Zanussi TD4213 User Manual [ms]

Page 1
TUMBLE DRYER
MESIN PENGERING
TD 4213
Unpacking: see page 5
15
Mengeluarkan Mesin dari Bungkusan: lihat halaman 25
INSTRUCTION BOOKLET
MS
CN
GB
125993062
MS
CN
GB
DUAL TEMPERATURE
650
800 / 900
1000 / 1200
800 / 900
1000 / 1200
kg 2,5
kg 5
50' - 60'
70' - 90'
65' - 85'
80' - 100'
75' - 95'
kg 1
kg 2,5
30' - 35'
35' - 50'
30' - 45'
55' - 70'
50' - 65'
AUTOREVERSE
Page 2
22
Kandungan
Maklumat keselamatan penting ..............23
Pelupusan ........................................................23
Petua bagi perlindungan alam sekitar ..24
Perihalan mesin ..............................................24
Spesifikasi teknikal ......................................24
Pemasangan ....................................................25
Mengeluarkan mesin dari bungkusan ................25
Menetapkan kedudukan......................................25
Memasang hos bolong ..................................25-26
Kelengkapan penindan ......................................26
Menterbalikkan pintu ..........................................26
Sambungan elektrik ............................................26
Penggunaan ....................................................27
Panel kawalan ....................................................27
Jangka masa pengeringan..................................28
Jujukan operasi ..................................................29
Petua-petua berguna ....................................29-30
Menyenggara dan Membersihkan
Mesin..............................................................30-31
Membersihkan bahagian luar..............................30
Membersihkan pintu............................................30
Membersihkan turas............................................30
Jika ada masalah............................................31
Pelanggan yang dihormati,
Sila baca petunjuk operasi ini dengan cermat dan beri perhatian khusus kepada catatan keselamatan yang dinyatakan di beberapa halaman yang pertama.
Kami syorkan supaya anda menyimpan buku petunjuk ini supaya dapat menjadi rujukan pada lain masa, dan serahkan kepada pemilik yang baru jika mesin ini bertukar tangan nanti.
Kerosakan dalam pengangkutan
Setelah mesin dikeluarkan daripada bungkusannya, harap periksa dan pastikan tidak ada kerosakan. Jika kurang pasti, jangan hidupkan. Hubungi Pusat Servis setempat.
Lambang-lambang yang anda lihat dalam buku petunjuk ini bermaksud seperti berikut:
Segitiga amaran menekankan maklumat yang amat penting bagi keselamatan anda atau untuk mesin berfungsi dengan betul.
Maklumat yang ditandakan dengan lambang ini memberi petunjuk tambahan dan petua praktikal tentang cara menggunakan mesin.
Lambang ini menandakan petua dan maklumat tentang penggunaan mesin yang hemat dan serasi dengan ekologi.
SSuummbbaannggaann kkaammii kkeeppaaddaa ppeerrlliinndduunnggaann aallaamm sseekkiittaarr::
kkaammii gguunnaakkaann kkeerrttaass kkiittaarr sseemmuullaa..
Page 3
BBAAHHAASSAA
MMEELLAAYYUU
23
Maklumat keselamatan penting
Pemasangan
• Apa-apa kerja elektrik untuk memasang mesin ini harus dilakukan oleh juruelektrik bertauliah atau orang yang berkelayakan.
• Hati-hati supaya mesin tidak ditindihkan di atas kabel bekalan elektrik.
• Jika mesin diletakkan di atas lantai permaidani, laraskan kakinya supaya udara bebas beredar.
• Mesin pengering ini dimaksudkan untuk disediakan bolong udara terus ke udara terbuka. Mesin ini harus ada sistem edaran udara sendiri yang tidak dihubungkan dengan mana-mana sistem edaran udara yang dipasang pada mana-mana perkakas lain.
Penggunaan
• Mesin ini direka untuk kegunaan di rumah sahaja. Jika mesin digunakan untuk tujuan lain atau jika tidak digunakan dengan betul, pihak pengeluar tidak bertanggung jawab atas apa-apa kerosakan yang mungkin berlaku.
• Mesin hendaklah dicabut plagnya setelah digunakan.
• Pakaian yang masih basah menitis jangan dimasukkan dalam mesin pengering ini.
Bahaya ledakan: Jangan keringkan bahan pakaian yang terkena bahan pelarut mudah menyala (petrol, spirit, bahan pencuci kering dan sebagainya). Bahan-bahan tersebut mudah meruap, hingga boleh menyebabkan ledakan. Keringkan pakaian yang dibasuh dengan air sahaja.
• Harap pastikan tidak ada pemetik api gas tertinggal dalam saku pakaian yang hendak dikeringkan dalam mesin ini.
• Jangan keringkan sepatu kanvas atau sepatu sukan, kerana boleh tersangkut antara pintu dengan dram, hingga dram tidak dapat bergerak.
• Biarkan pintu renggang sedikit apabila mesin tidak digunakan. Dengan cara ini, getah pengedap pintu dapat dijaga kesempurnaannya.
• Bersihkan turas serabut setelah menggunakan mesin. Demi menghindari risiko kebakaran, jangan
gunakan mesin jika turas serabut rosak atau mesin tidak ada turas.
• Jangan biarkan serabut bertimbun di sekeliling mesin.
Keselamatan umum
• Jangan ubah spesifikasi atau ubahsuai mesin ini dengan apa cara pun kerana ini adalah berbahaya.
• Jangan sekali-kali cuba membaikpulih mesin ini sendiri. Kerja baikpulih jika dilakukan oleh orang yang tidak berpengalaman boleh menyebabkan cedera atau kerosakan teruk. Harap hubungi Pusat Servis Zanussi setempat. Pastikan anda menggunakan barang ganti Zanussi yang tulen sahaja.
Keselamatan kanak-kanak
• Kanak-kanak sering kali tidak sedar betapa bahayanya alat-alat elektrik. Semasa mesin sedang bekerja, kanak-kanak harus diperhatikan baik-baik dan tidak dibiarkan bermain dengan mesin.
• Bahan bungkusan (misalnya karung plastik, bahan polistirena) boleh membahayakan kanak-kanak – bahaya lemas! Simpan jauh dari jangkauan kanak­kanak.
• Jangan biarkan kanak-kanak atau haiwan peliharaan memanjat masuk dram.
• Apabila mesin hendak dibuang, potong kabel bekalan elektrik dan musnahkan plag pada kabel yang tertinggal. Rosakkan kancing pintu supaya kanak-kanak tidak terperangkap di dalam apabila bermain.
Melupuskan mesin
 Bahan bungkusan
Bahan yang ditandakan dengan lambang boleh dikitar semula.
Ertinya, bahan-bahan ini boleh digunakan semula dengan dilupuskan dengan cara yang betul dalam bekas pengumpulan yang berkenaan.
 Mesin
Gunakan tapak pelupusan yang dibenarkan bagi mesin yang lama. Mari sama-sama kita menjaga kebersihan negara!
Amaran-amaran ini diberi demi menjaga keselamatan. Anda MESTI membacanya dengan teliti sebelum memasang atau menggunakan mesin.
Page 4
24
Demi menjimatkan tenaga dan membantu melindungi alam sekitar, kami syorkan anda mematuhi petua berikut:
• Cuba isikan pakaian hingga muatan maksimum mesin, kerana beban yang kecil-kecil
ttiiddaakk
mmeennjjiimmaattkkaann..
• Isikan cucian yang telah diputar dengan sempurna sahaja. Semakin laju putaran, semakin kurang penggunaan elektrik dan semakin pendek jangka masa pengeringan.
• Pakaian jangan terlampau dikeringkan. Cara ini untuk mengelakkan pakaian berkedut dan demi menjimatkan tenaga. Pilih program pengeringan mengikut jenis pakaian dan takat kekeringan yang dikehendaki.
• Untuk menggunakan beban maksimum, pakaian yang hendak terus disimpan (kering simpan) boleh dikeringkan bersama pakaian yang hendak diseterika dahulu. Mula-mula, pilih program kering seterika. Keringkan pakaian, kemudian keluarkan mana yang hendak diseterika dahulu. Setelah itu keringkan pakaian yang lain.
• Bersihkan turas secara tetap dari masa ke masa. Cara ini untuk menghindari jangka masa pengeringan yang keterlaluan dan penggunaan elektrik yang tinggi.
• Bilik hendaklah sempurna edaran udaranya. Suhu bilik hendaklah tidak lebih daripada +35°C semasa mesin mengering pakaian.
Petua bagi perlindungan alam sekitar
Spesifikasi teknikal
DIMENSI: Tinggi 85 cm
Lebar 60 cm Panjang ke dalam 58 cm
SAMBUNGAN ELEKTRIK: 230/240 V/50 Hz KUASA TERSERAP MAKSIMUM: 2200 W PENGKADARAN FIUS MINIMUM: 10 A
KEMAMPUAN MENGERING MAKS.: Kapas, linen 6 kg
Sintetik 2.5 kg
PENGGUNAAN TENAGA: Kapas, linen 3.3 kWh (5 kg kering simpan)
Kapas, linen 2.7 kWh (5 kg kering seterika)
Mesin ini mematuhi Arahan EEC berikut:
- 73/23 EEC bertarikh 19.2.73 (Arahan Voltan Rendah) dan ubahsuaian kemudiannya;
- 89/336 EEC bertarikh 3.5.89 (Arahan Keserasian Elektromagnet) dan ubahsuaian kemudiannya.
Perihalan mesin
01 Panel kawalan
02 Turas serabut
03 Plat Pengkadaran
04 Kaki boleh laras
05 Lubang bolong kiri dan kanan
06 Nat gelang
07 Lubang bolong belakang
Page 5
BBAAHHAASSAA
MMEELLAAYYUU
25
Pemasangan
Amaran!
Mengeluarkan mesin dari bungkusan
Tanggalkan kantung politena dengan bungkah penyendal polistirena sebelum menggunakan mesin.
Menempatkan mesin
Demi kemudahan anda, disyorkan supaya mesin ini diletakkan dekat dengan mesin basuh. Semasa mengering pakaian, mesin ini akan mengeluarkan udara hangat yang sangat lembab. Udara ini harus disingkirkan dari dalam bilik secepat mungkin supaya tidak terpeluwap. Jika ruang berkenaan sempurna edaran udaranya, atau mesin dekat dengan tingkap terbuka, udara dapat disingkirkan dengan sendirinya. Namun, pada umumnya, udara yang dikeluarkan mesin pengering lebih baik dibawa ke luar, dengan menggunakan hos liut bergarispusat 100 mm yang dibekalkan. Hos itu boleh diletakkan hujungnya pada tingkap terbuka, atau secara kekal pada jeriji pengudaraan, pada dinding luar, atau tingkap. Mesin pengering mesti dipasang di tempat yang bersih, yang tidak ada timbunan kotoran. Jangan biarkan apa-apa benda atau bahan yang boleh menyekat ram pengambilan udara di belakang (misalnya kertas, kain buruk, dsb). Demi mengurangkan gegaran dan bunyi bising apabila mesin pengering digunakan, letakkan di permukaan yang kukuh dan datar. Apabila sudah berada di tempat yang tetap untuk dikendalikan, periksa dan pastikan mesin benar-benar datar kedudukannya dengan menggunakan pengaras spirit. Jika tidak, naikkan atau turunkan kaki hingga mesin datar kedudukannya.
Kaki mesin jangan sekali-kali ditanggalkan.
Jangan sekat ruang kelegaan lantai dengan meletakkan permaidani tebal, kepingan kayu atau benda serupa. Hal ini boleh menyebabkan haba bertumpuk di situ hingga mengganggu pengendalian mesin.
Penting
Apabila mengendalikan mesin pengering, suhu bilik hendaklah tidak lebih daripada 35°C, kerana hal ini boleh menjejas prestasi mesin.
Memasang hos bolong
Supaya hos mudah dipasang, ada beberapa pilihan lubang bolong: satu di belakang, yang lain di kiri kanan mesin. Pasang hos pada mana-mana lubang yang sesuai, dengan menarik nat gelang (A) dari lubang bolong di belakang, diskrukan pada hos dan dilekapkan semula dengan teguh. Lubang bolong yang tidak digunakan harus ditutup dengan tudung lekap yang disediakan.
Nasihat: Jika hos panjang dan suhu bilik rendah, lembapan boleh terpeluwap menjadi air dalam hos.
Ini kejadian alami yang tidak dapat dielakkan.
Supaya air ini tidak bertakung dalam hos atau mengalir semula ke dalam mesin, ada baiknya digerudi satu lubang kecil (garispusat 3 mm) di titik paling rendah pada hos dan diletakkan satu bekas kecil di bawahnya. (Lihat gambar, perkara B).
Page 6
26
Setelah hos bolong dipasang pada mesin, jalankan ke tempat keluar yang dikehendaki. Hos hendaklah kurang daripada 2 m panjang, dan dibengkokkan tidak lebih dua kali. Bagi salur keluarnya pula, jika hendak menggunakan jeriji dinding/jeriji tingkap, kelengkapan dan cara memasangnya boleh didapati di kedai kelengkapan binaan rumah di tempat anda.
Jangan pasang hos bolong pada tudung dapur atau paip corong atau serombong yang membawa asap ekzos dari perkakas pembakar.
Demi menghindari masalah pemeluwapan, mesin pengering ini harus dipasang hos fleksibel yang dapat membawa stim ekzos, setidaknya menjauhi perkakas dapur, dan sebaiknya ke luar bilik dapur.
Supaya mesin tidak terlampau panas, saluran pengeluaran stim hendaklah tidak tersekat. Oleh itu, jika menggunakan hos tetap yang dipasang pada dinding luar atau siling, hos itu mesti mampu membawa ekzos sekurang-kurangnya 150 m
3
/jam.
Jika mesin dipasang di sebelah menyebelah perkakas dapur, jangan biarkan hos bolong tertindih. Jika hos tertindih sebahagiannya, mesin kurang cekap mengeringkan pakaian, hingga memakan masa lebih lama untuk mengering pakaian, dan menggunakan lebih banyak tenaga.
Jika hos tertindih seluruhnya, alat pemberhenti keselamatan yang dipasang pada mesin akan berfungsi.
Kelengkapan penindan
Anda boleh mendapatkan kelengkapan penindan yang khas dari pihak penjual, untuk memasang mesin pengering di atas mesin basuh.
Menterbalikkan pintu
Supaya mudah memasukkan dan mengeluarkan pakaian, pintu mesin boleh diterbalikkan.
Langkah ini harus dilakukan oleh kakitangan yang berkelayakan sahaja.
Sila hubungi Pusat Servis Zanussi yang terdekat.
Sambungan elektrik
Mesin ini direka untuk beroperasi dengan bekalan elektrik 230-240 V, fasa tunggal, 50 Hz.
Pastikan bekalan elektrik di rumah anda boleh menampung beban maksimum yang dikehendaki (2.2 kW), sambil memperhitungkan semua perkakas lain yang digunakan di rumah.
AMARAN: MESIN INI MESTI DIBUMIKAN.
Pihak pengeluar tidak menanggung liabiliti sekiranya langkah keselamatan ini tidak
dipatuhi.
Mesin ini dibekalkan dengan plag 13 amp siap dipasang. Jika fius plag perlu diganti, gunakan fius 13amp yang diluluskan ASTA (BS1363A). Jika plag perlu diganti atas apa-apa sebab pun, lakukan seperti berikut. Wayar dalam kabel bekalan elektrik diwarnakan mengikut kod berikut:
Hijau Kuning - Bumi
Biru - Neutral
Perang - Hidup
Wayar hijau kuning mesti disambung pada terminal bertanda huruf «E» atau yang menunjukkan lambang bumi atau berwarna hijau kuning.
Wayar biru mesti disambung pada terminal «N» atau yang berwarna hitam.
Wayar perang mesti disambung pada terminal «L» atau yang berwarna merah.
Setelah siap, jangan sampai ada wayar yang terpotong atau tidak terikat, dan kapit kabel mestilah kemas mengikat pada sarung luar kabel.
AMARAN:
Plag yang terpotong menimbulkan bahaya keselamatan (kejutan elektrik) yang serius jika ditusukkan pada soket 13 amp. Plag yang terpotong hendaklah dibuang dengan cara yang selamat.
Page 7
27
BBAAHHAASSAA
MMEELLAAYYUU
Penggunaan
Panel kawalan
1 Carta Program
Carta ini membantu anda memilih jangka masa yang betul untuk mengering pakaian.
2 Butang Suhu Rendah
Tekan butang ini jika ingin mengurangkan suhu apabila mengeringkan pakaian kain kapas atau linen yang amat halus. Jika anda memilih suhu rendah, pilih jangka masa pengeringan yang panjang. Bagi program kain sintetik, suhu dikurangkan secara automatik. Jadi anda tidak perlu menekan butang ini.
3 Butang Mula
Setelah memilih jangka masa pengeringan, tekan butang ini untuk memulakan program. Jika pintu dibuka semasa mesin mengering pakaian, tutup pintu, kemudian tekan butang ini sekali lagi untuk meneruskan program.
4 Lampu Bekalan Kuasa
Lampu ini menyala apabila mesin mula beroperasi dan padam apabila cakera pemilihan berada di “O” dan apabila pintu dibuka.
5 Cakera Pemilihan Jangka Masa
Pengeringan
Cakera pemilihan merangkumi dua kitaran pengeringan, yang satu hingga 150 minit pada suhu tinggi untuk kain kapas dan linen, dan yang satu lagi hingga 100 minit pada suhu rendah untuk kain sintetik.
Bagi menetapkan jangka masa mesin, putar cakera ikut arah jam hingga jangka masa yang diingini betul-betul bertemu dengan penunjuk.
JANGAN SEKALI-KALI cuba memutar cakera arah lawan jam.
Apabila memilih jangka masa pengeringan, jangan lupa jangka masa itu termasuk fasa penyejukan selama 10 minit (kedudukan pada cakera). Fasa ini jangan dipendekkan, dihentikan atau dielakkan, kerana boleh menyebabkan kulit melecur dan kerosakan pakaian.
Pengeringan tambahan
Jika pada akhir program pakaian masih terlalu lembap, tetapkan jangka masa pengeringan sekali lagi (jangan lupa memperhitungkan tempoh penyejukan).
Page 8
28
Sintetik
Cakera pemilihan: hingga 100 minit
Takat kekeringan yang dikehendaki
Takat putaran rpm
Kuantiti kg
Jangka masa pengeringan minit
650
2.5 50-60
1 30-35
0.5 25-30
Kering simpan
Jangan isikan dram terlalu penuh (misalnya, jangan isikan quilt yang besar-besar).
Bahan pakaian mesti diputar kering dengan sempurna dahulu dalam mesin basuh, baru dimasukkan dalam mesin pengering (putaran minimum 500 rpm).
Jangka masa pengeringan berbeza-beza, mengikut:
- Jenis cucian
- Berat beban cucian
- Takat putaran sebelum dikeringkan
Jangka masa pengeringan dinyatakan sebagai panduan sahaja. Dengan berpandukan pengalaman, anda akan dapat menganggarkan jangka masa yang perlu untuk mengeringkan beban cucian yang biasa. Pada permulaannya, jangan pilih jangka masa pengeringan yang panjang. Sebaiknya, tentukan takat kekeringan yang perlu dengan beransur-ansur menambah jangka masa pengeringan.
Bagi beban campuran (kapas dan kain sintetik yang tahan, misalnya) pilih jangka masa bagi kain gentian yang paling halus, kemudian tambah secara beransur-ansur sebanyak 10 minit setiap kali.
Jangka Masa Pengeringan
Kapas dan Linen
Cakera pemilihan: hingga 150 minit
Takat kekeringan yang dikehendaki
Takat putaran rpm
Jangka masa pengeringan minit
Kering simpan
Kering seterika
800/900
1000/1200
6 100-120 5 080-100
2.5 040-55
6 095-115 5 075-95
2.5 035-40
Kering seterika
650
2.5 40-50
800/900
1000/1200
6 115-145 5 095-115
2.5 060-75
6 110-130 5 090-110
2.5 055-70
KKuuaannttiittii kkgg
Page 9
BAHASA
MELAYU
29
Jujukan operasi
Sebelum mesin dijalankan buat kali pertama, sebaiknya masukkan beberapa helai kain lembap dan jalankan mesin selama kira-kira 20 minit. Cara ini untuk menghapus habuk dan kotoran yang tertinggal dalam dram.
1. Masukkan pakaian
Buka pintu.
Masukkan pakaian satu persatu sambil dilerai­leraikan, kemudian tutup pintu.
Harap periksa supaya pakaian tidak tersangkut antara pintu dengan turas.
2. Tekan butang , jika perlu
3. Pilih jangka masa pengeringan
Putar cakera pemilihan ikut arah jam ke jangka masa yang diingini, di bahagian suhu tinggi atau rendah, mengikut jenis cucian.
4. Mulakan mesin
Tekan butang Mula . Lampu bekalan elektrik akan menyala dan mesin mula bergerak.
5. Apabila pakaian selesai dikeringkan
Mesin berhenti secara automatik. Cakera pemilihan berada di kedudukan “O”, lampu bekalan elektrik padam.
Jika pakaian masih terlalu lembap, pilih satu lagi jangka masa pengeringan yang pendek. Harap ingat bahawa selama 10 minit terakhir mesin akan melakukan fasa penyejukan dan rawatan anti kedut.
Bersihkan turas setiap kali selesai program pengeringan (lihat halaman 23). Langkah ini untuk memastikan mesin berfungsi dengan betul.
Petua berguna
• Cuba isikan pakaian hingga muatan maksimum mesin, kerana beban yang kecil-kecil tidak menjimatkan. Untuk makluman anda, ini senarai berat yang biasa bagi beberapa bahan pakaian.
Cadar 700 - 1000 g
Alas meja 400 - 500 g
Tuala dapur 70 - 120 g
Napkin jamuan 50 - 100 g
Tuala tangan 150 - 250 g
Jubah mandi 1000 - 1500 g
Kemeja lelaki 200 - 300 g
Sarung bantal 100 - 200 g
Pajama lelaki 400 - 500 g
Baju tidur wanita 200 - 250 g
• Jangan sekali-kali keringkan benda-benda berikut: Bahan yang sangat halus seperti langsir net, wul, sutera, kain berhias logam, pakaian ketat daripada nylon, benda tebal seperti anorak, selimut, eiderdown, kantung tidur, cadar quilt daripada bulu dan apa-apa benda yang mengandungi busa getah atau bahan serupa busa getah.
Page 10
30
• Petunjuk di label pakaian hendaklah dipatuhi selalu:
boleh dikeringkan dalam mesin
pengeringan normal (suhu tinggi)
pengeringan lembut (suhu rendah)
jangan keringkan dalam mesin
• Kantung dan sarung bantal hendaklah ditutup dengan penyemat, supaya bahan cucian yang kecil-kecil tidak tersangkut di dalam. Butang ketap hendaklah diketapkan, zip ditutup, cangkuk disematkan dan tali pinggang serta tali apron hendaklah diikat.
• Cucian hendaklah diisih mengikut jenis bahan dan takat kekeringan yang dikehendaki.
• Pakaian jangan terlampau dikeringkan. Cara ini untuk mengelakkan pakaian berkedut dan demi menjimatkan tenaga.
• Pakaian gelap jangan dikeringkan bersama bahan berbulu, seperti tuala, yang cerah warnanya. Bulu­bulu berwarna cerah itu akan melekat pada pakaian berwarna gelap.
• Pakaian mesti diputar dengan sempurna sebelum dikeringkan dalam mesin.
Pakaian mudah dijaga, misalnya kemeja, juga harus diputar sebentar dalam mesin basuh sebelum dikeringkan (bergantung pada ketahanan kedut, kira-kira 30 saat atau menggunakan program putaran pendek yang khusus di mesin basuh).
• Pakaian kait (seluar dalam kait, misalnya) boleh mengecut sedikit semasa dikeringkan. Jangan terlampau keringkan pakaian jenis ini. Pengecutan kain patut diambil kira apabila memilih saiz pakaian yang hendak dibeli lain kali.
• Pakaian yang dikanji juga boleh dimasukkan dalam mesin pengering. Tetapi, untuk mencapai hasil berkanji yang diingini, pilih program “kering seterika”. Untuk menghapus saki-baki kanji, lap bahagian dalam dram setelah mengering pakaian, dengan menggunakan kain lembap, kemudian lap hingga kering.
• Bagi menghindari nyahcas statik apabila selesai pengeringan, masukkan bahan pelembut kain semasa membasuh, atau bahan perapi kain yang khusus untuk mesin pengering.
• Keluarkan pakaian apabila mesin pengering selesai mengering cucian.
• Jika ada pakaian yang masih lembap, tetapkan jangka masa pengeringan tambahan yang pendek tetapi sekurang-kurangnya 20 minit. Pengeringan tambahan ini perlu terutama bagi bahan berlapis (misalnya, kolar, saku, dsb).
Menyenggara dan Membersihkan Mesin
Anda mesti ?=>KJ bekalan kuasa elektrik kepada mesin, sebelum melakukan apa-apa kerja pembersihan atau penyenggaraan.
Membersihkan bahagian luar
Gunakan air dan sabun sahaja, kemudian keringkan dengan sempurna.
Penting: jangan gunakan spirit, bahan pencair atau produk yang serupa.
Membersihkan pintu
Dari masa ke masa, bersihkan bahagian dalam pintu bagi menghapus serabut pada kedap di sekeliling turas. Pembersihan yang tepat memastikan pengeringan yang betul.
Membersihkan turas
Mesin pengering hanya berfungsi dengan sempurna jika turas bersih.
Turas mengumpul semua serabut yang tertimbun semasa mesin mengering pakaian. Oleh itu, turas mesti dibersihkan setiap kali selesai program, sebelum pakaian dikeluarkan, dengan menggunakan kain lembap.
Turas dalam pintu dalaman mesti dikeluarkan untuk dibersihkan.
Jangan terperanjat apabila melihat banyaknya serabut. Hal ini bukan kerana haus berlebihan yang disebabkan oleh mesin. Semua kain kehilangan serabut apabila dikeringkan, tetapi serabut itu hilang di udara tanpa disedari. Dalam mesin pengering, serabut itu terkumpul dalam turas.
Page 11
BBAAHHAASSAA
MMEELLAAYYUU
31
Jika perlu, turas boleh dibersihkan dengan air mengalir dan dengan menggunakan berus. Dalam hal ini, keluarkan turas dalam liang pintu seperti yang tertera dalam gambar (boleh ditempatkan dengan gigi menghala ke kiri atau ke kanan).
Jika ada masalah
Jika masalah masih berlaku setelah hal-hal ini diperiksa, hubungi Pusat Servis Zanussi setempat.
Harap berikan nombor model dan nombor siri mesin anda.
Maklumat ini boleh didapati di plat pengkadaran (lihat gambar di halaman 24).
Sebelum menghubungi Pusat Servis Zanussi setempat, sila periksa hal-hal berikut:
Masalah Kemungkinan puncanya
 Mesin pengering tidak berfungsi:
• Pintu terbuka.
• Plag belum dipasang pada soket dinding.
• Tidak ada bekalan elektrik di soket dinding.
• Cakera pemilihan tidak ditetapkan dengan betul.
• Butang mula belum ditekan.
 Mesin pengering tidak mengering pakaian dengan sempurna:
• Turas tersumbat.
• Jangka masa pengeringan tidak cukup lama.
• Kitaran yang dipilih tidak sesuai untuk pakaian yang dicuci.
• Pakaian belum diputar dengan sewajarnya.
• Anda telah memilih fungsi suhu rendah .
• Beban cucian terlalu berat.
• Mesin pengering tidak dipasang dengan betul.
Page 12
MADE IN ITALY
Loading...