Electrolux EW1278F User Manual [ms]

Page 1
124 971 880
INSTRUCTION BOOKLET
BUKU PETUNJUK
CN
MS
GB
WASHING MACHINE
EW 1278 F
Page 2
52
Pelanggan yang dihormati,
Sila baca petunjuk-petunjuk pengendalian ini dengan teliti dan beri perhatian khusus pada nota-nota keselamatan di beberapa halaman yang pertama. Kami sarankan agar anda menyimpan buku petunjuk ini untuk menjadi rujukan pada masa akan datang dan menyerahkannya kepada sesiapa yang memiliki mesin ini selepas anda.
Kerosakan dalam pengangkutan
Semasa mengeluarkan alat ini dari bungkusan, pastikan tiada kerosakan. Jika ragu-ragu, jangan gunakan dan hubungi Pusat Servis.
Simbol-simbol yang digunakan dalam buku ini bermaksud seperti berikut:
Segitiga amaran dan/atau kata kunci (Amaran!, Awas!) menegaskan maklumat yang khusus penting bagi keselamatan anda atau bagi penggunaan alat ini yang betul.
Maklumat yang memberikan petunjuk tambahan dan petua praktikal tentang penggunaan alat ini.
Saranan dan maklumat tentang penggunaan mesin secara berhemat dan melindungi alam sekitar.
Sumbangan kami untuk melindungi alam sekitar:
kami menggunakan kertas endah alam sekitar.
124971880EW1278W_MS.qxd 22-03-2000 16:09 Pagina 52
Page 3
BAHASA
MELAYU
Kandungan
53
Jujukan operasi 68-69 Program basuh 70 Program khas 71 Simbol kod basuh antarabangsa 72
Penyenggaraan 73
Badan mesin 73 Laci detergen 73 Turas saliran 73 Turas saluran air masuk 73 Penyaliran darurat 74 Mencegah sejuk-beku 74
Jika ada masalah 75-76
Amaran 54-55 Pelupusan 55 Petua bagi melindungi
alam sekitar 55 Spesifikasi teknikal 56 Pemasangan 57
Mengeluarkan mesin 57 Penempatan 57 Saluran air masuk 57 Penyaliran air 58 Sambungan elektrik 58
Mesin basuh yang baru 59 Perihalan alat 59
Lampu penunjuk pintu terkunci 59 Laci detergen 59
Penggunaan 60
Panel kawalan 60 Kawalan 60-63 Fungsi 63-64 Maklumat program 64-65 Petua-petua membasuh 66
Mengisih pakaian 66 Suhu 66 Sebelum memasukkan pakaian 66 Beban maksimum 66 Berat pakaian 66 Menghapuskan tanda kotoran 66 Detergen dan perapi tambahan 67
124971880EW1278W_MS.qxd 22-03-2000 16:09 Pagina 53
Page 4
Amaran
54
Pemasangan
• Semua bahan penyendal dalaman mesti dikeluarkan sebelum menggunakan alat ini. Mesin atau perabot di sebelah-menyebelahnya boleh rosak teruk jika alat-alat pelindung pengangkutan ini tidak dikeluarkan atau tidak dikeluarkan semuanya. Sila rujuk perenggan yang berkenaan dalam buku petunjuk ini.
• Semua kerja elektrik yang perlu untuk memasang alat ini mesti dilakukan oleh juruelektrik yang bertauliah.
• Semua kerja perpaipan yang perlu untuk memasang alat ini mesti dilakukan oleh jurupaip yang bertauliah.
• Setelah mesin dipasang, pastikan kabel bekalan elektrik tidak ditindih olehnya.
• Jika alat ini diletakkan di atas lantai berpermaidani, pastikan udara dapat beredar bebas antara kakinya dengan lantai.
Penggunaan
• Alat ini direkabentuk untuk kegunaan di rumah. Jangan gunakan untuk tujuan selain yang telah direkabentuk itu.
• Gunakan untuk membasuh hanya kain yang direka untuk dibasuh dengan mesin. Patuhi petunjuk yang ternyata pada setiap label pakaian.
• Jangan memasukkan pakaian melebihi beban yang dibenarkan bagi alat ini. Patuhi petunjuk yang terkandung dalam buku petunjuk ini.
• Pastikan semua saku telah kosong. Benda-benda seperti wang logam, pin keselamatan, jarum dan skru boleh menyebabkan kerosakan besar.
• Jangan basuh di mesin ini pakaian yang telah dibasahi petroleum, spirit, trikloretilena, dsb. Jika bendalir sedemikian telah digunakan untuk menanggalkan tanda-tanda kotoran sebelum membasuh, tunggulah dahulu hingga sejat seluruhnya sebelum memasukkan pakaian.
• Isikan benda-benda kecil seperti stokin, tali pinggang, dsb dalam kantung kain atau sarung bantal supaya tidak tersepit antara dram dan tab.
• Gunakan bahan pelembut kain mengikut sukatan yang disarankan sahaja. Jika berlebihan boleh merosakkan pakaian yang dicuci.
• Biarkan pintu mesin renggang sedikit apabila alat ini tidak digunakan. Cara ini dapat memelihara kedap pintu dan mencegah terbentuknya bau hapak.
• Setiap kali hendak membuka pintu, pastikan air telah disalirkan semuanya. Jika belum, salirkan air seperti yang ditunjukkan dalam buku petunjuk ini.
• Cabut plag alat ini dan tutup pili air setelah selesai menggunakannya.
Keselamatan umum
• Kerja-kerja baikpulih di mesin ini mesti dilakukan oleh kakitangan yang bertauliah sahaja. Baikpulih yang dilakukan oleh orang yang tidak berpengalaman boleh menyebabkan bahaya besar. Hubungi Pusat Servis setempat.
• Jangan sekali-kali tarik kabel bekalan elektrik untuk mencabut plag dari soketnya; pegang dan cabut plag itu sendiri.
• Semasa program bersuhu tinggi, kaca pintu boleh menjadi panas. Jangan sentuh!
Amaran berikut diberikan demi menjaga keselamatan pada keseluruhannya. Anda mesti membacanya dengan cermat sebelum memasang atau menggunakan alat ini.
124971880EW1278W_MS.qxd 22-03-2000 16:09 Pagina 54
Page 5
BAHASA
MELAYU
55
Pelupusan
Petua bagi melindungi alam sekitar
Bahan pembungkusan
Bahan yang ditandakan dengan simbol adalah bahan yang boleh dikitar semula.
>PE<=polietilena >PS<=polistirena >PP<=polipropilena
Hal ini bererti bahan-bahan tersebut boleh dikitar semula dengan melupuskannya dengan cara yang betul dalam bekas pemungutan yang sesuai.
Mesin
Gunakan tapak pelupusan yang disahkan bagi alat yang lama. Bersama-sama kita jaga kebersihan negara!
Demi menjimatkan air dan tenaga serta membantu melindungi alam sekitar, kami sarankan supaya petua-petua berikut dipatuhi:
• Pakaian yang biasa kotornya boleh dibasuh tanpa prabasuh. Cara ini menjimatkan detergen, air dan masa (dan melindungi alam sekitar juga!).
• Mesin ini lebih menjimatkan jika diisikan beban penuh.
• Jika dibersihkan secukupnya sebelum dibasuh, tanda-tanda dan kotoran sedikit-sedikit boleh dihapuskan; seterusnya pakaian dapat dibasuh pada suhu lebih rendah.
• Sukat detergen menurut takat kesadahan air, takat kekotoran pakaian dan jumlah pakaian yang hendak dicuci.
Keselamatan kanak-kanak
• Sering kali kanak-kanak tidak menyedari bahaya yang wujud pada alat-alat elektrik. Semasa mesin sedang beroperasi, kanak-kanak harus diawasi dengan hati-hati dan tidak dibiarkan bermainnya.
• Komponen pembungkusan (misalnya lapik plastik, polistirena) boleh membahayakan kanak-kanak ­bahaya mati lemas! Jauhkan daripada kanak­kanak.
• Semua detergen harus disimpan di tempat yang selamat jauh daripada jangkauan kanak-kanak.
• Pastikan kanak-kanak atau haiwan peliharaan tidak memanjat masuk ke dalam dram.
• Apabila alat ini hendak dilebur, potong kabel bekalan elektriknya dan musnahkan plag bersama sisa kabel. Rosakkan kancing pintu supaya kanak­kanak tidak akan terperangkap di dalam semasa bermain.
124971880EW1278W_MS.qxd 22-03-2000 16:09 Pagina 55
Page 6
56
DIMENSI Tinggi 85 cm
Lebar 60 cm Panjang ke dalam 58 cm
BEBAN MAKSIMUM Kapas 6.5 kg
Sintetik 3.0 kg Bahan halus 3.0 kg
Bahan wul 2 kg KELAJUAN PUTARAN 1200 rpm maks. VOLTAN/FREKUENSI BEKALAN KUASA 220-230 V/50 Hz
JUMLAH KUASA TERSERAP 2200 W PERLINDUNGAN FIUS MINIMUM 10 A
TEKANAN AIR Minimum 500 kPa
Maksimum 800 kPa
Alat ini mematuhi Arahan EEC berikut: 73/23/EEC bertarikh 19/02/73 tentang voltan rendah 89/336/EEC bertarikh 03/05/89 tentang keserasian elektromagnet.
Spesifikasi teknikal
124971880EW1278W_MS.qxd 22-03-2000 16:09 Pagina 56
Page 7
BAHASA
MELAYU
Pemasangan
57
Mengeluarkan mesin
Semua bolt dan bungkah penyendal pengangkutan mesti dikeluarkan sebelum menggunakan alat ini.
Anda dinasihatkan supaya menyimpan semua bahan pengangkutan supaya dapat dipasangkan semula jika mesin perlu dipindahkan lagi.
1. Dengan menggunakan sepana, longgarkan dan tanggalkan bolt di belakang sebelah kanan. Baringkan mesin di atas bahagian belakangnya, dan pastikan hos tidak tertindih. Hal ini dapat dielakkan dengan mengalaskan satu bungkah penyendal sudut sebagai pelapik antara mesin dengan lantai.
2. Keluarkan bungkah polistirena dari bawah mesin dan lepaskan dua kantung plastik.
3. Dengan hati-hati, tanggalkan kantung di kanan (1) dan kemudian kantung di kiri (2) dengan menariknya ke arah tengah mesin.
4. Longgarkan dan tanggalkan kaki mesin.
5. Pasangkan kekisi (A) di bahagian bawah mesin dengan menggunakan empat skru (B) yang disediakan dalam kantung buku arahan. Pasangkan kembali kaki mesin.
A
B
P1067
B
B
B
2
1
P1066
P1065
P0255
6. Tegakkan mesin dan tanggalkan dua lagi bolt di belakang.
7. Cabut tiga batang peruang plastik dari lubang tempat bolt dimasukkan.
8. Sumbat lubangnya dengan palam yang disediakan di belakang mesin.
Penempatan
Pasangkan mesin di atas lantai yang keras dan datar. Pastikan peredaran udara di sekitar mesin tidak terganggu oleh permaidani dan sebagainya. Pastikan mesin tidak menyentuh dinding atau peralatan dapur yang lain. Ratakan kedudukan mesin dengan berhati-hati memutar skru kakinya naik atau turun. Jangan alaskan kadbod, kepingan kayu atau bahan lain di bawah mesin untuk meratakannya.
Saluran air masuk
Sambungkan hos air masuk ke pili air yang mempunyai ulir 3/4”.
Satu lagi hujung hos air masuk itu, yang disambungkan ke mesin, dapat diputarkan ke arah manapun. Longgarkan saja pemasangan itu, putarkan hos, kemudian ketatkan semula sambil memastikan tiada kebocoran air.
P0021
P1088
P1051
P0020
P0256
124971880EW1278W_MS.qxd 22-03-2000 16:09 Pagina 57
Page 8
58
Jangan panjangkan hos air masuk. Jika terlalu pendek dan anda tidak mahu mengalihkan pili air, anda perlu membeli hos baru yang lebih panjang dan khusus dibuat untuk kegunaan seperti ini.
Penyaliran air
Hujung hos saliran dapat diletakkan tiga cara:
Disangkutkan pada pinggir besen cuci menggunakan pandu hos plastik yang disediakan bersama mesin. Dalam hal ini, pastikan
hujung hos itu tidak dapat terlepas apabila mesin menyalirkan air. Ini dapat dilakukan dengan mengikatnya pada pili dengan tali ataupun menyematkannya pada dinding.
Dalam satu cabang paip besen cuci. Cabang ini mesti berada di atas perangkap kotoran paip dan bengkokannya mesti berada sekurang-kurangnya 60 cm di atas lantai.
Langsung ke dalam paip saliran pada paras
sekurang-kurangnya 60 cm dan tidak lebih daripada 90 cm. Hujung hos saliran mesti sentiasa diudarakan, ertinya, garispusat dalam paip saliran mesti lebih besar daripada garispusat luar hos saliran.
Jangan biarkan hos saliran terpiuh. Lalukan di atas lantai; bahagian yang hampir dengan titik saliran sahaja yang perlu ditinggikan.
P0023
P0022
Sambungan elektrik
Mesin ini direkabentuk untuk menggunakan bekalan kuasa 220-230 V, fasa tunggal, 50 Hz.
Periksa sama ada bekalan elektrik rumah anda dapat menerima beban maksimum yang diperlukan (2.2 kW), dengan mengambil kira perkakas elektrik lain yang digunakan.
AMARAN: PERKAKAS INI MESTI
DIBUMIKAN. Pihak pengeluar menolak segala liabiliti
sekiranya langkah keselamatan ini tidak dipatuhi.
Mesin ini dibekalkan dengan plag yang dipasang fius 13 amp. Jika fius tersebut perlu digantikan, fius 13 amp yang diluluskan ASTA (BS1363A) mesti digunakan. Jika plag perlu digantikan atas sebab apapun, lakukan seperti berikut. Wayar bekalan elektrik diwarnakan mengikut kod berikut:
Hijau Kuning - Bumi Biru - Neutral Coklat - Dawai Hidup
Wayar hijau kuning mesti dipasang pada pangkalan bertanda «E» atau berlambang bumi atau berwarna hijau kuning.
Wayar biru mesti dipasang pada pangkalan bertanda «N» atau berwarna hitam.
Wayar coklat mesti dipasang pada pangkalan bertanda «L» atau berwarna merah. Setelah siap dipasang, pastikan plag tidak mengandungi lembar wayar terpotong atau terputus. Pengapit kabel mesti teguh mengikat sarung luar.
AMARAN:
Plag yang dipotong jika dibiarkan dalam soket 13 amp menimbulkan bahaya keselamatan (kejutan) yang serius. Pastikan plag yang dipotong dibuang dengan selamat.
124971880EW1278W_MS.qxd 22-03-2000 16:09 Pagina 58
Page 9
BAHASA
MELAYU
Mesin basuh yang baru
59
Mesin baru ini dilengkapi sistem Direct Spray yang dipatenkan oleh Electrolux. Mesin ini memenuhi semua keperluan moden bagi mencuci pakaian secara berkesan, dengan penggunaan air, tenaga dan detergen yang rendah.
Penjimatan lanjut dapat dicapai dengan membasuh beban pakaian yang kecil-kecil, kerana penggunaan air dan elektrik berpadanan dengan jumlah dan jenis pakaian yang dibasuh.
Cakera pemilihan program menggabungkan fungsi pemilihan program dan pemilihan suhu, hingga mudah menetapkan program.
Paparan kemajuan program menunjukkan langkah program yang dipilih dan fasa program yang sedang berjalan.
Program khas bahan wul dengan sistem basuh lembut yang baru membasuh pakaian wul dengan cukup cermat.
Peranti kawalan imbangan memastikan mesin sentiasa mantap semasa putaran.
1 Laci detergen 2 Carta program 3 Panel kawalan 4 Lampu penunjuk pintu terkunci 5 Turas saliran 6 Kaki boleh laras
Lampu penunjuk pintu terkunci
Lampu ini tetap menyala sepanjang program, menandakan pintu terkunci. Apabila lampu ini padam, pintu boleh dibuka semula (lihat halaman 64).
Laci detergen
Prabasuh Basuh utama Bahan pelembut kain, kanji
Perihalan alat
5
4
6
EW 1265 F
1000 850 650 450
13
2
P0874
124971880EW1278W_MS.qxd 22-03-2000 16:09 Pagina 59
Page 10
60
Penggunaan
12 3 4 5 6 7 8 9 10 11 13 14
EW
1278 F
12
1200
900 700 500
Panel kawalan
1 Carta program
Carta program dalam bahasa Inggeris diletakkan di bahagian dalam laci detergen.
2 Lampu operasi
Lampu ini menyala apabila butang ON/OFF ditekan, dan padam apabila butang itu ditekan sekali lagi.
3 Butang ON/OFF
Tekan butang untuk menghidupkan mesin. Tekan sekali lagi untuk mematikan mesin.
4 Cakera pemilihan program
Cakera pemilihan dibahagi menjadi 5 bahagian:
• Kapas, linen (bahagian biru muda)
• Sintetik (bahagian kuning)
• Bahan halus (bahagian hitam)
• Bahan wul (basuh dengan tangan) (bahagian hitam)
• Program khas A....G
• Set semula program
O
Cakera pemilihan ini boleh diputar ikut arah jam atau lawan arah jam.
95°
60°
40°
E
50°
30°
F
G
C
D
A
B
40°
30°
30°
50°
40°
30°
60°
40°
Kedudukan E ialah untuk program JIMAT TENAGA, sementara program pula untuk “basuh sejuk”.
Di akhir program, cakera pemilihan ini mesti diputar ke kedudukan O.
Butang Opsyen Program
Pelbagai fungsi boleh digabungkan, bergantung pada program yang anda pilih. Fungsi-fungsi itu mesti dipilih setelah anda memilih program dan sebelum menekan butang MULA/JEDA. Apabila butang-butang ini ditekan, lampu penunjuk yang berkenaan akan menyala. Apabila butang ditekan sekali lagi, lampu penunjuk itu padam. Jika anda memilih opsyen yang tidak betul, lampu penunjuk berkenaan akan berkelip kira-kira 2 saat dan mesej Err dipaparkan.
5 Butang prabasuh
Mesin melakukan satu kitaran prabasuh pada suhu 30°C maksimum. Kitaran prabasuh itu berakhir dengan putaran pendek pada kelajuan 650 r.p.m. bagi program Kapas dan Sintetik, atau air disalir bagi program Bahan halus. Opsyen ini tidak disediakan bagi program wul. Digunakan apabila membasuh pakaian yang sangat kotor.
6 Butang kelajuan putaran
Tekan butang ini untuk mengurangkan kelajuan maksimum putaran akhir yang diusulkan oleh mesin bagi program yang dipilih atau untuk memilih kedudukan (tanpa putaran). Lampu yang berkenaan dengan opsyen yang dipilih itu akan menyala.
124971880EW1278W_MS.qxd 22-03-2000 16:09 Pagina 60
Page 11
BAHASA
MELAYU
Kelajuan berikut dapat dipilih bagi pelbagai jenis kain:
• Kapas, linen: 500/700/900 maks 1200 r.p.m.
• Sintetik, bahan wul: 500/700 maks 900 r.p.m.
• Bahan halus: 500 maks 700 r.p.m.
Apabila opsyen ini dipilih, semua fasa putaran ditindas.
Fungsi ini tidak disediakan untuk kain kapas dan linen.
Pilih opsyen ini untuk bahan yang sangat halus.
7 Butang basuh cepat
Dengan menekan butang ini, jangka waktu mencuci dikurangkan seperti berikut:
• 52 minit untuk kapas 95°C
• 63 minit untuk kapas 50°C
• 72 minit untuk kapas 40°C dan 30°C
• 24 minit untuk sintetik
• 8 minit untuk bahan halus
Opsyen ini tidak tersedia bagi program Bahan wul dan program Jimat tenaga.
Digunakan bagi pakaian yang kotor sedikit sahaja. Fungsi basuh cepat tidak boleh dipilih bersama
opsyen BASUH GIGIH .
8 Butang basuh gigih
Untuk pakaian yang sangat kotor. Jangka masa cucian diperpanjangkan kira-kira 15
minit untuk kain kapas dan 10 minit untuk kain sintetik.
Fungsi ini tidak boleh dipilih bersama opsyen BASUH CEPAT dan program Jimat Tenaga.
Tanpa putaran
Kelajuan putaran
9 Butang Anti-kusut
Apabila opsyen ini dipilih, air bilasan terakhir tidak akan disalirkan, supaya pakaian tidak berkedut. Apabila program selesai, lampu penunjuk butang MULA/JEDA berkelip-kelip menandakan air mesti disalirkan.
Untuk mengeluarkan air itu ada 3 pilihan:
• Pilih program “D” (penyaliran): Air disalirkan tanpa putaran.
Perhatian! Sebelum memilih program “D” cakera pemilihan perlu diletakkan pada kedudukan O (membatalkan).
Tekan butang MULA/JEDA : selepas menyalirkan air, mesin melakukan kitaran putaran yang sesuai dengan jenis kain yang dipilih.
Pilih kelajuan putaran dengan menggunakan butang yang berkenaan, kemudian tekan butang MULA/JEDA.
10 Butang ekstra bilas
Boleh digunakan dengan semua program kecuali program bahan wul. Mesin membilas 4 kali, bukan
3.
Opsyen ini disarankan bagi mereka yang mengalami alergi terhadap detergen dan juga bagi kawasan yang airnya sangat lembut.
11 Butang MULA TERTUNDA
Program basuh boleh ditunda dari 1 jam hingga maksimum 24 jam dengan butang ini.
• Hidupkan mesin dengan menekan butang ON/OFF
.
• Pilih program dan opsyen yang dikehendaki.
• Tekan butang Mula Tertunda.
• Tekan butang MULA/JEDA : mesin mula menghitung undur masa mengikut jam.
Program akan dimulai setelah tamat tempoh penundaan yang dipilih.
Memilih mula tertunda
61
124971880EW1278W_MS.qxd 20-04-2000 18:53 Pagina 61
Page 12
• Tekan butang MULA/JEDA .
• Tekan butang MULA TERTUNDA hingga jangka masa yang dikehendaki dipaparkan.
Jika ingin membatalkan penundaan, tekan butang
sekali sahaja: simbol 0 h akan dipaparkan.
• Tekan butang MULA/JEDA sekali lagi.
12 PAPARAN
Paparan memberikan maklumat berikut:
Membatalkan - Jangka masa program - Mula tertunda - Pilihan opsyen tidak betul - Kod penggera.
Jika program dibatalkan - cakera pemilihan program pada kedudukan O - tiga palang berkelip-kelip di paparan.
Kini anda dapat memilih program baru.
Setelah memilih program, jangka masa dipaparkan dalam kiraan jam dan minit (misalnya 2.05).
Jangka masa ini dikira secara automatik berdasarkan beban maksimum yang disarankan bagi setiap jenis kain.
Setelah program dimulakan, baki jangka masa dikemaskinikan setiap minit.
2.05
Jangka masa program
Membatalkan
Mengubah mula tertunda
Apabila program selesai, angka sifar berkelip-kelip dipaparkan. Jika anda memilih opsyen Anti-kusut , angka sifar tidak akan berkelip.
Tempoh penundaan yang dipilih (maksimum 24 jam), yang ditetapkan dengan butang yang berkenaan, tertera selama 4 saat, kemudian jangka masa program yang dipilih sebelumnya akan dipaparkan.
Hitungan undur masa dikemaskinikan setiap jam.
Jika sesuatu opsyen tidak sesuai dengan program basuh yang ditetapkan, mesej Err dipaparkan.
Jika berlaku masalah operasi, beberapa kod penggera dapat dipaparkan, misalnya E20 (lihat perenggan “Jika ada masalah”).
E20
Kod penggera
Pilihan opsyen tidak betul
Mula tertunda
62
124971880EW1278W_MS.qxd 22-03-2000 16:09 Pagina 62
---
Page 13
BAHASA
MELAYU
13 Butang MULA/JEDA
Butang ini ada tiga fungsi:
Mula - Jeda - Penyaliran air.
Setelah memilih program yang dikehendaki, tekan butang ini untuk memulakan mesin; lampu penunjuk yang berkenaan akan berhenti berkelip.
Jika anda memilih mula tertunda, mesin akan mula menghitung undur masa. Jangka masa program atau penundaan akan tertera di paparan.
Untuk menghentikan program yang sedang berjalan buat sementara waktu, tekan butang MULA/JEDA: lampu penunjuk yang berkenaan mula berkelip.
Untuk memulakan kembali program itu dari tempat berhenti, tekan butang MULA/JEDA sekali lagi.
Dengan menekan butang MULA/JEDA
• Air dalam program “A” (Rendam) disalirkan
• Air pembilasan terakhir dalam program yang mengandungi opsyen Anti-kusut disalirkan dan pakaian diputar.
Penyaliran air
Jeda
Mula
14 Paparan kemajuan program
Dengan memilih program basuh, lampu penunjuk yang berkaitan dengan pelbagai fasa dalam program akan menyala.
Setelah mesin dimulakan, lampu penunjuk fasa yang sedang berjalan sahaja yang akan menyala. Setelah program selesai, lampu penunjuk Tamat akan menyala.
Lampu penunjuk berkelip-kelip menandakan turas saliran harus digantikan.
Jika berlaku masalah operasi, salah satu lampu berikut akan mula berkelip-kelip dan satu kod penggera tertera di paparan:
E10 + : mesin tidak dapat mengisi air E20 + : mesin tidak dapat menyalirkan air E40 + : pintu belum ditutup
Untuk menghapuskan masalah, sila lihat bahagian “Jika ada masalah”.
Fungsi
Lampu penunjuk
Bergantung pada programnya, pelbagai fungsi dapat digabungkan. Apabila butang ditekan, lampu penunjuk yang berkenaan akan menyala. Apabila butang ditekan lagi, lampu penunjuk akan padam. Jika opsyen yang dipilih tidak betul, lampu penunjuk berkelip selama 2 saat dan mesej Err dipaparkan.
Berhenti dengan
air dalam tab
63
124971880EW1278W_MS.qxd 22-03-2000 16:09 Pagina 63
Prabasuh
Basuh utama
Bilas
Salir
Putaran
Turas
Tamat
Page 14
Program tamat
Apabila lampu penunjuk pintu terkunci padam, pintu dapat dibuka. Lampu (TAMAT) di paparan
kemajuan program akan menyala. Angka sifar berkelip-kelip di paparan. Matikan mesin dan keluarkan pakaian. Putar cakera pemilihan program ke O.
Mengubah program
Anda dapat mengubah program sebelum program itu dimulakan. Setelah program dimulakan, anda hanya dapat mengeset semula program itu dengan memutar cakera pemilihan program ke O dan kemudian anda dapat memilih program baru. Mulakan dengan menekan butang MULA/JEDA.
Menghentikan program buat sementara waktu
Tekan butang MULA/JEDA untuk menghentikan program yang sedang berjalan buat sementara waktu. Lampu yang berkenaan mula berkelip.
Membatalkan program
Putar cakera pemilihan ke O untuk membatalkan program yang sedang berjalan: tiga palang berkelip­kelip di paparan. Kini anda dapat memilih program baru.
Membuka pintu setelah program dimulakan
Mula-mula tetapkan mesin ke JEDA dengan menekan butang MULA/JEDA. Pintu boleh dibuka apabila lampu penunjuk pintu terkunci padam. Jika pintu tidak terbuka, bererti mesin sudah mula memanaskan, paras air sudah berada di atas pinggir bawah pintu, atau dram sedang berputar. Jika pintu tidak dapat dibuka tetapi anda perlu membukanya, anda perlu mematikan mesin dengan menekan butang ON/OFF . Kira-kira 2 minit selepas itu, pintu boleh dibuka semula (awas paras air!). Untuk memulakan semula program, tekan butang ON/OFF sekali lagi setelah menutup pintu.
Maklumat program
Program basuh bagi bahan wul yang boleh dibasuh dengan mesin, serta bahan wul yang boleh dibasuh dengan tangan dan kain halus yang menunjukkan label “basuh di tangan”.
Pilih program ini bagi pakaian yang sangat kotor. Tuangkan detergen ke dalam petak . Program ini tidak sesuai untuk bahan wul.
Mesin merendam pada suhu 30°C dan berhenti dengan air dalam dram. Air dapat disalirkan dengan 2 cara:
Penyaliran sahaja dengan menekan butang MULA/JEDA.
Penyaliran dan putaran: putar cakera pemilihan program ke O, pilih program “F” (putaran), kurangkan kelajuan putaran akhir dengan menekan butang dan tekan butang MULA/JEDA.
Penting!
• Jika air tidak disalirkan dalam tempoh 18 jam, mesin menyalirkannya secara automatik.
• Apabila rendaman berakhir (setelah air disalirkan) anda dapat memilih program basuh. Mula-mula putar cakera pemilihan program ke O, kemudian pilih program dan tekan butang MULA/JEDA.
Dengan program ini anda dapat membilas dan memutar pakaian yang telah dibasuh dengan tangan. Mesin membilas 3 kali, kemudian melakukan putaran akhir pada kelajuan 1200 r.p.m. Kelajuan putaran dapat dikurangkan dengan menekan butang .
Pakaian yang dibasuh dengan tangan dapat dilembutkan dalam program ini.
Mesin membilas 1 kali, kemudian melakukan putaran akhir pada kelajuan maksimum, yang dapat dikurangkan dengan menekan butang .
Untuk menyalirkan air pembilasan terakhir dalam program yang mengandungi opsyen Anti-kusut . Mula-mula putar cakera pemilihan program ke O, kemudian pilih program “D” dan tekan butang MULA/JEDA.
D = Saliran
C = Pelembut
B = Bilas
A = Rendam
Bahan wul
64
124971880EW1278W_MS.qxd 22-03-2000 16:09 Pagina 64
Page 15
BAHASA
MELAYU
65
Putaran berasingan pada kelajuan maksimum untuk pakaian yang dibasuh dengan tangan. Kelajuan dapat dikurangkan dengan menekan butang menurut jenis kain yang akan diputar.
Ini merupakan program lengkap yang dapat digabungkan dengan pelbagai opsyen berikut: pengurangan kelajuan putaran, tanpa putaran, anti­kusut dan mula tertunda.
Digunakan untuk pakaian yang kotor sedikit atau yang memerlukan perapian. Beban maksimum 3 kg. Suhu basuh 30°C Jangka masa program 30 minit Kelajuan putaran akhir 700 r.p.m.
Untuk mengeset semula program, putar cakera pemilihan ke O. Kini program baru dapat dipilih.
O = Membatalkan
G = Program pendek
F = Putaran
124971880EW1278W_MS.qxd 22-03-2000 16:09 Pagina 65
Page 16
66
Petua-petua membasuh
Mengisih pakaian
Patuhi simbol kod basuh pada label pakaian dan petunjuk membasuh daripada pihak pengeluar. Pakaian hendaklah diisih seperti berikut: putih, berwarna, sintetik, bahan halus, bahan wul.
Suhu
95° untuk kain kapas dan linen yang biasa
kotornya (misalnya alas meja teh, tuala, alas meja, cadar ...).
60° untuk pakaian berwarna tidak luntur yang
biasa kotornya (misalnya kemeja,
pakaian tidur, baju tidur ....) daripada
linen, kain kapas atau serat sintetik dan untuk kain kapas putih yang kotor sedikit (misalnya seluar dalam).
(sejuk)untuk bahan halus (misalnya langsir net),
30°-40° pakaian campuran termasuk bahan serat
sintetik dan wul.
Sebelum memasukkan pakaian
Jangan campurkan pakaian putih dan berwarna. Pakaian putih boleh kehilangan “keputihannya” dalam cucian.
Pakaian berwarna yang baru mungkin luntur warnanya pada kali pertama dibasuh; oleh itu, asingkan semasa dibasuh buat kali pertama.
Pastikan tiada benda logam yang tertinggal dalam pakaian (misalnya penyepit rambut, pin, jarum).
Butangkan sarung bantal, tutup zip, cangkuk dan butang ketap. Ikatkan tali pinggang atau pita yang panjang.
Hapuskan tanda-tanda kotor yang degil sebelum membasuh. Bahagian yang sangat kotor hendaklah digosokkan dengan detergen khas atau pasta detergen.
Langsir hendaklah diperlakukan dengan cermat. Tanggalkan cangkuk atau ikatkan dalam kantung atau jaring.
Beban maksimum
Beban maksimum yang disarankan ternyata dalam carta program.
Pedoman umum:
Kapas, linen: dram penuh tetapi tidak padat; Sintetik: dram tidak lebih daripada separuh penuh;
Bahan halus dan wul: dram tidak lebih daripada
sepertiga penuh. Membasuh pakaian mengikut beban maksimum
menghasilkan penggunaan air dan tenaga yang paling cekap.
Bagi pakaian yang sangat kotor, kurangkan saiz beban.
Berat pakaian
Berat berikut boleh dijadikan panduan: Jubah mandi 1200 g Napkin 100 g Cadar quilt 700 g Cadar 500 g Sarung bantal 200 g Alas meja 250 g Tuala daripada bahan tuala 200 g Alas meja teh 100 g Pakaian tidur 200 g Seluar dalam wanita 100 g Kemeja kerja lelaki 600 g Kemeja lelaki 200 g Baju tidur lelaki 500 g Blaus 100 g Seluar dalam lelaki 100 g
Menghapuskan tanda kotoran
Tanda kotoran yang degil mungkin tidak dapat dihapuskan dengan air dan sabun sahaja. Oleh itu, sebaiknya dibersihkan dahulu sebelum membasuh.
Darah: jika masih baru, bersihkan dengan air. Jika sudah kering, rendam semalaman dalam air dengan detergen khas, kemudian gosokkan sabun dan air padanya.
Cat berasaskan minyak: lembabkan dengan bahan penghapus daripada benzin, bentangkan di atas kain lembut kemudian tepuk-tepuk tanda itu; lakukan beberapa kali.
Tanda gris yang telah kering: lembabkan dengan turpentin, bentangkan di atas permukaan lembut dan tepuk-tepuk dengan hujung jari dan kain kapas.
Karat: asid oksalik dilarutkan dalam air panas atau produk penghapus karat digunakan dalam keadaan sejuk. Hati-hati apabila membersihkan tanda karat yang bukan baru lagi, kerana struktur selulosa telahpun rosak dan kain itu mudah berlubang.
Tanda kulat: bersihkan dengan peluntur, bilas bersih­bersih (kain putih dan kain warna tidak luntur sahaja).
124971880EW1278W_MS.qxd 22-03-2000 16:09 Pagina 66
Page 17
BAHASA
MELAYU
Bahan pelembut kain or bahan perapi kanji mesti dituangkan ke dalam petak bertanda sebelum memulakan program basuh.
Patuhi saranan pihak pengeluar tentang jumlah yang patut digunakan dan jangan melebihi tanda «MAX»
di laci detergen.
Jumlah detergen yang patut digunakan
Jenis dan jumlah detergen bergantung pada jenis kain, saiz beban, takat kekotoran dan kesadahan air.
Kesadahan air diklasifikasikan menurut apa yang disebut “takat” kesadahan. Maklumat tentang kesadahan air di kawasan anda boleh didapati daripada syarikat bekalan air atau daripada pihak berkuasa tempatan.
Patuhi petunjuk yang diberikan oleh pihak pengeluar tentang jumlah yang patut digunakan.
Kurangkan detergen jika: – beban cucian kecil sahaja, – pakaian kotor sedikit sahaja, – banyak busa terjadi semasa mesin membasuh.
Takat kesadahan air
Rumput: sabunkan sedikit dan bersihkan dengan
peluntur (kain putih dan kain warna tidak luntur sahaja).
Pena mata bulat dan gam: lembabkan dengan aseton (*), bentangkan di atas kain lembut dan tepuk-tepuk tanda itu.
Gincu bibir: lembabkan dengan aseton seperti di atas, kemudian bersihkan dengan spirit. Hapuskan sisa-sisa tanda daripada kain putih dengan peluntur.
Wain merah: rendam dalam air dan detergen, bilas dan bersihkan dengan asid asetik atau asid sitrik, kemudian bilas. Bersihkan sisa-sisa tanda dengan peluntur.
Dakwat: bergantung pada jenis dakwat, lembabkan dengan aseton (*), kemudian dengan asid asetik; bersihkan sisa-sisa tanda pada kain putih dengan peluntur kemudian bilas bersih-bersih.
Tanda-tanda tar: mula-mula bersihkan dengan bahan penghapus tanda, spirit atau benzin, kemudian gosok dengan pasta detergen.
(*) jangan gunakan aseton pada sutera buatan.
Detergen dan perapi tambahan
Hasil cucian yang sempurna juga bergantung pada pilihan dan jumlah detergen yang betul demi mengelakkan pembaziran dan melindungi alam sekitar. Meskipun boleh rosot di alam sekitar, detergen mengandungi zat yang, dalam jumlah besar, boleh menjejaskan keseimbangan alam.
Pilihan detergen bergantung pada jenis kain (bahan halus, wul, kapas, dsb.), warna, suhu cucian, dan takat kotoran.
Semua detergen mesin basuh yang biasa boleh digunakan pada alat ini:
– detergen serbuk untuk semua jenis kain, – detergen serbuk untuk kain halus (60°C maks) dan
bahan wul,
– detergen cecair, sebaiknya untuk program basuh
suhu rendah (60°C maks) bagi semua jenis kain, atau khas untuk bahan wul sahaja.
Detergen dan perapi tambahan mesti diisikan dalam petak yang sesuai di laci detergen sebelum memulakan program basuh.
Jika menggunakan detergen serbuk atau cecair pekat, program tanpa prabasuh mesti dipilih.
Mesin basuh ini menerapkan sistem peredaran semula supaya detergen pekat digunakan sebaik­baiknya.
Tuangkan detergen cecair ke dalam petak laci detergen bertanda sejurus sebelum memulakan program.
67
Paras Ciri
Takat
Jerman
°dH
Perancis
°T.H.
lembut
sederhana
sadah
sangat sadah
0- 7 8-14
15-21
lebih
daripada
21
0-15 16-25 26-37
lebih
daripada
37
1 2 3
4
124971880EW1278W_MS.qxd 22-03-2000 16:09 Pagina 67
Page 18
68
4.Hidupkan mesin
Untuk menghidupkan mesin, tekan butang ON/OFF
: lampu operasi akan menyala.
Jika cakera pemilihan program berada di kedudukan SET SEMULA O, tiga palang berkelip-kelip akan dipaparkan. Jika cakera pemilihan program berada pada satu program basuh, jangka masa program itu dipaparkan.
5.Pilih program yang diingini
Putar cakera pemilihan program kedudukan yang diingini: beberapa lampu yang berkaitan dengan pelbagai fasa yang dirangkumi program itu akan menyala.
Paparan menunjukkan jangka masa program.
6. Pilih kelajuan putaran atau opsyen
Tekan butang kelajuan putaran bagi memilih kelajuan atau opsyen yang diingini : lampu yang berkenaan akan menyala.
1200
900 700 500
95°
60°
40°
E
50°
30°
F
G
C
D
A
B
40°
30°
30°
50°
40°
30°
60°
40°
---
Jujukan operasi
Membasuh sahaja
Sebelum membasuh buat kali pertama dengan mesin ini, kami sarankan supaya dijalankan satu kitaran basuh kain kapas pada suhu 60°C, tanpa pakaian dalam mesin, bagi menyingkirkan apa-apa sisa proses pembuatan dalam dram dan tab. Tuangkan separuh sukatan detergen ke dalam petak basuh utama dan jalankan mesin.
1. Masukkan pakaian ke dalam drum
Buka pintu. Masukkan pakaian ke dalam dram, satu persatu,
sambil menggoncang-goncangkannya seberapa dapat.
Tutup pintu.
2.Sukat detergen
Tarik laci detergen keluar hingga berhenti. Sukat jumlah detergen yang disarankan oleh pihak pengeluar dengan menggunakan cawan sukatan, dan tuangkan ke dalam petak basuh utama .
Jika ingin menjalankan prabasuh, tuangkan detergen ke dalam petak yang berkenaan, bertanda .
3.Sukat bahan perapi tambahan
Jika perlu, tuangkan bahan pelembut kain ke dalam petak bertanda , tanpa melebihi tanda «MAX».
P0877
P0876
P0004
124971880EW1278W_MS.qxd 22-03-2000 16:09 Pagina 68
Page 19
BAHASA
MELAYU
9.Mulakan program
Untuk memulakan program yang dipilih, tekan butang MULA/JEDA; lampu yang berkenaan berhenti berkelip.
Lampu penunjuk yang berkenaan dengan fasa cucian yang dijalankan itu akan menyala.
Lampu pintu menyala untuk menandakan pintu terkunci.
Mesin mula beroperasi.
10. Apabila program selesai
Mesin berhenti secara automatik. Jika opsyen anti-kusut telah dipilih, lampu butang
MULA/JEDA akan berkelip, menandakan air mesti disalirkan sebelum membuka pintu.
Pintu hanya boleh dibuka setelah lampu penunjuk pintu terkunci padam. Angka sifar berkelip-kelip di paparan.
Lampu menyala juga menandakan kunci terbuka. Putar cakera pemilihan program ke Set Semula O. Matikan mesin dengan menekan butang ON/OFF
.
Keluarkan pakaian dari dalam dram dan dengan hati-hati periksa sama ada dram telah kosong, supaya tidak tertinggal benda-benda yang boleh merosakkan cucian seterusnya (misalnya mengecut), atau warna yang luntur mencemarkan pakaian berwarna putih.
Jika tidak berniat membasuh lagi, tutup pili air. Biarkan pintu renggang bagi mencegah terbentuknya
kulapuk dan bau tak sedap.
7.Pilih opsyen yang diperlukan
Lampu yang berkaitan dengan butang yang ditekan itu akan menyala.
8. Pilih opsyen MULA TERTUNDA
Untuk menunda permulaan program, tekan butang MULA TERTUNDA. Lampu yang berkenaan akan menyala. Jangka masa penundaan yang dipilih itu akan dipaparkan selama kira-kira 4 saat, dan setelah itu jangka masa program yang dipilih akan tertera di paparan.
Apabila butang MULA/JEDA ditekan, jangka masa penundaan yang dipilih akan tertera lagi di paparan dan mesin mula menghitung undur masa.
69
124971880EW1278W_MS.qxd 22-03-2000 16:09 Pagina 69
Page 20
70
Carta program
Program basuh
* Data penggunaan dalam carta ini hanya sebagai panduan, kerana kadar penggunaan boleh berubah-ubah mengikut jumlah dan jenis pakaian, suhu air masuk dan suhu ambien. Data ini merujuk kepada suhu tertinggi bagi setiap program basuh.
EKONOMI
Pilih program ekonomi “E” dan bukan program 95°C apabila membasuh pakaian putih yang biasa kotornya; mesin membasuh pada suhu kira-kira 67°C, dan hasilnya dapat menjimatkan tenaga. Jangka masa membasuh tetap sama.
Bahagian
biru
muda
biru
muda
biru
muda
biru
muda
kuning
hitam
hitam
95°
E
60°
-30°-
40°-50°
-30°-
40°-
50°-60°
30°-40°
-30°-
40°
Suhu Jenis kain
Fungsi
tambahan
6.5 kg
6.5 kg
6.5 kg
6.5 kg
3 kg
3 kg
2kg
Beban
maksi
mum
2.2
1.8
1.3
1.1
1.05
0.55
0.4
56
53
53
53
55
60
63
150
145
131
129
87
64
55
Penggunaan*
Tenaga
kWh
Air
lt.
Jangka
masa
min.
Putih kapas
Putih kapas jimat
Kain berwarna tidak luntur
Kain berwarna luntur
Sintetik
Bahan halus
Bahan wul
Perihalan
program
Basuh pada suhu 95°C 3 kali bilas Putaran normal
Basuh pada suhu 67°C 3 kali bilas Putaran normal
Basuh pada suhu 60°C 3 kali bilas Putaran normal
Basuh pada suhu 30°-40°-50°C atau basuh sejuk 3 kali bilas Putaran normal
Basuh pada suhu 30°-40°-50°-60°C atau basuh sejuk 3 kali bilas Putaran lembut
Basuh pada suhu 30°-40°C 3 kali bilas Putaran lembut
Basuh pada suhu 30°-40°C atau basuh sejuk 3 kali bilas Putaran lembut
124971880EW1278W_MS.qxd 22-03-2000 16:09 Pagina 70
Page 21
BAHASA
MELAYU
71
Carta program
Program khas
* Data penggunaan dalam carta ini hanya sebagai panduan, kerana kadar penggunaan boleh berubah-ubah mengikut jumlah dan jenis pakaian, suhu air masuk dan suhu ambien.
Bahagian
biru
biru
biru
biru
biru
biru
biru
A
B
C
D
F
G
O
Kedu-
dukan cakera pemili-
han
Program
Fungsi
tambahan
6.5 kg
6.5 kg
6.5 kg
/
6.5 kg
3 kg
Beban
maksi
mum
0.6
0.17
-
-
-
0.4
-
25
45
18
-
-
44
-
20
57
23
3
10
30
-
Penggunaan*
Tenaga
kWh
Air
lt.
Jangka
masa
min.
Rendam
Bilas
Pelembut
Saliran
Putaran
Program pendek
Membatalkan
Perihalan
program
Rendam pada suhu 30°C berhenti dengan air dalam tab.
Untuk menyalirkan air,
tekan butang MULA/JEDA . Mesin secara automatik menyalirkan air setelah 18 jam.
3 kali bilas dengan cecair perapi tambahan jika perlu Putaran
1 kali bilas dengan pelembut Putaran
Basuh pada suhu 30°C 2 kali bilas Putaran pada kelajuan 700 r.p.m.
Untuk membatalkan program basuh yang sedang berjalan
124971880EW1278W_MS.qxd 22-03-2000 16:09 Pagina 71
Page 22
72
Basuh
Basuh
Suhu basuh
maksimum
Suhu basuh
maksimum
Suhu basuh
maksimum
tangan
Basuh kering dlm
Basuh kering
alkohol murni,
Jangan
pengering
Jangan gunakan
124971880EW1278W_MS.qxd 22-03-2000 16:09 Pagina 72
Lambang kod basuh antarabangsa
i
Lambang-lambang ini tertera di label kain, agar anda dapat memilih cara terbaik mencucinya.
bertenaga
lembut
95
Suhu basuh
maksimum
95¡C60¡C40¡C30¡C
60
60
40
40
40
30
30
Basuh dengan
Jangan dibasuh
sama sekali
Pelunturan Lunturkan dalam air sejuk Jangan lunturkan
Seterika Seterika panas
maks 200¡C
Seterika hangat
maks 150¡C
Seterika suam
maks 110¡C
Jangan seterika
Basuh kering Basuh kering dlm
semua pelarut perkloretilena,
petrol, alkohol murni,
R 111 & R 113
Pengeringan Bentangkan Di ampaian Di penyangkut
baju
dlm petrol,
dan R 113
Gunakan mesin
suhu tinggi
suhu rendah
basuh kering
mesin pengering
Page 23
BAHASA
MELAYU
Penyenggaraan
73
1.Badan mesin
Bersihkan bahagian luar mesin dengan air hangat dan detergen pencuci pinggan mangkuk. Bilas dengan air bersih dan lap dengan kain lembut.
Penting: jangan gunakan spirit, pelarut atau produk serupa untuk membersihkan badan mesin.
2.Laci detergen
Detergen dan bahan pelembut kain lama kelamaan meninggalkan sisa-sisanya dalam laci.
Bersihkan laci itu dari masa ke masa dengan membilasnya di bawah air pili yang mengalir. Bagi mengeluarkan laci dari mesin, tekan butang di sudut kiri sebelah belakang.
Bagi memudahkan pembersihan, bahagian atas petak perapi tambahan boleh dikeluarkan.
Detergen juga dapat bertumpuk di bahagian dalam lubang laci: bersihkan dengan berus gigi lama. Pasangkan kembali laci itu setelah dibersihkan.
P0038
P0878
P0879
3.Turas saliran
Turas saliran mengumpulkan benang dan benda­benda kecil yang tertinggal dalam pakaian. Periksa dari masa ke masa dan pastikan turas itu bersih.
Buka pintu turas. Letakkan sebuah bekas di bawah turas dan
longgarkan turas.
Tarik turas itu keluar. Bersihkan turas di bawah air pili yang mengalir,
pasangkan semula, dan putar skrunya sepenuhnya.
4.Turas air masuk
Jika anda dapati mesin lambat mengisi air, periksa sama ada hos air masuk tersumbat.
Tutup pili air. Longgarkan hos daripada pili air. Bersihkan turas dengan berus keras. Pasangkan hos kembali pada pili air.
P0040
P0133
P0132
P0011
124971880EW1278W_MS.qxd 22-03-2000 16:09 Pagina 73
Page 24
74
5.Penyaliran darurat
Jika air tidak disalirkan (pam air keluar tersumbat, turas atau hos saliran tersekat), lakukan seperti berikut bagi menyalirkan air dalam mesin:
• cabut plag dari soket elektrik;
• tutup pili air;
• jika perlu, tunggu hingga air menyejuk;
• letakkan sebuah mangkuk di lantai di bawah turas;
• longgarkan turas itu sedikit supaya air dapat keluar perlahan-lahan;
• setelah selesai, ketatkan turas itu semula.
6.Mengelakkan sejuk-beku
Jika suhu di tempat mesin ini berada dapat turun hingga kurang daripada 0°C, lakukan seperti berikut:
• Tutup pili air dan longgarkan hos air masuk daripada pili air.
• Letakkan hujung hos saliran dan hos air masuk dalam mangkuk yang diletakkan di atas lantai.
• Pilih program “D” (penyaliran) dan jalankan hingga mesin berhenti.
• Putar cakera pemilihan program ke O.
• Matikan mesin dengan menekan butang .
• Pasang dan ketatkan kembali hos air masuk dan letakkan hos saliran kembali di tempatnya.
Dengan cara ini, air yang tertinggal dalam mesin akan dikeluarkan, hingga mengelakkan terbentuknya air batu dan kerosakan bahagian yang terjejas.
Apabila anda menggunakan mesin ini lagi nanti, pastikan suhu ambien melebihi 0°C.
124971880EW1278W_MS.qxd 22-03-2000 16:09 Pagina 74
Page 25
BAHASA
MELAYU
75
Jika ada masalah
Masalah Kemungkinan puncanya
• Mesin tidak dapat dimulakan:
• Pintu tidak ditutup rapat. (E40)
• Mesin tidak dipasang plagnya atau tiada bekalan elektrik di soket.
• Fius utama terbakar.
• Cakera pemilihan program tidak betul kedudukannya.
• Butang MULA/JEDA belum ditekan.
• Opsyen MULA TERTUNDA telah dipilih.
• Mesin tidak mengisi air:
• Pili air tertutup. (E10)
• Hos air masuk tertindih atau terpiuh. (E10)
• Turas dalam hos air masuk tersumbat. (E10)
• Pintu tidak ditutup dengan betul. (E40)
• Mesin mengisi air kemudian terus menyalirkannya:
• Hujung hos saliran terlalu rendah kedudukannya. Sila rujuk perenggan berkenaan di bahagian “penyaliran air”.
• Mesin tidak menyalirkan air dan/atau tidak memutar:
• Hos saliran tertindih atau terpiuh. (E20)
• Opsyen atau telah dipilih.
• Turas saliran tersekat. (E20)
• Ada air di lantai:
• Terlalu banyak detergen atau detergen tidak sesuai digunakan (menjadikan terlalu banyak busa).
• Periksa kalau-kalau ada kebocoran daripada salah satu fitting hos air masuk. Kebocoran itu kadang kala sukar dilihat kerana air mengalir sepanjang hos; periksa sama ada hos itu lembab.
• Hos saliran rosak.
• Hasil cucian yang tidak memuaskan:
• Detergen tidak cukup atau detergen tidak sesuai digunakan.
• Tanda-tanda kotoran degil tidak dibersihkan dahulu sebelum membasuh.
• Suhu yang betul tidak dipilih.
• Beban pakaian terlalu berat.
• Mesin bergegar atau bising bunyinya:
• Bolt pengangkutan dan bungkah penyendal belum dikeluarkan.
• Kaki penyokong mesin belum dilaraskan.
• Pakaian tidak tersebar sama rata dalam dram.
• Mungkin jumlah pakaian terlalu sedikit dalam dram.
Masalah yang anda dapat huraikan sendiri.
Semasa operasi mesin, salah satu kod penggera yang berikut mungkin tertera di paparan dan pada masa yang sama, lampu penunjuk butang MULA/JEDA dan salah satu lampu berikut mula berkelip-kelip:
- E10 + : masalah bekalan air
- E20 + : masalah penyaliran air
- E40 + : pintu terbuka Setelah masalah itu dihapuskan, tekan butang MULA/JEDA bagi memulakan semula program. Jika setelah
memeriksa semuanya, masalah itu tidak reda juga, hubungi Pusat Servis.
124971880EW1278W_MS.qxd 22-03-2000 16:09 Pagina 75
Page 26
76
Jika anda tidak dapat mengenalpasti atau menghuraikan masalah, sila berhubung dengan pusat servis kami. Sebelum menelefon kami, catatkan model, nombor siri dan tarikh mesin dibeli: Pusat Servis akan memerlukan maklumat tersebut.
Mod. ..........
Prod. No. ...........
Ser. No. .........
Mod.
..........
Ser.
P0042
Hasil teknologi moden, mesin ini amat
menjimatkan. Penggunaan airnya rendah,
namun prestasinya cukup baik.
Masalah Kemungkinan puncanya
• Putaran lambat dimulakan atau pakaian tidak cukup diputar:
• Peranti pengesan ketidakseimbangan elektronik telah berfungsi kerana pakaian tidak tersebar sama rata dalam dram. Pakaian diagihkan dengan putaran dram arah terbalik. Hal ini mungkin berlaku beberapa kali hingga ketidakseimbangan itu hilang dan mesin dapat memutar seperti biasa. Jika setelah 15 minit pakaian masih belum tersebar sama rata dalam dram, mesin akan berputar pada kelajuan yang lebih rendah. Jika di akhir program pakaian tidak cukup diputar, agihkan beban pakaian dengan tangan dan pilih program putaran.
Mesin ini dipasang motor komutator yang
meningkatkan prestasi mesi.
• Pintu tidak dapat dibuka:
• Paras air di atas pinggir bawah pintu.
• Mesin sedang memanaskan air atau mengeringkan pakaian.
• Dram sedang berputar.
Pintu hanya boleh dibuka apabila lampu yang berkenaan padam.
124971880EW1278W_MS.qxd 22-03-2000 16:09 Pagina 76
Air dalam mesin tidak kelihatan.
Mesin mengeluarkan bunyi luar biasa.
P1035UK
P1034UK
Page 27
MADE IN ITALY
Loading...