LG 50PA6500-TF User Guide [ms]

LG 50PA6500-TF User Guide

Panduan Pengguna

Ini adalah Panduan Pengguna yang dipasang pada TV.

Kandungan bagi panduan ini tertakluk kepada perubahan tanpa pemberitahuan awal untuk pembaikan kualiti.

Untuk menetapkan program kegemaran

SETTINGS PERSEDIAAN Edit Utama

1Tekan butang Q.MENU pada skrin Edit Rancangan dan pilih Kegemaran Kumpulan.

2Pilih program yang dikehendaki.

3Tekan butang FAV. Program yang dipilih akan disimpan ke kegemaran anda.

Untuk menggunakan Kegemaran

Tekan butang FAV.

Senarai kegemaran akan muncul. Pilih porgram kegemaran pratetap yang dikehendaki dari Senarai Kegemaran A-D.

Menyediakan Rancangan Secara Automatik

SETTINGS PERSEDIAAN Penalaan Auto

Menala rancangan secara automatik.

1 Pilih Negara di mana TV digunakan. Tetapan rancangan berubah mengikut negara yang anda pilih.

2 Memulakan Penalaan Auto.

3 Pilih Sumber Input pilihan anda.

4 Tetapkan Penalaan Auto mengikut arahan skrin berikut.

Jika Sumber Input tidak disambungkan dengan betul, pendaftaran rancangan tidak akan berfungsi.

Penalaan Auto hanya menetapkan rancangan yang sedang disiarkan.

Jika Sistem Kunci dihidupkan, tetingkap pop timbul akan muncul dan meminta kata laluan.

Untuk menggunakan Penalaan Manual

SETTINGS PERSEDIAAN Penalaan Manual

Melaras rancangan secara manual dan menyimpan hasilnya.

Bagi siaran digital, kekuatan isyarat dan kualiti isyarat boleh diperiksa.

Untuk mengedit rancangan

SETTINGS PERSEDIAAN Edit Rancangan

Mengedit rancangan yang telah disimpan.

Tetapkan sebagai rancangan kegemaran, sekat/buka sekatan rancangan, langkaui rancangan dsb, bagi rancangan yang dipilih.

Tekan butang TEXT.

[bergantung pada negara]

Teletext adalah perkhidmatan percuma yang disediakan oleh stesen TV yang menawarkan maklumat berasaskan teks mengenai rancangan TV, berita dan cuaca.

Penyahkod teletext TV ini boleh menyokong sistem SIMPLE, TOP dan FASTEXT.

• Butang warna: Untuk memilih halaman sebelumnya atau seterusnya.

• Butang nombor: Memasukkan nombor halaman yang dikehendaki.

• : Untuk memilih halaman sebelumnya atau seterusnya.

Fungsi Teletext Khusus

Tekan butang T. OPT.

Pilih menu Pilihan Teks.

Indeks : Pilih setiap halaman indeks.

Masa : Semasa menonton rancangan TV, pilih menu ini untuk memaparkan masa di sudut kanan atas skrin.

Tunda : Menghentikan perubahan halaman automatik yang akan berlaku jika halaman teletext mengandungi 2 atau lebih subhalaman.

Dedahkan : Pilih menu ini untuk memaparkan maklumat yang tersembunyi, seperti penyelesaian kepada teka-teki.

Kemas kini : Memaparkan gambar TV pada skrin semasa menunggu halaman teletext baru.

Bahasa [Dalam Mod Digital Sahaja] : Mengeset bahasa Teletext.

Tekan butang GUIDE.

[Bergantung kepada Negara] [Dalam Mod digitaI Sahaja]

Sistem ini mempunyai MHEG (Kumpulan pakar pengekod maklumat multimedia dan hipermedia) untuk membantu navigasi anda menerusi semua pilihan tontonan yang mungkin.

SETTINGS PILIHAN Servis Data

[Bergantung kepada negara]

Fungsi ini membolehkan pengguna untuk memilih antara MHEG (Digital Teletext) dan Teletext jika kedua-duanya wujud pada masa yang sama.

Jika hanya satu daripadanya wujud, sama ada MHEG atau Teletext didayakan tanpa mengira pilihan mana yang telah anda pilih.

SETTINGS GAMBAR Nisbah Aspek

Memilih nisbah aspek skrin.

16:9: Mengubah saiz imej untuk muat dalam lebar skrin.

Hanya mengimbas: Memaparkan imej video dalam saiz asal tanpa

mengeluarkan bahagian-bahagian pinggir imej.

Dalam mod DTV, Komponen, HDMI dan DVI (melebihi 720p), Hanya Imbas adalah tersedia.

Asal: Apabila TV anda menerima isyarat skrin lebar, ia akan secara

automatik bertukar kepada format gambar yang disiarkan.

Lebar Penuh: Apabila TV menerima isyarat skrin lebar, ia akan membenarkan anda melaraskan gambar secara mendatar atau menegak, dalam perkadaran linear, untuk mengisi keseluruhan skrin sepenuhnya. Video 4:3 dan 14:9 disokong dalam skrin penuh tanpa sebarang herotan video menerusi input DTV.

Dalam mod DTV, Lebar Penuh tersedia.

4:3: Mengubah saiz imej kepada standard 4:3 sebelumnya.

14:9: Anda boleh melihat format gambar 14:9 atau rancangan TV umum dalam mod 14:9. Skrin 14:9 dipaparkan dalam cara yang sama seperti dalam 4:3, tetapi digerakkan ke atas dan ke bawah.

Zum: Mengubah saiz imej agar muat dalam lebar skrin. Bahagian atas dan bawah imej mungkin terpotong.

Zum Pawagam: Pilih Zum Pawagam apabila anda ingin membesarkan gambar dalam perkadaran yang betul.

Semasa melihat peranti luaran, kes-kes ini boleh menyebabkan pembakaran imej:

- video dengan kapsyen pegun (seperti nama rangkaian) - mod nisbah aspek 4:3 untuk tempoh yang panjang Berhati-hati semasa menggunakan fungsi ini.

Mod gambar yang tersedia mungkin berbeza bergantung kepada isyarat input.

Nisbah aspek skrin pada input HDMI/RGB-PC hanya tersedia dalam 4:3 dan 16:9. (Hanya untuk model yang menyokong sambungan PC)

Untuk melaras gambar dalam mod input PC

SETTINGS GAMBAR Skrin

Melaraskan gambar dalam mod RGB-PC.

Resolusi: Mengesetkan resolusi yang diingini.

Pilihan hanya boleh dipilih semasa resolusi PC ditetapkan kepada 1024 x 768, 1280 x 768, atau 1360 x 768.

Tatarajah Automatik: Mengoptimumkan gambar.

Kedudukan/Saiz/Fasa: Melaraskan saiz skrin dan kedudukan untuk tontonan optimum.

Set semula: Memulakan persediaan skrin dalam mod input PC.

Untuk mengesetkan resolusi PC

1 Klik kanan pada desktop PC dan pilih Ciri .

2Klik pada Tetapan dan rujuk format yang disokong untuk menetapkan resolusinya.

3Pilih Lanjutan → Monitor → Persediaan Monitor pada tetingkap persediaan. Rujuk format yang disokong untuk memilih frekuensi menegak yang optimum.

Dalam mod PC, resolusi 1920 x 1080 menyampaikan kualiti gambar yang optimum.

Kaedah untuk menyediakan resolusi yang berlainan bergantung pada jenis PC.

Format Yang Disokong

Mod Input PC

Resolusi

Frekuensi Mendatar (kHz)

Frekuensi Menegak (Hz)

HDMI-PC / RGB-PC

640x350

31.468

70.09

 

720x400

31.469

70.08

 

640x480

31.469

59.94

 

800x600

37.879

60.31

 

1024x768

48.363

60.00

 

1360x768

47.712

60.01

 

1920x1080

67.5

60.02

HDMI-PC

1280x1024

63.981

60.020

[Bergantung pada model] Tekan butang AV MODE.

Menetapkan GAMBAR / AUDIO terbaik yang dioptimumkan untuk mod AV yang berbeza.

Mati: Mengendalikan set nilai dalam Menu GAMBAR / AUDIO.

Pawagam: Mengoptimumkan tetapan gambar dan audio untuk filem.

Permainan: Mengoptimumkan tetapan gambar dan audio untuk permainan.

Untuk melaraskan gambar dengan Wizard Gambar

SETTINGS GAMBAR Wizard Gambar II

Menentukurkan dan melaraskan untuk kualiti gambar yang optimum menggunakan kawalan jauh dan Wizard Gambar tanpa peranti corak yang mahal atau mendapatkan bantuan daripada pakar.

Ikuti arahan pada skrin untuk mendapatkan kualiti gambar yang optimum.

Untuk memilih Mod Gambar

SETTINGS GAMBAR Mod Gambar

Memilih mod gambar yang dioptimumkan untuk persekitaran tontonan atau program.

Pakar: Menu untuk melaraskan kualiti gambar yang membolehkan pakar dan peminat untuk menikmati tontontan TV yang terbaik. Ini adalah menu pelarasan yang disediakan untuk profesional penalaan gambar yang diperakui ISF. (Logo ISF hanya boleh digunakan pada TV yang diperakui ISF.)

ISFccc: Imaging Science Foundation Certified Calibration Control (Kawalan Penentukuran Diperakui Yayasan Sains Pengimejan)

Bergantung pada isyarat input, julat mod gambar yang tersedia mungkin berbezabeza.

Mod pakar untuk profesional penalaan gambar untuk mengawal dan menala halus menggunakan imej khusus. Untuk imej biasa, kesannya mungkin tidak dramatik

Untuk menala halus mod gambar

SETTINGS GAMBAR Mod Gambar Kontras / Kecerahan / Ketajaman / Warna / Keserian / Suhu Warna

Select the desired Picture Mode.

Bergantung pada isyarat input atau tetapan gambar yang lain, julat item yang terperinci untuk pelarasan mungkin berbeza.

Untuk menetapkan kawalan lanjutan

SETTINGS GAMBAR Mod Gambar Kawalan Lanjutan / Kawalan Pakar

Menentukur skrin bagi setiap mod gambar; atau melaraskan tetapan gambar untuk skrin khusus.

Pilih Mod Gambar yang diingini.

Kontras Dinamik: Melaraskan kontras ke paras optimum mengikut kecerahan imej.

Pengurangan Bunyi: Menyingkirkan bunyi dalam gambar.

Gamma: Menetapkan lengkung peringkatan mengikut output isyarat gambar yang berkaitan dengan isyarat input.

Paras Hitam: Melaraskan kecerahan dan kontras skrin untuk disesuaikan dengan paras hitam bagi gambar input dengan menggunakan kehitaman (paras hitam) skrin.

Mod Filem: Membantu memastikan skrin dalam keadaan optimum.

Gamut Warna: Memilih julat warna yang boleh diungkapkan.

Peningkatan Sisi: Menunjukkan sisi yang lebih tajam dan menonjol tetapi semula jadi video.

Penjagaan Gerakan Mata: [Bergantung pada model] Melaraskan kecerahan skrin untuk mengelakkan silau mata.

xvYCC: Memaparkan warna yang lebih kaya.

Corak Pakar: Corak yang digunakan untuk pelarasan pakar

Penapis Warna: Menapis spektrum warna khusus dalam warna RGB untuk menala halus penepuan dan rona warna dengan tepat.

Loading...
+ 51 hidden pages