Ini merupakan Xperia™ Z Panduan pengguna untuk versi perisian Android™ 5.1. Jika
anda tidak pasti versi perisian mana yang sedang menjalankan peranti anda, anda boleh
menyemaknya melalui menu Tetapan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai
kemas kini perisian, lihat
Mengemas kini peranti anda
Untuk memeriksa versi perisian semasa peranti anda
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik Tetapan > Mengenai telefon > Versi Android™.
Gambaran keseluruhan peranti
pada halaman 132 .
1Lensa kamera depan
2Speaker telinga
3Sensor cahaya ambien
4Lampu pemberitahuan
5Mikrofon utama
6Penyambung dok pengecasan
7Slot kad ingatan
8Port untuk pengecas/kabel USB
9Penyambung headset
10 Lensa kamera
11 Mikrofon kedua
12 Cahaya kamera
13 Kawasan pengesanan NFC™
14 Lubang tali
15 Speaker
16 Kekunci kelantangan/zum
17 Kekunci kuasa
18 Slot mikro SIM
Pemasangan
Lapisan plastik perlindungan dilekatkan pada skrin. Anda harus menanggalkan lapisan ini
sebelum menggunakan skrin sentuh. Jika tidak, skrin sentuh mungkin tidak berfungsi
dengan betul.
Masukkan kuku jari ke dalam ruang antara penutup slot kad SIM mikro dan sisi
peranti, kemudian tanggalkan penutupnya.
2
Dengan menggunakan kuku jari, tarik keluar pemegang kad SIM mikro.
3
Letakkan kad SIM mikro pada pemegang dengan sesentuh berwarna keemasan
pada kad SIM mikro menghadap ke luar.
4
Masukkan pemegang kad SIM mikro kembali ke dalam peranti.
5
Pasang semula penutup slot kad SIM mikro.
Memasukkan kad SIM mikro tanpa pemegang kad SIM boleh merosakkan kad SIM mikro anda
atau telefon anda dan Sony tidak memberi jaminan dan tidak akan bertanggungjawab atas
sebarang kerosakan disebabkan tindakan sedemikian.
Untuk memasukkan kad ingatan
Jangan masukkan kad SIM mikro ke dalam slot kad ingatan.
1
Untuk menanggalkan penutup slot kad ingatan, masukkan kuku jari ke dalam
ruang di antara penutup bahagian bawah dan telefon, kemudian tarikh keluar
penutupnya.
2
Masukkan kad ingatan ke dalam slot kad ingatan dengan sesentuh berwarna
keemasan menghadap ke bawah.
3
Dengan menggunakan kuku jari, tolak lagi kad ingatan ke dalam slot sehingga
anda terdengar bunyi terkunci.
4
Tolak penutup kad ingatan ke kedudukannya agar ia diselak sepenuhnya.
Kad ingatan mungkin tidak disertakan dengan pembelian dalam semua pasaran.
Untuk mengeluarkan kad SIM mikro
1
Keluarkan penutup slot kad SIM mikro .
2
Tarik keluar pemegang kad mikro .
3
Keluarkan kad SIM mikro .
4
Masukkan pemegang kad SIM mikro kembali ke dalam slotnya.
Matikan telefon atau nyahlekap kad ingatan daripada Tetapan > Storan >
Nyahlekapkan kad SD .
2
Tanggalkan penutup slot kad ingatan, kemudian tekan bahagian sisi kad ingatan
dan lepaskannya.
3
Keluarkan kad ke luar untuk mengeluarkan sepenuhnya.
Perlindungan skrin
Sebelum menggunakan peranti anda, alihkan filem perlindungan telus dengan menarik tab
terjulur ke atas.
Ia adalah disyorkan untuk melindungi peranti anda dengan penutup skrin berjenama
Sony atau pelindung bertujuan untuk model Xperia™ anda. Penggunaan aksesori
perlindungan skrin pihak ketiga boleh menghalang peranti anda daripada berfungsi
dengan menutup sensor, kanta, pembesar suara, atau mikrofon dan ia boleh
membatalkan jaminan.
Memulakan peranti anda untuk kali pertama
Kali pertama anda memulakan peranti anda, panduan persediaan dibuka bagi
membantu anda mengkonfigurasikan tetapan asas, mendaftar masuk ke akaun dalam
talian dan memperibadikan peranti anda. Contohnya, jika anda mempunyai akaun Sony
Entertainment Network, anda boleh mendaftar masuk ke akaun itu di sini dan melakukan
persediaan dengan serta-merta.
Anda boleh mengakses panduan persediaan kemudian dari menu Tetapan juga. Untuk
mengakses panduan persediaan pada peranti dengan berbilang pengguna, anda mestilah
dilog masuk sebagai pemilik, iaitu pengguna utama.
Untuk menghidupkan peranti
Pastikan bateri dicas selama sekurang-kurangnya 30 minit sebelum anda menghidupkan
peranti untuk pertama kali.
Tekan dan tahan kekunci kuasa sehingga peranti bergetar.
2
Masukkan PIN kad SIM anda apabila diminta kemudian ketik .
3
Tunggu sebentar sementara peranti dimulakan.
PIN kad SIM anda pada mulanya dibekalkan oleh pengendali rangkaian anda, tetapi anda
boleh menukarnya kemudian daripada menu Tetapan. Untuk membetulkan kesalahan yang
dilakukan semasa memasukkan PIN kad SIM anda, ketik .
Untuk mematikan peranti
1
Tekan dan tahan kekunci kuasa sehingga menu pilihan dibuka.
2
Dalam menu pilihan, ketik Matikan kuasa.
Sedikit masa diperlukan untuk peranti ditutup.
Mengapakah saya memerlukan akaun Google™?
Peranti Xperia™ anda daripada Sony dijalankan pada platform Android™ yang
dibangunkan oleh Google™. Pelbagai aplikasi dan perkhidmatan Google™ tersedia
pada peranti anda apabila anda membelinya, contohnya, aplikasi Gmail™, Google
Maps™, YouTube™ dan Play Store™, yang menyediakan akses kepada kedai dalam
talian Google Play™ untuk memuat turun aplikasi Android™. Untuk mendapatkan
manfaat sepenuhnya daripada perkhidmatan ini, anda memerlukan akaun Google™.
Contohnya, akaun Google™ adalah wajib jika anda ingin:
•
Memuat turun dan memasang aplikasi daripada Google Play™.
•
Selaraskan e-mel, kenalan dan kalendar menggunakan Gmail™.
•
Bersembang dengan rakan menggunakan aplikasi Hangouts™.
•
Segerakkan sejarah semak imbas dan penanda halaman anda dengan menggunakan
penyemak imbas web Google Chrome™.
•
Mengenalpasti diri anda sebagai pengguna yang sah selepas pembaikan perisian
menggunakan Xperia™ Companion.
•
Mencari, mengunci atau mengosongkan peranti yang hilang atau dicuri secara kawalan
jauh menggunakan my Xperia™ atau perkhidmatan Pengurus Peranti Android™.
Untuk maklumat lanjut mengenai Android™ dan Google™, pergi ke
http://support.google.com
.
Ianya sangat penting anda mengingati nama pengguna dan kata laluan akaun Google™ anda.
Dalam beberapa situasi, anda mungkin perlu memperkenalkan diri anda di atas sebab-sebab
keselamatan menggunakan akaun Google™ anda. Jika anda gagal memberikan nama
pengguna dan kata laluan akaun Google™ anda di dalam situasi ini, peranti anda akan dikunci.
Selain itu, jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun Google™, pastikan anda
memasukkan butiran yang berkenaan untuk akaun tersebut.
Untuk menyediakan akaun Google™ pada peranti anda
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Akaun > Tambah akaun > Google.
3
Ikut wizard pendaftaran untuk membuat akaun Google™, atau daftar masuk jika
anda sudah mempunyai akaun.
Anda boleh mendaftar masuk atau mencipta akaun Google™ daripada panduan persediaan
juga apabila anda memulakan peranti anda buat pertama kali. Atau anda boleh pergi ke dalam
talian dan mencipta akaun di
www.google.com/accounts
.
Mengecas peranti anda
Peranti anda mempunyai bateri terbina dalam yang boleh dicas semula, yang seharusnya
digantikan oleh Sony atau pusat pembaikan Sony yang berdaftar sahaja. Jangan sekalikali cuba membuka atau meleraikan peranti ini sendiri. Membuka peranti boleh
menyebabkan kerosakan yang akan membatalkan waranti anda.
Bateri tercas sebahagiannya semasa peranti dihantarkan dari kilang. Bergantung kepada
berapa lama ia berada di dalam kotak sebelum anda membelinya, paras bateri mungkin
agak rendah. Oleh itu anda disyorkan mengecas bateri selama sekurang-kurang 30 minit
sebelum memulakan peranti anda buat pertama kali. Anda masih boleh menggunakan
peranti anda semasa ia sedang dicas. Baca selanjutnya tentang cara meningkatkan
prestasi bateri dalam
Bateri dan pengurusan kuasa
di laman 24 .
Untuk mengecas peranti anda
1
Pasangkan pengecas ke dalam salur keluar kuasa.
2
Pasangkan satu hujung kabel USB ke dalam pengecas (atau ke dalam port USB
komputer).
3
Pasangkan satu lagi hujung kabel ke dalam port USB mikro pada peranti anda,
dengan simbol USB menghadap ke atas. Lampu pemberitahuan menyala apabila
pengecasan bermula.
4
Apabila peranti sudah dicas penuh, putuskan sambungan kabel dari peranti anda
dengan menariknya lurus keluar. Pastikan penyambung tidak bengkok.
Sekiranya bateri telah ternyahcas sepenuhnya, mungkin mengambil masa beberapa minit
sebelum lampu pemberitahuan menyala dan ikon pengecasan kelihatan.
Status lampu pemberitahuan bateri
HijauBateri sedang dicas dan paras cas bateri lebih tinggi daripada 90%
MerahBateri sedang dicas dan paras cas bateri kurang daripada 15%
JinggaBateri sedang dicas dan paras cas bateri kurang daripada 90%
Akaun berbilang pengguna
Peranti anda menyokong akaun berbilang pengguna supaya pengguna yang lain dapat
melog masuk ke peranti dan menggunakannya secara berasingan. Akaun berbilang
pengguna sangat sesuai dalam situasi yang memerlukan anda berkongsi peranti yang
sama dengan orang lain atau meminjamkan peranti anda kepada orang lain untuk
digunakan sebentar. Pengguna yang mula-mula menyediakan peranti menjadi pemilik
peranti. Hanya pemilik yang boleh mengurus akaun pengguna lain. Selain daripada
akaun pemilik, terdapat dua jenis akaun yang berlainan:
•
Pengguna Tetap: Akaun jenis ini sesuai untuk orang yang selalu menggunakan peranti
anda.
•
Pengguna Tetamu: Dayakan pilihan akaun tetamu untuk orang yang hanya mahu
menggunakan peranti anda untuk sementara waktu.
Sesetengah ciri hanya tersedia kepada pemilik. Contohnya, hanya pemilik yang boleh
membenarkan muat turun daripada sumber selain Google Play™.
Tentang akaun Pengguna Tetap
Dengan menambah akaun Pengguna Tetap, anda boleh membenarkan pengguna
berlainan untuk mempunyai skrin utama, kertas dinding anda tetapan umum yang
berlainan. Mereka juga mendapat akses berasingan kepada aplikasi dan storan memori
untuk file seperti muzik dan foto. Anda boleh menambah sehingga tiga akaun pengguna
tetap pada peranti anda.
Pastikan anda dilog masuk sebagai pemilik, iaitu pengguna yang mula-mula
menyediakan peranti.
2
Dari skrin Utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik Tetapan > Pengguna > Tambah pengguna.
4
Ketik OK. Akaun baharu dicipta.
5
Ketik SEDIAKAN. Kunci skrin dan ikon yang mewakili pengguna yang baru
ditambah muncul di sudut atas kanan.
6
Buka kunci skrin dengan meleret ke atas.
7
Ikut arahan pada skrin bagi menyediakan akaun untuk pengguna.
Dalam kes di mana seseorang yang menggunakan akaun baharu ingin menyediakan akaun
tetapi tidak tersedia pada masa itu, anda boleh mengetik KEMUDIAN dalam langkah 5.
Apabila pengguna sedia, mereka boleh memilih Pengguna di bawah Tetapan dan melihat
akaun baharu yang muncul sebagai Pengguna baharu. Hanya ketik akaun dan ikut arahan
untuk selesai menyediakannya.
Anda juga boleh menambah akaun pengguna tetap daripada bar status pada mana-mana
skrin. Hanya seret bar status ke bawah menggunakan dua jari dan ketik ikon pengguna,
kemudian ketikTambah pengguna.
Untuk membenarkan pengguna tetap membuat panggilan telefon dan menggunakan
SMS
1
Pastikan anda dilog masuk sebagai pemilik.
2
Dari skrin Utama anda, ketik
3
Cari dan ketik
4
Ketik di sebelah nama pengguna berkenaan, kemudian seret penggelangsar di
sebelah
Tetapan
Benarkan panggilan telefon dan SMS
>
.
Pengguna
.
ke kanan.
Untuk memadam akaun pengguna tetap daripada peranti anda
1
Pastikan anda dilog masuk sebagai pemilik.
2
Dari skrin Utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
4
Ketik
di sebelah nama pengguna yang anda mahu padamkan, kemudian ketik
Alih keluar pengguna
Tetapan
>
Pengguna
>
Padam
.
.
Tentang akaun Pengguna Tetamu
Jika seseorang hanya mahu menggunakan peranti anda untuk sementara, anda boleh
dayakan akaun tetamu untuk pengguna ini. Dalam mod tetamu, peranti anda dimulakan
sebagai sistem yang baru dipasang dengan hanya aplikasi yang diprapasang. Sebaik
saja tetamu anda selesai menggunakan peranti anda, anda boleh menghapus bersih sesi
itu supaya tetamu seterusnya boleh bermula dari kosong. Akaun pengguna tetamu
diprapasang dan tidak boleh dipadamkan.
Untuk menetapkan akaun pengguna tetamu
1
Pastikan anda dilog masuk sebagai pemilik, iaitu pengguna yang mula-mula
menyediakan peranti.
2
Dari skrin Utama anda, ketik
3
Cari dan ketik Tetapan > Pengguna > Tetamu.
4
Ikut arahan di skrin untuk melengkapkan prosedur.
Anda juga boleh menyediakan akaun pengguna tetamu daripada bar status pada mana-mana
skrin. Hanya seret bar status ke bawah menggunakan dua jari dan ketik ikon pengguna,
kemudian ketikTambah tetamu.
.
Untuk membenarkan pengguna tetamu membuat panggilan telefon
1
Pastikan anda dilog masuk sebagai pemilik.
2
Dari skrin Utama anda, ketik
3
Cari dan ketik Tetapan > Pengguna.
4
Ketik di sebelah Tetamu, kemudian seret penggelangsar di sebelah Benarkan
Anda juga boleh mengosongkan sesi tetamu dari bar status pada mana-mana skrin selagi
mana anda dilog masuk ke akaun tetamu. Hanya seret bar status ke bawah menggunakan
dua jari dan ketik ikon pengguna, kemudian ketikAlih keluar tetamu.
Bertukar antara akaun berbilang pengguna
Untuk bertukar antara akaun berbilang pengguna
1
Untuk melihat senarai pengguna, seret bar status ke bawah menggunakan dua
jari, kemudian ketik ikon pengguna di bahagian atas kanan skrin.
2
Ketik ikon yang mewakili akaun pengguna yang anda mahu bertukar. Skrin kunci
untuk akaun pengguna tersebut muncul.
Apabila anda bertukar ke akaun tetamu, ketik Mula semula jika anda mahu hapuskan sesi
terdahulu atau ketik Ya, teruskan untuk meneruskan sesi terdahulu.
Setiap pengguna boleh menetapkan skrin kunci mereka sendiri. Lihat
halaman 47 .
Kunci skrin
pada
Tetapan untuk akaun berbilang pengguna
Terdapat tiga jenis tetapan yang berlainan pada peranti dengan berbilang pengguna.
•
Tetapan boleh diubah oleh mana-mana pengguna dan menjejaskan semua pengguna.
Contoh termasuk bahasa, Wi-Fi®, Mod pesawat, NFC dan Bluetooth®.
•
Tetapan yang hanya memberi kesan kepada akaun pengguna individu. Contoh termasuk
penyegerakan data automatik, kunci skrin, pelbagai akaun yang ditambah, dan hias latar.
•
Tetapan yang hanya kelihatan kepada pemilik dan memberi kesan kepada semua
pengguna, sebagai contoh, tetapan VPN.
Apabila peranti anda dihidupkan dan dibiarkan melahu untuk satu jangka masa yang
ditetapkan, skrin menjadi gelap untuk menjimatkan kuasa bateri dan dikunci secara
automatik. Kunci ini menghalang tindakan tidak diingini pada skrin sentuh semasa anda
tidak menggunakannya. Apabila anda membeli peranti anda, kunci leret skrin asas telah
ditetapkan. Ini bermakna anda telah meleret ke atas pada skrin untuk membuka
kuncinya. Anda boleh menukar tetapan keselamatan kemudian dan menambahkan kunci
jenis lain. Lihat
Kunci skrin
pada halaman 47 .
Untuk mengaktifkan skrin
•
Tekan kekunci dengan sekejap .
Untuk mengunci skrin
•
Apabila skrin aktif, tekan kekunci kuasa sebentar.
Skrin utama
Skrin Utama ialah titik permulaan untuk menggunakan peranti anda. Ia serupa dengan
desktop pada skrin komputer. Skrin Utama anda boleh mempunyai sehingga tujuh anak
tetingkap yang melebihi lebar paparan skrin biasa. Bilangan anak tetingkap skrin Utama
diwakili oleh satu siri titik di bahagian bawah skrin Utama. Titik yang diserlahkan
menunjukkan anak tetingkap yang anda sedang berada.
Anda boleh menambah anak tetingkap baru pada skrin Utama anda (maksimum
sehingga tujuh anak tetingkap) dan memadamkan anak tetingkap. Anda juga boleh
menetapkan anak tetingkap yang anda ingin gunakan sebagai anak tetingkap skrin
Utama yang utama.
Untuk menetapkan anak tetingkap sebagai anak tetingkap skrin Utama yang utama
1
Sentuh terus kawasan kosong pada skrin Utama anda sehingga peranti bergetar.
2
Kuis ke kiri atau ke kanan untuk menyemak imbas ke anak tetingkap yang anda
ingin tetapkan sebagai anak tetingkap skrin Utama yang utama anda, kemudian
ketik .
Untuk menambah anak tetingkap pada Skrin utama anda
1
Sentuh terus pada bahagian kosong pada Skrin Utama anda sehingga peranti
bergetar.
2
Untuk menyemak imbas anak tetingkap, kuis sepenuhnya ke kiri atau kanan,
kemudian ketik .
Untuk memadam anak tetingkap dari Skrin utama anda
1
Sentuh terus bahagian kosong pada Skrin Utama anda sehingga peranti bergetar.
2
Kuis ke kiri atau kanan untuk menyemak imbas anak tetingkap yang ingin anda
padamkan, kemudian ketik .
Gunakan jalan pintas Tetapan Skrin Utama untuk melaraskan beberapa tetapan asas
pada skrin Utama anda. Sebagai contoh, anda boleh tetapkan skrin Utama anda untuk
memutar secara automatik dan melaraskan saiz ikon.
Untuk menetapkan skrin Utama agar putar auto
1
Sentuh terus kawasan kosong pada skrin Utama anda sehingga peranti bergetar,
kemudian ketik Tetapan Skrin Utama.
2
Seret penggelangsar di sebelah Putaran auto ke kanan.
Untuk melaraskan saiz ikon pada skrin Utama anda
1
Sentuh terus kawasan kosong pada skrin Utama anda sehingga peranti bergetar,
kemudian ketik Tetapan Skrin Utama.
2
Ketik Saiz ikon, kemudian buat pilihan.
Skrin aplikasi
Skrin Aplikasi, yang anda buka dari skrin Utama , mengandungi aplikasi yang
diprapasang pada peranti anda serta aplikasi yang anda muat turun.
Untuk melihat semua aplikasi pada skrin Aplikasi
1
Dari skrin Utama anda, ketik .
2
Kuis kiri atau kanan pada skrin Aplikasi.
Untuk membuka aplikasi daripada skrin Aplikasi
•
Kuis kiri atau kanan untuk mencari aplikasi, kemudian ketik aplikasi.
Untuk mencari aplikasi dari skrin Aplikasi
1
Apabila skrin Aplikasi buka, ketik
2
Masukkan nama aplikasi yang anda ingin cari.
Untuk membuka menu skrin Aplikasi
•
Apabila skrin Aplikasi dibuka, seret tepi kiri skrin ke kanan.
Untuk memindahkan aplikasi pada skrin Aplikasi
1
Untuk membuka menu skrin Aplikasi, seret tepi kiri skrin Aplikasi ke kanan.
2
Pastikan Susunan tersuai dipilih di bawah TUNJUKKAN APLIKASI.
3
Pada skrin Aplikasi, sentuh terus aplikasi itu sehingga dipilih, kemudian seretnya
ke lokasi baharu.
Untuk menambahkan jalan pintas aplikasi pada skrin Utama
1
Untuk membuka menu skrin Aplikasi, seret tepi kiri skrin Aplikasi ke kanan.
2
Pastikan Susunan tersuai dipilih di bawah TUNJUKKAN APLIKASI.
3
Pada skrin Aplikasi, sentuh terus ikon aplikasi, kemudian seret ikon ke bahagian
atas skrin. Skrin Utama terbuka.
4
Seret ikon ke lokasi yang dikehendaki pada skrin Utama, kemudian lepaskan jari
anda.
Jika Mengikut abjad atau Paling digunakan dipilih di bawah TUNJUKKAN APLIKASI dan
bukannya Susunan tersuai, anda masih dapat menambahkan jalan pintas aplikasi pada skrin
Utama. Sentuh terus ikon aplikasi yang berkenaan sehingga skrin Utama dibuka, kemudian
seret ikon ke lokasi yang diingini dan lepaskan jari anda.
Untuk mengatur aplikasi pada skrin Aplikasi
1
Untuk membuka menu skrin Aplikasi, seret tepi kiri skrin Aplikasi ke kanan.
2
Buat pilihan yang anda mahukan di bawah TUNJUKKAN APLIKASI.
Untuk menyahpasang aplikasi dari skrin Aplikasi
1
Untuk membuka menu skrin Aplikasi, seret tepi kiri skrin Aplikasi ke kanan.
2
Ketik NYAHPASANG. Semua aplikasi yang tidak boleh dinyahpasang ditunjukkan
.
oleh
3
Ketik aplikasi yang anda ingin nyahpasang, kemudian ketik OK.
Menavigasi aplikasi
Anda boleh menavigasi antara aplikasi menggunakan kekunci navigasi, bar kegemaran
dan tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan, yang membolehkan anda beralih antara
semua aplikasi yang terbaru digunakan dengan mudah. Kekunci navigasi terdiri daripada
kekunci Skrin utama, kekunci aplikasi Terbaru dan kekunci Undur. Sesetengah aplikasi
ditutup apabila anda menekan kekunci Skrin utama
untuk keluar sementara aplikasi
lain dijeda atau terus berjalan dalam latar belakang. Jika aplikasi dijeda atau berjalan
dalam latar belakang, anda boleh teruskan di tempat anda berhenti apabila anda
membuka aplikasi selepas ini.
1Tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan – Buka aplikasi yang terbaru digunakan
2Bar kegemaran – Gunakan jalan pintas untuk mengakses aplikasi atau widget
3Kekunci aplikasi terbaru – Buka tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan dan bar kegemaran
4Kekunci skrin utama – Keluar daripada aplikasi dan kembali ke skrin Utama
5Kekunci kembali – Kembali ke skrin sebelumnya dalam aplikasi atau tutup aplikasi
Untuk membuka tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan
Untuk menutup semua aplikasi yang digunakan baru-baru ini
•
Ketik dan kemudian ketik .
Untuk membuka menu dalam aplikasi
•
Semasa menggunakan aplikasi, tekan .
Menu tidak tersedia dalam semua aplikasi.
Aplikasi kecil
Aplikasi kecil merupakan aplikasi bersaiz kecil yang berjalan pada sebelah atas aplikasi
lain, pada skrin yang sama untuk membolehkan pelbagai tugas dilakukan. Contohnya,
anda boleh membuka halaman web yang menunjukkan butiran kadar pertukaran mata
wang dan kemudian membuka aplikasi kecil Kalkulator di bahagian atasnya dan
melakukan pengiraan. Anda boleh mengakses aplikasi kecil anda melalui bar kegemaran.
Untuk memuat turun lebih banyak aplikasi kecil, pergi ke Google Play™.
Untuk membuka aplikasi kecil
1
Untuk membuatkan bar kegemaran kelihatan, tekan .
2
Ketik aplikasi kecil yang anda ingin buka.
Anda boleh membuka beberapa aplikasi kecil pada masa yang sama.
Untuk menutup apl kecil
•
Ketik pada tetingkap apl kecil.
Untuk memuat turun aplikasi kecil
1
Dari bar kegemaran, ketik , kemudian ketik , dan ketik .
2
Cari aplikasi kecil yang anda ingin muat turun, kemudian ikut arahan untuk
memuat turunnya dan menyelesaikan pemasangan.
Untuk mengalih aplikasi kecil
•
Semasa aplikasi kecil dibuka, sentuh terus penjuru kiri sebelah atas aplikasi kecil,
kemudian alihkannya ke lokasi yang diinginkan.
Untuk meminimumkan aplikasi kecil
•
Semasa aplikasi kecil dibuka, sentuh terus penjuru kiri sebelah atas aplikasi kecil,
kemudian seretnya ke sisi kanan atau sisi bawah skrin.
Untuk mengatur semula aplikasi kecil dalam bar kegemaran
•
Sentuh terus aplikasi kecil dan seretnya ke kedudukan yang diingini.
Untuk mengalih keluar aplikasi kecil daripada bar kegemaran
1
Sentuh terus aplikasi kecil, kemudian seretnya ke .
2
Ketik OK.
Untuk memulihkan aplikasi kecil yang dialih keluar sebelum ini
1
Buka bar kegemaran, kemudian, ketik .
2
Sentuh terus aplikasi kecil yang anda mahu dipulihkan, kemudian seretnya ke
dalam bar kegemaran.
Untuk menambahkan widget sebagai aplikasi kecil
1
Untuk membuatkan bar kegemaran kelihatan, tekan .
2
Ketik
3
Pilih widget.
4
Masukkan nama untuk widget itu, jika diingini, kemudian ketik OK.
Widget adalah aplikasi kecil yang anda boleh gunakan secara terus pada skrin Utama
anda. Ia juga berfungsi sebagai jalan pintas. Sebagai contoh, widget Cuaca
membolehkan anda melihat maklumat cuaca asas terus pada skrin Utama anda. Tetapi
apabila anda ketik widget, aplikasi Cuaca penuh terbuka. Anda boleh memuat turun
widget tambahan daripada Google Play™.
Untuk menambahkan widget pada Skrin utama
1
Sentuh terus kawasan kosong pada Skrin Utama anda sehingga peranti bergetar,
kemudian ketik
2
Cari dan ketik widget yang ingin anda tambahkan.
Widget & Aplikasi
.
Untuk mensaiz semula widget
1
Sentuh terus widget sehingga ia menjadi besar dan peranti bergetar, kemudian
lepaskan widget. Jika widget boleh disaiz semula, contohnya, widget Kalendar
maka bingkai yang diserlahkan dan titik saiz semula kelihatan.
2
Seret titik ke dalam atau keluar untuk mengecilkan atau mengembang widget.
3
Untuk mengesahkan saiz baru widget, ketik di mana-mana pada Skrin Utama.
Untuk memindahkan widget
•
Sentuh terus widget sehingga ia menjadi besar dan peranti bergetar, kemudian
seretnya ke lokasi baru.
Untuk memadamkan widget
•
Sentuh terus widget sehingga ia menjadi besar dan peranti bergetar, kemudian
seretnya ke .
Jalan pintas dan folder
Gunakan jalan pintas dan folder untuk mengurus aplikasi anda dan memastikan skrin
Utama anda kemas.
1Akses aplikasi menggunakan jalan pintas
2Akses folder yang mengandungi aplikasi
Untuk menambahkan jalan pintas aplikasi ke Skrin utama anda
1
Sentuh dan tahan pada bahagian kosong pada Skrin Utama anda.
2
Dalam menu penyesuaian, ketik
3
Tatal melalui senarai aplikasi dan pilih aplikasi. Aplikasi yang dipilih akan ditambah
Widget & Aplikasi
>
Aplikasi
.
pada Skrin Utama.
Secara alternatif, dalam langkah 3, anda boleh mengetik
kemudian memilih aplikasi daripada senarai yang tersedia. Jika anda menggunakan kaedah ini
untuk menambahkan jalan pintas, sesetengah aplikasi yang tersedia membenarkan anda
menambahkan kefungsian khusus pada jalan pintas itu.
Widget & Aplikasi > Jalan pintas dan
Untuk memindahkan item pada skrin Utama
•
Sentuh terus item sehingga dipilih, kemudian seret item itu ke lokasi baru.
Untuk memadamkan item dari skrin Utama
•
Sentuh terus item sehingga dipilih, kemudian seret item ke .
Untuk membuat folder pada Skrin utama
•
Sentuh terus ikon aplikasi atau jalan pintas sehingga dipilih, kemudian seret dan
lepaskannya di bahagian atas ikon aplikasi atau jalan pintas yang lain.
Untuk menambahkan item pada folder pada Skrin utama
•
Sentuh terus item sehingga dipilih, kemudian seret item ke folder.
Untuk menamakan semula folder pada Skrin utama
1
Ketik folder untuk membukanya.
2
Ketik bar tajuk folder untuk menunjukkan medan Nama folder.
3
Masukkan nama folder baru dan ketik Selesai.
Latar belakang dan tema
Anda boleh sesuaikan skrin Utama mengikut gaya anda tersendiri menggunakan hias
latar dan tema berbeza.
Sentuh terus pada bahagian kosong pada Skrin Utama anda sehingga peranti
bergetar.
2
Ketik Hias latar dan buat pilihan.
Untuk menetapkan tema
1
Sentuh terus pada bahagian kosong pada Skrin Utama anda sehingga peranti
bergetar.
2
Ketik Tema.
3
Buat pilihan dan ikut arahan pada peranti anda.
Apabila anda menukar tema, latar belakang turut berubah dalam sesetengah aplikasi.
Bateri dan pengurusan kuasa
Peranti anda mempunyai bateri yang dibenamkan. Anda boleh menjejak penggunaan
bateri anda dan melihat aplikasi yang paling banyak menggunakan kuasa. Anda boleh
mengalihkan atau mengehadkan aplikasi dan mengaktifkan beberapa mod penjimatan
kuasa untuk melanjutkan hayat bateri anda. Anda juga boleh melihat dan
menganggarkan berapa banyak masa bateri yang tinggal dan melaraskan tetapan bateri
anda untuk meningkatkan prestasi dan menjadikan bateri anda tahan lebih lama.
Untuk menguruskan penggunaan bateri anda
1
Dari Skrin Utama anda, ketik
2
Cari dan ketik
Gambaran keseluruhan muncul yang menunjukkan aplikasi yang mempunyai
kadar trafik data yang tinggi atau yang anda tidak gunakan untuk sekian lama.
3
Semak semula maklumat, kemudian bertindak sebagaimana perlu, contohnya,
dengan menyahpasang aplikasi atau mengehadkan penggunaannya.
Tetapan
>
.
Pengurusan kuasa
>
Penggunaan kuasa apl
.
Untuk melihat aplikasi yang menggunakan paling banyak kuasa
1
Dari Skrin Utama anda, ketik
2
Dapatkan dan ketik Tetapan > Pengurusan kuasa > Penggunaan bateri.
Untuk melihat anggaran masa bateri
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik Tetapan > Pengurusan kuasa.
.
Mod penjimatan kuasa
Terdapat beberapa mod penjimatan kuasa tersedia untuk anda gunakan jika anda mahu
jadikan bateri anda tahan lebih lama:
Menyahdayakan Wi-Fi® dan data mudah alih apabila skrin dimatikan dan
mengehadkan prestasi perkakasan. muncul di bar status apabila mod ini berkuat
kuasa.
Mengehadkan kefungsian peranti anda kepada tugas utama seperti membuat
panggilan telefon dan menghantar mesej SMS. muncul di bar status sebaik saja
mod ini diaktifkan.
Mengubahsuai kelakuan peranti anda, contohnya, untuk melaraskan kecerahan skrin
dan tetapan tamat masa skrin, apabila paras bateri jatuh ke bawah peratus tertentu.
muncul di bar status apabila mod ini aktif.
Baris gilir data l/
belakang
Jika anda menggunakan peranti dengan berbilang pengguna, anda mungkin perlu melog
masuk sebagai pemilik, iaitu pengguna utama, untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan mod
penjimatan kuasa.
Mengoptimumkan trafik keluar apabila skrin dimatikan dengan menghantar data pada
selang masa yang ditentukan terlebih dahulu.
Untuk mengaktifkan mod penjimatan kuasa
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Pengurusan kuasa .
3
Untuk mengaktifkan mod yang anda sukai, pilih nama mod dan ketik suis
hidup-mati untuk mengaktifkan mod yang dipilih, jika perlu. Dalam sesetengah
kes, ketik Aktifkan dan sahkan pengaktifan.
Gambaran keseluruhan ciri mod STAMINA
Mod STAMINA mempunyai beberapa ciri yang membenarkan anda mengoptimumkan
prestasi bateri anda:
Bersedia dilanjutkan
Jam STAMINA
Penggunaan lanjutan
Menghalang aplikasi daripada menggunakan trafik data dengan menyahdayakan WiFi® dan data mudah alihapabila skrin dimatikan. Anda boleh mengecualikan
beberapa aplikasi dan perkhidmatan daripada dijedakan apabila ciri ini aktif.
Menjedakan sambungan rangkaian apabila anda kerap menekan kekunci kuasa
untuk menyemak masa.
Mengehadkan prestasi perkakasan apabila anda menggunakan peranti anda.
Jika anda menggunakan peranti dengan berbilang pengguna, anda mungkin perlu melog
masuk sebagai pemilik, iaitu pengguna utama, untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan ciri
mod STAMINA.
Untuk mengaktifkan ciri mod STAMINA
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
3
Aktifkan mod STAMINA jika ia dinyahaktifkan.
4
Seret penggelangsar sebelah ciri yang anda mahu aktifkan, kemudian ketik
Tetapan
>
Pengurusan kuasa
, kemudian ketik
Mod STAMINA
Aktifkan, jika digesa.
Untuk memilih aplikasi yang berjalan dalam mod STAMINA
1
Dari Skrin Utama anda, ketik
2
Cari dan ketik Tetapan > Pengurusan kuasa , kemudian ketik Mod STAMINA.
3
Aktifkan mod STAMINA jika ia dinyahaktifkan.
4
Pastikan ciri Bersedia dilanjutkan dihidupkan, kemudian ketik Aplikasi aktif dalam
.
mod tunggu sedia > Tambah aplikasi.
5
Tatal ke kiri atau ke kanan untuk melihat semua aplikasi dan perkhidmatan,
kemudian tandakan kotak semak yang berkaitan untuk aplikasi yang anda ingin
jalankan.
Anda boleh menangkap imej-imej pegun daripada sebarang skrin pada peranti anda
sebagai tangkapan skrin. Tangkapan skrin yang anda ambil disimpan secara automatik
dalam Album.
Untuk mengambil tangkapan skrin
1
Tekan dan tahan kekunci kuasa sehingga tetingkap gesaan muncul.
2
Ketik
Anda boleh mengambil tangkapan skrin dengan menekan terus kekunci kuasa dan kekunci
kelantangan rendah serentak juga. Setelah tangkapan skrin diambil, anda boleh melepaskan
kekunci itu.
Untuk melihat tangkapan skrin anda
•
Seret bar status sepenuhnya ke bawah, kemudian ketik tangkapan skrin yang
anda ingin lihat.
Anda juga boleh melihat tangkapan skrin anda dengan membuka aplikasi Album.
Pemberitahuan
Pemberitahuan memaklumkan anda tentang acara seperti mesej baharu dan
pemberitahuan kalendar serta aktiviti yang sedang berlangsung seperti muat turun fail.
Pemberitahuan muncul di tempat berikut:
•
Bar status
•
Panel Pemberitahuan
•
Skrin kunci
Untuk membuka atau menutup panel Pemberitahuan
1
Untuk membuka panel Pemberitahuan, seret bar status ke bawah.
2
Untuk menutup panel Pemberitahuan, seret panel ke atas.
Untuk bertindak atas pemberitahuan daripada panel Pemberitahuan
•
Ketik pemberitahuan.
Untuk menolak pemberitahuan dari panel Pemberitahuan
•
Letakkan jari anda pada pemberitahuan dan kuis ke kiri atau kanan.
Untuk memperbesarkan pemberitahuan pada panel Pemberitahuan
•
Seret pemberitahuan ke bawah.
Tidak semua pemberitahuan boleh diperbesarkan.
Untuk mengosongkan semua pemberitahuan daripada panel Pemberitahuan
Untuk bertindak atas pemberitahuan daripada skrin kunci
•
Ketik dua kali pemberitahuan.
Untuk menolak pemberitahuan daripada skrin kunci
•
Letakkan jari anda pada pemberitahuan dan kuis ke kiri atau kanan.
Untuk memperbesarkan pemberitahuan daripada skrin kunci
•
Seret pemberitahuan ke bawah.
Tidak semua pemberitahuan boleh diperbesarkan.
Mengurus pemberitahuan pada skrin kunci
Anda boleh tetapkan peranti anda agar hanya pemberitahuan terpilih yang dipaparkan
pada skrin kunci anda. Anda boleh jadikan semua pemberitahuan dan kandungannya
boleh diakses, sembunyikan kandungan sensitif atau aplikasi khusus, atau pilih untuk
tidak paparkan sebarang pemberitahuan.
Untuk memilih pemberitahuan untuk dipaparkan pada skrin kunci
1
Dari Skrin Utama anda, ketik
2
Cari dan ketik Tetapan > Bunyi & pemberitahuan > Apabila peranti dikunci.
3
Buat pilihan.
.
Pilihan paparan pemberitahuan pada skrin kunci
Tunjukkan semua
kandungan
pemberitahuan
Sembunyikan
kandungan
pemberitahuan sensitif
Jangan tunjukkan
pemberitahuan sama
sekali
Dapatkan semua pemberitahuan pada skrin kunci. Apabila anda hidupkan
tetapan ini, perlu diingat bahawa semua kandungan (termasuk kandungan e-mel
masuk dan sembang) akan kelihatan pada skrin kunci melainkan anda
menguntukkan aplikasi berkaitan Sensitif di dalam Pemberitahuan apl menu
tetapan.
Anda perlu ada PIN, kata laluan, atau persediaan corak sebagai kunci skrin untuk
tetapan ini tersedia. Kandungan tersembunyi dipaparkan pada skrin kunci
apabila pemberitahuan sensitif tiba. Sebagai contoh, anda akan mendapat
pemberitahuan untuk e-mel masuk atau sembang, tetapi kandungan tidak akan
kelihatan pada skrin kunci anda.
Anda tidak akan dapat sebarang pemberitahuan pada skrin kunci.
Menetapkan tahap pemberitahuan untuk aplikasi
Anda boleh tetapkan perlakuan pemberitahuan yang berlainan untuk setiap satu aplikasi.
Sebagai contoh, anda boleh sekat semua pemberitahuan e-mel, mengutamakan
pemberitahuan Facebook™ dan jadikan kandungan pemberitahuan pemesejan tidak
kelihatan pada skrin kunci.
Untuk menetapkan tahap pemberitahuan untuk aplikasi
1
Dari Skrin Utama anda, ketik
2
Cari dan ketik Tetapan > Bunyi & pemberitahuan > Pemberitahuan apl.
3
Pilih aplikasi yang anda mahu tukarkan tetapan pemberitahuannya.
4
Seret penggelangsar berkenaan ke kanan.
.
Tahap pemberitahuan dan pilihan untuk aplikasi khusus
Sekat
Keutamaan
Sensitif
Jangan sekali-kali tunjukkan pemberitahuan untuk aplikasi terpilih.
Pemberitahuan tahap keutamaan muncul pada skrin kunci di sebelah atas semua
pemberitahuan lain.
Pilihan ini hanya tersedia jika anda sediakan PIN, kata laluan atau corak sebagai kunci skrin
anda dan dipilih Tunjukkan semua kandungan pemberitahuan di bawah tetapanApabilaperanti dikunci. Pemberitahuan untuk aplikasi muncul di skrin kunci anda tetapi kandungannya
tidak kelihatan.
Lampu pemberitahuan memaklumkan anda tentang status bateri dan beberapa peristiwa
lain. Sebagai contoh, lampu putih berkelip bermaksud terdapat mesej baru atau
panggilan terlepas. Lampu pemberitahuan didayakan secara lalai tetapi boleh
dilumpuhkan secara manual.
Apabila lampu pemberitahuan dilumpuhkan, ia hanya menyala apabila terdapat amaran status
bateri, contohnya, apabila paras bateri lebih rendah daripada 15 peratus.
Untuk mendayakan lampu pemberitahuan
1
Dari skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Bunyi & pemberitahuan.
3
Seret penggelangsar di sebelah Lampu pemberitahuan ke kanan.
Ikon pada bar status
Ikon status
Tiada kad SIM
Kekuatan isyarat
Tiada isyarat
Perayauan
Menghantar dan memuat turun data LTE
Menghantar dan memuat turun data GPRS
Menghantar dan memuat turun data EDGE
Menghantar dan memuat turun data 3G
Menghantar dan memuat turun data mudah alih
Sambungan Wi-Fi® didayakan dan data sedang dihantar
Status bateri
Bateri sedang dicas
Mod STAMINA diaktifkan
Mod bateri lemah diaktifkan
Mod pesawat diaktifkan
Fungsi Bluetooth® diaktifkan
Mikrofon dibisukan
Fon pembesar suara dihidupkan
Mod senyap
Benarkan pengecualian dalam mod senyap
Mod getar
Penggera ditetapkan
GPS diaktifkan
Penyegerakan sedang berjalan
Masalah dengan daftar masuk atau penyegerakan
Fungsi alat bantu dengar diaktifkan
Bergantung pada pembekal perkhidmatan, rangkaian dan/atau rantau anda, fungsi atau
perkhidmatan yang diwakili oleh sesetengah ikon dalam senarai ini mungkin tidak tersedia.
Untuk menguruskan ikon bar status
1
Dari skrin Utama anda, ketik
2
Cari dan ketik Tetapan > Pemeribadian > Ikon sistem.
3
Tandakan kotak semak untuk ikon sistem yang anda mahukannya muncul di bar
.
status.
Ikon pemberitahuan
Mesej teks baru atau mesej multimedia
Panggilan terlepas
Panggilan tertunda
Pemajuan panggilan dihidupkan
Mesej mel suara baru
Mesej e-mel baru
Memuat turun data
Memuat naik data
Data mudah alih telah dinyahdayakan
Laksanakan persediaan asas peranti anda
Kemas kini perisian tersedia
Kemas kini sistem tersedia
Memuat turun kemas kini sistem
Ketik untuk memasang kemas kini sistem yang dimuat turun
Mod STAMINA ultra diaktifkan
Tangkapan skrin ditangkap
Mesej sembang Hangouts™ baru telah sampai
Sembang video bersama rakan menggunakan aplikasi Hangouts™
Acara kalendar akan datang
Satu aplikasi kecil sedang berjalan
Smart Connect diaktifkan
Lagu sedang dimainkan
Radio sedang bermain
Peranti bersambung dengan komputer melalui kabel USB
Storan dalaman kini 75% penuh. Ketik untuk memindahkan data ke kad memori
Amaran
Lebih banyak pemberitahuan (tidak dipaparkan)
Tidak semua ikon yang mungkin muncul dalam peranti anda disenaraikan di sini. Ikon ini ialah
untuk tujuan rujukan sahaja, dan perubahan boleh dibuat tanpa notis.
Untuk menyekat aplikasi daripada menghantar pemberitahuan
1
Dari skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Bunyi & pemberitahuan > Pemberitahuan apl.
3
Pilih aplikasi.
4
Seret penggelangsar di sebelah Sekat ke kanan.
Gambaran keseluruhan aplikasi
Gunakan aplikasi Penggera & jam untuk menetapkan pelbagai jenis penggera.
Gunakan penyemak imbas web anda untuk menavigasi dan melihat halaman
web, mengurus penanda buku, teks dan imej.
Gunakan aplikasi Kalkulator untuk melaksanakan pengiraan asas.
Gunakan aplikasi Kalendar untuk menjejak acara dan mengurus janji temu anda.
Gunakan kamera untuk mengambil foto dan merakam klip video.
Gunakan aplikasi Kenalan untuk mengurus nombor telefon, alamat e-mel dan
maklumat lain yang berkaitan dengan kenalan anda.
Akses aplikasi, dokumen dan gambar yang anda muat turun.
Gunakan aplikasi E-mel untuk menghantar dan menerima e-mel melalui akaun
peribadi dan korporat.
Gunakan aplikasi Facebook™ untuk terlibat dalam perangkaian sosial dengan
rakan-rakan, ahli keluarga dan rakan sekerja di seluruh dunia.
Semak imbas dan dengar stesen radio FM.
Gunakan aplikasi Album untuk melihat dan mengendalikan foto dan video anda.
Gunakan aplikasi Gmail™ untuk membaca, menulis dan menyusun mesej e-mel.
Cari maklumat pada peranti anda dan di web.
Lihat lokasi semasa anda, cari lokasi lain dan kira laluan menggunakan Google
Maps™.
Pergi ke aplikasi Play Store™ untuk memuat turun aplikasi percuma dan
berbayar untuk peranti anda.
Gunakan aplikasi Pemesejan untuk menghantar dan menerima mesej teks dan
multimedia.
Gunakan aplikasi Video untuk memainkan video pada peranti anda dan
berkongsi kandungan dengan rakan anda.
Gunakan aplikasi Muzik untuk mengurus dan memainkan muzik, buku audio dan
podcast.
Lihat berita dan ramalan cuaca.
Buat panggilan telefon dengan mendail nombor secara manual atau
menggunakan fungsi dail pintar.
Optimumkan tetapan supaya sesuai dengan keperluan anda sendiri.