Electrolux EW670F User Manual [id, ms]

Page 1
EWF672_EWF677_EW670F_UKGB.qxp 8/7/2006 2:02 PM Page 1
t^pefkd=j^`efkb=
fkpqor`qflk _llhibq
NQTNQPPMM
EWF 672
EWF 677
GB
CN
MS
Page 2
Pelanggan yang dihormati,
Sila baca petunjuk operasi ini dengan cermat dan beri perhatian khusus kepada catatan keselamatan yang dinyatakan di beberapa halaman yang pertama. Kami syorkan supaya anda menyimpan buku petunjuk ini supaya dapat menjadi rujukan pada lain masa, dan serahkan kepada pemilik yang baru jika mesin ini bertukar tangan nanti.
Kerosakan dalam pengangkutan
Apabila mesin dikeluarkan daripada bungkusannya, harap periksa dan pastikan tidak ada kerosakan. Jika berasa ragu, jangan gunakannya dan hubungilah Pusat Servis.
Lambang-lambang yang anda lihat dalam buku petunjuk ini bermaksud seperti berikut:
Segitiga amaran dan/atau kata kunci (Amaran!, Awas!) menegaskan maklumat yang khusus penting bagi keselamatan anda atau bagi penggunaan alat ini yang betul.
Maklumat yang ditandakan dengan lambang ini memberi petunjuk tambahan dan petua praktikal tentang cara menggunakan mesin.
Lambang ini menandakan petua dan maklumat tentang penggunaan mesin yang hemat dan serasi dengan ekologi.
Sumbangan kami kepada perlindungan alam
sekitar: kami gunakan kertas serasi alam sekitar.
44
Page 3
Kandungan
Amaran 46-47
Pelupusan 47
Petua bagi perlindungan alam sekitar 47
Spesifikasi teknikal 48
Pemasangan 49
Mengeluarkan mesin dari bungkusan 49
Menempatkan dan pemarasan mesin 49
Saluran air masuk 49-50
Penyaliran air 50
Sambungan elektrik 50
Mesin basuh baru anda 51
Perihalan mesin 51
Laci detergen 51
Penyengeraan 61-62
Badan Mesin 61
Kedap pintu 61
Laci detergen 61
Pam saliran 62
Turas saluran air masuk 62
Penyaliran air darurat 62
Mengelakkan sejuk-beku 62
Jika ada masalah 63-64
MELAYU
BAHASA
Penggunaan 52
Panel kawalan 52
Kawalan 52-53
Petua membasuh 54
Mengisih pakaian 54
Suhu 54
Sebelum memasukkan pakaian 54
Beban maksimum 54
Berat pakaian 54
Menghapus tanda kotor 54
Detergen dan perapi tambahan 55
Simbol kod basuh antarabangsa 56
Jujukan operasi 57-58
Jadual program 59-60
45
Page 4
Amaran
Amaran berikut diberi demi menjaga keselamatan umumnya. Anda mesti membacanya dengan teliti sebelum memasang atau menggunakan mesin.
Pemasangan
• Semua bahan penyendal dalaman mesti dikeluarkan sebelum menggunakan mesin. Mesin atau perabot di sebelah-menyebelahnya boleh rosak teruk jika alat-alat pelindung pengangkutan ini tidak dikeluarkan atau tidak dikeluarkan semuanya. Sila rujuk perenggan yang berkenaan dalam buku petunjuk ini.
• Apa-apa kerja elektrik untuk memasang mesin ini harus dilakukan oleh juruelektrik bertauliah.
• Apa-apa kerja perpaipan untuk memasang mesin ini mesti dilakukan oleh jurupaip yang bertauliah.
• Setelah mesin dipasang, pastikan kabel bekalan elektrik tidak ditindih olehnya.
• Jika mesin diletakkan di atas lantai permaidani, pastikan udara dapat beredar bebas antara kakinya dengan lantai.
Penggunaan
• Mesin ini direka untuk kegunaan di rumah sahaja. Jangan gunakan untuk tujuan lain daripada yang dimaksudkan.
• Basuh kain yang memang dimaksudkan untuk dibasuh dengan mesin sahaja. Petunjuk di label pakaian hendaklah dipatuhi.
• Jangan masukkan pakaian melebihi beban yang dibenarkan bagi mesin. Patuhi petunjuk yang terkandung dalam buku petunjuk ini.
• Pastikan semua saku kosong. Benda-benda seperti wang logam, pin keselamatan, jarum dan skru boleh menyebabkan kerosakan besar.
• Jangan basuh di mesin ini pakaian yang telah dibasahi petroleum, spirit, trikloretilena, dsb. Jika bahan seperti itu telah digunakan untuk menanggalkan tanda-tanda kotor sebelum membasuh, tunggulah dahulu hingga sejat seluruhnya sebelum memasukkan pakaian.
• Isikan dengan bahan kecil seperti stokin, tali pinggang, dsb dalam kantung kain atau sarung bantal supaya tidak tersepit antara dram dengan tab.
• Gunakan bahan pelembut kain mengikut sukatan yang disarankan sahaja. Jika berlebihan boleh merosakkan pakaian yang dicuci.
• Biarkan pintu renggang sedikit apabila mesin tidak digunakan. Cara ini dapat memelihara kedap pintu dan mencegah bau hapak.
• Setiap kali hendak membuka pintu, pastikan air telah disalirkan semuanya. Jika belum, salirkan air seperti yang ditunjukkan dalam buku petunjuk ini.
• Cabut plag dan tutup pili air setiap kali selesai menggunakan mesin.
Keselamatan umum
• Kerja baik pulih mesin mesti dilakukan oleh kakitangan yang bertauliah sahaja. Kerja baikpulih jika dilakukan oleh orang yang tidak berpengalaman boleh menyebabkan bahaya berat. Harap hubungi Pusat Servis setempat.
• Jangan sekali-kali tarik kabel bekalan elektrik untuk mencabut plag dari soketnya; pegang dan cabut plag itu sendiri.
• Semasa program basuh bersuhu tinggi, kaca pintu boleh menjadi panas. Jangan sentuh!
46
Page 5
Keselamatan kanak-kanak
P1131
• Kanak-kanak sering kali tidak sedar betapa bahayanya alat-alat elektrik. Semasa mesin sedang bekerja, kanak-kanak harus diperhatikan baik-baik dan tidak dibiarkan bermain dengan mesin.
• Bahan bungkusan (misalnya kantung plastik, bahan polistirena) boleh membahayakan kanak­kanak – bahaya lemas! Simpan jauh dari jangkauan kanak-kanak.
• Semua detergen harus disimpan di tempat yang selamat jauh dari jangkauan kanak-kanak.
• Jangan biarkan kanak-kanak atau haiwan peliharaan memanjat masuk dram. Satu ciri khusus telah digabungkan pada mesin untuk mengelakkan hal ini. Untuk mengaktifkan peranti, putar butang (tanpa menekan) di dalam pintu ke arah jam sehingga ia selari dengan alurnya. Jika perlu, gunakan duit syiling.
Pelupusan
Untuk menyahaktifkan peranti dan membolehkan kemungkinan pintu ditutup, putar butang ke arah lawan jam sehingga alurnya menegak.
• Apabila mesin hendak dibuang, potong kabel bekalan elektrik dan musnahkan plag pada kabel yang tertinggal. Rosakkan kancing pintu supaya kanak-kanak tidak terperangkap di dalam apabila bermain.
MELAYU
BAHASA
ENGLISH
Bahan bungkusan
Bahan yang ditandakan dengan lambang boleh dikitar semula.
>PE<=polietilena
>PS<=polistirena
>PP<=polipropilena
Ertinya, bahan-bahan ini boleh digunakan semula dengan dilupuskan dengan cara yang betul dalam bekas pengumpulan yang berkenaan.
Petua bagi perlindungan alam sekitar
Demi menjimatkan air, tenaga dan membantu melindungi alam sekitar, kami syorkan anda mematuhi petua berikut:
• Pakaian yang biasa kotornya boleh dibasuh tanpa prabasuh, demi menjimatkan detergen, air dan masa (dan melindungi alam sekitar juga!)
• Mesin ini lebih menjimatkan jika diisi beban penuh. Jangan masukkan pakaian melebihi beban yang dibenarkan bagi mesin.
Mesin
Gunakan tapak pelupusan yang dibenarkan bagi mesin yang lama. Mari sama-sama kita menjaga kebersihan negara!
• Jika dibersihkan secukupnya sebelum dibasuh, tanda-tanda dan kotoran sedikit-sedikit boleh dihapuskan; seterusnya pakaian dapat dibasuh pada suhu lebih rendah.
• Sukat detergen menurut takat kesadahan air, takat kekotoran pakaian dan jumlah pakaian yang hendak dicuci.
47
Page 6
Spesifikasi teknikal
DIMENSI Tinggi 85 cm
Lebar 60 cm Panjang ke dalam 60 cm
BEBAN BASUH Kapas 7 . kg
Sintetik 3. kg Kain Halus 3 kg
Wul 2.0 kg
LAJU PUTARAN 650 rpm maks
VOLTAN/FREKUENSI BEKALAN KUASA 230-240 V/50 Hz KUASA TERSERAP 2200 W PERLINDUNGAN FIUS MINIMUM 10 A
TEKANAN AIR Minimum 500 kPa
Maksimum 800 kPa
Mesin ini mematuhi Arahan EEC berikut: 73/23/EEC bertarikh 19/02/73 tentang voltan rendah 89/336/EEC bertarikh 03/05/89 tentang keserasian electromagnet.
48
Page 7
ENGLISH
BAHASA
MELAYU
5. Tegakkan mesin dan tanggalkan baki skru di belakang. Luncur keluarkan pin berkenaan.
6. Sumbat kesemua lubang dengan penyumbat yang disediakan di dalam sampul yang mengandungi buku petunjuk.
Penempatan
Pasangkan mesin di atas lantai yang keras dan datar. Pastikan peredaran udara di sekeliling mesin tidak di ganggu oleh permaidani, dab sebagainya. Pastikan mesin tidak menyentuh dinding atau unit gerobok. Ratakan kedudukan mesin dengan berhati-hati memutar skru kakinya naik atau turun. Jangan alaskan dengan kadbod, kepingan kayu atau bahan lain di bawah mesin untuk meratakannya.
Saluran air masuk
Sambungkan hos air masuk ke pili air yang mempunyai ulir
3/4” BSP. Gunakan hos yang dibekalkan bersama mesin basuh. JANGAN GUNAKAN HOS YANG LAMA. Bahagian hujung lain hos air masuk yang bersambung dengan mesin boleh diputarkan ke arah mana pun. Longgarkan saja pemasangan, putarkan hos, kemudian ketatkan semula sambil memastikan tiada kebocoran air.
P1051
Pemasangan
IM_EWF887_MS.qxd 21-10-2005 17:08 Pagina 43
Mengeluarkan mesin dari bungkusan
Semua bolt pengangkutan dan bahan pembungkusan mesti dikeluarkan sebelum menggunakan perkakas.
Anda dinasihatkan supaya menyimpan semua alat pengangkutan supaya dapat dipasang semula jika mesin perlu diangkut lagi nanti.
1. Dengan menggunakan sepana, longgarkan dan tanggalkan dua skru di belakang sebelah bawah. Luncur keluarkan dua pin plastik. Baringkan mesin di atas bahagian belakangnya, dan pastikan hos tidak tertindih. Hal ini dapat dielakkan dengan mengalaskan satu bongkah penyendal sudut di antara mesin dan lantai.
P1128
P0002
P1129
P0001
2. Keluarkan bongkah polistirena dari bawah mesin dan lepaskan dua kantung plastik.
3. Dengan berhati-hati, luncur keluarkan kantung kiri politena, keluarkan ke arah kanan dan ke bawah.
1
2
3
P1123
4. Dengan berhati-hati, luncur keluarkan kantung kanan politena, keluarkan ke arah kiri dan kemudian ke atas. Keluarkan penutup bahagian bawah yang terletak di dalam dram mesin, letak cangkuknya seperti yang ditunjukkan anak panah ‘A’ dan tolak bahagian atas penutup untuk menutupnya.
Penting: Anda boleh mendapatkan arahan lanjut mengenai pemasangan penutup bahagian bawah di dalam kantungnya sndiri.
P1126
P1127
P1088
49
P0021
Page 8
Jangan panjangkan hos air masuk. Jika terlalu
P1118
P0022
pendek dan anda tidak mahu mengalih pili air, anda perlu beli hos baru yang lebih panjang dan khusus untuk kegunaan seperti ini.
Penting!
Sebelum menyambungkan mesin pada perpaipan baru atau perpaipan yang sudah lama tidak digunakan, biarkan air yang mencukupi mengalir dari pili bagi mengeluarkan apa-apa kotoran yang terkandung dalam paip.
Sambungan elektrik
Mesin ini direka untuk beroperasi dengan bekalan elektrik 230-240 V, fasa tunggal, 50 Hz.
Pastikan bekalan elektrik di rumah anda boleh menampung beban maksimum yang dikehendaki (2.05 kW), sambil memperhitungkan semua perkakas lain yang digunakan di rumah.
AMARAN: MESIN INI MESTI DIBUMIKAN.
Pihak pengeluar tidak menanggung liabiliti jika langkah keselamatan ini tidak dipatuhi.
Penyaliran air
Hujung hos saliran dapat diletakkan dengan tiga cara:
Disangkut pada pinggir besen cuci menggunakan pandu hos plastik yang dibekalkan. Dalam hal ini, pastikan hujung hos tidak
dapat terlepas apabila mesin menyalirkan air. Ini dapat dilakukan dengan mengikatnya pada pili ataupun melekapkannya pada dinding.
Dalam cabang paip besen cuci. Cabang ini mesti di atas perangkap kotoran paip dan bengkokannya sekurang-kurangnya 60 cm di atas lantai.
Langsung ke dalam paip saliran pada aras tidak
kurang 60 cm dan tidak lebih 90 cm. Hujung hos saliran mesti sentiasa diudarakan, ertinya, garispusat dalam paip saliran mesti lebih besar daripada garispusat luar hos saliran.
Jangan biarkan hos saliran terpiuh.
Mesin ini dibekalkan dengan plag 13amp siap dipasang. Jika fius plag perlu diganti, gunakan fius 13amp yang diluluskan ASTA (BS1363A). Jika plag perlu diganti atas apa-apa sebab pun, lakukan seperti berikut. Wayar dalam kabel bekalan elektrik diwarnakan mengikut kod berikut:
Hijau dan Kuning - Bumi
Biru - Neutral
Perang - Hidup
GREEN & YELLOW
E
13A
L
N
BROWN
BLUE
P1041
CORD CLAMP
Wayar hijau kuning mesti disambung pada terminal bertanda «E» atau berlambang bumi atau berwarna hijau kuning.
Wayar biru mesti disambung pada terminal «N» atau berwarna hitam.
Agar mesin dapat berfungsi dengan betul, hos saliran hendaklah tetap disangkutkan pada penyokong yang sesuai di bahagian di atas sebelah belakang perkakas.
Wayar perang mesti disambung pada terminal «L» atau berwarna merah. Setelah siap, jangan sampai ada wayar terpotong atau tidak terikat, dan kapit kabel mesti kemas mengikat sarung luar kabel.
AMARAN: Plag yang terpotong menimbulkan bahaya keselamatan (kejutan elektrik) yang serius jika ditusukkan pada soket 13 amp. Plag yang terpotong hendaklah dibuang dengan cara yang selamat.
50
Page 9
Mesin basuh baru anda
Mesin baru ini memenuhi semua keperluan moden bagi pembasuhan kain yang berkesan dengan pengguaan air, tenaga dan detergen yang rendah.
• Cakera pemilihan program menggabungkan fungsi pemilihan program dan suhu, justeru mudah untuk menetapkan program.
• Program paparan kemajuan menunjukkan kelajuan putaran yang dipilih dan fasa basuhan yang sedang berjalan.
• Program wul khas dengan sistem membasuh sensitif menjaga wul anda dengan cara yang terbaik sekali.
• Penyejukan automatik mesin ini daripada 90° ke 60°C sebelum disalirkan dapat mengelakkan daripada paip salir lama menjadi rosak dan mengurangkan kejutan haba pada kain, yang membantu mengelakkannya daripada merenyuk.
• Peranti pengesan ketidakseimbangan mengelakkan gegaran semasa putaran.
Injap ECO membolehkan penggunaan detergen sepenuhnya, mengurangkan penggunaan air dan
menjimatkan tenaga.
Perihalan mesin
1 Laci detergen
2 Panel kawalan
3 Pemegang pintu
4 Pam saliran
5 Kaki boleh laras
12
PROGRAMMES
750
Prewash
Rinse Hold
650
Start/
Quick
Heavy
Spin
500
Pause
Wash
Stains
Reduction
in Progress
End
Door
EW 88O F
MELAYU
BAHASA
Laci detergen
Prabasuh
Basuhan utama
Pelembut kain, kanji
3
4
5
C0063
51
Page 10
EWF672_EW670F_MS.qxp 27/07/2006 15.48 Pagina 8
Penggunaan
Panel kawalan
Prewash
Rinse Hold
1 2345 67 8
1 Laci dispenser detergen
Butang Program Selector (Pilihan Program)
Fungsi yang berlainan boleh digabungkan, bergantung kepada program. Ini mesti dipilih
selepas memilih program yang dikehendaki dan sebelum menekan butang START/PAUSE.
Apabila butang ini ditekan, lampu pandu yang berkaitan akan menyala. Apabila ia ditekan lagi, lampu pandu yang berkaitan akan padam. Jika pilihan yang salah dipilih, lampu pandu akan berkelip selama kira-kira 2 saat.
2 Butang "Prewash / Hold Rinse"
(Prabasuh / Tahan Bilas)
● Pilih Prabasuh pilih pilihan ini jika anda mahu
pakaian anda dibasuh dahulu sebelum basuhan yang utama (tidak tersedia untuk wul dan dibilas tangan). Lampu yang berkenaan akan menyala. Prabasuh diakhiri dengan putaran pendek dalam program bagi kain kapas dan sintetik, sementara program bagi kain halus hanya airnya disalirkan.
● Apabila memilih Hold Rinse pilihan, air dari
bilasan yang terakhir tidak salirkan, untuk mengelakkan kain daripada merenyuk. Lampu yang berkenaan menyala dan akan kekasl menyala semasa membasuh. Pada akhir program lampu pandu Tamat (End) menyala. menyala dan lampu Tahan Bilas akan kekal menyala. Untuk menyalirkan air, teruskan seperti berikut:
● putar cakera pemilih program ke kedudukan “O”
untuk mematikan mesin;
● pilih program (salir) atau (pendek
pendek);
● tekan butang Start/Pause .
Lampu “Prewash/Wash” menyala semasa program salir atau putar. Pada akhir program lampu End menyala lagi.
Quick Wash
EWF 672
Heavy Stains
Extra Rinse
Start/ Pause
Prewash / Wash
Rinses
Spinning
End
Door
PROGRAMMES
3 Butang “Basuh Pantas”
Butang ini membolehkan anda memilih fungsi Basuh Pantas, untuk pakaian yang hanya kotor sedikit (bukan untuk program wul dan basuh dengan tangan dan program ekonomi 60E). Masa membasuh akan dikurangkan mengikut jenis kain dan suhu yang dipilih. Beban maksimum untuk kain kapas 3 kg.
4 Butang “Kotoran Berat”
Pilih butang ini jika anda ingin menambah fasa kotoran pada pembasuhan kain yang amat kotor: pada suhu 40°C detergen khas untuk kotoran yang dimuatkan dari petak yang bertanda .
Fungsi ini boleh didapati dalam program kapas dan sintetik dengan suhu sebanyak 40° atau lebih tinggi).
Masa membasuh akan dilanjutkan selama 5 minit. Prabasuh dan Kotoran Berat fungsi tidak boleh dipilih bersama-sama.
5 Butang "Extra Rinse" (Bilas Tambahan)
Butang ini boleh dipilih dengan semua program
kecuali program wul. Mesin menjalankan 4 pembilasan dan bukan 3. Opsyen ini disyorkan untuk orang yang alah kepada detergen dan di kawasan yang airnya amat lembut.
6 Butang “Start /Pause”
Selepas memilih program dan opsyen yang dikehendaki, tekan butang ini untuk menghidupkan mesin basuh. Lampu pandu yang berkaitan berhenti berkelip dan terus menyala. Untuk menghentikan program yang sedang berjalan buat sementara waktu, tekan butang Start/Pause: lampu pandu yang berkaitan mula berkelip. Untuk memulakan semula program dari titik ia dihentikan, tekan butang “Start/Pause” sekali lagi.
52
Page 11
BAHASA
MELAYU
8 Cakera pemilih program
Pemilihan terbahagi kepada 5 bahagian:
• Kapas
• Sintetik
• Basuh dengan tangan / Kain Halus
• Kain kapas
• Program khas
O Set semula program/OFF
Cakera pemilih boleh diputar sama ada mengikut arah jam atau lawan jam.
Kedudukan 60E bersesuaian dengan program JIMAT TENAGA dan kedudukan ke “basuh sejuk”.
Di akhir program, cakera pemilihan hendaklah diputar ke kedudukan “O” untuk mematikan mesin.
Perhatian!
Jika sewaktu program basuh cakera pemilih diputar ke program yang lain, lampu pandu paparan kemajuan program mula berkelip. Mesin tidak akan menjalankan program yang baru dipilih.
EWF672_EW670F_MS.qxp 27/07/2006 15.48 Pagina 9
7 Paparan program
Apabila anda memilih program, lampu yang berkaitan dengan kelajuan yang dipilih atau pelbagai fasa yang membentuk program tersebut akan menyala.
Start/ Pause
Prewash/Wash
Rinses
Spinning
End
Door
Lampu “Prewash/Wash” menyala semasa fasa prabasuh dan basuh. Jika anda telah memilih fungsi “Hold Rinse” , lampu ini akan menyala semasa membasuh.
Rinse: lampu ini menandakan bahawa mesin sedang membilas.
Spinning: lampu ini menyala semasa fasa putar.
End (Tamat): apabila program telah selesai, lampu
pandu “End” akan menyala.
Lampu “End” berkelip sekiranya terdapat masalah
dengan pengendalian :
●
4 berkelip: pintu terbuka
●
2 berkelip: masalah dengan penyaliran air
●
1 berkelip: masalah dengan bekalan air
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat perenggan “Jika ada masalah”
O
0
9
E
0
6
N
O
0
T
T
4
O
C
0
3
0
4
S
P
E
C
I
A
L
W
O
3
O
0
L
D
E
C
I
T
L
I
C
A
E
T
H
E
T
N
3
Y
S
0
0
3
Door: lampu pandu “Door” menunjukkan jika pintu boleh dibuka:
- lampu menyala: pintu tidak boleh dibuka
- lampu padam: pintu boleh dibuka
Lampu ini tetap menyala sepanjang program, menandakan pintu terkunci. Apabila lampu ini padam, pintu boleh dibuka (lihat halaman 14)
53
Page 12
Petua membasuh
Mengisih pakaian
Patuhi simbol kod basuh pada setiap label pakaian dan petunjuk membasuh yang diberi oleh pihak pengilang. Pakaian hendaklah diisih seperti berikut: putih, berwarna, sintetik, bahan halus, wul.
Suhu
90°
60° untuk pakaian berwarna tidak luntur yang
30°-40° campuran untuk pakaian termasuk serat
Sebelum memasukkan pakaian
Jangan campurkan pakaian putih dan berwarna. Pakaian putih boleh kehilangan "keputihannya" dalam cucian.
Pakaian berwarna yang baru mungkin luntur warnanya pada kali pertama dibasuh; oleh itu, asingkan semasa dibasuh buat kali pertama.
Pastikan tiada benda logam yang tertinggal dalam pakaian (misalnya penyepit rambut, pin, jarum).
Butangkan sarung bantal, tutup zip, cangkuk dan butang ketap. Ikatkan tali pinggang atau pita yang panjang.
Hapuskan tanda kotor yang degil sebelum membasuh. Bahagian yang sangat kotor hendaklah digosok dengan detergen khas atau pasta detergen.
Langsir hendaklah diperlakukan dengan cermat. Tanggalkan cangkuk atau ikatkan dalam kantung atau jaring.
Beban maksimum
Beban maksimum yang disarankan ternyata dalam carta program.
Pedoman umum:
Kapas, linen: dram penuh tetapi tidak padat; Sintetik: dram tidak lebih daripada separuh penuh; Bahan halus dan wul: dram tidak lebih daripada
sepertiga penuh. Penggunaan air dan tenaga paling cekap apabila
pakaian dibasuh dengan beban maksimum. Bagi pakaian yang sangat kotor, kurangkan saiz beban.
untuk kain kapas dan linen putih yang biasa kotornya (misalnya alas meja teh, tuala, alas meja, cadar...)
biasa kotornya (misalnya kemeja, pakaian
tidur, pajama ....) daripada linen, kain
kapas atau serat sintetik dan untuk kain kapas putih yang kotor sedikit (misalnya seluar dalam).
(sejuk) untuk bahan halus (misalnya langsir net),
sintetik dan wul.
Berat pakaian
Berat berikut boleh dijadikan panduan: kain jubah mandi 1200 g napkin 100 g cadar quilt 700 g cadar 500 g sarung bantal 200 g alas meja 250 g kain tuala 200 g alas meja teh 100 g pakaian tidur 200 g seluar dalam wanita 100 g kemeja kerja lelaki 600 g kemeja lelaki 200 g pajama lelaki 500 g blaus 100 g seluar dalam lelaki 100 g
Menghapus tanda kotor
Tanda kotor yang degil mungkin tidak dapat dihapus dengan air dan detergen sahaja. Oleh itu, sebaiknya dibersihkan dahulu sebelum membasuh.
Darah: jika masih baru, bersihkan dengan air sejuk. Jika sudah kering, rendam semalaman dalam air dengan detergen khas, kemudian gosokkan sabun dan air padanya.
Cat minyak: lembapkan dengan bahan penghapus daripada benzin, bentangkan di atas kain lembut kemudian pedapkan tanda itu; ulang beberapa kali.
Tanda gris kering: lembapkan dengan turpentin, bentangkan di atas permukaan lembut dan pedapkan dengan hujung jari dan kain kapas.
Karat: asid oksalik dilarutkan dalam air panas atau produk penghapus karat digunakan dalam keadaan sejuk. Hati-hati apabila membersihkan tanda karat yang sudah lama, kerana struktur selulosa telah pun rosak dan kain mudah berlubang.
Tanda kulat: bersihkan dengan pemutih, bilas bersih-bersih (kain putih dan kain warna tidak luntur sahaja).
Rumput: sabunkan sedikit dan bersihkan dengan pemutih (kain putih dan kain warna tidak luntur sahaja).
Pena mata bulat dan gam: lembapkan dengan aseton (*), bentangkan di atas kain lembut dan pedap tanda itu.
Gincu bibir: lembapkan dengan aseton seperti di atas, kemudian bersihkan dengan spirit. Hapuskan sisa-sisa tanda daripada kain putih dengan pemutih.
54
Page 13
Wain merah: rendam dalam air dan detergen, bilas dan bersihkan dengan asid asetik atau asid sitrik, kemudian bilas. Bersihkan sisa tanda dengan pemutih.
Dakwat: bergantung pada jenis dakwat, lembapkan dengan aseton (*), kemudian dengan asid asetik; bersihkan sisa tanda pada kain putih dengan pemutih kemudian bilas dengan bersih.
Tanda tar: bersihkan dahulu dengan bahan penghapus tanda, spirit atau benzin, kemudian sapukan dengan pes detergen.
(*) jangan gunakan aseton pada sutera buatan.
Detergen dan perapi tambahan
Pemilihan detergen dan penggunaan jumlah yang betul menghasilkan cucian yang baik dan mengelak dari pembaziran serta melindungi alam sekitar. Walaupun detergen adalah bahan biorosot, ia mengandungi zat di mana jika digunakan dengan jumlah yang besar akan menjejas keseimbangan alam.
Pilihan detergen bergantung pada jenis kain (bahan halus, wul, kapas, dsb.), warna, suhu cucian, dan takat kotoran.
Semua detergen mesin basuh biasa boleh digunakan pada perkakas ini:
– detergen serbuk untuk semua jenis kain,
- serbuk detergen untuk bahan halus (maks 60°C) dan wul,
- detergen cecair, sebaiknya untuk program basuh suhu rendah (60°C maks) bagi semua jenis kain, atau khas untuk bahan wul sahaja.
Detergen dan perapi tambahan mesti diisikan dalam petak yang sesuai di laci detergen sebelum memulakan program basuh. Jika menggunakan detergen serbuk atau cecair pekat, program tanpa prabasuh mesti dipilih.
Tuangkan detergen cecair ke dalam petak laci detergen bertanda sejurus sebelum memulakan program.
Bahan pelembut kain mesti dituangkan ke dalam petak bertanda sebelum memulakan program basuh.
Patuhi saranan pihak pengeluar tentang jumlah yang patut digunakan dan jangan melebihi tanda «MAX»
di laci detergen.
Kuantiti detergen yang harus digunakan
Jenis dan kuantiti detergen bergantung pada jenis kain, saiz beban, takat kekotoran dan kesadahan air yang digunakan.
Kesadahan air diklasifikasi menurut apa yang disebut “takat” kesadahan. Maklumat tentang kesadahan air di kawasan anda boleh didapati dari syarikat bekalan air atau daripada pihak berkuasa tempatan.
Patuhi petunjuk yang diberi oleh pihak pengeluar tentang kuantiti yang patut digunakan.
Kurangkan detergen jika:
– beban cucian kecil sahaja,
– pakaian kotor sedikit sahaja,
– menghasilkan banyak busa semasa membasuh.
MELAYU
BAHASA
55
Page 14
Lambang kod basuh antarabangsa
i
Lambang-lambang ini tertera di label kain, agar anda dapat memilih cara terbaik mencucinya.
Basuh
bertenaga
Basuh
lembut
Pelunturan Lunturkan dalam air sejuk Jangan lunturkan
95
Suhu basuh
maksimum
95
C60 C40 C30 C
60
Suhu basuh
maksimum
60
40
Suhu basuh
maksimum
40
40
30
Suhu basuh
maksimum
30
Basuh dengan
tangan
Jangan dibasuh
sama sekali
Seterika Seterika panas
maks 200
Basuh kering Basuh kering dlm
semua pelarut perkloretilena,
Pengeringan Bentangkan Di ampaian Di penyangkut
C
Seterika hangat
maks 150 C
Basuh kering dlm
petrol, alkohol murni,
R 111 & R 113
baju
Seterika suam
maks 110 C
Basuh kering
dlm petrol,
alkohol murni,
dan R 113
suhu tinggi
suhu rendah
Gunakan mesin
pengering
Jangan seterika
Jangan
basuh kering
Jangan gunakan
mesin pengering
56
Page 15
Jujukan operasi
Sebelum membasuh buat kali pertama, kami sarankan supaya anda tuangkan 2 liter air ke dalam
laci detergen petak basuh utama untuk mengaktifkan injap ECO. Kemudian jalankan kitaran kapas 60°E, tanpa pakaian di dalam mesin, untuk menyingkirkan apa-apa sisa pembuatan dari dram dan tab. Tuangkan separuh sukatan detergen ke dalam petak basuh utama dan jalankan mesin.
1. Masukkan pakaian ke dalam dram.
Buka pintu.
Masukkan pakaian ke dalam dram, satu persatu, sambil menggoncang-goncangkannya seberapa banyak yang mungkin.
Tutup pintu.
2. Sukat detergen
Tarik laci detergen keluar sehingga ia berhenti. Sukat jumlah detergen yang disarankan oleh pihak pengeluar dengan menggunakan cawan sukatan bersenggat, dan tuangkan ke dalam petak basuh utama .
Jika ingin menjalankan program “Prabasuh” atau “Fasa kotoran”, tuangkan detergen petak yang bertanda .
3. Sukat bahan perapi tambahan
Jika perlu, tuangkan bahan pelembut kain ke dalam petak bertanda , tanpa melebihi tanda «MAX».
C0065
C0064
P0004
BAHASA
MELAYU
EWF672_EW670F_MS.qxp 27/07/2006 15.49 Pagina 13
4. Pilih program yang dikehendaki
Putar cakera pemilih program ke kedudukan yang dikehendaki.
0
9
O
E
0
6
N
0
O
T
4
T
O
C
0
3
S
P
E
C
I
A
L
0
C
I
4
T
E
H
T
0
N
Y
3
S
W
O
O
3
L
0
D
E
L
I
C
A
T
E
3
0
Lampu yang berkaitan dengan kelajuan putaran maksimum untuk program yang dipilih menyala dan lampu butang Start/Pause mula berkelip.
5. Pilih pilihan yang diperlukan
Lampu yang berkaitan dengan butang yang ditekan menyala.
Apabila memilih pilihan Hold Rinse air dari bilasan yang terakhir tidak salirkan, untuk mengelakkan kain daripada merenyuk.
Prewash
Rinse Hold
Quick
Wash
Heavy Stains
Extra Rinse
57
Page 16
EWF672_EW670F_MS.qxp 27/07/2006 15.49 Pagina 14
6. Mulakan program
Untuk memulakan program yang dipilih, tekan butang Start/Pause; lampu yang berkaitan berhenti berkelip. Lampu “Prewash/Wash” menyala. Mesin berhenti beroperasi.
Start/ Pause
7. Mengubah program
Anda boleh mengubah program sebelum ia bermula. Apabila program telah dimulakan, anda hanya boleh menetapkannya semula dengan memutar cakera pemilih program ke O dan kemudian anda boleh memilih program baru. Air basuhan terus berada di dalam tab. sebanyak dua kali untuk membatalkan program yang sedang berjalan, pilih program baru dan mulakannya dengan menekan butang Start/Pause .
8. Menghentikan program sebentar
Tekan butang Start/Delay untuk menghentikan sebentar program yang sedang berjalan, lampu yang bersamaan mula berkelip. Tekan butang sekali lagi untuk memulakan semula program.
9. Membatalkan program
Jika anda tidak boleh membuka pintunya tetapi anda perlu membukanya, anda hendaklah mematikan mesin dengan memutar cakera pemilih program ke “O ”. Selepas kira-kira 3 minit pintu boleh dibuka (ambil perhatian terhadap paras air dan suhunya!). Pilih program sekali lagi dan tekan Mula/Jeda untuk memulakannya semula.
11. Pada akhir program
Mesin berhenti secara automatik.
Jika pilihan Hold Rinse telah dipilih, lampu fasa “End (Tamat)” dan "Door (Pintu)” akan menyala untuk menandakan bahawa air mesti disalirkan sebelum membuka pintu. Untuk melakukan ini, putar cakera pemilih program dahulu ke “O” dan kemudian ke program salir atau program putar . Program putar dijalankan pada kelajuan maksimum. Untuk mengelak daripada renyuk atau kerosakan dalam bahan sintetik, halus, basuh dengan tangan dan wul, kelajuan putar mesti dikurangkan dengan menggunakan butang yang berkaitan.
Pintu hanya boleh dibuka selepas lampu Pintu telah padam. Kunci yang dilepaskan juga ditunjukkan dengan ternyalanya lampu End .
Pada akhir program putar cakera pemilih program ke “O” sekali lagi untuk mematikan mesin. Keluarkan pakaian dari dalam dram dan periksa dengan berhati bahawa dramnya kosong. Jika anda tidak berhasrat untuk membasuh lagi, tutup pilih air. Biarkan pintu terbuka untuk mengelakkan daripada pembentukan kulapuk dan bau yang tidak menyenangkan.
Putar cakera pemilih ke O untuk membatalkan program yang sedang berjalan. Kini anda boleh memilih program baru.
10. Membuka pintu selepas program telah bermula
Tetapkan mesin basuh ke JEDA dahulu dengan menekan butang Start/pause .
Pintunya boleh dibuka apabila lampu Pintu telah padam. Jika pintu tidak terbuka, ini bererti suhu air telah melebihi 55°C, bahawa paras air di atas pinggir bawah pintu atau dram sedang berputar.
58
Page 17
Jadual program
Kain Suhu/Program Jenis cucian Fungsi tambahan
Kain kapas putih
Kain kapas putih ekonomi
90°
KAIN KAPAS
60E
KAIN KAPAS
Cadar, linen kegunaan rumah, tuala, alas meja
Tuala tangan, cadar, pakaian dalam, alas meja
Pengurangan Putaran Tanda
Tahan Bilas
Basuh pantas Tanda Kotoran Berat: Pengurangan putaran
Tahan Bilas
Kotoran Berat
Prabasuh
Prabasuh
40° - 30°
Kain kapas berwarna
Sintetik Kemeja, blaus, mudah diseterika
SEJUK
KAIN KAPAS
40°
SINTETIK
30°-
Sintetik
Dibasuh tangan
Bahan Halus
SEJUK
SINTETIK
30°
BAHAN HALUS
SEJUK
BAHAN HALUS
Kain kapas tidak luntur, misalnya tuala tangan, cadar
Bahan mudah luntur, misalnya seluar dalam, kemeja, blaus
Kemeja, blaus, pakaian dalam, kain campuran
Program khas untuk bahan pakaian dan kain dibasuh tangan yang barlabel
Bahan akrilik, viskos, poliester, cadar
Prabasuh
Tahan Bilas
Basuh Pantas
Tanda Kotoran Berat**
Pengurangan putaran
Prabasuh
Tahan Basuh
Basuh Pantas
Pengurangan Putaran Tanda
Kotoran Berat
Prabasuh
Tahan Bilas
Basuh Pantas
Pengurangan putaran
Tahan Bilas
Pengurangan putaran
Prabasuh
Tahan Bilas
Basuh Pantas Pengurangan putaran
MELAYU
BAHASA
30° -
Wul
Program Ekonomi
Gunakan program Economi yang berkenaan bagi kain kapas yang kotor sedikit/biasa kotornya: Dengan menghematkan tenaga, anda akan mendapat hasil cucian yang baik.
** Hanya dengan suhu 40°C dan lebih.
SEJUK
WUL
Program khas bagi pakaian berlabel “wul murni baru, tidak mengecut,boleh dibasuh mesin”
59
Pengurangan Putaran
Tahan Bilas
Page 18
Jadual program
Program khas
Kedudukan
cakera
pemilihan
program
Program Perihalan program Fungsi tambahan
Bilas
Salir
Putaran
O
Set
Semula/Off
Untuk membilas bahan dibasuh dengan tangan
Bagi menyalirkan air bilasan terakhir program dengan opsyen TAHAN BILAS
Putaran berasingan bagi semua kain
Untuk membatalkan program yang sedang berjalan atau untuk mematikan mesin.
3 kali bilas dengan perapi cecair, jika perlu putaran pendek pada kelajuan maks.
Penyaliran air.
Putaran pendek pada kelajuan maks.
Pengurangan Putaran
Tahan Bilas
Pengurangan Putaran
60
Page 19
Penyenggaraan
Kedap pintu
1.
Periksa kedap pintu dari masa ke masa dan hapuskan sebarang objek yang mungkin terperangkap di dalam pelipatannya.
Penting: jangan gunakan spirit, pelarut atau produk serupa untuk membersihkan badan mesin.
P1050
2. Badan mesin
Bersihkan bahagian luar mesin dengan sabun dan air sahaja. Bilas dengan air bersih dan lap dengan kain lembut. Penting: jangan gunakan spirit, pelarut atau produk serupa untuk membersihkan badan mesin.
3. Laci detergen
Detergen dan bahan pelembut kain lama kelamaan meninggalkan sisa dalam laci.
Bersihkan laci dari masa ke masa dengan membilasnya di bawah air pili yang mengalir. Bagi mengeluarkan laci dari mesin, tekan butang di sudut kiri sebelah belakang.
Bagi memudahkan pembersihan, bahagian atas petak perapi tambahan boleh dikeluarkan.
Detergen juga boleh terkumpul di bahagian dalam lubang laci: bersihkan dengan berus gigi lama. Pasang kembali laci setelah dibersihkan.
P0038
4. Pam saliran
Pam hendaklah diperiksa jika
• Mesin tidak menyalirkan air dan/atau tidak memutar:
• Mesin mengeluarkan bunyi luar biasa semasa penyaliran disebabkan oleh objek seperti pin baju, wang syiling dan sebagainya yang menghalang pam.
Lakukan seperti berikut:
• Putuskan bekalan elektrik perkakas.
• Jika perlu, tunggu hingga air sejuk semula.
• Buka pintu pam.
MELAYU
BAHASA
C0066
C0068
C0067
P1086
P1114
• Letakkan sebuah bekas berhampiran dengan pam untuk menadah sebarang penumpahan.
• Lepaskan hos saliran darurat, letakkan dalam mangkuk dan buka penutupnya.
• Apabila tiada lagi air yang keluar, longgarkan skru pam dan keluarkannya. Sentiasa siapkan kain buruk untuk mengesat air yang tumpah ketika mengeluarkan pam.
P1115
61
Page 20
• Keluarkan apa-apa objek dari pam pendesak
P1090
dengan memutarnya.
• Pasang semula penutup pada hos saliran darurat dan letakkannya di kedudukannya semula.
P1117
6. Penyaliran air darurat
Jika air tidak disalirkan, lakukan seperti berikut bagi menyalirkan air dalam mesin:
• cabut plag dari soket bekalan elektrik;
• tutup pili air;
• jika perlu, tunggu hingga air sejuk semula;
• buka pintu pam;
• letakkan hujung hos saliran darurat ke dalam mangkuk yang diletakkan di atas lantai Keluarkan penutupnya. Air sepatutnya menyalir mengikut tarikan gravity ke dalam mangkuk. Apabila ia sudah penuh, pasangkan kembali penutup di hos Kosongkan mangkuk. Ulang lagi prosedur sehingga air berhenti mengalir keluar.
• bersihkan pam jika perlu seperti yang dihuraikan sebelum ini.
• pasang kembali hos penyaliran darurat di kedudukannya setelah dipasang plagnya.
• ketatkan pam dan tutup pintu.
• Ketatkan skru pam.
• Tutup pintu pam.
5. Turas saluran air masuk
Jika anda dapati mesin lambat mengisi air, periksa sama ada hos air masuk tersumbat.
Tutup pili air.
Longgarkan hos dari pili air.
Bersihkan turas dengan berus keras.
Pasang hos kembali pada pili air.
7. Mengelakkan sejuk-beku
Jika suhu di tempat mesin ini dapat turun sehingga di bawah 0°C, lakukan seperti berikut:
• Cabut plag dari soket bekalan elektrik.
• Tutup pili air dan longgarkan hos air masuk dari pili air.
• Letakkan hujung saliran darurat dan hos air masuk ke dalam mangkuk yang diletakkan di atas lantai dan biarkan air menyalir keluar.
• Pasang dan ketatkan kembali hos air masuk dan letakkan hos saliran darurat kembali di tempatnya setelah penutupnya dipasang semula.
Dengan cara ini, air yang tertinggal dalam mesin akan dikeluarkan, hingga mengelakkan terbentuknya air batu dan kerosakan bahagian yang terjejas.
Apabila anda menggunakan mesin ini lagi, pastikan suhu ambien melebihi 0°C.
Penting!
Setiap kali anda salirkan air melalui hos saliran darurat, anda hendaklah tuangkan 2 liter air ke dalam petak utama basuhan laci detergen dan jalankan program saliran. Ini akan mengaktifkan injap ECO dari tidak mengelak dari menggunakan sisa detergen pada basuhan yang berikut.
62
Page 21
Jika ada masalah
Masalah yang anda boleh huraikan sendiri.
Semasa mengendalikan mesin, ada kemungkinan lampu Akhir mula berdenyar:
4 kali denyar=pintu tidak ditutup 2 kali denyar=mesin tidak menyalirkan air 1 kali denyar=mesin tidak mengisi.
Setelah masalah diselesaikan, tekan butang MULA/JEDA mula kembali program. Jika masalah berterusan setelah diperiksa semuanya, hubungi Pusat Servis tempatan anda.
Masalah
• Mesin tidak dapat dihidupkan:
• Mesin tidak mengisi air:
• Mesin mengisi air kemudian terus menyalirkannya:
• Mesin tidak menyalirkan air dan/atau tidak memutar:
• Ada air di lantai:
Kemungkinan puncanya
• Pintu tidak ditutup rapat.
• Mesin tidak dipasang plagnya atau tiada bekalan elektrik di soket.
• Fius utama atau fius di dalam plag terbakar.
• Butang MULA/JEDA tidak ditekan.
• Cakera pemilihan program tidak diletak di kedudukan yang betul.
• Pili air ditutup.
• Hos air masuk tertindih atau terpiuh.
• Turas dalam hos air masuk tersumbat.
• Hujung hos saliran terlalu rendah kedudukannya. Sila rujuk perenggan yang berkenaan di bahagian “penyaliran air”.
• Hos saliran tertindih atau terpiuh.
• Opsyen Tahan Bilas telah dipilih.
• Hos saliran tersumbat
• Pakaian tidak tersebar sama rata dalam dram.
• Terlalu banyak detergen atau detergen tidak sesuai digunakan (menghasilkan terlalu banyak busa).
• Periksa jika ada kebocoran daripada salah satu pemasangan hos air masuk. Kebocoran itu kadang kala sukar dilihat kerana air mengalir sepanjang hos; periksa sama ada hos itu lembap.
• Hos saliran rosak.
• Penutup di hos saliran darurat tidak diletakkan kembali setelah membersihkan penuras.
• Pam tidak diketatkan semula selepas dibersihkan.
MELAYU
BAHASA
• Hasil cucian yang tidak memuaskan:
• Mesin bergegar atau bising bunyinya:
• Detergen terlalu sedikit atau terlalu banyak telah digunakan.
• Tanda kotoran degil tidak dibersihkan dahulu sebelum membasuh.
• Pilihan program/suhu yang tidak betul.
• Beban pakaian terlalu berat.
• Bolt dan bungkah penyendal pengangkutan belum dikeluarkan.
• Kaki penyokong belum dilaraskan.
63
Page 22
M
o
d
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
P
r
o
d
.
N
o
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.. S
e
r
.
N
o
.
..
.
.
.
.
.
.
.
P0042N
Mod. ..........
Prod. No. ...........
Ser. No. .........
Masalah Kemungkinan puncanya
• Pintu tidak dapat dibuka:
• Putaran lambat dimulakan atau mesin tidak memutar:
• Program masih berjalan.
• Pengunci pintu belum dilepaskan.
• Paras air berada di atas bahagian bawah sudut pintu.
• Ada air dalam dram.
Pintu hanya boleh dibuka apabila lampu berkenaan telah padam.
• Peranti pengesan ketidakseimbangan elektronik telah berfungsi kerana pakaian tidak tersebar sama rata dalam dram. Pakaian diagihkan semula dengan putaran dram arah terbalik. Hal ini mungkin berlaku beberapa kali hingga pakaian seimbang semula dan mesin dapat memutar seperti biasa. Jika setelah beberapa minit pakaian masih belum tersebar sama rata dalam dram, mesin akan berputar dengan kelajuan rendah atau akan berhenti berputar. Jika di akhir program pakaian tidak diputar secukupnya, agihkan semula beban secara manual dan pilih program putar.
Jika tidak dapat mengenalpasti atau menghurai masalah, sila berhubung dengan pusat servis kami. Sebelum menelefon kami, catatkan model, nombor siri dan tarikh mesin dibeli: Pusat Servis akan memerlukan maklumat tersebut.
64
Page 23
The Electrolux Group. The world’s No. 1 choice.
The Electrolux Group is the world’s largest producer of powered appliances for kitchen, cleaning and outdoor use. More than 55 million Electrolux Group products (such as refrigerators, cookers, washing machines, vacuum cleaners, chain saws and lawn mowers) are sold each year to a value of approx. USD 14 billion in more than 150 countries around the world.
EWF860_UK.qxp 4/6/2006 3:51 PM Page 23
Loading...