Jabra OTE10, HALO2 User Manual [ms]

Jabra® HALO2
Manual pengguna
www.jabra.com
TERIMA KASIH . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 2
MENGENAI JABRA HALO2 ANDA . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 2
APA YANG PEMBESAR SUARA TELEFON ANDA LAKUKAN . . . . . . . 3
BERMULA . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 4
MENGECAS JABRA HALO2 ANDA . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 4
MENGHIDUPKAN DAN MEMATIKAN JABRA HALO2 ANDA . . . . . . 5
JADIKAN JABRA HALO2 ANDA BERPASANGAN
DENGAN TELEFON ATAU PERANTI LAIN . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 5
GAYA PEMAKAIAN . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 6
BAGAIMANA UNTUK . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 6
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PAPARAN. . . . . . . . . . . . . 8
MENGGUNAKAN JABRA HALO2 ANDA DENGAN
DUA PERANTI MUDAH ALIH . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 9
PENYELESAIAN MASALAH & SOALAN LAZIM . . . . . . . . . . . . . . . . . . 10
MENJAGA ALAT DENGAR ANDA. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 11
GLOSARI . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 12
BAHASA IN GGERIS
JABRA H ALO2
1
TERIMA KASIH
Terima kasih kerana membeli pembesar suara telefon Jabra HALO2 Bluetooth®. Kami harap anda menikmatinya! Manual arahan ini akan membolehkan anda bermula dan bersedia untuk menggunakan sepenuhnya pembesar suara telefon anda.
MENGENAI JABRA HALO2 ANDA
1 Butang Jawab/Tamat atau Main/Jeda
2 Kawalan Kelantangan atau sensor sentuh Tukar Trek
3 Engsel untuk melipat pembesar suara telefon
4 Penunjuk bateri
5 Penunjuk kesambungan Bluetooth
3
4
5
2
1
L
BAHASA IN GGERIS
3
JABRA H ALO2
2
APA YANG PEMBESAR SUARA TELEF ON ANDA LAKUKAN
Jabra HALO2 membenarkan anda mendengar muzik stereo melalui telefon mudah alih atau pemain muzik yang mendayakan Bluetooth, sambil memastikan anda dapat menjawab panggilan.
- Mainkan muzik anda secara wayarles
- Jawab atau tamatkan panggilan telefon
- Tolak panggilan masuk
- Dail semula nombor terakhir
- MultiUse™ – bersambung kepada dua peranti Bluetooth pada masa yang sama (contohnya, PC dan mudah alih anda)
- Gunakan kabel muzik 3.5mm untuk mendengar muzik berwayar daripada cth. pemain mp3 atau PC anda
Spesikasi
Muzik:
- Masa tamat muzik sehingga 8 jam, masa siap sedia sehingga 13 hari
- Penukaran trek (trek seterusnya atau sebelumnya) pada kawalan sentuh (AVRCP)
- A2DP (Prol Pengedaran Audio Lanjutan) untuk penstriman muzik
Panggilan:
- Masa berbual sehingga 8 jam
- Penyelesaian Dwi Mikrofon untuk Noise Blackout
- Peningkatan bunyi digital melalui teknologi DSP
- Pengurangan bunyi pada audio yang dihantar dan diterima
- Kawalan kelantangan bergantung pada bunyi bising*
- Pelarasan kelantangan automatik pada audio yang diterima
- Perlindungan kejutan akustik
- Berkelayakan untuk Spesikasi Bluetooth versi 3.0, menyokong Prol Pembesar Suara Telefon dan Bebas Tangan untuk perbualan telefon dan Prol Pengedaran Audio Lanjutan (A2DP) untuk penstriman muzik
- e-SCO untuk meningkatkan kualiti audio
- Penyulitan 128-bit
BAHASA IN GGERIS
* Rujuk kepada manual pengguna telefon
JABRA H ALO2
3
Peranti:
- Bateri boleh dicas semula dengan pilihan mengecas Mikro-USB daripada bekalan kuasa AC, PC melalui kabel USB atau pengecas kereta (tidak termasuk)
- Lampu LED berwarna untuk status Bluetooth dan penunjuk bateri
- Saiz Dibuka Lipatan: T 165mm - 190mm x L 136mm x D 45mm
- Saiz Dilipat: T 78mm x L 132mm x D 45mm
- Berat: 80 gram
- Julat operasi sehingga 10 meter (kira-kira 33 kaki)
Sila ambil perhatian bahawa Jabra HALO2 anda boleh bertahan dengan hujan pancur yang singkat tetapi ia tidak kalis air dan tidak boleh ditenggelamkan. Jika peranti anda basah, ia harus dilap dengan bersih daripada sebarang kesan air untuk melindunginya daripada potensi kerosakan.
BERMULA
Ikuti tiga langkah ini sebelum menggunakan pembesar suara telefon anda:
1. Cas pembesar suara telefon anda (kira-kira 2 jam)
2. Aktifkan Bluetooth pada telefon mudah alih anda (rujuk manual untuk telefon mudah alih anda)
3. Jadikan pembesar suara telefon anda berpasangan dengan telefon mudah alih anda
MENGECAS JABRA HALO2 ANDA
Pastikan Jabra HALO2 anda dicas sepenuhnya sebelum anda mula menggunakannya untuk pertama kali. Ketika mengecas, lampu penunjuk bateri adalah berwarna merah, seterusnya LED akan bertukar dari warna Merah ke warna Hijau dan kekal pada warna Hijau padu selama 60 saat sebelum terpadam akibat daripada sudah dicas sepenuhnya. Masa mengecas adalah kira-kira 2j. Anda boleh menggunakan Jabra HALO2 semasa mengecas semula.
Sila ambil perhatian: Hayat bateri akan berkurangan secara signikan jika peranti anda dibiarkan tidak bercas untuk tempoh masa yang lama. Oleh sebab itu, Jabra mengesyorkan yang anda mengecas semula peranti anda sekurang-kurangnya sekali sebulan.
BAHASA IN GGERIS
JABRA H ALO2
4
MENGHIDUPKAN DAN MEMATIKAN JABR A HALO2 ANDA
Membuka lipatan pembesar suara telefon akan menghidupkannya.
Melipat pembesar suara telefon akan mematikannya.
- Untuk melipat: Panjangkan pembesar suara telefon pada engsel (3) dengan berhati-hati dan lipat. Kini, pembesar suara telefon akan mudah dilipat menjadi saiz padat.
- Untuk membuka lipatan: Buka lipatan pembesar suara telefon dengan berhati-hati dan kunci engsel pada tempatnya.
Pembesar suara telefon akan dimatikan secara automatik selepas 10 minit jika tidak disambungkan kepada peranti.
JADIKAN JA BRA HALO2 ANDA BERPASANGAN DENGAN TELEFON ATAU PERANTI LAIN
Pembesar suara telefon disambungkan kepada telefon atau peranti Bluetooth lain menggunakan prosedur yang dipanggil ‘berpasangan’. Dengan mengikuti beberapa langkah mudah, berpasangan boleh dilakukan dalam beberapa saat.
1. Letakkan pembesar suara telefon dalam mod berpasangan
1.a. Berpasangan untuk kali pertama
- Lipat dan buka lipatan pembesar suara telefon dan Jabra HALO2 akan memasuki mod berpasangan secara automatik (lampu penunjuk (5) adalah biru padu) dan mula menggelintar peranti.
1.b. Berpasangan kemudian
- Tekan dan tahan butang Jawab/Tamat (1) sehingga lampu penunjuk (5) berwarna biru padu (kira-kira 4 saat).
2.
Setkan Bluetooth telefon atau peranti anda untuk menggelintar Jabra HALO2
- Ikuti panduan arahan telefon anda. Pertama sekali, pastikan Bluetooth tersebut diaktifkan pada telefon mudah alih anda. Kemudian, setkan telefon anda untuk menggelintar pembesar suara telefon. Ini selalunya melibatkan untuk pergi kepada menu ‘persediaan’, ‘sambung’ atau ‘Bluetooth’ pada telefon anda dan memilih pilihan untuk mencari atau ‘tambah’ peranti Bluetooth.*
BAHASA IN GGERIS
* Rujuk kepada manual pengguna telefon
JABRA H ALO2
5
3. Telefon anda akan mencari Jabra HALO2
- Telefon tersebut akan mencari pembesar suara telefon di bawah nama “Jabra HALO2”.
- Kemudian, telefon anda akan bertanya jika anda mahu jadikannya berpasangan dengan pembesar suara telefon.
- Terima dengan menekan ‘Ya’ atau ‘OK’ pada telefon dan sahkannya dengan kunci khas atau PIN = 0000 (4 sifar). Telefon anda akan mengesahkan apabila berpasangan selesai.
GAYA PEMAKAIAN
Sila ambil perhatian kepada penunjuk pemakaian kiri/kanan dalam cekak rambut. Secara alternatif, sentiasa memakai Jabra HALO2 dengan butang Jawab/tamat di sebelah kanan anda.
Sesuaikan saiz Jabra HALO2 anda dengan memanjangkan cekak rambut pada pembesar suara.
BAGAI MANA UNTUK
Jabra HALO2 adalah mudah untuk dikendalikan. Butang Jawab/ Tamat menjalankan fungsi berbeza bergantung pada berapa lama anda menekannya:
Arahan Tempoh tekan
Ketik Tekan sebentar
Ketik dua kali Tekan sebentar dua kali
dalam masa 0.5 saat
Tekan Kira-kira: 1 saat
Tekan dan tahan Kira-kira: 4 saat
Memainkan muzik (Sesetengah telefon mungkin memerlukan anda untuk memulakan pemain media terlebih dahulu)*
- Ketik butang Jawab/Tamat (1)
Menjedakan muzik
- Ketik butang Jawab/Tamat - ketik semula untuk menyambung main
BAHASA IN GGERIS
* Rujuk kepada manual pengguna telefon
JABRA H ALO2
6
Menjawab panggilan semasa muzik dimainkan
- Semasa mendengar muzik dan menerima panggilan, muzik akan dijedakan dan anda akan mendengar nada dering anda.
- Ketik butang Jawab/Tamat dan muzik akan dijedakan dan panggilan akan disambung
Menamatkan panggilan
- Ketik butang Jawab/Tamat untuk menamatkan panggilan aktif - apabila anda menamatkan panggilan, muzik anda akan bermula semula**
Melangkau satu trek ke hadapan
- Ketik Dua Kali pada hujung + kawalan sentuh (2) - teruskan
mengetik untuk melangkau beberapa trek ke hadapan
Melangkau satu trek ke belakang
- Ketik Dua Kali pada hujung – kawalan sentuh (2) - teruskan
mengetik untuk melangkau beberapa trek ke belakang
Menjawab panggilan
- Ketik butang Jawab/Tamat (1) untuk menjawab panggilan
Menamatkan panggilan
- Ketik butang Jawab/Tamat (1) untuk menamatkan panggilan aktif
Menolak panggilan**
- Tekan dan tahan butang Jawab/Tamat semasa telefon berdering untuk menolak panggilan masuk. Bergantung pada seting telefon anda, orang yang anda hubungi akan sama ada dibawa ke mel suara atau mendengar isyarat sibuk.
Membuat panggilan**
- Apabila Jabra HALO2 anda disambungkan kepada telefon anda, semua panggilan yang dibuat daripada telefon anda akan dipindahkan secara automatik ke pembesar suara telefon anda. (tertakluk kepada seting telefon)
Mendail semula nombor terakhir**
- Ketik dua kali butang Jawab/Tamat
BAHASA IN GGERIS
** Bergantung pada peranti
JABRA H ALO2
7
Melaraskan bunyi dan kelantangan*
- Sentuh dan gelangsarkan jari anda sepanjang kawalan sentuh (2) untuk menaikkan atau menurunkan kelantangan
Membisukan mikrofon semasa sedang dalam panggilan
- Ketik Dua Kali pada – atau + pada kawalan sentuh (2). Ketik
kawalan sentuh untuk nyahbisu
Menggunakan Jabra HALO2 anda dengan kabel muzik 3.5mm (bukan Bluetooth)
- Masukkan kabel muzik 3.5mm ke dalam soket mikro-USB dan sambungkan jek 3.5mm pada peranti.
- Menggunakan Jabra HALO2 dengan kabel muzik 3.5mm adalah mustahil jika bateri langsung tidak bercas, jadi, pastikan ia sekurang-kurangnya dicas separuh
APAKAH YANG DIMAKS UDKAN DENGAN PAPAR AN
Di sebelah kanan dalam Jabra HALO2, dua ikon paparan menunjukkan keadaan berbeza bagi produk:
Ikon Bluetooth (hanya Biru)
Padu
Satu Denyar yang Perlahan Disambungkan kepada telefon
Satu Denyar Disambungkan kepada telefon
Dua Denyar yang Pantas Panggilan masuk
Tiga denyar yang perlahan Tidak disambungkan kepada
Padu (+ Jingga Padu Penunjuk Bateri)
Dalam mod berpasangan – lihat “Pasangkan Jabra HALO2 den­gan telefon atau peranti lain”
dan dalam mod siap sedia
dan aktif semasa panggilan
telefon dan mod siap sedia
(A)
(A)
(A)
Dalam mod berpasangan alternatif – lihat “Menyelesai Masalah & Soalan Lazim”
BAHASA IN GGERIS
* Rujuk kepada manual pengguna telefon
JABRA H ALO2
8
Ikon Penunjuk Bateri:
Merah Padu Mengecas
Hijau Padu Dicas sepenuhnya
Denyar Merah Tunggal Bateri Rendah
Jingga Padu (+ Ikon Bluetooth Biru Padu)
(A)
Ikon Paparan Jabra HALO2 dimatikan selepas 30 saat tiada aktiviti. Pembesar suara telefon masih aktif, dan lampu akan berdenyar semula selepas mengetik pada butang Jawab/tamat atau sebarang aktiviti panggilan.
Komunikasi melalui amaran bunyi
Jabra HALO2 anda menggunakan amaran bunyi untuk mengkomunikasikan tindakan atau maklumat berbeza. Satu amaran penting ialah “Bateri Rendah”, iaitu dua bip pendek, dan menunjukkan masa bateri yang tinggal adalah 5 minit.
Dalam mod Berpasangan Khas - lihat “Penyelesaian Masalah & Soalan Lazim”
MENGGUNAK AN JABRA HALO2 ANDA DENGAN DUA PERANTI MUDAH ALIH
Jabra HALO2 berupaya untuk menyambungkan dua telefon mudah alih (atau peranti Bluetooth) pada pembesar suara telefon pada masa yang sama. Ini akan memberikan anda kebebasan untuk mempunyai hanya satu pembesar suara telefon untuk berfungsi pada kedua-dua telefon mudah alih anda. Sila ambil perhatian bahawa Dail Semula Nombor Terakhir akan mendail nombor daripada panggilan keluar terakhir, bergantung pada telefon mudah alih.
Jika set kepala disambungkan kepada dua telefon, sila ambil perhatian bahawa trek Main / Jeda dan Berikut / Terdahulu akan dihantar ke telefon yang terakhir disambungkan (Prol AVRC yang terakhir disambungkan).
BAHASA IN GGERIS
JABRA H ALO2
9
PENYELESAIAN MAS ALAH & SOALAN LAZIM
Saya mendengar bunyi gemeresik
- Bluetooth adalah teknologi radio, yang bermaksud ia adalah
sensitif kepada objek di antara pembesar suara telefon dan peranti yang disambungkan. Anda boleh mempunyai jarak sehingga 10 meter (33 kaki) di antara pembesar suara telefon dan peranti yang disambungkan dan tiada objek utama dalam laluan (dinding, dsb.).
Saya tidak boleh mendengar panggilan telefon dalam pembesar suara telefon
- Tingkatkan kelantangan pada Jabra HALO2.
- Pastikan telefon anda disambungkan kepada pembesar suara
telefon dengan mengetik butang Jawab/Tamat, atau melihat ikon Bluetooth dalam Paparan.
Saya mempunyai masalah berpasangan
- Anda mungkin telah memadam sambungan berpasangan
dalam telefon mudah alih anda - ikuti arahan berpasangan dalam ‘Menjadikan Pembesar Suara Telefon Berpasangan kepada Telefon atau Peranti lain‘.
Saya tidak boleh menggunakan Tolak panggilan, Panggilan menunggu atau Dail semula
- Ciri ini adalah bergantung pada telefon anda untuk menyokongnya;
sila rujuk manual telefon anda untuk keterangan.
Saya tidak boleh mendengar muzik dalam pembesar suara telefon
- Pastikan set kepala disambungkan kepada peranti Bluetooth
yang didayakan.
- Anda mungkin berada di luar jarak (10 meter) peranti yang
didayakan Bluetooth anda atau set kepala mungkin mengalami insidens ESD (Nyahcas Elektrostatik). Tekan Butang Multi Function untuk mewujudkan semula pautan audio Bluetooth.
- Tingkatkan kelantangan pada peranti anda.
- Pastikan Jabra HALO2 dicas.
BAHASA IN GGERIS
JABRA H ALO2
10
Muzik yang saya dengar sangat teruk
Pastikan peranti lain menyokong Bluetooth 1.1 atau lebih tinggi termasuk Prol Pengedaran Audio Lanjutan (A2DP) untuk penstriman muzik.
Jika prosedur di atas tidak membantu, berkemungkinan telefon anda menggunakan sambungan audio stereo dengan cara yang berbeza. Anda boleh mendayakan mod ini pada Jabra HALO2 dengan menjadikannya berpasangan dengan cara berikut:
- Alih keluar sambungan Bluetooth kepada Jabra HALO2 pada
telefon anda
- Pastikan pembesar suara telefon dihidupkan (lipatan dibuka)
- Tekan dan tahan butang jawab / tamat selama lebih daripada
5 saat sehingga kedua-dua ikon Paparan adalah Biru padu dan Jingga padu
- Lakukan langkah biasa untuk menjadikan pembesar suara
telefon berpasangan dengan peranti Bluetooth.
Berhati-hati dengan masa siap sedia Jabra HALO2 yang boleh menjadi lebih rendah semasa menjadikannya berpasangan dengan cara ini.
MENJAGA ALAT DEN GAR AN DA
- Sentiasa simpan Jabra HALO2 dengan kuasanya dimatikan dan dilindungi dengan selamat.
- Elakkan penyimpanan dalam suhu melampau (atas 45°C/113°F –
termasuk matahari terik – atau bawah -10°C/14°F). Ini boleh memendekkan hayat bateri dan mungkin memberi kesan pada operasinya. Suhu tinggi boleh mengurangkan prestasinya.
- Jangan dedahkan Jabra HALO2 kepada hujan atau cecair lain.
BAHASA IN GGERIS
JABRA H ALO2
11
GLOSARI
1. Bluetooth ialah teknologi radio yang menyambungkan
peranti, seperti telefon mudah alih dan alat dengar, tanpa wayar atau kord melalui jarak yang dekat (kira-kira 30 kaki). Dapatkan lebih maklumat dari www.bluetooth.com.
2. Prol Bluetooth adalah cara berbeza bagi peranti Bluetooth
berkomunikasi dengan peranti lain. Telefon Bluetooth menyokong sama ada prol alat dengar, prol alat bebas tangan atau kedua-duanya. Untuk menyokong prol tertentu, pengilang telefon mesti memasukkan fungsi wajib tertentu dalam perisian telefon.
3. Pemasangan membuat pautan unik dan sulit di antara dua
peranti Bluetooth dan membenarkan ia berkomunikasi antara satu sama lain. Peranti Bluetooth tidak akan berfungsi jika perantinya tidak dipasangkan.
4. Kunci laluan atau PIN adalah kod yang anda masukkan dalam
telefon mudah alih untuk dipasangkan dengan Jabra HALO2. Ini membolehkan telefon anda dan Jabra HALO2 mengenal antara satu sama lain dan berfungsi bersama secara automatik.
5. Mod siap sedia adalah di mana Jabra HALO2 sedang menunggu
panggilan secara pasif. Semasa anda ‘menamatkan’ panggilan pada telefon mudah alih, alat dengar akan ke mod siap sedia.
BAHASA IN GGERIS
Lupuskan produk menurut piawai dan peraturan tempatan.
www.jabra.com/weee
JABRA H ALO2
12
© 2011 GN Netcom US, Inc. All rights reserved. Jabra® is a registered trademark of GN Netcom A/S. All other trademarks included herein are the property of their respective owners. The Bluetooth® word mark and logos are owned by the Bluetooth SIG, Inc. and any use of such marks by GN Netcom A/S is under license. (Design and specifications subject to change without notice).
© 2011 GN Netcom A/S. All rights reserved. Jabra® is a registered trademark of GN Netcom A/S. All other trademarks included herein are the property of their respective owners. The Bluetooth® word mark and logos are owned by the Bluetooth SIG, Inc. and any use of such marks by GN Netcom A/S is under license. (Design and specifications subject to change without notice).
MADE IN CHI NA MODEL : OTE1 0
www.jabra.com
JABRA H ALO2
BAHASA IN GGERIS
81-03440 B
13
Loading...