Electrolux EW1078F User Manual [ms]

W A S H I N G M A C H I N E

M E S I N B A S U H

INSTRUCTION BOOKLET

BUKU PETUNJUK

EW 1078 F

GB

CN

124 971 780

MS

 

Pelanggan yang dihormati,

Sila baca petunjuk-petunjuk pengendalian ini dengan teliti dan beri perhatian khusus pada nota-nota keselamatan di beberapa halaman yang pertama. Kami sarankan agar anda menyimpan buku petunjuk ini untuk menjadi rujukan pada masa akan datang dan menyerahkannya kepada sesiapa yang memiliki mesin ini selepas anda.

Kerosakan dalam pengangkutan

Semasa mengeluarkan alat ini dari bungkusan, pastikan tiada kerosakan. Jika ragu-ragu, jangan gunakan dan hubungi Pusat Servis.

Simbol-simbol yang digunakan dalam buku ini bermaksud seperti berikut:

Segitiga amaran dan/atau kata kunci (Amaran!, Awas!) menegaskan maklumat yang khusus penting bagi keselamatan anda atau bagi penggunaan alat ini yang betul.

Maklumat yang memberikan petunjuk tambahan dan petua praktikal tentang penggunaan alat ini.

Saranan dan maklumat tentang penggunaan mesin secara berhemat dan melindungi alam sekitar.

Sumbangan kami untuk melindungi alam sekitar: kami menggunakan kertas endah alam sekitar.

48

Kandungan

Amaran

50-51

Pelupusan

51

Petua bagi melindungi

 

alam sekitar

51

Spesifikasi teknikal

52

Pemasangan

53

Mengeluarkan mesin

53

Penempatan

53

Saluran air masuk

53

Penyaliran air

54

Sambungan elektrik

54

Mesin basuh yang baru

55

Perihalan alat

55

Lampu penunjuk pintu terkunci

55

Laci detergen

55

Penggunaan

56

Panel kawalan

56

Kawalan

56-58

Fungsi

58

Maklumat program

59

Petua-petua membasuh

60

Mengisih pakaian

60

Suhu

60

Sebelum memasukkan pakaian

60

Beban maksimum

60

Berat pakaian

60

Menghapuskan tanda kotoran

60

Detergen dan perapi tambahan

61

Jujukan operasi

62-63

Program basuh

64

Program khas

65

Simbol kod basuh antarabangsa

66

Penyenggaraan

67

Badan mesin

67

Laci detergen

67

Turas saliran

67

Turas saluran air masuk

67

Penyaliran darurat

68

Mencegah sejuk-beku

68

Jika ada masalah

69-70

BAHASA MELAYU

49

Amaran

Amaran berikut diberikan demi menjaga keselamatan pada keseluruhannya. Anda mesti membacanya dengan cermat sebelum memasang atau menggunakan alat ini.

Pemasangan

Semua bahan penyendal dalaman mesti dikeluarkan sebelum menggunakan alat ini. Mesin atau perabot di sebelah-menyebelahnya boleh rosak teruk jika alat-alat pelindung pengangkutan ini tidak dikeluarkan atau tidak dikeluarkan semuanya. Sila rujuk perenggan yang berkenaan dalam buku petunjuk ini.

Semua kerja elektrik yang perlu untuk memasang alat ini mesti dilakukan oleh juruelektrik yang bertauliah.

Semua kerja perpaipan yang perlu untuk memasang alat ini mesti dilakukan oleh jurupaip yang bertauliah.

Setelah mesin dipasang, pastikan kabel bekalan elektrik tidak ditindih olehnya.

Jika alat ini diletakkan di atas lantai berpermaidani, pastikan udara dapat beredar bebas antara kakinya dengan lantai.

Penggunaan

Alat ini direkabentuk untuk kegunaan di rumah. Jangan gunakan untuk tujuan selain yang telah direkabentuk itu.

Gunakan untuk membasuh hanya kain yang direka untuk dibasuh dengan mesin. Patuhi petunjuk yang ternyata pada setiap label pakaian.

Jangan memasukkan pakaian melebihi beban yang dibenarkan bagi alat ini. Patuhi petunjuk yang terkandung dalam buku petunjuk ini.

Pastikan semua saku telah kosong. Benda-benda seperti wang logam, pin keselamatan, jarum dan skru boleh menyebabkan kerosakan besar.

Jangan basuh di mesin ini pakaian yang telah dibasahi petroleum, spirit, trikloretilena, dsb. Jika bendalir sedemikian telah digunakan untuk menanggalkan tanda-tanda kotoran sebelum membasuh, tunggulah dahulu hingga sejat seluruhnya sebelum memasukkan pakaian.

Isikan benda-benda kecil seperti stokin, tali pinggang, dsb dalam kantung kain atau sarung bantal supaya tidak tersepit antara dram dan tab.

Gunakan bahan pelembut kain mengikut sukatan yang disarankan sahaja. Jika berlebihan boleh merosakkan pakaian yang dicuci.

Biarkan pintu mesin renggang sedikit apabila alat ini tidak digunakan. Cara ini dapat memelihara kedap pintu dan mencegah terbentuknya bau hapak.

Setiap kali hendak membuka pintu, pastikan air telah disalirkan semuanya. Jika belum, salirkan air seperti yang ditunjukkan dalam buku petunjuk ini.

Cabut plag alat ini dan tutup pili air setelah selesai menggunakannya.

Keselamatan umum

Kerja-kerja baikpulih di mesin ini mesti dilakukan oleh kakitangan yang bertauliah sahaja. Baikpulih yang dilakukan oleh orang yang tidak berpengalaman boleh menyebabkan bahaya besar. Hubungi Pusat Servis setempat.

Jangan sekali-kali tarik kabel bekalan elektrik untuk mencabut plag dari soketnya; pegang dan cabut plag itu sendiri.

Semasa program bersuhu tinggi, kaca pintu boleh menjadi panas. Jangan sentuh!

50

Keselamatan kanak-kanak

Sering kali kanak-kanak tidak menyedari bahaya yang wujud pada alat-alat elektrik. Semasa mesin sedang beroperasi, kanak-kanak harus diawasi dengan hati-hati dan tidak dibiarkan bermainnya.

Komponen pembungkusan (misalnya lapik plastik, polistirena) boleh membahayakan kanak-kanak - bahaya mati lemas! Jauhkan daripada kanakkanak.

Semua detergen harus disimpan di tempat yang selamat jauh daripada jangkauan kanak-kanak.

Pastikan kanak-kanak atau haiwan peliharaan tidak memanjat masuk ke dalam dram.

Apabila alat ini hendak dilebur, potong kabel bekalan elektriknya dan musnahkan plag bersama sisa kabel. Rosakkan kancing pintu supaya kanakkanak tidak akan terperangkap di dalam semasa bermain.

Pelupusan

Bahan pembungkusan

Bahan yang ditandakan dengan simbol adalah bahan yang boleh dikitar semula.

>PE<=polietilena

>PS<=polistirena

>PP<=polipropilena

Hal ini bererti bahan-bahan tersebut boleh dikitar semula dengan melupuskannya dengan cara yang betul dalam bekas pemungutan yang sesuai.

Mesin

Gunakan tapak pelupusan yang disahkan bagi alat yang lama. Bersama-sama kita jaga kebersihan negara!

Petua bagi melindungi alam sekitar

Demi menjimatkan air dan tenaga serta membantu melindungi alam sekitar, kami sarankan supaya petua-petua berikut dipatuhi:

Pakaian yang biasa kotornya boleh dibasuh tanpa prabasuh. Cara ini menjimatkan detergen, air dan masa (dan melindungi alam sekitar juga!).

Mesin ini lebih menjimatkan jika diisikan beban penuh.

Jika dibersihkan secukupnya sebelum dibasuh, tanda-tanda dan kotoran sedikit-sedikit boleh dihapuskan; seterusnya pakaian dapat dibasuh pada suhu lebih rendah.

Sukat detergen menurut takat kesadahan air, takat kekotoran pakaian dan jumlah pakaian yang hendak dicuci.

BAHASA MELAYU

51

Spesifikasi teknikal

DIMENSI

Tinggi

85 cm

 

Lebar

60 cm

 

Panjang ke dalam

58 cm

 

 

 

BEBAN MAKSIMUM

Kapas

6.5 kg

 

Sintetik

3.0 kg

 

Bahan halus

3.0 kg

 

Bahan wul

2 kg

 

 

 

KELAJUAN PUTARAN

 

1000 rpm maks.

 

 

VOLTAN/FREKUENSI BEKALAN KUASA

220-230 V/50 Hz

JUMLAH KUASA TERSERAP

 

2200 W

PERLINDUNGAN FIUS MINIMUM

 

10 A

 

 

 

TEKANAN AIR

Minimum

500 kPa

 

Maksimum

800 kPa

Alat ini mematuhi Arahan EEC berikut:

73/23/EEC bertarikh 19/02/73 tentang voltan rendah

89/336/EEC bertarikh 03/05/89 tentang keserasian elektromagnet.

52

Electrolux EW1078F User Manual

Pemasangan

Mengeluarkan mesin

Semua bolt dan bungkah penyendal pengangkutan mesti dikeluarkan sebelum menggunakan alat ini.

Anda dinasihatkan supaya menyimpan semua bahan pengangkutan supaya dapat dipasangkan semula jika mesin perlu dipindahkan lagi.

1.Dengan menggunakan sepana, longgarkan dan tanggalkan bolt di belakang sebelah kanan. Baringkan mesin di atas bahagian belakangnya, dan pastikan hos tidak tertindih. Hal ini dapat dielakkan dengan mengalaskan satu bungkah penyendal sudut sebagai pelapik antara mesin dengan lantai.

P0255

2.Keluarkan bungkah polistirena dari bawah mesin dan lepaskan dua kantung plastik.

3.Dengan hati-hati, tanggalkan kantung di kanan

(1) dan kemudian kantung di kiri (2) dengan menariknya ke arah tengah mesin.

4.Longgarkan dan tanggalkan kaki mesin.

P1065

2

1

P1066

 

5.Pasangkan kekisi (A) di bahagian bawah mesin dengan menggunakan empat skru (B) yang disediakan dalam kantung buku arahan. Pasangkan kembali kaki mesin.

B

B

A

B

B

P1067

6.Tegakkan mesin dan tanggalkan dua lagi bolt di belakang.

7.Cabut tiga batang peruang plastik dari lubang tempat bolt dimasukkan.

8.Sumbat lubangnya dengan palam yang disediakan di belakang mesin.

P0256

Penempatan

P0020

BAHASA

MELAYU

 

 

Pasangkan mesin di atas lantai yang keras dan datar. Pastikan peredaran udara di sekitar mesin tidak terganggu oleh permaidani dan sebagainya. Pastikan mesin tidak menyentuh dinding atau peralatan dapur yang lain.

Ratakan kedudukan mesin dengan berhati-hati memutar skru kakinya naik atau turun. Jangan alaskan kadbod, kepingan kayu atau bahan lain di bawah mesin untuk meratakannya.

P1051

Saluran air masuk

Sambungkan hos air masuk ke pili air yang mempunyai ulir 3/4”.

Satu lagi hujung hos air masuk itu, yang disambungkan ke mesin, dapat diputarkan ke arah manapun. Longgarkan saja pemasangan itu, putarkan hos, kemudian ketatkan semula sambil memastikan tiada kebocoran air.

P1088

P0021

53

- Bumi
- Neutral
- Dawai Hidup

Jangan panjangkan hos air masuk. Jika terlalu pendek dan anda tidak mahu mengalihkan pili air, anda perlu membeli hos baru yang lebih panjang dan khusus dibuat untuk kegunaan seperti ini.

Penyaliran air

Hujung hos saliran dapat diletakkan tiga cara:

Disangkutkan pada pinggir besen cuci menggunakan pandu hos plastik yang disediakan bersama mesin. Dalam hal ini, pastikan hujung hos itu tidak dapat terlepas apabila mesin menyalirkan air.

Ini dapat dilakukan dengan mengikatnya pada pili dengan tali ataupun menyematkannya pada dinding.

P0022

Dalam satu cabang paip besen cuci. Cabang ini mesti berada di atas perangkap kotoran paip dan bengkokannya mesti berada sekurang-kurangnya 60 cm di atas lantai.

Langsung ke dalam paip saliran pada paras sekurang-kurangnya 60 cm dan tidak lebih daripada 90 cm.

Hujung hos saliran mesti sentiasa diudarakan, ertinya, garispusat dalam paip saliran mesti lebih besar daripada garispusat luar hos saliran.

Jangan biarkan hos saliran terpiuh. Lalukan di atas lantai; bahagian yang hampir dengan titik saliran sahaja yang perlu ditinggikan.

P0023

Sambungan elektrik

Mesin ini direkabentuk untuk menggunakan bekalan kuasa 220-230 V, fasa tunggal, 50 Hz.

Periksa sama ada bekalan elektrik rumah anda dapat menerima beban maksimum yang diperlukan (2.2 kW), dengan mengambil kira perkakas elektrik lain yang digunakan.

AMARAN: PERKAKAS INI MESTI

DIBUMIKAN.

Pihak pengeluar menolak segala liabiliti sekiranya langkah keselamatan ini tidak dipatuhi.

Mesin ini dibekalkan dengan plag yang dipasang fius 13 amp.

Jika fius tersebut perlu digantikan, fius 13amp yang diluluskan ASTA (BS1363A) mesti digunakan.

Jika plag perlu digantikan atas sebab apapun, lakukan seperti berikut.

Wayar bekalan elektrik diwarnakan mengikut kod berikut:

Hijau Kuning

Biru

Coklat

Wayar hijau kuning mesti dipasang pada pangkalan bertanda «E» atau berlambang bumi atau berwarna hijau kuning.

Wayar biru mesti dipasang pada pangkalan bertanda «N» atau berwarna hitam.

Wayar coklat mesti dipasang pada pangkalan bertanda «L» atau berwarna merah.

Setelah siap dipasang, pastikan plag tidak mengandungi lembar wayar terpotong atau terputus. Pengapit kabel mesti teguh mengikat sarung luar.

AMARAN:

Plag yang dipotong jika dibiarkan dalam soket 13 amp menimbulkan bahaya keselamatan (kejutan) yang serius. Pastikan plag yang dipotong dibuang dengan selamat.

54

Loading...
+ 17 hidden pages