Cari kata kunci seperti “bateri” dan “pasang” untuk mencari topik. Sekiranya anda
menggunakan Adobe Acrobat Reader untuk membaca dokumen ini, tekan Ctrl+F pada
Windows atau Command+F pada Mac untuk memulakan pencarian.
Menavigasi ke sesebuah Topik
Lihat senarai topik yang lengkap dalam senarai kandungan. Klik pada topik untuk menavigasi
ke bahagian tersebut.
Mencetak Dokumen ini
Dokumen ini menyokong percetakan beresolusi tinggi.
Menggunakan Manual ini
Petunjuk
PentingPembayang dan Petua
Sebelum Mengguna
Baca dokumen berikut sebelum menggunakan DJI OM 5:
1. Panduan Keselamatan
2. Panduan Mula Pantas
3. Manual Pengguna
Video Tutorial
Adalah disarankan untuk menonton semua video tutorial di laman web rasmi DJI (www.dji.
com/om-5/video) atau dalam aplikasi DJI Mimo. Baca panduan keselamatan serta panduan
mula pantas sebelum menggunakan alat untuk pertama kali. Rujuk manual pengguna ini untuk
maklumat lebih lanjut.
Memuat turun Aplikasi DJI Mimo
Imbas kod QR untuk memuat turun versi aplikasi DJI Mimo yang terkini.
DJI Mimo versi iOS adalah serasi dengan iOS v12.0 dan seterusnya. DJI Mimo versi
Android adalah serasi dengan Android v8.0 dan seterusnya.
Dengan bercirikan penstabilan 3 paksi serta rod sambungan terbina dalam, DJI OM 5 yang ringan
ini dapat merealisasikan potensi sebenar telefon bimbit anda. Reka bentuknya yang boleh lipat
dan bermagnet menjadikannya senang dipasang serta mudah untuk dibawa dan disimpan. DJI
OM 5 dapat beroperasi dalam kedudukan potret dan landskap, serta dalam mod tegak, anduh
bawah, pegang sisi dan mod kedudukan rendah yang membantu anda menangkap gambar yang
sempurna. Pertingkatkan tahap gambar dan video anda melalui DJI Mimo dengan ActiveTrackTM
4.0, Hiperselang, Selang Masa, DynamicZoom, dan Pano. ShotGuides yang serba baharu
menyediakan tutorial langkah demi langkah berdasarkan senario dan membantu anda menghasilkan video yang dapat anda kongsi di media sosial.
Untuk mengecas DJI OM 5, sambungkan penyesuai USB (tidak disertakan) ke port pengecasan
menggunakan kabel elektrik (disertakan). Bateri dicas penuh apabila penunjuk tahap bateri mati.
Tempoh mengecas: 1.5 jam (diuji menggunakan pengecas 10 W pada suhu persekitaran 25° C)
Tempoh operasi maksimum: 6 jam (diuji dengan gimbal yang seimbang dan dipegang dengan
stabil. Nilai ini harus diambil sebagai rujukan sahaja)
Memasang Telefon
1. DJI OM 5 dilipatkan ketika dibungkuskan. Buka gimbal seperti yang ditunjukkan.
2. Lekatkan pengapit telefon magnetik di bahagian tengah telefon. Pengapit telefon magnetik
boleh diregangkan. Tanda kamera harus menghala ke arah kamera telefon.
3. Sejajarkan tanda pada pengapit telefon dengan tanda pada plat pelekap pengapit telefon.
Lekapkan telefon bimbit pada DJI OM 5.
4. Tekan dan tahan butang M untuk menghidupkan DJI OM 5.
5. Rod sambungan terbina dalam boleh dipanjangkan hingga 215 mm dan sudut dapat
dilaraskan dari 0 hingga 90°.
Pastikan arah pengapit telefon magnetik
sama seperti yang ditunjukkan dan ia
berada di tengah-tengah telefon. Jika
tidak, prestasi gimbal mungkin akan
terjejas.
Laraskan pengapit telefon dan pastikan
ia dalam keadaan menegak yang sama
seperti telefon.
Untuk prestasi yang optimum, gunakan
pad pengalas yang disediakan jika
menggunakan telefon dengan ketebalan
kurang daripada 7.5 mm atau berat
kurang daripada 170 g.
Lekapkan telefon bimbit anda sebelum
menghidupkan DJI OM 5. Sekiranya
telefon bimbit tidak dikesan, DJI OM 5
akan bergetar dan bertukar ke mod
tunggu sedia. Untuk membatalkan mod
tunggu sedia, tekan mana-mana butang
setelah melekapkan telefon bimbit.
Setelah dihidupkan, DJI OM 5 akan secara automatik bertukar ke mod ikut. Gimbal
menukarkan pergerakan pembidik kepada peralihan pendar dan kecondongan yang lancar
serta mengurangkan kesan getaran semula jadi. Telefon bimbit juga boleh dilaraskan dengan
menggunakan tangan.
Fungsi Butang dan Port
Butang M
Apabila Dimatikan
Tekan sekali: periksa tahap bateri.
Tekan dan tahan: hidupkan.
Apabila Dihidupkan
Tekan sekali: beralih antara mod foto atau video (secara lalai) atau masuk tetapan
pantas (fungsi ditetapkan dalam DJI Mimo).
Tekan dua kali: tukar ke mod tunggu sedia (tekan sebarang butang untuk keluar
daripada mod ini).
Tekan empat kali: beralih antara mod FPV dan ikut.
Tekan dan tahan: matikan.
Butang Pengatup/Rakam
Tekan sekali: ambil gambar atau mulakan atau hentikan rakaman.
Tekan dan tahan: untuk penggambaran letusan apabila berada dalam mod foto.
Butang Tukar
Tekan tiga kali: beralih antara kamera depan dan belakang.
Tekan dua kali: beralih antara mod landskap dan potret.
Pembidik
Gerakkan secara menegak untuk mencondongkan telefon bimbit. Gerakkan
secara mendatar untuk memendarkan telefon bimbit. Arah kawalan pembidik
boleh ditetapkan dalam DJI Mimo. Ciri pembidik juga dapat ditetapkan untuk
menukar tetapan pantas.
Gelangsar Zum
Gerakkan gelangsar ke kedudukan + untuk membesarkan subjek dan gerakkan
gelangsar ke kedudukan - untuk mengecilkannya. Tolak gelangsar sekali untuk
menukar zum sekali. Tolak gelangsar secara berterusan untuk menukar zum
secara berterusan.
Menunjukkan tahap bateri DJI OM 5. Rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut.
Penunjuk ditakrifkan seperti di bawah.
LED menyala. LED mati.
LED berkelip. LED berkelip pantas.
Corak KelipanTahap Bateri
Tahap Bateri > 65%
45% < Tahap Bateri ≤ 65%
30% < Tahap Bateri ≤ 45%
20% < Tahap Bateri ≤ 30%
10% < Tahap Bateri ≤ 20%
2% < Tahap Bateri ≤ 10%
Tahap Bateri ≤ 2%
Penunjuk Status Sistem
Menunjukkan status semasa.
Corak KelipanPenerangan
Kuning paduTiada sambungan Bluetooth
Hijau paduBluetooth disambungkan
Denyutan kuning atau hijauMod tunggu sedia
Berkelip merah dan hijau secara
berselang-seli
Merah padu
Berkelip biru tiga kali dan kemudian
bertukar menjadi hijau padu
Berkelip hijau tiga kali dan kemudian
bertukar menjadi hijau padu
Mengemas kini perisian tegar/kemas kini
perisian tegar gagal
Gimbal tidak normal (seperti suhu terlalu
rendah atau tinggi atau bateri dinyahcas
secara berlebihan)
Bertukar ke mod FPV
Keluar daripada mod FPV
DJI OM 5
Picu
Tekan dan tahan untuk mengaktifkan mod kunci. Dalam mod kunci, gimbal tidak akan
mengikut pergerakan pemegang. Lepaskan picu untuk keluar daripada mod kunci.
Tekan sekali untuk memulakan atau menghentikan ActiveTrack 4.0 (perlu
digunakan bersama DJI Mimo).
Tekan dua kali untuk meletakkan gimbal ke tengah semula. Semasa menggunakan
ActiveTrack 4.0, kedudukan gimbal akan beralih semula ke tengah paparan kamera.
Tekan sekali, dan kemudian tekan serta tahan untuk mengaktifkan mod Sukan.
Lepaskan picu untuk keluar daripada mod Sukan.
Dalam mod Sukan, kelajuan ikut gimbal meningkat untuk menangkap pergerakan
pantas.
Sambungan Bluetooth boleh diset semula sekiranya DJI OM 5 tidak dapat disambungkan
atau tidak dapat dikesan. Tekan butang tukar, butang pengatup/rakam dan picu serentak
untuk menetapkan semula sambungan Bluetooth. Sambungan Bluetooth berjaya ditetapkan
semula apabila penunjuk status sistem bertukar daripada hijau ke kuning. Cari DJI OM 5 dan
sambungkan semula.
DJI OM 5
Port Pengecasan (USB-C)
Caskan DJI OM 5 dengan menyambungkan penyesuai USB ke port ini.
Port UNC 1/4"-20
Port UNC 1/4"-20 dapat digunakan untuk memasang tripod.
Lubang Skru M3×0.5
Digunakan untuk memasang berat pengimbang. Berat pengimbang perlu
digunakan jika kanta kamera atau mikrofon dipasang pada telefon bimbit.
Pastikan jumlah berat kesemua aksesori ini kurang daripada 290 g.
Lubang Lanyard
Lubang lanyard boleh digunakan untuk memasang tali pergelangan tangan.
DJI OM 5 akan dimatikan secara automatik jika tiada operasi selama tiga minit dalam
mod tunggu sedia.
Rajah di bawah menggambarkan mod operasi ketika menggunakan OM 5 dalam mod potret.
Mod operasi yang sama terpakai apabila ia digunakan dalam mod landskap.
Mod Tegak
Mod tegak boleh digunakan tanpa input
selanjutnya daripada pengguna. Dalam mod
ini, tekan butang picu dua kali dengan cepat
untuk memusatkan kedudukan telefon
bimbit.
Mod Pegang Sisi
Putar DJI OM 5 sebanyak 90° ke kanan
atau ke kiri untuk beralih daripada mod
Tegak ke mod Pegang Sisi. Tekan picu
dua kali dengan cepat untuk memusatkan
kedudukan telefon bimbit.
Mod Anduh Bawah
Pegang DJI OM 5 secara terbalik untuk
mengaktifkan mod anduh bawah. Dalam mod
ini, telefon bimbit dapat menangkap gambar
dengan mudah dari kedudukan yang lebih
rendah. Tekan picu dua kali dengan cepat
untuk memusatkan kedudukan telefon bimbit.
Mod Kedudukan Rendah
Panjangkan rod sambungan yang
terbina dalam dan laraskan sudut ke
mod Kedudukan Rendah. Gunakan mod
Kedudukan Rendah untuk mengambil
gambar dari sudut rendah.
Tonton suapan video HD langsung di skrin telefon bimbit anda menerusi aplikasi DJI Mimo.
Aplikasi ini juga membolehkan anda untuk menggunakan mod Hiperselang, Selang masa,
ActiveTrack 4.0, DynamicZoom serta Pano. Ia juga membolehkan anda mengkongurasi tetapan
kamera dan gimbal hanya dengan beberapa ketikan.
Peranti: ketik untuk menyambung ke DJI OM 5. Setelah disambungkan, DJI Mimo akan
menunjukkan paparan kamera.
Akademi: ketik untuk menonton tutorial dan melihat manual.
Editor AI: menyediakan beberapa templat untuk mengedit foto atau video.
Utama: ketik untuk kembali ke skrin utama.
Album: urus dan lihat rakaman dari telefon atau peranti DJI.
Edit: ketik untuk mengedit foto atau video dari DJI OM 5 atau mengimport serta mengedit dari
peranti mudah alih.
Profil: daftar atau log masuk ke akaun DJI. Lihat kerja dan tetapan, periksa sukaan dan
pengikut, hantar mesej kepada pengguna lain serta bersambung dengan Kedai DJI.
Menyambung ke Aplikasi DJI Mimo
1. Hidupkan DJI OM 5.
2. Aktifkan Bluetooth pada telefon bimbit dan sambungkan ke peranti dengan nama awalan OM 5
di DJI Mimo.
3. Pengguna diminta untuk membenarkan akses ke maklumat tertentu semasa menggunakan
DJI Mimo untuk pertama kali. Maklumat yang tepat akan disenaraikan dalam prom.
Sambungan internet diperlukan.
4. DJI OM 5 akan diaktifkan setelah kebenaran dan aplikasi akan menunjukkan paparan kamera.
Apabila disambungkan melalui Bluetooth, DJI OM 5 dapat mengawal kamera telefon bimbit
tanpa DJI Mimo. Rujuk Senarai Keserasian Telefon Bimbit untuk maklumat lebih lanjut.
Paparan Kamera
12
34 5 6 78
16
1.0x
15
1314
1. Utama
Ketik untuk kembali ke skrin utama.
2. ShotGuides
ShotGuides menyediakan tutorial pengambilan gambar langkah demi langkah mengikut
senario dan membantu pengguna menghasilkan video.
3. Kotak Pilih ActiveTrack
ActiveTrack 4.0 telah dioptimumkan untuk menjejak subjek manusia dengan model kepala
dan bahu berserta pengesanan wajah menggunakan algoritma pembelajaran mendalam.
Subjek akan tetap berada di tengah paparan kamera secara lalai. Paparan kamera boleh
dilaraskan secara manual. Terdapat tiga cara untuk menggunakan ActiveTrack 4.0:
a. Seret kotak pada skrin dalam paparan kamera di DJI Mimo. Kotak hijau di sekitar subjek
menunjukkan ActiveTrack 4.0 berjaya diaktifkan. Ketik ikon X di sudut atas untuk berhenti
menjejak.
b. Aktifkan Kawalan Gerak Isyarat di DJI Mimo dan lakukan gerak isyarat telapak tangan
atau V selama satu hingga dua saat ketika menghadap kamera. Kamera belakang akan
mengesan kepala dan bahu terdekat dan mula menjejak subjek. Kamera depan akan
mengesan wajah yang paling hampir dan mula menjejak subjek.
Perbezaan antara penjejakan kepala dan bahu serta penjejakan wajah adalah penjejakan
kepala dan bahu menyokong penjejakan 360° sementara penjejakan wajah tidak. Julat
penjejakan kamera juga berbeza. Julat pengesanan antara kamera belakang dan gerak
isyarat adalah 0.5 hingga 4 m, dan jarak antara kamera depan dan gerak isyarat adalah
0.5 hingga 2 m. Sila ambil perhatian bahawa ActiveTrack 4.0 mungkin menggunakan lebih
banyak kuasa dan menyebabkan suhu telefon bimbit meningkat.
c. Tekan picu sekali untuk memulakan atau menghentikan ActiveTrack 4.0. Semasa
menggunakan ActiveTrack 4.0, gerakkan pembidik untuk melaraskan paparan kamera.
Lakukan gerak isyarat telapak tangan atau V untuk berhenti merakam.
4. Tahap Bateri Gimbal
Memaparkan tahap bateri semasa gimbal.
DJI OM 5
5. Tahap Bateri Telefon Bimbit
Memaparkan tahap bateri semasa telefon bimbit.
6. Denyar
Memaparkan status denyar.
7. Mod Gimbal
Memaparkan mod gimbal semasa: Ikut, Kecondongan Dikunci, FPV atau SpinShot.
8. Tukar Kamera Depan/Belakang
Ketik untuk beralih antara kamera depan dan kamera belakang telefon bimbit anda.
9. Mod Penggambaran
Tatal untuk memilih mod penggambaran.
Hiperselang: membolehkan untuk menangkap foto Selang Masa semasa menggerakkan
telefon bimbit. Ketik butang pengatup untuk memulakan.
Selang masa: terdapat empat jenis selang masa (Sudut Tetap, L ke R, R ke L, dan Gerakan
Tersuai). Setelah memilih selang masa, ketik tetapan di bahagian atas skrin. Untuk Sudut
Tetap, L ke R, dan R ke L, tetapkan selang dan jangka masa dan mulakan penggambaran.
Untuk Gerakan Tersuai, pilih hingga empat posisi dan gimbal akan bergerak ke setiap posisi
mengikut urutan.
DynamicZoom: pilih daripada mod Gerak Ke Luar dan Gerak Ke Dalam. Setelah memilih
mod, seret kotak untuk memilih subjek dan ketik butang pengatup untuk mula merakam.
Gerakan Perlahan: ketik untuk merakam video pada gerak perlahan 4x dan 8x.
Video: ketik untuk merakam video biasa.
Foto: ketik untuk mengambil gambar syot tunggal. Tekan dan tahan untuk penggambaran letusan.
Pano: ketik untuk mengambil gambar panorama 3x3, 240° atau CloneMe.
Cerita: menyediakan beberapa templat untuk merakam video.
10. Butang Pengatup
Ketik untuk menangkap gambar atau untuk memulakan atau menghentikan rakaman video.
11. Suis Kawalan Gerak Isyarat
Ketik untuk mengakses tetapan Kawalan Gerak Isyarat.
OFF
12. Main Semula
Ketik untuk melihat foto dan video.
13. Zum
1.0x
Letakkan dua jari pada skrin dan jarakkan untuk membesarkan atau rapatkan
untuk mengecilkannya.
14. Parameter Penggambaran
1/100
080
Memaparkan kelajuan pengatup, nilai ISO dan EV.
15. Tetapan
Tetapan Kamera
Tetapan berbeza-beza bergantung pada mod penggambaran. Sila ambil perhatian bahawa
tetapan denyar, keseimbangan putih dan grid hanya tersedia ketika menggunakan kamera
belakang. Untuk peranti iOS, Balikan Swafoto hanya tersedia apabila menggunakan kamera
depan dalam mod foto dan video. Untuk peranti Android, Balikan Swafoto hanya tersedia
dalam mod foto.
Tetapan Gimbal
Mod Gimbal
a. Ikut: paksi pendar dan kecondongan mengikut.
b. Kecondongan Dikunci: hanya paksi pendar yang mengikut.
c. FPV: paksi pendar, kecondongan dan putaran mengikut.
d. SpinShot: paksi pendar, kecondongan dan putaran mengikut. Pembidik boleh digunakan
untuk mengawal putaran paksi putaran.
Suis Mod Sukan: ketik untuk mengaktifkan atau melumpuhkan mod Sukan. Dalam Mod
Sukan, kelajuan ikut gimbal meningkat dengan banyak. Ia sesuai untuk penggambaran dalam
senario di mana subjek bergerak secara tiba-tiba dan pada kelajuan yang pantas.
Kelajuan Zum: ketik untuk menetapkan kelajuan zum semasa menggunakan gelangsar zum.
Kelajuan Pembidik: ketik untuk menetapkan kelajuan maksimum semasa mengawal
pembidik. Terdapat pilihan Pantas, Sederhana dan Perlahan.
Gunakan DJI Mimo untuk mengemas kini perisian tegar DJI OM 5. Kira-kira tiga minit diperlukan
untuk melengkapkan kemas kini.
Cara Mengemas kini
Sebelum memulakan kemas kini, pastikan tahap bateri sekurang-kurangnya 15% (sekurangkurangnya dua penunjuk tahap bateri menyala). Sambungkan DJI OM 5 ke peranti mudah alih anda
dan lancarkan DJI Mimo. Anda akan diprom jika kemas kini baharu perisian tegar tersedia. Untuk
mula mengemas kini, sambungkan peranti mudah alih anda ke internet dan ikuti arahan di skrin.
Jangan keluar daripada DJI Mimo semasa mengemas kini perisian tegar. Perhatikan arahan di
skrin. Penunjuk status sistem akan berkelip hijau serta merah secara berselang-seli dan menjadi
hijau padu setelah kemas kini perisian tegar berjaya dilengkapkan.
Sekiranya kemas kini tidak berjaya, mulakan semula DJI OM 5 dan DJI Mimo, sambungkan
semula Bluetooth dan cuba semula.
Penyimpanan
DJI OM 5 direka bentuk boleh dilipat untuk disimpan dan dibawa dengan lebih mudah. Pastikan
untuk memendekkan semula rod sambungan terbina dalam dan melipat OM 5 setelah ia
dimatikan. Putar paksi pendar dan condong seperti yang ditunjukkan dan lipat gimbal. Tanda
lengan paksi harus masuk ke lubang pada pemegang. Putar paksi pendar seperti yang
ditunjukkan.