Sokongan dan undang-undang................................................. 142
Sokongan untuk peranti anda......................................................... 142
Bantuan dalam menu dan aplikasi...................................................142
Menjalankan ujian diagnostik pada peranti anda..............................142
Memulakan semula, menetapkan semula dan membaiki................. 143
Membantu kami memperbaik perisian kami.................................... 144
Waranti, SAR dan garis panduan penggunaan................................ 145
Mengitar semula peranti anda......................................................... 145
Maklumat undang-undang.............................................................. 145
6
Langkah permulaan
Tentang Panduan pengguna ini
Ini merupakan Xperia™ Z3 Tablet Compact Panduan pengguna untuk versi perisian
Android™ 6.0. Jika anda tidak pasti versi perisian mana yang sedang menjalankan
peranti anda, anda boleh menyemaknya dalam menu Tetapan.
Kemas kini sistem dan aplikasi boleh mewujudkan ciri dalam peranti anda dengan cara yang
lain daripada dihuraikan dalam panduan Pengguna ini. Versi Android™ mungkin tidak terjejas
dalam kemas kini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemas kini perisian, lihat
Mengemas kini peranti anda
Untuk menyemak versi perisian semasa peranti anda
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik Tetapan > Mengenai tablet > Versi Android™.
Untuk mencari nombor model dan nama peranti anda
1
Dari Skrin utama anda, ketik
2
Cari dan ketik .
Nombor model peranti dan nama dipaparkan.
Had pada perkhidmatan dan ciri
Sesetengah perkhidmatan dan ciri yang diterangkan dalam Panduan pengguna ini
mungkin tidak disokong di semua negara atau rantau atau oleh semua rangkaian atau
pembekal perkhidmatan. Nombor Kecemasan Antarabangsa GSM sentiasa boleh
digunakan di semua negara, rantau, rangkaian dan oleh semua pembekal khidmat,
sekiranya peranti disambungkan ke rangkaian mudah alih. Sila hubungi operator
rangkaian atau pembekal khidmat anda untuk menentukan ketersediaan sebarang
perkhidmatan atau ciri khusus dan sama ada bayaran akses atau penggunaan tambahan
dikenakan.
Penggunaan ciri dan aplikasi tertentu yang diterangkan dalam panduan ini mungkin
memerlukan akses kepada Internet. Anda boleh dikenakan caj penyambungan data
apabila anda menyambung ke Internet dari peranti anda. Hubungi pengendali rangkaian
wayarles anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Lapisan plastik perlindungan dilekatkan pada skrin. Anda harus menanggalkan lapisan ini
sebelum menggunakan skrin sentuh. Jika tidak, skrin sentuh mungkin tidak berfungsi
dengan betul.
Jangan potong kad SIM anda, contohnya menggunakan pisau atau gunting, kerana ini boleh
merosakkan peranti anda.
1
Buka penutup slot kad SIM nano/Kad ingatan.
2
Menggunakan kuku anda, seret keluar bekas kad SIM nano.
3
Letakkan kad SIM dengan kemas dalam orientasi betul seperti yang ditunjukkan
dalam ilustrasi.
4
Masukkan kad memori dalam orientasi yang betul ke dalam slotnya seperti yang
ditunjukkan dalam ilustrasi.
5
Tolak kembali bekas dengan lembut ke dalam slot sehingga ia masuk ke dalam
tempatnya.
Untuk mengeluarkan kad SIM nano
1
Tanggalkan penutup slot kad SIM nano .
2
Menggunakan kuku jari atau objek serupa yang lain, tarik keluar pemegang kad
SIM nano .
3
Keluarkan kad SIM nano .
4
Masukkan pemegang kad SIM nano kembali ke slotnya.
5
Tutup semula penutup.
Untuk mengeluarkan kad memori
1
Matikan peranti dan tanggalkan penutup slot kad memori.
2
Tekan kad memori ke dalam dan kemudian, lepaskannya dengan serta-merta.
3
Tarik kad memori ke luar sepenuhnya dan keluarkannya.
4
Pasang semula penutup.
Anda juga boleh mengeluarkan kad memori tersebut tanpa mematikan peranti seperti yang
dihuraikan dalam langkah 1. Untuk menggunakan kaedah ini, anda mestilah menyahlekapkan
kad memori itu dahulu. Ketik Tetapan > Storan, kemudian ketik di sebelah Kad SD,
kemudian ikut baki arahan di atas.
Sebelum menggunakan peranti anda, alihkan filem perlindungan telus dengan menarik tab
terjulur ke atas.
Ia adalah disyorkan untuk melindungi peranti anda dengan penutup skrin berjenama
Sony atau pelindung yang dicadangkan untuk model Xperia™ anda. Penggunaan
aksesori perlindungan skrin pihak ketiga boleh menghalang peranti anda daripada
berfungsi dengan betul dengan menutup sensor, kanta, pembesar suara, atau mikrofon
dan boleh membatalkan jaminan.
Memulakan peranti anda untuk kali pertama
Anda disyorkan mengecas bateri selama sekurang-kurang 30 minit sebelum memulakan
peranti anda buat pertama kali. Anda masih boleh menggunakan peranti anda semasa ia
sedang dicas. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengecasan, lihat
Mengecas peranti anda
Kali pertama anda memulakan peranti anda, panduan persediaan membantu anda
mengkonfigurasikan tetapan asas, memperibadikan peranti anda dan mendaftar masuk
ke akaun anda, contohnya akaun Google™.
Untuk menghidupkan peranti
Pastikan bateri dicas selama sekurang-kurangnya 30 minit sebelum anda menghidupkan
peranti untuk pertama kali.
di halaman 34.
1
Tekan dan tahan kekunci kuasa
2
Masukkan PIN kad SIM anda apabila diminta kemudian ketik .
3
Tunggu sebentar sementara peranti dimulakan.
PIN kad SIM anda pada mulanya dibekalkan oleh pengendali rangkaian anda, tetapi anda
boleh menukarnya kemudian daripada menu Tetapan. Untuk membetulkan kesalahan yang
dilakukan semasa memasukkan PIN kad SIM anda, ketik .
sehingga peranti bergetar.
Untuk mematikan peranti
1
Tekan dan tahan kekunci kuasa sehingga menu pilihan dibuka.
2
Dalam menu pilihan, ketik Matikan kuasa.
Sedikit masa diperlukan untuk peranti ditutup.
Mengapakah saya memerlukan akaun Google™?
Peranti Xperia™ anda daripada Sony dijalankan pada platform Android™ yang
dibangunkan oleh Google™. Pelbagai aplikasi dan perkhidmatan Google™ tersedia
pada peranti anda apabila anda membelinya, contohnya, aplikasi Gmail™, Google
Maps™, YouTube™ dan Play Store™, yang menyediakan akses kepada kedai dalam
talian Google Play™ untuk memuat turun aplikasi Android™. Untuk mendapatkan
manfaat sepenuhnya daripada perkhidmatan ini, anda memerlukan akaun Google™.
Contohnya, akaun Google™ adalah wajib jika anda ingin:
•
Memuat turun dan memasang aplikasi daripada Google Play™.
•
Selaraskan e-mel, kenalan dan kalendar menggunakan Gmail™.
•
Bersembang dengan rakan menggunakan aplikasi Hangouts™.
•
Segerakkan sejarah semak imbas dan penanda halaman anda dengan menggunakan
penyemak imbas web Google Chrome™.
•
Mengenalpasti diri anda sebagai pengguna yang sah selepas pembaikan perisian
menggunakan Xperia™ Companion.
•
Mencari, mengunci atau mengosongkan peranti yang hilang atau dicuri secara kawalan
jauh menggunakan my Xperia™ atau perkhidmatan Pengurus Peranti Android™.
Untuk maklumat lanjut mengenai Android™ dan Google™, pergi ke
http://support.google.com
Ianya sangat penting anda mengingati nama pengguna dan kata laluan akaun Google™ anda.
Dalam beberapa situasi, anda mungkin perlu memperkenalkan diri anda di atas sebab-sebab
keselamatan menggunakan akaun Google™ anda. Jika anda gagal memberikan nama
pengguna dan kata laluan akaun Google™ anda di dalam situasi ini, peranti anda akan dikunci.
Selain itu, jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun Google™, pastikan anda
memasukkan butiran yang berkenaan untuk akaun tersebut.
.
Untuk menyediakan akaun Google™ pada peranti anda
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik
2
Cari dan ketik
3
Ikut wizard pendaftaran untuk membuat akaun Google™, atau daftar masuk jika
Tetapan
>
Akaun
.
>
Tambah akaun
>
Google
.
anda sudah mempunyai akaun.
Anda boleh mendaftar masuk atau mencipta akaun Google™ daripada panduan persediaan
juga apabila anda memulakan peranti anda buat pertama kali. Atau anda boleh pergi ke dalam
talian dan mencipta akaun di
Anda boleh menghalang orang lain daripada menggunakan peranti anda tanpa
kebenaran anda. Sebagai contoh, jika peranti anda hilang, dicuri atau dipadam bersih,
hanya seseorang dengan akaun Google™ anda atau dengan maklumat skrin kunci
sahaja boleh menggunakan peranti ini. Untuk memastikan peranti anda dilindungi, adalah
sangat penting anda menetapkan kunci skrin selamat dan menambah akaun Google™
anda ke peranti anda. Ia sangat penting anda mengingati kedua-dua maklumat skrin
kunci dan kelayakan akaun Google™ anda. Untuk memastikan peranti anda dilindungi,
anda boleh:
•
Menetapkan kunci skrin selamat pada peranti anda, iaitu, PIN, kata laluan atau corak
kunci skrin bagi menghalang orang lain daripada menetapkan semula peranti anda.
Untuk maklumat lanjut, lihat
•
Tambah akaun Google™ untuk menghalang orang lain daripada menggunakan peranti
Kunci skrin
anda jika ia dicuri dan/atau dipadam bersih. Untuk maklumat lanjut, lihat
saya memerlukan akaun Google™?
•
Aktifkan sama ada “Protection by my Xperia” atau perkhidmatan web Pengurus Peranti
Android™. Dengan menggunakan salah satu perkhidmatan ini, anda boleh mengesan
lokasi, mengunci atau memformat peranti yang hilang dari jauh. Untuk maklumat lanjut,
Mencari peranti yang hilang
lihat
Mengesahkan pemilikan peranti anda
pada halaman 13.
Mengapakah
pada halaman 10.
pada halaman 19.
Ciri perlindungan tertentu memerlukan anda untuk sama ada membuka kunci skrin anda
dengan PIN, kata laluan, corak, atau memasukkan maklumat akaun Google™. Di bawah
ialah contoh ciri perlindungan dan beberapa kelayakan yang diperlukan:
Perlindungan
Tetapan Semula
Data Kilang
Perlindungan oleh
my Xperia
Anda mesti membuka kunci skrin anda sebelum anda dibenarkan
untuk melaksanakan Tetapan Semula Data Kilang.
Jika anda menetapkan semula peranti anda dengan menggunakan
perkhidmatan ini secara jauh, anda perlu memasukkan nama
pengguna dan kata laluan akaun Google™ yang telah dikaitkan
dengan perkhidmatan tersebut. Peranti perlu disambungkan ke
Internet sebelum proses penyediaan boleh dilengkapkan. Jika tidak,
anda tidak akan dapat menggunakan peranti anda selepas tetapan
semula.
Pengurus Peranti
Android™
Jika anda menetapkan semula peranti anda dengan menggunakan
perkhidmatan ini secara jauh, anda perlu memasukkan nama
pengguna dan kata laluan akaun Google™. Peranti perlu
disambungkan ke Internet sebelum proses penyediaan boleh
dilengkapkan. Jika tidak, anda tidak akan dapat menggunakan peranti
anda selepas tetapan semula.
Pembaikan
perisian
Jika anda menggunakan aplikasi Xperia™ Companion untuk
melaksanakan pembaikan perisian, anda diminta untuk memasukkan
nama pengguna dan kata laluan akaun Google™ anda apabila anda
memulakan peranti selepas pembaikan lengkap.
Bagi Pengurus Peranti Android™, anda perlu memasukkan maklumat dari akaun Google™. Ia
boleh jadi mana-mana akaun Google™ yang telah anda sediakan pada peranti sebagai
pemilik. Jika anda tidak boleh memberikan maklumat akaun yang berkaitan semasa proses
persediaan, anda tidak akan dapat menggunakan peranti langsung.
Terdapat beberapa cara untuk mengunci skrin. Tahap keselamatan bagi setiap jenis
kunci disenaraikan di bawah dalam susunan paling lemah hingga paling kukuh:
•
Leret – tiada perlindungan, tetapi anda mempunyai akses pantas ke skrin Utama
•
Corak – lukis corak yang mudah dengan jari untuk membuka kunci peranti anda
•
PIN – masukkan PIN angka sekurang-kurangnya empat digit untuk membuka kunci
peranti anda
•
Kata laluan – masukkan kata laluan angka-abjad untuk membuka kunci peranti anda
Anda perlu mengingati corak, PIN atau kata laluan buka kunci skrin anda. Jika anda terlupa
maklumat ini, data penting seperti kenalan dan mesej mungkin tidak dapat dipulihkan.
Untuk mencipta corak kunci skrin
1
Dari skrin Laman Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Keselamatan > Kunci skrin > Corak.
3
Ikut arahan dalam peranti anda.
Jika corak kunci anda ditolak lima kali berturut-turut apabila anda cuba membuka kunci
peranti, anda perlu menunggu 30 saat sebelum anda boleh mencuba lagi.
Untuk menukar jenis kunci skrin
1
Dari skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Keselamatan > Kunci skrin.
3
Ikut arahan dalam peranti anda dan pilih jenis kunci skrin yang lain.
Untuk menukar corak kunci skrin
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik
2
Cari dan ketik Tetapan > Keselamatan > Kunci skrin.
3
Lukis corak buka kunci skrin anda.
4
Ketik Corak dan ikuti arahan dalam peranti anda,
.
Untuk mencipta PIN kunci skrin
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik
2
Cari dan ketik
3
Masukkan PIN angka, kemudian ketik Teruskan.
4
Masukkan semula dan sahkan PIN anda, kemudian ketik OK.
5
Ikut arahan dalam peranti anda.
Tetapan
>
Keselamatan
.
>
Kunci skrin
>
PIN
.
Untuk mencipta kata laluan kunci skrin
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
3
Masukkan kata laluan, kemudian ketik Teruskan.
4
Masukkan semula dan sahkan kata laluan anda, kemudian ketik OK.
5
Ikut arahan dalam peranti anda.
Tetapan
>
Keselamatan
>
Kunci skrin
>
Kata Lalulan
.
Untuk mengaktifkan fungsi buka kunci Leret
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik
2
Cari dan ketik Tetapan > Keselamatan > Kunci skrin.
3
Lukis corak buka kunci skrin atau masukkan PIN atau kata laluan anda jika salah
.
satu daripada jenis kunci skrin ini didayakan.
4
Ketik Leretkan.
Menetapkan semula kunci skrin yang tidak diingati
Jika anda telah terlupa PIN kunci skrin, kata laluan atau corak anda, anda mungkin dapat
menetapkannya semula menggunakan perkhidmatan Protection by my Xperia. Tiada
kandungan pada peranti anda yang hilang selepas anda telah melakukan penetapan
semula kunci skrin menggunakan perkhidmatan Protection by my Xperia.
Untuk mengaktifkan perkhidmatan Protection by my Xperia, lihat
hilang
pada halaman 19.
Mencari peranti yang
Untuk menetapkan semula kunci skrin menggunakan Protection by my Xperia
1
Pastikan anda mengetahui nama pengguna dan kata laluan akaun Google™ anda
dan anda telah mendayakan perkhidmatan Protection by my Xperia pada peranti
anda.
2
Pergi ke
myxperia.sonymobile.com
menggunakan mana-mana peranti yang
bersambung dengan Internet.
3
Daftar masuk menggunakan akaun Google™ sama yang anda telah sediakan
pada peranti anda.
4
Klik gambar peranti anda di bawah Peranti anda.
5
Pilih Kunci atau Tukar PIN2 untuk menggantikan skrin kunci semasa dengan kod
PIN yang baharu.
6
Ikut arahan pada skrin yang disediakan oleh Protection by my Xperia.
Bergantung pada tetapan keselamatan anda, peranti anda mungkin terkunci selepas
penetapan semula kunci skrin. Kemudian, anda perlu memasukkan nama pengguna dan kata
laluan akaun Google™ untuk menggunakan peranti.
Membuka kunci peranti anda secara automatik
Ciri Kunci Pintar mungkin tidak tersedia di setiap pasaran, negara atau rantau.
Ciri Kunci Pintar menjadikan buka kunci peranti anda lebih mudah dengan membenarkan
anda menetapkannya kepada buka kunci secara automatik dalam situasi tertentu. Anda
boleh mengekalkan peranti anda tidak berkunci, contohnya, apabila ia bersambung ke
peranti Bluetooth® atau apabila anda sedang membawanya bersama anda.
Anda boleh menetapkan Kunci Pintar untuk mengekalkan peranti anda tidak berkunci
menggunakan tetapan berikut:
•
Muka yang dipercayai
•
Suara yang dipercayai: Sediakan pengecaman suara untuk mencari pada mana-mana
skrin.
•
Peranti dipercayai: Kekalkan peranti anda tidak berkunci apabila peranti Bluetooth®
atau NFC yang dipercayai disambungkan.
•
Tempat yang dipercayai: Kekalkan peranti anda tidak berkunci apabila anda berada di
lokasi yang dipercayai.
•
Pengesanan pada tubuh: Kekalkan peranti anda tidak berkunci apabila anda sedang
membawa peranti anda bersama anda.
Anda perlu membuka kunci peranti anda secara manual apabila anda tidak
menggunakannya selama 4 jam dan selepas anda memulakannya semula.
: Buka kunci peranti anda dengan melihat padanya.
Ciri Kunci Pintar dibangunkan oleh Google™ dan kefungsian tepat boleh berubah melebihi
masa kerana kemas kini daripada Google™.
Untuk mendayakan Kunci Pintar
1
Pastikan bahawa anda telah menetapkan corak, PIN atau kata laluan untuk kunci
skrin anda.
2
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik Tetapan > Keselamatan > Ejen amanah.
4
Seret peluncur di sebelah Kunci pintar (Google) ke kanan.
5
Ketik anak panah undur bersebelahan Ejen amanah.
6
Cari dan ketik Kunci Pintar.
7
Masukkan corak, PIN atau kata laluan anda. Anda perlu memasukkan kunci skrin
ini pada bila-bila masa anda ingin mengubah tetapan Kunci Pintar anda.
8
Pilih jenis Kunci Pintar.
Tetapan apabila mengekalkan peranti terkunci secara automatik
Anda boleh menetapkan Kunci Pintar untuk mengekalkan peranti anda tidak berkunci
menggunakan tetapan berikut:
Peranti dipercayai — Kekalkan peranti anda tidak berkunci apabila peranti Bluetooth®
disambungkan.
•
Tempat yang dipercayai — Kekalkan peranti anda tidak berkunci apabila anda berada di
lokasi yang dipercayai.
•
Pengesanan pada tubuh — Kekalkan peranti anda tidak berkunci apabila anda sedang
membawa peranti anda bersama anda.
•
Muka yang dipercayai —Buka kunci telefon anda dengan melihat padanya.
•
Suara yang dipercayai — Sediakan pengecaman suara untuk mencari pada mana-
mana skrin.
Anda perlu membuka kunci peranti anda secara manual apabila anda tidak
menggunakannya selama 4 jam dan selepas anda memulakannya semula.
Menyambung ke peranti Bluetooth® yang dipercayai
Anda boleh menandakan peranti Bluetooth® yang bersambung sebagai peranti yang
dipercayai dan mengekalkan peranti Xperia™ anda tidak berkunci semasa ia
bersambung dengannya. Oleh itu, jika anda mempunyai peranti Bluetooth® yang anda
sambung secara kerap, contohnya, pembesar suara kereta atau sistem hiburan rumah,
jam Bluetooth® atau penjejak kecergasan, anda boleh menambahnya sebagai peranti
yang dipercayai dan memintas keselamatan skrin kunci tambahan bagi menjimatkan
masa. Ciri ini sesuai jika anda biasanya di tempat yang selamat secara relatif apabila
anda menggunakan peranti ini. Dalam sesetengah kes, anda mungkin masih perlu
membuka kunci peranti anda secara manual sebelum peranti yang dipercayai boleh
disambungkan.
Tidak disyorkan untuk menambah peranti yang disambungkan secara kerap ke peranti anda
sebagai peranti yang dipercayai, contohnya, papan kekunci Bluetooth® atau sarung.
Sebaik sahaja peranti Bluetooth® yang dipercayai dimatikan atau beralih ke luar julat, skrin
anda dikunci dan anda memerlukan PIN, corak atau kata laluan anda untuk membuka
kuncinya.
Untuk menambah peranti Bluetooth® dipercayai
1
Pastikan peranti anda dipasangkan dan disambungkan ke peranti Bluetooth®
yang anda ingin tambah sebagai peranti dipercayai.
2
Dalam menu Kunci Pintar, ketik Peranti dipercayai.
3
Ketik
Tambah peranti yang dipercayai
4
Ketik nama peranti untuk memilihnya daripada senarai peranti yang bersambung.
>
Bluetooth
.
Hanya peranti yang berpasangan muncul dalam senarai ini.
5
Bergantung pada keselamatan sambungan anda, anda mungkin perlu membuka
kunci peranti anda secara manual sebelum peranti dipercayai boleh
mengekalkannya terkunci.
Untuk mengalih keluar peranti Bluetooth® dipercayai
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Keselamatan > Kunci Pintar > Peranti dipercayai.
3
Ketik peranti yang anda ingin alih keluar.
4
Ketik Alih keluar peranti yang dipercayai.
Memastikan anda selamat apabila menggunakan peranti dipercayai
Peranti Bluetooth® yang berbeza menyokong standard dan keupayaan keselamatan
Bluetooth® yang berbeza. Terdapat kemungkinan bahawa seseorang boleh
mengekalkan peranti Xperia™ anda berkunci dengan meniru sambungan Bluetooth®
anda, walaupun peranti dipercayai anda tidak lagi berada berdekatan. Peranti anda
sentiasa tidak dapat menentukan sama ada sambungan anda selamat daripada
seseorang yang cuba untuk menirunya.
Apabila peranti anda tidak boleh menentukan bahawa anda sedang menggunakan
sambungan yang selamat, anda akan mendapat pemberitahuan pada peranti Xperia™
anda dan mungkin perlu membuka kuncinya secara manual sebelum peranti dipercayai
boleh mengekalkannya berkunci.
Julat ketersambungan Bluetooth® boleh berbeza bergantung pada faktor-faktor seperti
model peranti anda, peranti Bluetooth® yang bersambung dan persekitaran anda.
Bergantung pada faktor-faktor ini, sambungan Bluetooth® boleh berfungsi melebihi jarak
sehingga 100 meter. Jika seseorang mengambil peranti Xperia™ anda semasa ia
berdekatan dengan peranti dipercayai, ia mungkin dapat mengakses peranti Xperia™
anda jika peranti dipercayai telah membuka kuncinya.
Menyambung ke tempat dipercayai
Apabila ciri Tempat dipercayai disediakan, keselamatan skrin kunci pada peranti Xperia™
anda dinyahdayakan apabila anda berada di lokasi dipercayai yang ditandakan. Untuk
ciri ini berfungsi, anda mesti mempunyai sambungan Internet (seelok-eloknya melalui WiFi) dan membenarkan peranti anda menggunakan lokasi semasa anda.
Untuk menyediakan tempat dipercayai, pastikan dahulu mod lokasi ketepatan tinggi atau
mod lokasi menjimatkan bateri didayakan pada peranti anda sebelum anda menambah
lokasi rumah atau tersuai.
Dimensi tepat bagi lokasi dipercayai adalah anggaran dan boleh melangkaui dinding fizikal
rumah anda atau kawasan lain yang telah anda tambah sebagai lokasi dipercayai. Ciri ini boleh
mengekalkan peranti anda terkunci dalam radius sehingga 80 meter. Berhati-hati juga bahawa
isyarat lokasi boleh ditiru atau dimanipulasi. Seseorang dengan akses ke peralatan khusus
boleh membuka kunci peranti anda.
Untuk menambah lokasi rumah anda
1
Pastikan lokasi dihidupkan dan anda menggunakan sama ada tetapan mod
Lokasi Ketepatan tinggi atau Penjimatan bateri.
2
Dari Skrin laman utama anda, ketik
3
Cari dan ketik Tetapan > Keselamatan > Kunci Pintar >Tempat yang dipercayai
>
Laman Utama
4
Ketik Hidupkan lokasi ini.
.
.
Untuk mengedit lokasi rumah anda
1
Pastikan mod lokasi dihidupkan dan anda menggunakan sama ada tetapan
Ketepatan tinggi
2
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
atau
Tetapan
Penjimatan bateri
>
Keselamatan
.
>
Kunci Pintar
>
Tempat yang
dipercayai.
4
Pilih lokasi rumah anda.
5
Ketik Sunting.
6
Dalam bar carian, masukkan lokasi yang anda ingin gunakan sebagai lokasi rumah
anda.
Jika rumah anda mempunyai berbilang bangunan pada alamat yang sama, tempat dipercayai
yang anda ingin tambah mungkin berbeza daripada alamat sebenar. Untuk memastikan
ketepatan lokasi yang lebih baik, anda boleh menambah lokasi sebenar rumah anda dalam
kompleks bangunan sebagai tempat tersuai.
Untuk mengalih keluar lokasi rumah anda
1
Pastikan mod lokasi dihidupkan dan anda menggunakan sama ada tetapan
Ketepatan tinggi atau Penjimatan bateri.
2
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik Tetapan > Keselamatan > Kunci Pintar >Tempat yang dipercayai
> Laman Utama.
4
Ketik Matikan lokasi ini.
Menggunakan lokasi tersuai
Anda boleh menambah sebarang lokasi sebagai tempat dipercayai, tersuai di mana
peranti anda boleh kekal berkunci.
Pastikan mod lokasi dihidupkan dan anda menggunakan sama ada tetapan
Ketepatan tinggi atau Penjimatan bateri.
2
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik Tetapan > Keselamatan > Kunci Pintar > Tempat yang
dipercayai.
4
Ketik Tambah tempat yang dipercayai.
5
Untuk menggunakan lokasi semasa anda sebagai tempat dipercayai dan tersuai,
ketik Pilih lokasi ini.
6
Sebagai alternatif, ketik ikon kaca pembesaran dan taipkan alamat untuk
memasuki lokasi lain. Peranti anda mencari lokasi yang dimasukkan. Untuk
menggunakan alamat yang dicadangkan, ketik alamat.
7
Untuk menala lokasi dengan tepat, ketik anak panah undur bersebelahan alamat,
kemudian seret pin lokasi ke lokasi yang diingini dan ketik Pilih lokasi ini.
Untuk mengedit tempat tersuai
1
Pastikan mod lokasi dihidupkan dan anda menggunakan sama ada tetapan
Ketepatan tinggi atau Penjimatan bateri.
2
Dari Skrin laman utama anda, ketik
3
Cari dan ketik Tetapan > Keselamatan > Kunci Pintar > Tempat yang
.
dipercayai.
4
Pilih tempat yang anda ingin sunting.
5
Ketik Edit alamat.
6
Ketik ikon kaca pembesaran dan taipkan alamat untuk memasuki lokasi lain.
Peranti anda mencari lokasi yang dimasukkan. Untuk menggunakan alamat yang
dicadangkan, ketik alamat.
7
Untuk menala lokasi dengan tepat, ketik anak panah undur bersebelahan alamat,
kemudian seret pin lokasi ke lokasi yang diingini dan ketik
Pilih lokasi ini
.
Untuk mengalih keluar tempat tersuai
1
Pastikan mod lokasi dihidupkan dan anda menggunakan sama ada tetapan
Ketepatan tinggi atau Penjimatan bateri.
2
Dari Skrin laman utama anda, ketik
3
Cari dan ketik Tetapan > Keselamatan > Kunci Pintar > Tempat yang
dipercayai
4
Pilih tempat yang anda ingin alih keluar.
5
Ketik
.
Padam
.
.
Mengekalkan peranti anda berkunci semasa anda membawanya
Menggunakan ciri Pengesanan pada badan, anda mengekalkan peranti anda berkunci
semasa anda membawanya bersama anda, contohnya, jika anda membawanya dalam
tangan, poket atau beg anda. Akselerometer dalam peranti anda mengekalkan peranti
anda berkunci apabila ia merasakan yang ia sedang dibawa. Peranti terkunci apabila
akselerometer mengesan bahawa peranti telah diletakkan ke bawah.
Ciri pengesanan pada badan tidak boleh membezakan badan yang disambungkan. Jika anda
memberikan peranti anda kepada orang lain semasa ia berkunci menggunakan Pengesanan
pada badan, peranti anda mungkin kekal terkunci untuk pengguna lain. Jangan lupa bahawa
Pengesanan pada badan sebagai ciri keselamatan adalah kurang selamat berbanding corak,
PIN atau kata laluan.
Untuk mendayakan pengesanan Pada tubuh
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Keselamatan > Kunci Pintar > Pengesanan pada
tubuh.
3
Seret penggelongsor ke kedudukan Hidup, kemudian ketik Teruskan.
Apabila anda menggunakan ciri Pengesanan pada badan, anda perlu menyedari tingkah
laku berikut:
•
Apabila peranti anda mengesan bahawa ia pada badan anda, ia kekal tidak berkunci
selepas anda membuka kuncinya.
•
Bila-bila masa anda meletakkan peranti anda ke bawah dan ia mengesan bahawa ia
tidak lagi berada pada badan anda, peranti anda terkunci secara automatik.
•
Selepas anda meletakkan peranti anda ke bawah, contohnya, jika anda meletakkannya
di atas meja, peranti anda boleh mengambil masa sehingga satu minit untuk terkunci.
•
Selepas anda menaiki kereta, bas, kereta api atau kenderaan darat yang lain, peranti
anda boleh mengambil masa antara 5 dan 10 minit untuk terkunci.
•
Ambil perhatian bahawa apabila anda menaiki kapal terbang atau bot (atau kenderaan
berasaskan bukan darat yang lain), peranti anda mungkin tidak terkunci secara
automatik, jadi pastikan ia dikunci secara manual jika perlu.
•
Apabila anda mengambil peranti anda sekali lagi atau keluar daripada kenderaan, hanya
buka kuncinya sekali dan peranti anda kemudian kekal tidak berkunci selama mana ia
berada bersama anda.
Untuk mematikan pengesanan Pada tubuh
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik
2
Cari dan ketik Tetapan > Keselamatan > Kunci Pintar > Pengesanan pada
tubuh.
3
Seret penggelongsor ke kedudukan Mati.
.
Perlindungan kad SIM
Anda boleh mengunci dan membuka kunci setiap kad SIM yang anda gunakan dalam
peranti anda dengan PIN (Nombor Pengenalan Peribadi). Apabila kad SIM dikunci,
langganan yang dipautkan pada kad itu dilindungi daripada salah guna, yang bermaksud
anda perlu memasukkan PIN setiap kali anda memulakan peranti anda.
Jika anda salah masukkan PIN melebihi bilangan maksimum percubaan yang
dibenarkan, kad SIM anda akan disekat. Anda kemudiannya perlu memasukkan PUK
(Kunci Buka Sekatan Peribadi) anda dan PIN baru. PIN dan PUK anda diberikan oleh
pengendali rangkaian anda.
Untuk menyediakan kunci kad SIM
1
Dari skrin Laman Utama, ketik
2
Cari dan ketik
3
Seret penggelongsor di sebelah Kunci kad SIM ke kedudukan Hidup.
4
Masukkan PIN kad SIM dan ketik OK. Kunci kad SIM sekarang aktif dan anda
akan digesa untuk memasukkan kunci ini setiap kali anda memulakan semula
peranti.
Untuk mengalih keluar kunci kad SIM
1
Dari skrin Laman Utama, ketik
2
Cari dan ketik Tetapan > Keselamatan > Sediakan kunci kad SIM.
3
Seret penggelongsor di sebelah Kunci kad SIM ke kedudukan Mati.
4
Masukkan PIN kad SIM dan ketik OK.
Tetapan
>
Keselamatan
.
>
Sediakan kunci kad SIM
.
.
Untuk menukar PIN kad SIM
1
Dari Skrin laman utama, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Keselamatan > Sediakan kunci kad SIM.
Untuk membuka kunci kad SIM yang disekat menggunakan kod PUK
1
Masukkan kod PUK dan ketik .
2
Masukkan kod PIN baharu dan ketik .
3
Masukkan semula kod PIN baharu dan ketik .
Jika anda memasukkan kod PUK yang salah terlalu banyak kali, anda perlu menghubungi
operator rangkaian anda untuk mendapatkan kad SIM.
Mencari nombor pengenalan peranti anda
Peranti anda mempunyai nombor ID (pengenalan) yang unik. Pada peranti anda, nombor
ini dirujuk sebagai IMEI (Identiti Peralatan Mudah Alih Antarabangsa). Anda hendaklah
menyimpan salinan nombor ini. Anda mungkin memerlukannya, sebagai contoh, apabila
anda mengakses perkhidmatan sokongan Xperia™ Care dan perlu mendaftarkan peranti
anda. Selain itu, jika peranti anda dicuri, sesetengah pembekal rangkaian boleh
menggunakan nombor ini untuk menghentikan peranti daripada mengakses rangkaian
dalam negara anda.
Untuk melihat nombor IMEI anda pada dulang label
1
Tanggalkan penutup slot kad SIM nano.
2
Masukkan bahagian hujung klip kertas yang tidak berlipat (atau objek serupa
dengan hujung yang halus dan panjang) ke dalam lubang di dalam dulang label,
kemudian seret dulang keluar untuk melihat nombor IMEI anda.
Untuk melihat nombor IMEI anda melalui tetapan peranti
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Untuk melihat nombor IMEI, anda juga boleh membuka pendail telefon pada peranti anda dan
memasukkan *#06#.
Tetapan
>
Mengenai tablet
>
Status
>
Maklumat IMEI
.
Mencari peranti yang hilang
Jika anda mempunyai akaun Google™, perkhidmatan web Xperia saya boleh membantu
anda mengesan dan melindungi peranti anda jika hilang. Anda boleh:
Bunyikan isyarat walaupun jika peranti dalam mod senyap.
•
Kunci peranti dari jauh dan buat peranti memaparkan maklumat hubungan anda kepada
sesiapa yang menemui peranti itu.
•
Sebagai usaha terakhir, padam bersih memori dalaman dan luaran peranti dari jauh.
Perkhidmatan Xperia saya mungkin tidak tersedia di semua negara/rantau.
Untuk mengaktifkan perkhidmatan my Xperia
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik
2
Cari dan ketik Tetapan > Keselamatan > Perlindungan oleh my Xperia >
.
Aktifkan.
3
Tandakan kotak pilihan, kemudian ketik Terima.
4
Jika digesa, daftar masuk ke akaun Sony Entertainment Network anda atau buat
akaun baru jika anda tidak mempunyainya.
5
Dayakan perkhidmatan lokasi pada peranti anda jika fungsi ini belum didayakan.
Untuk mengesahkan bahawa perkhidmatan my Xperia boleh mengesan peranti anda, pergi ke
myxperia.sonymobile.com
Entertainment Network yang telah anda sediakan pada peranti anda.
Jika anda menggunakan peranti dengan berbilang pengguna, perkhidmatan my Xperia hanya
boleh digunakan oleh pemiliknya.
dan daftar masuk menggunakan akaun Google™ atau akaun Sony
Mencari peranti yang hilang menggunakan Pengurus Peranti Android™
Google™ menawarkan perkhidmatan lokasi dan keselamatan web yang dipanggil
Pengurus Peranti Android™. Anda boleh menggunakannya selari dengan, atau sebagai
alternatif bagi, Perlindungan oleh perkhidmatan my Xperia. Sekiranya anda kehilangan
peranti, anda boleh menggunakan Pengurus Peranti Android™ untuk:
•
Mencari dan menunjukkan lokasi peranti anda.
•
Deringkan atau kuncikan peranti anda, padam segala-galanya di dalamnya atau
tambahkan nombor telefon ke skrin kunci.
Untuk maklumat lanjut mengenai Pengurus Peranti Android™, pergi ke
www.support.google.com
Pengurus Peranti Android™ tidak akan berfungsi sekiranya peranti anda dimatikan atau jika ia
tidak mempunyai sambungan Internet. Perkhidmatan Pengurus Peranti Android™ mungkin
tidak tersedia di semua negara atau wilayah.
.
Untuk mengaktifkan Pengurus Peranti Android™
1
Jika anda menggunakan peranti dengan berbilang pengguna, pastikan anda telah
dilog masuk sebagai pemilik.
2
Pastikan anda mempunyai sambungan data yang aktif dan perkhidmatan lokasi
tersebut didayakan.
3
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
4
Cari dan ketik Tetapan > Google > Keselamatan.
5
Seret penggelongsor di sebelah Mengesan lokasi peranti ini dari jauh dan
Benarkan kunci dan padam dari jauh ke kedudukan Hidup.
6
Jika digesa, bersetuju dengan terma dan syarat dengan mengetik Aktifkan.
7
Untuk mengesahkan bahawa Pengurus Peranti Android™ boleh mengesan lokasi
peranti anda selepas anda mengaktifkan perkhidmatan tersebut, pergi ke
Apabila peranti anda dihidupkan dan dibiarkan melahu untuk satu jangka masa yang
ditetapkan, skrin menjadi gelap untuk menjimatkan kuasa bateri dan dikunci secara
automatik. Kunci ini menghalang tindakan tidak diingini pada skrin sentuh semasa anda
tidak menggunakannya. Apabila anda membeli peranti anda, kunci leret skrin asas telah
ditetapkan. Ini bermakna anda telah meleret ke atas pada skrin untuk membuka
kuncinya. Anda boleh menukar tetapan keselamatan kemudian dan menambahkan kunci
jenis lain. Lihat
Untuk mengaktifkan skrin
•
Tekan kekunci dengan sekejap
Untuk mengunci skrin
•
Apabila skrin aktif, tekan kekunci kuasa
Kunci skrin
pada halaman 13.
.
sebentar.
Skrin utama
Skrin laman utama ialah titik permulaan untuk menggunakan peranti anda. Ia serupa
dengan desktop pada skrin komputer. Skrin Utama anda boleh mempunyai sehingga
tujuh anak tetingkap yang melebihi lebar paparan skrin biasa. Bilangan anak tetingkap
skrin Utama diwakili oleh satu siri titik di bahagian bawah skrin Utama. Titik yang
diserlahkan menunjukkan anak tetingkap yang anda sedang berada.
Untuk pergi ke skrin Utama
•
Tekan .
Untuk menyemak imbas skrin Utama
Anak tetingkap skrin utama
Anda boleh menambah anak tetingkap baru pada skrin Utama anda (maksimum
sehingga tujuh anak tetingkap) dan memadamkan anak tetingkap. Anda juga boleh
menetapkan anak tetingkap yang anda ingin gunakan sebagai anak tetingkap skrin
Utama yang utama.
Untuk menetapkan anak tetingkap sebagai anak tetingkap utama Skrin laman utama
1
Sentuh terus mana-mana kawasan pada skrin Laman Utama anda sehingga
peranti bergetar.
2
Kuis ke kiri atau ke kanan untuk menyemak imbas ke anak tetingkap yang anda
ingin tetapkan sebagai anak tetingkap skrin Laman Utama anda yang utama,
kemudian ketik
Untuk menambah anak tetingkap pada Skrin utama anda
1
Sentuh terus pada bahagian kosong pada Skrin laman utama anda sehingga
peranti bergetar.
2
Untuk menyemak imbas anak tetingkap, kuis sepenuhnya ke kiri atau kanan,
kemudian ketik
Untuk memadam anak tetingkap dari Skrin utama anda
1
Sentuh terus mana-mana kawasan pada skrin Utama anda sehingga peranti
bergetar.
2
Kuis ke kiri atau kanan untuk menyemak imbas anak tetingkap yang ingin anda
padamkan, kemudian ketik pada sudut kanan atas anak tetingkap.
di hujung kiri atas.
.
Tetapan skrin laman utama
Anda boleh menggunakan pintasan Tetapan untuk melaraskan beberapa tetapan asas
Skrin Laman Utama. Sebagai contoh, anda boleh melaraskan saiz ikon pada skrin
Laman Utama anda.
Untuk menetapkan skrin Laman Utama kepada putar auto
1
Sentuh terus kawasan kosong pada skrin Laman Utama anda sehingga peranti
bergetar, kemudian ketik
2
Seret penggelongsor di sebelah Putaran auto ke kedudukan Hidup.
Untuk melaraskan saiz ikon pada skrin Laman Utama anda
1
Sentuh terus kawasan kosong pada skrin Laman Utama anda sehingga peranti
bergetar, kemudian ketik Tetapan.
2
Ketik Saiz ikon, kemudian buat pilihan.
Tetapan
.
Skrin aplikasi
Skrin Aplikasi, yang anda buka dari skrin Utama , mengandungi aplikasi yang
diprapasang pada peranti anda serta aplikasi yang anda muat turun.
Kuis kiri atau kanan untuk mencari aplikasi, kemudian ketik aplikasi.
Untuk mencari aplikasi dari skrin Aplikasi
1
Apabila skrin Aplikasi dibuka, ketik Cari aplikasi.
2
Masukkan nama aplikasi yang ingin anda cari.
Untuk mengatur aplikasi pada skrin Aplikasi
1
Apabila skrin Aplikasi buka, ketik
2
Ketik Isih aplikasi, kemudian buat pilihan.
.
Untuk menambah jalan pintas aplikasi ke skrin Utama
1
Pada skrin Aplikasi, sentuh terus ikon aplikasi sehingga ia dipilih, kemudian seret
ikon ke bahagian atas skrin. Skrin Utama terbuka.
2
Seret ikon ke lokasi yang dikehendaki pada skrin Utama, kemudian lepaskan jari
anda.
Untuk memindahkan aplikasi pada skrin Aplikasi
1
Apabila skrin Aplikasi buka, ketik
2
Pastikan
3
Sentuh terus aplikasi sehingga dipilih, kemudian seretnya ke lokasi baru.
Susunan sendiri
dipilih di bawah
.
Isih aplikasi
.
Untuk menyahpasang aplikasi dari skrin Aplikasi
1
Sentuh terus mana-mana kawasan pada skrin Aplikasi anda sehingga peranti
bergetar. Semua aplikasi yang boleh dinyahpasang akan ditandakan oleh
2
Pilih aplikasi yang ingin dinyahpasang, kemudian ketik Padam.
.
Menavigasi aplikasi
Anda boleh menavigasi antara aplikasi menggunakan kekunci navigasi, bar kegemaran
dan tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan, yang membolehkan anda beralih antara
semua aplikasi yang terbaru digunakan dengan mudah. Kekunci navigasi terdiri daripada
kekunci Skrin utama, kekunci aplikasi Terbaru dan kekunci Undur. Sesetengah aplikasi
ditutup apabila anda menekan kekunci Skrin utama
lain dijeda atau terus berjalan dalam latar belakang. Jika aplikasi dijeda atau berjalan
dalam latar belakang, anda boleh teruskan di tempat anda berhenti apabila anda
membuka aplikasi selepas ini.
untuk keluar sementara aplikasi
1Tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan – Buka aplikasi yang terbaru digunakan
2Bar kegemaran – Gunakan jalan pintas untuk mengakses aplikasi atau widget
3Kekunci aplikasi terbaru – Buka tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan dan bar kegemaran
4Kekunci skrin utama – Keluar daripada aplikasi dan kembali ke skrin Utama
5Kekunci kembali – Kembali ke skrin sebelumnya dalam aplikasi atau tutup aplikasi
Untuk membuka tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan
•
Tekan .
Untuk menutup semua aplikasi yang digunakan baru-baru ini
•
Ketik
dan kemudian ketik .
Untuk membuka menu dalam aplikasi
•
Semasa menggunakan aplikasi, tekan .
Menu tidak tersedia dalam semua aplikasi.
Widget
Widget ialah aplikasi kecil yang anda boleh gunakan secara terus pada skrin Laman
Utama anda. Ia juga berfungsi sebagai pintasan. Contohnya, widget Cuaca
membolehkan anda melihat maklumat cuaca asas secara terus pada skrin Laman Utama
anda. Tetapi apabila anda mengetik widget, aplikasi Cuaca penuh terbuka. Anda boleh
memuat turun widget tambahan daripada Google Play™.
Untuk menambah widget ke Skrin utama
1
Sentuh terus satu kawasan kosong pada Skrin laman utama anda sehingga
peranti bergetar, kemudian ketik Widget.
2
Cari dan ketik widget yang anda ingin tambahkan.
Untuk mensaiz semula widget
1
Sentuh terus widget sehingga ia menjadi besar dan peranti bergetar, kemudian
lepaskan widget. Jika widget boleh disaiz semula, contohnya, widget Kalendar
maka bingkai yang diserlahkan dan titik saiz semula kelihatan.
2
Seret titik ke dalam atau keluar untuk mengecilkan atau mengembang widget.
3
Untuk mengesahkan saiz baru widget, ketik di mana-mana pada Skrin laman
utama.
Untuk memindahkan widget
•
Sentuh terus widget sehingga ia menjadi besar dan peranti bergetar, kemudian
seretnya ke lokasi baru.
Untuk mengalih keluarkan widget
•
Sentuh terus widget sehingga dipilih, kemudian seretnya ke Alih keluar dari skrin
Utama.
Jalan pintas dan folder
Gunakan jalan pintas dan folder untuk mengurus aplikasi anda dan memastikan skrin
Utama anda kemas.
Untuk menambahkan jalan pintas aplikasi ke Skrin utama anda
1
Sentuh terus kawasan kosong pada Skrin laman utama anda.
2
Dalam menu kesesuaian, ketik Widget > Aplikasi.
3
Tatal melalui senarai aplikasi dan pilih aplikasi. Aplikasi yang dipilih akan ditambah
ke Skrin laman utama.
Dalam langkah 3, secara alternatifnya, anda boleh mengetik Widget > Jalan pintas dan
kemudian pilih satu aplikasi daripada senarai yang tersedia. Jika anda menggunakan kaedah
ini untuk menambah jalan pintas, sesetengah aplikasi yang tersedia membenarkan anda untuk
menambah kefungsian khusus pada jalan pintas.
Untuk memindahkan item pada skrin Utama
•
Sentuh terus item sehingga dipilih, kemudian seret item itu ke lokasi baru.
Untuk mengeluarkan item dari skrin Utama
•
Sentuh terus item sehingga ia dipilih, kemudian seret item itu ke
Alih keluar dari
skrin Utama pada sebelah atas skrin.
Untuk membuat folder pada Skrin utama
•
Sentuh terus ikon aplikasi atau jalan pintas sehingga dipilih, kemudian seret dan
lepaskannya di bahagian atas ikon aplikasi atau jalan pintas yang lain.
Untuk menambahkan item pada folder pada Skrin utama
•
Sentuh terus item sehingga dipilih, kemudian seret item ke folder.
Untuk menamakan semula folder pada Skrin utama
1
Ketik folder untuk membukanya.
2
Ketik bar tajuk folder untuk menunjukkan medan Nama folder.
3
Masukkan nama folder baru dan ketik Selesai.
Latar belakang dan tema
Anda boleh sesuaikan skrin Utama mengikut gaya anda tersendiri menggunakan hias
latar dan tema.
Untuk menukar hias latar Skrin Utama anda
1
Sentuh terus pada bahagian kosong pada Skrin laman utama anda sehingga
peranti bergetar.
Sentuh terus pada bahagian kosong pada Skrin laman utama anda sehingga
peranti bergetar.
2
Ketik Tema.
3
Buat pilihan dan ikut arahan pada peranti anda.
Apabila anda menukar tema, latar belakang turut berubah dalam sesetengah aplikasi.
Mengambil tangkapan skrin
Anda boleh menangkap imej-imej pegun daripada sebarang skrin pada peranti anda
sebagai tangkapan skrin. Tangkapan skrin yang anda ambil disimpan secara automatik
dalam Album.
Untuk mengambil tangkapan skrin
1
Tekan dan tahan kekunci kuasa sehingga tetingkap gesaan muncul.
2
Ketik
Anda boleh mengambil tangkapan skrin dengan menekan terus kekunci kuasa dan kekunci
kelantangan rendah serentak juga. Setelah tangkapan skrin diambil, anda boleh melepaskan
kekunci itu.
Untuk melihat tangkapan skrin anda
•
Seret bar status sepenuhnya ke bawah, kemudian ketik tangkapan skrin yang
ingin anda lihat.
.
Anda juga boleh melihat tangkapan skrin anda dalam aplikasi Album.
Pemberitahuan
Pemberitahuan memaklumkan anda tentang acara seperti mesej baharu dan
pemberitahuan kalendar serta aktiviti yang sedang berlangsung seperti muat turun fail.
Pemberitahuan muncul di tempat berikut:
•
Bar status
•
Panel Pemberitahuan
•
Skrin kunci
Untuk membuka atau menutup panel Pemberitahuan
1
Untuk membuka panel Pemberitahuan, seret bar status ke bawah.
2
Untuk menutup panel Pemberitahuan, seret panel ke atas.
Untuk bertindak atas pemberitahuan daripada panel Pemberitahuan
Untuk menolak pemberitahuan dari panel Pemberitahuan
•
Letakkan jari anda pada pemberitahuan dan kuis ke kiri atau kanan.
Untuk memperbesarkan pemberitahuan pada panel Pemberitahuan
•
Seret pemberitahuan ke bawah.
Tidak semua pemberitahuan boleh diperbesarkan.
Untuk mengosongkan semua pemberitahuan daripada panel Pemberitahuan
•
Ketik .
Untuk bertindak atas pemberitahuan daripada skrin kunci
•
Ketik dua kali pemberitahuan.
Untuk menolak pemberitahuan daripada skrin kunci
•
Letakkan jari anda pada pemberitahuan dan kuis ke kiri atau kanan.
Untuk memperbesarkan pemberitahuan daripada skrin kunci
•
Seret pemberitahuan ke bawah.
Tidak semua pemberitahuan boleh diperbesarkan.
Mengurus pemberitahuan pada skrin kunci
Anda boleh tetapkan peranti anda agar hanya pemberitahuan terpilih yang dipaparkan
pada skrin kunci anda. Anda boleh jadikan semua pemberitahuan dan kandungannya
boleh diakses, sembunyikan kandungan sensitif atau aplikasi khusus, atau pilih untuk
tidak paparkan sebarang pemberitahuan.
Untuk memilih pemberitahuan untuk dipaparkan pada skrin kunci
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik
2
Cari dan ketik Tetapan > Bunyi & pemberitahuan > Apabila peranti dikunci.
3
Buat pilihan.
.
Pilihan paparan pemberitahuan pada skrin kunci
Tunjukkan semua
kandungan
pemberitahuan
Sembunyikan
kandungan
pemberitahuan sensitif
Jangan tunjukkan
pemberitahuan sama
sekali
Dapatkan semua pemberitahuan pada skrin kunci. Apabila anda menghidupkan
tetapan ini, perlu diingat bahawa semua kandungan (termasuk kandungan e-mel
masuk dan mesej sembang) akan kelihatan pada skrin kunci melainkan anda
menguntukkan aplikasi berkaitan Sembunyikan kandungan sensitif dalam
Pemberitahuan apl menu tetapan.
Anda mesti mempunyai PIN, kata laluan atau persediaan corak sebagai kunci skrin
anda untuk tetapan ini tersedia. Kandungan tersembunyi dipaparkan pada
dipaparkan pada skrin kunci apabila pemberitahuan sensitif tiba. Sebagai contoh,
anda akan mendapat pemberitahuan untuk e-mel masuk atau sembang, tetapi
kandungan tidak akan kelihatan pada skrin kunci anda.
Anda tidak akan mendapat sebarang pemberitahuan pada skrin kunci.
Menetapkan tahap pemberitahuan untuk aplikasi
Anda boleh tetapkan perlakuan pemberitahuan yang berlainan untuk setiap satu aplikasi.
Sebagai contoh, anda boleh sekat semua pemberitahuan e-mel, mengutamakan
pemberitahuan Facebook™ dan jadikan kandungan pemberitahuan pemesejan tidak
kelihatan pada skrin kunci.
Untuk menetapkan tahap pemberitahuan untuk aplikasi
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Bunyi & pemberitahuan > Pemberitahuan apl.
3
Pilih aplikasi yang anda mahu tukarkan tetapan pemberitahuannya.
4
Seret penggelangsar berkenaan ke kanan.
Tahap dan pilihan pemberitahuan untuk aplikasi tertentu
Sekat semua
Anggap sebagai
penting
Benarkan mengintai
Jangan sekali-kali tunjukkan pemberitahuan untuk aplikasi yang dipilih.
Terima pemberitahuan aplikasi yang dipilih semasa Jangan ganggu ditetapkan
kepada Keutamaan sahaja.
Biarkan aplikasi yang dipilih mengutamakan pemberitahuan tertentu dengan
meluncurkannya perlahan-lahan ke dalam paparan pada skrin semasa.
Lampu pemberitahuan
Lampu pemberitahuan memaklumkan anda tentang status bateri dan beberapa peristiwa
lain. Sebagai contoh, lampu putih berkelip bermaksud terdapat mesej baru atau
panggilan terlepas. Lampu pemberitahuan didayakan secara lalai tetapi boleh
dilumpuhkan secara manual.
Apabila lampu pemberitahuan dilumpuhkan, ia hanya menyala apabila terdapat amaran status
bateri, contohnya, apabila paras bateri lebih rendah daripada 15 peratus.
Untuk mendayakan lampu pemberitahuan
1
Dari skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Bunyi & pemberitahuan.
3
Seret penggelangsar di sebelah
Lampu pemberitahuan
ke kanan.
Ikon pada bar status
Ikon status
Tiada kad SIM
Kekuatan isyarat
Tiada isyarat
Perayauan
Menghantar dan memuat turun data LTE
Menghantar dan memuat turun data GPRS
Menghantar dan memuat turun data EDGE
Menghantar dan memuat turun data 3G
Menghantar dan memuat turun data mudah alih
Sambungan Wi-Fi didayakan dan data sedang dihantar