini mungkin
menggunakan banyak data mudah alih.
SANDARKAN DATA ANDA
Untuk memasukkan data anda selamat, gunakan ciri sandaran dalam telefon anda. Data peranti
anda (spt k/laluan Wi-Fi & sejarah pgln) & data apl (spt tetapan dan fail yg disimpan oleh apl)
akan disandarkan secara jauh.
Hidupkan sandaran automatik
Ketik Tetapan > Sistem > Sandaran dan hidupkan sandaran.
PULIHKAN TETAPAN ASAL DAN KELUARKAN KANDUNGAN PERIBADI
DARIPADA TELEFON ANDA
Kemalangan boleh berlaku – jika telefon anda tidak berfungsi dengan betul, anda boleh
memulihkan tetapannya. Atau, jika anda membeli telefon baharu, atau sebaliknya mahu
melupuskan atau mengitar semula telefon anda, ini adalah caranya anda boleh mengeluarkan
maklumat dan kandungan peribadi anda. Ambil perhatian bahawa ana bertanggungjawab untuk
mengalih keluar semua kandungan peribadi.
Anda boleh membuka kunci telefon anda dengan hanya sentuhan jari anda. Sediakan ID cap jari
anda untuk keselamatan tambahan.
Tambah cap jari
1. Ketik Tetapan > Keselamatan & Lokasi > Cap Jari . Jika anda tidak menyediakan kunci
skrin pada telefon anda, ketik Sediakan kunci skrin .
2. Pilih kaedah membuka kunci sandaran yang anda mahu gunakan untuk skrin kunci dan ikuti
arahan yang dipaparkan pada telefon anda.
Buka kunci telefon anda dengan jari anda
Letakkan jari berdaftar anda pada sensor.
Jika terdapat ralat sensor cap jari dan anda tidak boleh menggunakan kaedah daftar masuk
alternatif untuk memulihkan atau menetap semula telefon dalam sebarang cara, telefon
anda memerlukan perkhidmatan oleh kakitangan yang dibenarkan. Caj tambahan mungkin
dikenakan, dan semua data peribadi pada telefon anda mungkin dipadamkan. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut, hubungi titik layanan terdekat untuk telefon anda, atau wakil
penjual telefon anda.
TUKAR KOD PIN SIM ANDA
Jika kad SIM anda disertakan dengan kod PIN SIM lalai, anda boleh menukarkannya kepada
sesuatu yang lebih selamat. Bukan semua pembekal khidmat rangkaian menyokong ini.
Pilih PIN SIM anda
Anda boleh memilih digit yang hendak digunakan untuk PIN SIM. Kod PIN SIM boleh jadi 4-8
angka.
1. Ketik Tetapan > Keselamatan & Lokasi > Kunci kad SIM .
2. Di bawah kad SIM yang dipilih, ketik Ubah PIN SIM .
Petua: Sekiranya anda tidak mahu melindungi SIM anda dengan kod PIN, tukar Kunci kad SIM
kepada Dimatikan , dan taip PIN semasa anda.
Ketahui maksud kod yang berbeza pada telefon anda.
kod PIN atau PIN2
Kod PIN atau PIN2 mempunyai 4-8 digit.
Kod ini melindungi kad SIM anda daripada penggunaan yang tidak dibenarkan atau diperlukan
untuk mengakses beberapa ciri. Anda boleh menetapkan telefon anda agar meminta kod PIN
apabila anda menghidupkannya.
Jika anda terlupa kodnya atau tidak dibekalkan dengan kad anda, hubungi pembekal khidmat
rangkaian anda.
Jika anda menaipkan kod yang salah 3 kali berturut-turut, anda perlu menyahsekat kodnya
menggunakan kod PUK atau PUK2.
Kod PUK atau PUK2
Kod PUK atau PUK2 diperlukan untuk menyahsekat kod PIN atau PIN2.
Jika kod tidak dibekalkan dengan kad SIM anda, hubungi pembekal khidmat rangkaian anda.
Kod kunci
Kod kunci juga dikenali sebagai kod keselamatan atau kata laluan.
Kod kunci membantu anda melindungi telefon anda daripada penggunaan yang tidak sah. Anda
boleh menetapkan telefon anda agar meminta kod kunci yang anda tetapkan. Pastikan kod
dirahsiakan dan disimpan di tempat yang selamat, berasingan dari telefon anda.
Jika anda terlupa kodnya dan telefon anda terkunci, telefon anda memerlukan perkhidmatan.
Caj tambahan mungkin dikenakan, dan semua data peribadi pada telefon anda mungkin
dipadamkan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi kemudahan servis sah yang
terdekat untuk telefon anda atau wakil penjual telefon anda.
Kod IMEI
Kod IMEI digunakan untuk mengenal pasti telefon dalam rangkaian. Anda mungkin juga perlu
memberikan nombor kepada perkhidmatan kemudahan servis sah atau wakil penjual telefon
anda.
Untuk melihat nombor IMEI anda, dail *#06# .
Kod IMEI telefon adna turut dicetak pada sama ada telefon anda atau pada dulang SIM
bergantung pada model telefon anda. Jika telefon anda mempunyai penutup belakang yang
boleh dibuka, anda boleh menemui kod IMEI di bawah penutup.
Jika anda kehilangan telefon, anda boleh mencari, mengunci atau memadamkan telefon dari
jauh jika anda mendaftar masuk ke Akaun Google. Cari Peranti Saya diaktifkan secara lalai
untuk telefon yang dikaitkan dengan Akaun Google.
Untuk menggunakan Cari Peranti Saya, telefon anda yang hilang hendaklah:
• Dihidupkan
• Mendaftar masuk ke Akaun Google
• Disambungkan ke data mudah alih atau
• Kelihatan di Google Play
• Lokasi dihidupkan
• Cari Peranti Saya dihidupkan
Wi-Fi
Apabila Cari Peranti Saya disambungkan dengan telefon, anda dapat melihat lokasi telefon dan
telefon menerima pemberitahuan.
1. Buka android.com/find di komputer, tablet atau telefon yang disambungkan ke internet dan
daftar masuk ke Akaun Google anda.
2. Jika anda mempunyai lebih daripada satu telefon, klik telefon yang hilang di bahagian atas
skrin.
3. Di peta, lihat tempat telefon berada. Lokasi adalah anggaran dan mungkin tidak tetap.
Jika peranti anda tidak ditemui, Cari Peranti Saya akan menunjukkan lokasi terakhir yang
diketahui, jika tersedia. Untuk mengunci atau memadam telefon anda, ikut arahan di tapak
web.
Baca garis panduan ringkas ini. Sekiranya tidak dipatuhi, anda mungkin mengalami keadaan
berbahaya atau melanggar undang-undang dan peraturan setempat. Untuk mendapatkan
maklumat lanjut, baca panduan pengguna yang lengkap.
MATIKAN DI KAWASAN LARANGAN
Matikan peranti apabila peranti mudah alih tidak dibenarkan atau apabila peranti itu boleh
menyebabkan gangguan atau bahaya, contohnya, di dalam pesawat, di hospital atau
berdekatan dengan peralatan perubatan, bahan api, kimia, atau kawasan letupan. Patuhi semua
arahan di kawasan larangan.
UTAMAKAN KESELAMATAN JALAN RAYA
Patuhi semua undang-undang setempat. Sentiasa pastikan tangan anda bebas untuk
mengendalikan kenderaan semasa memandu. Pertimbangan pertama anda semasa memandu
hendaklah keselamatan jalan raya.
Semua peranti wayarles boleh terdedah kepada gangguan, yang boleh menjejaskan prestasi.
PERKHIDMATAN DIBENARKAN
Hanya kakitangan yang dibenarkan boleh memasang atau membaiki produk ini.
BATERI, PENGECAS, DAN AKSESORI LAIN
Hanya gunakan bateri, pengecas, dan aksesori lain yang diluluskan oleh HMD Global Oy untuk
digunakan dengan peranti ini. Jangan sambungkan produk yang tidak serasi.
Jika peranti anda kalis air, lihat penilaian IP dalam spesifikasi teknikal peranti untuk
mendapatkan panduan yang lebih terperinci.
BAHAGIAN KACA
Peranti dan/atau skrin peranti diperbuat daripada kaca. Kaca ini boleh pecah jika peranti
terjatuh di atas permukaan yang keras atau menerima impak yang kuat. Jika kacan pecah,
jangan sentuh bahagian kaca peranti tersebut atau cuba mengeluarkan kaca yang pecah
daripada peranti. Berhenti menggunakan peranti sehingga kaca digantikan oleh kakitangan
perkhidmatan yang dibenarkan.
LINDUNGI PENDENGARAN ANDA
Untuk mengelakkan kerosakan pendengaran yang mungkin berlaku pada tahap kelantangan
yang tinggi bagi tempoh masa yang lama. Amalkan sifat berwaspada apabila memegang telefon
anda berdekatan dengan telinga anda semasa pembesar suara sedang diguna.
Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF semasa menggunakan sama ada dalam
kedudukan penggunaan yang biasa pada telinga atau apabila berada dalam kedudukan
sekurang-kurangnya 1.5 sentimeter (5/8 mm) dari badan anda. Nilai SAR maksimum khusus
boleh ditemui di bahagian Maklumat Pensijilan (SAR) dalam panduan pengguna ini. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut, lihat bahagian Maklumat Pensijilan (SAR) dalam panduan
pengguna ini atau layari www.sar-tick.com.
PERKHIDMATAN DAN KOS RANGKAIAN
Penggunaan sesetengah ciri dan perkhidmatan, atau memuat turun kandungan, termasuk item
percuma, memerlukan sambungan rangkaian. Ini boleh menyebabkan pemindahan jumlah data
yang besar, yang boleh menyebabkan kos data. Anda mungkin juga perlu melanggan kepada
sesetengah ciri.
Penting: 4G/LTE mungkin tidak disokong oleh pembekal khidmat rangkaian anda atau
pembekal perkhidmatan yang anda gunakan semasa dalam perjalanan. Dalam kes ini, anda
mungkin tidak dapat untuk membuat atau menerima panggilan, menghantar atau menerima
mesej atau menggunakan sambungan data mudah alih. Untuk memastikan peranti anda
berfungsi dengan lancar apabila perkhidmatan 4G/LTE penuh tidak tersedia, anda disyorkan
untuk menukar kelajuan sambungan tertinggi daripada 4G kepada 3G. Untuk melakukan ini,
di skrin utama, ketik Tetapan > Rangkaian & Internet > Rangkaian mudah alih dan tukar
Jenis rangkaian pilihan kepada 3G .
NotA: Menggunakan Wi-Fi mungkin terhad dalam sesetengah negara. Sebagai contoh, di EU,
anda hanya dibenarkan untuk menggunakan 5150–5350 MHz Wi-Fi di dalam bangunan dan
di AS dan Kanada, anda hanya dibenarkan untuk menggunakan 5.15–5.25 GHz Wi-Fi di dalam
bangunan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pihak berkuasa tempatan anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pembekal khidmat rangkaian anda.
PANGGILAN KECEMASAN
Penting: Sambungan dalam semua keadaan tidak dapat dijamin. Jangan sekali-kali
bergantung pada mana-mana telefon wayarles semata-mata untuk komunikasi penting
seperti kecemasan perubatan.
Sebelum membuat panggilan:
• Hidupkan telefon.
• Jika skrin dan kekunci telefon terkunci, buka kunci skrin dan kekunci tersebut.
• Beralih ke tempat yang mempunyai kekuatan isyarat yang mencukupi.
Pada skrin utama, ketik .
1. Taipkan nombor kecemasan rasmi untuk lokasi anda sekarang. Nombor panggilan
3. Berikan maklumat yang diperlukan setepat yang boleh. Jangan tamatkan panggilan
sehingga dibenarkan untuk melakukannya.
Anda mungkin juga perlu melakukan perkara yang berikut:
• Masukkan kad SIM di dalam telefon. Jika anda tiada kad SIM, pada skrin kunci, ketik
Kecemasan .
• Jika telefon anda meminta kod PIN, ketik Kecemasan .
• Matikan sekatan panggilan dalam telefon, seperti sekatan panggilan, dailan tetap, atau
kumpulan pengguna tertutup.
• Jika rangkaian mudah alih tidak tersedia, anda boleh juga mencuba membuat panggilan
internet, jika anda boleh mengakses internet.
MENJAGA PERANTI ANDA
Kendalikan peranti, bateri, pengecas dan aksesori anda dengan berhati-hati. Cadangan yang
berikut membantu anda memastikan peranti anda beroperasi.
• Pastikan peranti tersebut kering.
Mendakan, kelembapan, dan semua jenis
cecair atau lembapan boleh mengandungi
mineral yang menghakis litar elektronik.
• Jangan gunakan atau simpan peranti di
dalam kawasan yang berdebu atau kotor.
• Jangan simpan peranti dalam keadaan
suhu yang tinggi. Suhu yang tinggi boleh
merosakkan peranti atau bateri.
• Jangan simpan peranti dalam keadaan
suhu yang sejuk. Apabila peranti memanas
kepada suhu biasanya, lembapan
boleh terbentuk di dalam peranti dan
merosakkannya.
• Jangan buka peranti selain daripada yang
diarahkan dalam panduan pengguna.
• Pengubahsuaian yang tidak dibenarkan
boleh merosakkan peranti dan melanggar
undang-undang yang menguasi peranti
radio.
• Jangan jatuhkan, hantukkan, atau
goncangkan peranti atau bateri.
Pengendalian dengan cara kasar boleh
menyebabkan peranti pecah.
• Hanya gunakan kain yang lembut, bersih,
kering untuk membersihkan permukaan
peranti.
• Jangan cat peranti. Cat boleh menghalang
operasi yang betul.
• Pastikan peranti berada jauh dari magnet
atau medan magnet.
• Untuk memastikan data penting anda
selamat, simpan di sekurang-kurangnya
dua tempat yang berasingan, seperti
peranti anda, kad memori, atau komputer,
atau tuliskan maklumat penting.
Semasa operasi yang lama, peranti mungkin terasa panas. Dalam kebanyakan kes, ini adalah
perkara biasa. Untuk mengelakkan daripada menjadi terlalu panas, peranti mungkin menjadi
lambat secara automatik, menutup apl, mematikan pengecasan, dan jika perlu, mematikan
peranti itu sendiri. Jika peranti tidak berfungsi dengan betul, bawa peranti ke kemudahan
perkhidmatan sah yang terdekat.
Sentiasa kembalikan produk elektronik, bateri, dan bahan pembungkusan ke pusat
pengumpulan yang dikhaskan. Dengan cara ini anda membantu mencegah pelupusan sisa
tanpa kawalan dan menggalakkan pengitaran semula bahan. Produk elektrik dan elektronik
mengandungi banyak bahan yang berharga, termasuk logam (seperti kuprum, aluminium,
keluli, dan magnesium) dan logam berharga (seperti emas, perak, dan paladium). Semua bahan
daripada peranti boleh dipulihkan semula sebagai bahan dan tenaga.
SIMBOL TONG BERODA YANG BERPANGKAH
Simbol tong beroda yang berpangkah
Simbol bin beroda yang berpangkah pada produk, bateri, risalah, atau pembungkusan anda
mengingatkan anda bahawa semua produk elektrik dan elektronik serta bateri mesti dibawa
ke pusat pengutipan yang berasingan pada akhir hayat kerjanya. Jangan lupuskan produk
ini sebagai sisa perbandaran yang tidak diisih: bawa produk itu untuk dikitar semula. Untuk
mendapatkan maklumat tentang pusat pengitaran semula anda yang terdekat, semak dengan
penguasa sisa setempat anda.
MAKLUMAT BATERI DAN PENGECAS
Maklumat bateri dan pengecas
Untuk menyemak sama ada telefon anda memiliki bateri boleh dikeluarkan atau tidak boleh
dikeluarkan, lihat panduan Bermula.
Peranti dengan bateri boleh dikeluarkan Gunakan peranti anda hanya dengan bateri boleh cas
semula yang asli. Bateri boleh dicaskan dan dicaskan ratusan kali, tetapi bateri ini akan akhirnya
tidak tahan. Apabila masa bual dan tunggu sedia menjadi lebih pendek daripada biasa dengan
ketara, gantikan bateri tersebut.
Peranti dengan bateri tidak boleh dikeluarkan Jangan cuba mengeluarkan bateri kerana
anda boleh merosakkan peranti. Bateri boleh dicaskan dan dicaskan ratusan kali, tetapi bateri
ini akan akhirnya tidak tahan. Apabila masa bual dan tunggu sedia menjadi lebih pendek
daripada biasa dengan ketara, untuk menggantikan bateri tersebut, bawa peranti tersebut ke
kemudahan perkhidmatan sah yang berdekatan.
Caskan peranti anda dengan pengecas yang serasi. Jenis palam pengecas mungkin berbezabeza. Masa pengecasan mungkin berbeza-beza bergantung pada keupayaan peranti.
Maklumat keselamatan bateri dan pengecas
Apabila pengesana peranti anda lengkap, tanggalkan pengecas daripada peranti dan sumber
keluar elektrik. Harap maklum bahawa pengecasan berterusan tidak boleh melebihi 12 jam.
Jika dibiarkan tidak digunakan, bateri yang dicaskan sepenuhnya akan semakin lama kehilangan
casnya.
Suhu melampau mengurangkan kapasiti dan hayat bateri. Sentiasa pastikan bateri antara
15°C dan 25°C (59°F dan 77°F) untuk prestasi optimum. Peranti dengan bateri yang panas
atau sejuk mungkin tidak berfungsi secara sementara. Harap maklum bahawa bateri mungkin
kehabisan dengan cepat dalam suhu sejuk dan kehilangan kuasa sehingga telefon mati dalam
masa beberapa minit. Apabila anda berada di luar dalam suhu sejuk, pastikan telefon anda tidak
sejuk.
Patuhi peraturan setempat. Kitar semula jika boleh. Jangan lupuskannya sebagai sisa isi rumah.
Jangan dedahkan bateri kepada tekanan udara yang rendah ekstrem atau biarkan terdedah
kepada suhu yang tinggi ekstrem, sebagai contoh melupuskan dalam api, kerana ini boleh
mengakibatkan bateri ini meletup atau kebocoran cecair atau gas yang mudah terbakar.
Jangan ceraikan, potong, hancur, bengkokkan, tebuk atau sebaliknya merosakkan bateri dalam
apa-apa cara. Sekiranya bateri bocor, jangan biarkan cecair menyentuh kulit atau mata. Jika
ini berlaku, segera bilas kawasan yang terjejas dengan air, atau dapatkan bantuan doktor.
Jangan ubah suai, cuba untuk memasukkan objek asing ke dalam bateri, atau merendam atau
mendedahkannya ke dalam air atau cecair yang lain. Bateri boleh meletup jika rosak.
Gunakan bateri dan pengecas untuk tujuan yang sepatutnya sahaja. Penggunaan yang
salah atau penggunaan bateri atau pengecas yang tidak dibenarkan atau tidak serasi boleh
membawa risiko kebakaran, letupan, atau bahaya yang lain dan boleh membatalkan mana-mana
kebenaran atau waranti. Sekiranya anda percaya bateri atau pengecas telah rosak, bawanya ke
pusat perkhidmatan atau penjual telefon anda sebelum meneruskan untuk menggunakannya.
Jangan sesekali gunakan bateri atau pengecas yang telah rosak. Hanya gunakan pengecas di
dalam bangunan. Jangan cas peranti anda ketika ribut kilat. Apabila pengecas tidak disertakan
dalam pek jualan, cas peranti anda menggunakan kabel data (disertakan) dan penyesuai kuasa
USB (mungkin dijual berasingan). Anda boleh mengecas peranti anda menggunakan kabel
dan penyesuai kuasa pihak ketiga yang akur USB 2.0 atau lebih terkini dan dengan peraturan
negara dan standard keselamatan antarabangsa dan serantau. Penyesuai lain mungkin tidak
memenuhi standard keselamatan yang terpakai, dan mengecas dengan penyesuai seperti ini
boleh menampilkan risiko kehilangan harta benda atau kecederaan peribadi.
Untuk mencabut palam pengecas atau aksesori, tahan dan tarik palam, bukan kord.
Selain itu, yang berikut terguna pakai sekiranya peranti anda memiliki bateri yang tidak boleh
dikeluarkan:
• Sentiasa matikan peranti dan cabutkan palam pengecas sebelum mengeluarkan bateri.
• Litar pintas yang tidak disengajakan boleh berlaku apabila objek berlogam menyentuh jalur
logam pada bateri. Ini boleh merosakkan bateri atau objek yang lain.
KANAK-KANAK KECIL
Peranti anda dan aksesorinya bukanlah permainan. Peranti mungkin mengandungi bahagian
kecil. Jauhkan dari capaian kanak-kanak kecil.
PERANTI PERUBATAN
Operasi peralatan pemancaran radio, termasuk telefon wayarles, boleh mengganggu fungsi
peranti perubatan yang tidak berperisai dengan secukupnya. Rujuk pengamal perubatan atau
pengeluar peranti perubatan untuk menentukan sama ada peranti tersebut berperisai dengan
secukupnya daripada tenaga radio luar.
PERANTI PERUBATAN YANG DIIMPLAN
Untuk mengelak kemungkinan gangguan, pengeluar peranti perubatan yang diimplan (seperti
perentak kardiak, pam insulin dan neurostimulator) mengesyorkan jarak pemisahan minimum
15.3 sentimeter (6 inci) di antara peranti wayarles dengan peranti perubatan tersebut. Orang
yang mempunyai peranti tersebut hendaklah:
• Sentiasa memastikan peranti wayarles
berada lebih dari 15.3 sentimeter (6 inci)
dari peranti perubatan.
• Tidak membawa peranti wayarles di dalam
saku di dada.
• Pegang peranti wayarles ke telinga yang
bertentangan dengan peranti perubatan.
• Matikan peranti wayarles jika terdapat
apa-apa sebab untuk mengesyaki bahawa
gangguan sedang berlaku.
• Patuhi arahan pengeluar untuk peranti
perubatan yang diimplan.
Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang menggunakan peranti wayarles anda dengan
peranti perubatan yang diimplan, rujuk penyedia penjagaan kesihatan anda.
Amaran: Apabila anda menggunakan set kepala, keupayaan anda untuk mendengar bunyi
luar mungkin terjejas. Jangan gunakan set kepala di kawasan yang boleh membahayakan
keselamatan anda.
Sesetengah peranti wayarles mungkin mengganggu sesetengah bantuan pendengaran.
LINDUNGI PERANTI ANDA DARIPADA KANDUNGAN YANG BERBAHAYA
Peranti anda mungkin terdedah kepada virus dan kandungan berbahaya yang lain. Ambil
langkah berjaga-jaga yang berikut:
• Berwaspada semasa membuka mesej.
Mesej itu mungkin mengandungi perisian
berniat jahat atau sebaliknya berbahaya
kepada peranti atau komputer anda.
• Berwaspada semasa menerima permintaan
ketersambungan, menyemak imbas
internet, atau memuat turun kandungan.
Jangan terima sambungan Bluetooth dari
sumber yang anda tidak percaya.
• Hanya pasang dan gunakan perkhidmatan
dan perisian dari sumber yang anda
percaya dan yang menawarkan
keselamatan dan perlindungan yang
mencukupi.
• Pasang antivirus dan perisian keselamatan
yang lain pada peranti anda dan sebarang
komputer yang disambungkan. Hanya
gunakan satu apl antivirus pada satu masa.
Penggunaan lebih banyak antivirus boleh
menjejaskan prestasi dan operasi peranti
dan/atau komputer.
• Jika anda mengakses penanda buku
yang diprapasang dan pautan kepada
tapak internet pihak ketiga, ambil langkah
berjaga-jaga yang sewajarnya. HMD Global
tidak menyokong atau bertanggungjawab
terhadap tapak yang sedemikian.
KENDERAAN
Isyarat radio boleh menjejaskan sistem elektronik yang tidak dipasang dengan betul atau
tidak berperisai dengan secukupnya di dalam kenderaan. Untuk mendapatkan maklumat
lanjut, semak dengan pengeluar kenderaan anda atau peralatannya. Hanya kakitangan yang
dibenarkan boleh memasang peranti dalam kenderaan. Pemasangan yang rosak mungkin
berbahaya dan membatalkan waranti anda. Periksa dengan kerap bahawa semua peralatan
peranti wayarles di dalam kenderaan anda telah dilekapkan dan beroperasi dengan betul.
Jangan simpan atau bawa bahan mudah bakar atau letupan di dalam ruang yang sama seperti
peranti, bahagian, atau aksesorinya. Jangan letakkan peranti atau aksesori anda di kawasan
pengerahan beg udara.
PERSEKITARAN YANG BERPOTENSI MELETUP
Matikan peranti anda semasa berada di kawasan yang berpotensi meletup, seperti berdekatan
dengan pam gas. Percikan boleh menyebabkan letupan atau kebakaran yang mengakibatkan
kecederaan atau kematian. Ambil perhatian tentang larangan di kawasan yang mengandungi
bahan api, kilang kimia; atau di tempat yang sedang menjalankan operasi letupan. Kawasan
yang mempunyai persekitaran yang berpotensi meletup mungkin tidak ditandai dengan jelas.
Ini biasanya adalah kawasan yang anda dinasihatkan agar mematikan enjin anda, di bawah dek
bot, kemudahan pemindahan atau penyimpanan bahan kimia, dan di tempat di mana udaranya
mengandungi bahan kimia atau zarah. Semak dengan pengeluar kenderaan yang menggunakan
gas petrol cair (seperti propana atau butana) sama ada peranti ini boleh digunakan dengan
selamat di kawasan yang berdekatan.
MAKLUMAT PENSIJILAN (SAR)
Peranti mudah alih ini memenuhi garis panduan untuk pendedahan terhadap gelombang
radio.
Peranti mudah alih anda ialah sebuah pemancar dan penerima radio. Ini direka bentuk untuk
tidak melebihi had untuk pendedahan terhadap gelombang radio (medan elektromagnet
frekuensi radio), disyorkan oleh garis panduan antarabangsa daripada organisasi saintifik
bebas ICNIRP. Garis panduan ini merangkumi margin keselamatan yang besar yang bertujuan
untuk memastikan perlindungan semua orang tidak kira usia dan kesihatan. Garis panduan
pendedahan adalah berdasarkan kepada Kadar Penyerapan Khusus (SAR), yang merupakan
pernyataan jumlah kuasa frekuensi radio (RF) yang disimpan dalam kepala atau badan ketika
peranti sedang memancarkan. Had SAR ICNIRP untuk peranti mudah alih adalah 2.0 W/kg
dipuratakan melalui 10 gram tisu.
Ujian SAR telah dijalankan dengan peranti dalam kedudukan operasi yang standard,
menghantar pada tahap kuasa tertinggi yang sah, dalam semua jalur frekuensi.
Sila rujuk www.nokia.com/phones/sar untuk mendapatkan nilai SAR maksimum peranti.
Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF apabila digunakan pada kepala atau apabila
dalam kedudukan sekurang-kurangnya 5/8 inci (1.5 sentimeter) jauh. Semasa membawa beg,
klip tali, bentuk pemegang peranti lain yang digunakan untuk operasi yang dipakai pada badan,
tidak sepatutnya mengandungi logam dan hendaklah menyediakan sekurang-kurangnya jarak
pemisahan dari badan yang dinyatakan di atas.
Untuk menghantar data atau mesej, sambungan yang baik kepada rangkaian diperlukan.
Penghantaran mungkin tertunda sehingga sambungan sedemikian tersedia. Ikut arahan jarak
pemisahan sehingga penghantaran selesai.
Semasa penggunaan am, nilai SAR biasanya berada jauh di bawah nilai yang dinyatakan di atas.
Ini kerana, bagi tujuan kecekapan sistem dan meminimumkan gangguan pada rangkaian, kuasa
operasi peranti mudah alih anda akan berkurangan secara automatik apabila kuasa penuh tidak
diperlukan untuk panggilan tersebut. Semakin rendah output kuasa, semakin rendah nilai SAR.
Model peranti mungkin mempunyai versi yang berbeza dan lebih daripada satu nilai. Perubahan
komponen dan reka bentuk boleh berlaku dari masa ke masa dan sesetengah perubahan boleh
memberi kesan pada nilai SAR.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pergi ke www.sar-tick.com. Ambil perhatian bahawa
peranti mudah alih boleh memancarkan walaupun anda tidak membuat panggilan suara.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan bahawa maklumat saintifik semasa
tidak menunjukkan keperluan untuk apa-apa langkah berjaga-jaga khas semasa menggunakan
peranti mudah alih. Jika anda berminat untuk mengurangkan pendedahan anda, mereka
mengesyorkan anda mengehadkan penggunaan anda atau menggunakan kit bebas tangan
untuk memastikan peranti jauh daripada kepala dan badan anda. Untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan penerangan serta perbincangan tentang pendedahan RF, pergi ke laman
web WHO di www.who.int/health-topics/electromagnetic-fields#tab=tab_1.
TENTANG PENGURUSAN HAK DIGITAL
Apabila menggunakan peranti ini, patuhi semua undang-undang dan hormati adat setempat,
privasi dan hak orang lain yang sah, termasuk hak cipta. Perlindungan hak cipta boleh
mencegah anda daripada menyalin, mengubahsuai atau memindahkan foto, muzik dan
kandungan yang lain.
HAK CIPTA DAN NOTIS LAIN
Hak cipta dan notis lain
Ketersediaan produk, ciri, apl dan perkhidmatan mungkin berbeza mengikut kawasan. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut, hubungi penjual anda atau pembekal khidmat anda. Peranti ini
mungkin mengandungi komoditi, teknologi atau perisian yang tertakluk kepada undang-undang
dan peraturan eksport dari AS dan negara yang lain. Lencongan yang berlawanan dengan
undang-undang adalah dilarang.
Kandungan dokumen ini disediakan ”seperti adanya”. Kecuali yang dikehendaki oleh undangundang yang terguna pakai, tiada jaminan dalam sebarang bentuk, sama ada secara nyata
atau tersirat, termasuk tetapi tidak terhad, kepada jaminan tersirat kebolehdagangan
dan kesesuaian untuk suatu tujuan tertentu, dibuat sehubungan dengan ketepatan,
kebolehpercayaan atau kandungan dokumen ini. HMD Global berhak untuk mengulang kaji
dokumen ini atau menariknya semula pada bila-bila masa tanpa notis bertulis.
Setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang yang terguna pakai, HMD Global
atau mana-mana pemegang lesen tidak akan bertanggungjawab di bawah apa jua keadaan
untuk mana-mana kehilangan data atau pendapatan atau mana-mana kerosakan yang khas,
sampingan, berakibat atau tidak langsung yang diakibatkan dalam apa jua cara.
Pengeluaran semula, pemindahan atau pengedaran sebahagian atau semua kandungan
dokumen ini dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis awal daripada HMD Global adalah
dilarang. HMD Global mengendalikan dasar pembangunan yang berterusan. HMD Global berhak
untuk membuat perubahan dan peningkatan terhadap mana-mana produk yang diterangkan di
dalam dokumen ini tanpa notis bertulis.
HMD Global tidak memberikan apa-apa gambaran, menyediakan jaminan atau
bertanggungjawab untuk kefungsian, kandungan atau sokongan pengguna akhir apl pihak
ketiga yang disediakan dengan peranti anda. Dengan menggunakan apl, anda mengakui bahawa
apl ini disediakan seperti adanya.
Memuat turun peta, permainan, muzik dan video dan memuat naik imej dan video boleh
melibatkan pemindahan jumlah data yang besar. Pembekal khidmat anda mungkin mengenakan
bayaran untuk penghantaran data. Ketersediaan produk tertentu, perkhidmatan dan ciri
mungkin berbeza mengikut kawasan. Sila semak dengan penjual setempat anda untuk
mendapatkan butiran lanjut dan ketersediaan pilihan bahasa.
Ciri, kefungsian dan spesifikasi produk tertentu mungkin bergantung kepada rangkaian dan
tertakluk kepada terma, syarat dan bayaran tambahan.
Semuanya tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
HMD Global Oy ialah pemegang lesen eksklusif jenama Nokia untuk telefon & tablet. Nokia ialah
tanda dagangan berdaftar Nokia Corporation.
Dasar Privasi HMD Global, tersedia di http://www.nokia.com/phones/privacy, digunakan pada
penggunaan peranti oleh anda.
Google, Android dan tanda-tanda lain ialah tanda dagangan Google LLC.
Tanda kata dan logo Bluetooth adalah milik Bluetooth SIG, Inc. dan apa-apa penggunaan tanda
ini oleh HMD Global adalah di bawah lesen.
Semua tanda dagangan lain adalah hak milik pemilik masing-masing.
Qualcomm aptX
Qualcomm dan Snapdragon ialah tanda dagangan Qualcomm Incorporated, yang didaftarkan di
Amerika Syarikat dan negara-negara lain. aptX ialah tanda dagangan Qualcomm Technologies
International, Ltd., yang didaftarkan di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.