Nokia, Nokia Connecting People, dan Navi adalah cap dagang atau cap
dagang berdaftar Nokia Corporation. Nokia tune adalah cap bunyi Nokia
Corporation. Produk-produk lain dan nama syarikat yang disebut di sini
merupakan cap-cap dagang atau nama-nama perdagangan tuan
punya-tuan punya masing-masing syarikat-syarikat tersebut.
Dilarang dicetak semula, dipindah, diedar, atau disimpan sebahagian atau
semua kandungan dokumen ini dalam apa bentuk jua pun tanpa terlebih
dahulu mendapatkan izin bertulis daripada Nokia.
Nokia mengamalkan dasar pengembangan yang berterusan. Nokia berhak
membuat perubahan dan perbaikan kepada sebarang produk yang
diperihalkan di dalam dokumen ini tanpa pemberitahuan terdahulu.
NOKIA CORPORATION, dengan ini
mengisytiharkan bahawa produk RH-99/
RH-105 ini mematuhi keperluan penting dan
peruntukan Arahan 1999/5/EC yang lain.
Satu salinan Pengisytiharan Kepatuhan ini
boleh didapatkan di http://www.nokia.com/
phones/declaration_of_conformity/.
HINGGA SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANGUNDANG YANG BERKUAT KUASA, DALAM APA JUA KEADAAN NOKIA
ATAU MANA-MANA PEMBERI LESENNYA TIDAK AKAN
BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA JUA KEHILANGAN DATA ATAU
PENDAPATAN ATAU APA-APA KEROSAKAN KHAS, SAMPINGAN, TURUTAN
ATAU SECARA TIDAK LANGSUNG YANG BAGAIMANA BERLAKU.
ISI KANDUNGAN DOKUMEN INI DIBEKALKAN “SEBAGAIMANA ADANYA”.
KECUALI DITUNTUT OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKUAT KUASA,
TIADA APA-APA JENIS JAMINAN, SAMA ADA YANG NYATA ATAU
TERSIRAT, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, JAMINAN
TERSIRAT BAGI KEPERDAGANGAN DAN KESESUAIAN UNTUK TUJUAN
TERTENTU, DIBUAT BERKAITAN DENGAN KETEPATAN,
KEBOLEHPERCAYAAN ATAU KANDUNGAN DOKUMEN INI. NOKIA BERHAK
UNTUK MENYEMAK DOKUMEN INI ATAU MENARIKNYA BALIK PADA
BILA-BILA MASA TANPA NOTIS YANG TERDAHULU.
Ketersediaan produk dan aplikasi serta perkhidmatan tertentu untuk
produk ini mungkin berbeza-beza mengikut wilayah. Sila semak dengan
penjual Nokia anda untuk mendapatkan butiran, dan ketersediaan pilihan
bahasa.
Peranti ini mungkin mengandungi komoditi, teknologi atau perisian yang
tertakluk pada undang-undang dan peraturan eksport dari Amerika
Syarikat dan negara-negara lain. Lencongan yang bertentangan dengan
undang-undang adalah dilarang.
Baca garis panduan mudah ini. Tidak mematuhinya boleh jadi
berbahaya atau salah di sisi undang-undang. Baca panduan
pengguna lengkap ini untuk maklumat lanjut.
HIDUPKAN DENGAN SELAMAT
Jangan hidupkan peranti semasa penggunaan
telefon wayarles dilarang atau ia boleh
menyebabkan gangguan atau bahaya.
UTAMAKAN KESELAMATAN DI JALAN RAYA
Patuhi semua undang-undang tempatan. Sentiasa
pastikan tangan anda bebas untuk mengendalikan
kenderaan semasa memandu. Perkara pertama yang
harus anda pertimbangkan semasa memandu
haruslah keselamatan jalan raya.
GANGGUAN
Semua peranti wayarles boleh mendapat gangguan,
yang boleh menjejaskan prestasi.
Apabila menyambung ke sebarang peranti lain,
baca panduan penggunanya untuk arahan-arahan
keselamatan terperinci. Jangan sambungkan
produk-produk yang tidak serasi.
PANGGILAN KECEMASAN
Pastikan fungsi telefon peranti dihidupkan dan
boleh digunakan. Tekan kekunci tamat seberapa
banyak kali yang perlu untuk mengosongkan
paparan dan kembali ke mod siap sedia. Masukkan
nombor kecemasan, kemudian tekan kekunci
panggil. Berikan lokasi anda. Jangan tamatkan
panggilan sehingga dibenarkan berbuat demikian.
Peranti wayarles yang diperihalkan dalam panduan ini
diluluskan untuk digunakan pada rangkaian GSM 900 dan
GSM 1800. Hubungi pembekal khidmat anda untuk maklumat
lanjut mengenai rangkaian.
Apabila menggunakan ciri-ciri di dalam peranti ini, patuhi
semua undang-undang dan hormati adat tempatan, privasi dan
hak-hak sah orang lain, termasuk hak cipta.
Amaran: Untuk menggunakan sebarang ciri dalam
peranti ini, selain daripada jam penggera, peranti ini
mestilah dihidupkan. Jangan hidupkan peranti ini
apabila penggunaan wayarles boleh menyebabkan
gangguan atau bahaya.
Untuk menggunakan telefon ini anda mestilah mempunyai
perkhidmatan daripada pembekal khidmat wayarles.
Kebanyakan cirinya memerlukan ciri rangkaian khusus. Ciri ini
tidak tersedia pada semua rangkaian; rangkaian lain mungkin
menghendaki anda membuat urusan khusus dengan pembekal
khidmat anda sebelum anda boleh menggunakan perkhidmatan
rangkaian tersebut. Pembekal khidmat anda boleh memberi
anda arahan dan menjelaskan bayaran apa yang dikenakan.
Sesetengah rangkaian mungkin mempunyai had yang menjejas
cara anda menggunakan khidmat rangkaian. Contohnya,
sesetengah rangkaian mungkin tidak menyokong semua aksara
dan perkhidmatan yang bergantung kepada bahasa.
Pembekal khidmat anda mungkin telah meminta agar ciri-ciri
tertentu dilumpuhkan atau tidak diaktifkan di dalam peranti
anda. Jika demikian, ciri ini tidak akan muncul pada menu
peranti anda. Peranti anda juga mungkin mempunyai tatarajah
khusus seperti perubahan dalam nama menu, susunan menu,
dan ikon. Hubungi pembekal khidmat anda untuk maklumat
lanjut.
Sentiasa matikan peranti ini dan cabut pengecas sebelum
mengeluarkan bateri.
Jauhkan semua kad SIM dari capaian kanak-kanak kecil.
Untuk ketersediaan dan maklumat mengenai penggunaan
khidmat kad SIM, hubungi penjual kad SIM anda. Ini boleh jadi
pembekal khidmat, operator rangkaian, atau penjual lain.
Peranti ini seharusnya digunakan dengan bateri BL-5CA.
1. Luncurkan penutup belakang untuk mengeluarkannya (1).
Angkat bateri, dan keluarkannya (2).
2. Angkat keluar pemegang kad SIM dengan berhati-hati dari
genggaman jari telefon (3). Masukkan kad SIM ke dalam
pemegang, agar bahagian yang dipotong serong berada di
bahagian atas kanan dan bahagian sesentuh keemasan
menghadap ke bawah (4). Tutup pemegang kad SIM,
dan tekan ia supaya ia terkunci di tempatnya (5).
3. Pasang semula bateri dan penutup belakang (6, 7).
Nota: Sentiasa matikan kuasa dan cabut pengecas
dan sebarang peranti lain sebelum menanggalkan
penutup-penutup. Elakkan daripada menyentuh
komponen elektronik semasa menukar penutup.
Sentiasa simpan dan gunakan peranti dengan
penutupnya terpasang.
tambahan yang diluluskan oleh Nokia untuk
digunakan khususnya dengan model telefon ini.
Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan
apa-apa kelulusan atau jaminan, dan mungkin
berbahaya.
Periksa nombor model sebarang pengecas sebelum
menggunakannya dengan peranti ini. Peranti ini bertujuan
untuk digunakan apabila dibekalkan dengan kuasa daripada
pengecas AC-3.
Untuk mengetahui sama ada anda boleh mendapatkan
tambahan yang diluluskan, sila tanya wakil penjual telefon
anda. Apabila mencabut kord kuasa sebarang tambahan,
genggam dan tarik palamnya, bukan kordnya.
1. Sambung pengecas ke soket dinding.
2. Sambung pengecas dengan telefon.
Palang penunjuk bateri akan mula
menatal. Apabila bateri telah dicas
sepenuhnya, palang penunjuk akan berhenti menatal.
Petua: Untuk menjimatkan tenaga, cabut pengecas
apabila bateri telah dicas sepenuhnya.
Jika bateri benar-benar kehabisan kuasa, beberapa minit
diperlukan sebelum penunjuk pengecasan muncul di paparan
atau sebelum sebarang panggilan boleh dibuat.
■ Menghidupkan dan mematikan
Tekan dan tahan kekunci tamat.
Gunakan telefon hanya dengan
gaya beroperasi biasa.
Peranti anda mempunyai antena
dalaman.
Nota: Seperti mana-mana peranti pemancaran radio,
elakkan daripada menyentuh antena jika tidak perlu
apabila antena sedang digunakan. Contohnya, elakkan
daripada menyentuh antena selular semasa panggilan
telefon. Sentuhan dengan antena yang sedang
memancar atau menerima menjejaskan kualiti
komunikasi radio, boleh menyebabkan peranti
beroperasi pada paras kuasa yang lebih tinggi
daripada yang diperlukan, dan boleh mengurangkan
hayat bateri.