LG C1100 Owner’s Manual [ms]

MODEL: C1100
MALAY
ENG LISH
P/N : MMBB0121227
PRINTED IN KOREA
ISSUE 1.0
USER’S MANUAL
Telefon GPRS & MMS
BUKU PANDUAN PENGGUNA
Sila baca buku panduan ini dengan teliti sebelum mengendalikan telefon bimbit anda. Simpan ia untuk rujukan masa depan.
T•E•L•E•F•O•N•G•P•R•S•&•M•M•S
MALAY
Telefon GPRS & MMS
BUKU PANDUAN PENGGUNA
Sila baca buku panduan ini dengan teliti sebelum mengendalikan telefon bimbit anda. Simpan ia untuk rujukan masa depan.
Pendahuluan
Tahniah di atas pembelian anda iaitu telefon selular C1100 yang canggih dan padat, direka bentuk untuk beroperasi dengan teknologi komunikasi bergerak digital yang terkini.
Panduan pengguna ini mengandungi maklumat penting mengenai penggunaan dan pengendalian telefon ini. Sila baca semua maklumat dengan teliti untuk prestasi optimum dan untuk mencegah sebarang kerosakan atau penyalah gunaan telefon ini. Sebarang perubahan atau pengubahsuaian yang tidak diluluskan dengan nyata di dalam panduan pengguna ini boleh mentaksahkan waranti bagi alat ini.
Garis Panduan bagi Penggunaan
yang Selamat dan Cekap
Baca garis panduan mudah ini. Melanggar peraturan mungkin merbahaya atau salah di sisi undang-undang. Maklumat terperinci lanjut diberikan di dalam buku panduan ini.
Pendedahan kepada Tenaga Frekuensi Radio
Pendedahan kepada gelombang radio dan maklumat Kadar Penyerapan Tertentu (Specific Absorption Rate) (SAR)
Telefon bimbit model G1600 ini telah direka bentuk supaya mematuhi keperluan keselamatan yang berkenaan bagi pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini adalah berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan yang bertujuan memastikan keselamatan bagi semua orang, tidak kira umur atau tahap kesihatan.
• Garis panduan mengenai pendedahan kepada gelombang radio ini menggunakan unit pengukuran yang disebut Kadar Penyerapan Tertentu (Specific Absorption Rate), atau SAR. Ujian-ujian bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan telefon memancarkan pada aras kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
• Walaupun mungkin terdapat perbezaan antara aras-aras SAR bagi pelbagai model telefon LG, kesemuanya direka bentuk supaya memenuhi garis panduan relevan bagi pendedahan kepada gelombang radio.
• Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran Bukan-Ion (Commission on Non-Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP) antarabangsa, iaitu 2W/kg dipuratakan ke atas sepuluh (10) gram tisu.
• Nilai SAR yang tertinggi bagi telefon model ini yang diuji oleh DASY4 bagi penggunaan pada telinga ialah 1.120 W/kg (10g).
• Maklumat SAR bagi penduduk di negara/kawasan yang telah mengambil had SAR yang disyorkan oleh Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik (Institute of Electrical and Electronics Engineers) (IEEE), iaitu 1.6 W/kg dipuratakan ke atas satu (1) gram tisu (misalnya Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Taiwan).
3
Garis Panduan bagi Penggunaan yang Selamat dan Cekap
Penjagaan dan Penyenggaraan Produk
Amaran: Gunakan hanya bateri, pengecas dan aksesori yang diluluskan untuk digunakan khususnya dengan telefon model ini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti yang berkaitan dengan telefon ini, dan mungkin merbahaya.
• Jangan buka bahagian-bahagian unit ini. (Bawa ia ke juruteknik khidmat yang berkelayakan apabila kerja pembaikan perlu dilakukan.)
• Jauhkan dari alat elektrik seperti TV, radio atau komputer peribadi.
• Unit ini harus diletakkan jauh dari sumber haba seperti penyinar atau alat memasak.
• Jangan jatuhkan.
• Jangan biarkan unit ini terkena getaran atau kejutan mekanikal.
• Salut telefon boleh rosak jika dibalut dengan pembalut atau pembalut vinil.
• Gunakan kain kering untuk membersihkan bahagian luar unit ini. (Jangan gunakan pelarut seperti benzena, penipis atau alkohol.)
• Jangan biarkan unit ini terdedah kepada asap atau debu yang berlebihan.
• Jangan simpan telefon bersebelahan dengan kad kredit atau tiket pengangkutan; ia boleh menjejas maklumat di dalam jalur bermagnetnya.
• Jangan ketuk skrin dengan benda tajam; ia boleh merosakkan telefon.
• Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau lembapan.
• Gunakan aksesori seperti telefon telinga dengan berhati-hati. Jangan sentuh antena jika tidak perlu.
4
Operasi Telefon yang Cekap
Untuk menikmati prestasi optimum dengan penggunaan kuasa minimum sila:
• Pegang telefon sepertimana anda memegang telefon lain untuk bercakap. Semasa bercakap langsung ke dalam mikrofon, halakan antena ke arah atas dan melepasi bahu anda. Memastikan antenna di panjangkan apabila membuat panggilan.
• Jangan memegang antenna sambil membuat panggilan telefon. Ini akan menjejas mutu panggilan dan menyebabkan telefon beroperasi pada aras kuasa lebih tinggi daripada yang diperlukan dan masa pengguanaan kuasa bateri di kurangkan.
• Jika telefon bimbit anda menyokong inframerah, jangan sekali­kali menghalakan alur inframerah ke arah mata seseorang.
Peranti Elektronik
Semua telefon wayarles boleh mendapat gangguan, yang boleh menjejas prestasinya.
• Jangan gunakan telefon bimbit anda berdekatan dengan kelengkapan perubatan tanpa meminta izin. Elakkan daripada meletakkan telefon di atas perentak jantung, iaitu di dalam saku dada anda.
• Sesetengah alat bantuan pendengaran boleh mendapat gangguan daripada telefon bimbit.
• Gangguan yang sedikit boleh menjejas TV, radio, PC, dan sebagainya.
5
Garis Panduan bagi Penggunaan yang Selamat dan Cekap
Keselamatan Di Jalan Raya
Periksa undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan telefon bimbit di kawasan-kawasan tempat anda memandu.
• Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu.
• Berikan sepenuh perhatian kepada kegiatan memandu.
• Gunakan kit bebas tangan, jika terdapat.
• Keluar dari jalan raya dan letakkan kereta sebelum membuat dan menjawab panggilan jika keadaan memandu memerlukan.
• Tenaga RF boleh menjejas sesetengah sistem elektronik di dalam kenderaan bermotor anda seperti stereo kereta, kelengkapan keselamatan.
• Apabila kenderaan anda dilengkapi dengan Beg udara, jangan letakkan barang-barang termasuk sama ada kelengkapan wayarles yang dipasang atau yang mudah alih. Ini boleh menyebabkan kecederaan serius jika tidak berfungsi dengan betul.
Kawasan Letupan
Jangan gunakan telefon di mana peletupan sedang dijalankan. Ikut sekatan-sekatan, dan patuhi sebarang undang-undang atau peraturan.
Persekitaran Boleh Meletup
• Jangan menggunakan telefon di tempat mengisi bahan bakar. Jangan gunakan berdekatan dengan bahan bakar atau kimia.
• Jangan angkut atau simpan gas atau cecair mudah terbakar, atau bahan letupan di dalam petak simpanan kenderaan anda, yang mengandungi telefon bimbit anda dan aksesori­aksesorinya.
Di Dalam Pesawat
Peranti-peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam pesawat.
6
• Matikan telefon bimbit anda sebelum menaiki sebarang pesawat.
• Jangan gunakan ia di lapangan terbang tanpa izin daripada kakitangan.
Kanak-Kanak
Simpan telefon di tempat yang selamat jauh dari capaian kanak­kanak. Ini termasuk bahagian-bahagiannya yang kecil yang boleh menimbulkan bahaya tercekik jika dipisahkan.
Panggilan Kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tidak terdapat di bawah semua rangkaian. Oleh itu, anda tidak harus bergantung semata-mata pada telefon ini untuk panggilan kecemasan. Periksa dengan pembekal khidmat setempat anda.
Maklumat dan Penjagaan Bateri
• Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum mengecasnya semula. Tidak seperti sistem bateri lain, tiada kesan ingatan yang boleh menjejas prestasi bateri.
• Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG direka bentuk untuk memaksimumkan hayat bateri.
• Jangan buka atau melitar pintas pek bateri.
• Pastikan sentuhan logam pek bateri sentiasa bersih.
• Gantikan bateri apabila ia tidak lagi memberikan prestasi yang boleh diterima. Pek bateri boleh dicas beratus-ratus kali sehingga ia perlu diganti.
• Cas semula bateri jika ia tidak digunakan untuk masa yang lama bagi memaksimumkan kegunaannya.
• Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya matahari langsung atau gunakan ia dalam kelembapan tinggi seperti di dalam bilik air.
• Jangan biarkan bateri di tempat yang panas atau sejuk; ini boleh melemahkan prestasi bateri.
7
Kandungan
Gambaran keseluruhan
Bahagian Telefon
Bahagian utama Telefon
Bahagian luar Telefon
Perihalan Kekunci
Kekunci Tepi
Kekunci Huruf
Maklumat Paparan
Maklumat Paparan
Ikon Pada Skrin
Bermula
Pemasangan
Memasukkan Kad SIM
Mengeluarkan kad SIM
Memasang Bateri
Mengecas Bateri
Memutuskan sambungan pengecas
Membuat dan Menjawab Panggilan
Membuat Panggilan
Panggilan Antarabangsa
Membuat panggilan menggunakan Buku telefon
....................................................................
.......................................................
...........................................................
...................................................................
.........................................................................
.......................................................................
..................................................................
.....................................................................
............................................................................
..........................................................
.........................................................
..................................................................
...................................................................
.....................................
......................................
..............................................................
......................................................
.................
12
12 13
14
15 16
17
17
18
18 18 19 19 20
21
21 21 21
Fungsi-Fungsi Tambahan
Menu Dalam Panggilan
Semasa panggilan
Panggilan Berbilang Pihak atau Persidangan
8
...........................................................
................................................................
......................
22
22 24
Kod Akses
Kod PUK (4 hingga 8 angka)
Kod PUK2 (4 hingga 8 angka)
Kod PUK (4 hingga 8 angka)
Kod PUK2 (4 hingga 8 angka)
Kod keselamatan (4 hingga 8 angka)
...............................................................................
................................................
..............................................
................................................
..............................................
Mengakses Menu
Pokok Menu
Mesej [Menu 1]
Tulis Mesej Pendek [Menu 1-1]
Tulis Mesej Multimedia [Menu 1-2]
Peti Masuk [Menu 1-3]
Peti Keluar [Menu 1-4]
Draf [Menu 1-5]
Dengar Mel Suara [Menu 1-6]
Maklumat Servis [Menu 1-7]
Templat [Menu 1-8]
Tetapan [Menu 1-9]
Daftar Panggilan [Menu 2]
Panggilan Tidak Dijawab [Menu 2-1]
Panggilan Diterima [Menu 2-2]
Panggilan Dail [Menu 2-3]
Padam Panggilan Terkini [Menu 2-4]
Caj Panggilan [Menu 2-5]
Aturan GPRS [Menu 2-6]
Profil [Menu 3]
Peribadi [Menu 3-1]
Kuat [Menu 3-2]
.............................................................................
........................................................................
............................................
..........................................................
..........................................................
.....................................................................
...............................................
.................................................
...............................................................
...............................................................
.......................................................
.............................................
.....................................................
.....................................................
......................................................
.........................................................................
...............................................................
....................................................................
...................................
.......................................
....................................
.....................................
27
27 27 27 27 27
28
30
30 32 37 38 40 41 41 42 44
49
49 49 49 49 49 51
52
52 52
9
Kandungan
Alat Dengar [Menu 3-3]
Kereta [Menu 3-4]
Getar Sahaja [Menu 3-5]
Senyap [Menu 3-6]
Tetapan [Menu 4]
Tarikh & Masa [Menu 4-1]
Tetapan Telefon [Menu 4-2]
Tetapan Panggilan [Menu 4-3]
Tetapan Sekuriti [Menu 4-4]
Tetapan Rangkaian [Menu 4-5]
Tetapan GPRS [Menu 4-6]
Tetap Semula Aturan [Menu 4-7]
Penyelenggara [Menu 5]
Jam Loceng [Menu 5-1]
Jadual [Menu 5-2]
Buku Telefon [Menu 5-3]
Mainan & Utiliti [Menu 6]
Kegemaran [Menu 6-1]
Permainan [Menu 6-2]
Kalkulator [Menu 6-3]
Folder Saya [Menu 6-4]
Pengubah Unit [Menu 6-5]
Waktu Dunia [Menu 6-6]
Alat Rakaman Suara [Menu 6-7]
Status Memori [Menu 6-8]
Internet [Menu 7]
Rumah [Menu 7-1]
Penanda Buku [Menu 7-2]
Profil [Menu 7-3]
.........................................................
.................................................................
.......................................................
...............................................................
....................................................................
.....................................................
.................................................
..................................................
...................................................
.........................................................
........................................................
.................................................................
.......................................................
........................................................
.........................................................
..........................................................
............................................................
........................................................
....................................................
.......................................................
.....................................................
.....................................................................
................................................................
....................................................
....................................................................
.............................................
............................................
..........................................
...........................................
52 52 52 52
56
56 56 58 62 65 66 66
67
67 67 69
75
75 75 76 76 77 77 78 76
79
79 79 79
10
Pergi Ke URL [Menu 7-4]
Tetapan Cache [Menu 7-5]
Cookies settings [Menu 7-6]
Pengesahan Sekuriti [Menu 7-7]
Tetap Semula Profil [Menu 7-8]
Versi Pelayar [Menu 7-9]
Mengenai menyemak imbas menu
Aplikasi [Menu 8]
Aplikasi [Menu 8-1]
Muat Turun [Menu 8-2]
Profiles [Menu 8-3]
Aksesori
Data Teknikal
...................................................................................
....................................................................
...........................................................................
......................................................
...................................................
..................................................
............................................
......................................................
...............................................................
.........................................................
................................................................
..........................................
........................................
82 82 83 83 83 83
84
85
85 85 86
87
88
11
Bahagian Telefon
Bahagian utama Telefon
Cuping Telinga
Skrin Paparan
Kekunci senarai
buku telefon
Kekunci Kiri
Lembut
Kekunci profil
Kekunci Hantar
Kekunci kegemaran
Gambaran keseluruhan
Kekunci Bintang
12
Kekunci mesej
Kekunci Kanan Lembut
Kekunci TAMAT/ KUASA
Kekunci Padam
Kekunci Angka
Kekunci Dwipangkah Mikrofon
Bahagian luar Telefon
Lubang Tali Tangan
Kunci Bateri
Kad SIM
Terminal-
Terminal Bateri
Bateri
Penyambung Kabel/ Penyambung PengecasanBateri/ Penyambung Kit Kereta Bebas Tangan
Gambaran keseluruhan
13
Perihalan Kekunci
Berikut ditunjukkan komponen-komponen utama telefon.
Perihalan Pad Kekunci
Kekunci Perihalan
Kekunci Kiri Lembut / Kekunci Kanan Lembut
<>
S
Gambaran keseluruhan
0
~
9
Setiap daripada kekunci-kekunci ini melaksanakan fungsi yang ditunjukkan oleh teks yang dipaparkan betul-betul di atasnya.
Kekunci mesej
Anda boleh pergi ke menu Mesej (Peti masuk, Mel suara, Mesej tolak, Penjadual atau Penggera) langsung tanpa menatal.
Kekunci-kekunci Pandu Arah
Digunakan untuk menatal nama, nombor telefon, menu atau pilihan tetapan. Apabila anda menekan kekunci bawah, anda boleh melihat senarai menu Favourites (Kegemaran).
Kekunci Hantar
Anda boleh mendail nombor telefon dan menjawab panggilan. Jika anda menekan kekunci ini tanpa memasukkan nombor, telefon anda menunjukkan nombor-nombor yang paling terbaru didail, diterima dan tidak dijawab.
Kekunci Angka
Kekunci-kekunci ini digunakan terutamanya untuk mendail dalam mod tunggu sedia dan memasukkan nombor atau aksara dalam mod mengedit. Apabila anda menekan kekunci-kekunci ini untuk masa yang lama.
Digunakan untuk memanggil peti mel suara anda
melalui 1.
Digunakan untuk memanggil bagi panggilan
antarabangsa melalui 0.
Digunakan untuk memanggil Dail cepat melalui
2 hingga 9.
14
Kekunci Perihalan
Kekunci TAMAT/KUASA
Digunakan untuk menamatkan atau menolak
E
C
panggilan. Kekunci ini juga digunakan sebagai Kekunci Kuasa dengan menekan kekunci ini selama beberapa saat.
Anda boleh memadam aksara, pergi balik ke menu. Sebagai tambahan, anda boleh melihat senarai memo suara apabila anda menekan kekunci ini sebentar dalam mod tunggu sedia. Jika anda menekan kekunci untuk masa yang lama, anda boleh merakamkan suara.
Kekunci Tepi
Kekunci Perihalan
Kekunci Tepi Atas/Bawah
Semasa flip dibuka, anda boleh mengawal kelantangan nada kekunci dalam mod tunggu sedia dan kelantangan semasa panggilan.
Gambaran keseluruhan
15
Perihalan Kekunci
Kekunci Huruf
Setiap kekunci boleh digunakan untuk beberapa simbol. Ini ditunjukkan di bawah.
Kekunci
1
Perihalan
. , / ? ! - : ' " 1
2 A B C 2 Ä À Á Â Ã Å Æ Ç a b c ä à á â ã å æ ç
3 D E F 3 Ë È É Ê d e f ë è é ê
4 G H I 4 | Ï Ì Í Î ˝ g h i \ ï ì í î ©
5 J K L 5 j k l
6 M N O 6 Ñ Ö Ø Ò Ó Ô Õ Œ m n o ñ ö ø ò ó ô õ œ
7 P Q R S 7 ß p q r s ß
8 T U V 8 Ü Ù Ú Û t u v ü ù ú û
Gambaran keseluruhan
9 W X Y Z 9 w x y z
0 [ruang] 0
16
Maklumat Paparan
Skrin memaparkan beberapa ikon. Ini diperihalkan di bawah.
Ikon Pada Skrin
Icon/Indicator
Perihalan
Memberitahu anda kekuatan isyarat rangkaian.
Panggilan disambungkan.
Anda boleh menggunakan khidmat GPRS.
Menunjukkan bahawa anda sedang menggunakan khidmat perayauan.
Talian 1/2 sedang digunakan untuk panggilan keluar – Jika anda melanggani Khidmat Dua Talian.
Penggera telah ditetapkan dan sedang aktif.
Memberitahu anda status bateri.
Anda telah menerima mesej teks.
Anda telah menerima mesej suara.
Anda telah menerima mesej tolak.
Anda boleh melihat jadual anda.
Semua isyarat yang boleh didengar dimatikan.
Menu umum dalam profil.
Menu kuat dalam profil.
Menu senyap dalam profil.
Menu alat dengar dalam profil.
Menu kereta dalam profil.
Anda boleh mengalihkan panggilan.
Maklumat Paparan
17
Pemasangan
1. Memasukkan Kad SIM
Cari soket kad SIM di belakang telefon. Ikut langkah-langkah di bawah untuk memasang kad SIM.
1. Keluarkan bateri jika terpasang.
2. Gelongsorkan kad SIM ke dalam
lubang alur, di bawah pemegang­pemegang perak, dengan penyambung-penyambung emasnya menghadap ke bawah dan sudut terpotongnya di sebelah kiri.
2. Mengeluarkan kad SIM
Ikut langkah-langkah di bawah untuk Mengeluarkan kad SIM.
1. Keluarkan bateri jika terpasang.
2. Keluarkan kad SIM dari lubang alur.
Pemberitahuan
Bermula
18
• Mengeluarkan bateri dari telefon semasa ia dihidupkan boleh menyebabkan ia rosak.
• Sentuhan logam kad SIM mudah rosak apabila tercalar. Anda harus amat berhati-hati apabila anda memegang dan memasang kad SIM. Ikut arahan yang dibekalkan bersama kad SIM.
3. Memasang Bateri
1. Letakkan cuping di bahagian bawah
bateri ke dalam pemegang penahan.
2. Kemudian tolak separuh bahagian
bateri ke tempatnya.
4. Mengecas Bateri
Untuk menyambungkan penyesuai kembara pada telefon, anda mestilah telah pun memasang bateri.
1. Dengan anak panah menghadap
anda seperti yang ditunjukkan di dalam gambar rajah, tolak palam pada penyesuai bateri ke dalam soket pada bahagian bawah telefon sehingga ia berdetap ke dalam tempatnya.
2. Sambungkan hujung lain penyesuai
kembara pada soket wayar. Gunakan hanya pengecas yang disertakan di dalam bungkusan jualan.
Bermula
19
Pemasangan
Amaran
• Jangan sambungkan penyambung dengan paksa kerana ini boleh merosakkan telefon dan/atau penyesuai kembara.
Nota
• “Bateri sedang mengecas” dipaparkan di skrin selepas menyambungkan penyesuai kembara. Hanya jika bateri benar-benar kosong, Lampu Penunjuk Panggilan bernyala tanpa memaparkan “Bateri sedang mengecas”.
5. Memutuskan sambungan pengecas
Putuskan sambungan penyesuai kembara dari telefon dengan menekan butang-butang tepinya seperti yang ditunjukkan di dalam gambar rajah.
Nota
• Pastikan bateri dicas sepenuhnya sebelum menggunakan telefon.
• Jangan keluarkan bateri atau kad SIM anda semasa mengecas.
• Palang-palang bergerak ikon bateri akan berhenti setelah pengecasan selesai.
Bermula
20
Nota
Jika bateri tidak mengecas,
• matikan telefon.
• pastikan bateri telah dimuatkan dengan betul.
Membuat dan Menjawab Panggilan
Membuat Panggilan
1. Masukkan nombor telefon termasuk kod kawasan. Jika anda
mahu memadam nombor, tekan C.
2. Tekan S untuk memanggil nombor.
3. Tekan E untuk menamatkan panggilan.
Panggilan Antarabangsa
1. Tekan dan tahan kekunci 0 untuk awalan antarabangsa.
aksara “+” boleh menggantikan kod akses antarabangsa.
2. Masukkan kod negara, kod kawasan, dan nombor telefon.
3. Tekan S.
Membuat panggilan menggunakan Buku telefon
1. Dalam mod tunggu sedia, tekan > [Nama].
2. Apabila menu dipaparkan, anda memilih Cari dengan menekan
<.
3. Jika anda temui perkara yang diingini dengan mencari melalui
nama atau nombor telefon, tekan S untuk memanggil.
Bermula
21
Menu Dalam Panggilan
Menu yang dipaparkan pada skrin telefon semasa panggilan adalah berlainan daripada menu utama lalai yang dicapai dari skrin melahu, dan pilihan-pilihannya diperihalkan di sini.
1 Semasa panggilan
1-1 Menahan Sesuatu Panggilan
Apabila panggilan dibuat atau dijawab, tekan S [Hantar] untuk menahannya. Apabila panggilan ditahan, tekan S [Hantar] untuk membuatnya aktif.
1-2 Membuat Panggilan Kedua
Anda boleh mendapatkan nombor dailan daripada buku telefon untuk membuat panggilan kedua. Tekan > [Nama] kemudian pilih Cari. Untuk menyimpan nombor dailan ke dalam buku telefon semasa panggilan, tekan > [Nama] kemudian pilih Tambah baru.
1-3 Bertukar-tukar Antara Dua Panggilan
Untuk bertukar-tukar antara dua panggilan, pilih < [Pilihan], kemudian pilih Tukar atau tekan sahaja kekunci S [Hantar].
Fungsi-Fungsi Tambahan
Anda boleh menumpukan pada satu atau dua panggilan dengan menekan kekunci anak panah atas/bawah. Jika anda mahu menamatkan satu daripada dua panggilan, tumpukan pada panggilan yang ingin anda tamatkan, kemudian tekan kekunci E [Tamatkan] apabila panggilan yang ingin anda tamatkan ditumpukan.
22
1-4 Menjawab Panggilan Masuk
Untuk menjawab panggilan masuk apabila telefon berdering, tekan sahaja kekunci S [Hantar].
Telefon juga boleh memberitahu anda tentang panggilan yang masuk ketika anda sedang dalam panggilan lain. Satu nada berbunyi di dalam cuping telinga, dan paparan akan menunjukkan bahawa panggilan kedua sedang menunggu. Ciri ini, yang dipanggil Panggilan Menunggu, hanya boleh didapati jika rangkaian anda menyokongnya. Untuk butiran tentang bagaimana mengaktifkan dan menyahaktifkan ia lihat Panggilan menunggu [Menu 4-3-4].
Jika Panggilan Menunggu sedang aktif, anda boleh menahan panggilan yang pertama dan menjawab yang kedua, dengan menekan S [Hantar] atau dengan memilih < [Jawab], kemudian Tahan dan Jawab.
Anda boleh menamatkan panggilan semasa dan menjawab panggilan menunggu dengan memilih < [Menu], kemudian
Tamatkan & Jawab.
1-5 Menolak Panggilan Masuk
Apabila tidak dalam panggilan anda boleh menolak panggilan masuk tanpa menjawabnya dengan hanya menekan E [Tamat] atau kekunci EZ Luaran apabila flip dibuka.
Apabila dalam panggilan anda boleh menolak panggilan masuk dengan menekan kekunci < [Menu] dan memilih Berbilang
Pihak/Tolak atau dengan menekan kekunci E [Tamatkan].
1-6 Membisukan Mikrofon
Anda boleh membisukan mikrofon semasa panggilan dengan menekan kekunci < [Pilihan] kemudian memilih Bisu. Telefon ini boleh disuarakan dengan menekan < [Suarakan].
Apabila telefon dibisukan, pemanggil tidak dapat mendengar suara anda, tetapi anda masih boleh mendengar suaranya.
Fungsi-Fungsi Tambahan
23
Menu Dalam Panggilan
1-7 Mengaktifkan nada DTMF Semasa Panggilan
Untuk mengaktifkan nada DTMF semasa panggilan, misalnya, untuk membolehkan telefon anda menggunakan papan suis berautomatik, pilih < [Pilihan], kemudian DTMF aktif. Nada DTMF boleh dinyahaktifkan cengan cara yang sama.
1-8 Memanggil menu utama Mesej dan kit Alat SIM
Pilihan-pilihan menu uatama Mesej dan kit Alat SIM boleh dicapai dari menu panggil masuk dengan memilih < [Pilihan]. Menu kit Alat SIM ditunjukkan hanya apabila SIM di dalam telefon menyokong khidmat kit Alat SIM.
2 Panggilan Berbilang Pihak atau Persidangan
Khidmat berbilang pihak atau persidangan memberikan anda keupayaan mengadakan perbualan serentak dengan lebih daripada seorang pemanggil, jika pembekal khidmat rangkaian anda menyokong ciri ini.
Panggilan berbilang pihak hanya boleh disediakan apabila anda mempunyai satu panggilan aktif dan satu panggilan yang ditahan, dengan kedua-dua panggilan telah dijawab. Setelah panggilan
Fungsi-Fungsi Tambahan
berbilang pihak disediakan, panggilan-panggilan boleh ditambahkan, diputuskan atau dipisahkan (iaitu, dikeluarkan daripada panggilan berbilang pihak tetapi masih tersambung kepada anda) oleh orang yang menyediakan panggilan berbilang pihak. Semua pilihan-pilihan ini terdapat dari menu panggil masuk dan disenaraikan di dalam Bahagian.
Bilangan maksimum pemanggil dalam panggilan berbilang pihak ialah lima. Setelah dimulakan, andalah yang mengawal panggilan berbilang pihak tersebut, dan hanya anda yang boleh menambah panggilan kepada panggilan berbilang pihak itu.
24
2-1 Membuat Panggilan Kedua
Anda boleh membuat panggilan kedua semasa anda sudah dalam panggilan lain. Untuk melakukan ini, masukkan nombor kedua dan tekan S [Hantar]. Apabila anda mendapat panggilan kedua, panggilan pertama ditahan secara automatik. Anda boleh bertukar­tukar antara panggilan-panggilan ini dengan memilih < [Pilihan] kemudian Tukar.
2-2 Menyediakan Panggilan Berbilang Pihak
Anda boleh menyambungkan panggilan yang ditahan kepada panggilan yang sedang aktif untuk membentuk panggilan berbilang pihak dengan memilih < [Pilihan] kemudian Berbilang
Pihak/Sambungkan semua.
2-3 Menahan Panggilan Berbilang Pihak
Untuk menahan panggilan berbilang pihak, pilih < [Pilihan] kemudian Berbilang Pihak/Tahan semua.
2-4 Mengaktifkan Panggilan Berbilang Pihak yang
Ditahan
Untuk membuat panggilan berbilang pihak yang ditahan aktif, pilih
< [Pilihan] kemudian Berbilang Pihak/Tahan semua.
2-5 Menambah Panggilan kepada Panggilan Berbilang
Pihak
Untuk menyambungkan panggilan aktif kepada panggilan berbilang pihak yang ditahan, pilih < [Pilihan] kemudian Berbilang
Pihak/Sambungkan semua.
Fungsi-Fungsi Tambahan
2-6 Memaparkan Pemanggil dalam Panggilan Berbilang
Pihak
Untuk menatal nombor-nombor para pemanggil yang membentuk panggilan berbilang pihak pada skrin telefon, tekan kekunci Udan
D
.
25
Menu Dalam Panggilan
2-7 Menahan Panggilan seorang Anggota Panggilan
Bebrilang Pihak
Untuk menahan panggilan seorang pemanggil yang dipilih (yang nombornya sedang dipaparkan di skrin) daripada panggilan berbilang pihak, pilih < [Pilihan] kemudian Berbilang Pihak/Tak
Termasuk.
2-8 Panggilan Sulit dalam Panggilan Berbilang Pihak
Untuk mengadakan panggilan dengan seorang pemanggil panggilan berbilang pihak, paparkan nombor pemanggil yang ingin anda ajak berbual di skrin, kemudian pilih < [Pilihan] dan Berbilang Pihak/Sulit untuk menahan panggilan semua pemanggil yang lain.
2-9 Menamatkan Panggilan Berbilang Pihak
Panggilan pemanggil panggilan berbilang pihak yang sedang dipaparkan boleh diputuskan dengan menekan kekunci E [Tamatkan]. Untuk menamatkan panggilan berbilang pihak, tekan
< [Pilihan] kemudian pilih Berbilang Pihak/Tamatkan Berbilang Pihak.
Memilih < [Pilihan] kemudian Berbilang Pihak/Tamatkan
Fungsi-Fungsi Tambahan
semua, akan menamatkan semua panggilan aktif dan ditahan.
26
Kod Akses
Anda boleh menggunakan kod-kod akses yang diperihalkan dalam bahagian ini untuk mengelak penggunaan telefon anda tanpa izin. Kod-kod akses ini (kecuali kod PUK dan PUK2) boleh ditukar dengan menggunakan [Menu 4-4-5].
Kod PUK (4 hingga 8 angka)
Kod PIN (Nombor Pengenalan Peribadi) melindungi kad SIM anda daripada digunakan tanpa izin. Kod PIN biasanya dibekalkan bersama kad SIM. Apabila When Kod PIN ditetapkan ke Aktif, telefon anda akan meminta kod PIN setiap kali ia dihidupkan. Sebaliknya, apabila Kod PIN ditetapkan ke Tak aktif, telefon anda menyambung kepada rangkaian secara langsung tanpa meminta kod PIN.
Kod PUK2 (4 hingga 8 angka)
Kod PIN2, dibekalkan bersama sesetengah kad SIM, diperlukan untuk mengakses beberapa fungsi seperti Pemberitahuan caj panggilan, nombor Dail Tetap. Fungsi-fungsi ini hanya terdapat jika disokong oleh kad SIM anda.
Kod PUK (4 hingga 8 angka)
Kod PUK (Kunci Nyahhalang PIN) diperlukan untuk menukar kod PIN yang dihalang. Kod PUK mungkin dibekalkan bersama kad SIM. Jika tidak, hubungi pembekal khidmat setempat anda untuk mendapatkan kod tersebut. Jika anda kehilangan kod itu, hubungi juga pembekal khidmat anda.
Fungsi-Fungsi Tambahan
Kod PUK2 (4 hingga 8 angka)
Kod PUK2, dibekalkan bersama sesetengah kad SIM, diperlukan untuk menukar kod PIN2 yang dihalang. Jika anda kehilangan kod itu, hubungi juga pembekal khidmat anda.
Kod keselamatan (4 hingga 8 angka)
Kod keselamatan melindungi telefon anda daripada digunakan tanpa izin. Ia biasanya dibekalkan bersama telefon. Kod ini diperlukan untuk memadam semua entri telefon dan untuk mengaktifkan menu “Tetapan tetap semula”. Nombor lalainya ialah “0000”.
27
Pokok Menu
1 Mesej
1 Tulis Mesej Pendek 2 Tulis Mesej Multimedia 3 Peti Masuk 4 Peti Keluar 5 Draf 6 Dengar Mel Suara 7 Maklumat Servis 8 Templat 9 Tetapan
2 Daftar Panggilan
1 Panggilan Tidak Dijawab 2 Panggilan Diterima 3 Panggilan Dail 4 Padam Panggilan Terkini 5 Caj Panggilan
Mengakses Menu
6 Aturan GPRS
3 Profil
1 Peribadi 2 Kuat 3 Alat Dengar 4 Kereta 5 Getar Sahaja 6 Senyap
4 Tetapan
1 Tarikh & Masa 2 Tetapan Telefon 3 Tetapan Panggilan 4 Tetapan Sekuriti 5 Tetapan Rangkaian 6 Tetapan GPRS 7 Tetap Semula Aturan
5 Penyelenggara
1 Jam Loceng 2 Jadual 3 Buku Telefon
28
6 Mainan & Utiliti
1 Kegemaran 2 Permainan 3 Kalkulator 4 Folder Saya 5 Pengubah Unit 6 Waktu Dunia 7 Alat Rakaman Suara 8 Status Memori
7 Internet
1 Rumah 2 Penanda Buku 3 Profil 4 Pergi Ke URL 5 Tetapan Cache 6 Cookies settings 7 Pengesahan Sekuriti 8 Tetap Semula Profil 9 Versi Pelayar
8 Aplikasi
1 Aplikasi 2 Muat Turun 3 Profiles
9 Layanan SIM
Menu ini bergantung kepada SIM dan khidmat-khidmat rangkaian.
Mengakses Menu
29
Loading...
+ 231 hidden pages