Electrolux EWF1092 User Manual [id, ms]

Page 1
Lambang-lambang yang anda lihat dalam buku petunjuk ini bermaksud seperti berikut:
Segi tiga amaran dan/atau kata kunci (Amaran!, Awas!) menegaskan maklumat yang khusus penting bagi keselamatan anda atau bagi penggunaan alat ini yang betul.
Maklumat yang ditandakan dengan lambang ini memberi petunjuk tambahan dan petua praktikal tentang cara menggunakan mesin.
Lambang ini menandakan petua dan maklumat tentang penggunaan mesin yang hemat dan serasi dengan ekologi.
alam sekitar: kami menggunakan
kertas endah alam sekitar.
46
Pelanggan yang dihormati,
Sila baca petunjuk operasi ini dengan cermat dan beri perhatian khusus kepada catatan keselamatan yang dinyatakan di beberapa halaman yang pertama. Kami syorkan supaya anda menyimpan buku petunjuk ini supaya dapat menjadi rujukan pada lain masa, dan serahkan kepada pemilik yang baru jika mesin ini bertukar tangan nanti.
Mengisih pakaian 56
Suhu 56
Sebelum memasukkan pakaian 56
Beban maksimum 56
Berat pakaian 56
Menghapus tanda kotor 56
Detergen dan perapi tambah 57
Jumlah detergen yang patut digunakan 57
Simbol kod basuh antarabangsa 58
Jujukan operasi 59-62
Program membasuh 63-64
Penyenggeraan 64
Badan mesin 64
Kedap pintu 64
Laci dispenser detergen 64
Pam saliran 64
Turas saluran air masuk 65
Penyaliran air darurat 65
Mengelakkan sejuk-beku 65
Jika ada masalah 66-67
Amaran 47
Pelupusan 48
Petua bagi perlindungan alam sekitar 48
Spesifikasi teknikal 48
Pemasangan 49
Mengeluarkan mesin dari bungkusan 49
Penempatan 49
Saluran air masuk 49
Penyaliran air 50
Sambungan elektrik 50
Mesin basuh baru anda 51
Perihalan mesin 51
Laci dispenser detergen 51
Penggunaan 52
Panel kawalan 52
Kawalan 52-55
Petua membasuh 56
Kandungan
Kerosakan dalam pengangkutan
Apabila mesin dikeluarkan daripada bungkusannya, harap periksa dan pastikan tidak ada kerosakan. Jika berasa ragu, jangan gunakannya dan hubungilah Pusat Servis.
im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 46
Page 2
47
Pemasangan
 Semua bahan penyendal dalaman mesti
dikeluarkan sebelum menggunakan mesin. Mesin atau perabot di sebelah-menyebelahnya boleh rosak teruk jika alat-alat pelindung pengangkutan ini tidak dikeluarkan atau tidak dikeluarkan semuanya. Sila rujuk perenggan yang berkenaan dalam buku petunjuk ini.
 Apa-apa kerja elektrik atau memasang mesin ini
harus dilakukan oleh juruelektrik bertauliah.
 Apa-apa kerja perpaipan atau memasang mesin
ini harus dilakukan oleh jurupaip bertauliah.
 Setelah mesin dipasang, pastikan kabel bekalan
elektrik tidak ditindih olehnya.
 Jika mesin diletakkan di atas lantai permaidani,
pastikan udara dapat beredar bebas antara kakinya dengan lantai.
Penggunaan
 Mesin ini direka untuk kegunaan di rumah sahaja.
Jangan gunakan untuk tujuan lain daripada yang dimaksudkan.
 Basuh kain yang memang dimaksudkan untuk
dibasuh dengan mesin sahaja. Petunjuk di label pakaian hendaklah dipatuhi.
 Jangan masukkan pakaian melebihi beban yang
dibenarkan bagi mesin. Patuhi petunjuk yang terkandung dalam buku petunjuk ini.
 Pastikan semua saku kosong. Benda-benda
seperti wang logam, pin keselamatan, jarum dan skru boleh menyebabkan kerosakan besar.
 Jangan basuh di mesin ini pakaian yang telah
dibasahi petroleum, spirit, trikloretilena, dsb. Jika bahan seperti itu telah digunakan untuk menanggalkan tanda-tanda kotor sebelum membasuh, tunggulah dahulu hingga sejat seluruhnya sebelum memasukkan pakaian.
 Isikan dengan bahan kecil seperti stokin, tali
pinggang, dsb. di dalam kantung kain atau sarung bantal suapaya tidak tersepit antara dram dengan tab.
Amaran
 Gunakan bahan pelembut kain mengikut sukatan
yang disarankan sahaja. Jika berlebihan, boleh merosakkan pakaian yang dicuci.
 Biarkan pintu mesin renggang sedikit apabila
perkakas ini tidak digunakan. Cara ini dapat memelihara kedap pintu dan mencegah terbentuknya bau hapak.
 Sentiasa pastikan air telah disalirkan semuanya
sebelum membuka pintunya. Jika belum, salirkan air seperti yang ditunjukkan di dalam buku petunjuk ini.
 Cabut plag dan tutup pili air setiap kali selesai
menggunakan mesin.
Keselamatan umum
 Kerja baik pulih mesin mesti dilakukan oleh
kakitangan yang bertauliah sahaja. Kerja baik pulih jika dilakukan oleh orang yang tidak berpengalaman boleh menyebabkan bahaya berat. Harap hubungi Pusat Servis
setempat.
 Jangan sekali-kali tarik kabel bekalan elektrik
untuk mencabut palam dari soketnya; sentiasa pegang dan cabut palam itu sendiri.
 Semasa program basuh bersuhu tinggi, kaca pintu
boleh menjadi panas. Jangan sentuh!
Keselamatan kanak-kanak
 Kanak-kanan sering kali tidak sedar betapa
bahayanya alat-alat elektrik. Semasa mesin sedang bekerja, kanak-kanak harus diperhatikan baik-baik dan tidak dibiarkan bermain dengan mesin.
 Komponen pembungkusan (misalnya lapik plastik,
polistirena) boleh membahayakan kanak-kanak ­bahaya kelemasan! Jauhkan daripada capaian kanak-kanak.
 Simpan semua detergen di tempat yang selamat
jauh daripada capaian kanak-kanak.
 Apabila perkakas ini hendak disingkirkan, potong
kabel bekalan elektrik dan musnahkan palam bersama baki kabel. Rosakkan kancing pintu supaya kanak-kanak tidak akan terperangkap di dalam semasa bermain.
Amaran berikut diberi demi menjaga keselamatan umumnya. Anda mesti membacanya dengan teliti sebelum memasang atau menggunakan mesin.
ENGLISH
BAHASA
MELAYU
im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 47
Page 3
DIMENSI
Tinggi 85 cm Lebar 60 cm Panjang ke Dalam 60 cm
48
Pelupusan
Petua bagi perlindungan alam sekitar
Bahan pembungkusan
Bahan yang ditandakan dengan lambang boleh dikitar semula.
>PE< =polietilena >PS< =polistirena
>PP< =polipropilena
Ini bererti bahan tersebut boleh dikitar semula dengan melupuskannya
dengan cara yang betul di dalam bekas pemungutan yang sesuai.
Mesin
Gunakan tapak pelupusan yang disahkan bagi perkakas lama. Bersama-sama kita menjaga kebersihan negara!
Demi menjimatkan air dan tenaga serta membantu melindungi alam sekitar, kami menyarankan agar petua berikut dipatuhi:
 Pakaian yang biasa kotornya boleh dibasuh tanpa
prabasuh untuk menjimatkan detergen, air dan masa (dan melindungi alam sekitar juga!).
 Mesin ini lebih menjimatkan jika diisikan beban
penuh.
 Jika dibersihkan secukupnya sebelum dibasuh,
tanda dan kotoran yang sedikit boleh dihapuskan; seterusnya pakaian dapat dipasuh pada suhu lebih rendah.
 Sukat detergen menurut takat kesadahan air, takat
kekotoran dan jumlah pakaian yang hendak dicuci.
Spesifikasi teknikal
KELAJUAN PUTARAN maks 1000 rpm
VOLTAN/FREKUENSI BEKALAN KUASA 230-240V / 50HZ JUMLAH KUASA TERSERAP 2200W PERLINDUNGAN FIUS MINIMUM 10A
TEKANAN AIR Minimum 50kPa
Maksimum 800kPa
Perkakas ini mematuhi Arahan EEC berikut: 73/23/EEC bertarikh 19/02/73 tentang voltan rendah 89/336/EEC bertarikh 03/05/tentang keserasian elektromagnet.
BEBAN MAKSIMUM Kapas 8 kg
Sintetik 3.5 kg Bahan Halus 3.5 kg Bahan wul 2 kg Dibasuh tangan 2 kg Sutera 1 kg
im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 48
Page 4
ENGLISH
BAHASA
MELAYU
49
Mengeluarkan mesin dari bungkusan
Semua bolt pengangkutan dan bahan pembungkusan mesti dikeluarkan sebelum menggunakan perkakas.
Anda dinasihatkan supaya menyimpan semua alat pengangkutan supaya dapat dipasang semula jika mesin perlu diangkut lagi nanti.
1. Dengan menggunakan sepana, longgarkan dan tanggalkan dua skru di belakang sebelah bawah. Luncur keluarkan dua pin plastik. Baringkan mesin di atas bahagian belakangnya, dan pastikan hos tidak tertindih. Hal ini dapat dielakkan dengan mengalaskan satu bongkah penyendal sudut di antara mesin dan lantai.
2. Keluarkan bongkah polistirena dari bawah mesin dan lepaskan dua kantung plastik.
3. Dengan berhati-hati, luncur keluarkan kantung kiri politena, keluarkan ke arah kanan dan ke bawah.
4. Dengan berhati-hati, luncur keluarkan kantung kanan politena, keluarkan ke arah kiri dan
kemudian ke atas. Keluarkan penutup bahagian bawah yang terletak di dalam dram mesin, letak cangkuknya seperti yang ditunjukkan anak panah A dan tolak bahagian atas penutup untuk menutupnya.
Penting: Anda boleh mendapatkan arahan lanjut
mengenai pemasangan penutup bahagian bawah di dalam kantungnya sendiri.
5. Tegakkan mesin dan tanggalkan baki skru di belakang. Luncur keluarkan pin berkenaan.
6. Sumbat kesemua lubang dengan penyumbat yang disediakan di dalam sampul yang mengandungi buku petunjuk.
Penempatan
Pasangkan mesin di atas lantai yang keras dan datar. Pastikan peredaran udara di sekeliling mesin tidak di ganggu oleh permaidani, dab sebagainya. Pastikan mesin tidak menyentuh dinding atau unit gerobok. Ratakan kedudukan mesin dengan berhati-hati memutar skru kakinya naik atau turun. Jangan alaskan dengan kadbod, kepingan kayu atau bahan lain di bawah mesin untuk meratakannya.
Saluran air masuk
Sambungkan hos air masuk ke pili air yang mempunyai ulir 3/4 BSP.
Gunakan hos yang dibekalkan bersama mesin basuh. JANGAN GUNAKAN HOS YANG LAMA. Bahagian hujung lain hos air masuk yang bersambung dengan mesin boleh diputarkan ke arah mana pun. Longgarkan saja pemasangan, putarkan hos, kemudian ketatkan semula sambil memastikan tiada kebocoran air.
Pemasangan
im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 49
P1128
P0002
P1129
1
2
3
P1123
P0001
P1126
P1127
P1088
P0021
Page 5
50
Jangan panjangkan hos air masuk. Jika terlalu pendek dan anda tidak mahu mengalihkan pili air, anda perlu membeli hos baru yang lebih panjang dan khusus dibuat untuk kegunaan seperti ini.
Penyaliran air
Hujung hos saliran dapat diletakkan dengan tiga cara:
Disangkutkan pada pinggir besen cuci menggunakan pandu hos plastik yang disediakan bersama mesin. Dalam hal ini, pastikan
hujung hos itu tidak dapat terlepas apabila mesin menyalirkan air. Ini dapat dilakukan dengan mengikatnya pada pili dengan tali ataupun menyematkannya pada dinding.
Dalam satu cabang paip besen cuci. Cabang ini mesti berada di atas perangkap kotoran paip dan keloknya mesti berada sekurang-kurangnya 60 cm di atas lantai.
Langsung terus ke dalam paip saliran pada paras
sekurang-kurangnya 60 cm dan tidak lebih daripada 90 cm. Hujung saliran mesti sentiasa diudarakan, ertinya, garis pusat di dalam paip saliran mesti lebih besar daripada garis pusat luar hos saliran. Jangan biarkan hos saliran terpiuh. Lalukan di atas lantai; bahagian yang hampir dengan punca saliran sahaja yang perlu ditinggikan.
Untuk memastikan mesin dapat berfungsi dengan betul, hosnya hendaklah terus disangkutkan pada alat sokongan yang sesuai yang terletak pada bahagian atas di belakang perkakas.
P0023
P0022
Sambungan elektrik
Mesin ini direka bentuk untuk menggunakan bekalan kuasa 230-240 V, fasa tunggal, 50 Hz.
Periksa sama ada bekalan elektrik rumah anda dapat menerima beban maksimum yang diperlukan (2.05 kW), dengan mengambil kira perkakas elektrik lain yang digunakan.
Sambung mesin dengan soket yang dibumikan.
Pihak pengeluar enggan menanggung sebarang tanggungjawab di atas kerosakan atau kecederaan yang disebabkan oleh kegagalan mematuhi dengan langkah-langkah keselamatan di atas. Sekiranya kabel bekalan kuasa perlu diganti, ia hendaklah dilakukan oleh pihak Pusat Servis kami.
Mesin ini dibekalkan dengan palam 13amp siap dipasang. Jika fius di dalam palam yang dibekalkan perlu diganti, gunakan fius 13amp yang diluluskan ASTA (BS1363/A). Jika palam perlu diganti atas apa-apa sebab pun, lakukan seperti yang dihuraikan di bawah: Wayar di dalam salur bekalan kuasa diwarnakan mengikut kod berikut:
Hijau dan Kuning - Bumi
Biru - Neutral
Perang - Hidup
Wayar hijau dan kuning mesti
disambung kepada terminal bertanda dengan huruf «E» atau berlambang bumi atau berwarna hijau dan kuning.
Wayar biru mesti disambungkan dengan terminal «N» atau berwarna hitam.
Wayar perang mesti disambungkan dengan terminal «L» atau berwarna merah. Setelah siap, jangan sampai ada wayar terpotong atau helaian wayar yang terlepas dan kapit kabel mesti kemas mengikat sarung luar kabel.
im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 50
GREEN & YELLOW
BLUE
P1041
E
N
13A
L
BROWN
CORD CLAMP
Page 6
ENGLISH
BAHASA
MELAYU
51
1. Laci detergen
2. Panel kawalan
3. Pemegang pintu
4. Pam saliran
5. Kaki boleh laras
Laci dispenser detergen
Pra-basuh
Basuh utama
Pelembut kain, kanji
Mesin basuh baru anda
Perihalan mesin
Mesin baru yang dilengkapi sistem New Jet, memenuhi semua keperluan moden bagi mencuci pakaian secara berkesan, dengan penggunaan air, tenaga dan detergen yang rendah.
• Program Dibasuh tangan khas dengan sistem basuh lembut yang baru membasuh pakaian halus dengan
cukup cermat.
• Program khas wul dengan sistem basuh lembut yang baru membasuh pakaian wul dengan cukup cermat.  Penyejukan automatik air basuh daripada 90° hingga 60°C sebelum disalirkan dapat mengelakkan paip salir
lama menjadi rosak.
• Peranti kawalan imbangan memastikan mesin sentiasa mantap semasa putaran.
im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 51
12
5
3
4
Page 7
52
Penggunaan
Panel kawalan
1. Laci Dispenser Detergen
2. Cakera pemilih Program
Cakera pemilih program dibahagi kepada 3 bahagian:
1. Kain Kapas, Eko Kapas, Kapas Harian (Bahagian hijau)
2. Seluar jean, sintetik, mudah diseterika, Kain halus, Wul, Sutera, Dibasuh Tangan, Quick30 (Bahagian Biru)
3. Salir, Bilas & Putar, Putar, Putar Lembut (bahagian kelabu)
Cakera pemilih boleh diputar sama ada mengikut arah jam atau lawan jam. Kedudukan Kapas Harian sepadan dengan program menjimat tenaga untuk kapas dan untuk Off untuk mengeset semula program atau mematikan mesin. Di akhir program, cakera pemilih hendaklah diputar ke kedudukan Off untuk mematikan mesin.
3. Butang suhu “Suhu.”
Tekan butang ini berulang kali untuk meningkatkan atau mengurangkan suhu, jika ingin pakaian dicuci pada suhu yang lain daripada yang diusulkan oleh 30 programme.
4. Butang Kelajuan Putaran “Putar”
Tekan butang ini berulang kali untuk mengubah kelajuan putaran, jika ingin pakaian diputar pada kelajuan yang lain daripada yang diusulkan oleh mesin dan lampu LED berkaitan akan menyala.
Kelajuan maksimum untuk EWF 1090 adalah:
untuk kain kapas: 1000 rpm
untuk kain wul, sintetik dan dibasuh tangan 900 rpm.
untuk kain sutera yang halus dan mini program: 700 rpm
Dengan menekan butang kelajuan Putaran anda boleh juga memilih Tiada Putaran .
OpsyenTiada Putaran : apabila anda memilih opsyen ini, mesin akan menyalirkan air bilasan terakhir, dan menghapuskan fasa putaran. Untuk memutar Pakaian, pilih program putaran atau putaran halus.
Pilih putaran kelajuan yang diingini dengan menekan butang ini dan tekan butang Mula/ Tambah Pakaian.
im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 52
123 4 5 6 8 97
Page 8
53
ENGLISH
BAHASA
MELAYU
5. Butang Opsyen
Fungsi yang berlainan boleh digabungkan, bergantung kepada program. Ini mesti dipilih selepas memilih program yang dikehendaki dan sebelum menekan butang Mula/Tambah pakaian. Apabila butang ini ditekan, LED yang bersamaan akan menyala. Apabila ia ditekan lagi, LED yang bersamaan akan padam. Jika opsyen yang salah dipilih, LED berkelip selama 2 saat dan mesej Err dipaparkan. Tekan butang ini untuk memilih opsyen yang berikut:
1. Prabasuh: Pilih opsyen ini jika anda mahu pakaian
anda dibasuh dahulu sebelum basuh yang utama (tidak tersedia bagi program wul dan dibasuh tangan, program mini dan sutera). Prabasuh diakhiri dengan putaran pendek pada 650 rpm dalam program bagi kain kapas dan sintetik, sementara program bagi kain halus hanya airnya disalirkan.
2. Bilas Tambahan: opsyen ini boleh dipilih dengan
semua program, kecuali program kain kapas, dibilas tangan. Mesin ini akan menambah 2 bilasan untuk kapas dan 1 bilasan untuk program sintetik, kain halus dan sutera. Opsyen ini disyorkan untuk orang yang alah kepada detergen, dan di kawasan yang airnya amat lembut.
3. Mudah Diseterika Apabila opsyen ini dipilih, kain
akan dibasuh dan diputar dengan cermat untuk mengelakkan menjadi terlalu renyuk dan dari itu membuatnya mudah diseterika.
4. Jimat Masa: Opsyen ini boleh digunakan untuk
kain yang kotor sedikit (bukan untuk wul, dibasuh tangan, sutera dan program mini) untuk mendapatkan program basuh yang baik dalam masa yang singkat. Masa membasuh akan dikurangkan mengikut jenis kain dan suhu yang dipilih.
6. Butang Mula tunda
Program basuh boleh ditunda daripada 30 min - 60 min - 90 min, 2 jam dan kemudian sebanyak 1 jam sehingga 23 jam dengan menekan butang ini.
Memilih Mula Tunda
 Pilih programnya dan pilihan yang dikehendaki.
 Pilih mula tunda.
 Tekan butang Mula/Tambah Pakaian: mesin
mula mengira detik setiap jam.
Progam akan bermula selepas tunda yang dipilih telah tamat. Mula Tunda tidak boleh digunakan bersama Salir, Putar atau Putaran Lembut
.
Membatalkan mula tunda.
 Tekan butang Mula/Tambah Pakaian.
 Tekan butang Mula / Tambah Pakaian
sehingga 0 dipaparkan.
 Tekan butang Mula/Tambah Pakaian sekali lagi.
im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 53
Page 9
54
7. Paparan
Paparan menunjukkan maklumat yang berikut:
Tempoh program - Mula ditunda - Pemilihan opsyen yang salah - Kod penggera - Akhir program.
Selepas memilih program, tempoh dipaparkan dalam jam dan minit ( contohnya 2.05).
Tempohnya dikira secara automatik berdasarkan beban maksimum untuk setiap jenis kain.
Selepas program dimulakan, baki masa dikemas kini setiap minit
Set penundaan yang dipilih (maks 23 jam) melalui butang yang berkaitan muncul pada paparan selama 3 saat, kemudian tempoh program yang dipilih sebelumnya dipaparkan.
Detik kira dikemas kini setiap jam dan untuk 2 jam terakhir ia dikemas kini untuk setiap 30 min.
Mula ditunda
Tempoh untuk program yang dipilih
Jika opsyen yang tidak serasi dengan set program basuh dipilih, mesej Err akan dipaparkan selama 2 saat.
Sekiranya masalah pengendalian, beberapa kod penggera boleh dipaparkan sebagai contoh E20 (lihat perenggan Jika anda ada masalah).
Apabila program telah selesai sifar yang berkelip dipaparkan.
Tamat program
Kod penggera
Pemilihan opsyen yang salah
im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 54
Page 10
55
ENGLISH
BAHASA
MELAYU
8. Butang “Mula/Tambah Pakaian”
Butang ini mengandungi 2
fungsi:
Mula:
setelah memilih program dan opsyen yang diingini, tekan butang ini untuk menghidupkan mesin basuh. Lampu yang berdekatan dengan butang tersebut akan berhenti berkelip dan terus menyala. Jika anda telah memilih opsyen masa tunda, mesin basuh akan mula mengira detik pada paparan.
Tambah Pakaian:
Apabila butang ini ditekan lagi, program yang sedang berlangsung akan terhenti buat sementara. Lampu yang berdekatan dengan butang tersebut akan mula berkelip. Untuk memulakan semula program tersebut, tekan butang sekali lagi. Apabila anda menekan butang Mula/Tambah pakaian, pintu boleh dibuka semula jika:
Mesin basuh tidak berada dalam fasa pemanasan;
Aras air tidak tinggi;
Dram tidak berputar.
Penting! Anda mesti jedakan mesin basuh
sebelum anda membuat apa-apa perubahan dalam program
yang sedang dijalankan, dengan menekan butang Mula/Tambah Pakaian.
9. Lampu Pandu Fasa Program
Apabila program basuh dipilih, LED yang berkaitan dengan pelbagai fasa yang membentuk program menyala.
Setelah program dimulakan, hanya LED yang berkaitan dengan fasa yang sedang dijalankan akan terus menyala.
Pada akhir program LED End (Tamat) menyala.
LED End berkelip sekiranya terdapat masalah dengan pengendalian. Dan kod penggera yang berkaitan muncul pada paparan.
E10 = mesin tidak mengisi air
E20 = mesin tidak menyalirkan air
E40 = pintu tidak ditutup
Untuk menyelesaikan masalahnya, lihat perenggan Jika ada masalah.
im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 55
Page 11
56
Petua membasuh
Mengisih pakaian
Patuhi lambang kod basuh pada setiap label pakaian dan petunjuk membasuh daripada pihak pengeluar. Isih pakaian seperti berikut: putih, berwarna, sintetik, bahan halus, bahan wul.
Suhu
90°-95° bagi kain kapas dan linen yang biasa
kotornya (contohnya alas meja teh, tuala, alas meja, cadar...)
50°-60° bagi pakaian berwarna tahan luntur yang
biasa kotornya (contohnya kemeja, pakaian tidur, baju tidur...) daripada linen, kain kapas atau serat sintetik dan bagi kain kapas putih yang kotor sedikit (contohnya pakaian dalam).
O
(sejuk) untuk bahan halus (contohnya langsir
net), pakaian campuran
30°-40° campuran termasuk bahan serat sintetik
dan wul dengan label «wul murni baru, boleh dibasuh mesin, tidak mengecut».
Sebelum memasukkan pakaian
Jangan basuh pakaian putih dan berwarna bersama. Pakain putih boleh kehilangan keputihannya dalam cucian.
Bahan berwarna yang baru mungkin luntur ketika dibasuh buat kali pertama; pakaian tersebut hendaklah dibasuh berasingan pada kali pertama.
Pastikan tiada benda logam yang tertinggal di dalam pakaian (contohnya penyepit rambut, pin, jarum).
Butangkan sarung bantal, tutup zip, cangkuk dan butang ketap. Ikatkan tali pinggang atau pita yang panjang.
Hapuskan tanda kotor yang degil sebelum membasuh. Bahagian yang sangat kotor hendaklah digosokkan dengan detergen khas atau pes detergen.
Langsir hendaklah diperlakukan dengan cermat. Tanggalkan cangkuk atau ikatkan di dalam kantung atau jaring.
Beban maksimum
Beban maksimum yang disarankan dinyatakan di dalam carta program.
Peraturan umum:
Kapas, linen: dram penuh tetapi tidak terlalu padat; Sintetik: dram tidak lebih daripada separuh penuh; Bahan halus dan wul: dram tidak lebih daripada
sepertiga penuh. Membasuh pakaian dengan beban maksimum
menghasilkan penggunaan air dan tenaga yang paling cekap.
Bagi pakaian yang sangat kotor, kurangkan saiz beban.
Berat pakaian
The following weights are indicative: Berat berikut boleh dijadikan panduan:
jubah mandi 1200 g napkin 100 g cadar quilt 700 g cadar 500 g sarung bantal 200 g alas meja 250 g tuala 200 g alas meja teh 100 g pakaian tidur 200 g seluar dalam wanita 100 g kemeja kerja lelaki 600 g kemeja lelaki 200 g baju tidur lelaki 500 g blaus 100 g seluar dalam lelaki 100 g
Menghapus tanda kotor
Tanda kotoran yang degil mungkin tidak dapat dihapuskan dengan air dan detergen. Oleh itu, sebaiknya dibersihkan dahulu sebelum membasuh.
Darah: bersihkan kotoran yang masih baru dengan air sejuk. Bagi kotoran yang sudah kering, rendam semalaman di dalam air dengan detergen khas, kemudian gosokkannya dengan sabun dan air.
Cat berasaskan minyak: lembapkan dengan bahan penghapus kotoran benzine, bentangkan di atas kain lembut dan pedabkan kotoran tersebut; lakukan beberapa kali.
Tanda gris yang telah kering: lembapkan dengan turpentin, bentangkan di atas permukaan yang lembut dan pedabkan tanda kotoran dengan hujung jari dan sehelai kain kapas.
Karat: asid oksalik dilarutkan di dalam air panas atau produk penghapus karat digunakan ketika sejuk. Berhati-hati dengan tanda karat yang sudah lama kerana struktur selulosanya telahpun rosak dan kain tersebut mudah berlubang.
Tanda kulat: bersihkan dengan peluntur, bilas dengan bersih (kain putih dan kain berwarna tahan luntur sahaja)
Rumput: sabunkan sedikit dan bersihkan dengan peluntur (kain putih dan kain berwarna tahan luntur sahaja).
Pena mata bola dan gam: lembapkan dengan aseton(*), bentangkan di atas kain lembut dan pedapkan tanda kotoran itu.
Gincu: lembapkan dengan asetone seperti di atas, kemudian bersihkan tanda kotoran itu dengan spirit bermetil. Hapuskan sisa tanda daripada kain putih dengan peluntur.
Wain merah: rendam di dalam air dan detergen, bilas dan bersihkan dengan asid asetik atau sitrik, kemudian bilas. Bersihkan sisa tanda dengan peluntur.
im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 56
Page 12
57
ENGLISH
BAHASA
MELAYU
Dakwat: bergantung kepada jenis dakwat,
lembapkan kain dengan aseton (*), kemudian dengan asid asetik; bersihkan sisa tanda pada kain putih dengan peluntur dan kemudian bilas dengan sebersih-bersihnya.
Tanda tar: bersihkan dengan penghapus tanda kotoran dahulu, spirit bermetil atau benzin, kemudian gosokkannya dengan pes detergen.
(*) jangan gunakan aseton pada sutera buat.
Detergen dan perapi tambahan
Hasil cucian yang baik juga bergantung kepada opsyen dan penggunaan jumlah detergen yang betul untuk mengelakkan pembaziran dan melindungi alam sekitar. Meskipun detergen adalah biorosot, ia mengandungi bahan yang, dalam jumlah besar, boleh menjejaskan keseimbangan alam.
Pemilihan detergen akan bergantung kepada jenis kain (bahan halus, wul, kapas, dsb), warna, suhu cucian dan takat kotoran.
Semua detergen mesin basuh yang biasa didapati boleh digunakan pada perkakas ini:
- detergen serbuk bagi semua jenis kain,
- detergen serbuk bagi kain halus (60°C maks) dan bahan wul,
- detergen cecair, sebaiknya bagi program basuh suhu rendah (60°C maks) bagi semua jenis kain, atau khas bagi bahan wul sahaja.
Detergen dan perapi tambahan mesti diisikan ke dalam petak yang sesuai di laci dispenser sebelum memulakan program basuh.
Jika menggunakan detergen serbuk atau cecair pekat, program tanpa prabasuh mesti dipilih.
Mesin basuh ini menggabungkan sistem peredaran semula yang membolehkan penggunaan optimal detergen pekat.
Tuangkan detergen cecair ke dalam petak laci dispenser bertanda sejurus sebelum memulakan program.
Mana-mana pelembut kain atau bahan perapi kanji mesti dituangkan ke dalam petak bertanda sebelum memulakan program basuh.
Patuhi saranan pengeluar produk mengenai jumlah untuk digunakan dan tidak melebihi tanda «MAX»
pada laci dispenser detergen.
Jumlah detergen yang patut digunakan
Jenis dan jumlah detergen bergantung kepada jenis kain, saiz beban, takat kekotoran dan kesadahan air yang digunakan.
Kesadahan air diklasifikasikan menurut apa yang disebut takat kesadahan. Maklumat mengenai kesadahan air di kawasan anda boleh didapati dari syarikat bekalan air yang berkenaan, atau dari pihak berkuasa tempatan anda.
Patuhi petunjuk pihak pengeluar mengenai jumlah yang patut digunakan.
Kurangkan detergen jika:
- beban cucian kecil sahaja,
- pakaian yang kotor sedikit sahaja,
- banyak busa terjadi semasa mesin sedang membasuh.
im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 57
Page 13
58
im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 58
Lambang kod basuh antarabangsa
Lambang-lambang ini tertera di label kain, agar anda dapat memilih cara terbaik mencucinya.
Basuh
bertenaga
95
60
40
30
Suhu basuh
maksimum
95 C60 C40 C30 C
Basuh
lembut
Pelunturan Lunturkan dalam air sejuk Jangan lunturkan
Suhu basuh
maksimum
60
Suhu basuh
maksimum
40
40
Suhu basuh
maksimum
30
Basuh dengan
tangan
Jangan dibasuh
sama sekali
Seterika Seterika panas
maks 200 C
Basuh kering Basuh kering dlm
semua pelarut perkloretilena,
Pengeringan Bentangkan Di ampaian Di penyangkut
Seterika hangat
maks 150 C
Basuh kering dlm
petrol, alkohol murni,
R 111 & R 113
baju
Seterika suam
maks 110 C
Basuh kering
dlm petrol,
alkohol murni,
dan R 113
suhu tinggi
suhu rendah
Gunakan mesin
pengering
Jangan seterika
Jangan
basuh kering
Jangan gunakan
mesin pengering
Page 14
59
ENGLISH
BAHASA
MELAYU
Jujukan operasi
Sebelum membasuh buat kali pertama, kami sarankan supaya anda tuangkan 2 liter air ke dalam laci detergen petak basuh utama. Kemudian jalankan kitaran pada 60°C, tanpa pakaian di dalam mesin, untuk menyingkirkan apa-apa sisa pembuatan dari dram dan tab. Tuangkan separuh sukatan detergen ke dalam petak basuh utama dan jalankan mesin.
1. Masukkan pakaian ke dalam dram.
Buka pintunya. Masukkan pakaian ke dalam dram, satu persatu, sambil menggoncang-gocangkannya seberapa banyak yang mungkin. Tutup pintunya.
2. Sukat detergen
Tarik laci detergen keluar sehingga ia berhenti Sukat jumlah detergen yang disarankan oleh pihak pengeluar dengan mengguanakan cawan sukatan, dan tuangkan ke dalam petak basuh utama .
Jika ingin menjalankan program prabasuh atau fasah rendam, tuangkan detergen ke petak yang bertanda
.
3. Sukat bahan perapi tambahan
Jika perlu, tuangkan bahan pelembut kain ke dalam petak bertanda , tanpa melebihi tanda «MAX».
C0065
C0064
P0004
4.
Hidupkan dan matikan mesin dengan menekan butang ON dan OFF
Putar cakera pemilih ke program yang dikehendaki untuk menghidupkan mesin. Untuk mematikannya, putarnya ke Off.
5.Pilih program yang dikehendaki
Putar cakera pemilih program ke kedudukan yang dikehendaki: LED yang bersamaan dengan pelbagai fasa yang membentuk program yang dipilih menyala.
Tempoh program muncul pada paparan.
6.Pilih suhu
Tekan butang Suhu jika ingin memilih suhu yang lain daripada yang diusulkan oleh
mesin basuh. LED berkenaan akan menyala.
im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 59
Page 15
9. Pilih Mula Tunda
Before you start the programme if you wish the starting to be delayed, press the Delay Start button. The figures corresponding to the selected delay will be displayed for about 3 seconds, after which the duration of the selected programme will appear on the display.
Semasa tempoh ini anda boleh memasukkan pakaian lain:  Tekan butang Mula/Tambah pakaian:  masukkan pakaian;  tutup pintunya dan tekan butang Mula/Tambah
pakaian lagi.
10. Memulakan Program
Tekan butang Mula/Tambah pakaian. LED yang berkaitan akan berhenti berkelip. dan hanya LED yang berkaitan dengan fasa yang sedang berjalan akan terus menyala. Jika anda telah memilih mula dilengahkan, mesin membasuh akan mula mengira detik. Paparan akan menunjukkan "tempoh" program atau "tempoh" penundaan yang dipilih.
11. Bagaimana mengubah program semasa kitarannya
Anda boleh mengubah program sebelum ia bermula. Apabila program telah bermula, anda hanya boleh menetapkannya semula dengan memutar cakera pemilih program ke kedudukan «Off» dan kemudian anda boleh memilih program yang baru. Mulakannya dengan menekan butang Mula/Tambah pakaian.
12. Bagaimana untuk menghentikan program
semasa kitarannya
Tekan butang Mula/Tambah pakaian untuk menghentikan program yang sedang berjalan, LED yang bersamaan mula berkelip. Tekan butang yang sama lagi untuk memulakan semula program.
im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 60
7. Pilih Opsyen kelajuan putaran atau Tiada Putaran
Tekan butang Putar berulang kali, untuk memilih opsyen kelajuan putaran yang dikehendaki atau Tiada Putaran . LED berkenaan akan menyala.
Jika anda memilih opsyen Tiada Putaran , mesin akan berhenti pada akhir program dan mengahpuskan fasa putaran tersebut.
.
8.Pilih program yang dikehendaki
Tekan butang yang berkenaan untuk memilih opsyen yang dikehendaki. Bergantung keapda program yang dipilih, hanya opsyen tertentu yang boleh didapati dan dipaparkan semasa fasa pemilihan.
Nota: Bukan semua opsyen serasi antaranya sendiri. Ikon opsyen yang tidak serasi akan hilang.
60
Page 16
61
ENGLISH
BAHASA
MELAYU
13. Membatalkan program
Putar caker pemilih ke kedudukan «Off» untuk membatalkan program yang sedang berjalan. Kini anda boleh memilih program baru.
14.Cara untuk membuka pintu semasa kitaran program
Anda boleh membuka pintu, setelah mesin basuh ditetapkan ke fasa JEDA, dengan menekan butang Mula/Tambah pakaian dengan syarat keadaan berikut wujud:
1) mesin basuh tidak berada dalam fasa
pemanasan yang melampaui 55°C
2) paras air tidak tinggi;
3) dram tidak berputar.
Setelah kira-kira 3 minit, anda boleh membuka pintunya.
Beri perhatian terhadap paras dan suhu air di dalam mesin!
15. Tamat program
Mesin basuh berhenti secara automatik pada akhri program dan mengeluarkan isyarat yang berbunyi. Jika opsyen Tiada Putaran telah dipilih, LED
butang Mula/Tambah pakaian padam, LED dan LED End terus menyala untuk menandakan bahawa fasa putaran telah dihapuskan. Untuk memutar pakaian, pilih kelajuan putaran dengan menekan butang yang berkenaan dan tekan butang Mula/Tambah pakaian. Pakaian diputar pada kelajuan putaran yang dipilih. Putar cakera pemilih program ke kedudukan «Off» untuk mematikan mesin. Keluarkan pakaian dari dalam mesin basuh. Periksa sama ada dram kosong sama sekali, dengan memutarkannya dengan tangan anda. Tujuannya ialah supaya tiada barang pakaian tertinggal di dalam dram, di mana ia boleh menjadi rosak dalam cucian seterusnya (contohnya mengecut) atau melunturkan warna ke dalam cucian yang lain. Kami menasihatkan pada anda supaya mematikan pili bekalan air dan cabut palam dari soket. Biarkan pintu renggang bagi mengudarakan mesin basuh.
im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 61
Page 17
62
Jadual program
Program Membasuh
Kapas
Eko Kapas
Kain Kapas Harian*
Sintetik
Mudah Diseterika
Bahan halus
Wul
Kain kapas putih dan berwarna contohnya Cadar, alas meja, linen kegunaan rumah
Kapas berwarna contohnya kemeja, blaus, tuala dan pakaian dalam
Kain sintetik atau campuran contohnya, pakaian dalam wanita, pakaian berwarna
Sintetik dan Kain Halus
Kain halus, contohnya akrilik, campuran Poliester
Basuh utama pada 40°C-60°C 3 bilasan Putaran panjang
8 kg
4.5 kg
4.5 kg
3.5 kg
3.5 kg
3.5 kg
1 kg
Basuh utama pada 40°C-60°C 3 bilasan Putaran panjang
Basuh utama pada Sejuk-60°C 3 bilasan Putaran panjang
Basuh utama pada Sejuk-40°C 3 bilasan Putaran pendek
Basuh utama pada Sejuk-60°C 3 bilasan Putaran pendek
Basuh utama pada Sejuk-40°C 3 bilasan Putaran pendek
Kain lembut, Sutera untuk dibilas tangan
Basuh utama pada 30°C 3 bilasan Putaran pendek
Program basuh Kain
Jenis pakaian Perihalan Program
Maks. Beban
Prabasuh Bilas Tambahan Mudah Diseterika Tiada Putaran
Prabasuh Bilas Tambahan Mudah Diseterika Tiada Putaran
Prabasuh Jimat Masa Bilas Tambahan Tiada Putaran.
Prabasuh Bilas Tambahan Tiada Putaran Jimat Masa.
Tiada Putaran.
Bilas Tambahan Tiada Putaran.
Prabasuh Bilas Tambahan Mudah Diseterika Tiada Putaran Jimat Masa
Opsyen yang tersedia
*Program ini pada 60°C adalah program rujukan untuk label tenaga mengikut arahan EEC 92/75
Pembasuhan yang menjimatkan untuk kain putih atau kain kapas tidak luntu atau kain linen, biasanya kemeja yang amat kotor
Seluar Jean Kain kapas tidak
luntur atau linen, kemeja, blaus yang sederhana kotor
8 kg Basuh utama pada Sejuk-60°C 3 bilasan Putaran panjang
Prabasuh Jimat Masa Bilas Tambahan Tiada Putaran Mudah Diseterika.
im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 62
Page 18
ENGLISH
BAHASA
MELAYU
63
Program basuh Kain
Jenis pakaian Perihalan Program Opsyen yang
tersedia
Maks. Beban
Jadual program
Program khas
Untuk Penyaliran air bilasan akhir dalam program dengan opsyen tahan dibilas
Kitaran bilasan yang berasingan untuk bahan yang dibasuh tangan daripada kain kapas.
Basuh Dengan Tangan
30 Pantas
Salir
Bilas & Putar
Putar
Putar Lembut
Program khas untuk kain yang dibasuh tangan.
Program Khas untuk bahan yang sangat halus
Putaran berasingan untuk Kain Kapas
Putaran berasingan untuk bahan lembut
Basuh Utama pada 30°C 3 Bilasan Putaran Pendek
Penyaliran Air
3 bilasan dengan perapi cecair jika memerlukan putaran panjang pada kelajuan maksimum.
2 kg
4.5 kg
8 kg
8 kg
Tiada Putaran
Basuh Utama pada 30°C-40°C 3 Bilasan Putaran Pendek
Tiada Putaran
Salir dan Putar pada kelajuan maksimum
8 kg
Putaran Pendek 3.5 kg
Tiada Putaran Mudah Diseterika Bilas Tambahan
im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 63
Page 19
64
Penyengeraan
1. Badan Mesin
Bersihkan bahagian luar mesin hanya dengan sabun dan air. Bilas dengan air bersih dan lap dengan kain lembut.
Penting: jangan gunakan spirit bermetil, pelarut atau produk yang serupa untuk membersihkan badan mesin.
2. Kedap pintu
Periksa kedap pintu dari masa ke semasa dan keluarkan sebarang objek yang mungkin terperangkap di pelipatannya.
3. Laci dispenser detergen
Lama kelamaan, detergen dan bahan pelembut kain akan meninggalkan endapannya di dalam laci.
Bersihkan laci dari masa ke semasa dengan membilasny di bawah air pili yang mengalir. Untuk mengeluarkan laci dari mesin, tekan butang di sudut kiri sebelah belakang.
Untuk memudahkan pembersihan, bahagian atas petak perapi tambahan boleh dikeluarkan.
C0067
C0066
P1050
Detergen boleh juga terkumpul di dalam ceruk laci: bersihkannya dengan berus gigi lama. Pasang kembali laci setelah dibersihkan.
4. Pam saliran
Pam hendaklah diperiksa jika
 mesin tidak menyalirkan air dan/atau memutar  mesin mengeluarkan bunyi luar biasa semasa
penyaliran disebabkan oleh objek seperti pin baju, wang syiling dan sebagainya yang menghalang pam.
Lakukan seperti berikut:
 Putuskan bekalan elektrik pada perkakas.  Jika perlu, tunggu sehingga air sejuk semula.  Buka pintu bahagian saliran.
 Letakkan sebuah bekas berhampiran dengan pam
untuk menadah sebarang penumpahan.
 Lepaskan hos saliran darurat, letakkan di dalam
mangkuk dan buka penutupnya.
 Apabila tiada lagi air yang keluar, longgarkan skru
penutup pam dan keluarkannya. Sentiasa siapkan kain buruk untuk mengesat air yang tumpah ketika mengeluarkan pam.
im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 64
P0038
P1114
P1115
Page 20
ENGLISH
BAHASA
MELAYU
65
 Keluarkan apa-apa objek dari pam pendesak
dengan memutarnya.
 Pasang semula penutup dengan hos saliran
darurat dan letakkannya di kedudukannya semula.
 Skru tukup pam sepenuhnya.  Tutup pintu pam.
5. Turas saluran air masuk
Jika anda dapati mesin lambat mengisi air, periksa sama ada hos air masuk tersumbat.
Tutup pili air.
Longgarkan hos daripada pili air.
Bersihkan turas dengan berus keras.
Pasang hos kembali pada pili air.
P1090
6. Penyaliran air darurat
Jika air tidak disalirkan, lakukan seperti berikut bagi menyalirkan air dalam mesin:
 cabut palam dari soket bekalan elektrik;
 tutup pili air;
 Jika perlu, tunggu sehingga air sejuk semula;
 buka pintu pam;
 letakkan hujung hos saliran darurat ke dalam
mangkuk yang diletakkan di atas lantai. Keluarkan penutupnya. Air sepatutnya menyalir mengikut tarikan graviti ke dalam mangkuk. Apabila ia sudah penuh, pasangkan kembali penutup pada hosnya. Kosongkan mangkuk. Ulang lagi prosedur sehingga air berhenti mengalir keluar;
 bersihkan pam jika perlu seperti yang dihuraikan
sebelum ini;
 pasang kembali hos saliran darurat di
kedudukannya setelah dipasang palamnya;
 ketatkan tukup pam dan tutup pintu.
7. Mengelakkan sejuk-beku
Jika suhu di tempat mesin ini dapat turun sehingga di bawah 0°C, lakukan seperti berikut:
 Cabut palam dari soket bekalan elektrik.
 Tutup pili air dan longgarkan hos air masuk
daripada pili air.
 Letakkan hujung penyaliran darurat dan hos air
masuk di dalam sebuah mangkuk yang diletakkan di atas lantai dan biarkan air menyalir keluar.
 Pasang dan ketatkan kembali hos air masuk dan
letakkan hos saliran darurat kembali di tempatnya setelah penutupnya dipasang semula.
Dengan cara ini, air yang tertinggal di dalam mesin akan dikeluarkan, sehingga mengelakkan terbentuknya air batu dan kerosakan bahagian yang terjejas.
Apabila anda menggunakan mesin ini lagi, pastikan suhu sekeliling melebihi 0°C.
im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 65
P1117
Page 21
66
Sesetengah masalah tertentu adalah berpunca daripada kurangnya penyelenggaraan yang mudah atau kesilapan yang boleh diselesaikan dengan mudah tanpa menghubungi seorang jurutera. Sebelum menghubungi Pusat Pasukan Servis tempatan anda, sila bawa senarai semakan di bawah. PENTING: jika anda menghubungi jurutera untuk kerosakan yang disenaraikan di bawah, atau untuk membaik pulih kerosakan yang berpunca daripada penggunaan atau pemasangan yang salah, bayaran akan dikenakan walaupun perkakas tersebut masih dalam tempoh jaminan.
Semasa pengendalian mesin, salah satu daripada kod penggera berikut mungkin muncul pada paparan dan lampu End mula berkelip:
- E10 : masalah dengan bekalan air
- E20 : masalah dengan penyaliran air
- E40 : pintu terbuka Setelah masalah tersebut dihapuskan, tekan butang Mula/Tambah pakaian untuk memulakan semula program. Jika setelah diperiksa semunya, tetapi masalah tidak reda juga, hubungi Pusat Servis.
Jika ada masalah
Mesin tidak mengisi air:
Pintu tidak ditutup. (E40) Palam tidak dipasang dengan betul ke dalam soket kuasa.  Tiada bekalan kuasa pada soket.  Fius utama atau fius di dalam palam terbakar.  Butang Mula/Tambah Pakaian tidak ditekan.  MULA TUNDA telah dipilih.
Mesin tidak mengisi air
Pili air tertutup. (E10 ) Penuras di dalam hos air masuk tersumbat. (E10 ) Hos air masuk mungkin tertindih atau terpiuh. (E10 ) Pintu tidak ditutup. (E40)
Mesin mengisi kemudian terus menyalirkannya
Hujung hos saliran terlalu rendah kedudukannya.  Hujung hos saliran termasuk di dalam air.  Tiada bolong di hujung hossaliran.
Mesin tidak menyalirkan air dan/atau tidak memutar
 Hos saliran mungkin tertindih atau terpiuh. (E20)  Opsyen telah dipilih.  Pam saliran mungkin tersumbat. (E20)  Sambungan hos saliran, jika telah dipasang, tidak dipasang dengan
betul. Ikut arahan untuk menyambung ke tempat pembuangan.  Paip sistem penyaliran tersumbat.  Beban basuhan tidak seimbang: sebarkan semula pakaian di dalam
dram untuk membolehkan mesin berputar.
Ada air di lantai
 Detergen tidak mencukupi atau tidak sesuai untuk digunakan
(mengeluarkan terlalu banyak busa).  Periksa sama ada terdapat kebocoran dari salah satu pemasangan
hos air masuk. Kebocoran itu kadang kala sukar dilihat kerana air
mengalir sepanjang hos; periksa
sama ada hos itu lembap.  Hos saliran mungkin tertindih atau terpiuh.  Laci dispenser detergen atau ceruk laci tersumbat.  Paip sistem penyaliran tersumbat. 
Tukupnya pada hos saliran belum dipasang semula
selepas pam dibersihkan.
Kemungkinan punca
Masalah
im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 66
Page 22
ENGLISH
BAHASA
MELAYU
67
Jika anda tidak dapat mengenal pasti atau menghuraikan masalah, hubungi pusat servis kami. Sebelum menelefon kami, catatkan model, nombor siri dan tarikh pembelian mesin basuh anda: Pusat Servis akan memerlukan maklumat tersebut.
Mod. ..........
Prod. No. ...........
Ser. No. .........
M
o
d
.
.
..
..
..
..
.
P
r
o
d
. N
o
.
.
..
.
..
.
.
..
.
S
e
r
.
N
o
.
.
.
.
...
.
..
P0042
Masalah Kemungkinan punca
• Putaran lambat dimulakan atau mesin tidak berputar:
 Peranti pengesan ketidakseimbangan elektronik telah
menyela kerana pakaian tidak tersebar sama rata di dalam dram. Pakaian diagihkan dengan putaran dram mengikut arah terbalik. Hal ini mungkin berlaku beberapa kali sebelum ketidakseimbangan hilang dan mesin dapat memutar seperti biasa. Jika, selepas 10 minit, pakaian masih belum tersebar dengan sama rata di dalam dram, mesin tidak akan berputar. Dalam hal ini, sebarkan beban secara manual dan pilih program putar.
• Pintu tidak dapat dibuka:
 Programnya masih berjalan.  Kunci pintu belum dilepaskan.  Terdapat air di dalam dram.
Pintu hanya boleh dibuka apabila mesej «Pintu boleh dibuka» dipaparkan pada paparan dan lampu pandu pintu dikunci padam.
• Mesin bergegar atau bising bunyinya:
 Bolt pengangkutan dan bungkah penyendal belum
dikeluarkan.
 Kaki penyokong mesin belum dilaraskan.
 Pakaian tidak tersebar sama rata di dalam dram.
 Mungkin jumlah pakaian di dalam dram terlalu sedikit.
• Hasil cucian yang tidak memuaskan:
 Detergen tidak mencukupi atau tidak sesuai untuk
digunakan.
 Tanda kotoran degil tidak dibersihkan dahulu sebelum
membasuh.
 Suhu yang betul tidak dipilih.
 Beban pakaian terlalu berat.
im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 67
Air dalam mesin tidak kelihatan.
Hasil teknologi moden, mesin ini amat
menjimatkan. Penggunaan airnya rendah,
namun prestasinya cukup baik.
Mesin mengeluarkan bunyi luar biasa.
Mesin ini dipasang motor komutator yang
meningkatkan prestasi mesin.
P1035UK
P1034UK
Page 23
Kumpulan Electrolux. Pilihan Nombor 1 di dunia.
Kumpulan Electrolux adalah pengeluar terbesar di dunia yang menghasilkan perkakas berkuasa bagi kegunaan dapur, pembersihan dan luar rumah. Lebih 55 juta produk Kumpulan Electrolux (seperti peti sejuk, dapur, mesin basuh, pembersih vakum, gergaji rantai, dan mesin pemotong rumput) dijual setiap tahun, mencapai nilai kira-kira USD 14 bilion di lebih 150 negara di serata dunia.
im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 68
Loading...