Penting: Untuk mendapatkan maklumat penting tentang keselamatan penggunaan peranti
dan bateri anda, baca maklumat “Untuk keselamatan anda” dan “Keselamatan Produk”
dalam panduan pengguna yang dicetak, atau du www.nokia.com/support sebelum anda
menggunakan peranti. Untuk mengetahui cara mula menggunakan peranti baru anda, baca
panduan pengguna dicetak.
Jangan sambungkan ke produk yang mencipta isyarat output, kerana ini boleh merosakkan
peranti. Jangan sambungkan mana-mana sumber voltan ke penyambung audio. Jika anda
menyambung peranti luaran atau set kepala, selain daripada yang dibenarkan untuk digunakan
dengan peranti ini, kepada penyambung audio, beri perhatian yang khusus terhadap tahap
kelantangan.
Sebahagian peranti ini adalah bermagnet. Bahan berlogam mungkin akan tertarik kepada
peranti. Jangan letakkan kad kredit atau kad jaluran bermagnet yang lain berdekatan dengan
peranti untuk tempoh berpanjangan kerana kad mungkin rosak.
MASUKKAN ATAU KELUARKAN SIM DAN KAD MEMORI
Masukkan SIM dan kad memori
1. Dengan telefon mengadap bawah,
letakkan kuku jari anda dalam lekuk kecil
yang terletak di pinggir bawah.
2. Bengkokkan penutup dan tanggalkannya.
4. Jika anda mempunyai kad memori
microSD, luncurkan kad ke dalam slot kad
memori.
5. Tekan pinggir atas penutup belakang
terhadap pinggir atas telefon anda,
3. Luncurkan kad SIM nano ke dalam slot SIM
dengan kawasan sesentuh logam ke bawah
sehingga ia ketat ditempatnya. Jika anda
kemudian pasang penutup, dengan
mengunci semua cangkuk di pinggir
penutup.
1
mempunyai variasi dwi SIM, masukkan SIM
kedua ke dalam slot SIM lain.
Amaran: Jangan buka penutup bateri, ia mungkin membahayakan peranti anda.
Perhatian: Matikan peranti dan tanggalkan pengecas dan sebarang peranti lain sebelum
membuka sebarang penutup. Elakkan menyentuh komponen elektronik semasa menukar
sebarang penutup. Sentiasa simpan dan gunakan peranti dengan sebarang penutup dipasang.
1. Buka penutup belakang daripada telefon. Dengan telefon mengadap bawah, letakkan kuku
jari anda dalam lekuk kecil yang terletak di pinggir bawah.
2. Bengkokkan penutup dan tanggalkannya.
3. Keluarkan kad. Untuk mengeluarkan kad SIM daripada slot SIM2, anda perlu menolaknya
sedikit untuk mengeluarkannya dari tempatnya.
1
Hanya gunakan kad SIM nano yang asli. Penggunaan kad SIM yang tidak serasi boleh merosakkan kad
atau peranti dan boleh merosakkan data yang disimpan pada kad.
CASKAN TELEFON ANDA
Caskan bateri
1. Masukkan palam pengecas yang serasi ke dalam salur keluar dinding.
2. Menyambung kabel ke telefon anda.
Telefon anda menyokong kabel USB mikro-B. Anda juga boleh mengecas telefon anda dengan
komputer menggunakan kabel USB, tetapi ini mungkin mengambil masa yang lebih lama.
Jika bateri dinyahcas sepenuhnya, beberapa minit mungkin diperlukan sebelum penunjuk
pengecasan dipaparkan.
HIDUPKAN DAN SEDIAKAN TELEFON ANDA
Apabila anda menghidupkan telefon anda buat kali pertama, telefon anda membimbing anda
untuk menyediakan sambungan rangkaian anda dan tetapan telefon.
Hidupkan telefon anda
1. Untuk menghidupkan telefon anda, tekan dan tahan kekunci kuasa sehingga telefon
bergetar.
2. Apabila telefon dihidupkan, pilih bahasa dan kawasan anda.
3. Ikut arahan yang ditunjukkan pada telefon anda.
2. Pilih data yang mana yang anda mahu pulihkan pada telefon anda. Penyegerakan akan
bermula secara automatik sebaik sahaja telefon anda disambungkan ke internet.
Pulihkan tetapan apl daripada telefon Android anda sebelum ini
Sekiranya peranti anda sebelum ini adalah Android , dan sandaran ke akaun Google didayakan
padanya, anda boleh memulihkan tetapan apl dan kata laluan Wi-Fi.
1. Ketik Tetapan > Sandaran & tetap semula .
2. Tukarkan Pemulihan automatik kepada Hidup .
TETAPAN DWI SIM
Jika anda mempunyai model dwi SIM, anda boleh memiliki 2 SIM dalam telefon anda, sebagai
contoh, satu untuk kerja anda dan satu untuk kegunaan peribadi anda.
Perhatian: Pada peranti didayakan dwi SIM, kedua-dua slot SIM1 dan SIM2 menyokong
rangkaian 4G. Walau bagaimanapun, jika SIM1 dan SIM2 anda menggunakan kad SIM LTE,
SIM utama menyokong rangkaian 4G/3G/2G, sementara SIM kedua hanya boleh menyokong
3G/2G. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kad SIM anda, hubungi penyedia
khidmat anda.
Pilih SIM yang mana untuk digunakan
Apabila, sebagai contoh, membuat panggilan, anda boleh memilih SIM yang mana untuk
digunakan dengan mengetik butang SIM 1 atau SIM 2 yang berpadanan selepas anda mendail
nombornya.
Telefon anda menunjukkan status rangkaian untuk kedua-dua SIM secara berasingan. Keduadua kad SIM tersedia pada masa yang sama apabila peranti tidak digunakan, tetapi sementara
satu kad SIM adalah aktif, apabila, sebagai contoh, membuat panggilan, yang lain mungkin tidak
tersedia.
Tidak mahu kerja mengganggu masa lapang anda? Atau anda memiliki sambungan data yang
lebih murah pada satu SIM? Anda boleh memutuskan SIM yang mana yang anda mahu gunakan.
Ketik Tetapan > Kad SIM .
Menamakan semula kad SIM
Ketik SIM yang anda mahu namakan semula dan taipkan nama yang anda mahu.
Pilih SIM yang mana untuk digunakan untuk panggilan atau sambungan data
Di bawah SIM yang diutamakan untuk , ketik tetapan yang anda mahu tukar dan pilih SIM
tersebut.
KUNCI ATAU BUKA KUNCI TELEFON ANDA
Kuncikan telefon anda
Sekiranya anda mahu mengelakkan membuat panggilan secara tidak sengaja apabila telefon
anda berada dalam poket atau beg anda, anda boleh mengunci kekunci dan skrin anda.
Untuk mengunci kekunci dan skrin anda, tekan kekunci kuasa.
Buka kunci kekunci dan skrin
Tekan kekunci kuasa dan lungsur merentasi skrin. Jika diminta, berikan perakuan tambahan.
GUNAKAN SKRIN SENTUH
Penting: Elak daripada mencalarkan skrin sentuh. Jangan sekali-kali guna pen, pensel atau
Skrin berputar secara automatik apabila anda memusingkan telefon 90 darjah.
Untuk mengunci skrin dalam mod potret, lungsur ke bawah dari atas skrin dan ketik
Auto-putar untuk menukar kepada Potret .
Gunakan kekunci navigasi
Untuk melihat apl yang anda telah buka, ketik kekunci gambaran keseluruhan .
Untuk beralih kepada apl yang lain, ketik apl yang anda mahu. Untuk menutup sesuatu apl,
ketik ikon di sebelahnya.
Untuk kembali ke skrin sebelumnya tempat anda berada, ketik kekunci kembali . Telefon
anda ingat semua apl dan laman web yang anda lawati sejak kali terakhir skrin anda dikunci.
Untuk pergi ke skrin utama, ketik kekunci utama . Apl yang anda telah buka kekal terbuka
dalam latar belakang.
Tekan , lungsur ke atas menerusi semua apl dan ketik KOSONGKAN SEMUA .
PEMBERITAHUAN
Terus berhubung dengan apa yang berlaku pada telefon anda dengan pemberitahuan.
Gunakan panel pmberitahuan
Apabila anda menerima pemberitahuan yang baharu, seperti mesej atau panggilan terlepas,
ikon penunjuk muncul pada bar status pada bahagian atas skrin. Untuk melihat lebih banyak
maklumat tentang ikon, buka panel pemberitahuan dan melihat butiran.
Untuk membuka panel pemberitahuan, seret bar status ke bawah. Untuk menutup panel
pemberitahuan, lungsur ke atas pada skrin.
Untuk menukar tetapan pemberitahuan pada apl, ketik Tetapan > Pemberitahuan dan ketik
nama apl untuk membuka tetapan apl.
Gunakan ikon tetapan pantas
Untuk mengaktifkan ciri, ketik ikon tetapan pantas pada panel pemberitahuan. Untuk melihat
lebih banyak ikon, seret menu ke bawah.
Untuk mengatur semula ikon, ketik , ketik dan tahan ikon dan kemudian seretkannya ke
lokasi yang lain.
Jika anda mempunyai masalah mendengar telefon anda berdering dalam persekitaran yang
bising, atau panggilan terlalu kuat, anda boleh mengubah kelantangan mengikut kesukaan anda
dengan menggunakan kekunci kelantangan di sebelah telefon anda.
Jangan sambungkan ke produk yang mencipta isyarat output, kerana ini boleh merosakkan
peranti. Jangan sambungkan mana-mana sumber voltan ke penyambung audio. Jika anda
menyambung peranti luaran atau set kepala, selain daripada yang dibenarkan untuk digunakan
dengan peranti ini, kepada penyambung audio, beri perhatian yang khusus terhadap tahap
kelantangan.
Ubah kelantangan untuk media dan apl
Tekan kekunci kelantangan di sebelah telefon anda untuk melihat bar status kelantangan, ketik
, dan seret pelungsur pada bar kelantangan untuk media dan apl di sebelah kiri atau kanan.
Tetapkan telefon kepada senyap
Tekan kekunci kelantangan di sebelah telefon anda dan ketik untuk menukar kepada senyap.
Petua: Tidak mahu membiarkan telefon anda dalam mod senyap, tetapi tidak boleh menjawab
sekarang? Untuk menyenyapkan panggilan masuk, tekan kekunci kelantangan turun . Anda
juga boleh menetapkan telefon anda kepada senyapkan nada dering apabila diangkat: ketik
Tetapan > Pergerakan > Senyapkan apabila diangkat .
Jika anda inginkan keupayaan menolak panggilan dengan cepat, dayakan Pergerakan: ketik
Tetapan > Pergerakan > Pusing untuk menolak panggilan . Apabila terdapat panggilan
masuk, pusing telefon untuk menolak panggilan.
TANGKAPAN SKRIN
Ambil tangkapan skrin
Untuk mengambil tangkapan skrin, buka panel pemberitahuan dan seret bar status ke bawah.
Ketik Tangkapan skrin . Anda boleh melihat imej yang ditangkap dalam Foto .
Tidak mungkin untuk mendapatkan tangkapan skrin ketika menggunakan beberapa apl dan ciri.
1. Cas dengan bijak: Sentiasa mengecas
bateri sepenuhnya.
2. Pilih hanya bunyi yang anda perlukan:
Bisukan bunyi yang tidak diperlukan,
seperti bunyi tekan kunci. Ketik Tetapan
> Bunyi dan di bawah Bunyi Lain , pilih
bunyi yang ingin disimpan.
3. Gunakan fon kepala yang berwayar, dan
bukan pembesar suara.
4. Tukar tetapan skrin telefon: Tetapkan
skrin telefon untuk dimatikan selepas
masa yang pendek. Ketik Tetapan >
Paparan > Tidur dan pilih masanya.
5. Kurangkan kecerahan skrin: Ketik
Tetapan > Paparan > Tahap kecerahan .
Pastikan bahawa Kecerahan adaptif
didayakan. Untuk melaraskan kecerahan,
seret pelungsur Tahap kecerahan .
6. Hentikan apl daripada berjalan di latar
belakang: Tekan , dan tutup apl yang
anda tidak perlukan.
7. Dayakan Pengurus aktiviti latar belakang.
Pemberitahuan sesetengah aplikasi
atau e-mel mungkin tidak dapat diambil
dengan segera. Anda boleh mengurus
hayat bateri dengan menambahkan atau
mengeluarkan aplikasi ke atau daripada
senarai putih. Ketik Tetapan > Bateri >
Pengurus aktiviti latar belakang .
8. Dayakan Penjimat bateri . Ketik Tetapan
> Bateri > Penjimat bateri dan tukar
kepada Aktif .
9. Gunakan perkhidmatan lokasi secara
pilihan: Matikan perkhidmatan lokasi
apabila anda tidak memerlukannya. Ketik
Tetapan > Lokasi , dan Matikan .
10. Gunakan sambungan rangkaian secara
pilihan: Hidupkan Bluetooth hanya apabila
diperlukan. Gunakan sambungan Wi-Fi
untuk menyambung ke internet dan bukan
sambungan data selular. Hentikan telefon
anda daripada mengimbas untuk rangkaian
wayarles yang tersedia. Ketik Tetapan >
Wi-Fi , dan Matikan . Jika anda mendengar
muzik atau sebaliknya menggunakan
telefon anda, tetapi tidak mahu membuat
atau menerima panggilan, hidupkan mod
Kapal terbang. Ketik Tetapan > Lagi >
Mod Kapal terbang .
Mod Kapal terbang menutup sambungan ke rangkaian selular dan menyahaktifkan ciri wayarles
peranti anda.
MENJIMATKAN KOS PERAYAUAN DATA
Anda boleh memotong kos perayauan data dan menjimatkan bil telefon anda dengan menukar
tetapan data selular. Untuk menggunakan kaedah sambungan yang optimum, tukar tetapan
Wi-Fi dan rangkaian selular. Perayauan data bermaksud menggunakan telefon anda untuk
menerima data melalui rangkaian yang pembekal khidmat rangkaian anda tidak miliki atau
beroperasi. Menyambung ke internet ketika dalam perayauan, terutamanya ketika di luar
negara, boleh meningkatkan kos data dengan banyak. Menggunakan sambungan Wi-Fi biasanya
lebih cepat dan kurang mahal daripada menggunakan sambungan data selular. Sekiranya
sambungan Wi-Fi dan data selular tersedia, telefon anda menggunakan sambungan Wi-Fi.
2. Pastikan rangkaian Wi-Fi ditukarkan kepada Hidup .
3. Pilih sambungan yang anda mahu gunakan.
Tutup sambungan data selular
Lungsur ke bawah dari atas skrin, ketik dan tukarkan Data selular kepada Dimatikan .
Untuk mengikut penggunaan data anda, ketik Tetapan > Penggunaan data .
Hentikan perayauan data
Ketik Tetapan > Lagi > Rangkaian selular dan matikan Perayauan data .
TULIS TEKS
Ketahui cara untuk menulis teks dengan cepat dan dengan berkesan menggunakan papan
kekunci telefon anda.
Gunakan papan kekunci pada skrin
Menulis dengan papan kekunci pada skrin adalah mudah. Anda boleh menggunakan papan
kekunci apabila menggunakan telefon anda dalam mod potret atau landskap. Bentangan papan
kekunci boleh berbeza dalam apl dan bahasa yang berbeza.
Untuk membuka papan kekunci pada skrin, ketik kotak teks.
Tukar antara aksara huruf besar dan huruf kecil
Ketik kekunci anjak. Untuk menghidupkan mod kunci huruf besar, ketik dua kali kekunci. Untuk
kembali ke mod biasa, ketik kekunci anjak sekali lagi.
Taipkan nombor atau aksara yang khas
Ketik kekunci nombor dan simbol. Sesetengah kekunci aksara khas mengeluarkan lebih banyak
syimbol. Untuk melihat lebih banyak simbol. ketik dan tahan simbol atau aksara yang khas.
Ketik dan tahan perkataan, seret penanda sebelum dan selepas perkataan untuk menyerlahkan
bahagian yang anda mahu salin, dan ketik SALIN . Untuk menampal teks, ketik tempat yang
anda mahu tampalkan teks dan pilih TAMPAL .
Tambah tanda aksen kepada aksara
Ketik dan tahan aksara dan ketik tanda akses atau aksara yang beraksen, jika disokong oleh
papan kekunci anda.
Padam aksara
Ketik kekunci undur ruang.
Gerakkan kursor
Untuk mengedit perkataan yang anda baru sahaja tulis, ketik perkataan dan seretkan kursor ke
tempat yang anda mahu.
Gunakan cadangan perkataan papan kekunci
Telefon anda mencadangkan perkataan ketika anda menulis, untuk membantu anda menulis
dengan cepat dan lebih tepat. Cadangan perkataan mungkin tidak tersedia dalam semua
bahasa.
Apabila anda mula menulis perkataan, telefon anda mencadangkan perkataan yang mungkin.
Apabila perkataan yang anda mahu ditunjukkan dalam bar cadangan, pilih perkataan tersebut.
Untuk melihat lebih banyak cadangan, ketik dan tahan cadangan.
Jika perkataan yang dicadangkan ditandakan dalam huruf tebal, telefon anda secara
automatik menggunakannya untuk menggantikan perkataan yang anda tulis. Sekiranya
perkataan tersebut salah, ketik dan tahan perkataan itu untuk melihat beberapa cadangan
lain.
Jika anda tidak mahu papan kekunci mencadangkan perkataan semasa menaip, matikan
pembetulan teks. Ketik Tetapan > Bahasa & input > Papan kekunci maya . Pilih papan
kekunci yang biasa anda gunakan. Ketik Pembetulan teks dan matikan kaedah pembetulan
teks yang anda tidak mahu gunakan.
Betulkan perkataan
Jika anda perhatikan bahawa anda telah mengeja perkataan dengan salah, ketik perkataan
untuk melihat cadangan untuk membetulkan perkataan tersebut.
Ketik Tetapan > Bahasa & input > Penyemak ejaan , dan tukarkan Penyemak ejaan kepada
Dimatikan .
TARIKH DAN MASA
Mengawasi masa – ketahui cara untuk menggunakan telefon anda sebagai jam, serta jam
loceng dan cara untuk memastikan temu janji, tugasan dan jadual anda dikemas kini.
Tetapkan tarikh dan masa
Ketik Tetapan > Tarikh & masa .
Kemas kini masa dan tarikh secara automatik
Anda boleh menetapkan telefon anda kepada kemas kini masa, tarikh dan zon masa secara
automatik. Kemas kini automatik adalah perkhidmatan rangkaian dan mungkin tidak tersedia
bergantung kepada rantau atau pembekal khidmat rangkaian anda.
1. Ketik Tetapan > Tarikh & masa .
2. Ketik Tarikh & masa automatik > Gunakan masa yang disediakan rangkaian .
3. Hidupkan Zon waktu automatik .
Tukar jam kepada format 24-jam
Ketik Tetapan > Tarikh & masa dan hidupkan Guna format 24-jam .
JAM DAN PENGGERA
Jam anda bukan hanya untuk penggera – ketahui apa lagi yang boleh anda lakukan.
Gunakan pemasa hitung mundur
Tiada lagi terlebih memasak – gunakan pemasa hitung undur untuk mengukur masa memasak
anda.
Gunakan jam randik untuk melihat sejauh mana peningkatan anda di balapan.
Ketik Jam > JAM RANDIK .
Tetapkan penggera
Anda boleh menggunakan telefon anda sebagai jam loceng.
1. Ketik Jam > PENGGERA .
2. Untuk menambah penggera, ketik .
3. Untuk mengubah suai penggera, ketik padanya. Untuk menetapkan penggera untuk
mengulang pada tarikh yang tertentu, tandakan Ulang dan serlahkan hari-hari dalam
minggu tersebut.
Tidurkn penggera
Jika anda belum mahu bangun, leretkan penggera ke kiri, apabila penggera berbunyi. Untuk
melaraskan panjang tidur, ketik Jam > > Tetapan > Panjang tidur dan pilih panjang
mengikut kesukaan anda.
Matikan penggera
Apabila penggera berbunyi, leretkan penggera ke kanan.
Padam penggera
Ketik Jam > PENGGERA . Pilih penggera, dan ketik Padam .
KALKULATOR
Lupakan kalkulator saku anda – terdapat kalkulator dalam telefon anda.
Guna kalkulator
Ketik Kalkulator .
Untuk menggunakan kalkulator lanjutan, leret bar dari pinggir kanan skrin ke kiri.
2. Taipkan nombor atau ketik dan pilih kenalan yang anda mahu hubungi.
3. Ketik . Sekiranya anda mempunyai SIM kedua yang dimasukkan, ketik ikon yang sepadan
untuk membuat panggilan daripada SIM yang tertentu.
Jawab panggilan
Apabila telefon berdering, leret ke atas untuk menjawab.
Petua: Tidak mahu membiarkan telefon anda dalam mod senyap, tetapi tidak boleh menjawab
sekarang? Untuk menyenyapkan panggilan masuk, tekan kekunci kelantangan turun . Anda
juga boleh menetapkan telefon anda kepada senyapkan nada dering apabila diangkat: ketik
Tetapan > Pergerakan > Senyapkan apabila diangkat .
Jika anda inginkan keupayaan menolak panggilan dengan cepat, dayakan Pergerakan: ketik
Tetapan > Pergerakan > Pusing untuk menolak panggilan . Apabila terdapat panggilan
masuk, pusing telefon untuk menolak panggilan.
Tolak panggilan
Untuk menolak panggilan, lungsur ke bawah.
KENALAN
Simpan dan atur nombor telefon rakan dan ahli keluarga anda.
Simpan kenalan daripada sejarah panggilan
1. Dalam Telefon , ketik untuk melihat sejarah panggilan.
2. Ketik nombor yang anda mahu simpan.
3. Pilih jika anda mahu Cipta kenalan baharu atau Tambah pada kenalan .
4. Taipkan dalam maklumat kenalan dan ketik Simpan .
3. Ketik akaun yang anda mahu padam dan > Keluarkan akaun .
Hantar mel
1. Ketik Gmail .
2. Ketik .
3. Dalam kotak Kepada , taipkan alamat atau
Baca dan balas mel
1. Ketik Gmail .
2. Ketik mesej yang anda mahu baca.
3. Untuk membalas mesej, ketik , atau ketik > Balas semua .
Padam mel
1. Ketik Gmail .
2. Ketik mesej yang anda mahu padam dan ketik .
ketik > Tambah daripada Kenalan .
4. Taipkan subjek mesej dan mel.
5. Ketik .
3. Untuk memadam berbilang mesej, ketik bulatan dengan parap penerima untuk memilih
mesej dan ketik .
MARI BERSOSIAL
Mahu berhubung dan berkongsi perkara dengan orang dalam kehidupan anda? Dengan apl
sosial, anda boleh mengetahui apa sedang berlaku dengan rakan anda.
Apl sosial
Untuk terus berhubung dengan rakan dan keluarga anda, daftar masuk ke perkhidmatan
pemesejan segera, perkongsian dan rangkaian sosial anda. Pilih perkhidmatan yang anda
mahu gunakan daripada skrin Utama anda. Apl sosial tersedia dalam Google Play Store .
Perkhidmatan yang tersedia mungkin berbeza.
Mengapa bawa kamera yang berasingan jika telefon anda memiliki semua yang anda perlukan
untuk mengabadikan memori? Dengan kamera telefon anda, anda boleh dengan mudah
mengambil gambar atau merakam video.
Ambil foto
Tangkap foto yang tajam dan terang – abadikan detik yang terbaik dalam album foto anda.
1. Ketik Kamera .
2. Sasarkan dan fokus.
3. Ketik butang pengatup .
Rakam video
Untuk menukar mod rakaman video, ketik dalam pemidang tilik kamera.
Ambil swafoto
Perlukan swafoto yang sempurna? Gunakan kamera depan telefon untuk menangkap foto.
1. Ketik Kamera .
2. Tukar ke kamera depan.
3. Sasarkan dan fokus.
4. Ketik butang pengatup .
GUNAKAN KAMERA ANDA SEPERTI PROFESIONAL
Dengan kamera telefon, anda boleh mengambil foto panorama. Anda juga boleh menggunakan
tetapan kamera lain untuk meningkatkan kualiti foto anda.
Ketahui tentang tetapan kamera anda
Dalam apl Kamera, ketik > ketik untuk mengetahui lebih lanjut tentang setiap tetapan.
3. Ketik Panorama dan ikuti arahan pada telefon anda.
Ambil foto dengan pemasa
Ingin menjadi sebahagian daripada foto yang anda tangkap? Cuba pemasa.
1. Ketik Kamera .
2. Ketik . Butang menunjukkan tetapan pemasa. Untuk menukarnya, ketik sekali lagi.
Ambil foto yang berkualiti tinggi
Dalam apl Kamera, ketik > Resolusi dan tetapkan resolusi mengikut kesukaan anda.
SIMPAN FOTO ANDA DAN VIDEO KE KAD MEMORI
Jika terdapat kad memori dalam telefon anda dan memori telefon anda sedang hampir penuh,
simpan foto yang anda ambil dan video yang anda rakam ke kad memori.
Petua: Untuk kualiti video yang terbaik, rakam video ke memori telefon anda. Jika anda
merakam video ke kad memori, disyorkan bahawa kad microSD yang anda gunakan adalah kad
4-128GB yang cepat oleh pengeluar yang terkenal.
Tukar lokasi foto dan video yang disimpan
1. Ketik Kamera .
2. Ketik > Tetapan > Storan data .
FOTO DAN VIDEO ANDA
Lihat foto dan video pada telefon anda
Mahu menghidupkan semula detik yang penting ini? Lihat foto dan video pada telefon anda.
Adakah anda mahu melihat foto atau video anda pada skrin yang lebih besar? Alihkannya ke
komputer anda.
Anda boleh menggunakan pengurus fail komputer anda untuk menyalin atau mengalih foto dan
video anda ke komputer.
Menyambung telefon anda ke komputer dengan kabel USB yang serasi. Untuk menetapkan
jenis sambungan USB, buka panel pemberitahuan dan ketik pemberitahuan USB.
Kongsi foto dan video anda
Anda boleh berkongsi foto dan video anda dengan cepat dan mudah untuk rakan dan keluarga
anda melihat.
1. Dalam Foto , ketik foto yang anda mahu kongsi dan ketik .
2. Pilih cara yang anda mahu untuk berkongsi foto atau video.
Menggunakan sambungan Wi-Fi biasanya lebih cepat dan kurang mahal daripada menggunakan
sambungan data mudah alih. Sekiranya kedua-dua sambungan Wi-Fi dan mudah alih tersedia,
telefon anda menggunakan sambungan Wi-Fi.
Hidupkan Wi-Fi
1. Ketik Tetapan > Wi-Fi .
2. Tukarkan Wi-Fi kepada Dihidupkan .
3. Pilih sambungan yang anda mahu gunakan.
Sambungan Wi-Fi anda aktif apabila ditunjukkan pada bar status di sebelah atas skrin.
Petua: Jika anda mahu mengesan lokasi apabila isyarat satelit tidak tersedia, sebagai contoh
apabila anda berada dalam bangunan atau antara bangunan tinggi, hidupkan Wi-Fi untuk
meningkatkan ketepatan kedudukan.
1
Perhatian: Menggunakan Wi-Fi mungkin terhad dalam sesetengah negara. Sebagai contoh, di EU,
anda hanya dibenarkan untuk menggunakan 5150–5350 MHz Wi-Fi di dalam bangunan dan di AS dan
Kanada, anda hanya dibenarkan untuk menggunakan 5.15–5.25 GHz Wi-Fi di dalam bangunan. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pihak berkuasa tempatan anda.
Penting: Gunakan penyulitan untuk meningkatkan keselamatan sambungan Wi-Fi anda. Menggunakan
penyulitan mengurangkan risiko orang lain mengakses data anda.
1
GUNAKAN SAMBUNGAN DATA SELULAR
Hidupkan sambungan data selular
Lungsur ke bawah dari atas skrin, ketik dan tukarkan Data selular kepada Hidup .
Gunakan sambungan data selular ketika melakukan perayauan
Ketik Tetapan > Lagi > Rangkaian selular dan tukar Perayauan data kepada Hidup .
Petua: Untuk mengikuti penggunaan data anda, ketik Tetapan > Penggunaan data .
1
Menyambung ke internet ketika dalam perayauan, terutamanya ketika di luar negara, boleh
meningkatkan kos data dengan banyak.
Gunakan telefon anda untuk menyambung komputer anda ke web
Mudah untuk menggunakan internet pada komputer riba anda dalam perjalanan. Jadikan
telefon anda hotspot Wi-Fi dan gunakan sambungan data mudah alih anda untuk mengakses
internet dengan komputer riba anda atau peranti yang lain.
1. Ketik Tetapan > Lagi > Penambatan & hotspot mudah alih .
2. Hidupkan hotspot Wi-Fi mudah alih untuk berkongsi sambungan data mudah alih anda
melalui Wi-Fi, atau penambatan Bluetooth untuk menggunakan Bluetooth.
Peranti yang lain menggunakan data daripada pelan data anda, yang mungkin mengakibatkan
kos trafik data. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ketersediaan dan kos, hubungi
pembekal khidmat rangkaian anda.
Lancarkan pelayar
Ketahui berita terkini dan lawati laman web kegemaran anda. Anda boleh menggunakan
Google Chrome pada telefon anda untuk melihat halaman web pada internet. Chrome juga
boleh membantu memberi amaran kepada anda terhadap ancaman keselamatan.
Untuk melayari web, anda mesti disambungkan ke internet.
Ketik Chrome .
Mulakan pelayaran
Tiada keperluan untuk komputer - anda boleh dengan mudah melayari internet pada telefon
anda.
1. Ketik Chrome .
2. Taipkan alamat web dan ketik .
Petua: Sekiranya pembekal khidmat rangkaian anda tidak mengecas anda bayaran tetap
untuk pemindahan data, untuk menjimatkan kos data, gunakan rangkaian Wi-Fi untuk
menyambung kepada internet.
Jika anda bimbang tentang kos penggunaan data anda, telefon anda membantu anda untuk
mencegah sesetengah apl daripada menghantar atau menerima data apabila berjalan dalam
latar belakang.
1. Ketik Tetapan > Penggunaan data > Penjimat data .
2. Tukar Penjimat data kepada Dihidupkan .
TUTUP SMBUNGAN
Tutup smbungan internet
Jimatkan bateri anda dengan menutup sambungan internet yang dibuka dalam latar belakang.
Anda boleh melakukannya tanpa menutup mana-mana apl.
1. Ketik Tetapan > Wi-Fi .
2. Tukarkan Wi-Fi kepada Dimatikan .
Tutup sambungan data selular
1. Lungsur ke bawah dari atas skrin.
2. Ketik .
3. Tukar Data selular kepada Dimatikan .
Hidupkan mod kapal terbang
1. Ketik Tetapan > Lagi .
2. Hidupkan Mod kapal terbang .
Mod Kapal terbang menutup sambungan ke rangkaian selular dan menyahaktifkan ciri
wayarles peranti anda. Patuhi arahan dan keperluan keselamatan yang diberikan oleh,
contohnya, penerbangan dan apa-apa undang-undang serta peraturan yang berkenaan. Apabila
dibenarkan, anda boleh bersambung ke rangkaian Wi-Fi untuk, contohnya, melayari internet
atau mengaktifkan perkongsian Bluetooth dalam mod kapal terbang.
BLUETOOTH
Anda boleh menyambung secara tanpa wayar ke peranti serasi yang lain, seperti telefon,
komputer, set kepala dan kit kereta. Anda juga boleh menghantar foto anda ke telefon yang
serasi atau komputer anda.
Anda boleh menyambungkan telefon anda dengan banyak peranti Bluetooth yang berguna.
Sebagai contoh, dengan set kepala wayarles (dijual berasingan), anda boleh bercakap pada
telefon bebas tangan – anda boleh meneruskan apa yang anda lakukan, seperti bekerja di
komputer anda, semasa panggilan. Menyambungkan telefon ke peranti Bluetooth dipanggil
sebagai berpasangan.
1. Ketik Tetapan > Bluetooth .
2. Tukarkan Bluetooth kepada Hidup .
3. Pastikan peranti yang lain dihidupkan.
Anda mungkin perlu memulakan proses
berpasangan daripada peranti yang lain.
Untuk mendapatkan butiran, lihat panduan
pengguna untuk peranti lain.
Memandangkan peranti dengan teknologi tanpa wayar Bluetooth berkomunikasi menggunakan
gelombang radio, peranti ini tidak perlu berada dalam arah yang boleh dilihat secara langsung.
Peranti Bluetooth mesti, walau bagaimanapun, dalam lingkungan 10 meter (33 kaki) daripada
satu sama lain, walaupun sambungan mungkin tertakluk kepada gangguan daripada halangan
seperti dinding atau peranti elektronik yang lain.
Peranti yang berpasangan boleh menyambung ke telefon anda apabila Bluetooth dihidupkan.
Peranti lain boleh mengesan telefon anda hanya jika paparan tetapan Bluetooth dibuka.
Jangan berpasangan dengan atau menerima permintaan sambungan daripada peranti yang
tidak diketahui. Ini membantu untuk melindungi telefon anda daripada kandungan yang
berbahaya.
4. Untuk telefon anda berpasangan dengan
peranti, ketik peranti pada senarai peranti
Bluetooth yang ditemui.
5. Anda mungkin perlu menaipkan kod laluan.
Untuk mendapatkan butiran, lihat panduan
pengguna untuk peranti lain.
Putuskan sambungan peranti Bluetooth yang berpasangan.
Jika anda tidak memerlukan untuk telefon anda terus bersambung ke peranti yang lain lagi,
anda boleh memutuskan sambungannya.
1. Ketik Tetapan > Bluetooth .
2. Ketik nama peranti yang berpasangan.
3. Ketik OK untuk mengesahkan.
Apabila anda menghidupkan peranti yang lain sekali lagi, sambungan tersebut dibuka semula
secara automatik.
Jika anda tidak lagi memiliki peranti yang telefon anda berpasangan, anda boleh mengeluarkan
pasangan tersebut.
1. Ketik Tetapan > Bluetooth .
2. Ketik di sebelah nama peranti.
3. Ketik LUPAKAN .
Sambung ke telefon rakan anda menggunakan Bluetooth.
Anda boleh menggunakan Bluetooth untuk menyambung secara wayarles ke telefon rakan
anda, untuk berkongsi foto dan banyak lagi.
1. Ketik Tetapan > Bluetooth .
2. Pastikan Bluetooth dihidupkan pada
kedua-dua telefon.
3. Pastikan kedua-dua telefon boleh dilihat
oleh satu sama lain. Anda perlu berada
dalam paparan tetapan Bluetooth untuk
telefon anda boleh dilihat oleh telefon
Kod laluan ini digunakan hanya apabila anda menyambung kepada sesuatu untuk kali pertama.
Hantarkan kandungan anda menggunakan Bluetooth
Apabila anda mahu berkongsi kandungan anda atau menghantar foto yang anda ambil kepada
rakan, gunakan Bluetooth untuk menghantarnya ke peranti yang serasi.
Anda boleh menggunakan lebih daripada satu sambungan Bluetooth pada satu-satu masa.
Sebagai contoh, ketika menggunakan set kepala Bluetooth, anda masih boleh menghantar
sesuatu ke peranti yang lain.
yang lain.
4. Anda boleh melihat telefon Bluetooth yang
berada dalam lingkungan. Ketik telefon
yang anda mahu menyambung kepada.
5. Jika telefon yang lain memerlukan kod
laluan, taipkan atau terima kod laluan dan
ketik Berpasangan .
1. Ketik Tetapan > Bluetooth .
2. Tukarkan Bluetooth kepada Hidup .
3. Pergi ke kandungan yang anda mahu
hantarkan dan ketik > Bluetooth .
4. Ketik peranti untuk disambungkan. Anda
boleh melihat peranti Bluetooth yang
berada dalam lingkungan.
5. Jika peranti yang lain memerlukan kod
laluan, taipkan atau terima kod laluan
dan ketik Berpasangan. Kod laluan, yang
anda boleh adakan, mesti ditaipkan dalam
kedua-dua peranti. Kod laluan dalam
beberapa peranti telah dibetulkan. Untuk
mendapatkan butiran, lihat panduan
pengguna peranti yang lain.
Nokia 2 Panduan pengguna
Lokasi fail yang diterima bergantung kepada peranti yang lain. Untuk mendapatkan butiran,
lihat panduan pengguna untuk peranti lain.
VPN
Anda mungkin memerlukan sambungan rangkaian peribadi maya (VPN) untuk mengakses
sumber syarikat anda, seperti intranet atau mel korporat, atau anda mungkin menggunakan
perkhidmatan VPN untuk tujuan peribadi.
Hubungan pentadbir IT syarikat anda untuk mendapatkan butiran tentang konfigurasi VPN
anda, atau semak laman web perkhidmatan VPN anda untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Gunakan sambungan VPN yang selamat
1. Ketik Tetapan > Lagi > VPN .
2. Untuk menambah profil VPN, ketik .
3. Taipkan maklumat profil sebagaimana yang diarahkan oleh pentadbir IT syarikat anda atau
perkhidmatan VPN.
Dengar muzik kegemaran anda di mana jua anda berada.
Main muzik
1. Ketik Main Muzik > > Pustaka muzik .
2. Ketik artis, album, lagu, genre atau senarai main yang anda mahu mainkan.
Jeda atau sambung semula main balik
1. Ketik bar Bermain Sekarang di bahagian bawah skrin untuk membuka Bermain Sekarang .
2. Ketik atau .
Petua: Untuk memainkan lagu dalam tertib rawak, ketik .
Cipta senarai main
Aturkan lagu anda ke dalam senarai main, supaya anda boleh mendengar muzik yang sesuai
dengan perasaan anda.
1. Apabila memainkan lagu, ketik > Tambah ke senarai main .
2. Untuk menambah lagu ke senarai main baharu anda, ketik SENARAI MAIN BAHARU , atau,
untuk menambah lagu pada senarai main sedia ada, pilih senarai main daripada senarai.
Tambah lagu ke telefon anda
Sekiranya anda menyimpan muzik atau video dalam komputer anda, tetapi mahu
mengaksesnya pada telefon anda, gunakan kabel USB untuk menyegerakkan media antara
telefon anda dan komputer.
1. Sambungkan telefon anda ke komputer yang serasi dengan kabel USB.
2. Dalam pengurus fail komputer anda, seret dan lepaskan lagu dan video anda ke telefon
anda.
Mengawasi masa – ketahui cara untuk menggunakan telefon anda sebagai jam, serta jam
loceng dan cara untuk memastikan temu janji, tugasan dan jadual anda dikemas kini.
Mengurus kalendar
1. Ketik Kalendar .
2. Ketik .
3. Semak kalendar yang anda mahu lihat. Sesuaikan kalendar anda dengan keperluan anda.
Ketik Tetapan untuk mencari alternatif.
Kalendar ditambah secara automatik apabila anda menambah akaun pada telefon anda. Untuk
menambah akaun baharu dengan kalendar, ketik Tetapan > Akaun > Tambah akaun .
Tambahkan acara
Untuk mengingati temu janji atau acara, tambahkannya ke kalendar anda.
1. Dalam Kalendar , ketik dan pilih jenis kemasukan.
2. Taipkan butiran yang anda mahu dan tetapkan masa.
3. Untuk membuat acara berulang pada hari tertentu, ketik Lagi pilihan > Tidak berulang dan
pilih kekerapan acara tersebut akan berulang.
4. Untuk mengedit masa peringatan, ketik masa peringatan, dan pilih masa yang anda
perlukan.
Petua: Untuk mengedit acara, ketik acara dan , dan edit butirannya.
Google Maps membantu anda untuk menemui lokasi dan perniagaan yang tertentu.
1. Ketik Peta .
2. Tulis perkataan carian, seperti alamat jalan atau nama tempat, dalam bar carian.
3. Pilih item daripada senarai padanan yang dicadangkan sebagaimana yang anda tulis, atau
ketik untuk mencari.
Lokasi ditunjukkan pada peta. Jika tiada hasil carian didapati, pastikan ejaan perkataan carian
anda adalah betul.
Lihat lokasi semasa anda
Ketik Peta > .
Cari restoran dan tempat menarik yang lain berdekatan anda
Ketik Peta dan bar carian dan pilih kategori.
Dapatkan arah ke sesuatu tempat
Dapatkan arah untuk berjalan, memandu atau menggunakan kenderaan awam – gunakan lokasi
semasa anda atau mana-mana tempat yang lain sebagai titik permulaan.
1. Ketik Peta . Masukkan lokasi yang anda mahu dapatkan arah dalam bar carian.
2. Ketik Arah . Ikon dalam bulatan mewakili mod pengangkutan. Mod arah lalai adalah kereta
. Jika anda memerlukan arah berjalan atau pengangkutan awam, pilih mod daripada bawah
bar carian.
3. Jika anda tidak mahu titik permulaan menjadi lokasi semasa anda, ketik Lokasi anda , dan
cari titik permulaan.
4. Ketik MULA untuk memulakan navigasi.
Laluan yang ditunjukkan pada peta, bersama dengan anggaran berapa lama yang diambil
untuk tiba di sana. Untuk melihat arah yang terperinci, lungsur ke atas dari bawah skrin untuk
mendapatkan maklumat.
Simpan peta baharu ke telefon anda sebelum perjalanan, supaya anda boleh melayari peta
tanpa sambungan internet apabila melakukan perjalanan.
1. Ketik Peta > > Kawasan luar talian > pilih peta anda sendiri.
2. Pilih kawasan pada peta dan ketik MUAT TURUN .
Kemas kini peta sedia ada
1. Ketik Peta > > Peta luar talian dan nama peta.
2. Ketik KEMAS KINI .
Petua: Anda juga boleh menetapkan telefon anda untuk mengemas kini
peta secara automatik. Ketik Peta > > Peta luar talian > dan tukar
Kemas kini secara automatik peta luar talian dan Muat turun secara automatik peta luar talian
kepada Hidup .
Padam peta
1. Ketik Peta > > Peta luar talian dan nama peta.
2. Tap PADAM .
GUNAKAN PERKHIDMATAN LOKASI
Gunakan Peta untuk mengetahui di mana anda berada, lampirkan lokasi anda pada foto yang
anda ambil. Maklumat lokasi boleh dilampirkan pada foto atau video, jika lokasi anda boleh
ditentukan menggunakan satelit atau teknologi rangkaian. Jika anda berkongsi foto atau video
yang mengandungi maklumat lokasi, maklumat lokasi mungkin ditunjukkan kepada pengguna
yang melihat foto atau video. Beberapa apl boleh menggunakan maklumat lokasi anda untuk
menawarkan pelbagai perkhidmatan yang meluas.
Hidupkan perkhidmatan lokasi
Telefon anda menunjukkan lokasi anda pada peta menggunakan sistem penentududukan
satelit, Wi-Fi, atau penentududukan berasaskan rangkaian (ID Sel). Ketersediaan, ketepatan dan
kelengkapan maklumat lokasi bergantung kepada, sebagai contoh, lokasi anda, persekitaran
dan sumber pihak ketiga dan mungkin terhad. Maklumat lokasi mungkin tidak tersedia, sebagai
contoh, di dalam bangunan atau di bawah tanah. Perkhidmatan rangkaian GPS Terbantu (AGPS) dan peningkatan lain yang sama terhadap GPS dan GLONASS mendapatkan maklumat
lokasi menggunakan rangkaian mudah alih dan membantu dalam mengira lokasi semasa
anda. Beberapa sistem penentududukan satelit mungkin perlu memindahkan jumlah kecil
data melalui rangkaian mudah alih. Sekiranya anda mahu mengelakkan kos data, sebagai
contoh ketika melakukan perjalanan, anda boleh mematikan sambungan data mudah alih
dalam tetapan telefon anda. Penentududukan Wi-Fi meningkatkan ketepatan kedudukan
apabila isyarat satelit tidak tersedia, terutamanya apabila anda berada di dalam atau di antara
bangunan tinggi. Sekiranya anda berada di tempat yang penggunaan Wi-Fi adalah disekat, anda
boleh mematikan Wi-Fi dalam tetapan telefon anda.
Ketik Tetapan > ketik Lokasi dan Aktifkan Lokasi .
Telefon Android anda boleh menghidupkan potensi sepenuhnya dengan Google Play – apl,
muzik, filem dan buku semuanya tersedia untuk hiburan anda. Semua yang anda perlukan ialah
akaun Google.
Tambah akaun Google ke telefon anda
1. Ketik Tetapan > Akaun > Tambah akaun > Google . Jika diminta sahkan kaedah kunci
peranti anda.
2. Taipkan dalam akaun Google anda perakuan dan ketik Seterusnya , atau ketik
Atau cipta akaun baharu .
3. Ikut arahan pada telefon anda.
Muat turun apl
Lepaskan potensi telefon anda – terdapat ribuan apl yang menunggu dalam Google Play Store
untuk membantu anda dengannya.
1. Ketik Play Store .
2. Ketik bar carian untuk mencari apl, atau pilih apl daripada cadangan anda.
3. Dalam keterangan apl, ketik PASANG untuk memuat turun dan memasang apl tersebut.
Untuk melihat apl anda, pergi ke skrin utama dan leret ke atas dari bawah skrin.
Kemas kini apl
1
Kemas kini apl Play Store anda untuk mendapatkan semua ciri terkini dan pembetulan pepijat.
1. Ketik Play store > > Apl & permainan saya untuk melihat kemas kini yang tersedia.
2. Ketik apl dengan kemas kini yang tersedia dan KEMAS KINI .
Anda juga boleh mengemas kini semua apl sekaligus. Dalam Apl & permainan saya , ketik
Ketik Play Store > > Apl & permainan saya , pilih apl yang anda mahu keluarkan dan ketik
NYAHPASANG .
Dapatkan muzik, filem, atau buku dengan Google Play.
Dengan Google Play, anda boleh mendapat akses kepada jutaan lagu dan ribuan filem, dan
buku.
Ketik Muzik , Filem atau Buku untuk mengetahui lebih lanjut.
1
Anda perlu menambah akaun Google kepada telefon anda untuk menggunakan perkhidmatan Google
Play. Caj mungkin dikenakan pada sesetengah kandungan yang tersedia dalam Google Play. Untuk
menambah kaedah pembayaran, ketik Play Store > Menu > Akaun > Kaedah pembayaran . Sentiasa
pastikan anda mempunyai kebenaran daripada pemilik kaedah pembayaran apabila membeli kandungan
daripada Google Play.
Ikuti perkembangan – kemas kini perisian dan apl telefon anda secara wayarles untuk
mendapatkan ciri baharu dan dipertingkatkan untuk telefon anda. Prestasi telefon anda boleh
ditingkatkan dengan mengemas kini perisiannya.
Pasang kemas kini yang tersedia
Ketik Tetapan > Tentang telefon > Kemas kini sistem > Semak ketersediaan kemas kini
untuk menyemak sama ada terdapat kemas kini.
Apabila telefon anda memberitahu anda bahawa kemas kini tersedia, hanya ikut arahan yang
dipaparkan pada telefon anda. Jika telefon anda kekurangan memori, anda mungkin perlu
memindahkan apl, foto dan bahan anda yang lain ke kad memori.
Amaran: Jika anda memasang kemas kini perisian, anda tidak boleh menggunakan peranti,
meskipun untuk membuat panggilan kecemasan, sehingga pemasangan telah selesai dan
peranti dimulakan semula.
Sebelum memulakan kemas kini, sambungkan pengecas atau pastikan bateri peranti
mempunyai cukup kuasa, dan sambungkan kepada Wi-Fi, kerana pakej kemas kini mungkin
menggunakan banyak data mudah alih.
SANDARKAN DATA ANDA
Untuk memasukkan data anda selamat, gunakan ciri sandaran dalam telefon anda. Data peranti
anda (spt k/laluan Wi-Fi & sejarah pgln) & data apl (spt tetapan dan fail yg disimpan oleh apl)
akan disandarkan secara jauh.
Hidupkan sandaran automatik
1. Ketik Tetapan > Buat Sandaran & tetap semula , dan tukarkan Sandarkan data saya
kepada Hidup .
2. Ketik Sandarkan akaun untuk memilih akaun yang akan menyimpan sandaran data anda.
PULIHKAN TETAPAN ASAL DAN KELUARKAN KANDUNGAN PERIBADI
DARIPADA TELEFON ANDA
Kemalangan boleh berlaku – jika telefon anda tidak berfungsi dengan betul, anda boleh
memulihkan tetapannya. Atau, jika anda membeli telefon baharu, atau sebaliknya mahu
melupuskan atau mengitar semula telefon anda, ini adalah caranya anda boleh mengeluarkan
maklumat dan kandungan peribadi anda. Ambil perhatian bahawa ana bertanggungjawab untuk
mengalih keluar semua kandungan peribadi.
1. Ketik Tetapan > Buat sandaran & tetap semula > Tetap semula data kilang .
2. Ikut arahan yang ditunjukkan pada telefon anda.
STORAN
Gunakan menu Storan untuk menyemak jumlah memori yang anda ada.
Semak memori yang tersedia pada telefon anda
Jika memori telefon hampir penuh, periksa dulu dan keluarkan perkara yang anda tidak
perlukan lagi:
• Teks, multimedia, dan mesej mel
• Entri dan butiran kenalan
• Apl
• Muzik, foto, atau video
Anda boleh juga memindahkan fail ke kad memori dan bukan mengeluarkannya.
Kualiti kad memori anda mungkin banyak menjejaskan prestasi telefon anda. Untuk
mendapatkan yang terbaik daripada telefon anda, gunakan kad 4–128GB pantas oleh pengilang
yang terkenal.
Hanya gunakan kad memori yang serasi dan diluluskan untuk digunakan dengan peranti ini.
Kad yang tidak serasi boleh merosakkan kad dan peranti serta merosakkan data yang disimpan
pada kad.
Untuk menyemak jumlah memori yang anda ada dan cara memori itu digunakan, ketik Tetapan
> Storan .
Keluarkan apl yang dimuat turun
Ketik Play Store > > Apl & permainan saya , pilih apl yang anda mahu keluarkan dan ketik
Anda tidak boleh memadamkan sesetengah apl yang diprapasang pada peranti anda. Tetapi
anda boleh menyahdayakannya dan ia akan tersembunyi daripada senarai apl pada peranti
anda. Jika anda menyahdayakan apl, anda boleh menambahnya kembali pada peranti anda.
1. Ketik Tetapan > Apl .
2. Ketik nama apl.
3. Ketik NYAHDAYAKAN . Anda mungkin tidak dapat menyahdayakan semua apl.
Jika apl yang dipasang bergantung pada apl yang dikeluarkan, apl yang dipasang mungkin
berhenti berfungsi. Untuk mendapatkan butiran, lihat dokumentasi pengguna apl yang
dipasang.
Tambahkan kembali apl yang dinyahdayakan
Anda boleh menambahkan kembali apl yang dinyahdayakan pada senarai apl.
1. Ketik Tetapan > Apl .
2. Ketik Semua apl > Dinyahdayakan .
3. Ketik nama apl.
4. Ketik DAYAKAN .
Salin kandungan antara telefon dan komputer anda
Anda boleh menyalin foto, video, dan kandungan lain yang anda hasilkan antara telefon dan
komputer anda untuk menunjukkan atau menyimpannya.
1. Sambungkan telefon anda dengan komputer yang serasi menggunakan kabel USB yang
serasi.
2. Pada komputer anda, buka pengurus fail, seperti semak imbas ke telefon anda.
3. Seret dan lepaskan item dari telefon ke komputer anda, atau dari komputer ke telefon anda.
Pastikan anda meletakkan fail ke dalam foldekiyang betul pada telefon anda, atau anda
mungkin tidak dapat melihatnya lagi.
Anda boleh menetapkan telefon anda untuk memerlukan pengesahan apabila membuka kunci
skrin.
Tetapkan kunci skrin
1. Ketik Tetapan > Keselamatan > Kunci skrin .
2. Ketik Kunci skrin untuk memilih jenis kunci dan mengikut arahan pada telefon anda.
TUKAR KOD PIN SIM ANDA
Jika kad SIM anda disertakan dengan kod PIN SIM lalai, anda boleh menukarkannya kepada
sesuatu yang lebih selamat. Bukan semua pembekal khidmat rangkaian menyokong ini.
Pilih PIN SIM anda
Anda boleh memilih nombor anda sendiri untuk PIN SIM. Kod PIN SIM boleh jadi 4-8 angka.
1. Ketik Tetapan > Keselamatan > Menyediakan kundi kad SIM .
2. Di bawah kad SIM yang dipilih, ketik Ubah PIN SIM .
Petua: Sekiranya anda tidak mahu melindungi SIM anda dengan kod PIN, dalam
Menyediakan kunci kad SIM , tukar Kunci kad SIM kepada Matikan , dan taipkan dalam
PIN semasa anda.
KOD AKSES
Ketahui maksud kod yang berbeza pada telefon anda.
kod PIN atau PIN2
Kod PIN atau PIN2 mempunyai 4-8 digit.
Kod ini melindungi kad SIM anda daripada penggunaan yang tidak dibenarkan atau diperlukan
untuk mengakses beberapa ciri. Anda boleh menetapkan telefon anda agar meminta kod PIN
apabila anda menghidupkannya.
Jika anda terlupa kodnya atau tidak dibekalkan dengan kad anda, hubungi pembekal khidmat
rangkaian anda.
Jika anda menaipkan kod yang salah 3 kali berturut-turut, anda perlu menyahsekat kodnya
menggunakan kod PUK atau PUK2.
Kod PUK atau PUK2
Kod PUK atau PUK2 diperlukan untuk menyahsekat kod PIN atau PIN2.
Jika kod tidak dibekalkan dengan kad SIM anda, hubungi pembekal khidmat rangkaian anda.
Kod kunci
Juga dikenali sebagai kod keselamatan atau kata laluan.
Kod kunci membantu anda melindungi telefon anda daripada penggunaan yang tidak sah. Anda
boleh menetapkan telefon anda agar meminta kod kunci yang anda tetapkan. Pastikan kod
dirahsiakan dan disimpan di tempat yang selamat, berasingan dari telefon anda.
Jika anda terlupa kodnya dan telefon anda terkunci, telefon anda memerlukan perkhidmatan.
Caj tambahan mungkin dikenakan, dan semua data peribadi pada telefon anda mungkin
dipadamkan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi kemudahan servis sah yang
terdekat untuk telefon anda atau wakil penjual telefon anda.
Kod IMEI
Kod IMEI digunakan untuk mengenal pasti telefon dalam rangkaian. Anda mungkin juga perlu
memberikan nombor kepada perkhidmatan kemudahan servis sah atau wakil penjual telefon
anda.
Untuk melihat nombor IMEI anda, dail *#06# .
Kod IMEI telefon adna turut dicetak pada sama ada telefon anda atau pada dulang SIM
bergantung pada model telefon anda. Jika telefon anda mempunyai penutup belakang yang
boleh dibuka, anda boleh menemui kod IMEI di bawah penutup.
IMEI turut kelihatan pada kotak jualan asal.
Cari atau kunci telefon anda
Jika anda kehilangan telefon, anda boleh mencari, mengunci atau memadamkan telefon dari
jauh jika anda mendaftar masuk ke Akaun Google. Cari Peranti Saya diaktifkan secara lalai
untuk telefon yang dikaitkan dengan Akaun Google.
Untuk menggunakan Cari Peranti Saya, telefon anda yang hilang hendaklah:
Apabila Cari Peranti Saya disambungkan dengan telefon, anda dapat melihat lokasi telefon dan
telefon menerima pemberitahuan.
1. Buka android.com/find di komputer, tablet atau telefon yang disambungkan ke internet dan
daftar masuk ke Akaun Google anda.
2. Jika anda mempunyai lebih daripada satu telefon, klik telefon yang hilang di bahagian atas
skrin.
3. Di peta, lihat tempat telefon berada. Lokasi adalah anggaran dan mungkin tidak tetap.
Jika peranti anda tidak ditemui, Cari Peranti Saya akan menunjukkan lokasi terakhir yang
diketahui, jika tersedia. Untuk mengunci atau memadam telefon anda, ikut arahan di tapak
web.
Baca garis panduan ringkas ini. Sekiranya tidak dipatuhi, anda mungkin mengalami keadaan
berbahaya atau melanggar undang-undang dan peraturan setempat. Untuk mendapatkan
maklumat lanjut, baca panduan pengguna yang lengkap.
MATIKAN DI KAWASAN LARANGAN
Matikan peranti apabila telefon mudah alih tidak dibenarkan atau apabila boleh menyebabkan
gangguan atau bahaya, contohnya, di dalam pesawat, di hospital atau berdekatan dengan
peralatan perubatan, bahan api, kimia, atau kawasan letupan. Patuhi semua arahan di kawasan
larangan.
UTAMAKAN KESELAMATAN JALAN RAYA
Patuhi semua undang-undang setempat. Sentiasa pastikan tangan anda bebas untuk
mengendalikan kenderaan semasa memandu. Pertimbangan pertama anda semasa memandu
hendaklah keselamatan jalan raya.
Semua peranti wayarles boleh terdedah kepada gangguan, yang boleh menjejaskan prestasi.
PERKHIDMATAN DIBENARKAN
Hanya kakitangan yang dibenarkan boleh memasang atau membaiki produk ini.
BATERI, PENGECAS, DAN AKSESORI LAIN
Hanya gunakan bateri, pengecas, dan aksesori lain yang diluluskan oleh HMD Global Oy untuk
digunakan dengan peranti ini. Jangan sambungkan produk yang tidak serasi.
Jika peranti anda kalis air, sila rujuk pada penilaian IP untuk mendapatkan panduan lebih
terperinci.
BAHAGIAN KACA
Peranti dan/atau skrin peranti diperbuat daripada kaca. Kaca ini boleh pecah jika peranti
terjatuh di atas permukaan yang keras atau menerima impak yang kuat. Jika kacan pecah,
jangan sentuh bahagian kaca peranti tersebut atau cuba mengeluarkan kaca yang pecah
daripada peranti. Berhenti menggunakan peranti sehingga kaca digantikan oleh kakitangan
perkhidmatan yang dibenarkan.
LINDUNGI PENDENGARAN ANDA
Untuk mengelakkan kerosakan pendengaran yang mungkin berlaku pada tahap kelantangan
yang tinggi bagi tempoh masa yang lama. Amalkan sifat berwaspada apabila memegang telefon
anda berdekatan dengan telinga anda semasa pembesar suara sedang diguna.
Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF semasa menggunakan sama ada dalam
kedudukan penggunaan yang biasa pada telinga atau apabila berada dalam kedudukan
sekurang-kurangnya 0.2 inci (5 mm) Nilai SAR maksimum khusus boleh ditemui dalam bahagian
Maklumat Perakuan (SAR) Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pergi ke www.sar-tick.com.
Semasa membawa beg, klip tali, bentuk pemegang peranti lain yang digunakan untuk operasi
yang dipakai pada badan, tidak sepatutnya mengandungi logam dan hendaklah menyediakan
sekurang-kurangnya jarak pemisahan dari badan yang dinyatakan di atas. Ambil perhatian
bahawa peranti mudah alih boleh memancarkan walaupun anda tidak membuat panggilan
suara.
PERKHIDMATAN DAN KOS RANGKAIAN
Penggunaan sesetengah ciri dan perkhidmatan, atau memuat turun kandungan, termasuk item
percuma, memerlukan sambungan rangkaian. Ini boleh menyebabkan pemindahan jumlah data
yang besar, yang boleh menyebabkan kos data. Anda mungkin juga perlu melanggan kepada
sesetengah ciri.
Penting: 4G/LTE mungkin tidak disokong oleh pembekal khidmat rangkaian anda atau
pembekal perkhidmatan yang anda gunakan semasa dalam perjalanan. Dalam kes ini,
anda mungkin tidak dapat untuk membuat atau menerima panggilan, menghantar atau
menerima mesej atau menggunakan sambungan data mudah alih. Untuk memastikan
peranti anda berfungsi dengan lancar apabila perkhidmatan 4G/LTE penuh tidak tersedia,
anda disyorkan untuk menukar kelajuan sambungan tertinggi daripada 4G kepada 3G. Untuk
melakukan ini, di skrin laman utama, ketik Tetapan > Lagi > Rangkaian selular dan tukar
Jenis rangkaian pilihan kepada 2G/3G .
PANGGILAN KECEMASAN
Penting: Sambungan dalam semua keadaan tidak dapat dijamin. Jangan sekali-kali
bergantung pada mana-mana telefon wayarles semata-mata untuk komunikasi penting
seperti kecemasan perubatan.
Sebelum membuat panggilan:
• Hidupkan telefon.
• Jika skrin dan kekunci telefon terkunci, buka kunci skrin dan kekunci tersebut.
• Beralih ke tempat yang mempunyai kekuatan isyarat yang mencukupi.
Pada skrin utama, ketik
1. Taipkan nombor kecemasan rasmi untuk lokasi anda sekarang. Nombor panggilan
kecemasan adalah berbeza-beza mengikut lokasi.
3. Berikan maklumat yang diperlukan setepat yang boleh. Jangan tamatkan panggilan
sehingga dibenarkan untuk melakukannya.
Anda mungkin juga perlu melakukan perkara yang berikut:
• Masukkan kad SIM di dalam telefon. Jika anda tiada SIM, pada skrin kunci, ketik
Kecemasan .
• Jika telefon anda meminta kod PIN, ketik Kecemasan .
• Matikan sekatan panggilan dalam telefon, seperti sekatan panggilan, dailan tetap, atau
kumpulan pengguna tertutup.
• Jika rangkaian mudah alih tidak tersedia, anda boleh juga mencuba membuat panggilan
internet, jika anda boleh mengakses internet.
MENJAGA PERANTI ANDA
Kendalikan peranti, bateri, pengecas dan aksesori anda dengan berhati-hati. Cadangan yang
berikut membantu anda memastikan peranti anda beroperasi.
• Pastikan peranti tersebut kering.
Mendakan, kelembapan, dan semua jenis
cecair atau lembapan boleh mengandungi
mineral yang menghakis litar elektronik.
• Jangan gunakan atau simpan peranti di
dalam kawasan yang berdebu atau kotor.
• Jangan simpan peranti dalam keadaan
suhu yang tinggi. Suhu yang tinggi boleh
merosakkan peranti atau bateri.
• Jangan simpan peranti dalam keadaan
suhu yang sejuk. Apabila peranti memanas
kepada suhu biasanya, lembapan
boleh terbentuk di dalam peranti dan
merosakkannya.
• Jangan buka peranti selain daripada yang
diarahkan dalam panduan pengguna.
• Pengubahsuaian yang tidak dibenarkan
boleh merosakkan peranti dan melanggar
undang-undang yang menguasi peranti
radio.
• Jangan jatuhkan, hantukkan, atau
goncangkan peranti atau bateri.
Pengendalian dengan cara kasar boleh
menyebabkan peranti pecah.
• Hanya gunakan kain yang lembut, bersih,
kering untuk membersihkan permukaan
peranti.
• Jangan cat peranti. Cat boleh menghalang
operasi yang betul.
• Pastikan peranti berada jauh dari magnet
atau medan magnet.
• Untuk memastikan data penting anda
selamat, simpan di sekurang-kurangnya
dua tempat yang berasingan, seperti
peranti anda, kad memori, atau komputer,
atau tuliskan maklumat penting.
Semasa operasi yang lama, peranti mungkin terasa panas. Dalam kebanyakan kes, ini adalah
perkara biasa. Untuk mengelakkan daripada menjadi terlalu panas, peranti mungkin menjadi
lambat secara automatik, menutup apl, mematikan pengecasan, dan jika perlu, mematikan
peranti itu sendiri. Jika peranti tidak berfungsi dengan betul, bawa peranti ke kemudahan
perkhidmatan sah yang terdekat.
Sentiasa kembalikan produk elektronik, bateri, dan bahan pembungkusan ke pusat
pengumpulan yang dikhaskan. Dengan cara ini anda membantu mencegah pelupusan sisa
tanpa kawalan dan menggalakkan pengitaran semula bahan. Produk elektrik dan elektronik
mengandungi banyak bahan yang berharga, termasuk logam (seperti kuprum, aluminium,
keluli, dan magnesium) dan logam berharga (seperti emas, perak, dan paladium). Semua bahan
daripada peranti boleh dipulihkan semula sebagai bahan dan tenaga.
SIMBOL TONG BERODA YANG BERPANGKAH
Simbol tong beroda yang berpangkah
Simbol bin beroda yang berpangkah pada produk, bateri, risalah, atau pembungkusan anda
mengingatkan anda bahawa semua produk eletrik dan elektronik serta bateri mesti dibawa
ke pusat pengutipan yang berasingan pada akhir hayat kerjanya. Jangan lupuskan produk
ini sebagai sisa perbandaran yang tidak diisih: bawa produk itu untuk dikitar semula. Untuk
mendapatkan maklumat tentang pusat pengitaran semula anda yang terdekat, semak dengan
penguasa sisa setempat anda.
MAKLUMAT BATERI DAN PENGECAS
Maklumat bateri dan pengecas
Untuk menyemak sama ada telefon anda memiliki bateri boleh dikeluarkan atau tidak boleh
dikeluarkan, lihat panduan Bermula.
Peranti dengan bateri boleh dikeluarkan Gunakan peranti anda hanya dengan bateri boleh cas
semula yang asli. Bateri boleh dicaskan dan dicaskan ratusan kali, tetapi bateri ini akan akhirnya
tidak tahan. Apabila masa bual dan tunggu sedia menjadi lebih pendek daripada biasa dengan
ketara, gantikan bateri tersebut.
Peranti dengan bateri tidak boleh dikeluarkan Jangan cuba mengeluarkan bateri kerana
anda boleh merosakkan peranti. Untuk menggantikan bateri, bawa peranti ke kemudahan
perkhidmatan sah yang terdekat.
Bateri boleh dicaskan dan dinyahcaskan ratusan kali, tetapi bateri ini akan akhirnya tidak tahan.
Apabila masa bual dan tunggu sedia menjadi lebih pendek daripada biasa dengan ketara, untuk
menggantikan bateri tersebut, bawa peranti tersebut ke kemudahan perkhidmatan sah yang
berdekatan.
Caskan peranti anda dengan pengecas yang disediakan. Jenis palam pengecas mungkin
berbeza-beza. Masa pengecasan mungkin berbeza-beza bergantung pada keupayaan peranti.
Maklumat keselamatan bateri dan pengecas
Apabila pengesana peranti anda lengkap, tanggalkan pengecas daripada peranti dan sumber
keluar elektrik. Harap maklum bahawa pengecasan berterusan tidak boleh melebihi 12 jam.
Jika dibiarkan tidak digunakan, bateri yang dicaskan sepenuhnya akan semakin lama kehilangan
casnya.
Suhu melampau mengurangkan kapasiti dan hayat bateri. Sentiasa pastikan bateri antara
15°C dan 25°C (59°F dan 77°F) untuk prestasi optimum. Peranti dengan bateri yang panas
atau sejuk mungkin tidak berfungsi secara sementara. Harap maklum bahawa bateri mungkin
kehabisan dengan cepat dalam suhu sejuk dan kehilangan kuasa sehingga telefon mati dalam
masa beberapa minit. Apabila anda berada di luar dalam suhu sejuk, pastikan telefon anda tidak
sejuk.
Jangan lupuskan bateri dalam api kerana bateri boleh meletup. Patuhi peraturan setempat.
Kitar semula jika boleh. Jangan lupuskannya sebagai sisa isi rumah.
Jangan ceraikan, potong, hancur, bengkokkan, tebuk atau sebaliknya merosakkan bateri dalam
apa-apa cara. Sekiranya bateri bocor, jangan biarkan cecair menyentuh kulit atau mata. Jika
ini berlaku, segera bilas kawasan yang terjejas dengan air, atau dapatkan bantuan doktor.
Jangan ubah suai, cuba untuk memasukkan objek asing ke dalam bateri, atau merendam atau
mendedahkannya ke dalam air atau cecair yang lain. Bateri boleh meletup jika rosak.
Gunakan bateri dan pengecas untuk tujuan yang sepatutnya sahaja. Penggunaan yang
salah atau penggunaan bateri atau pengecas yang tidak dibenarkan atau tidak serasi boleh
membawa risiko kebakaran, letupan, atau bahaya yang lain dan boleh membatalkan mana-mana
kebenaran atau waranti. Sekiranya anda percaya bateri atau pengecas telah rosak, bawanya ke
pusat perkhidmatan atau penjual telefon anda sebelum meneruskan untuk menggunakannya.
Jangan sesekali gunakan bateri atau pengecas yang telah rosak. Hanya gunakan pengecas di
dalam bangunan. Jangan cas peranti anda ketika ribut kilat.
Selain itu, yang berikut terguna pakai sekiranya peranti anda memiliki bateri yang tidak boleh
dikeluarkan:
• Sentiasa matikan peranti dan cabutkan palam pengecas sebelum mengeluarkan bateri.
Untuk mencabut palam pengecas atau aksesori, tahan dan tarik palam, bukan kord.
• Litar pintas yang tidak disengajakan boleh berlaku apabila objek berlogam menyentuh jalur
logam pada bateri. Ini boleh merosakkan bateri atau objek yang lain.
KANAK-KANAK KECIL
Peranti anda dan aksesorinya bukanlah permainan. Peranti mungkin mengandungi bahagian
kecil. Jauhkan dari capaian kanak-kanak kecil.
PERANTI PERUBATAN
Operasi peralatan pemancaran radio, termasuk telefon wayarles, boleh mengganggu fungsi
peranti perubatan yang tidak berperisai dengan secukupnya. Rujuk pengamal perubatan atau
pengeluar peranti perubatan untuk menentukan sama ada peranti tersebut berperisai dengan
secukupnya daripada tenaga radio luar.
PERANTI PERUBATAN YANG DIIMPLAN
Untuk mengelak kemungkinan gangguan, pengeluar peranti perubatan yang diimplan
mengesyorkan jarak pemisahan minimum 15.3 sentimeter (6 inci) di antara peranti wayarles
dengan peranti perubatan tersebut. Orang yang mempunyai peranti tersebut hendaklah:
• Sentiasa memastikan peranti wayarles
berada lebih dari 15.3 sentimeter (6 inci)
dari peranti perubatan.
• Tidak membawa peranti wayarles di dalam
saku di dada.
• Pegang peranti wayarles ke telinga yang
Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang menggunakan peranti wayarles anda dengan
peranti perubatan yang diimplan, rujuk penyedia penjagaan kesihatan anda.
bertentangan dengan peranti perubatan.
• Matikan peranti wayarles jika terdapat
apa-apa sebab untuk mengesyaki bahawa
gangguan sedang berlaku.
• Patuhi arahan pengeluar untuk peranti
perubatan yang diimplan.
PENDENGARAN
Amaran: Apabila anda menggunakan set kepala, keupayaan anda untuk mendengar bunyi
luar mungkin terjejas. Jangan gunakan set kepala di kawasan yang boleh membahayakan
keselamatan anda.
Sesetengah peranti wayarles mungkin mengganggu sesetengah bantuan pendengaran.
LINDUNGI PERANTI ANDA DARIPADA KANDUNGAN YANG BERBAHAYA
Peranti anda mungkin terdedah kepada virus dan kandungan berbahaya yang lain. Ambil
langkah berjaga-jaga yang berikut:
• Berwaspada semasa membuka mesej.
Mesej itu mungkin mengandungi perisian
berniat jahat atau sebaliknya berbahaya
kepada peranti atau komputer anda.
• Berwaspada semasa menerima permintaan
kesambungan, menyemak imbas internet,
atau memuat turun kandungan. Jangan
terima sambungan Bluetooth dari sumber
yang anda tidak percaya.
• Hanya pasang dan gunakan perkhidmatan
dan perisian dari sumber yang anda
percaya dan yang menawarkan
keselamatan dan perlindngan yang
mencukupi.
• Pasang antivirus dan perisian keselamatan
yang lain pada peranti anda dan sebarang
komputer yang disambungkan. Hanya
gunakan satu apl antivirus pada satu masa.
Penggunaan lebih banyak antivirus boleh
menjejaskan prestasi dan operasi peranti
dan/atau komputer.
• Jika anda mengakses penanda buku
yang diprapasang dan pautan kepada
tapak internet pihak ketiga, ambil langkah
berjaga-jaga yang sewajarnya. HMD Global
tidak mengendors atau bertanggungjawab
terhadap tapak yang sedemikian.
KENDERAAN
Isyarat radio boleh menjejaskan sistem elektronik yang tidak dipasang dengan betul atau
tidak berperisai dengan secukupnya di dalam kenderaan. Untuk mendapatkan maklumat
lanjut, semak dengan pengeluar kenderaan anda atau peralatannya. Hanya kakitangan yang
dibenarkan boleh memasang peranti dalam kenderaan. Pemasangan yang rosak mungkin
berbahaya dan membatalkan waranti anda. Periksa dengan kerap bahawa semua peralatan
peranti wayarles di dalam kenderaan anda telah dilekapkan dan beroperasi dengan betul.
Jangan simpan atau bawa bahan mudah bakar atau letupan di dalam ruang yang sama seperti
peranti, bahagian, atau aksesorinya. Jangan letakkan peranti atau aksesori anda di kawasan
pengerahan beg udara.
PERSEKITARAN YANG BERPOTENSI MELETUP
Matikan peranti anda semasa berada di kawasan yang berpotensi meletup, seperti berdekatan
dengan pam gas. Percikan boleh menyebabkan letupan atau kebakaran yang mengakibatkan
kecederaan atau kematian. Ambil perhatian tentang larangan di kawasan yang mengandungi
bahan api, kilang kimia; atau di tempat yang sedang menjalankan operasi letupan. Kawasan
yang mempunyai persekitaran yang berpotensi meletup mungkin tidak ditandai dengan jelas.
Ini biasanya adalah kawasan yang anda dinasihatkan agar mematikan enjin anda, di bawah dek
bot, kemudahan pemindahan atau penyimpanan bahan kimia, dan di tempat di mana udaranya
mengandungi bahan kimia atau zarah. Semak dengan pengeluar kenderaan yang menggunakan
gas petrol cair (seperti propana atau butana) sama ada peranti ini boleh digunakan dengan
selamat di kawasan yang berdekatan.
MAKLUMAT PENSIJILAN (SAR)
Peranti mudah alih ini memenuhi garis panduan untuk pendedahan terhadap gelombang
radio.
Peranti mudah alih anda ialah sebuah pemancar dan penerima radio. Ini direka bentuk untuk
tidak melebihi had untuk pendedahan terhadap gelombang radio (medan elektromagnet
frekuensi radio), disyokran oleh garis panduan antarabangsa daripada organisasi saintifik
bebas ICNIRP. Garis panduan ini merangkumi margin keselamatan yang besar yang bertujuan
untuk memastikan perlindungan semua orang tidak kira usia dan kesihatan. Garis panduan
pendedahan adalah berdasarkan kepada Kadar Penyerapan Khusus (SAR), yang merupakan
pernyataan jumlah kuasa frekuensi radio (RF) yang disimpan dalam kepala atau badan ketika
peranti sedang memancarkan. Had SAR ICNIRP untuk peranti mudah alih adalah 2.0 W/kg
dipuratakan melalui 10 gram tisu.
Ujian SAR telah dijalankan dengan peranti dalam kedudukan operasi yang standard,
menghantar pada tahap kuasa tertinggi yang sah, dalam semua jalur frekuensi.
Sila rujuk www.nokia.com/phones/sar untuk mendapatkan nilai SAR maksimum peranti.
Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF apabila digunakan pada kepala atau apabila
dalam kedudukan sekurang-kurangnya 5/8 inci (1.5 sentimeter) jauh. Semasa membawa beg,
klip tali, bentuk pemegang peranti lain yang digunakan untuk operasi yang dipakai pada badan,
tidak sepatutnya mengandungi logam dan hendaklah menyediakan sekurang-kurangnya jarak
pemisahan dari badan yang dinyatakan di atas.
Untuk menghantar data atau mesej, sambungan yang baik kepada rangkaian diperlukan.
Penghantaran mungkin tertunda sehingga sambungan sedemikian tersedia. Ikut arahan jarak
pemisahan sehingga penghantaran selesai.
Semasa penggunaan am, nilai SAR biasanya berada jauh di bawah nilai yang dinyatakan di atas.
Ini kerana, bagi tujuan kecekapan sistem dan meminimumkan gangguan kepada rangkaian,
kuasa operasi mudah alih anda akan berkurangan secara automatik apabila kuasa penuh tidak
diperlukan untuk panggilan. Semakin rendah output kuasa, semakin rendah nilai SAR.
Model peranti mungkin mempunyai versi yang berbeza dan lebih daripada satu nilai. Perubahan
komponen dan reka bentuk boleh berlaku dari masa ke masa dan sesetengah perubahan boleh
memberi kesan pada nilai SAR.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pergi ke www.sar-tick.com. Ambil perhatian bahawa
peranti mudah alih boleh memancarkan walaupun anda tidak membuat panggilan suara.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan bahawa maklumat saintifik semasa
tidak menunjukkan keperluan untuk apa-apa langkah berjaga-jaga khas semasa menggunakan
peranti mudah alih. Jika anda berminat untuk mengurangkan pendedahan anda, mereka
mengesyorkan anda mengehadkan penggunaan anda atau menggunakan kit bebas tangan
untuk memastikan peranti jauh daripada kepala dan badan anda. Untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan penerangan serta perbincangan tentang pendedahan RF, pergi ke laman
web WHO di www.who.int/peh-emf/en.
TENTANG PENGURUSAN HAK DIGITAL
Apabila menggunakan peranti ini, patuhi semua undang-undang dan hormati adat setempat,
privasi dan hak orang lain yang sah, termasuk hak cipta. Perlindungan hak cipta boleh
mencegah anda daripada menyalin, mengubahsuai atau memindahkan foto, muzik dan
kandungan yang lain.
Ketersediaan produk, ciri, apl dan perkhidmatan mungkin berbeza mengikut kawasan. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut, hubungi penjual anda atau pembekal khidmat anda. Peranti ini
mungkin mengandungi komoditi, teknologi atau perisian yang tertakluk kepada undang-undang
dan peraturan eksport dari AS dan negara yang lain. Lencongan yang berlawanan dengan
undang-undang adalah dilarang.
Kandungan dokumen ini disediakan ”seperti adanya”. Kecuali yang dikehendaki oleh undangundang yang terguna pakai, tiada jaminan dalam sebarang bentuk, sama ada secara nyata
atau tersirat, termasuk tetapi tidak terhad, kepada jaminan tersirat kebolehdagangan
dan kesesuaian untuk suatu tujuan tertentu, dibuat sehubungan dengan ketepatan,
kebolehpercayaan atau kandungan dokumen ini. HMD Global berhak untuk mengulang kaji
dokumen ini atau menariknya semula pada bila-bila masa tanpa notis bertulis.
Setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang yang terguna pakai, HMD Global
atau mana-mana pemegang lesen tidak akan bertanggungjawab di bawah apa jua keadaan
untuk mana-mana kehilangan data atau pendapatan atau mana-mana kerosakan yang khas,
sampingan, berakibat atau tidak langsung yang diakibatkan dalam apa jua cara.
Pengeluaran semula, pemindahan atau pengedaran sebahagian atau semua kandungan
dokumen ini dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis awal daripada HMD Global adalah
dilarang. HMD Global mengendalikan dasar pembangunan yang berterusan. HMD Global berhak
untuk membuat perubahan dan peningkatan terhadap mana-mana produk yang diterangkan di
dalam dokumen ini tanpa notis bertulis.
HMD Global tidak memberikan apa-apa gambaran, menyediakan jaminan atau
bertanggungjawab untuk kefungsian, kandungan atau sokongan pengguna akhir apl pihak
ketiga yang disediakan dengan peranti anda. Dengan menggunakan apl, anda mengakui bahawa
apl ini disediakan seperti adanya.
Memuat turun peta, permainan, muzik dan video dan memuat naik imej dan video boleh
melibatkan pemindahan jumlah data yang besar. Pembekal khidmat anda mungkin mengenakan
bayaran untuk penghantaran data. Ketersediaan produk tertentu, perkhidmatan dan ciri
mungkin berbeza mengikut kawasan. Sila semak dengan penjual setempat anda untuk
mendapatkan butiran lanjut dan ketersediaan pilihan bahasa.
Ciri, kefungsian dan spesifikasi produk tertentu mungkin bergantung kepada rangkaian dan
tertakluk kepada terma, syarat dan bayaran tambahan.
Semuanya tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
HMD Global Oy ialah pemegang lesen eksklusif jenama Nokia untuk telefon & tablet. Nokia ialah
tanda dagangan berdaftar Nokia Corporation.
Dasar Privasi HMD Global, tersedia di http://www.nokia.com/phones/privacy, digunakan pada
penggunaan peranti oleh anda.
Qualcomm dan Snapdragon ialah tanda dagangan Qualcomm Incorporated, yang didaftarkan di
Amerika Syarikat dan negara lain.