Dji Action 2 User Manual v1.6 [ms]

Manual Pengguna
v1.6
2022.06
Mencari Kata Kunci
Menavigasi ke sesebuah Topik
Lihat senarai topik yang lengkap dalam senarai kandungan. Klik pada topik untuk menavigasi ke bahagian tersebut.
Mencetak Dokumen ini
Dokumen ini menyokong percetakan beresolusi tinggi.
2022 DJI OSMO Hak Cipta Terpelihara.
©
2
Menggunakan Manual ini
Petunjuk
Penting Petua dan Tip
Baca Sebelum Penggunaan Pertama
Baca dokumen berikut sebelum menggunakan DJI ActionTM 2:
1. Manual Pengguna
2. Panduan Keselamatan
3. Panduan Mula Pantas
Anda disarankan untuk menonton semua video tutorial di laman web rasmi DJI (www.dji.com/action-2) atau dalam aplikasi DJI Mimo serta membaca panduan keselamatan sebelum menggunakan alat ini untuk pertama kali. Pastikan anda membaca panduan mula pantas sebelum menggunakan alat ini buat pertama kali dan merujuk manual pengguna ini untuk maklumat lebih lanjut.
Memuat turun Aplikasi DJI Mimo
Imbas kod QR atau cari "DJI Mimo" di App Store.
https://m.dji.net/mimo
DJI Mimo versi iOS adalah serasi dengan iOS v12.0 dan seterusnya. DJI Mimo versi Android adalah serasi dengan Android v8.0 dan seterusnya.
Menonton Video Tutorial
Tonton video tutorial dan video lain di laman web rasmi DJI (https://www.dji.com/action-2/video) atau imbas kod QR sebelum menggunakannya untuk kali pertama.
2022 DJI OSMO Hak Cipta Terpelihara.
3
©
Kandungan
Menggunakan Manual ini
Petunjuk 3
Baca Sebelum Penggunaan Pertama 3
Memuat turun Aplikasi DJI Mimo 3
Menonton Video Tutorial 3
Prol Produk
Pengenalan 5
Unit Kamera DJI Action 2 5
Aksesori 6
Penyediaan
Pengaktifan 10
Mengecas DJI Action 2 10
Penggunaan
Butang Kuasa/Rakam 11
Skrin Sentuh 11
Menyimpan Foto dan Video 14
Penerangan LED Status 15
Aplikasi DJI Mimo 16
Penyelenggaraan
Kemas Kini Perisian Tegar 18
Nota Penggunaan Dalam Air 18
Menggunakan Aksesori Lain (Tidak disertakan) 19
Nota Cara Pembersihan 19
Menyambung ke Komputer 19
3
5
10
11
18
Spesikasi
Maklumat Selepas Jualan
2022 DJI OSMO Hak Cipta Terpelihara.
©
21
23
4
Manual Pengguna DJI Action 2
Prol Produk
Pengenalan
DJI Action 2 mampu mengambil gambar 12MP yang tajam dan merakam video yang lancar pada kelajuan hingga 4K/120 fps. Dengan reka bentuk bermagnet yang inovatif, anda dapat menukar aksesori dengan pantas, seperti modul skrin sentuh depan yang membolehkan anda melihat paparan langsung dan mengendalikan kamera semasa mengambil swafoto (“selfie”). Pengguna juga dapat membuat rakaman yang sangat lancar hasil daripada teknologi EIS terbaru DJI. HorizonSteady mengekalkan tahap rakaman dalam apa jua keadaan sementara RockSteady 2.0 memastikan rakaman lebih stabil daripada sebelum ini.
Manfaatkan sepenuhnya DJI Action 2 dengan menghubungkannya secara wayarles ke DJI Mimo menggunakan peranti mudah alih dan memaparkan video berkualiti tinggi dalam masa nyata. Unit kamera juga kalis air hingga kedalaman 10 m dan boleh disambungkan ke kotak kalis air untuk mencapai kedalaman hingga 60 m.
Pengguna boleh menikmati pelbagai ciri DJI Action 2 dengan aksesori lain seperti modul skrin sentuh depan, modul kuasa, pelekap penyesuai magnetik, pelekap penyesuai sendi bebola magnetik, klip magnetik, rod sambungan kawalan jarak jauh, kotak kalis air, dan lensa makro.
Unit Kamera DJI Action 2
1
2
3
7
10
4 5
1. Butang Kuasa/Rakam
2. LED Status
3. Kanta
4. Sensor Foto Suhu Warna
5. Mikrofon
6. Lubang Lanyard
2022 DJI OSMO Hak Cipta Terpelihara.
5
©
8
6
7. Skrin Sentuh
8. Port Penyambungan
9. Lubang Kunci
10. Lubang Imbangan Tekanan Udara
9
Aksesori
Modul Skrin Sentuh Depan DJI Action 2
1
23
Manual Pengguna DJI Action 2
8
2
10
1. Klip Kunci
2. Mikrofon
3. LED Status
7
9
6
5
4
8. Port Penyambungan
9. Skrin Depan
10. Port Pengecasan USB-C
4. Slot Kad microSD
5. Lubang Kunci
6. Butang Kuasa/Rakam
7. Pembesar Suara
Ciri magnetik membolehkan modul skrin sentuh depan dilekapkan ke unit kamera. Pastikan port penyambungan disejajarkan dengan betul sebelum memasang klip kunci magnetik ke lubang kunci magnetik pada unit kamera dan tekan kedua-dua klip sebelum melepaskannya.
2022 DJI OSMO Hak Cipta Terpelihara.
©
6
Manual Pengguna DJI Action 2
Modul Kuasa DJI Action 2
1
2
1. Port Penyambungan
2. LED Status
3. Slot Kad microSD
4
3
5. Lubang Kunci
6. Port Pengecasan USB-C
7. Klip Kunci
7
6
5
4. Butang Kuasa/Rakam
Ciri magnetik membolehkan Modul Kuasa DJI Action 2 dilekapkan ke unit kamera untuk membekalkan kuasa dan melanjutkan masa operasi. Pengguna juga boleh menggunakan kad microSD untuk meningkatkan storan luaran kamera. Pastikan port penyambungan disejajarkan dengan betul sebelum memasang klip kunci magnetik ke lubang kunci magnetik pada unit kamera dan tekan kedua-dua klip sebelum melepaskannya.
Lanyard Magnetik DJI Action 2
Lanyard magnetik boleh digunakan untuk membawa unit kamera dengan mudah. Panjang lanyard boleh disesuaikan dan anda disarankan untuk memasang unit kamera supaya ia tergantung di bawah tulang selangka.
1
2
3
2022 DJI OSMO Hak Cipta Terpelihara.
7
©
Manual Pengguna DJI Action 2
JANGAN gunakan jika memakai pakaian tebal seperti sweater atau jaket. Jika tidak, sambungan
magnetik mungkin terlalu lemah dan unit kamera akan terjatuh.
JANGAN gunakan semasa melakukan pergerakan lasak seperti melompat dan berlari.
Pastikan kepingan bermagnet lanyard magnetik dipakai di dalam baju. Jika tidak, sambungan
magnetik mungkin terlalu lemah dan unit kamera akan terjatuh.
Unit kamera hanya boleh dilekapkan ke lanyard magnetik. JANGAN sambungkan aksesori lain.
Pelekap Penyesuai Sendi Bebola Magnetik DJI Action 2
Ciri magnetik membolehkan Pelekap Penyesuai Sendi Bebola Magnetik DJI Action 2 dilekapkan ke unit kamera, modul skrin sentuh depan, atau modul kuasa. Pastikan klip kunci magnetik dipasang dengan betul pada lubang kunci magnetik pada unit kamera atau modul di kedua-dua sisi, dan tekan kedua-dua klip sebelum melepaskannya. Lap permukaan objek dan pasang serta tahan tapak pelekat sekurang-kurangnya selama 10 saat. Disyorkan untuk menunggu selama 30 minit sebelum memasang kamera. Jika tidak, pemasangan pelekap penyesuai mungkin tidak kukuh. Bahagian dasar penyesuai yang berpelekat membolehkan ia digunakan berulang kali setelah dicuci dan dibiarkan kering.
JANGAN pasang tapak pelekat pada permukaan yang melengkung, berkeluk, kasar, berdebu, mengelupas, dilitupi habuk atau pasir, atau permukaan yang terdapat kesan minyak atau air. Jika tidak, pelekap penyesuai mungkin tidak dipasang dengan kuat.
Suhu operasi tapak pelekat ialah 0 hingga 40° C (32 hingga 104° F). JANGAN pasang tapak pelekat pada permukaan dengan suhu yang lebih tinggi atau lebih rendah daripada.
Adalah disyorkan untuk hanya memasang unit kamera apabila digunakan pada permukaan
menegak atau condong.
Pelekap Penyesuai Magnetik DJI Action 2
Ciri magnetik membolehkan pelekap penyesuai magnetik dilekapkan ke unit kamera, modul skrin sentuh depan, atau modul kuasa. Pastikan klip kunci magnetik dipasang dengan betul pada lubang kunci magnetik pada unit kamera atau modul di kedua-dua sisi, dan tekan kedua-dua klip sebelum melepaskannya.
2022 DJI OSMO Hak Cipta Terpelihara.
©
8
Manual Pengguna DJI Action 2
Amaran
1. DJI Action 2 mengandungi magnet. Bagi mengelakkan gangguan, jauhkan kamera daripada magcard, kad IC, cakera keras, cip RAM, peranti implan perubatan seperti perentak jantung dan peranti-peranti lain.
2. Port penyambungan dan hujung lensa mungkin menjadi panas semasa digunakan. JANGAN sentuh untuk mengelakkan daripada melecur.
3. JANGAN pasangkan unit kamera ke modul skrin sentuh depan apabila terdapat habuk atau cecair pada port penyambungan. Ini boleh menyebabkan kamera mengakis atau litar pintas terjadi.
4. Modul skrin sentuh depan dan modul kuasa tidak kalis air. Kotak kalis air diperlukan apabila menggunakan modul skrin sentuh depan atau modul kuasa dengan unit kamera berada di dalam air.
5. Cas DJI Action 2 apabila tahap bateri rendah. Menyimpan DJI Action 2 selama lebih dari empat bulan dengan tahap bateri rendah akan mengurangkan jangka hayat bateri. Cas atau nyahcaskan bateri DJI Action 2 sehingga 40-60% jika tidak digunakan selama 10 hari atau lebih.
6. Apabila DJI Action 2 dipasang pada bumbung atau tingkap kereta, DJI Action 2 boleh terjatuh jika kereta bergerak terlalu laju, permukaannya tidak bersih, atau jika cuaca buruk seperti angin kencang atau ribut petir.
7. Untuk kualiti audio yang lebih baik, JANGAN sekat mikrofon semasa merakam video.
8. Sambungkan unit kamera ke modul skrin sentuh depan untuk mengaktifkan audio semasa main semula. JANGAN sekat pembesar suara. Ini boleh menjejaskan prestasi audio.
9. Semasa menggunakan DJI Pocket 2 buat pertama kali, DJI Mimo diperlukan untuk pengaktifan.
10. Apabila menggunakan dengan modul skrin sentuh hadapan dan modul kuasa, perhatikan
perbezaan antara kedua-dua modul yang disenaraikan di bawah:
Modul Skrin Sentuh Hadapan Modul Kuasa
Mikrofon 3 tiada
Skrin Hadapan 1 tiada
Pembesar Suara 1 tiada
Dimensi 39×41.6×24.6 mm 39×41.6×21.4 mm
Berat 64 g 56.6 g
Masa Operasi 160 min* 180 min**
* Diukur menggunakan 1080p (Simpanan Kuasa), 30fps, dengan tetapan mod tidur kepada satu minit,
dan penstabilan imej elektronik dilumpuhkan. Gunakan sebagai rujukan sahaja.
** Diukur menggunakan 1080p (Simpanan Kuasa), 30fps, dan penstabilan imej elektronik dilumpuhkan.
Gunakan sebagai rujukan sahaja.
2022 DJI OSMO Hak Cipta Terpelihara.
9
©
Manual Pengguna DJI Action 2
Penyediaan
Pengaktifan
Apabila menggunakan unit kamera, pengaktifan perlu dilakukan melalui DJI Mimo. Ikuti langkah di bawah untuk mengaktifkan.
1. Tekan dan tahan butang kuasa/rakam untuk menghidupkan alat.
2. Aktifkan Wi-Fi dan Bluetooth pada peranti mudah alih.
3. Lancarkan DJI Mimo, ketik , dan ikuti arahan untuk mengaktifkan unit kamera.
Device
Mengecas DJI Action 2
1. Sambungkan penyesuai USB (tidak disertakan) ke port USB-C menggunakan kabel elektrik (disertakan).
2. LED status pada modul skrin sentuh depan atau modul kuasa akan menyala jika pengecasan dilakukan semasa alat tidak dihidupkan. Bateri telah dicas sepenuhnya apabila LED status bernyala hijau padu selama enam saat sebelum padam. Ia mengambil masa lebih kurang 90 minit untuk mengecas sepenuhnya kedua-dua unit kamera dan modul skrin sentuh depan atau modul kuasa jika kedua-duanya bersambung.*
* Diukur menggunakan penyesuai USB 5V/2A dalam persekitaran makmal. Gunakan sebagai rujukan sahaja.
Cas DJI Action 2 apabila tahap bateri rendah. Menyimpan DJI Action 2 selama lebih dari empat
bulan dengan tahap bateri rendah akan mengurangkan jangka hayat bateri.
Unit kamera akan dicas terlebih dahulu jika modul skrin sentuh depan atau modul kuasa
disambungkan ke unit kamera semasa mengecas.
2022 DJI OSMO Hak Cipta Terpelihara.
©
10
Manual Pengguna DJI Action 2
04:15
1.0x
1080P30
Penggunaan
Butang Kuasa/Rakam
1. Apabila dalam keadaan dimatikan:
A. Tekan untuk menghidupkan alat.
B. Tekan dan tahan untuk menghidupkan dan memulakan rakaman dengan pantas. Mod
penggambaran akan bergantung pada tetapan SnapShot.
2. Apabila dalam keadaan dihidupkan:
A. Tekan untuk mengambil gambar atau untuk memulakan atau menghentikan rakaman. Dalam
tetapan atau apabila dimainkan semula, tekan untuk kembali ke paparan kamera.
B. Tekan dan tahan untuk mengaktifkan mod tidur dan tekan semula untuk keluar daripada mod
tidur. Kamera akan dimatikan secara automatik selepas 60 minit dalam mod tidur. Dalam mod QuickClip, tekan dan tahan untuk melanjutkan masa rakaman semasa merakam.
C. Tekan dua kali untuk menukar mod penggambaran.
Sekiranya unit kamera tidak berfungsi dengan betul, tekan dan tahan butang kuasa/rakam selama 20 saat untuk menghidupkan semula unit kamera.
Apabila modul skrin sentuh depan tidak bersambung dengan unit kamera, skrin sentuh depan
memaparkan tahap bateri dan tip sambungan apabila butang kuasa/rakam ditekan.
Apabila modul kuasa tidak bersambung dengan unit kamera, LED status menunjukkan tahap bateri apabila butang kuasa/rakam ditekan.
Apabila modul skrin sentuh depan atau modul kuasa disambungkan ke unit kamera, butang kuasa/ rakam modul skrin sentuh depan atau modul kuasa berfungsi sama seperti butang pada unit kamera.
Skrin Sentuh
Skrin sentuh memaparkan paparan langsung setelah kamera dihidupkan. Mod penggambaran, tahap bateri dan maklumat kad microSD juga dipaparkan.
2022 DJI OSMO Hak Cipta Terpelihara.
11
©
1
2
3
89%
4
6
5
Manual Pengguna DJI Action 2
Setelah disambungkan ke unit kamera, modul skrin sentuh depan akan berfungsi dan menunjukkan paparan yang sama seperti skrin sentuh pada unit kamera.
Paparan Kamera
1. Maklumat Kapasiti Storan
: memaparkan baki bilangan foto yang boleh diambil atau tempoh video yang boleh dirakam
berdasarkan mod penggambaran semasa. akan dipaparkan jika kad microSD digunakan.
2. Main Semula
: ketik atau leret ke kanan dari tepi kiri skrin untuk melihat foto dan video sebaik sahaja ia diambil.
3. Mod Penggambaran
: memaparkan mod dan parameter penggambaran semasa. Leret ke atas atau ketik
untuk menetapkan mod dan parameter penggambaran.
4. Zum
: ketik untuk menetapkan nisbah zum. Zum tidak tersedia dalam gerakan perlahan dan selang
masa.
5. Parameter
: ketik atau leret ke kiri dari tepi kanan skrin untuk menyesuaikan parameter gambar dan audio.
6. Tahap Bateri
: memaparkan tahap bateri semasa DJI Action 2. Ketik ikon untuk melihat maklumat yang
lebih terperinci mengenai tahap bateri.
Leret ke Bawah
Leret ke bawah pada skrin sentuh untuk membuka tetapan.
1 5
4 8
2 6
3 7
1. Tetapan Skrin
Ketik ikon untuk beralih antara paparan skrin penuh dan paparan peti surat.
2. Storan
Ketik untuk menukar media storan, memformat kad microSD, memformat storan terbina dalam, atau
mengeksport foto dan video dari storan terbina dalam ke kad microSD.
3. Tetapan Sistem
Ketik untuk membuka tetapan sistem.
Kawalan Suara: mengaktifkan kawalan suara untuk menggunakan kamera dengan arahan suara.
Bahasa Cina Ringkas dan Bahasa Inggeris disokong. Perintah suara termasuk Mula Merakam, Berhenti Merakam, Ambil Foto, dan Tutup.
Pemberitahuan Getaran: ketik untuk mengaktifkan atau melumpuhkan. Pemberitahuan getaran
diaktifkan secara lalai.
SnapShot: gunakan SnapShot untuk menghidupkan kamera dan mula mengambil gambar dengan
2022 DJI OSMO Hak Cipta Terpelihara.
©
12
Manual Pengguna DJI Action 2
pantas ketika kamera dimatikan atau dalam mod tidur. Mod penggambaran yang disokong termasuk Video, QuickClip, dan Timelapse.
Sambungan Wayarles: ketik untuk memeriksa nama dan kata laluan kamera, menetapkan frekuensi
Wi-Fi, dan menetapkan semula sambungan.
Pemampatan Video: ketik untuk menukar format pengekodan video antara mod Keserasian dan
Kecekapan. Apabila Keserasian dipilih, video akan dikodkan dalam H.264 dengan tahap keserasian yang lebih tinggi. Apabila Kecekapan dipilih, video akan dikodkan dalam HEVC dengan saiz fail yang lebih kecil. Hanya video mod Kecekapan sahaja yang tersedia dalam situasi berikut:
a. Video: 4K (4:3) dan fps yang disokong
b. Video: 4K (16:9) 120/100fps atau 1080p 240fps
c. Gerakan Perlahan: 4K 4x atau 1080p 8x.
Bunyi: ketik untuk mengaktifkan atau mematikan suara.
Grid: ketik untuk mengaktifkan atau mematikan grid.
Antikelipan: ketik untuk mengaktifkan atau mematikan antikelipan. Antikelipan mengesan kelipan dan
penggambaran masa supaya gambar tidak terlalu terjejas.
Suhu Henti Rakaman Automatik: ketik untuk menetapkan standard atau tinggi sebagai suhu
menghentikan rakaman secara automatik. Tetapan lalai adalah standard. Tinggi tidak boleh dipilih sebagai suhu henti rakaman automatik kerana peraturan dan dasar setempat di beberapa negara dan wilayah.
Skrin Padam (Kunci Skrin): ketik untuk mengaktifkan supaya skrin padam apabila skrin terkunci.
Skrin Padam (Mula Rakam): ketik untuk menetapkan pemasa bagi menentukan bila skrin akan
terpadam sekiranya tiada operasi dibuat setelah rakaman bermula.
Matikan Secara Auto: ketik untuk menetapkan masa kamera dimatikan secara automatik. LED: ketik untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan LED unit kamera dan modul skrin sentuh depan
atau modul kuasa jika ia disambungkan.
Pengesanan Lensa Makro: ketik untuk mendayakan Lensa Makro. Teruskan Strim Langsung Terakhir: ketik untuk mengaktifkan supaya unit kamera dapat meneruskan
strim langsung terakhir setelah strim langsung berhenti.
Bahasa: ketik untuk menetapkan bahasa dengan memilih bahasa Inggeris, Cina Ringkas, Cina
Tradisional, Jepun, Korea, Thai, Jerman, Sepanyol, Perancis, Itali, Rusia, Portugis Brazil, Turki, Indonesia, atau Poland.
Tetapan Semula Kilang: ketik untuk menetapkan semula tetapan lalai. Maklumat Peranti: ketik untuk melihat nama, nombor siri, versi perisian tegar, dan panduan mula
pantas.
Maklumat Pematuhan: ketik untuk melihat maklumat pematuhan.
4. Kunci Skrin
Ketik untuk mengunci skrin. Leret ke atas pada skrin sentuh untuk membuka kunci skrin.
5. Suis Pro
Ketik untuk beralih ke mod Pro dan untuk melaraskan tetapan Format, Dedahan, dan WB.
6. Kunci Orientasi
Ketik untuk menukar antara orientasi automatik dan orientasi terkunci.
7. Kecerahan
Ketik dan tolak untuk melaraskan tahap kecerahan.
8. Suis Kawalan Suara
Ketik untuk mengaktifkan kawalan suara supaya pengguna dapat mengawal kamera melalui arahan
suara.
Leret Ke Atas
Leret ke atas dan kemudian leret ke kiri atau kanan untuk menetapkan parameter seperti nisbah aspek,
2022 DJI OSMO Hak Cipta Terpelihara.
13
©
Manual Pengguna DJI Action 2
pemasa hitung undur dan resolusi.
1. Dalam mod Foto:
Menetapkan nisbah aspek dan pemasa hitung undur.
2. Dalam mod Video:
Menetapkan resolusi dan kadar bingkai. Ketik sudut kiri atas untuk menetapkan jangka masa
rakaman lingkar. Ketik sudut kanan atas untuk mematikan penstabilan imej elektronik, mengaktifkan RockSteady, atau mengaktifkan HorizonSteady. Penstabilan imej elektronik tidak tersedia apabila menggunakan resolusi dan kadar bingkai tertentu.
3. Dalam mod QuickClip:
Menetapkan resolusi dan kadar bingkai. Ketik sudut kiri atas untuk menetapkan jangka masa
QuickClip. Ketik sudut kanan atas untuk menyahaktifkan penstabilan imej elektronik, mengaktifkan RockSteady, atau mengaktifkan HorizonSteady. Penstabilan imej elektronik tidak tersedia apabila menggunakan resolusi dan kadar bingkai tertentu.
4. Dalam mod Gerakan Perlahan:
Menetapkan nisbah resolusi dan kelajuan.
5. Dalam mod Timelapse:
Memilih mod Hyperlapse atau Timelapse. Nisbah kelajuan boleh ditetapkan dalam mod Hyperlapse.
Senario, waktu selang, dan masa penggambaran dapat ditetapkan dalam mod Timelapse. Ketik sudut kanan atas untuk menetapkan resolusi mod Timelapse.
Leret ke Kiri atau Kanan
Leret ke kiri atau kanan di tengah-tengah skrin sentuh untuk beralih antara mod Foto, Video, QuickClip, Gerakan Perlahan dan Timelapse.
Menyimpan Foto dan Video
Unit kamera mempunyai kapasiti storan terbina dalam bersaiz 32 GB*, yang dapat digunakan untuk menyimpan foto dan video secara langsung. Rakaman yang diambil menggunakan DJI Action 2 boleh disimpan pada kad microSD (tidak disertakan) apabila ia disambungkan dengan modul skrin sentuh depan atau modul kuasa. Kad microSD bertaraf Gred 3 Kelajuan UHS-I diperlukan disebabkan kelajuan membaca dan menulis pantas yang diperlukan untuk data video beresolusi tinggi. Masukkan kad microSD ke dalam slot kad microSD seperti yang ditunjukkan.
* 22.4 GB storan yang tersedia
DJI Action 2 hanya menyokong sistem fail exFAT. FAT32 tidak disokong.
2022 DJI OSMO Hak Cipta Terpelihara.
©
14
Manual Pengguna DJI Action 2
Penerangan LED Status
Jika modul skrin sentuh hadapan atau modul kuasa disambungkan ke unit kamera, penerangan status corak kelipan LED adalah sama dengan unit kamera selepas kuasa dihidupkan.
Corak Kelipan Penerangan
Hijau padu Sedia untuk digunakan
Tiada cahaya
Tiada cahaya buat sementara waktu Semasa mengambil gambar
Berkelip lampu merah setiap saat
Semasa hitung undur: 10 hingga 4 s: berkelip lampu merah setiap saat 3 hingga 2 s: berkelip lampu merah dua kali
setiap saat 1 hingga 0 s: merah padu Selepas hitung undur: tiada cahaya buat
sementara waktu
Berkelip merah tiga kali Kamera dimatikan
Berkelip merah dan hijau secara berselang-seli Mengemas kini perisian tegar
Jika modul skrin sentuh hadapan atau modul kuasa disambungkan ke unit kamera, status LED akan
berdenyut hijau apabila kuasa dimatikan untuk menunjukkan ia sedang mengecas unit kamera.
Tidak ada kad microSD yang dikesan atau storan kad microSD tidak mencukupi
Semasa mengambil video, rakaman lingkar, gerakan perlahan, timelapse, hyperlapse, atau QuickClip
Hitung undur untuk mengambil gambar
Jadual di bawah menerangkan status corak kelipan LED setelah menekan butang kuasa/rakam tanpa modul skrin sentuh hadapan atau modul kuasa tidak disambungkan pada unit kamera.
Corak Kelipan Tahap Bateri
Menyala cahaya hijau padu selama 3 saat sebelum padam
Berkelip hijau empat kali 76%-89%
Berkelip hijau tiga kali 51-75%
Berkelip hijau dua kali 26%-50%
Berkelip kuning sekali 6-25%
Berkelip merah tiga kali sebelum padam 0-5%
2022 DJI OSMO Hak Cipta Terpelihara.
15
©
90%-100%
Manual Pengguna DJI Action 2
Aplikasi DJI Mimo
Skrin Utama
1 2
9
3
4 5 6 7
1. Paparan Kamera: ketik untuk masuk ke paparan kamera.
2. Academy: ketik untuk menonton video tutorial dan melihat dokumen manual.
3. AI Editor: ketik untuk memilih video untuk diedit. Pengedit AI akan secara automatik mengedit
video yang mempunyai muzik dan transisi yang dapat dikongsi secara terus.
4. Utama: ketik untuk kembali ke skrin utama.
5. Album : ketik untuk melihat foto dan video.
6. Edit: ketik untuk mengedit bahan visual daripada DJI Action 2 atau untuk mengimport dan
mengedit bahan visual daripada peranti mudah alih.
7. Profil: daftar atau log masuk ke akaun DJI. Lihat hasil visual dan tetapan, semak sukaan dan
pengikut, hantar mesej kepada pengguna lain, serta berhubung dengan Kedai DJI.
8. Forum: ketik untuk masuk ke halaman rasmi forum DJI.
9. Sokongan DJI: ketik untuk membuka halaman rasmi sokongan produk DJI.
8
2022 DJI OSMO Hak Cipta Terpelihara.
©
16
Manual Pengguna DJI Action 2
16:9
16MP
Paparan Kamera
1 2 3 4 5
11:38
11
10
1.0x
Paparan pada paparan kamera mungkin berbeza bergantung pada mod penggambaran. Paparan ini hanya untuk rujukan.
1. Utama:
: ketik untuk kembali ke skrin utama.
2. Wi-Fi
: memaparkan sambungan Wi-Fi.
3. Tahap Bateri
: memaparkan tahap bateri semasa DJI Action 2.
4. EIS
: memaparkan penstabilan imej elektronik semasa.
5. Maklumat Kad microSD
11:38
: memaparkan baki bilangan foto yang boleh diambil atau tempoh video yang boleh dirakam
berdasarkan mod penggambaran semasa.
6. Butang Pengatup/Rakam
: ketik untuk menangkap gambar atau untuk memulakan atau menghentikan rakaman video.
7. Mod Penggambaran
Tatal untuk memilih mod penggambaran. Pilih antara Timelapse, Gerakan Perlahan, Video, QuickClip,
dan Photo.
8. Main Semula
: ketik untuk pratonton foto dan video sebaik sahaja ia diambil.
9. Tetapan
: pilih mod Asas atau Pro untuk mod penggambaran yang dipilih. Pelbagai parameter boleh
ditetapkan semasa menggunakan mod penggambaran yang berbeza. Mod video digunakan sebagai contoh di bawah:
a. Tetapan Video
Asas: Rakaman Lingkar, FOV, EIS, dan Grid tersedia. Pro: Lebih banyak tetapan tersedia apabila Pro diaktifkan termasuk Format, Dedahan, dan Keseimbangan Putih.
2022 DJI OSMO Hak Cipta Terpelihara.
17
©
6 7
89
Manual Pengguna DJI Action 2
b. Tetapan Umum
Lihat pengurusan storan, pemampatan video, antikelipan, suhu henti rakaman automatik, dan perihal tetapan seperti nama peranti, nombor siri dan maklumat versi. Pengguna juga dapat memilih peranti yang terhubung dan menetapkan nama dan kata laluan Wi-Fi serta menukar frekuensi Wi-Fi.
10. Parameter rakaman
16MP
: ketik untuk menetapkan resolusi dan kadar bingkai.
16: 9
11. Zum
: ketik dan seret untuk menetapkan nisbah zum.
Penyelenggaraan
Kemas Kini Perisian Tegar
Unit Kamera DJI Action 2
Perisian tegar unit kamera mesti dikemas kini melalui DJI Mimo. Prom akan muncul apabila perisian tegar baharu tersedia. Ikuti langkah di bawah jika kemas kini gagal.
1. Nyahsambung dan sambungkan semula sambungan Bluetooth dan Wi-Fi pada peranti mudah alih,
dan mulakan semula unit kamera.
2. Mulakan semula DJI Mimo. Kemas kini perisian tegar akan dimulakan setelah Mimo dan unit kamera
disambungkan.
Aksesori
Perisian tegar modul skrin sentuh depan dan modul kuasa disertakan termasuk dalam perisian tegar unit kamera. Ikuti langkah di bawah untuk mengemas kini perisian tegar:
1. Sambungkan modul skrin sentuh depan atau modul kuasa dan hidupkan unit kamera.
2. Kemas kini akan dimulakan secara automatik sekiranya perisian tegar baharu tersedia.
Pastikan tahap bateri unit kamera sekurang-kurangnya 15% sebelum mengemas kini perisian tegar.
Hubungi Sokongan DJI jika perisian tegar masih tidak dapat dikemas kini.
Nota Penggunaan Dalam Air
1. Unit kamera dan kotak kalis air memenuhi standard kalis air IP68 GB/T 4208-2017 dan IEC 60529:2013. Unit kamera boleh digunakan dalam air pada kedalaman hingga 10 m. Kedalaman air maksimum ialah 60 m jika menggunakan kotak kalis air.
2. JANGAN gunakan DJI Action 2 di mata air panas. JANGAN biarkan DJI Action 2 bersentuhan dengan cecair yang mengakis atau yang tidak diketahui.
3. Pasang kotak kalis air apabila menyelam, meluncur air, digunakan dalam air untuk jangka masa yang panjang, atau situasi lain yang melibatkan air berimpak tinggi.
4. Modul skrin sentuh depan dan modul kuasa tidak kalis air. Pasang kotak kalis air untuk menggunakannya di dalam air.
5. Apabila menggunakan kotak kalis air, pastikan bahagian dalam kotak kalis air kering dan bersih, dikunci dengan betul, dan gelang getah kalis air dipasang dengan elok. Masukkan sisipan antikabus untuk mengelakkan skrin berkabut. Sebaiknya letakkan kotak kalis air di dalam air selama kira-kira 5 minit untuk memastikan ia berfungsi dengan baik sebelum digunakan.
6. Elakkan melompat ke dalam air pada kelajuan tinggi bersama unit kamera. Impak yang terjadi boleh mengakibatkan alat dimasuki air. Pastikan unit kamera kalis air sebelum melompat ke dalam air.
2022 DJI OSMO Hak Cipta Terpelihara.
©
18
Manual Pengguna DJI Action 2
7. Bilas unit kamera atau bekas kalis air dengan air bersih setelah ia digunakan di dalam air. Biarkan ia kering di udara sebelum digunakan semula.
8. Apabila menggunakan pengikat kepala magnetik, pasangkan unit kamera sahaja. JANGAN gunakan dalam keadaan yang boleh memberi impak pada unit kamera seperti ketika meluncur atau menyelam.
Nota Cara Pembersihan
1. Pastikan kaca lensa sentiasa bersih. Pasir dan habuk boleh merosakkan kaca lensa. Bersihkan DJI Action 2 dengan kain bersih yang kering.
2. Jauhkan DJI Action 2 daripada pasir dan habuk. Basuh unit kamera jika lubang pada DJI Action 2 tersumbat dengan pasir, habuk, atau bahan lain.
3. Semua lubang pada unit kamera mempunyai bahan kalis air terbina dalam. JANGAN tanggalkan bahan kalis air atau cucuk lubangnya. Ini dapat menjadikan unit kamera tidak lagi kalis air.
4. JANGAN cucuk lubang dan pembesar suara pada modul skrin depan.
Menyambung ke Komputer
Setelah menyambungkan DJI Action 2 ke PC, Pemindahan Fail, Kamera Web, dan Batal akan muncul di skrin sentuh unit kamera. Pilih Batal untuk mengecas DJI Action 2. Sambungkan semula DJI Action 2 ke komputer jika pemindahan fail terganggu.
Menggunakan Aksesori Lain (Tidak disertakan)
Senarai Aksesori Gambar rajah
Rod Sambungan Kawalan Jauh DJI Action 2
2022 DJI OSMO Hak Cipta Terpelihara.
19
©
Kotak Kalis Air DJI Action 2
Lensa Makro DJI Action 2
Klip Magnetik DJI Action 2
Manual Pengguna DJI Action 2
Imbas kod QR atau baca maklumat produk atau panduan pengguna yang berkenaan di laman web rasmi DJI (www.dji.com/action-2).
2022 DJI OSMO Hak Cipta Terpelihara.
©
20
Manual Pengguna DJI Action 2
Spesikasi
Unit Kamera DJI Action 2
Tetapan Umum
Model MC211
Ukuran 39×39×22.3 mm
Kalis air 10 m (60 m jika menggunakan kotak kalis air)
Berat 56 g
Kamera
Skrin
Sensor 1/1.7” CMOS
FOV 155°
Julat Apertur f/2.8
Julat ISO
Kelajuan Pengatup Elektronik
Resolusi Foto Maksimum 4000×3000
Mod Fotogra Pegun
Rakaman Standard
Rakaman Gerak Perlahan
Selang masa
Penstabilan
Kadar Bit Video Maksimum 130 Mbps
Format Fail Disokong exFAT
Format Foto JPEG/RAW
Format Video MP4 (H.264/HEVC)
Kapasiti Storan Terbina Dalam
21
2022 DJI OSMO Hak Cipta Terpelihara.
©
1.76 inci 350 ppi 500±50 cd/m² 446×424
Foto: 100-6400 Video: 100-6400
Foto: 1/8000 hingga 30 s Video: 1/8000 s hingga had bingkai sesaat
Foto tunggal: 12 MP Foto hitung undur: Mati/0.5/1/2/3/5/10 s
4K (4:3): 4096×3072 @ 24/25/30/48/50/60 fps 4K (16:9): 3840×2160 @ 100/120 fps 4K (16:9): 3840×2160 @ 24/25/30/48/50/60 fps
2.7K (4:3): 2688×2016 @ 24/25/30/48/50/60 fps
2.7K (16:9): 2688×1512 @ 100/120 fps
2.7K (16:9): 2688×1512 @ 24/25/30/48/50/60 fps 1080p: 1920×1080 @ 100/120/200/240 fps 1080p: 1920×1080 @ 24/25/30/48/50/60 fps
4K: 4x (120 fps)
2.7K: 4x (120 fps) 1080p: 8x (240 fps), 4x (120 fps)
4K/2.7K/1080: Selang penggambaran: 0.5s/1s/2s/3s/4s/5s/6s/7s/8s/10s/13s/15s/ 20s/25s/30s/40s
Tempoh penggambaran: ∞, 5/10/20/30 min, 1/2/3/5 h
Penstabilan Imej Elektronik: RockSteady 2.0, HorizonSteady
32 GB (22.4 GB storan yang tersedia)
Manual Pengguna DJI Action 2
Kad SD Disokong microSD (Kapasiti maksimum 256 GB)
Kad microSD Disyorkan Samsung EVO 128GB Kelajuan UHS-I Gred 3 microSDHC
Samsung EVO Plus 128GB Kelajuan UHS-I Gred 3 microSDXC SanDisk Extreme 256GB V30 A2 Kelajuan UHS-I Gred 3 microSDXC SanDisk Extreme 128GB V30 A2 Kelajuan UHS-I Gred 3 microSDXC SanDisk Extreme 64GB V30 A2 Kelajuan UHS-I Gred 3 microSDXC SanDisk Extreme Pro 128GB Kelajuan UHS-I Gred 3 microSDXC SanDisk Extreme Pro 64GB Kelajuan UHS-I Gred 3 microSDXC SanDisk Extreme Pro 32GB Kelajuan UHS-I Gred 3 microSDXC SanDisk Extreme 16GB Kelajuan UHS-I Gred 3 microSDXC Lexar 1066x SDHC 64GB Kelajuan UHS-I Gred 3
Output Audio 48 kHz, AAC
Bateri Terbina Dalam
Jenis Bateri LiPo 1S
Kapasiti 580 mAh
Tenaga 2.23 Wh
Voltan 3.85 V
Suhu Operasi 0° hingga 40° C (32° hingga 104° F)
Suhu Mengecas 5° hingga 60° C (41° hingga 140° F)
Tempoh Operasi
Lebih kurang 70 min
Wi-Fi
Frekuensi Operasi 2.400-2.4835 GHz, 5.150-5.250 GHz, 5.725-5.850 GHz
Kuasa Pemancar (EIRP) 2.4 GHz: <16 dBm (FCC/CE/SRRC/MIC)
5.1 GHz: <14 dBm (FCC/CE/SRRC/MIC)
5.8 GHz: <14 dBm (FCC/CE/SRRC)
Protokol 802.11a/b/g/n/ac
Bluetooth
Frekuensi Operasi 2.400-2.4835 GHz
Kuasa Pemancar (EIRP) <4 dBm
Protokol BLE 5.0
Modul Skrin Sentuh Depan DJI Action 2
Ukuran 39×41.6×24.6 mm
Berat 64 g
Skrin
1.76 inci 350 ppi 500±50 cd/m² 446×424
Bateri Terbina Dalam
Jenis Bateri LiPo 2S
Kapasiti 1300 mAh
Tenaga 5 Wh
Voltan 7.7 V
2022 DJI OSMO Hak Cipta Terpelihara.
©
22
Manual Pengguna DJI Action 2
Suhu Operasi 0° hingga 40° C (32° hingga 104° F)
Suhu Mengecas 5° hingga 60° C (41° hingga 140° F)
Tempoh Operasi
Tempoh Mengecas
Unit Kamera + Modul Skrin Depan: 160 min
Unit Kamera + Modul Skrin Depan: 90 min
Modul Kuasa DJI Action 2
Ukuran 39×41.6×21.4 mm
Berat 56.6 g
Bateri Terbina Dalam
Jenis Bateri LiPo 2S
Kapasiti 1300 mAh
Tenaga 5 Wh
Voltan 7.7 V
Suhu Operasi 0° hingga 40° C (32° hingga 104° F)
Suhu Mengecas 5° hingga 60° C (41° hingga 140° F)
Tempoh Operasi
Tempoh Mengecas
EIS tidak disokong dalam mod Gerak Perlahan (Slow Motion) dan Selang masa (Timelapse).
①
Unit Kamera + Modul Kuasa: 180 min
Unit Kamera + Modul Kuasa: 90 min
HorizonSteady hanya tersedia apabila resolusi video ialah 1080p (16:9) atau 2.7K (16:9) dengan
kadar bingkai 60 fps atau ke bawah.
Diukur menggunakan 1080p (Power Reserve), 30fps, dengan tetapan mod tidur satu minit, dan
②
penstabilan imej elektronik dilumpuhkan. Gunakan sebagai rujukan sahaja.
Apabila modul skrin sentuh hadapan disambungkan kepada unit kamera, sila ambil perhatian
semasa merakam dalam gerak perlahan 4K/100fps, 4K/120fps, 1080p/120fps, 4K 4x atau gerak perlahan 1080p 8x: Modul skrin sentuh hadapan hanya menunjukkan format rakaman video, kawalan suara tidak disokong dan rakaman audio hanya disokong melalui mikrofon terbina dalam unit kamera.
Diukur menggunakan penyesuai USB 5V/2A dalam persekitaran makmal. Gunakan sebagai rujukan
④
sahaja.
Diukur menggunakan 1080p (Power Reserve), 30fps, dan penstabilan imej elektronik dilumpuhkan.
⑤
Gunakan sebagai rujukan sahaja.
Maklumat Selepas Jualan
Lawati https://www.dji.com/support untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dasar perkhidmatan selepas jualan, perkhidmatan baik pulih, serta sokongan.
2022 DJI OSMO Hak Cipta Terpelihara.
23
©
Kandungan ini tertakluk pada perubahan.
Muat turun versi terkini dari
www.dji.com/action-2
OSMO adalah tanda dagangan DJI OSMO. Hak Cipta © 2022 DJI OSMO Hak Cipta Terpelihara.
Loading...