Dji Mini 3 User Manual v1.2 [ms]

Manual Pengguna
v1.2
2024.01
Mencari Kata Kunci
Cari kata kunci seperti “bateri” dan “pasang” untuk mencari topik. Sekiranya anda menggunakan Adobe Acrobat Reader untuk membaca dokumen ini, tekan Ctrl+F pada Windows atau Command+F pada Mac untuk memulakan carian.
Menavigasi ke Topik
Mencetak Dokumen ini
Dokumen ini menyokong percetakan beresolusi tinggi.

Menggunakan manual ini

Petunjuk

Penting Petua dan Tip Rujukan

Baca Sebelum Penerbangan Pertama

Baca dokumen berikut sebelum menggunakan DJITM Mini 3:
1. Panduan Keselamatan
2. Panduan Mula Pantas
3. Manual Pengguna
Adalah disarankan untuk menonton semua video tutorial di laman web rasmi DJI dan membaca panduan keselamatan sebelum menggunakannya untuk pertama kali. Bersiap sedia bagi penerbangan pertama anda dengan menyemak panduan permulaan pantas dan merujuk kepada manual pengguna ini untuk maklumat lebih lanjut.

Tutorial Video

Pergi ke alamat di bawah atau imbas kod QR di sebelah kanan untuk menonton video tutorial DJI Mini 3 yang menunjukkan cara menggunakan DJI Mini 3 dengan selamat:
https://s.dji.com/guide43

Muat turun Aplikasi DJI Fly

Pastikan anda menggunakan DJI Fly semasa penerbangan. Imbas kod QR di atas untuk memuat turun versi terkini.
•Alat kawalan jauh DJI RC, yang mengandungi aplikasi DJI Fly yang siap dipasang. Pengguna dikehendaki memuat turun DJI Fly ke peranti mudah alih mereka apabila menggunakan alat kawalan jauh DJI RC-N1.
•DJI Fly versi Android serasi dengan Android v7.0 dan yang lebih baharu. DJI Fly versi iOS serasi dengan iOS v11.0 dan yang lebih baharu.
* Untuk keselamatan yang lebih tinggi, penerbangan dihadkan pada ketinggian 98.4 kaki (30 m) dan dengan
jarak 164 kaki (50 m) ketika tidak bersambung atau melog masuk ke aplikasi semasa penerbangan. Ini terpakai untuk DJI Fly dan semua aplikasi yang serasi dengan pesawat DJI.

Muat turun DJI Assistant 2 (Siri Dron Pengguna)

Muat turun DJI ASSISTANTTM 2 (Siri Dron Pengguna) di http://www.dji.com/mini-3/downloads
•Suhu operasi produk ini adalah -10° hingga 40°C. Ia tidak memenuhi suhu operasi standard untuk aplikasi gred ketenteraan (-55° hingga 125° C) yang diperlukan bagi menahan kepelbagaian persekitaran yang lebih besar. Kendalikan produk dengan betul dan hanya untuk aplikasi yang memenuhi keperluan julat suhu operasi gred tersebut.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
1
Kandungan
Menggunakan manual ini
Petunjuk
Baca Sebelum Penerbangan Pertama
Tutorial Video
Muat turun Aplikasi DJI Fly
Muat turun DJI Assistant 2 (Siri Dron Pengguna)
Profil Produk
Pengenalan
Menggunakan buat Kali Pertama
Gambar rajah
Pesawat
Mod Penerbangan
Petunjuk Status Pesawat
Pemindahan Pantas
Kembali ke Tempat Mula
Sistem Penglihatan dan Sistem Pengesanan Inframerah
Mod Penerbangan Pintar
Perakam Penerbangan
Bebaling
Bateri Penerbangan Pintar
Gimbal dan Kamera
1
1
1
1
1
1
5
5
5
8
12
12
13
14
15
17
20
21
21
23
30
Alat Kawalan Jauh
DJI RC
DJI RC-N
Aplikasi DJI Fly
Tempat Mula
Paparan Kamera
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
2
33
33
1 41
48
48
48
DJI Mini 3
Manual Pengguna
Penerbangan
Keperluan Persekitaran Penerbangan
Mengendalikan Pesawat Dengan Bertanggungjawab
Had Penerbangan
Senarai Semak Pra-Penerbangan
Perlepasan/Pendaratan Automatik
Memulakan/Menghentikan Motor
Ujian Penerbangan
Lampiran
Spesifikasi
Keserasian
Kemas Kini Perisian Tegar
Senarai Semak Pasca Penerbangan
Arahan Penyelenggaraan
Prosedur Penyelesaian Masalah
Risiko dan Amaran
Pelupusan
Pensijilan C
Maklumat Selepas Jualan
0 71
54
54
55
55
57
58
59
60
61
61
67
68
69
69
70
71
71
73
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
3
Profil Produk
Bahagian ini memperkenalkan DJI Mini 3 dan menyenaraikan komponen pesawat serta alat kawalan jauh.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
4

Profil Produk

Pengenalan

DJI Mini 3 mempunyai reka bentuk boleh lipat dan berat ultra ringan yang kurang dari 249 g. Menampilkan Sistem Penglihatan Ke Bawah dan Sistem Pengesanan Inframerah, DJI Mini 3 boleh mengambang dan terbang di dalam dan juga di luar serta memulakan Kembali ke Tempat Mula secara automatik. Pesawat itu mempunyai masa penerbangan maksimum 38 minit apabila menggunakan Bateri Penerbangan Pintar, dan masa penerbangan maksimum selama 51 minit apabila menggunakan Bateri Penerbangan Pintar Plus.
DJI Mini 3 boleh berfungsi dengan alat kawalan jauh DJI RC dan alat kawalan jauh DJI RC-N1. Rujuk bahagian Alat Kawalan Jauh untuk butiran lanjut.
Sorotan Ciri
Gimbal dan Kamera: Dengan gimbal 3 paksi yang stabil dan kamera sensor 1/1.3-in, DJI Mini
3 berupaya merakam video 4K dan foto 12MP. Ia juga menyokong penukaran antara mod Landskap dan mod Potret dengan satu ketikan dalam DJI Fly.
Transmisi Video: Dengan teknologi transmisi jarak jauh OCUSYNCTM 2.0 DJI Mini 3 menawarkan jarak transmisi maksimum sejauh 10 km dan kualiti video dari pesawat ke aplikasi DJI Fly sehingga 720p 30fps. Alat kawalan jauh berfungsi pada 2.4 serta 5.8 GHz dan mampu memilih saluran transmisi terbaik secara automatik.
Mod Penerbangan Pintar: Nikmati mod penerbangan pintar seperti Syot Pantas dan Panorama, sementara Pemindahan Pantas menjadikan muat turun foto serta video lebih mudah dan cekap.
•Masa penerbangan maksimum telah diuji dalam persekitaran tanpa angin berhampiran paras laut semasa terbang pada kelajuan konsisten 13 mph (21.6 kmj).
•Alat kawalan jauh mencapai jarak transmisi maksimum (dalam mod FCC) di kawasan terbuka yang luas tanpa gangguan elektromagnetik pada ketinggian sekitar 120 m (400 kaki).
•Frekuensi 5.8 GHz tidak disokong di beberapa kawasan, di mana ia akan dinyahaktifkan secara automatik. Sentiasa patuhi undang-undang dan peraturan tempatan.
•Bateri Penerbangan Pintar Plus tersedia di beberapa negara dan wilayah sahaja. Lawati kedai dalam talian rasmi DJI untuk maklumat lanjut.
•Berat maksimum berlepas adalah lebih daripada 249 g jika pesawat digunakan dengan Bateri Penerbangan Pintar Plus. Pastikan anda mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan untuk berat berlepas.

Menggunakan buat Kali Pertama

Menyediakan Pesawat
Semua lengan pesawat dilipat sebelum pesawat dibungkus. Ikuti langkah di bawah untuk membuka pesawat.
1. Tanggalkan pelindung gimbal dari kamera.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
5
DJI Mini 3
2. Semua Bateri Penerbangan Pintar berada dalam mod hibernasi sebelum dihantar untuk
3. Buka lengan belakang, diikuti dengan lengan depan, dan kemudian bebaling.
Manual Pengguna
memastikan keselamatan. Sambung pengecas USB kepada port USB-C pada pesawat bagi mengecas dan mengaktifkan Bateri Penerbangan Pintar buat pertama kali.
•Adalah disarankan untuk menggunakan Pengecas USB-C DJI 30W atau pengecas Penghantaran Kuasa USB yang lain.
•Voltan pengecasan maksimum untuk port pengecasan pesawat ialah 15 V.
•Pastikan pelindung gimbal ditanggalkan dan semua lengan dibuka sebelum menghidupkan pesawat. Jika tidak, ia boleh memberi kesan kepada diagnosis kendiri pesawat.
•Pasangkan pelindung gimbal apabila pesawat tidak digunakan. Pastikan semua lengan dilipat sebelum memasang semula pelindung gimbal. Mula-mula, putar kamera untuk menjadikannya mendatar dan menghadap ke hadapan ①, kemudian masukkan selak pada bahagian atas pelindung pada bukaan di pesawat ② , dan masukkan dua pin pengesan ke dalam lubang di bahagian bawah pesawat ③.
3
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
6
2
1
DJI Mini 3
2
1
Manual Pengguna
Menyediakan Alat Kawalan Jauh
Ikut langkah di bawah untuk menyediakan alat kawalan jauh DJI RC.
1. Tanggalkan batang kawalan dari slot penyimpanannya dan pasangkan ia ke tempatnya.
2. Alat kawalan jauh perlu diaktifkan sebelum penggunaan pertama kali dan sambungan internet diperlukan untuk pengaktifan. Tekan, dan kemudian tekan sekali lagi dan tahan butang kuasa untuk menghidupkan alat kawalan jauh. Ikut arahan pada skrin untuk mengaktifkan alat kawalan jauh.
Ikut langkah di bawah untuk menyediakan alat kawalan jauh DJI RC-N1.
1. Tanggalkan batang kawalan dari slot penyimpanannya dan pasangkan ia ke tempatnya.
2. Tarik pemegang peranti mudah alih. Pilih kabel alat kawalan jarak jauh yang sesuai berdasarkan jenis port peranti mudah alih anda (kabel penyambung Kilat, kabel USB Mikro dan kabel USB-C disertakan dalam pembungkusan). Letakkan peranti mudah ahli anda dalam pemegang, kemudian sambungkan hujung kabel tanpa logo alat kawalan jauh ke peranti mudah alih. Pastikan peranti mudah alih anda berada tetap di tempatnya.
2
1
•Sekiranya arahan sambungan USB muncul ketika peranti mudah alih Android digunakan, pilih pilihan untuk mengecas sahaja. Pilihan lain boleh menyebabkan sambungan gagal.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
7
DJI Mini 3
Manual Pengguna
Mengaktifkan Pesawat DJI Mini 3
DJI Mini 3 memerlukan pengaktifan sebelum digunakan buat pertama kali. Setelah menghidupkan pesawat dan alat kawalan jauh, ikuti arahan di skrin untuk mengaktifkan DJI Mini 3 menggunakan DJI Fly. Sambungan internet diperlukan untuk pengaktifan.
Mengikatkan Pesawat dan Alat Kawalan Jauh
Selepas pengaktifan, pesawat terikat kepada alat kawalan jauh secara automatik. Jika pengikatan automatik gagal, ikut arahan di skrin pada DJI Fly untuk mengikat pesawat dan alat kawalan jauh untuk perkhidmatan waranti yang optimum.
Mengemas kini Perisian Tegar
Arahan akan muncul dalam DJI Fly apabila perisian tegar baharu tersedia. Kemas kini perisian tegar apabila diminta untuk berbuat demikian bagi memastikan pengalaman pengguna yang optimum.

Gambar rajah

Pesawat
7
8
1. Gimbal dan Kamera
2. Bebaling
3. Diod Pemancar Cahaya (LED) Status Pesawat
4. Kancing Bateri
5. Sistem Penglihatan Ke Bawah
6. Sistem Pengesanan Inframerah
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
8
1
5
6
2
3
4
7. Motor
8. Gear Pendaratan (Antena terbina dalam)
9. Diod Pemancar Cahaya (LED) Tahap Bateri
10. Butang Kuasa
11. Port USB-C
12. Slot Kad microSD
13. Bateri Penerbangan Pintar
9
10
12
11
13
DJI Mini 3
Manual Pengguna
Alat Kawalan Jauh DJI RC
1
7
10
9
1. Batang Kawalan
Gunakan batang kawalan untuk
mengawal pergerakan pesawat. Batang kawalan boleh ditanggalkan dan senang disimpan. Tetapkan mod kawalan penerbangan di DJI Fly.
2. LED Status
Menunjukkan status alat kawalan jauh.
3. Diod Pemancar Cahaya (LED) Tahap Bateri
Memaparkan tahap bateri alat kawalan
jauh semasa.
4. Butang Jeda Penerbangan/Kembali ke Tempat Mula (RTH)
Tekan sekali untuk membrek pesawat
dan mengambang di tempatnya (hanya
11
2
3
4
5
6
8
13
apabila GNSS atau Sistem Penglihatan tersedia). Tekan dan tahan untuk memulakan RTH. Tekan sekali lagi untuk membatalkan RTH.
5. Suis Mod Penerbangan
Beralih antara mod Sine, Normal dan
Sukan.
6. Butang Kuasa
Tekan sekali untuk memeriksa tahap
bateri semasa. Tekan, dan kemudian tekan dan tahan untuk menghidupkan atau mematikan alat kawalan jauh. Apabila alat kawalan jauh dihidupkan, tekan sekali untuk menghidupkan atau mematikan skrin sentuh.
7. Skrin Sentuh
Sentuh skrin untuk mengendalikan
alat kawalan jauh. Harap maklum skrin sentuh adalah tidak kalis air. Kendalikan dengan berhati-hati.
8. Port USB-C
Untuk mengecas dan menyambungkan
alat kawalan jauh ke komputer anda.
9. Slot Kad microSD
Untuk memasukkan kad mikroSD.
10. Penyambung USB-C
Untuk menyambungkan fon kepala
USB-C.
15
12
14
11. Dail Gimbal
Mengawal kecondongan kamera.
12. Butang Rakam
Tekan sekali untuk memulakan atau
menghentikan rakaman.
13. Dail Kawalan Kamera
Untuk kawalan zum.
14. Butang Fokus/Pengatup
Tekan separuh ke bawah pada butang
untuk fokus secara automatik dan tekan sepenuhnya ke bawah untuk mengambil foto.
15. Pembesar Suara
Bunyi output.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
9
16
17
18
16. Slot Penyimpanan Batang Kawalan
Untuk menyimpan batang kawalan.
17. Butang Boleh Suai C2
Beralih antara mod landskap dan mod
potret. Fungsi boleh ditetapkan di DJI Fly.
18. Butang Boleh Suai C1
Beralih antara memusat semula gimbal
dan menghalakan gimbal ke bawah. Fungsi boleh ditetapkan di DJI Fly.
DJI Mini 3
Manual Pengguna
Alat Kawalan Jauh DJI RC-N1
10
6
5
2
3
4
11
12
9
8 13
7
1
1. Butang Kuasa
Tekan sekali untuk memeriksa tahap
bateri semasa. Tekan, dan kemudian tekan dan tahan untuk menghidupkan atau mematikan alat kawalan jauh.
2. Suis Mod Penerbangan
Beralih antara mod Sukan, Normal dan
Sine.
3. Butang Jeda Penerbangan/Kembali ke Tempat Mula (RTH)
Tekan sekali untuk membrek pesawat
dan mengambang di tempatnya (hanya apabila GNSS atau Sistem Penglihatan tersedia). Tekan dan tahan untuk memulakan RTH. Tekan sekali lagi untuk membatalkan RTH.
4. Diod Pemancar Cahaya (LED) Tahap Bateri
Memaparkan tahap bateri alat kawalan
jauh semasa.
5. Batang Kawalan
Batang kawalan boleh ditanggalkan dan
senang disimpan. Tetapkan mod kawalan penerbangan di DJI Fly.
6. Butang Boleh Suai
Fungsi butang boleh ditetapkan di DJI Fly.
Tekan sekali untuk meletakkan gimbal ke tengah semula atau arahkan gimbal ke bawah (tetapan lalai).
14
15
7. Togol Foto/Video
Tekan sekali untuk beralih antara mod
foto dan video.
8. Kabel Alat Kawalan Jauh
Sambungkan ke peranti mudah alih
untuk pemautan video melalui kabel alat kawalan jauh. Pilih kabel mengikut jenis port pada peranti mudah alih anda.
9. Pemegang Peranti Mudah Alih
Untuk memasang peranti mudah alih ke
alat kawalan jauh dengan selamat.
10. Antena
Menghantar isyarat kawalan pesawat dan
wayarles video.
11. Port USB-C
Untuk mengecas dan menyambungkan
alat kawalan jauh ke komputer anda.
12. Slot Penyimpanan Batang Kawalan
Untuk menyimpan batang kawalan.
13. Dail Gimbal
Mengawal kecondongan kamera. Tekan
dan tahan butang boleh suai untuk menggunakan dail gimbal bagi kawalan zum.
14. Butang Pengatup/Rakam
Tekan sekali untuk mengambil gambar
atau memulakan atau menghentikan rakaman.
15. Slot Peranti Mudah Alih
Untuk memasang peranti mudah alih.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
10
Pesawat
DJI Mini 3 mengandungi pengawal penerbangan, sistem laluan menurun video, sistem penglihatan, sistem pengesanan inframerah, sistem pendorong dan Bateri Penerbangan Pintar.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
11

Pesawat

DJI Mini 3 mengandungi pengawal penerbangan, sistem laluan menurun video, sistem penglihatan ke bawah, sistem pengesanan inframerah, sistem pendorong dan Bateri Penerbangan Pintar.

Mod Penerbangan

DJI Mini 3 mempunyai tiga mod penerbangan berserta mod penerbangan keempat yang ditukar oleh pesawat dalam senario tertentu. Mod penerbangan boleh ditukarkan melalui suis Mod Penerbangan pada alat kawalan jauh.
Mod Normal: Pesawat menggunakan GNSS dan Sistem Penglihatan Ke Bawah dan Sistem Pengesanan Inframerah untuk mencari dan menstabilkannya. Apabila isyarat GNSS kuat, pesawat menggunakan GNSS untuk mencari dan menstabilkannya. Apabila GNSS lemah tetapi keadaan pencahayaan serta alam sekitar lain mencukupi, ia menggunakan Sistem Penglihatan Ke Bawah. Apabila pencahayaan serta persekitaran yang lain mencukupi, sudut condong penerbangan maksimum adalah 25° dan kelajuan penerbangan maksimum adalah 10 m/s.
Mod Sukan: Dalam mod Sukan, pesawat menggunakan GNSS dan Sistem Penglihatan Ke Bawah untuk penentududukan. Dalam mod Sukan, respons pesawat dioptimumkan untuk ketangkasan serta kelajuan, menjadikannya lebih responsif terhadap pergerakan batang kawalan. Kelajuan penerbangan maksimum ialah 16 m/s.
Mod Sine: Mod sine adalah berdasarkan mod Normal dan kelajuan penerbangan adalah terhad, menjadikan pesawat lebih stabil semasa penggambaran. Kelajuan penerbangan maksimum ialah 6 m/s.
Pesawat berubah ke mod Sikap (ATTI) secara automatik apabila Sistem Penglihatan Ke Bawah tidak tersedia atau dilumpuhkan dan apabila isyarat GNSS lemah atau kompas mengalami gangguan. Dalam mod ATTI, pesawat mungkin lebih mudah dipengaruhi oleh persekitarannya. Faktor persekitaran seperti angin boleh mengakibatkan peralihan mendatar. Mod penerbangan Pintar atau fungsi Kembali ke Tempat Mula tidak boleh digunakan. Pesawat tidak dapat menentududukan dirinya atau membrek secara automatik yang meningkatkan risiko bahaya penerbangan berpotensi. Untuk mengelak daripada menukar kepada mod ATTI, pengguna harus mengelak daripada menerbangkan pesawat dalam persekitaran dengan isyarat GNSS yang lemah atau keadaan pencahayaan yang lemah dan jangan terbang dalam ruang sempit.
•Kelajuan maksimum dan jarak pembrekan pesawat meningkat dengan ketara dalam mod Sukan. Jarak pembrekan minimum 30 m diperlukan dalam keadaan tanpa angin.
•Jarak pembrekan minimum 10 m diperlukan dalam keadaan tanpa angin semasa pesawat naik dan turun dalam mod sukan atau mod Biasa.
•Keresponsifan pesawat meningkat dengan ketara dalam mod Sukan, bermakna pergerakan batang kawalan yang kecil pada alat kawalan jauh diterjemahkan kepada pergerakan pesawat dengan jarak yang jauh. Pastikan terdapat ruang olah gerak yang mencukupi semasa penerbangan.
•Kelajuan dan ketinggian penerbangan kedua-duanya dihadkan apabila pesawat terbang ke kiri atau ke kanan untuk memastikan kestabilan penggambaran. Pengehadan mencapai maksimum apabila kecondongan gimbal ialah -90°. Sekiranya terdapat angin kencang, sekatan itu akan dilumpuhkan bagi meningkatkan rintangan angin pesawat. Disebabkan itu, gimbal mungkin bergetar semasa penggambaran.
•Pengguna mungkin mengalami sedikit gegaran dalam video yang dirakam dalam mod Sukan.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
12
DJI Mini 3
Manual Pengguna

Petunjuk Status Pesawat

DJI Mini 3 mempunyai dua penunjuk status pesawat.
Petunjuk Status Pesawat
Petunjuk Status Pesawat
Rujuk jadual di bawah untuk maklumat lebih lanjut mengenai petunjuk status pesawat.
Penerangan Petunjuk Status Pesawat
Keadaan Normal
Berkelip ungu perlahan Memanaskan pesawat
Berselang-seli antara merah, hijau dan kuning
Berkelip hijau perlahan GNSS didayakan
×2
Berkelip kuning perlahan
Berkelip biru perlahan
×2
—— Biru pekat
Berkelip biru pantas
—— Merah padu Gagal menukar ke sambungan Wi-Fi
Berkelip merah perlahan
Keadaan Amaran
Berkelip kuning pantas Hilang isyarat alat kawalan jauh
Berkelip merah perlahan Bateri lemah
Berkelip merah pantas Bateri sangat lemah
Berkelip merah secara berkala Ralat IMU
—— Merah padu Ralat kritikal
©
13
Berkelip hijau dua kali secara berkala
Berkelip biru dua kali secara berkala
Berkelip merah dan kuning secara berselang-seli
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
Menghidupkan dan menjalankan ujian diagnostik kendiri
Sistem Penglihatan Ke Bawah diaktifkan
GNSS dan Sistem Penglihatan Ke Bawah dinyahaktifkan (mod ATTI diaktifkan)
Beralih antara sambungan Wi-Fi dan sambungan transmisi video OcuSync 2.0
Telah beralih ke sambungan Wi-Fi dan menunggu untuk menyambung ke peranti mudah alih
Telah beralih ke sambungan Wi-Fi dan telah bersambung ke peranti mudah alih
Telah beralih ke sambungan Wi-Fi dan memuat turun pada kelajuan tinggi
ESC berbunyi semasa menggunakan Cari Dron Saya
Penentukuran kompas diperlukan
DJI Mini 3
Manual Pengguna

Pemindahan Pantas

DJI Mini 3 boleh menyambung terus ke peranti mudah alih melalui Wi-Fi yang membolehkan pengguna memuat turun foto dan video dari pesawat ke peranti mudah alih melalui DJI Fly tanpa memerlukan alat kawalan jauh DJI RC-N1.
Pengguna dapat menikmati muat turun yang lebih pantas dan mudah dengan kadar transmisi sehingga 25 MB/s.
Penggunaan
Kaedah 1: peranti mudah alih tidak disambungkan ke alat kawalan jauh DJI RC-N1.
1. Hidupkan pesawat dan tunggu sehingga ujian diagnosis kendiri pesawat selesai. Tekan butang kuasa tiga kali dengan pantas untuk beralih ke mod Pemindahan Pantas. LED status pesawat akan berkelip biru apabila penukaran berjaya.
2. Pastikan Bluetooth dan Wi-Fi diaktifkan pada peranti mudah alih. Lancarkan DJI Fly dan satu petunjuk akan muncul untuk menyambung ke pesawat.
3. Ketik Sambung. Setelah berjaya disambungkan, fail-fail di dalam pesawat dapat diakses dan dimuat turun dengan kelajuan tinggi. Sila ambil perhatian bahawa semasa menyambungkan peranti mudah alih ke pesawat untuk pertama kali, anda perlu menekan dan tahan butang kuasa selama dua saat untuk mengesahkan.
Kaedah 2: peranti mudah alih disambungkan ke alat kawalan jauh DJI RC-N1.
1. Pastikan bahawa pesawat disambungkan ke peranti mudah alih melalui alat kawalan jauh DJI RC-N1 dan motor belum dimulakan.
2. Aktifkan Bluetooth dan Wi-Fi pada peranti mudah alih.
3. Lancarkan DJI Fly, masuk ke main semula dan ketik di sudut kanan atas. Tukar kepada mod Pemindahan Pantas dengan mengikut arahan dalam DJI Fly. Muat turun fail pada pesawat pada kelajuan tinggi selepas peralihan dilengkapkan.
•Kadar muat turun maksimum hanya boleh dicapai di negara dan wilayah di mana frekuensi 5.8 GHz diizinkan oleh undang-undang serta peraturan ketika menggunakan peranti yang menyokong jalur frekuensi 5.8 GHz, sambungan Wi-Fi dan di persekitaran tanpa gangguan atau halangan. Sekiranya 5.8 GHz tidak diizinkan oleh peraturan tempatan (seperti di Jepun), atau peranti mudah alih pengguna tidak menyokong jalur frekuensi 5.8 GHz atau persekitaran mengalami gangguan yang teruk, QuickTransfer akan menggunakan jalur frekuensi 2.4 GHz dan kadar muat turun maksimumnya akan dikurangkan ke 6 MB/s.
•Pastikan Bluetooth, Wi-Fi dan perkhidmatan lokasi diaktifkan pada peranti mudah alih sebelum menggunakan Pemindahan Pantas.
•Semasa menggunakan Pemindahan Pantas, tidak perlu memasukkan kata laluan Wi-Fi pada halaman tetapan peranti mudah alih untuk menyambung. Lancarkan DJI Fly dan satu petunjuk akan muncul untuk menyambung ke pesawat.
•Gunakan Pemindahan Pantas dalam persekitaran yang tidak terhalang, tanpa gangguan dan jauhkan dari sumber gangguan seperti penghala wayarles, pembesar suara Bluetooth atau fon kepala.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
14
DJI Mini 3
Manual Pengguna

Kembali ke Tempat Mula

Fungsi Kembali ke Tempat Mula (RTH) mengembalikan pesawat balik ke Titik Tempat Mula terakhir yang dirakam ketika sistem penentududukan berfungsi dengan normal. Terdapat tiga mod RTH: RTH Pintar, RTH Bateri Rendah dan RTH Gagal Selamat. Pesawat terbang akan kembali dan mendarat di Titik Tempat Mula secara automatik dan mendarat ketika RTH Pintar dimulakan, pesawat memasuki RTH Bateri Lemah, atau isyarat antara alat kawalan jauh dan pesawat hilang. RTH juga akan dicetuskan dalam senario abnormal yang lain seperti jika terdapat kehilangan transmisi video.
Penerangan
Titik
Tempat
Mula
GNSS
10
Lokasi pertama di mana pesawat menerima isyarat GNSS yang kuat hingga agak kuat (ditunjukkan oleh ikon berwarna putih) akan dirakamkan sebagai Titik Tempat Mula lalai. Adalah disarankan untuk menunggu sehingga Titik Tempat Mula berjaya direkodkan sebelum terbang. Selepas Titik Utama dirakamkan, arahan akan muncul dalam DJI Fly. Titik Tempat Mula boleh dikemas kini sebelum perlepasan selagi pesawat menerima satu lagi isyarat GNSS yang kuat hingga agak kuat. Sekiranya isyarat lemah maka Titik Tempat Mula tidak dapat dikemas kini. Jika perlu mengemas kini Titik Tempat Mula semasa penerbangan (contohnya ketika kedudukan pengguna telah bertukar), Titik Tempat Mula boleh dikemas kini secara manual di bawah Keselamatan pada Tetapan Sistem DJI Fly.
RTH Pintar
Sekiranya isyarat GNSS mencukupi, RTH Pintar boleh digunakan untuk membawa pesawat kembali ke Titik Tempat Mula. RTH Pintar dimulakan sama ada dengan mengetik dalam DJI Fly
atau dengan menekan dan menahan butang RTH pada alat kawalan jauh. Keluar dari RTH Pintar dengan mengetik dalam DJI Fly atau dengan menekan butang RTH pada alat kawalan jauh.
RTH Bateri Lemah
Apabila tahap Bateri Penerbangan Pintar terlalu rendah dan tiada kuasa yang mencukupi untuk kembali ke tempat mula, daratkan pesawat secepat mungkin. Jika tidak, pesawat akan jatuh apanbila kehabisan kuasa, mengakibatkan pesawat tersebut rosak dan bahaya-bahaya berpotensi yang lain.
Untuk mengelakkan bahaya disebabkan kuasa yang tidak mencukupi, DJI Mini 3 dengan bijak akan menentukan sama ada tahap bateri semasa mencukupi atau tidak untuk kembali ke tempat mula berdasarkan lokasi semasa. Pemberitahuan amaran akan muncul dalam DJI Fly apabila tahap bateri rendah dan hanya cukup untuk melengkapkan penerbangan RTH.
Pengguna boleh membatalkan RTH dengan menekan butang RTH pada alat kawalan jauh. Sekiranya RTH dibatalkan berikutan amaran bateri rendah, Bateri Penerbangan Pintar mungkin tidak mempunyai cukup kuasa untuk pesawat mendarat dengan selamat. Akibatnya, anda mungkin terhempas atau kehilangan pesawat anda.
Pesawat akan mendarat secara automatik jika paras bateri sangat rendah. Pendaratan automatik tidak boleh dibatalkan tetapi alat kawalan jauh boleh digunakan untuk mengubah pergerakan mendatar dan pesawat semasa pendaratan.
Pesawat akan mendarat secara automatik jika paras bateri hanya dapat menyokong pesawat untuk turun dari ketinggian semasa. Tindakan ini tidak boleh dibatalkan tetapi alat kawalan jauh boleh digunakan untuk mengubah gerakan mendatar pesawat.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
15
DJI Mini 3
Manual Pengguna
RTH Gagal Selamat
Tindakan yang dilakukan oleh pesawat sebaik sahaja ia kehilangan isyarat alat kawalan jauh boleh ditetapkan sebagai Kembali ke Tempat Mula, Mendarat atau Mengambang dalam DJI Fly. Jika tindakan itu ditetapkan sebagai Mendarat atau Mengambang, RTH Gagal Selamat tidak akan diaktifkan. Jika tindakan telah ditetapkan sebagai Kembali ke Tempat Mula terlebih dahulu, dan di mana Titik Tempat Mula telah direkodkan, isyarat GNSS adalah baik, dan kompas berfungsi seperti biasa, RTH Gagal Selamat akan diaktifkan secara automatik apabila isyarat alat kawalan jauh hilang selama lebih daripada 11 saat.
Pesawat akan terbang ke belakang sejauh 50 m pada laluan penerbangan asalnya dan naik ke altitud RTH pratetap untuk memasuki RTH Garis Lurus. Pesawat memasuki RTH Garis Lurus jika isyarat alat kawalan jauh dipulihkan semasa RTH Gagal Selamat. Apabila pesawat terbang ke belakang sepanjang laluan penerbangan asal dan jarak dari Titik Tempat Mula kurang dari 20 m, pesawat akan berhenti terbang ke belakang pada laluan penerbangan asal sera memasuki RTH Garis Lurus pada ketinggian semasa.
Senario RTH yang lain
Akan terdapat arahan untuk memulakan RTH sekiranya isyarat pautan video hilang semasa penerbangan dan alat kawalan jauh masih dapat mengawal pergerakan pesawat. RTH boleh dibatalkan.
Prosedur RTH (Garis Lurus)
1. Titik Tempat Mula dirakamkan.
2. RTH dicetuskan.
3. Jika pesawat berada kurang daripada 20 m dari Titik Tempat Mula apabila RTH bermula, ia akan mengambang di tempatnya dan tidak kembali ke tempat mula. Sekiranya pesawat berada lebih jauh dari 20 m dari Titik Tempat Mula ketika RTH bermula, ia akan kembali ke tempat mula dengan kelajuan mendatar 10.5 m/s.
4. Setelah sampai di Titik Tempat Mula, pesawat mendarat dan motor berhenti.
•Pesawat tidak dapat kembali ke Titik Tempat Mula jika isyarat GNSS lemah atau tidak tersedia. Pesawat boleh memasuki mod ATTI jika isyarat GNSS menjadi lemah atau tidak tersedia setelah memasuki RTH Gagal Selamat. Pesawat akan mengambang di tempatnya sebentar sebelum mendarat.
•Penting untuk menetapkan ketinggian RTH yang sesuai sebelum setiap penerbangan. Lancarkan DJI Fly dan tetapkan ketinggian RTH. Dalam RTH, jika ketinggian semasa pesawat adalah lebih rendah daripada ketinggian RTH, ia akan naik ke ketinggian RTH secara automatik terlebih dahulu. Sekiranya ketinggian semasa pesawat mencapai atau lebih tinggi daripada ketinggian RTH, pesawat akan terbang ke Titik Tempat Mula pada ketinggian semasanya.
•Semasa RTH, kelajuan dan ketinggian pesawat dapat dikawal menggunakan alat kawalan jauh jika isyarat alat kawalan jauh adalah normal. Bagaimanapun, pesawat itu tidak boleh beralih ke kiri atau ke kanan. Semasa pesawat naik atau terbang ke depan, tolak batang kawalan sepenuhnya ke arah yang berlawanan untuk keluar dari RTH, dan pesawat akan membrek dan mengambang.
•Zon GEO boleh menjejaskan RTH. Elakkan terbang berhampiran zon GEO.
•Pesawat mungkin tidak dapat kembali ke Titik Tempat Mula itu apabila kelajuan angin terlalu tinggi. Terbang dengan berhati-hati.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
16
DJI Mini 3
Manual Pengguna
Perlindungan Pendaratan
Perlindungan Pendaratan akan diaktifkan semasa RTH Pintar.
1. Semasa Perlindungan Pendaratan, pesawat akan mengesan dan mendarat di daratan yang sesuai secara automatik dengan selamat.
2. Sekiranya daratan ditentukan tidak sesuai untuk mendarat, DJI Mini 3 akan mengambang dan menunggu pengesahan juruterbang.
3. Sekiranya Perlindungan Pendaratan tidak beroperasi, DJI Fly akan memaparkan petunjuk pendaratan apabila pesawat turun ke jarak 0.5 m daripada darat. Ketik sahkan atau tarik batang pendikit ke bawah untuk mendarat.

Sistem Penglihatan dan Sistem Pengesanan Inframerah

DJI Mini 3 dilengkapi dengan Sistem Penglihatan Ke Bawah dan Sistem Pengesanan Inframerah. Sistem Penglihatan Ke Bawah terdiri daripada sebuah kamera serta Sistem Pengesanan Inframerah yang terdiri daripada dua modul inframerah 3D. Sistem Penglihatan Ke Bawah dan Sistem Pengesanan Inframerah membantu pesawat mengekalkan kedudukan semasanya, mengambang di tempatnya dengan lebih tepat serta terbang di dalam atau dalam persekitaran lain di mana GNSS tidak tersedia.
Sistem Pengesanan Inframerah
Sistem Penglihatan Ke Bawah
Julat Pengesanan
Sistem Penglihatan Ke Bawah berfungsi paling baik apabila pesawat berada pada ketinggian 0.5
m hingga 10 m dan julat operasinya adalah 0.5 m hingga 30 m. FOV ialah 56˚ (kiri dan kanan) dan 71˚ (depan dan belakang).
71°
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
17
56°
DJI Mini 3
Manual Pengguna
Menggunakan Sistem Penglihatan
Apabila GNSS tidak tersedia, Sistem Penglihatan Ke Bawah didayakan jika permukaan mempunyai tekstur yang jelas dan terdapat cahaya yang mencukupi. Sistem Penglihatan Ke Bawah berfungsi paling baik apabila pesawat berada pada ketinggian 0.5 hingga 10 m. Sekiranya ketinggian pesawat melebihi 10 m, Sistem Penglihatan mungkin terjejas. Perlu lebih berhati-hati.
•Perhatikan persekitaran penerbangan. Sistem Penglihatan Ke Bawah dan Sistem Pengesanan Inframerah hanya berfungsi dalam keadaan terhad dan tidak dapat menggantikan kawalan serta pertimbangan manusia. Semasa penerbangan, sentiasa perhatikan persekitaran sekitarnya dan amaran pada DJI Fly serta bertanggungjawab dan sentiasa mengawal pesawat.
•Pesawat ini mempunyai ketinggian mengambang maksimum 5 m jika GNSS tidak tersedia.
•Sistem Penglihatan Ke Bawah mungkin tidak berfungsi dengan baik apabila pesawat terbang di atas air. Oleh itu, pesawat mungkin tidak dapat mengelakkan air di bawah secara aktif semasa mendarat. Adalah disarankan untuk mengawal penerbangan pada setiap saat, membuat pertimbangan yang sewajarnya berdasarkan persekitaran sekitarnya dan menghindari kebergantungan pada Sistem Penglihatan Ke Bawah.
•Sila ambil perhatian bahawa Sistem Penglihatan Ke Bawah dan Sistem Pengesanan Inframerah mungkin tidak berfungsi dengan baik apabila pesawat terbang terlalu pantas. Sistem Pengesanan Inframerah hanya berfungsi apabila kelajuan penerbangan tidak lebih dari 12 m/s.
•Sistem Penglihatan Ke Bawah tidak dapat berfungsi dengan baik di permukaan yang tidak mempunyai variasi pola yang jelas atau cahaya yang lemah. Sistem Penglihatan Ke Bawah tidak dapat berfungsi dengan baik dalam situasi berikut. Kendalikan pesawat dengan berhati-hati.
a) Terbang di atas permukaan monokrom (mis. hitam tulen, putih tulen, hijau tulen).
b) Terbang di permukaan yang sangat memantul.
c) Terbang di atas permukaan air atau lutsinar.
d) Terbang di atas permukaan atau objek yang bergerak.
e) Terbang di kawasan di mana pencahayaan berubah dengan kerap atau drastik.
f) Terbang di permukaan yang sangat gelap (<10 luks) atau terang (> 40,000 luks).
g) Terbang di atas permukaan yang memantulkan atau menyerap gelombang
inframerah (mis. cermin).
h) Terbang di permukaan tanpa pola atau tekstur yang jelas. (mis. tiang kuasa).
i) Terbang di atas permukaan dengan pola atau tekstur yang sama dan berulang (mis.
jubin dengan reka bentuk yang sama).
j) Terbang di atas halangan dengan kawasan permukaan yang kecil (mis. dahan
pokok).
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
18
DJI Mini 3
Manual Pengguna
•Pastikan sensor sentiasa bersih. JANGAN ganggu sensor. JANGAN gunakan pesawat dalam persekitaran berdebu atau lembap. JANGAN halang Sistem Pengesanan Inframerah.
•JANGAN terbang apabila hujan, berasbut atau jika tiada pandangan yang jelas.
•Periksa yang berikut setiap kali sebelum perlepasan:
a) Pastikan tiada pelekat atau halangan lain di atas Sistem Pengesanan Inframerah
atau Sistem Penglihatan Ke Bawah.
b) Sekiranya terdapat kotoran, debu, atau air pada Sistem Pengesanan Inframerah
atau Sistem Penglihatan Ke Bawah, bersihkannya dengan kain lembut. JANGAN gunakan sebarang pembersih yang mengandungi alkohol.
c) Hubungi Sokongan DJI jika terdapat kerosakan pada kaca Sistem Pengesanan
Inframerah atau Sistem Penglihatan Ke Bawah.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
19
DJI Mini 3
Manual Pengguna

Mod Penerbangan Pintar

Syot Pantas
Mod penggambaran Syot Pantas merangkumi Dronie, Rocket, Circle, Helix dan Boomerang. DJI Mini 3 merakam mengikut mod penggambaran yang dipilih dan menghasilkan video pendek secara automatik. Video boleh dilihat, diedit atau dikongsikan ke media sosial dari main semula.
Dronie: Pesawat terbang ke belakang dan naik dengan kamera terkunci pada subjek.
Rocket: Pesawat naik dengan kamera menghala ke bawah.
Circle: Pesawat mengelilingi subjek.
Helix: Pesawat naik dan berpusing di sekitar subjek.
Boomerang: Pesawat terbang di sekitar subjek dalam laluan lonjong, naik apabila terbang
dari titik permulaannya dan turun ketika terbang kembali. Titik permulaan pesawat membentuk satu hujung paksi panjang bujur, sementara hujung paksi panjangnya yang lain berada di sisi yang berlawanan daripada subjek dari titik permulaan. Pastikan terdapat ruang yang mencukupi semasa menggunakan Boomerang. Benarkan radius sekurang-kurangnya 99 kaki (30 m) di sekitar pesawat dan sekurang-kurangnya 33 kaki (10 m) di atas pesawat.
Menggunakan Syot Pantas
1. Pastikan Bateri Penerbangan Pintar dicas dengan cukup. Berlepas dan mengambang sekurang-kurangnya 6.6 kaki (2 m) di atas daratan.
2 m
2. Di DJI Fly, ketik ikon mod penggambaran untuk memilih Syot Pantas dan ikuti arahannya. Pastikan bahawa anda memahami cara menggunakan mod penggambaran dan tiada halangan di kawasan sekitarnya.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
20
DJI Mini 3
3. Pilih mod penggambaran, pilih subjek sasaran anda dalam paparan kamera dengan
4. Ketik untuk mengakses video pendek atau video asal. Anda boleh mengedit video dan
Manual Pengguna
mengetik bulatan pada subjek atau menyeret kotak di sekitar subjek dan ketik Mula untuk memulakan rakaman (Adalah disyorkan untuk memilih seorang manusia sebagai subjek sasaran dan bukan sebuah bangunan). Pesawat terbang kembali ke kedudukan asal setelah penggambaran selesai.
berkongsi di media sosial setelah memuat turun.
Keluar dari Syot Pantas
Tekan butang Jeda Penerbangan/RTH sekali atau ketik dalam DJI Fly untuk keluar dari Syot Pantas. Pesawat akan mengambang di tempatnya. Jika anda secara tidak sengaja menggerakkan batang kawalan, pesawat akan keluar dari Syot Pantas dan mengambang di tempatnya juga.
•Gunakan Syot Pantas di lokasi yang tidak mempunyai bangunan dan halangan lain. Pastikan bahawa tiada manusia, haiwan atau halangan lain di laluan penerbangan.
•Perhatikan objek di sekitar pesawat dan gunakan alat kawalan jauh untuk mengelakkan perlanggaran dengan pesawat.
•JANGAN gunakan Syot Pantas dalam mana-mana situasi berikut: a) Apabila subjek disekat untuk jangka masa yang panjang atau di luar garis
pandangan. b) Apabila subjek berada lebih daripada 50 m dari pesawat. c) Apabila subjek berwarna atau berpola serupa dengan persekitarannya. d) Apabila subjek berada di udara. e) Apabila subjek bergerak pantas. f) Apabila pencahayaan sangat rendah (<300 luks) atau tinggi (>10,000 luks).
•JANGAN gunakan Syot Pantas di tempat yang berdekatan dengan bangunan atau isyarat GNSSnya lemah. Jika tidak, laluan penerbangan akan tidak stabil.
•Pastikan anda mematuhi undang-undang dan peraturan privasi tempatan ketika menggunakan Syot Pantas.

Perakam Penerbangan

Data penerbangan termasuk telemetri penerbangan, maklumat status pesawat dan parameter lain disimpan secara automatik ke perakam data dalaman pesawat. Data dapat diakses menggunakan DJI Assistant 2 (Siri Dron Pengguna).

Bebaling

Terdapat dua jenis bebaling yang direka bentuk untuk berputar dalam arah yang berbeza. Tanda digunakan untuk menunjukkan bebaling yang perlu dipasang pada motor. Dua bilah yang dipasang pada satu motor adalah sama.
Bebaling Bertanda Tidak bertanda
Ilustrasi
Kedudukan Pemasangan
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
21
Pasang pada motor
lengan bertanda
Pasang pada motor
lengan tidak bertanda
DJI Mini 3
Manual Pengguna
Memasang Bebaling
Pasangkan bebaling dengan tanda ke motor lengan dengan tanda dan bebaling yang tidak bertanda ke motor lengan tanpa tanda. Gunakan pemutar skru dari pakej pesawat untuk menanggalkan bebaling. Pastikan bebaling ketat.
Bertanda Tidak bertanda
•Pastikan hanya menggunakan pemutar skru dari pakej pesawat untuk menanggalkan bebaling. Menggunakan pemutar skru lain boleh merosakkan skru.
•Pastikan skru kekal menegak semasa mengetatkannya. Skru tidak boleh berada pada sudut condong ke permukaan pemasangan. Selepas pemasangan selesai, periksa sama ada skru adalah rata dan putar bebilang untuk memeriksa ada sebarang rintangan yang tidak normal.
Menanggalkan Bebaling
Gunakan pemutar skru dari bungkusan pesawat untuk melonggarkan skru dan tanggalkan bebilang dari motor.
•Bilah bebaling adalah tajam. Kendalikan dengan cermat.
•Pemutar skru hanya digunakan untuk memasang bebaling. JANGAN gunakan pemutar skru untuk memisahkan pesawat.
•Sekiranya bebaling pecah, tanggalkan kedua-dua bebaling dan skru pada motor yang berkaitan dan buangkannya. Gunakan dua bebaling dari bungkusan yang sama. JANGAN campurkan dengan bebaling dari bungkusan lain.
•Hanya gunakan bebaling DJI yang rasmi. JANGAN campurkan jenis bebaling.
•Beli bebilang tambahan jika perlu.
•Pastikan bebaling dan motor dipasang dengan ketat sebelum setiap penerbangan. Periksa untuk memastikan skru pada bebaling diketatkan selepas setiap 30 jam penerbangan (kira-kira 60 penerbangan).
•Pastikan semua bebaling berada dalam keadaan baik sebelum setiap penerbangan. JANGAN gunakan bebaling yang sudah lama, pecah atau patah.
•Untuk mengelakkan kecederaan, jauhkan dan jangan sentuh bebaling atau motor semasa ia berputar.
•JANGAN tekan atau bengkokkan bebaling semasa pengangkutan atau penyimpanan.
•Pastikan motor dipasang dengan selamat dan berputar dengan lancar. Daratkan pesawat dengan segera sekiranya motor tersekat dan tidak dapat berputar dengan bebas.
•JANGAN cuba untuk mengubah struktur motor.
•JANGAN sentuh atau biarkan bahagian tangan atau badan bersentuhan dengan motor selepas penerbangan kerana ia mungkin panas.
•JANGAN sekat lubang pengalihudaraan pada motor atau badan pesawat.
•Pastikan ESC berbunyi normal semasa dihidupkan.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
22
DJI Mini 3
Manual Pengguna

Bateri Penerbangan Pintar

Pesawat DJI Mini 3 serasi dengan kedua-dua Bateri Penerbangan Pintar DJI Mini 3 Pro (BWX162­2453-7.38) dan Bateri Penerbangan Pintar Plus DJI Mini 3 Pro (BWX162-3850-7.38).
Bateri Penerbangan Pintar DJI Mini 3 Pro ialah bateri 7.38 V, 2453 mAh. Bateri Penerbangan Pintar Plus DJI Mini 3 ialah bateri 7.38 V, 3850 mAh. Kedua-dua bateri mempunyai struktur dan dimensi yang sama tetapi berat dan kapasiti yang berbeza. Kedua-dua bateri dilengkapi dengan fungsi pengecasan dan penyahcasan pintar.
Ciri-ciri Bateri
1. Pengecasan Seimbang: Semasa mengecas, voltan sel bateri akan seimbang secara automatik.
2. Fungsi Penyahcasan Automatik: Untuk mengelakkan pembengkakan, bateri secara automatik menyahcas kepada kira-kira 96% paras bateri apabila ia tidak bergerak selama satu hari, dan kira-kira 60% apabila tidak bergerak selama sembilan hari. Adalah normal untuk merasakan panas sederhana dari bateri semasa proses penyahcasan.
3. Perlindungan Pengecasan Berlebihan: Bateri berhenti mengecas secara automatik setelah dicas penuh.
4. Pengesanan Suhu: Untuk mengelakkan kerosakan, bateri hanya mengecas pada suhu dari 5° hingga 40° C (41° dan 104° F). Pengecasan berhenti secara automatik jika suhu sel bateri melebihi 55° C (131° F) semasa pengecasan.
5. Perlindungan Arus Berlebihan: Bateri berhenti mengecas jika arus berlebihan dikesan.
6. Perlindungan Penyahcasan Berlebihan: Penyahcasan berhenti secara automatik untuk mengelakkan penyahcasan berlebihan semasa bateri tidak digunakan. Perlindungan Penyahcasan berlebihan tidak diaktifkan semasa bateri sedang digunakan.
7. Perlindungan Litar Pintas: Bekalan kuasa terputus secara automatik jika litar pintas dikesan.
8. Perlindungan Kerosakan Sel Bateri: DJI Fly memaparkan petunjuk amaran apabila sel bateri yang rosak dikesan.
9. Mod Hibernasi: Sekiranya voltan sel bateri lebih rendah daripada 3.0 V atau tahap bateri kurang dari 10%, bateri memasuki mod Hibernasi untuk mengelakkan penyahcasan berlebihan. Caskan bateri untuk menghidupkannya daripada hibernasi.
10. Komunikasi: Maklumat mengenai voltan, kapasiti dan arus bateri dipancarkan ke pesawat.
•Rujuk Penafian dan Panduan Keselamatan DJI Mini 3 dan pelekat pada bateri sebelum digunakan. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya bagi sebarang pelanggaran keperluan keselamatan yang dinyatakan pada label.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
23
DJI Mini 3
Manual Pengguna
Menggunakan Bateri
Memeriksa Tahap Bateri
Tekan butang kuasa sekali untuk memeriksa tahap bateri.
LED1 LED2 LED3 LED4
Diod Pemancar Cahaya
(LED) Tahap Bateri
Butang Kuasa
LED tahap bateri menunjukkan tahap kuasa bateri semasa pengecasan dan penyahcasan. Status LED dijelaskan seperti di bawah:
Diod Pemancar Cahaya (LED) Tahap Bateri
: LED hidup     : LED berkelip    : LED mati
LED1 LED2 LED3 LED4 Tahap Bateri
88%-100%
75%-87%
63%-74%
50%-62%
38%-49%
25%-37%
13%-24%
1%-12%
Menghidupkan/Mematikan
Tekan butang kuasa sekali, kemudian tekan lagi dan tahan selama dua saat untuk menghidupkan atau mematikan pesawat. LED tahap bateri menunjukkan tahap bateri apabila pesawat dihidupkan. LED aras bateri ditutup apabila pesawat dimatikan. Apabila pesawat dihidupkan, tekan butang kuasa sekali dan empat LED tahap bateri akan berkelip selama tiga saat. Sekiranya LED 3 dan 4 berkelip serentak tanpa butang kuasa ditekan, ini menunjukkan bahawa bateri mengalami kerosakan. Keluarkan bateri dari pesawat, masukkan bateri sekali lagi dan pastikan ia dipasang dengan ketat.
Pemberitahuan Suhu Rendah
1. Kapasiti bateri dikurangkan dengan ketara ketika terbang di suhu rendah -10° hingga 5° C (14° hingga 41° F). Adalah disarankan untuk mengambangkan pesawat di tempatnya sebentar bagi memanaskan bateri. Pastikan anda mengecas bateri sepenuhnya sebelum berlepas.
2. Bateri tidak boleh digunakan dalam persekitaran suhu sangat rendah yang lebih rendah daripada -10° C (14° F).
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
24
DJI Mini 3
1234
3. Untuk memastikan prestasi bateri yang optimum, pastikan suhu bateri melebihi 20° C (68° F).
4. Kapasiti bateri yang dikurangkan di persekitaran suhu rendah mengurangkan prestasi
5. Terbang dengan lebih berhati-hati di permukaan laut yang tinggi.
Manual Pengguna
rintangan kelajuan angin pesawat. Terbang dengan berhati-hati.
Di persekitaran yang sejuk, masukkan bateri ke dalam ruang bateri dan hidupkan
pesawat untuk memanaskan sebelum berlepas.
Mengecas Bateri
Cas bateri sepenuhnya sebelum setiap penggunaan. Adalah disarankan untuk menggunakan peranti pengecasan yang disediakan oleh DJI, seperti Hab Pengecasan Dua Hala DJI Mini 3 Pro, Pengecas USB-C DJI 30W atau pengecas Penghantaran Kuasa USB yang lain. Hab Pengecasan Dua Hala DJI Mini 3 Pro dan Pengecas USB-C DJI 30W ialah aksesori pilihan. Lawati kedai dalam talian rasmi DJI untuk maklumat lanjut.
Apabila anda mengecas bateri yang dipasang pada pesawat atau dimasukkan ke
dalam Hab Pengecasan Dua Hala DJI Mini 3 Pro, kuasa pengecasan maksimum yang disokong ialah 30 W.
Menggunakan Hab Pengecasan
Apabila digunakan dengan Hab Pengecas Dua Hala DJI Mini 3 Pro boleh mengecas sehingga tiga Bateri Penerbangan Pintar atau Bateri Penerbangan Pintar Plus dalam urutan dari tahap kuasa tinggi ke rendah. Apabila digunakan dengan Pengecas USB-C DJI 30W, hab pengecasan boleh mengecas sepenuhnya satu Bateri Penerbangan Pintar dalam tempoh kira-kira 56 minit, dan satu Bateri Penerbangan Pintar Plus dalam tempoh kira-kira 78 minit. Apabila hab pengecasan disambungkan kepada kuasa AC melalui pengecas USB, pengguna boleh menyambungkan kedua-dua Bateri Penerbangan Pintar dan peranti luaran (seperti alat kawalan jauh atau telefon pintar) ke hab untuk mengecas. Bateri-bateri akan dicas sebelum peranti luaran secara lalai. Apabila hab pengecasan tidak disambungkan kepada kuasa AC, masukkan Bateri Penerbangan Pintar ke dalam hab dan sambungkan peranti luaran ke port USB untuk mengecas peranti, menggunakan Bateri Penerbangan Pintar sebagai bank kuasa. Rujuk Panduan Pengguna Hab Pengecasan Dua Hala DJI Mini 3 Pro untuk butiran lanjut.
1. Port USB
2. Port Kuasa (USB-C)
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
25
3. Butang Fungsi
4. LED Status
DJI Mini 3
Manual Pengguna
Cara Mengecas
1. Masukkan bateri ke dalam hab pengecasan sehingga terdapat bunyi klik.
2. Sambungkan hab pengecasan ke salur keluar kuasa (100-240V, 50/60 Hz) menggunakan kabel USB-C dan pengecas USB-C DJI 30W atau pengecas Penghantaran Kuasa USB yang lain.
3. Bateri dengan tahap kuasa tertinggi akan dicas terlebih dahulu. Selebihnya akan dicaj mengikut urutan mengikut tahap kuasanya. LED status yang sepadan akan memaparkan status pengecasan (lihat jadual di bawah). Selepas bateri dicas sepenuhnya, LED yang sepadan akan bertukar kepada warna hijau padu.
Penerangan LED Status
Status Pengecasan
Corak Kelipan Penerangan
LED status dalam tatasusunan berkelip berturut-turut (dengan cepat) LED status dalam tatasusunan berkelip berturut-turut (perlahan­lahan) LED status dalam tatasusunan adalah padu Semua LED status berkelip dalam urutan
Bateri dalam port bateri yang sepadan sedang dicas menggunakan pengecas Cas Pantas.
Bateri dalam port bateri yang sepadan sedang dicas menggunakan pengecas biasa.
Bateri dalam port bateri yang sepadan telah dicas sepenuhnya.
Tiada bateri dimasukkan.
Tahap Bateri
Setiap port bateri hab pengecasan mempunyai tatasusunan LED status yang sepadan, dari LED1 hingga LED4 (kiri ke kanan). Semak tahap bateri dengan menekan butang fungsi sekali. Status LED tahap bateri adalah sama seperti yang terdapat pada pesawat. Untuk butiran, rujuk status dan penerangan LED aras bateri pesawat.
Status Tidak Normal
Status LED untuk keabnormalan bateri adalah sama seperti pada pesawat. Rujuk bahagian Mekanisme Perlindungan Bateri untuk butiran.
•Adalah disarankan untuk menggunakan Pengecas USB-C DJI 30W atau pengecas Penghantaran Kuasa USB yang lain untuk memberi kuasa kepada hab pengecas.
•Suhu persekitaran mempengaruhi kelajuan pengecasan. Pengecasan lebih pantas dalam persekitaran pengudaraan yang baik pada 25° C.
•Hab pengecasan hanya serasi dengan Bateri Penerbangan Pintar BWX162-2453-
7.38 dan Bateri Penerbangan Pintar Plus BWX162-3850-7.38. JANGAN guna hab pengecasan dengan model bateri lain.
•Letakkan hab pengecasan pada permukaan yang rata dan tetap apabila digunakan. Pastikan peranti ditebat dengan betul untuk mengelakkan bahaya kebakaran.
•JANGAN sentuh terminal logam pada hab pengecasan.
•Bersihkan terminal logam dengan kain bersih dan kering jika terdapat tokokan yang ketara.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
26
DJI Mini 3
Manual Pengguna
Menggunakan Pengecas
1. Pastikan bateri telah dipasang dengan betul pada pesawat.
2. Sambungkan pengecas USB ke saluran keluar AC (100-240V, 50/60 Hz). Gunakan penyesuai kuasa jika perlu.
3. Sambungkan pengecas USB ke port pengecasan pada pesawat menggunakan kabel USB-C.
4. LED tahap bateri menunjukkan tahap bateri semasa ketika pengecasan.
5. Bateri dicas sepenuhnya apabila semua LED tahap bateri mengeluarkan cahaya padu. Tanggalkan pengecas selepas pengecasan selesai.
•Bateri tidak boleh dicas jika pesawat dihidupkan.
•Voltan pengecasan maksimum untuk port pengecasan pesawat ialah 15 V.
•JANGAN mengecas Bateri Penerbangan Pintar sejurus selepas penerbangan kerana ia mungkin terlalu panas. Tunggu sehingga bateri sejuk kepada suhu bilik sebelum mengecas semula.
•Pengecas berhenti mengecas bateri jika suhu sel tidak berada dalam lingkungan 5° hingga 40° C (41° hingga 104° F). Suhu pengecasan yang ideal ialah dari 22° hingga 28° C (71.6° hingga 82.4° F).
•Caskan bateri sepenuhnya sekurang-kurangnya sekali setiap tiga bulan untuk menjaga kesihatan bateri. Adalah disarankan untuk menggunakan Pengecas USB-C DJI 30W atau pengecas Penghantaran Kuasa USB yang lain.
•Apabila menggunakan Pengecas USB-C DJI 30W, masa pengecasan untuk Bateri Penerbangan Pintar Mini 3 Pro adalah lebih kurang 1 jam 4 minit, manakala untuk Bateri Penerbangan Pintar Plus Mini 3 Pro adalah lebih kurang 1 jam 41 minit.
•Untuk tujuan keselamatan, pastikan bateri pada tahap kuasa rendah semasa transit. Sebelum pengangkutan, adalah disarankan untuk nyahcaskan bateri sehingga 30% atau lebih rendah.
Jadual di bawah menunjukkan status LED tahap bateri semasa mengecas.
LED1 LED2 LED3 LED4 Tahap Bateri
1%-50%
51%-75%
76%-99%
100%
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
27
DJI Mini 3
Manual Pengguna
•Kekerapan kerdipan LED tahap bateri berbeza bergantung pada pengecas USB yang digunakan. Sekiranya kelajuan pengecasan adalah pantas, LED tahap bateri akan berkelip dengan pantas.
•Sekiranya bateri tidak dimasukkan dengan betul ke dalam pesawat, LED 3 dan 4 akan berkelip secara serentak. Masukkan bateri semula dan pastikan ia dipasang dengan ketat.
•Keempat-empat LED berkelip serentak untuk menunjukkan bateri rosak.
Mekanisme Perlindungan Bateri
LED tahap bateri boleh memaparkan pemberitahuan perlindungan bateri yang dicetuskan oleh keadaan pengecasan yang tidak normal.
Mekanisme Perlindungan Bateri
LED1 LED2 LED3 LED4 Corak Kelipan Status
LED2 berkelip dua kali sesaat Arus berlebihan dikesan
LED2 berkelip tiga kali sesaat Litar pintas dikesan
LED3 berkelip dua kali sesaat Cas berlebihan dikesan
LED3 berkelip tiga kali sesaat
LED4 berkelip dua kali sesaat
LED4 berkelip tiga kali sesaat
Pengecas voltan berlebihan dikesan
Suhu pengecasan terlalu rendah
Suhu pengecasan terlalu tinggi
Sekiranya mana-mana mekanisme perlindungan bateri diaktifkan, cabut bateri dari pengecas dan kemudian pasangkannya semula bagi menyambung semula pengecasan. Sekiranya suhu pengecasan adalah tidak normal, tunggu sehingga ia kembali normal dan bateri akan menyambung semula pengecasan secara automatik tanpa perlu mencabut dan memasang kembali pengecas.
Memasukkan Bateri Penerbangan Pintar
Masukkan Bateri Penerbangan Pintar atau Bateri Penerbangan Pintar Plus ke ruang bateri pesawat. Pastikan bateri dimasukkan sepenuhnya dengan bunyi klik. Ini menunjukkan kancing bateri dimasukkan dengan betul.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
28
DJI Mini 3
Manual Pengguna
•Pastikan bateri dimasukkan dengan bunyi klik. JANGAN lancarkan pesawat apabila bateri tidak dipasang dengan selamat, kerana ini boleh menyebabkan sentuhan yang lemah antara bateri dan pesawat. Ini menimbulkan keadaan yang merbahaya.
Menanggalkan Bateri Penerbangan Pintar
Tekan bahagian bertekstur kancing bateri di sisi bateri untuk alih keluarnya dari ruangnya.
1
2
•JANGAN masukkan atau keluarkan bateri semasa pesawat dihidupkan.
•Pastikan bateri terpasang kukuh.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
29
DJI Mini 3
Manual Pengguna

Gimbal dan Kamera

Profil Gimbal
Gimbal paksi 3 DJI Mini 3 menstabilkan kamera yang membolehkan anda menangkap imej dan video yang jelas serta stabil pada kelajuan penerbangan pada tahap yang tinggi. Gimbal
mempunyai julat kecondongan kawalan -90˚ hingga +60˚, dan dua sudut gulungan kawalan
-90˚ (potret) dan 0˚ (landskap).
60°
-90°
Gunakan dail gimbal pada alat kawalan jauh untuk mengawal kecondongan kamera. Sebagai alternatif, lakukannya melalui paparan kamera di DJI Fly. Tekan skrin sehingga bar penyesuaian muncul dan seret ke atas dan ke bawah untuk mengawal kecondongan kamera. Ketik Suis Mod Landskap/Potret dalam DJI Fly untuk bertukar antara dua sudut gulungan gimbal. Paksi gulungan akan berputar kepada -90° apabila Mod Potret diaktifkan dan kembali kepada 0° dalam Mod Landskap.
Mod Gimbal
Terdapat dua mod operasi gimbal. Tukar antara mod operasi yang berbeza dalam DJI Fly.
Mod Ikut: Sudut antara orientasi gimbal dan depan pesawat adalah tetap sepanjang masa. Pengguna boleh melaraskan kecondongan gimbal. Mod ini sesuai untuk menangkap gambar pegun.
Mod FPV: Apabila pesawat terbang ke hadapan, gimbal diselaraskan dengan pergerakan pesawat untuk memberikan pengalaman penerbangan orang pertama.
•Pastikan tiada pelekat atau objek pada gimbal sebelum berlepas. Apabila pesawat dihidupkan, JANGAN ketik atau ketuk gimbal. Berlepas dari daratan terbuka dan rata untuk melindungi gimbal.
•Unsur-unsur ketepatan pada gimbal mungkin rosak dalam perlanggaran atau hentaman yang boleh menyebabkan gimbal berfungsi secara abnormal.
•Elakkan terkena habuk atau pasir pada gimbal terutamanya pada motor gimbal.
•Motor gimbal boleh memasuki mod perlindungan dalam situasi berikut: a. Pesawat berada di daratan yang tidak rata dan gimbal terjejas. b. Gimbal mengalami daya luaran yang berlebihan seperti semasa perlanggaran.
•JANGAN kenakan daya luaran kepada gimbal setelah gimbal dihidupkan. JANGAN tambah muatan tambahan kepada gimbal kerana ini boleh menyebabkan gimbal berfungsi secara abnormal atau mengakibatkan kerosakan motor kekal.
•Pastikan anda menanggalkan pelindung gimbal sebelum menghidupkan pesawat. Pastikan anda memasang pelindung gimbal ketika pesawat tidak digunakan.
•Terbang dalam kabut atau awan yang tebal boleh menyebabkan gimbal basah, mengakibatkan kegagalan sementara. Gimbal akan memulihkan fungsi sepenuhnya setelah kering.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
30
DJI Mini 3
Manual Pengguna
Kamera
DJI Mini 3 menggunakan sensor CMOS 1/1.3 inci. Apertur kamera adalah F1.7 dan boleh merakam pada jarak 1 m hingga infiniti.
Kamera DJI Mini 3 boleh mengambil gambar pegun 12MP dan menyokong mod perakaman seperti Tunggal, AEB, Syot Bermasa dan Panorama. Ia juga menyokong rakaman video 4K.
•Pastikan suhu dan kelembapan sesuai untuk kamera semasa penggunaan dan penyimpanan.
•Gunakan pembersih kanta untuk membersihkan kanta bagi mengelakkan kerosakan atau kualiti imej yang tidak baik.
•JANGAN sekat sebarang lubang pengalihudaraan pada kamera kerana haba yang dihasilkan boleh merosakkan peranti dan mencederakan pengguna.
Menyimpan Foto dan Video
DJI Mini 3 menyokong penggunaan kad microSD untuk menyimpan foto dan video anda. Kad microSD yang bertaraf Gred 3 Kelajuan UHS-I atau lebih tinggi diperlukan disebabkan kelajuan membaca dan menulis pantas yang diperlukan untuk data video beresolusi tinggi. Rujuk bahagian Spesifikasi untuk maklumat lebih lanjut mengenai kad microSD yang disyorkan.
Tanpa kad microSD dimasukkan ke dalam slot kad microSD pesawat:
•Apabila menggunakan alat kawalan jauh DJI RC-N1, pengguna masih boleh menangkap foto tunggal atau merakam video 720p. Fail akan disimpan pada peranti mudah alih.
•Apabila menggunakan alat kawalan jauh DJI RC, pengguna tidak boleh menangkap foto atau merakam video. Masukkan kad microSD yang disyorkan ke dalam slot kad microSD pesawat terlebih dahulu.
•JANGAN dedahkan lensa kamera dalam persekitaran kepada pancaran laser, seperti pertunjukan laser atau menghalakan kamera kepada sumber cahaya yang terang untuk tempoh yang lama, seperti matahari pada hari yang cerah, untuk mengelakkan kerosakan pada sensor.
•JANGAN keluarkan kad microSD dari pesawat semasa dihidupkan. Ini boleh merosakkan kad microSD.
•Periksa tetapan kamera sebelum digunakan untuk memastikan ia dikonfigurasi dengan betul.
•Sebelum merakam foto atau video penting, rakam beberapa imej untuk menguji sama ada kamera beroperasi dengan betul.
•Foto atau video tidak dapat dipindahkan dari kad microSD dalam pesawat menggunakan DJI Fly jika pesawat dimatikan.
•Pastikan anda mematikan pesawat dengan betul. Jika tidak, parameter kamera tidak akan disimpan dan video yang dirakam mungkin rosak. DJI tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan imej atau video yang telah dirakam sekiranya tidak dapat dibaca oleh mesin.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
31
Alat Kawalan Jauh
Bahagian ini menerangkan ciri-ciri alat kawalan jauh serta merangkumi arahan untuk mengawal pesawat dan kamera.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
32

Alat Kawalan Jauh

DJI RC

Apabila digunakan dengan DJI Mini 3, alat kawalan jauh DJI RC menampilkan penghantaran video OcuSync 2.0, berfungsi pada kedua-dua jalur frekuensi 2.4 GHz dan 5.8 GHz. Ia berupaya memilih saluran penghantaran terbaik secara automatik dan boleh menghantar paparan langsung HD 720p 30bps dari pesawat ke alat kawalan jauh pada jarak sehingga 10 km (6 bt) (mematuhi piawaian FCC dan diukur di kawasan terbuka luas tanpa gangguan).
DJI RC juga dilengkapi dengan skrin sentuh 5.5-in (peleraian 1920×1080 piksel) dan pelbagai kawalan serta butang yang boleh disesuaikan, membolehkan pengguna mengawal pesawat dengan mudah dan menukar tetapan pesawat dari jarak jauh. Bateri 5200 mAh yang terbina dalam dengan kuasa 18.72 Wh menyediakan alat kawalan jauh dengan masa operasi maksimum selama empat jam. DJI RC dilengkapi dengan banyak fungsi lain seperti sambungan Wi-Fi, GNSS terbina dalam (GPS+BeiDou+Galileo), Bluetooth, pembesar suara terbina dalam, batang kawalan boleh tanggal dan storan microSD.
Menggunakan Alat Kawalan Jauh
Menghidupkan/Mematikan
Tekan butang kuasa sekali untuk memeriksa tahap bateri semasa. Tekan sekali kemudian sekali lagi dan tahan untuk menghidupkan atau mematikan alat kawalan jauh.
Mengecas Bateri
Gunakan kabel USB-C untuk menyambungkan pengecas USB ke port USB-C alat kawalan jauh. Bateri boleh dicas sepenuhnya dalam kira-kira 1 jam 30 minit dengan kuasa pengecasan maksimum 15 W (5V/3A).
•Adalah disarankan untuk menggunakan pengecas Penghantaran Kuasa USB.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
33
DJI Mini 3
Manual Pengguna
Mengawal Gimbal dan Kamera
Butang Fokus/Pengatup: Tekan separuh ke
Dail
Gimbal
Dail Kawalan Kamera
bawah untuk fokus secara automatik dan tekan sepenuhnya ke bawah untuk mengambil foto.
Butang Rakam: Tekan sekali untuk memulakan
Butang Rakam
Butang Fokus/Pengatup
atau menghentikan rakaman.
Dail Kawalan Kamera: Laraskan zum.
Dail Gimbal: Kawal kecondongan gimbal.
Mengawal Pesawat
Batang kawalan mengawal orientasi pesawat (pendar), pergerakan ke depan/ke belakang (anggul), ketinggian (pendikit) dan pergerakan kiri/kanan (gulung). Mod batang kawalan menentukan fungsi setiap pergerakan batang kawalan. Tiga mod pra-program (Mod 1, Mod 2 dan Mod 3) tersedia dan mod tersuai boleh dikonfigurasikan dalam DJI Fly.
Mod 1
Mod 2
Batang Kiri
Ke Depan
Ke Belakang
Belok Kiri Belok Kanan
Atas
Batang KananBatang Kiri
Batang Kanan
Atas
Bawah
Kiri Kanan
Ke Depan
Mod 3
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
34
Bawah
Belok Kiri Belok Kanan
Batang Kiri Batang Kanan
Ke Depan
Ke Belakang
Kiri Kanan
Ke Belakang
Kiri Kanan
Atas
Bawah
Belok Kiri Belok Kanan
DJI Mini 3
Mod kawalan lalai alat kawalan jauh ialah Mod 2. Dalam manual ini, Mod 2 digunakan sebagai contoh untuk menggambarkan cara menggunakan batang kawalan.
Manual Pengguna
•Titik Neutral/Tengah Batang: Batang kawalan berada di tengah.
•Menggerakkan batang kawalan: Batang kawalan ditolak dari kedudukan tengah.
Alat Kawalan Jauh
(Mod 2)
Pesawat
( Menunjukkan Arah
Hidung)
Kenyataan
Batang Pendikit: Menggerakkan
batang kiri ke atas atau ke bawah akan mengubah ketinggian pesawat. Tolak batang ke atas untuk naik dan ke bawah untuk turun. Semakin banyak batang ditolak dari kedudukan tengah, semakin cepat pesawat akan berubah ketinggian. Tekan batang dengan lembut untuk mengelakkan perubahan ketinggian secara tiba-tiba dan tidak dijangka.
Batang Rewang: Menggerakkan batang kiri ke kiri atau ke kanan akan mengawal orientasi pesawat. Tolak batang ke kiri untuk memutar pesawat berlawanan arah jam dan ke kanan untuk memutar pesawat mengikut arah jam. Semakin banyak batang ditolak dari kedudukan tengah, semakin cepat pesawat akan berputar.
Batang Anggul: Menggerakkan batang kanan ke atas dan ke bawah akan mengubah anggul pesawat. Tolak batang ke atas untuk terbang ke depan dan ke bawah untuk terbang ke belakang. Semakin banyak batang ditolak dari kedudukan tengah, semakin cepat pesawat akan bergerak.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
35
Batang Gulung: Menggerakkan batang kanan ke kiri atau ke kanan akan mengubah gulungan pesawat. Tolak batang ke kiri untuk terbang ke kiri dan ke kanan untuk terbang ke kanan. Semakin banyak batang ditolak dari kedudukan tengah, semakin cepat pesawat akan bergerak.
DJI Mini 3
Manual Pengguna
Suis Mod Penerbangan
Togol suis untuk memilih mod penerbangan yang diingini.
Kedudukan Mod Penerbangan
S Mod Sukan
N Mod Normal
C Mod Sine
CNS
Butang Jeda Penerbangan/RTH
Tekan sekali untuk membrek pesawat dan mengambang di tempatnya. Tekan dan tahan butang sehingga alat kawalan jauh berbunyi bip untuk memulakan RTH, pesawat akan kembali ke Titik Tempat Mula yang terakhir dirakamkan. Tekan butang ini sekali lagi untuk membatalkan RTH dan mendapatkan kembali kawalan pesawat.
Butang-butang Boleh Suai
Pergi ke Tetapan Sistem dalam DJI Fly dan kemudian pilih Kawalan untuk menetapkan fungsi butang C1 dan C2 yang boleh disesuaikan.
Penerangan LED Status dan LED Tahap Bateri LED Status
Corak Kelipan Penerangan
—— Merah padu Terputus sambungan dari pesawat
Merah berkelip Paras bateri pesawat adalah rendah
—— Hijau padu Bersambung dengan pesawat tersebut
Biru berkelip Alat kawalan jauh memaut ke pesawat
—— Kuning padu Kemas kini perisian tegar gagal
—— Biru pekat Kemas kini perisian tegar berjaya
Berkelip kuning Tahap bateri alat kawalan jauh semasa adalah rendah
Sian berkelip Batang kawalan tidak berada di tengah
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
36
DJI Mini 3
Manual Pengguna
Diod Pemancar Cahaya (LED) Tahap Bateri
Corak Kelipan Tahap Bateri
75%~100%
50%~75%
25%~50%
1%~25%
Amaran Alat Kawalan Jauh
Alat kawalan jauh berbunyi bip apabila terdapat ralat atau amaran. Ambil perhatian apabila petunjuk muncul pada skrin sentuh atau dalam DJI Fly. Seretkan ke bawah dari atas dan pilih Meredamkan untuk menyahaktifkan semua amaran, atau seretkan bar kelantangan kepada 0 untuk menyahaktifkan beberapa amaran.
Alat kawalan jauh membunyikan amaran semasa RTH. Amaran RTH tidak boleh dibatalkan. Alat kawalan jauh membunyikan amaran apabila tahap bateri dan alat kawalan jauh adalah rendah (6% hingga 10%). Amaran tahap bateri rendah boleh dibatalkan dengan menekan butang kuasa. Amaran tahap bateri kritikal yang dicetuskan apabila tahap bateri kurang daripada 5% dan tidak boleh dibatalkan.
Zon Transmisi Optimum
Isyarat antara pesawat dan alat kawalan jauh paling dipercayai apabila alat kawalan jauh diposisikan menghala pesawat seperti yang ditunjukkan di bawah.
Transmisi Optimum
Isyarat Lemah
•JANGAN gunakan peranti wayarles lain yang beroperasi pada frekuensi yang sama dengan alat kawalan jauh. Jika tidak, alat kawalan jauh akan mengalami gangguan.
•Petunjuk akan dipaparkan dalam DJI Fly jika isyarat penghantaran lemah semasa penerbangan. Laraskan orientasi alat kawalan jauh untuk memastikan pesawat berada dalam julat penghantaran yang optimum.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
37
DJI Mini 3
Manual Pengguna
Memautkan Alat Kawalan Jauh
Alat kawalan jauh sudah dipautkan ke pesawat apabila dibeli bersama secara kombo. Jika tidak, ikut langkah di bawah untuk memautkan alat kawalan jauh dan pesawat selepas pengaktifan.
1. Hidupkan pesawat dan alat kawalan jauh.
2. Lancarkan DJI Fly.
3. Dalam paparan kamera, ketik dan pilih Kawalan dan kemudian Sambung ke Pesawat (Pautan).
4. Tekan dan tahan butang kuasa pada pesawat selama lebih daripada empat saat. Pesawat akan berbunyi bip sekali apabila ia bersedia untuk dipautkan. Selepas pemautan berjaya, pesawat akan berbunyi bip dua kali dan LED tahap bateri alat kawalan jauh akan muncul dan padu.
•Pastikan alat kawalan jauh berada dalam jarak 0.5 m dari pesawat semasa membuat pautan.
•Alat kawalan jauh akan memutuskan pautan secara automatik dari pesawat jika alat kawalan jauh baharu dipautkan ke pesawat yang sama.
•Matikan Bluetooth dan Wi-Fi alat kawalan jauh untuk penghantaran video yang optimum.
•Caskan penuh alat kawalan jauh sebelum setiap penerbangan. Alat kawalan jauh membunyikan amaran apabila tahap bateri rendah.
•Sekiranya alat kawalan jauh dihidupkan dan tidak digunakan selama lima minit, amaran akan berbunyi. Selepas enam minit, alat kawalan jauh akan mati secara automatik. Gerakkan batang kawalan atau tekan sebarang butang untuk membatalkan amaran.
•Caskan bateri sepenuhnya sekurang-kurangnya sekali setiap tiga bulan untuk menjaga kesihatan bateri.
Mengendalikan Skrin Sentuh
Tempat Mula
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
38
DJI Mini 3
Operasi
Manual Pengguna
Seret dari kiri atau kanan ke tengah skrin untuk kembali ke skrin sebelumnya.
Seretkan ke bawah dari bahagian atas skrin untuk membuka bar status semasa dalam DJI Fly. Bar status memaparkan masa, isyarat Wi-Fi, tahap bateri alat kawalan jauh, dsb.
Tetapan Pantas
1
Seret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk kembali ke DJI Fly.
×2
Seretkan ke bawah dari bahagian atas skrin sebanyak dua kali untuk membuka Tetapan Pantas apabila dalam DJI Fly.
2
3
1. Pemberitahuan
Ketik untuk menyemak pemberitahuan sistem.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
39
4
5
DJI Mini 3
2. Tetapan Sistem
Ketik untuk mengakses tetapan sistem dan mengkonfigurasi Bluetooth, kelantangan,
3. Jalan pintas
4. Melaraskan Kecerahan
Seretkan bar untuk melaraskan kecerahan skrin.
5. Melaraskan Kelantangan
Seretkan bar untuk melaraskan kelantangan.
Manual Pengguna
rangkaian, dsb. Anda juga boleh melihat Panduan untuk mengetahui lebih lanjut tentang kawalan dan LED status.
: Ketik untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Wi-Fi. Tahan untuk memasukkan
tetapan dan kemudian menyambung ke atau menambah rangkaian Wi-Fi.
: Ketik untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Bluetooth. Tahan untuk memasukkan
tetapan dan bersambung dengan peranti Bluetooth berdekatan.
: Ketik untuk mengaktifkan mod Pesawat. Wi-Fi dan Bluetooth akan dinyahaktifkan.
: Ketik untuk mematikan pemberitahuan sistem dan menyahaktifkan semua amaran.
: Ketik untuk mula merakam skrin. Fungsi ini akan tersedia hanya selepas kad microSD
dimasukkan ke dalam slot microSD pada alat kawalan jauh.
: Ketik untuk mengambil tangkapan skrin. Fungsi ini akan tersedia hanya selepas kad
microSD dimasukkan ke dalam slot microSD pada alat kawalan jauh.
Ciri-ciri Lanjutan
Penentukuran Kompas
Kompas mungkin perlu ditentukur selepas alat kawalan jauh digunakan di kawasan yang mempunyai gangguan elektromagnet. Petunjuk amaran akan muncul jika kompas alat kawalan jauh memerlukan penentukuran. Ketik petunjuk amaran untuk mula menentukur. Dalam kes lain, ikut langkah di bawah untuk menentukur alat kawalan jauh anda.
1. Hidupkan alat kawalan jauh, dan masukkan Tetapan Pantas.
2. Ketik untuk memasukkan tetapan sistem, tatal ke bawah dan ketik Kompas.
3. Ikut arahan pada skrin untuk menentukur kompas.
4. Arahan akan dipaparkan apabila penentukuran berjaya.
Amaran Alat Kawalan Jauh
Petunjuk alat kawalan jauh akan bernyala dalam warna merah selepas sambungan diputuskan daripada pesawat. DJI Fly akan memberikan amaran selepas sambungan diputuskan daripada pesawat. Alat kawalan jauh akan berbunyi bip dan dimatikan secara automatik selepas sambungan diputuskan daripada pesawat dan tidak beroperasi untuk tempoh yang lama.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
40
DJI Mini 3
Manual Pengguna

DJI RC-N1

Apabila digunakan dengan DJI Mini 3, DJI RC-N1 menampilkan transmisi video OcuSync 2.0, berfungsi pada kedua-dua jalur frekuensi 2.4 GHz dan 5.8 GHz, berupaya memilih saluran penghantaran terbaik secara automatik, dan memberikan penghantaran paparan langsung HD 720p 30fps dari pesawat ke DJI Fly pada peranti mudah alih (bergantung pada prestasi peranti mudah alih) pada jarak penghantaran maksimum sejauh 10 km (6 bt) (mematuhi piawaian FCC dan diukur di kawasan terbuka luas tanpa gangguan). Pengguna boleh mengawal pesawat dan menukar tetapan dengan mudah dalam julat ini. Bateri terbina dalam mempunyai kapasiti 5200 mAh dan kuasa sebanyak 18.72 Wh yang menyokong masa jalan maksimum selama enam jam. Alat kawalan jauh mengecas peranti mudah alih Android secara automatik dengan kadar pengecasan 500 mA@5 V. Pengecasan untuk peranti iOS dinyahaktifkan secara lalai. Untuk mengecas peranti iOS, pastikan fungsi pengecasan diaktifkan dalam DJI Fly setiap kali alat kawalan jauh dihidupkan.
Menghidupkan/Mematikan
Tekan butang kuasa sekali untuk memeriksa tahap bateri semasa. Sekiranya tahap bateri terlalu rendah, caskan semula sebelum digunakan. Tekan sekali kemudian sekali lagi dan tahan selama dua saat untuk menghidupkan atau mematikan alat kawalan jauh.
Mengecas Bateri
Gunakan kabel USB-C untuk menyambungkan pengecas USB ke port USB-C alat kawalan jauh.
Mengawal Gimbal dan Kamera
Butang Pengatup/Rakam: Tekan sekali untuk
mengambil gambar atau memulakan atau menghentikan rakaman. Togol Foto/Video: Tekan sekali untuk beralih antara mod foto dan video. Dail Gimbal: Untuk digunakan bagi mengawal kecondongan gimbal. Tekan dan tahan butang boleh suai dan kemudian gunakan dail gimbal untuk zum masuk dan keluar.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
41
Dail Gimbal
Butang
Boleh Suai
Butang Pengatup/Rakam
Togol Foto/ Video
DJI Mini 3
Manual Pengguna
Mengawal Pesawat
Batang kawalan mengawal orientasi pesawat (pendar), pergerakan ke depan/ke belakang (anggul), ketinggian (pendikit) dan pergerakan kiri/kanan (gulung). Mod batang kawalan menentukan fungsi setiap pergerakan batang kawalan. Tiga mod pra-program (Mod 1, Mod 2 dan Mod 3) tersedia dan mod tersuai boleh dikonfigurasikan dalam DJI Fly.
Mod 1
Mod 2
Mod 3
Ke Depan
Ke Belakang
Belok Kiri Belok Kanan
Batang Kiri
Batang Kiri Batang Kanan
Atas
Bawah
Belok Kiri Belok Kanan
Ke Depan
Ke Belakang
Batang KananBatang Kiri
Batang Kanan
Atas
Bawah
Kiri Kanan
Ke Depan
Ke Belakang
Kiri Kanan
Atas
Bawah
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
42
Kiri Kanan
Belok Kiri Belok Kanan
DJI Mini 3
Mod kawalan lalai alat kawalan jauh ialah Mod 2. Dalam manual ini, Mod 2 digunakan sebagai contoh untuk menggambarkan cara menggunakan batang kawalan.
Manual Pengguna
Titik Neutral/Tengah Batang: Batang kawalan berada di tengah. Menggerakkan batang kawalan: Batang kawalan ditolak dari kedudukan tengah.
Alat Kawalan Jauh
(Mod 2)
Pesawat
( Menunjukkan Arah
Hidung)
Kenyataan
Batang Pendikit: Menggerakkan
batang kiri ke atas atau ke bawah akan mengubah ketinggian pesawat. Tolak batang ke atas untuk naik dan ke bawah untuk turun. Semakin banyak batang ditolak dari kedudukan tengah, semakin cepat pesawat akan berubah ketinggian. Tekan batang dengan lembut untuk mengelakkan perubahan ketinggian secara tiba-tiba dan tidak dijangka.
Batang Rewang: Menggerakkan batang kiri ke kiri atau ke kanan akan mengawal orientasi pesawat. Tolak batang ke kiri untuk memutar pesawat berlawanan arah jam dan ke kanan untuk memutar pesawat mengikut arah jam. Semakin banyak batang ditolak dari kedudukan tengah, semakin cepat pesawat akan berputar.
Batang Anggul: Menggerakkan batang kanan ke atas dan ke bawah akan mengubah anggul pesawat. Tolak batang ke atas untuk terbang ke depan dan ke bawah untuk terbang ke belakang. Semakin banyak batang ditolak dari kedudukan tengah, semakin cepat pesawat akan bergerak.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
43
Batang Gulung: Menggerakkan batang kanan ke kiri atau ke kanan akan mengubah gulungan pesawat. Tolak batang ke kiri untuk terbang ke kiri dan ke kanan untuk terbang ke kanan. Semakin banyak batang ditolak dari kedudukan tengah, semakin cepat pesawat akan bergerak.
DJI Mini 3
Manual Pengguna
Suis Mod Penerbangan
Togol suis untuk memilih mod penerbangan yang diingini.
Kedudukan Mod Penerbangan
Sport Mod Sukan
Normal Mod Normal
Cine Mod Sine
Butang Jeda Penerbangan/RTH
Tekan sekali untuk membrek pesawat dan mengambang di tempatnya. Tekan dan tahan butang sehingga alat kawalan jauh berbunyi bip untuk memulakan RTH. Pesawat akan kembali ke Titik Tempat Mula terakhir yang dirakam. Tekan butang ini sekali lagi untuk membatalkan RTH dan mendapatkan kembali kawalan pesawat.
Butang Boleh Suai
Bagi menyesuaikan fungsi untuk butang ini, pergi ke Tetapan Sistem dalam DJI Fly dan kemudian pilih Kawalan. Fungsi boleh suai termasuk meletakkan gimbal ke tengah semula serta menogol peta dan paparan langsung.
Amaran Alat Kawalan Jauh
Alat kawalan jauh membunyikan amaran semasa RTH. Amaran RTH tidak boleh dibatalkan. Alat kawalan jauh membunyikan amaran apabila tahap bateri dan alat kawalan jauh adalah rendah (6% hingga 10%). Amaran tahap bateri rendah boleh dibatalkan dengan menekan butang kuasa. Amaran tahap bateri kritikal yang dicetuskan apabila tahap bateri kurang daripada 5% dan tidak boleh dibatalkan.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
44
DJI Mini 3
Manual Pengguna
Zon Transmisi Optimum
Isyarat antara pesawat dan alat kawalan jauh paling dipercayai apabila alat kawalan jauh diposisikan menghala pesawat seperti yang ditunjukkan di bawah.
Zon Transmisi Optimum
Isyarat Lemah
Memautkan Alat Kawalan Jauh
Alat kawalan jauh sudah dipautkan ke pesawat apabila dibeli bersama secara kombo. Jika tidak, ikut langkah di bawah untuk memautkan alat kawalan jauh dan pesawat selepas pengaktifan.
1. Hidupkan pesawat dan alat kawalan jauh.
2. Lancarkan DJI Fly.
3. Dalam paparan kamera, ketik dan pilih Kawalan dan kemudian Sambung ke Pesawat (Pautan).
4. Tekan dan tahan butang kuasa pesawat selama lebih daripada empat saat. Pesawat akan berbunyi bip sekali apabila ia bersedia untuk dipautkan. Selepas pemautan berjaya, pesawat akan berbunyi bip dua kali dan LED tahap bateri alat kawalan jauh akan muncul dan padu.
•Pastikan alat kawalan jauh berada dalam jarak 0.5 m dari pesawat semasa membuat pautan.
•Alat kawalan jauh akan memutuskan pautan secara automatik dari pesawat jika alat kawalan jauh baharu dipautkan ke pesawat yang sama.
•Matikan Bluetooth dan Wi-Fi peranti mudah alih untuk penghantaran video yang optimum.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
45
DJI Mini 3
Manual Pengguna
•Caskan penuh alat kawalan jauh sebelum setiap penerbangan. Alat kawalan jauh membunyikan amaran apabila tahap bateri rendah.
•Sekiranya alat kawalan jauh dihidupkan dan tidak digunakan selama lima minit, amaran akan berbunyi. Selepas enam minit, alat kawalan jauh akan mati secara automatik. Gerakkan batang kawalan atau tekan sebarang butang untuk membatalkan amaran.
•Laraskan pemegang peranti mudah alih untuk memastikan peranti mudah alih anda selamat.
•Caskan bateri sepenuhnya sekurang-kurangnya sekali setiap tiga bulan untuk menjaga kesihatan bateri.
Amaran Alat Kawalan Jauh
LED aras bateri akan mula berkelip secara perlahan selepas sambungan diputuskan daripada pesawat. Alat kawalan jauh akan berbunyi bip dan dimatikan secara automatik selepas sambungan diputuskan daripada pesawat dan tidak beroperasi untuk tempoh yang lama.
•Elakkan gangguan antara alat kawalan jauh dengan peralatan wayarles lain. Pastikan anda mematikan Wi-Fi pada peranti mudah alih anda. Daratkan pesawat secepat mungkin jika terdapat gangguan yang teruk.
•JANGAN kendalikan pesawat apabila keadaan pencahayaan adalah terlalu terang atau terlalu gelap dengan menggunakan telefon bimbit untuk memantau penerbangan. Pengguna bertanggungjawab terhadap pelarasan kecerahan paparan yang betul dan juruterbang perlu memantau cahaya matahari langsung yang mengenai monitor semasa pengendalian penerbangan.
•Hentikan pengendalian batang kawalan atau tekan butang jeda penerbangan jika terdapat operasi yang tidak dijangkakan.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
46
Aplikasi DJI Fly
Bahagian ini memperkenalkan fungsi utama aplikasi DJI Fly.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
47

Aplikasi DJI Fly

Tempat Mula

•Antara muka dan fungsi DJI Fly mungkin berbeza-beza apabila versi perisian dikemaskinikan. Pengalaman penggunaan yang sebenar adalah berdasarkan versi perisian yang digunakan.
Lancarkan DJI Fly dan masuk kepada Skrin utama untuk menggunakan ciri yang berikut:
•Cari video tutorial, manual pengguna, Lokasi Penerbangan, petua penerbangan dan pelbagai
lagi.
•Semak keperluan kawal selia bagi wilayah yang berbeza dan dapatkan maklumat tentang
Lokasi Penerbangan.
•Lihat foto dan video daripada album pesawat atau rakaman yang telah disimpan pada peranti
setempat atau terokai lebih banyak rakaman yang dikongsi daripada SkyPixel.
•Log masuk dengan akaun DJI anda untuk menyemak maklumat akaun anda.
•Dapatkan perkhidmatan dan sokongan selepas jualan.
•Kemas kinikan perisian tegar, muat turun peta luar talian, akses ciri Find My Drone (Cari Dron
Saya), lawati Forum DJI dan Kedai DJI dan pelbagai lagi.

Paparan Kamera

1 2 3 4 5 6
19
18
1. Mod Penerbangan
Mod N: Memaparkan mod penerbangan semasa.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
48
7 8
9
10
11
12
13
14151617
DJI Mini 3
Manual Pengguna
2. Bar Status Sistem
Dalam Penerbangan: Menunjukkan status penerbangan pesawat tersebut dan memaparkan
pelbagai mesej amaran. Ketik untuk melihat lebih banyak maklumat apabila prom amaran muncul.
3. Maklumat Bateri
80
24'17"
: Memaparkan tahap bateri semasa dan baki masa penerbangan.
4. Kekuatan Isyarat Laluan Menurun Video
RC
: Menunjukkan kekuatan isyarat laluan menurun video antara pesawat tersebut dan
alat kawalan jauh.
5. Status GNSS
20
: Memaparkan kekuatan isyarat GNSS semasa. Ketik untuk memeriksa status isyarat GNSS. Titik Tempat Mula boleh dikemas kini apabila ikon berwarna putih, yang menunjukkan bahawa isyarat GNSS kuat.
6. Tetapan Sistem
: Tetapan sistem memberikan maklumat tentang keselamatan, kawalan, kamera dan
penghantaran.
•Keselamatan
RTH: Ketik untuk menetapkan Ketinggian Kembali ke Tempat Asal dan kemas kini Titik Tempat Mula.
Perlindungan Penerbangan: Ketik untuk menetapkan ketinggian maksimum dan jarak maksimum untuk penerbangan.
Sensor: Ketik untuk melihat status IMU serta kompas dan mula menentukur, jika perlu.
Buka kunci Zon GEO: Ketik untuk melihat maklumat tentang membuka kunci zon GEO.
Ciri Cari Dron Saya menggunakan peta untuk mencari lokasi pesawat di daratan.
Bateri: Ketik untuk melihat maklumat bateri seperti status sel bateri, nombor siri, dan bilangan kali dicas.
Tetapan Keselamatan Lanjutan merangkumi tetapan tingkah laku bagi pesawat apabila isyarat alat kawalan jauh hilang dan menghentikan bebaling semasa penerbangan jika berlaku kecemasan.
Tingkah laku pesawat ketika isyarat alat kawalan jauh hilang dapat ditetapkan ke Kembali Ke Tempat Mula, Turun, atau Mengambang.
“Kecemasan Sahaja” menunjukkan bahawa motor hanya boleh dihentikan semasa penerbangan dalam keadaan kecemasan seperti perlanggaran, motor terhenti, pesawat berguling di udara atau pesawat berada di luar kawalan serta menaik atau menurun dengan pantas. “Bila-bila Masa” menunjukkan bahawa motor boleh dihentikan di pertengahan penerbangan pada bila-bila masa setelah pengguna melakukan perintah batang kombinasi (CSC). Ambil perhatian bahawa pengguna perlu menahan batang kawalan selama 2 saat semasa melakukan CSC untuk menghentikan motor semasa penerbangan.
•Menghentikan motor di pertengahan penerbangan akan menyebabkan pesawat terhempas.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
49
DJI Mini 3
Manual Pengguna
Sekiranya aksesori seperti pelindung bebaling dipasang ke pesawat, adalah disarankan untuk mengaktifkan mod Muatan untuk keselamatan yang lebih baik. Setelah berlepas, mod Muatan diaktifkan secara automatik jika muatan dikesan. Prestasi penerbangan akan dikurangkan dengan sewajarnya ketika terbang dengan sebarang muatan. Sila ambil perhatian bahawa siling perkhidmatan maksimum di atas permukaan laut adalah 1,500 m dan kelajuan penerbangan maksimum terhad apabila mod Muatan diaktifkan.
•Kawalan
Tetapan Pesawat: Tetapkan unit ukuran. Tetapan Gimbal: Ketik untuk menetapkan mod gimbal, masukkan tetapan lanjutan,
melakukan penentukuran gimbal dan memusatkan semula atau condongkan gimbal ke bawah. Tetapan Alat Kawalan Jauh: Ketik untuk menetapkan fungsi butang boleh disesuaikan, menentukur alat kawalan jauh, menukar mod batang kawalan (Mod 1, Mod 2, Mod 3 atau mod tersuai), atau tetapkan tetapan lanjutan alat kawalan jauh.
Tutorial Penerbangan Pemula: Lihat tutorial penerbangan. Sambung ke Pesawat: Ketik untuk mula memautkan apabila pesawat tidak dipautkan ke
alat kawalan jauh.
•Kamera
Tetapan Parameter Kamera: Memaparkan tetapan yang berbeza mengikut mod penggambaran. Tetapan Umum: Ketik untuk melihat dan menetapkan histogram, amaran pendedahan berlebihan, tahap memuncak, garis grid, dan keseimbangan putih. Lokasi Penyimpanan: Ketik untuk memeriksa kapasiti dan format kad microSD. Pilih untuk menyegerakkan foto HD secara automatik ke peranti mudah alih, untuk mendayakan cache semasa rakaman dan melaraskan tetapan kapasiti cache video maksimum Tetapkan Semula Tetapan Kamera: Ketik untuk membaik pulih parameter kamera kepada tetapan lalai.
.
•Alat kawalan jauh DJI RC tidak menyokong fungsi Foto HD Penyegerakan Automatik.
•Transmisi
Platform penstriman langsung boleh dipilih untuk menyiarkan paparan kamera dalam masa nyata. Jalur frekuensi dan mod saluran juga boleh ditetapkan dalam tetapan penghantaran.
•Alat kawalan jauh DJI RC tidak menyokong fungsi penstriman langsung.
•Tentang
Lihat maklumat peranti, maklumat perisian tegar, versi aplikasi, versi bateri dan banyak lagi.
7. Mod Penggambaran
Foto: Tunggal, AEB, Syot Bermasa.
Video
QuickShots: Pilih antara Dronie, Rocket, Circle, Helix dan Boomerang.
Panorama: Pilih antara Sfera, 180° dan Sudut Lebar.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
50
DJI Mini 3
Manual Pengguna
8. Peralihan Mod Landskap/Potret
: Ketik untuk beralih antara mod Landskap dan Potret. Kamera akan berputar 90 darjah
apabila bertukar kepada mod Potret, untuk mengambil video dan foto potret.
9. Zum
: Ikon memaparkan nisbah zum. Ketik untuk melaraskan nisbah zum. Ketik dan tahan
ikon untuk mengembangkan bar zum dan slaid pada bar untuk melaraskan nisbah zum.
10. Butang Pengatup/Rakam
: Ketik untuk menangkap foto atau untuk memulakan atau menghentikan rakaman
video.
11. Butang Fokus
AF / MF : Tekan ikon untuk menukar mod fokus. Ketik dan tahan ikon untuk mengembangkan
bar fokus dan slaid pada bar untuk memfokuskan kamera.
12. Main Semula
: Ketik untuk memasuki main semula dan pratonton foto serta video sebaik sahaja ia
ditangkap.
13. Suis Mod Kamera
: Pilih antara mod Automatik dan Pro ketika berada dalam mod foto. Parameter berbeza
dengan setiap mod.
14. Parameter Penggambaran
RES&FPS
4K 30EV+0.7
tetapan parameter.
: Memaparkan parameter penggambaran semasa. Ketik untuk mengakses
15. Maklumat Kad microSD
Storan
: Memaparkan baki jumlah masa rakaman foto atau video pada kad microSD
1:30:30
semasa. Ketik untuk melihat kapasiti tersedia kad microSD.
16. Telemetri Penerbangan
H 150m : Jarak menegak dari pesawat ke Titik Tempat Mula.
D 80m : Jarak mendatar dari pesawat ke Titik Tempat Mula.
3m/s : Kelajuan menegak pesawat.
5.6m/s : Kelajuan mendatar pesawat.
17. Peta
: Ketik untuk menukar kepada Petunjuk Ketinggian, yang memaparkan maklumat seperti
orientasi dan sudut kecondongan pesawat, serta lokasi alat kawalan jauh dan Titik Tempat Mula.
Kedudukan alat
kawalan jauh
Titik Tempat Mula
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
51
Orientasi pesawat
Jatuh
Sudut kecondongan pesawat
Tukar ke peta mini
Tukar ke Petunjuk Ketinggian
DJI Mini 3
18. Perlepasan/Pendaratan/RTH Automatik
/ : Ketik ikon. Apabila prom muncul, tekan dan tahan butang untuk memulakan
: Ketik untuk memulakan RTH Pintar dan mengembalikan pesawat ke Titik Tempat Mula
19. Kembali
: Ketik untuk kembali ke skrin utama.
Ketik dan tahan di mana-mana bahagian skrin dalam paparan kamera sehingga bar pelarasan gimbal muncul. Seretkan pada bar untuk melaraskan sudut gimbal.
Ketik pada skrin untuk mendayakan fokus atau pengukuran titik. Fokus atau pengukuran titik akan dipaparkan secara berbeza bergantung pada mod fokus, mod pendedahan, dan mod pengukuran titik. Setelah menggunakan pengukuran titik, ketik dan tahan pada skrin untuk mengunci pendedahan. Untuk membuka kunci pendedahan, tekan dan tahan skrin sekali lagi.
Manual Pengguna
pelepasan atau pendaratan automatik.
terakhir yang dirakam.
•Cas peranti mudah alih anda sepenuhnya sebelum melancarkan DJI Fly.
•Data selular mudah alih diperlukan semasa menggunakan DJI Fly. Hubungi pembawa wayarles anda untuk caj data.
•Sekiranya anda menggunakan telefon bimbit sebagai peranti paparan anda, JANGAN jawab panggilan telefon, teks atau menggunakan ciri pesanan semasa penerbangan.
•Baca semua prom keselamatan, mesej amaran dan penafian dengan teliti. Biasakan diri dengan peraturan yang berkenaan di kawasan anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengetahui semua peraturan yang relevan dan terbang dengan cara yang mematuhinya.
a) Baca dan fahami mesej amaran sebelum menggunakan ciri perlepasan dan
pendaratan automatik.
b) Baca dan fahami mesej amaran serta penafian-penafian sebelum menetapkan
ketinggian melebihi had lalai.
c) Baca dan fahami mesej amaran serta penafian sebelum beralih mod penerbangan.
d) Baca dan fahami mesej amaran dan petunjuk penafian berhampiran atau di zon GEO.
e) Baca dan fahami mesej amaran sebelum menggunakan mod Penerbangan Pintar.
•Daratkan pesawat dengan segera di lokasi yang selamat jika prom muncul di aplikasi, mengarahkan anda berbuat demikian.
•Semak semua mesej amaran pada senarai semak yang dipaparkan di aplikasi sebelum setiap penerbangan.
•Gunakan tutorial dalam aplikasi untuk berlatih kemahiran penerbangan anda jika belum pernah mengendalikan pesawat atau jika anda tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi bagi mengendalikan pesawat dengan yakin.
•Cache data peta kawasan di mana anda berhasrat untuk menerbangkan pesawat dengan menyambung ke internet sebelum setiap penerbangan.
•Aplikasi ini direka bentuk untuk membantu pengendalian anda. Gunakan budi bicara dan JANGAN bergantung pada aplikasi untuk mengawal pesawat anda. Penggunaan aplikasi oleh anda tertakluk kepada Syarat Penggunaan DJI Fly dan Dasar Privasi DJI. Baca dengan teliti di aplikasi.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
52
Penerbangan
Bahagian ini menerangkan amalan penerbangan selamat dan sekatan penerbangan.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
53

Penerbangan

Setelah melengkapkan persediaan sebelum penerbangan, adalah disarankan untuk mengasah kemahiran penerbangan anda dan berlatih terbang dengan selamat. Pastikan semua penerbangan dilakukan di kawasan terbuka. Patuhi undang-undang dan peraturan tempatan ketika terbang. Baca Garis Panduan Keselamatan sebelum penerbangan untuk memastikan penggunaan produk yang selamat.

Keperluan Persekitaran Penerbangan

1. Jangan mengendalikan pesawat dalam keadaan cuaca yang teruk termasuk kelajuan angin melebihi 10.7 m/s, salji, hujan dan kabut.
2. Hanya terbang di kawasan terbuka. Bangunan tinggi dan struktur logam yang besar boleh mempengaruhi ketepatan kompas pesawat dan sistem GNSS. Oleh itu, JANGAN berlepas dari balkoni atau di mana-mana lokasi dalam lingkungan 10 m dari bangunan. Pastikan jarak sekurang-kurangnya 10 m dari bangunan semasa penerbangan. Selepas berlepas, pastikan anda dimaklumkan melalui gesaan suara Titik Tempat Mula dikemaskinikan sebelum meneruskan penerbangan. Jika pesawat telah berlepas berhampiran bangunan, ketepatan Titik Tempat Mula tidak dapat dijamin. Dalam keadaan ini, perhatikan kedudukan semasa pesawat ketika RTH automatik. Apabila pesawat hampir dengan Titik Tempat Mula, anda disyorkan untuk membatalkan RTH automatik dan mengawal pesawat secara manual untuk mendarat di lokasi yang sesuai.
3. Elakkan halangan, orang ramai, talian kuasa voltan tinggi, pokok dan jasad air (ketinggian disyorkan sekurang-kurangnya 3 m di atas air).
4. Minimumkan gangguan dengan mengelakkan kawasan dengan tahap elektromagnetisme yang tinggi seperti lokasi berhampiran saluran kuasa, stesen pangkalan, pencawang elektrik dan menara penyiaran.
5. Prestasi pesawat dan baterinya adalah terhad apabila terbang di altitud tinggi. Terbang dengan berhati-hati. Had perkhidmatan maksimum di atas paras laut pesawat ialah 4,000 m (13,123 kaki) apabila terbang dengan Bateri Penerbangan Pintar. Jika Bateri Penerbangan Pintar Plus digunakan, had perkhidmatan maksimum di atas paras laut turun kepada 3,000 m (9,843 kaki). Jika pelindung bebaling dipasang pada pesawat dengan Bateri Penerbangan Pintar, had perkhidmatan maksimum di atas paras laut menjadi 1,500 m (4,921 kaki).
6. GNSS tidak boleh digunakan pada pesawat di kawasan kutub. Sebaliknya, gunakan Sistem Penglihatan.
7. JANGAN lancarkan pesawat dari objek bergerak seperti kereta dan kapal.
8. JANGAN berlepas dari permukaan yang berwarna padu atau permukaan dengan pantulan yang terang seperti bumbung kereta.
9. JANGAN gunakan pesawat dalam persekitaran yang berisiko berlaku kebakaran atau letupan.
10. JANGAN gunakan pesawat, alat kawalan jauh, bateri, pengecas bateri dan hab pengecas bateri berhampiran kemalangan, kebakaran, letupan, banjir, tsunami, runtuhan salji, tanah runtuh, gempa bumi, habuk, ribut pasir, semburan garam atau kulat.
11. Kendalikan pesawat, alat kawalan jauh, bateri, pengecas bateri dan hab pengecas bateri dalam persekitaran yang kering.
12. JANGAN kendalikan pesawat berhampiran kumpulan burung.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
54
DJI Mini 3
Manual Pengguna

Mengendalikan Pesawat Dengan Bertanggungjawab

Untuk mengelakkan kecederaan serius dan kerosakan harta benda, patuhi peraturan berikut:
1. Pastikan anda TIDAK berada di bawah pengaruh ubat bius, alkohol, atau ubat-ubatan atau mengalami pening, keletihan, loya atau sebarang keadaan lain yang boleh menjejaskan kemampuan anda mengendalikan pesawat dengan selamat.
2. Apabila mendarat, matikan pesawat dahulu sebelum mematikan alat kawalan jauh.
3. JANGAN jatuhkan, lancarkan, tembak atau baling sebarang muatan berbahaya pada atau ke arah mana-mana bangunan, orang atau haiwan, yang boleh menyebabkan kecederaan diri atau kerosakan harta benda.
4. JANGAN gunakan pesawat yang telah terhempas atau rosak secara tidak sengaja atau pesawat yang tidak dalam keadaan baik.
5. Pastikan anda telah dilatih secukupnya dan mempunyai pelan kontingensi untuk kecemasan atau apabila insiden berlaku.
6. Pastikan anda mempunyai pelan penerbangan. JANGAN terbangkan pesawat secara melulu.
7. Hormati privasi orang lain apabila menggunakan kamera. Pastikan anda mematuhi undang­undang privasi tempatan, peraturan dan standard moral.
8. JANGAN gunakan produk ini untuk sebarang sebab selain daripada kegunaan peribadi umum.
9. JANGAN gunakannya untuk tujuan yang menyalahi undang-undang atau tidak wajar seperti pengintipan, operasi ketenteraan atau penyiasatan tanpa kebenaran.
10. JANGAN gunakan produk ini untuk memfitnah, menyalahgunakan, mengganggu, mengintai, mengugut atau selainnya melanggar hak undang-undang orang lain, seperti hak privasi dan publisiti.
11. JANGAN menceroboh harta persendirian orang lain.
12. Pastikan pemilik dron berdaftar di pihak berkuasa negaranya (kecuali sudah berdaftar).

Had Penerbangan

Sistem GEO (Persekitaran Geospatial Dalam Talian)
Sistem Persekitaran Geospatial Dalam Talian (GEO) DJI ialah sistem maklumat global yang menyediakan maklumat masa nyata tentang keselamatan penerbangan dan kemas kini sekatan serta menghalang UAV daripada terbang dalam ruang udara larangan. Dalam keadaan luar biasa, kawasan larangan boleh dibuka untuk membenarkan penerbangan masuk ke kawasan tersebut. Sebelum itu, pengguna mesti menghantar permintaan membuka berdasarkan tahap sekatan semasa dalam kawasan penerbangan yang dimaksudkan. Sistem GEO mungkin tidak mematuhi sepenuhnya undang-undang dan peraturan tempatan. Pengguna hendaklah bertanggungjawab untuk keselamatan penerbangan mereka sendiri dan mesti berunding dengan pihak berkuasa tempatan mengenai keperluan undang-undang dan peraturan yang berkaitan sebelum meminta untuk membuka penerbangan dalam kawasan larangan. Untuk maklumat lanjut tentang sistem GEO, lawati https://www.dji.com/flysafe.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
55
DJI Mini 3
Manual Pengguna
Had Penerbangan
Atas sebab-sebab keselamatan, had penerbangan diaktifkan secara lalai untuk membantu pengguna mengendalikan pesawat ini dengan selamat. Pengguna boleh menetapkan had penerbangan terhadap ketinggian dan jarak. Had ketinggian, had jarak dan zon GEO berfungsi secara serentak untuk menguruskan keselamatan penerbangan apabila GNSS tersedia. Hanya ketinggian yang boleh dihadkan apabila GNSS tidak tersedia.
Had Ketinggian dan Jarak Penerbangan
Ketinggian penerbangan maksimum mengehadkan ketinggian penerbangan pesawat, manakala jarak penerbangan maksimum mengehadkan radius penerbangan pesawat di sekitar Titik Tempat Mula. Had ini boleh ditetapkan menggunakan aplikasi DJI Fly untuk keselamatan penerbangan yang lebih baik.
Ketinggian
Titik Tempat Mula tidak dikemas kini secara manual semasa penerbangan
Apabila GNSS tersedia
Had Penerbangan Aplikasi DJI Fly
Ketinggian Maksimum
Radius Maksimum
Ketinggian pesawat tidak boleh melebihi nilai yang ditentukan
Jarak penerbangan mesti berada dalam radius maksimum
Maksimum
Titik Tempat Mula Radius Maksimum
Ketinggian pesawat sewaktu perlepasan
Amaran: had ketinggian dicapai
Amaran: had jarak dicapai
Petunjuk Status Pesawat
Berkelip hijau dan merah secara berselang-seli
Apabila GNSS lemah
Had Penerbangan Aplikasi DJI Fly
Ketinggian dihadkan kepada 16 kaki (5 m) apabila isyarat GNSS
lemah dan Sistem Pengesanan Ketinggian Maksimum
Inframerah beroperasi.
Ketinggian dihadkan kepada 98
kaki (30 m) apabila isyarat GNSS
lemah dan Sistem Pengesanan
Inframerah tidak beroperasi.
Radius Maksimum
56
Sekatan radius dilumpuhkan dan petunjuk amaran tidak boleh diterima di
aplikasi.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
Amaran: had ketinggian dicapai.
Petunjuk Status Pesawat
Berkelip merah dan hijau secara berselang-seli
DJI Mini 3
Manual Pengguna
•Tidak akan ada had ketinggian jika isyarat GNSS menjadi lemah semasa penerbangan selagi isyarat GNSS lebih kuat daripada lemah (bar isyarat putih atau kuning) ketika pesawat dihidupkan.
•Sekiranya pesawat berada di zon GEO dan terdapat isyarat GNSS yang lemah atau tiada isyarat, petunjuk status pesawat akan menyala merah selama lima saat setiap dua belas saat.
•Sekiranya pesawat mencapai had ketinggian atau radius, anda masih boleh mengawal pesawat tetapi anda tidak dapat menerbangkannya lebih jauh. Sekiranya pesawat terbang keluar dari radius maksimum, ia akan terbang ke dalam julat secara automatik apabila isyarat GNSS kuat.
•Atas sebab-sebab keselamatan, jangan terbang dekat dengan lapangan terbang, lebuh raya, stesen keretapi, landasan kereta api, pusat bandar atau kawasan-kawasan sensitif yang lain. Terbangkan pesawat hanya dalam kawasan pandangan anda.
Zon GEO
Semua zon GEO disenaraikan di laman web rasmi DJI di http://www.dji.com/flysafe. Zon GEO dibahagikan kepada pelbagai kategori dan merangkumi lokasi seperti lapangan terbang, lapangan terbang di mana pesawat dengan pemandu beroperasi pada ketinggian rendah, sempadan negara serta lokasi-lokasi sensitif seperti loji janakuasa. Anda akan menerima arahan dalam DJI Fly jika pesawat anda menghampiri zon GEO dan pesawat akan dilarang daripada terbang di kawasan tersebut.

Senarai Semak Pra-Penerbangan

1. Pastikan alat kawalan jauh, peranti mudah alih dan Bateri Penerbangan Pintar dicas sepenuhnya.
2. Pastikan pelindung gimbal ditanggalkan.
3. Pastikan lengan pesawat dibuka.
4. Pastikan Bateri Penerbangan Pintar dan bebaling dipasang dengan selamat.
5. Pastikan gimbal dan kamera berfungsi dengan normal.
6. Pastikan tidak ada yang menghalang motor dan ia berfungsi dengan normal.
7. Pastikan DJI Fly berjaya disambungkan ke pesawat.
8. Pastikan semua kanta kamera dan sensor adalah bersih.
9. Gunakan bahagian DJI yang asli atau yang diperakui oleh DJI sahaja. Bahagian atau alat ganti yang tidak dibenarkan daripada pengeluar yang tidak diperakui oleh DJI boleh menyebabkan kerosakan sistem serta menjejaskan keselamatan.
10. Pastikan Tindakan Pengelakan Halangan ditetapkan dalam DJI Fly dan ketinggian penerbangan maksimum, jarak penerbangan maksimum serta ketinggian RTH semuanya ditetapkan dengan betul menurut undang-undang dan peraturan tempatan.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
57
DJI Mini 3
Manual Pengguna

Perlepasan/Pendaratan Automatik

Perlepasan Automatik
Gunakan fungsi Perlepasan Secara Automatik:
1. Lancarkan DJI Fly dan masuk ke paparan kamera.
2. Selesaikan semua langkah dalam senarai semak pra-penerbangan.
3. Ketik . Sekiranya keadaan selamat untuk berlepas, tekan dan tahan butang untuk mengesahkan.
4. Pesawat akan berlepas dan mengambang kira-kira 1.2 m (3.9 kaki) di atas daratan.
Pendaratan Automatik
Gunakan fungsi Pendaratan Automatik:
1. Ketik . Sekiranya keadaan selamat untuk mendarat, tekan dan tahan butang untuk mengesahkan.
2. Pendaratan automatik boleh dibatalkan dengan mengetik .
3. Sekiranya Sistem Penglihatan Ke Bawah berfungsi seperti biasa, Perlindungan Pendaratan akan diaktifkan.
4. Motor akan berhenti secara automatik selepas mendarat.
Pilih tempat yang sesuai untuk mendarat.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
58
DJI Mini 3
Manual Pengguna

Memulakan/Menghentikan Motor

Memulakan Motor
Lakukan Gabungan Arahan Batang (CSC) seperti yang ditunjukkan di bawah untuk menghidupkan motor. Setelah motor mula berputar, lepaskan kedua-dua batang secara serentak.
ATAU
Menghentikan Motor
Apabila pesawat berada di darat dan motor berputar, terdapat dua cara untuk menghentikan motor tersebut:
Kaedah 1: Tolak batang pendikit ke bawah dan tahan. Motor akan berhenti selepas satu saat.
Kaedah 2: Lakukan CSC yang sama yang digunakan untuk menghidupkan motor dan tahan. Motor akan berhenti selepas dua saat.
ATAU
Kaedah 1 Kaedah 2
Menghentikan Motor Di Pertengahan Penerbangan
Menghentikan motor di pertengahan penerbangan akan menyebabkan pesawat terhempas. JANGAN menghentikan motor di pertengahan penerbangan kecuali anda menghadapi keadaan kecemasan, seperti jika berlaku perlanggaran atau pesawat berada di luar kawalan serta menaik atau menurun dengan pantas, berguling di udara. Untuk menghentikan motor di pertengahan penerbangan, lakukan CSC sama yang digunakan untuk memulakan motor. Ambil perhatian bahawa pengguna perlu memegang batang kawalan selama 2 saat semasa melakukan CSC untuk menghentikan motor. Tetapan lalai boleh diubah dalam DJI Fly.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
59
DJI Mini 3
Manual Pengguna

Ujian Penerbangan

Prosedur Perlepasan/Pendaratan
1. Letakkan pesawat di kawasan terbuka dan rata dengan bahagian belakan menghadap ke arah anda.
2. Hidupkan alat kawalan jauh dan pesawat.
3. Lancarkan DJI Fly dan masuk ke paparan kamera.
4. Tunggu sehingga diagnosis kendiri pesawat selesai. Jika DJI Fly tidak menunjukkan sebarang amaran yang tidak diduga, anda boleh menghidupkan motor.
5. Tolak batang pendikit secara perlahan untuk berlepas.
6. Untuk mendarat, mengambang di atas permukaan yang rata dan tolak batang pendikit ke bawah untuk turun dengan perlahan.
7. Motor akan berhenti secara automatik selepas mendarat.
8. Matikan pesawat sebelum alat kawalan jauh.
Cadangan Video dan Petua
1. Senarai semak pra-penerbangan dirancang untuk membantu anda terbang dengan selamat dan merakam video semasa penerbangan. Lihat senarai semak pra-penerbangan penuh sebelum setiap penerbangan.
2. Pilih mod operasi gimbal yang dikehendaki dalam DJI Fly.
3. Adalah disarankan untuk mengambil foto atau merakam video ketika terbang dalam mod Normal atau Sine.
4. JANGAN terbang dalam cuaca buruk seperti pada hari hujan atau berangin kencang.
5. Pilih tetapan kamera yang paling sesuai dengan keperluan anda.
6. Lakukan ujian penerbangan untuk menentukan laluan penerbangan dan pratonton penggambaran.
7. Tolak batang kawalan dengan lembut bagi memastikan pergerakan pesawat lancar dan stabil.
•Pastikan anda meletakkan pesawat di permukaan yang rata dan stabil sebelum perlepasan. JANGAN lancarkan pesawat dari telapak tangan anda atau semasa memegangnya dengan tangan anda.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
60

Lampiran

Spesifikasi

Pesawat
248 g Berat standard pesawat (termasuk Bateri Penerbangan Pintar DJI Mini 3 Pro, bebaling dan kad microSD). Berat produk sebenar mungkin berbeza disebabkan oleh perbezaan dalam bahan kelompok dan faktor luaran.
Berat Perlepasan
Dimensi (P×B×T)
Jarak Pepenjuru 247 mm
Kelajuan Menaik Maksimum
Kelajuan Menurun Maksimum
Kelajuan Mendatar Maksimum (berhampiran permukaan laut, tanpa angin)
Ketinggian Berlepas Maksimum Di Atas Paras Laut
Masa Penerbangan Maksimum
Masa Mengambang Maksimum
Jarak Penerbangan Maksimum
Pendaftaran tidak diperlukan di beberapa negara dan wilayah. Semak peraturan dan undang-undang tempatan sebelum mengguna. Dengan Bateri Penerbangan Pintar Plus DJI Mini 3 Pro, pesawat itu akan mempunyai berat lebih daripada 249 g (kira-kira 290 g). Sila periksa dan patuhi undang-undang serta peraturan tempatan dengan teliti sebelum terbang. Dilipat (tanpa bebaling): 148x90x62 mm Dibuka (dengan bebaling): 251×362×72 mm
Mod S: 5 m/s Mod N: 3 m/s Mod C: 2 m/s Mod S: 3.5 m/s Mod N: 3 m/s Mod C: 1.5 m/s
Mod S: 16 m/s Mod N: 10 m/s Mod C: 6 m/s
Dengan Bateri Penerbangan Pintar: 4,000 m (13,123 kaki) Dengan Bateri Penerbangan Pintar Plus: 3,000 m (9,843 kaki) Dengan Bateri Penerbangan Pintar dan pelindung bebaling: 1,500 m (4,921 kaki) 38 minit (dengan Bateri Penerbangan Pintar dan kelajuan penerbangan 21.6 kmj dalam keadaan tanpa angin) 51 minit (dengan Bateri Penerbangan Pintar Plus dan kelajuan penerbangan 21.6 kmj dalam keadaan tanpa angin) 33 minit (dengan Bateri Penerbangan Pintar Plus dan dalam keadaan tanpa angin) 44 minit (dengan Bateri Penerbangan Pintar Plus dan dalam keadaan tanpa angin) 18 km (dengan Bateri Penerbangan Pintar dan diukur semasa terbang pada kelajuan 43.2 kmj dalam keadaan tanpa angin) 25 km (dengan Bateri Penerbangan Pintar Plus dan diukur semasa terbang pada kelajuan 43.2 kmj dalam keadaan tanpa angin)
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
61
DJI Mini 3
Manual Pengguna
Rintangan Kelajuan Angin Maksimum
Sudut Kecondongan Maksimum
Kelajuan Sudut Maksimum
Suhu Pengendalian -10° hingga 40° C (14° hingga 104° F) GNSS GPS + GLONASS + Galileo
Julat Ketepatan Mengambang
Transmisi
Sistem Transmisi Video O2 Frekuensi Pengendalian 2.4000-2.4835 GHz, 5.725-5.850 GHz
Kuasa Pemancar (EIRP)
Wi-Fi
Protokol 802.11a/b/g/n/ac Frekuensi Pengendalian 2.4000-2.4835 GHz, 5.725-5.850 GHz
Kuasa Pemancar (EIRP)
Bluetooth
Protokol Bluetooth 5.2 Frekuensi Pengendalian 2.4000-2.4835 GHz Kuasa Pemancar (EIRP) <8 dBm
Gimbal
Julat Mekanikal
Julat Terkawal
Penstabilan 3-paksi (kecondongan, gulung, pendar) Kelajuan Kawalan Maksimum (kecondongan) Julat Getaran Sudut ±0.01°
Sistem Pengesanan
Sistem Penglihatan Ke Bawah Julat Mengambang Ketepatan: 0.5 m hingga 10 m
Persekitaran Operasi
10.7 m/s
Mod S: 40° (terbang ke hadapan); 35° (terbang ke belakang) Mod N: 25° Mod C: 25° Mod S: 130°/s secara lalai (julat boleh laras pada DJI Fly ialah 20­250°/s) Mod N: 75°/s secara lalai (julat boleh laras pada DJI Fly ialah 20­120°/s) Mod C: 30°/s secara lalai (julat boleh laras pada DJI Fly ialah 20­60°/s)
Menegak: Penentududukan Penglihatan: ±0.1 m; Penentududukan GNSS: ±0.5 m Mendatar: Penentududukan Penglihatan: ±0.3 m; Penentududukan GNSS: ±1.5 m
2.4 GHz: <26 dBm (FCC), <20 dBm (CE/SRRC/MIC)
5.8 GHz: <26 dBm (FCC/SRRC), <14 dBm (CE)
2.4 GHz: <19 dBm (FCC/CE/SRRC/MIC)
5.8 GHz: <20 dBm (FCC/SRRC), <14 dBm(CE)
Kecondongan: -135° hingga +80° Gulung: -135° hingga +45° Pendar: -30° hingga +30° Kecondongan: -90° hingga +60° Gulung: 0° atau -90° (Lanskap atau Potret)
100°/s
Permukaan yang tidak memantul, dapat dilihat dengan pemantulan baur > 20%; dan pencahayaan mencukupi >15 luks
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
62
DJI Mini 3
Kamera
Sensor imej 1/1.3” CMOS, Piksel Berkesan: 12 MP
Kanta
ISO
Kelajuan Pengatup Elektronik 1/8000-2 s Saiz Imej Maksimum 4000 × 3000
Mod dan Parameter Fotografi Pegun
Format Foto JPEG/DNG (RAW)
Resolusi Video
Format Video MP4 (H.264) Kadar Bit Video Maksimum 100 Mbps
Sistem Fail Disokong
Zum Digital
Alat Kawalan Jauh DJI RC-N1 (Model: RC231) Transmisi
Sistem Transmisi Video
Kualiti Paparan Langsung 720p@30fps Frekuensi Pengendalian 2.4000-2.4835 GHz, 5.725-5.850 GHz
Kuasa Pemancar (EIRP)
Jarak Transmisi Maksimum (tanpa halangan, bebas gangguan)
63
Manual Pengguna
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
FOV: 82.1° Format Sama: 24 mm Apertur: f/1.7
Julat Penggambaran: 1 m to ∞
Video: 100-3200 Foto: 100-3200
Tunggal: 12MP Selang: 12MP 2/3/5/7/10/15/20/30/60 s (JPEG) 5/7/10/15/20/30/60 s (JPEG+RAW) Pembraketan Pendedahan Automatik (AEB): 12MP, 3 bingkai kurungan pada 0.7 Langkah EV Pano: Sfera, 180°, Sudut Lebar Mod HDR: HDR disokong dalam mod Syot Tunggal
4K: 3840×2160@24/25/30 fps
2.7K: 2720×1530@24/25/30/48/50/60 bps FHD: 1920×1080@24/25/30/48/50/60 bps Mod HDR: HDR disokong apabila merakam pada 24/25/30 fps
FAT32 (≤32 GB)
exFAT (> 32 GB) 4K: 2x
2.7K: 3x FHD: 4x
Apabila digunakan dengan konfigurasi perkakasan pesawat yang berbeza, Alat Kawalan Jauh DJI RC-N1 akan memilih versi perisian tegar yang sepadan secara automatik untuk mengemas kini. Ia menyokong teknologi transmisi O2 apabila dipautkan dengan DJI Mini 3.
2.4 GHz: <26 dBm (FCC), <20 dBm (CE/SRRC/MIC)
5.8 GHz: <26 dBm (FCC), <23 dBm (SRRC), <14 dBm (CE) 10 km (FCC); 6 km (CE/SRRC/MIC) Data diuji di bawah piawaian yang berbeza di kawasan terbuka tanpa gangguan. Ia hanya merujuk kepada jarak penerbangan maksimum sehala tanpa mengambil kira Kembali ke Tempat Mula. Sila beri perhatian kepada arahan RTH dalam aplikasi DJI Fly semasa penerbangan sebenar.
DJI Mini 3
Jarak Transmisi (dalam senario biasa, di bawah piawaian FCC)
Umum
Suhu Pengendalian -10° hingga 40° C (14° hingga 104° F) Kapasiti Bateri 5,200 mAh Jenis Bateri Li-ion Sistem Kimia LiNiMnCoO2
Arus/Voltan Operasi
Saiz Peranti Mudah Alih yang Disokong Jenis Port USB Disokong Kilat, USB Mikro (Jenis-B), USB-C
Hayat Bateri Maksimum
Alat Kawalan Jauh DJI RC (Model: RM330) Transmisi
Sistem Transmisi Video
Frekuensi Pengendalian 2.4000-2.4835 GHz, 5.725-5.850 GHz
Kuasa Pemancar (EIRP)
Jarak Transmisi Maksimum (tanpa halangan, bebas gangguan)
Jarak Transmisi (dalam senario biasa, di bawah piawaian FCC)
Wi-Fi
Protokol 802.11a/b/g/n Frekuensi Pengendalian 2.4000-2.4835 GHz; 5.150-5.250 GHz; 5.725-5.850 GHz
Manual Pengguna
Gangguan kuat (mis. pusat bandar): 1.5-3 km Gangguan sederhana (mis. pinggir bandar luar, bandar kecil): 3-6 km Tiada gangguan (mis., kawasan luar bandar, pantai): 6-10 km Data diuji di bawah piawaian FCC di kawasan terbuka dan dengan tahap gangguan yang berbeza. Data adalah untuk rujukan sahaja. Beri perhatian kepada arahan RTH dalam aplikasi DJI Fly semasa penerbangan sebenar.
1200 mA@3.6 V (dengan peranti Android) 700 mA@3.6 V (dengan peranti iOS)
180×86×10 mm (Tinggi×Lebar×Tebal)
6 jam (tanpa mengecas sebarang peranti mudah alih) 4 jam (apabila mengecas peranti mudah alih)
Apabila digunakan dengan konfigurasi perkakasan pesawat yang berbeza, Alat Kawalan Jauh DJI RC akan memilih versi perisian tegar yang sepadan secara automatik untuk mengemas kini. Ia menyokong teknologi transmisi O2 apabila dipautkan dengan DJI Mini 3.
2.4 GHz: <26 dBm (FCC), <20 dBm (CE/SRRC/MIC)
5.8 GHz: <26 dBm (FCC), <23 dBm (SRRC), <14 dBm (CE) 10 km (FCC); 6 km (CE/SRRC/MIC) Data diuji di bawah piawaian yang berbeza di kawasan terbuka tanpa gangguan. Ia hanya merujuk kepada jarak penerbangan maksimum sehala tanpa mengambil kira Kembali ke Tempat Mula. Sila beri perhatian kepada arahan RTH dalam aplikasi DJI Fly semasa penerbangan sebenar. Gangguan kuat (cth. pusat bandar): 1.5-3 km Gangguan sederhana (cth. pinggir bandar, bandar kecil): 3-6 km Tiada gangguan (cth. kawasan luar bandar, pantai): 6-10 km Data diuji di bawah piawaian FCC di kawasan terbuka dan dengan tahap gangguan yang berbeza. Data adalah untuk rujukan sahaja. Sila beri perhatian kepada arahan RTH dalam aplikasi DJI Fly semasa penerbangan sebenar.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
64
DJI Mini 3
Kuasa Pemancar (EIRP)
Bluetooth
Protokol Bluetooth 4.2 Frekuensi Pengendalian 2.4000-2.4835 GHz Kuasa Pemancar (EIRP) <10 dBm
Umum
Suhu Pengendalian -10° hingga 40° C (14° hingga 104° F) GNSS GPS + BeiDou + Galileo Kapasiti Bateri 5,200 mAh Jenis Bateri Li-ion Sistem Kimia LiNiMnCoO2 Arus/Voltan Operasi 1250 mA@3.6 V Hayat Bateri Maksimum Kira-kira 4 jam Kapasiti Storan kad microSD disokong Kad microSD yang disokong untuk alat kawalan jauh DJI RCKad microSD bertaraf Gred 3 Kelajuan UHS-I
Kad microSD yang disyorkan untuk alat kawalan jauh DJI RC
Bateri Penerbangan Pintar
Kapasiti Bateri 2453 mAh Voltan Standard 7.38 V Voltan Pengecasan Maksimum Jenis Bateri Li-ion Sistem Kimia LiNiMnCoO2 Tenaga 18.10 Wh Berat Kira-kira 80.5 g Suhu Pengecasan 5° hingga 40° C (41° hingga 104° F)
Manual Pengguna
2.4 GHz: <23 dBm (FCC), <20 dBm (CE/SRRC/MIC)
5.1 GHz: <23 dBm (FCC/CE/SRRC/MIC)
5.8 GHz: <23 dBm (FCC/SRRC), <14 dBm (CE)
SanDisk Extreme 64GB V30 A1 microSDXC SanDisk Extreme 128GB V30 A2 microSDXC SanDisk Extreme 256GB V30 A2 microSDXC SanDisk Extreme 512GB V30 A2 microSDXC SanDisk Extreme Pro 64GB V30 A2 microSDXC SanDisk Extreme Pro 256GB V30 A2 microSDXC SanDisk Extreme Pro 400GB V30 A2 microSDXC SanDisk High Endurance 64GB V30 microSDXC SanDisk High Endurance 256GB V30 microSDXC Kingston Canvas Go!Plus 64GB V30 A2 microSDXC Kingston Canvas Go!Plus 256GB V30 A2 microSDXC Lexar High-Endurance 64GB V30 microSDXC Lexar High-Endurance 128GB V30 microSDXC Lexar 633x 256GB V30 A1 microSDXC Lexar 1066x 64GB V30 A2 microSDXC Samsung EVO Plus 512GB microSDXC
8.5 V
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
65
DJI Mini 3
Tempoh Mengecas
Pengecas yang Disyorkan
Bateri Penerbangan Pintar Plus
Kapasiti Bateri 3850 mAh Voltan Standard 7.38 V Voltan Pengecasan Maksimum Jenis Bateri Li-ion Sistem Kimia LiNiMnCoO2 Tenaga 28.4 Wh Berat Kira-kira 121 g Suhu Pengecasan 5° hingga 40° C (41° hingga 104° F)
Tempoh Mengecas
Pengecas yang Disyorkan
Hab Pengecasan Dua Hala
Input USB-C: 5V 3A, 9V 3A, 12V 3A Output USB: 5V 2A Kuasa Dikadar 30 W Jenis Pengecasan Cas tiga bateri mengikut urutan Suhu Pengecasan 5° hingga 40° C (41° hingga 104° F)
Bateri yang Disokong
Aplikasi
Nama DJI Fly Sistem Pengoperasi Diperlukan
Storan
Kad microSD yang disokong untuk pesawat
Manual Pengguna
64 minit (dengan Pengecas USB-C DJI 30W dan bateri dipasang pada pesawat) 56 minit (dengan Pengecas USB-C DJI 30W dan bateri dimasukkan ke dalam Hab Pengecasan Dua Hala DJI Mini 3 Pro) Pengecas USB-C DJI 30W atau pengecas Penghantaran Kuasa USB (30 W) yang lain Apabila anda mengecas bateri yang dipasang pada pesawat atau dimasukkan ke dalam Hab Pengecasan Dua Hala DJI Mini 3 Pro, kuasa pengecasan maksimum yang disokong ialah 30 W.
8.5 V
101 minit (dengan Pengecas USB-C DJI 30W dan bateri dipasang pada pesawat) 78 minit (dengan Pengecas USB-C DJI 30W dan bateri dimasukkan ke dalam Hab Pengecasan Dua Hala DJI Mini 3 Pro) Pengecas USB-C DJI 30W atau pengecas Penghantaran Kuasa USB (30 W) yang lain Apabila anda mengecas bateri yang dipasang pada pesawat atau dimasukkan ke dalam Hab Pengecasan Dua Hala DJI Mini 3 Pro, kuasa pengecasan maksimum yang disokong ialah 30 W.
Bateri Penerbangan Pintar DJI Mini 3 Pro (BWX162-2453-7.38) Bateri Penerbangan Pintar Plus DJI Mini 3 Pro (BWX162-3850-
7.38)
iOS v11.0 atau kemudian; Android v7.0 atau kemudian
Kad microSD bertaraf Gred 3 Kelajuan UHS-I
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
66
DJI Mini 3
Kad microSD untuk pesawat yang disyorkan
Manual Pengguna
SanDisk Extreme 32GB V30 A1 microSDXC SanDisk Extreme 64GB V30 A1 microSDXC SanDisk Extreme 128GB V30 A2 microSDXC SanDisk Extreme 256GB V30 A2 microSDXC SanDisk Extreme Pro 32GB V30 A1 microSDXC Kingston Canvas Go!Plus 64GB V30 A2 microSDXC Kingston Canvas Go!Plus 256GB V30 A2 microSDXC Kingston Canvas React Plus 64GB V30 A1 microSDXC Kingston Canvas React Plus 128GB V30 A1 microSDXC Samsung Pro Plus 256GB V30 A2 microSDXC
•Mod penggambaran yang berbeza boleh menyokong julat ISO yang berbeza. Lihat julat ISO boleh laras sebenar untuk mod penggambaran berbeza dalam DJI Fly.
•Foto yang diambil dalam mod Tangkapan Tunggal tidak mempunyai kesan HDR dalam situasi berikut:
a) Apabila pesawat sedang bergerak atau kestabilan terjejas akibat kelajuan angin
yang tinggi;
b) Apabila imbangan putih ditetapkan pada mod manual;
c) Kamera dalam mod Auto dan tetapan EV dilaraskan secara manual;
d) Kamera dalam mod Auto dan kunci AE dihidupkan;
e) Kamera dalam mod Pro.

Keserasian

Lawati laman web yang berikut untuk mendapatkan maklumat tentang produk yang serasi. https://www.dji.com/mini-3/faq
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
67
DJI Mini 3
Manual Pengguna

Kemas Kini Perisian Tegar

Gunakan DJI Fly atau DJI Assistant 2 (Siri Dron Pengguna) untuk mengemas kini perisian tegar pesawat dan alat kawalan jauh.
Menggunakan DJI Fly
Apabila menyambungkan pesawat atau alat kawalan jauh ke DJI Fly, anda akan diberitahu jika terdapat kemas kini perisian tegar yang baru. Untuk mula mengemas kini, sambungkan alat kawalan jauh atau peranti mudah alih anda ke internet dan ikuti arahan di skrin. Sila ambil perhatian bahawa anda tidak dapat mengemas kini perisian tegar jika alat kawalan jauh tidak dipautkan ke pesawat. Sambungan internet diperlukan.
Menggunakan DJI Assistant 2 (Siri Dron Pengguna)
Kemas kini perisian tegar pesawat dan alat kawalan jauh secara berasingan menggunakan DJI Assistant 2 (Siri Dron Pengguna).
Ikuti arahan di bawah untuk mengemas kini perisian tegar pesawat:
1. Lancarkan DJI Assistant 2 (Siri Dron Pengguna) pada komputer anda dan log masuk dengan akaun DJI anda.
2. Hidupkan pesawat dan sambungkan pesawat tersebut ke komputer melalui port USB-C dalam tempoh 20 saat.
3. Pilih DJI Mini 3 dan klik Kemas Kini Perisian Tegar.
4. Pilih versi perisian tegar.
5. Tunggu perisian tegar dimuat turun. Kemas kini perisian tegar akan bermula secara automatik.
6. Tunggu kemas kini perisian tegar selesai.
Ikuti arahan di bawah untuk mengemas kini perisian tegar alat kawalan jauh:
1. Lancarkan DJI Assistant 2 (Siri Dron Pengguna) pada komputer anda dan log masuk dengan akaun DJI anda.
2. Hidupkan alat kawalan jauh dan sambungkan ke komputer melalui port USB-C.
3. Pilih alat kawalan jauh yang sepadan dan klik Kemas Kini Perisian Tegar.
4. Pilih versi perisian tegar.
5. Tunggu perisian tegar dimuat turun. Kemas kini perisian tegar akan bermula secara automatik.
6. Tunggu kemas kini perisian tegar selesai.
Pastikan anda mengikuti semua langkah untuk mengemas kini perisian tegar, jika
tidak, kemas kini mungkin gagal.
Kemas kini perisian tegar akan mengambil masa lebih kurang 10 minit. Adalah normal
untuk gimbal terkulai, petunjuk status pesawat berkelip dan pesawat membut semula.
Tunggu dengan sabar sehingga kemas kini selesai. Pastikan komputer bersambung ke internet semasa kemas kini. Sebelum melakukan kemas kini, pastikan pesawat dan alat kawalan jauh mempunyai
kuasa sekurang-kurangnya 20%. Jangan cabut kabel USB-C semasa kemas kini.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
68
DJI Mini 3
Lawati pautan di bawah untuk merujuk Nota Keluaran DJI Mini 3 untuk mendapatkan lebih banyak maklumat kemaskinian perisian tegar bagi kebolehkesanan. https://www.dji.com/mini-3/downloads
Manual Pengguna

Senarai Semak Pasca Penerbangan

• Pastikan anda melakukan pemeriksaan visual supaya pesawat, alat kawalan jauh, kamera gimbal, Bateri Penerbangan Pintar dan bebaling berada dalam keadaan baik. Hubungi sokongan DJI jika terdapat sebarang kerosakan.
• Pastikan kanta kamera dan sensor sistem penglihatan adalah bersih.
• Pastikan untuk menyimpan pesawat dengan betul sebelum mengangkutnya.

Arahan Penyelenggaraan

Untuk mengelakkan kecederaan serius kepada kanak-kanak dan haiwan, patuhi peraturan berikut:
1. Komponen kecil, seperti kabel dan tali, berbahaya jika tertelan. Pastikan semua komponen
dijauhkan daripada capaian kanak-kanak dan haiwan.
2. Simpan Bateri Penerbangan Pintar dan alat kawalan jauh di tempat yang sejuk dan kering,
jauh daripada cahaya matahari langsung untuk memastikan bateri LiPo terbina dalam TIDAK menjadi terlalu panas. Suhu penyimpanan yang disyorkan: antara 22 dan 28° C (71 dan 82° F) untuk tempoh penyimpanan lebih dari tiga bulan. Jangan sekali-kali simpan dalam persekitaran di luar julat suhu 14 hingga 113° F (-10 hingga 45° C).
3. JANGAN benarkan kamera bersentuhan atau terendam dalam air atau cecair lain. Jika ia
basah, lap kering dengan kain yang lembut dan menyerap. Menghidupkan pesawat yang telah jatuh ke dalam air boleh menyebabkan kerosakan kekal pada komponen. JANGAN gunakan bahan yang mengandungi alkohol, benzena, bahan pencair atau bahan mudah terbakar lain untuk membersihkan atau menyelenggara kamera. JANGAN simpan kamera di kawasan lembap atau berdebu.
4. JANGAN sambungkan produk ini ke mana-mana antara muka USB yang lebih lama daripada
versi 3.0. JANGAN sambungkan produk ini ke mana-mana “USB kuasa” atau peranti yang serupa.
5. Periksa setiap bahagian pesawat selepas sebarang kemalangan atau hentakan yang serius.
Jika terdapat sebarang masalah atau soalan, hubungi pengedar sah DJI.
6. Periksa Petunjuk Tahap Bateri secara berkala untuk melihat tahap bateri semasa dan hayat
keseluruhan bateri. Bateri dinilaikan untuk 200 kitaran. Adalah tidak disyorkan untuk terus menggunakannya selepas itu.
7. Pastikan mengangkut pesawat dengan lengannya dilipat apabila dimatikan.
8. Pastikan mengangkut alat kawalan jauh dengan antena dilipat apabila dimatikan.
9. Bateri akan memasuki mod tidur selepas penyimpanan jangka panjang. Cas bateri untuk
keluar dari mod tidur.
10. Gunakan penapis ND jika masa pendedahan berlanjutan. Rujuk maklumat produk tentang
cara memasang penapis ND.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
69
DJI Mini 3
11. Simpan dan angkut pesawat, alat kawalan jauh, bateri dan pengecas dalam persekitaran yang
12. Tanggalkan bateri sebelum menyelenggara pesawat (cth, membersihkan atau memasang
13. Pastikan untuk mematikan bateri apabila mengganti atau memeriksa bebaling.
Manual Pengguna
kering. Adalah disyorkan untuk menyimpan dan mengangkut produk dalam persekitaran dengan suhu ambien 15 hingga 25° C dan kelembapan kira-kira 40%. Tiada keperluan khas untuk ketinggian semasa pengangkutan atau penyimpanan.
dan menanggalkan bebaling). Pastikan pesawat dan bebaling dalam keadaan bersih dengan menyingkirkan sebarang kotoran atau habuk menggunakan kain lembut. Jangan bersihkan pesawat dengan kain basah atau menggunakan pencuci yang mengandungi alkohol. Cecair boleh menembusi badan pesawat, yang boleh menyebabkan litar pintas dan merosakkan alat elektronik.

Prosedur Penyelesaian Masalah

1. Mengapa bateri tidak boleh digunakan sebelum penerbangan pertama?
Bateri perlu diaktifkan dengan mengecasnya sebelum penggunaan kali pertama.
2. Bagaimana untuk menyelesaikan isu hanyut gimbal semasa penerbangan?
Tentukurkan IMU dan kompas dalam DJI Fly. Jika masalah berterusan, hubungi Sokongan DJI.
3. Tiada fungsi
Periksa sama ada bateri Penerbangan Pintar dan alat kawalan jauh telah diaktifkan dengan mengecas. Jika masalah berterusan, hubungi sokongan DJI.
4. Masalah menghidupkan dan memulakan
Periksa sama ada bateri mempunyai kuasa. Jika ya, hubungi sokongan DJI sekiranya ia tidak boleh dimulakan seperti biasa.
5. Isu kemas kini perisian
Ikut arahan dalam manual pengguna untuk mengemas kini perisian tegar. Jika kemas kini perisian tegar gagal, mulakan semula semua peranti dan cuba lagi. Jika masalah berterusan, hubungi sokongan DJI.
6. Prosedur untuk menetapkan semula kepada tetapan lalai kilang atau kongurasi terakhir
yang diketahui berfungsi
Gunakan aplikasi DJI Fly untuk menetapkan semula kepada tetapan lalai kilang.
7. Masalah menutup dan memadam kuasa
Hubungi sokongan DJI.
8. Bagaimana untuk mengesan pengendalian cuai atau penyimpanan dalam keadaan tidak
selamat
Hubungi sokongan DJI.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
70
DJI Mini 3
Manual Pengguna

Risiko dan Amaran

Apabila pesawat mengesan risiko selepas dihidupkan, DJI Fly akan menunjukkan amaran.
Beri perhatian kepada senarai situasi di bawah.
1. Jika lokasi tidak sesuai untuk berlepas.
2. Jika halangan dikesan semasa penerbangan.
3. Jika lokasi tidak sesuai untuk mendarat.
4. Jika kompas dan IMU mengalami gangguan dan perlu ditentukur.
5. Ikut arahan pada skrin apabila digesa.

Pelupusan

Patuhi peraturan tempatan yang berkaitan dengan peranti elektronik semasa melupuskan pesawat dan alat kawalan jauh.
Pelupusan Bateri
Buang bateri ke dalam kotak kitar semula khas hanya setelah penyahcasan lengkap. JANGAN buang bateri ke dalam bekas sampah biasa. Patuhi dengan ketat peraturan tempatan berkenaan pelupusan dan kitar semula bateri.
Lupuskan bateri dengan segera sekiranya ia tidak dapat dihidupkan setelah penyahcasan berlebihan.
Jika butang hidup/matikan pada Bateri Penerbangan Pintar dilumpuhkan dan bateri tidak dapat dinyahcas sepenuhnya, hubungi ejen pelupusan/kitar semula bateri yang profesional untuk bantuan lebih lanjut.

Pensijilan C0

DJI Mini 3 (Model: MT3PD, MT3PDCE) mematuhi keperluan pensijilan C0. Beberapa keperluan dan sekatan terpakai apabila menggunakan DJI Mini 3 di Kawasan Ekonomi Eropah (EEA, iaitu EU serta Norway, Iceland dan Liechtenstein). DJI Mini 3 dan produk pesawat tersebut yang serupa boleh dibezakan mengikut nombor model.
Kelas UAS C0 Kelajuan Maksimum Kipas 11500 RPM
Pernyataan MTOM
DJI Mini 3 ialah pesawat kuadrotor. Jisim Berlepas Maksimum (MTOM) DJI Mini 3 (Model: MT3PD, MT3PDCE) ialah 248 g termasuk Bateri Penerbangan Pintar DJI Mini 3 Pro, kipas dan kad microSD, yang mematuhi keperluan C0.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
71
DJI Mini 3
Pengguna mestilah mengikut arahan di bawah untuk mematuhi keperluan MTOM C0. Jika tidak, pesawat tidak boleh digunakan sebagai pesawat C0:
1. JANGAN tambahkan sebarang muatan pada pesawat kecuali item yang disenaraikan dalam
2. JANGAN gunakan sebarang alat ganti yang tidak diluluskan, seperti kipas, bateri
3. JANGAN ubah suai pesawat.
Manual Pengguna
bahagian Senarai Item Termasuk Aksesori yang Diluluskan.
penerbangan pintar dsb.
Senarai Item Termasuk Aksesori yang Diluluskan
Item Nombor Model Dimensi Berat
Kipas DJI Mini 3 MT3PD-PPS
Bateri Penerbangan Pintar DJI Mini 3 Pro Set Penapis ND DJI Mini 3 Pro (ND 16/64/256) *
Kad microSD * T/B 15 × 11 × 1.0 mm Kira-kira 0.3 g
* Tidak disertakan dalam bungkusan asal.
Untuk mengetahui cara memasang dan menggunakan Set Penapis ND DJI Mini 3 Pro Series, rujuk Maklumat
Produk untuk aksesori ini.
BWX162-2453-7.38 85 × 50 × 30 mm Kira-kira 80.5 g
MT3M3VD-NDFS 21.4 × 17 × 3.9 mm
152.4 × 76.2 mm (Diameter × Pic Ulir)
0.9 g (setiap satu)
0.75 g (setiap satu)
Senarai Alat Ganti dan Gantian
1. Kipas DJI Mini 3
2. Bateri Penerbangan Pintar DJI Mini 3 Pro
Senarai Perlindungan
Yang berikut ialah senarai perlindungan mekanikal dan perlindungan operasi untuk DJI Mini 3.
1. Perintah Batang Gabungan (CSC) boleh dilakukan untuk menghentikan kipas sekiranya
berlaku kecemasan. Rujuk bahagian Memulakan/Menghentikan Motor untuk mendapatkan butiran.
2. Fungsi Kembali ke Tempat Mula (RTH). Rujuk bahagian Kembali ke Tempat Mula untuk
mendapatkan butiran.
3. Sistem penglihatan dan sistem pengesanan inframerah. Rujuk bahagian Sistem Penglihatan
dan Sistem Pengesanan Inframerah untuk mendapatkan butiran.
4. Sistem DJI GEO menyediakan maklumat masa nyata tentang keselamatan penerbangan dan
kemaskinian sekatan serta menghalang UAV daripada terbang di ruang udara larangan. Rujuk bahagian Had Penerbangan untuk mendapatkan butiran.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
72
DJI Mini 3
Manual Pengguna
Notis EASA
Pastikan anda membaca dokumen Notis Maklumat Dron yang disertakan dalam bungkusan sebelum digunakan.
Lawati pautan di bawah untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang notis EASA berkenaan dengan kebolehkesanan.
https://www.easa.europa.eu/en/document-library/general-publications/drones-information­notices
Arahan Asal
Manual ini disediakan oleh SZ DJI Technology, Inc. dan kandungan manual tertakluk pada perubahan.
Alamat: Lobby of T2, DJI Sky City, No. 53 Xianyuan Road, Xili Community, Xili Street, Nanshan District, Shenzhen, China, 518055.

Maklumat Selepas Jualan

Lawati https://www.dji.com/support untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dasar perkhidmatan selepas jualan, perkhidmatan baik pulih serta sokongan.
2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
©
73
Hubungi
SOKONGAN DJI
https://www.dji.com/support
Kandungan ini tertakluk kepada perubahan.
Muat turun versi terkini dari http://www.dji.com/mini-3
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai dokumen ini, sila hubungi DJI dengan menghantar mesej ke DocSupport@dji.com.
DJI adalah tanda dagangan DJI.
Hak Cipta © 2024 DJI Hak Cipta Terpelihara.
Loading...