Memulakan semula, menetapkan semula dan membaiki........... 118
Waranti, SAR dan garis panduan penggunaan.............................119
Maklumat undang-undang...........................................................120
5
Langkah permulaan
Tentang Panduan pengguna ini
Ini merupakan Xperia XZ2 Premium Panduan pengguna untuk versi perisian
Android™ 9.0. Jika anda tidak pasti versi perisian yang sedang dijalankan oleh
peranti anda, anda boleh menyemaknya dalam menu Tetapan.
Kemas kini sistem dan aplikasi boleh mewujudkan ciri dalam peranti anda dengan cara
yang lain daripada dihuraikan dalam panduan Pengguna ini. Versi Android mungkin tidak
terjejas dalam kemas kini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemas kini
perisian, lihat
Untuk menyemak versi perisian semasa dan nombor model peranti anda
1Cari dan ketik Tetapan > Sistem > Mengenai telefon.
2Versi perisian semasa dipaparkan di bawah Nombor binaan. Nombor model
semasa dipaparkan di bawah Model.
Had pada perkhidmatan dan ciri
Sesetengah perkhidmatan dan ciri yang diterangkan dalam Panduan pengguna ini
mungkin tidak disokong di semua negara atau rantau atau oleh semua rangkaian
atau pembekal perkhidmatan. Nombor Kecemasan Antarabangsa GSM sentiasa
boleh digunakan di semua negara, rantau, rangkaian dan oleh semua pembekal
khidmat, sekiranya peranti disambungkan ke rangkaian mudah alih. Sila hubungi
operator rangkaian atau pembekal khidmat anda untuk menentukan ketersediaan
sebarang perkhidmatan atau ciri khusus dan sama ada bayaran akses atau
penggunaan tambahan dikenakan.
Penggunaan ciri dan aplikasi tertentu yang diterangkan dalam panduan ini
mungkin memerlukan akses kepada Internet. Anda boleh dikenakan caj
penyambungan data apabila anda menyambung ke Internet dari peranti anda.
Hubungi pengendali rangkaian wayarles anda untuk mendapatkan maklumat
lanjut.
Peranti anda hanya menyokong kad SIM nano. Peranti SIM tunggal membolehkan
anda menggunakan satu kad SIM dan kad memori.
Kad SIM dan kad memori masuk ke dalam bahagian bekas kad SIM nano dan kad
memori yang berbeza. Pastikan anda tidak terkeliru antara kedua-duanya.
Untuk maklumat tentang cara menyemak sama ada peranti anda ialah SIM
Tunggal atau SIM Dual, lihat
Mencari nombor IMEI peranti anda
pada halaman 16.
Untuk mencegah kehilangan data, sila pastikan anda menutup peranti atau
menyahlekapkan kad memori sebelum anda menyeret keluar pemegang untuk
mengeluarkan kad SIM nano atau kad memori daripada peranti.
Jangan potong kad SIM anda, kerana ini boleh merosakkan peranti anda.
1Seret keluar bekas kad SIM.
2Masukkan kad SIM dengan kemas dalam bekas kad SIM, seperti yang
ditunjukkan dalam ilustrasi.
3Masukkan kad ingatan dengan kemas dalam bekas, dalam orientasi yang
betul seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi.
4Tolak kembali bekas kad SIM dengan lembut ke dalam slot sehingga ia
masuk ke dalam tempatnya.
Pemasangan – SIM Dual
Peranti anda menyokong sama ada penggunaan satu atau dua kad SIM nano atau
satu kad SIM nano dan satu kad memori.
Peranti SIM dual tidak tersedia dalam semua pasaran atau daripada semua
operator.
Untuk maklumat tentang cara menyemak sama ada peranti anda ialah SIM
Tunggal atau SIM Dual, lihat
Untuk mencegah kehilangan data, sila pastikan anda menutup peranti atau
menyahlekapkan kad memori sebelum anda menyeret keluar pemegang untuk
mengeluarkan kad SIM nano atau kad memori daripada peranti.
Untuk memasukkan sama ada dua kad SIM nano atau satu kad SIM nano dan
satu kad memori
Jangan potong kad SIM anda, kerana ini boleh merosakkan peranti anda.
1Seret keluar bekas kad SIM.
2Masukkan kad SIM utama dengan kemas dalam kedudukan untuk SIM1,
seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi.
3Letakkan kad SIM kedua atau kad memori di dalam bekas dengan kemas,
dalam orientasi yang betul seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi.
4Tolak kembali bekas kad SIM dengan lembut ke dalam slot sehingga ia
masuk ke dalam tempatnya.
Perlindungan skrin
Sebelum menggunakan peranti anda, keluarkan filem perlindungan dari depan dan
belakang untuk mendayakan kefungsian penuh.
Penutup skrin dan telefon boleh membantu anda melindungi peranti anda
daripada rosak. Kami mengesyorkan anda hanya menggunakan penutup yang
dicadangkan untuk peranti Xperia anda. Penggunaan penutup skrin atau telefon
pihak ketiga boleh menghalang peranti anda daripada berfungsi dengan betul
dengan menutup sensor, kanta, pembesar suara atau mikrofon dan ia boleh
membatalkan jaminan.
Memulakan peranti anda untuk kali pertama
Anda disyorkan mengecas bateri selama sekurang-kurang 30 minit sebelum
memulakan peranti anda buat pertama kali. Anda masih boleh menggunakan
peranti anda semasa ia dicas. Untuk maklumat lanjut mengenai pengecasan, lihat
Kali pertama anda memulakan peranti anda, panduan persediaan membantu anda
mengkonfigurasikan tetapan asas, memperibadikan peranti anda dan mendaftar
masuk ke akaun anda, contohnya akaun Google™.
Untuk menghidupkan peranti anda
Bateri disyorkan agar dicas selama sekurang-kurangnya 30 minit sebelum anda
menghidupkan peranti anda untuk pertama kali. Jika menggunakan pengecasan berwayar,
penggunaan kabel USB Type-C™ (disediakan) adalah penting kerana jenis kabel USB lain
boleh merosakkan peranti anda.
1Tekan lama kekunci kuasa sehingga peranti bergetar.
2Masukkan PIN kad SIM anda jika diminta, kemudian ketik .
3Tunggu sebentar sementara peranti dimulakan.
PIN kad SIM anda pada mulanya dibekalkan oleh pengendali rangkaian anda, tetapi anda
boleh menukarnya kemudian daripada menu Tetapan. Untuk membetulkan kesilapan yang
dilakukan semasa memasukkan PIN kad SIM anda, ketik .
Untuk mematikan peranti
1Tekan lama kekunci kuasa sehingga menu Pilihan dibuka.
2Dalam menu Pilihan, ketik Matikan kuasa.
Sedikit masa diperlukan untuk peranti ditutup.
Mengapakah saya memerlukan akaun Google?
Peranti Xperia anda daripada Sony dijalankan pada platform Android yang
dibangunkan oleh Google. Pelbagai aplikasi dan perkhidmatan Google tersedia
pada peranti anda apabila anda membelinya, contohnya, Gmail™, Google Maps™,
YouTube™ dan Play Store™. Untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada
perkhidmatan ini, anda memerlukan akaun Google. Sebagai contoh, akaun Google
membolehkan anda untuk melakukan perkara berikut:
•Memuat turun dan memasang aplikasi daripada Google Play™.
•Menyelaraskan e-mel, kenalan dan kalendar anda menggunakan Gmail.
•Sembang dengan rakan menggunakan aplikasi Duo™.
•Segerakkan sejarah semak imbas dan penanda halaman anda dengan
menggunakan penyemak imbas web Google Chrome™.
•Mengenal pasti diri anda sebagai pengguna yang sah selepas pembaikan perisian
menggunakan Xperia Companion.
•Mencari, mengunci atau mengosongkan peranti yang hilang atau dicuri secara
kawalan jauh menggunakan perkhidmatan Cari peranti saya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Android dan Google, pergi ke
http://support.google.com
Ia adalah penting untuk mengingati nama dan kata laluan akaun Google anda, kerana
dalam beberapa situasi, anda mungkin memerlukannya untuk mengenal pasti diri anda
atas sebab-sebab keselamatan. Jika anda gagal memberikan nama pengguna dan kata
laluan akaun Google anda dalam situasi ini, peranti anda akan dikunci. Selain itu, jika anda
mempunyai lebih daripada satu akaun Google, pastikan anda memasukkan butiran untuk
akaun yang berkaitan.
2Ikut arahan pada skrin untuk mencipta akaun Google atau mendaftar masuk
jika anda sudah mempunyai akaun.
Anda juga boleh mencipta akaun Google menggunakan panduan persediaan apabila kali
pertama anda memulakan peranti anda atau pergi dalam talian kemudian dan cipta akaun
di
1Cari dan ketik Tetapan > Akaun.
2Pilih akaun Google yang ingin anda alih keluar.
3Ketik ALIH KELUAR AKAUN.
4Ketik ALIH KELUAR AKAUN sekali lagi untuk mengesahkan.
Jika anda mengalih keluar akaun Google anda, sebarang ciri keselamatan yang dipautkan
ke akaun Google anda tidak lagi akan tersedia.
Peranti anda termasuk pilihan keselamatan, amat disyorkan sekiranya hilang atau
dicuri.
Apabila menggunakan pilihan keselamatan untuk melindungi peranti anda, ia penting
untuk mengingati butiran yang diberikan semasa penyediaan.
Kunci skrin
Tetapkan kunci skrin selamat pada peranti anda menggunakan PIN, kata laluan,
corak atau cap jari bagi menghalang orang lain daripada menggunakan peranti
anda tanpa kebenaran. Sebaik sahaja kunci skrin ditetapkan, mustahil untuk anda
membuka kunci skrin atau memadamkan kandungan melalui Padamkan semua
data (tetapan semula kilang) tanpa menyediakan maklumat kunci skrin.
Jika anda menambah maklumat perhubungan anda pada kunci skrin, contohnya e-mel
anda, maklumat ini boleh digunakan untuk mendapatkan kembali peranti anda jika anda
kehilangannya.
Akaun Google
Tambah akaun Google supaya anda boleh menggunakan perkhidmatan Cari
peranti saya. Dalam beberapa situasi, anda juga mungkin perlu memperkenalkan
diri anda di atas sebab-sebab keselamatan menggunakan akaun Google anda.
Cari peranti saya
Gunakan perkhidmatan Cari peranti saya untuk mencari, mengunci, membuka
kunci atau memadamkan dari jauh kandungan pada peranti yang hilang. Selepas
anda telah mendaftar masuk ke akaun Google anda, Cari peranti saya dihidupkan
secara lalai.
Kunci kad SIM
Kunci kad SIM anda dengan PIN untuk melindungi langganan anda daripada
penyalahgunaan. PIN diperlukan setiap kali anda memulakan semula peranti anda.
Nombor IMEI
Simpan salinan nombor IMEI. Jika peranti anda dicuri, sesetengah pembekal
rangkaian boleh menggunakan nombor ini untuk menghentikan peranti daripada
mengakses rangkaian dalam negara atau rantau anda.
Peranti SIM Dual mempunyai dua nombor IMEI.
Sandaran
Sandarkan kandungan pada peranti anda sekiranya peranti anda rosak, hilang atau
dicuri. Lihat
Membuat sandaran dan memulihkan kandungan
di halaman 44.
Kunci skrin
Apabila skrin dikunci, anda perlu membuka kuncinya dengan gerak isyarat leretan
atau dengan corak peribadi, PIN, kata laluan atau cap jari anda. Pada mulanya,
leretan skrin yang tidak dilindungi ditetapkan. Namun begitu, anda disyorkan
supaya menggunakan kunci skrin yang lebih selamat untuk melindungi peranti
anda.
Tahap keselamatan setiap jenis kunci disenaraikan di bawah dalam susunan paling
lemah hingga paling kukuh:
•Leret: tiada perlindungan, tetapi anda mempunyai akses pantas ke skrin utama.
•Corak: lukis corak yang ringkas menggunakan jari anda untuk membuka kunci
peranti anda.
•PIN: masukkan PIN angka sekurang-kurangnya empat digit untuk membuka kunci
peranti anda.
•Kata laluan: masukkan kata laluan abjad angka untuk membuka kunci peranti
anda.
•Cap jari: letakkan jari anda yang berdaftar pada sensor untuk membuka kunci
peranti anda.
Cap jari perlu didaftarkan dengan pengurus cap jari sebelum digunakan. Untuk
mengkonfigurasikan pemberitahuan pada skrin kunci, lihat
Pemberitahuan
pada
halaman 30.
Ciri kunci pintar membolehkan anda menetapkan peranti anda supaya terbuka secara
automatik dalam situasi tertentu, seperti apabila bersambung ke peranti Bluetooth atau
anda sedang membawanya bersama anda. Pergi ke
cari kunci pintar untuk maklumat lanjut.
http://www.support.google.com/
dan
Untuk mencipta atau menukar kunci skrin
Sangat penting untuk anda mengingati kunci skrin anda apabila menggunakan corak, PIN
atau kata laluan. Jika anda terlupa maklumat ini, data penting seperti kenalan dan mesej
mungkin tidak dapat dipulihkan. Lihat petua penyelesaian masalah untuk peranti anda di
http://support.sonymobile.com
.
1Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Kunci skrin.
2Jika diminta, sahkan kunci skrin semasa anda.
3Buat pilihan dan ikut arahan pada skrin.
4Apabila kunci skrin selamat digunakan, anda boleh menetapkan kekunci
kuasa untuk mengunci skrin, menetapkan masa pengaktifan kunci skrin dan
mencipta mesej skrin kunci dengan menekan
.
Jika anda menggunakan akaun Microsoft Exchange ActiveSync (EAS), tetapan keselamatan
EAS mungkin mengehadkan jenis skrin kunci kepada PIN atau kata laluan sahaja. Hubungi
pentadbir rangkaian anda untuk memeriksa dasar keselamatan rangkaian yang
dilaksanakan.
Pengurus Cap Jari
Daftar cap jari anda untuk menggunakannya sebagai kaedah keselamatan
tambahan bagi membuka kunci peranti anda. Anda juga boleh menggunakan cap
jari anda untuk mengesahkan pembelian dan akses aplikasi. Anda boleh
mendaftar sehingga 5 cap jari pada peranti anda.
Kunci skrin corak, PIN atau kata laluan yang anda sediakan berfungsi sebagai
kaedah buka kunci sandaran apabila cap jari digunakan sebagai kunci skrin.
Sebelum menggunakan cap jari anda, pastikan sensor bersih dan tanpa sebarang
kelembapan yang boleh dilihat.
Untuk mendaftar cap jari untuk kali pertama
1Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Pengurus Cap Jari.
2Ketik Seterusnya. Jika digesa, sahkan corak, PIN atau kata laluan anda, atau
pilih kaedah kunci skrin sandaran anda dan ikuti arahan pada skrin untuk
menyediakannya.
3Ketik Seterusnya dan ikut arahan pada skrin untuk melengkapkan
pendaftaran cap jari.
Untuk mendaftar cap jari tambahan
1Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Pengurus Cap Jari.
2Sahkan corak, PIN atau kata laluan anda.
3Ketik Tambahkan cap jari, kemudian ikut arahan pada skrin.
1Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Pengurus Cap Jari.
2Sahkan corak, PIN atau kata laluan anda.
3Ketik untuk memadam cap jari.
Untuk menamakan semula cap jari berdaftar
1Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Pengurus Cap Jari.
2Sahkan corak, PIN atau kata laluan anda.
3Pilih cap jari berdaftar dalam senarai, kemudian masukkan nama dan ketik
OK.
Perlindungan kad SIM
Anda boleh mengunci dan membuka kunci setiap kad SIM yang anda gunakan
dalam peranti anda dengan PIN. Apabila kad SIM dikunci, langganan yang
dipautkan pada kad itu dilindungi daripada salah guna, yang bermaksud anda
perlu memasukkan PIN setiap kali anda memulakan peranti anda.
Jika anda salah masukkan PIN terlalu banyak kali, kad SIM anda akan disekat. Anda
kemudiannya perlu memasukkan PUK (Kunci Buka Sekatan Peribadi) anda dan PIN
baru. PIN dan PUK anda diberikan oleh pengendali rangkaian anda.
2Pengguna dua SIM, pilih kad SIM.
3Ketik penggelangsar di sebelah Kunci kad SIM untuk mendayakannya.
4Masukkan PIN kad SIM dan ketik OK. Kunci kad SIM sekarang aktif dan anda
akan digesa untuk memasukkan PIN anda setiap kali anda memulakan
2Pengguna dua SIM, pilih kad SIM.
3Ketik Tukar PIN SIM.
4Masukkan PIN kad SIM lama dan ketik OK.
5Masukkan PIN kad SIM baru dan ketik OK.
6Masukkan semula PIN kad SIM baru dan ketik OK.
Untuk membuka kunci kad SIM yang disekat menggunakan kod PUK
1Masukkan kod PUK dan ketik
2Masukkan kod PIN baharu dan ketik
3Masukkan semula kod PIN baharu dan ketik .
Jika anda memasukkan kod PUK yang salah terlalu banyak kali, anda perlu menghubungi
operator rangkaian anda untuk mendapatkan kad SIM.
.
.
Menggunakan berbilang kad SIM
Fungsi ini hanya digunakan untuk peranti dua SIM.
Peranti dua SIM berfungsi dengan satu atau dua kad SIM yang dimasukkan. Anda
boleh mendapat komunikasi yang diterima dua kad SIM ini dan memilih nombor
yang anda mahu digunakan untuk komunikasi keluar. Sebelum menggunakan
berbilang kad SIM, anda perlu mendayakannya dan memilih kad SIM yang akan
mengendalikan trafik data.
Anda boleh memajukan panggilan yang masuk pada SIM 1 ke SIM 2 apabila SIM 1
tidak dapat dicapai, dan sebaliknya. Fungsi ini dipanggil kebolehcapaian dua SIM.
Untuk mendayakan atau melumpuhkan penggunaan dua kad SIM
1Cari dan ketik Tetapan > Rangkaian & Internet > Dwi SIM.
2Ketik penggelangsar SIM 1 dan SIM 2 untuk mendayakan atau
menyahdayakan kad SIM.
Untuk menamakan semula kad SIM
1Cari dan ketik Tetapan > Rangkaian & Internet > Dwi SIM.
2Pilih kad SIM dan masukkan nama baru untuknya.
3Ketik OK.
Untuk memilih kad SIM yang mengendalikan trafik data
1Cari dan ketik Tetapan > Rangkaian & Internet > Dwi SIM > Data selular.
2Pilih kad SIM yang mahu anda gunakan untuk trafik data.
Untuk mendapatkan kelajuan data yang lebih tinggi, pilih kad SIM yang menyokong
rangkaian mudah alih paling pantas, contohnya LTE.
Mencari nombor IMEI peranti anda
Peranti anda mempunyai satu atau dua nombor pengenalan unik yang dirujuk
sebagai IMEI atau ID Produk. Anda hendaklah menyimpan salinan ini. Anda
mungkin memerlukannya, jika peranti anda dicuri atau apabila menghubungi
sokongan.
Peranti SIM Dual sahaja: Peranti anda mempunyai dua nombor IMEI, satu untuk
setiap slot kad SIM.
pada
Untuk melihat nombor IMEI anda menggunakan pad dail
1Cari dan ketik
2Ketik
.
.
3Masukkan *#06# ke dalam pad dail. Nombor IMEI dipaparkan secara
1Seret keluar bekas kad SIM nano dan kad Memori.
2Seret jalur keluar menggunakan kuku jari anda. Jalur memaparkan nombor
IMEI.
Mencari, mengunci atau memadamkan peranti yang hilang
Google menawarkan perkhidmatan lokasi dan keselamatan web yang dipanggil
Cari peranti saya. Selepas anda telah mendaftar masuk ke akaun Google, Cari
peranti saya dihidupkan secara lalai. Sekiranya anda kehilangan peranti, anda
boleh menggunakan Cari peranti saya untuk:
•Cari dan tunjukkan lokasi peranti anda pada peta.
•Kunci peranti anda dan tunjukkan mesej pada skrin kunci.
•Buka kunci peranti anda dan tetapkannya semula dengan memadamkan
kandungannya.
•Aktifkan pendering, walaupun bunyi dimatikan.
Peranti anda mesti dihidupkan, mempunyai sambungan Internet dan
perkhidmatan lokasi diaktifkan. Perkhidmatan Cari peranti saya mungkin tidak
tersedia di semua negara atau rantau.
Untuk maklumat tambahan mengenai Cari peranti saya, pergi ke
https://www.support.google.com/
Jika anda memadamkan kandungan pada peranti anda menggunakan Cari peranti saya,
anda perlu memasukkan nama pengguna dan kata laluan untuk akaun Google supaya anda
boleh menggunakan peranti anda sekali lagi. Ia boleh jadi mana-mana akaun Google yang
telah anda sediakan pada peranti anda sebagai pemilik. Jika anda tidak boleh memberikan
maklumat ini semasa penyediaan, anda tidak akan dapat menggunakan peranti anda
langsung selepas penetapan semula.
dan cari “Cari peranti saya”.
Untuk mengesahkan bahawa peranti anda boleh ditemui
Perkhidmatan lokasi membolehkan aplikasi seperti Peta dan kamera menentukan
lokai anda menggunakan Wi-Fi dan GPS (Sistem Kedudukan Sejagat). Jika anda
tidak berada dalam penglihatan jelas satelit GPS, lokasi anda boleh ditentukan
menggunakan fungsi Wi-Fi. Dan jika anda tidak berada dalam liputan rangkaian,
peranti anda boleh menentukan lokasi anda menggunakan rangkaian mudah alih
anda.
Bagi menggunakan peranti anda untuk mencari lokasi anda, anda perlu
mendayakan perkhidmatan lokasi.
Anda mungkin dikenakan caj sambungan data apabila anda bersambung ke Internet dari
peranti anda.
Untuk mendayakan atau melumpuhkan perkhidmatan lokasi
penggelangsar untuk mendayakan atau menyahdayakan perkhidmatan
lokasi.
Memperbaik ketepatan GPS
Kali pertama anda menggunakan fungsi GPS dalam peranti anda, ia boleh
mengambil masa beberapa minit untuk lokasi anda ditemui. Untuk membantu
carian, pastikan anda mempunyai pandangan langit yang jelas. Berdiri tegak dan
jangan lindungi antena GPS (kawasan yang diserlahkan dalam imej). Isyarat GPS
boleh melepasi awan dan plastik, tetapi tidak melalui objek pejal seperti bangunan
dan gunung. Jika lokasi anda tidak dijumpai selepas beberapa minit, bergerak ke
lokasi lain.
•Tatal dengan pantas, contohnya, dalam senarai atau pada laman web Anda boleh
hentikan pergerakan penatalan dengan mengetik skrin.
Menghidupkan atau mematikan skrin
Apabila peranti anda dihidupkan dan dibiarkan melahu untuk tempoh masa yang
ditetapkan, skrin menjadi malap dan mati untuk menjimatkan kuasa bateri. Anda
boleh menukar tempoh masa skrin anda kekal aktif sebelum ia dimatikan.
Apabila skrin anda dimatikan, peranti anda boleh dikunci atau dibuka kunci,
bergantung pada tetapan kunci skrin anda. Lihat
Untuk menghidupkan atau mematikan skrin
•Tekan sebentar kekunci kuasa.
Jika paparan ambien ditetapkan kepada Aktifkan apabila peranti diangkat, skrin dihidupkan
secara automatik apabila anda mengangkat peranti anda. Lihat
pada halaman 61.
Untuk melaraskan masa melahu sebelum skrin dimatikan
1Cari dan ketik Tetapan > Paparan > Tidur.
2Buat pilihan.
Kunci skrin
pada halaman 13.
Tetapan Paparan ambien
Kawalan cahaya latar pintar
Kawalan cahaya latar pintar memastikan skrin dihidupkan selagi peranti dipegang.
Sebaik sahaja anda meletakkan peranti, skrin dimatikan mengikut tetapan tidur.
Untuk mendayakan atau menyahdayakan fungsi kawalan lampu belakang
pintar
1Cari dan ketik Tetapan > Paparan > Terperinci > Kawalan lampu belakang
pintar.
2Ketik penggelangsar untuk mendayakan atau melumpuhkan fungsi tersebut.
Lampu Malam memalapkan skrin untuk pemaparan lebih mudah apabila gelap.
Anda boleh menjadualkan ciri untuk menghidupkannya secara automatik,
contohnya selepas matahari terbenam.
Untuk mendayakan fungsi lampu malam
1Cari dan ketik Tetapan > Paparan > Terperinci > Cahaya Malam.
2Ketik Hidupkan sekaranguntuk mendayakan fungsi.
Skrin laman utama
Skrin utama ialah titik permulaan untuk menggunakan peranti anda. Ia serupa
dengan desktop pada skrin komputer. Bilangan anak tetingkap skrin Utama
diwakili oleh satu siri titik di bahagian bawah skrin Utama. Titik yang diserlahkan
menunjukkan anak tetingkap yang sedang dipaparkan.
Untuk pergi ke skrin Utama
•Tekan
Untuk menyemak imbas skrin Utama
.
Anak tetingkap skrin laman utama
Anda boleh menambah anak tetingkap baru pada skrin Utama anda (maksimum
sehingga dua puluh anak tetingkap) dan memadamkan anak tetingkap. Anda juga
boleh menetapkan anak tetingkap yang anda ingin gunakan sebagai anak
tetingkap skrin Utama yang utama.
Untuk menetapkan anak tetingkap sebagai anak tetingkap utama skrin utama
1Sentuh dan tahan kawasan kosong pada skrin utama anda sehingga peranti
bergetar.
2Kuis ke kiri atau ke kanan untuk menyemak imbas ke anak tetingkap yang
anda ingin tetapkan sebagai anak tetingkap skrin utama anda yang utama,
kemudian ketik
Apabila Google Feed didayakan, anak tetingkap paling kiri dirizabkan untuk perkhidmatan
ini dan anak tetingkap utama skrin utama tidak boleh diubah. Untuk maklumat lanjut, lihat
Google Feed
.
pada halaman 111.
Untuk menambah anak tetingkap pada skrin utama anda
1Sentuh dan tahan kawasan kosong pada skrin utama anda sehingga peranti
bergetar.
2Kuis anak tetingkap sepenuhnya ke kiri atau kanan, kemudian ketik
Apabila Google Feed didayakan, anak tetingkap paling kiri dirizabkan untuk perkhidmatan
ini dan anak tetingkap tambahan tidak boleh ditambah ke kiri. Untuk maklumat lanjut, lihat
Google Feed
pada halaman 111.
.
Untuk memadam anak tetingkap dari Skrin utama anda
1Sentuh terus satu kawasan kosong pada skrin Utama anda sehingga peranti
bergetar.
2Kuis ke kiri atau kanan untuk menyemak imbas anak tetingkap yang ingin
anda padamkan, kemudian ketik
pada sudut kanan atas anak tetingkap.
Tetapan skrin laman utama
Anda boleh menggunakan pintasan Tetapan untuk melaraskan beberapa tetapan
asas Skrin Laman Utama. Sebagai contoh, anda boleh melaraskan saiz ikon pada
skrin Laman Utama anda.
Untuk melaraskan saiz grid skrin
1Sentuh terus satu kawasan kosong pada skrin Utama anda sehingga peranti
Untuk menambah pintasan aplikasi ke skrin Laman Utama
1Pada skrin Aplikasi, sentuh terus ikon aplikasi sehingga peranti bergetar,
kemudian seret ikon ke bahagian atas skrin. Skrin Utama terbuka.
2Seret ikon ke lokasi yang dikehendaki pada skrin Laman Utama, kemudian
lepaskannya.
Untuk memindahkan aplikasi pada skrin Aplikasi
1Apabila skrin Aplikasi dibuka, ketik .
2Pastikan bahawa Susunan sendiri dipilih di bawah Isih aplikasi.
3Sentuh terus aplikasi sehingga peranti bergetar, kemudian seretnya ke lokasi
baharu.
Pintasan untuk tindakan mudah
Anda boleh mengakses pintasan secara terus daripada ikon aplikasi anda untuk
menyahpasang aplikasi yang dimuat turun atau mendedahkan lebih banyak
pilihan pantas. Contohnya, tekan lama ikon Kalendar untuk mencipta acara baharu
atau menetapkan peringatan. Semua aplikasi mempunyai pintasan ke maklumat
aplikasi yang membolehkan anda melaraskan tetapan pemberitahuan dan
kebenaran. Anda boleh pergi ke maklumat Aplikasi dengan mengetik
Untuk menggunakan pintasan bagi tindakan mudah
1Tekan lama ikon aplikasi yang dikehendaki pada Laman Utama atau skrin
Aplikasi anda.
2Pilih daripada pilihan yang muncul. Contohnya, ketik
untuk pergi ke
maklumat Aplikasi atau ketik untuk menyahdaya atau menyahpasang
aplikasi.
.
Jika ikon
tidak ditunjukkan, ketik untuk pilihan lanjut.
Untuk menyahdaya atau menyahpasang aplikasi dari skrin aplikasi
Aplikasi diprapasang tidak boleh dinyahpasang. Ia hanya boleh dinyahdayakan. Hanya
aplikasi yang dimuat turun boleh dinyahpasang. Jika anda menyahdayakan aplikasi yang
diprapasang, anda boleh mendayakannya sekali lagi dalam Tetapan > Apl &
pemberitahuan.
1Sentuh dan tahan aplikasi yang anda ingin nyahdaya atau nyahpasang. Jika
ia boleh dinyahdayakan atau dinyahpasang, akan muncul.
2Ketik
> LUMPUHKAN jika aplikasi diprapasang pada peranti anda atau
ketik > Nyahpasang > OK jika aplikasi dimuat turun dan anda ingin
menyahpasangnya.
Jika ikon
tidak ditunjukkan, ketik untuk pilihan lanjut.
Menavigasi aplikasi
Anda boleh menavigasi antara aplikasi menggunakan kekunci navigasi dan
tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan, yang membolehkan anda bertukar
dengan mudah antara semua aplikasi yang terbaru digunakan. Kekunci navigasi
terdiri daripada kekunci Undur, kekunci Laman Utama dan kekunci aplikasi Terbaru.
Anda juga boleh membuka dua aplikasi pada skrin serentak menggunakan mod
skrin pisah, jika aplikasi menyokong fungsi berbilang tetingkap. Sesetengah
aplikasi ditutup apabila anda menekan kekunci Skrin utama
sementara aplikasi lain dijeda atau terus berjalan dalam latar belakang. Jika
aplikasi dijeda atau berjalan dalam latar belakang, anda boleh teruskan di tempat
anda berhenti apabila anda membuka aplikasi selepas ini.
1Kosongkan semua – Untuk menutup semua aplikasi yang digunakan baru-baru ini
2Tetingkap aplikasi yang digunakan baru-baru ini – Buka aplikasi yang digunakan baru-baru ini
3Kekunci aplikasi terbaru – Buka tetingkap aplikasi yang digunakan baru-baru ini dan bar
kegemaran
4Kekunci laman utama – Keluar daripada aplikasi dan kembali ke skrin Laman Utama
5Kekunci kembali – Kembali ke skrin sebelumnya dalam aplikasi atau tutup aplikasi
Untuk membuka tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan
•Tekan .
Untuk menukar dengan cepat antara aplikasi yang digunakan baru-baru ini.
•Tekan
dua kali dengan cepat.
Untuk menutup semua aplikasi yang digunakan baru-baru ini
•Tekan
dan kemudian, ketik Kosongkan semua.
Untuk membuka menu dalam aplikasi
•Semasa menggunakan aplikasi, ketik atau .
Menu tidak tersedia dalam semua aplikasi.
Mod skrin pisah
Mod skrin pisah membolehkan anda melihat dua aplikasi serentak, sebagai
contoh, jika anda mahu melihat peti masuk e-mel dan penyemak imbas web anda
pada masa yang sama.
2 Sempadan skrin pisah – Seret untuk mensaiz semula tetingkap
3 Aplikasi 2
4 Kekunci skrin pisah – Pilih aplikasi yang digunakan baru-baru ini
5 Kekunci laman utama – Kembali ke skrin Laman Utama
6 Kekunci kembali – Kembali ke skrin sebelumnya dalam aplikasi atau tutup aplikasi
Tidak semua aplikasi menyokong mod skrin pisah.
Untuk menggunakan mod skrin pisah
1Pastikan bahawa dua aplikasi yang anda ingin gunakan dalam mod skrin
pisah dibuka dan berjalan dalam latar belakang.
2Buka aplikasi yang ingin anda gunakan dalam mod skrin pisah, kemudian
tekan lama
. Aplikasi akan ditetapkan ke bahagian pertama skrin pisah.
3Pilih aplikasi kedua yang diingini daripada senarai imej kecil.
4Jika anda ingin mengubah saiz tetingkap skrin pisah, seret sempadan skrin
pisah di tengah.
5Untuk keluar mod skrin pisah, tekan lama
semasa tetingkap skrin pisah
dipaparkan.
Mod sebelah tangan
Dayakan mod sebelah tangan untuk mengurangkan saiz paparan supaya anda
boleh menaip sebelah tangan dengan lebih mudah. Anda boleh melaraskan saiz
paparan seperti yang dikehendaki.
Untuk mendayakan atau menyahdayakan mod sebelah tangan
1Cari dan ketik Tetapan > Paparan > Terperinci > Mod sebelah tangan.
2Ketik penggelangsar di bawah Mod sebelah tangan untuk mendayakan
atau melumpuhkan fungsi.
3Untuk mengecilkan skrin, leret melintasi bar navigasi.
4Untuk keluar daripada Mod sebelah tangan, leret melintasi skrin atau ketik
1Untuk mengalihkan skrin ke bahagian kiri atau bahagian kanan, ketik atau
sewajarnya.
2Untuk mengalihkan skrin ke atas atau ke bawah, seret jalur mendatar di tepi
skrin yang disaizkan semula.
3Untuk mengubah semula saiz skrin, seret di tepi skrin yang mahu diubah
semula saiznya.
Widget
Widget ialah aplikasi kecil yang anda boleh gunakan secara terus pada skrin
Laman Utama anda. Ia juga berfungsi sebagai pintasan. Contohnya, widget Cuaca
membolehkan anda melihat maklumat cuaca asas secara terus pada skrin Laman
Utama anda. Apabila anda mengetik widget, aplikasi Cuaca penuh terbuka. Anda
boleh memuat turun widget tambahan daripada Google Play.
Untuk menambah widget ke Skrin utama
1Sentuh terus mana-mana kawasan kosong pada Skrin utama anda
sehingga peranti bergetar, kemudian ketik Widget.
2Cari dan ketik widget yang anda ingin tambahkan.
Untuk mensaiz semula widget
1Sentuh terus widget sehingga peranti bergetar, kemudian lepaskannya.
2Jika saiz widget boleh diubah semula, pilihan Saiz semula muncul.
Contohnya, widget Kalendar yang boleh diubah saiz.
3Ketik Saiz semula dan seret titik untuk mengecilkan atau mengembang
widget.
4Untuk mengesahkan saiz baru, ketik di mana-mana sahaja pada Skrin
utama.
Untuk mengalihkan widget
•Sentuh terus widget sehingga peranti bergetar, kemudian seretnya ke lokasi
baharu.
Untuk mengalih keluar widget
•Sentuh terus widget sehingga peranti bergetar, kemudian seretnya ke Alih
keluar dari skrin laman utama.
Jalan pintas dan folder
Gunakan jalan pintas dan folder untuk mengurus aplikasi anda dan memastikan
skrin Utama anda kemas.
Untuk menambahkan pintasan aplikasi ke Skrin laman utama anda
1Sentuh terus pada bahagian kosong pada Skrin utama anda sehingga
peranti bergetar.
2Dalam menu penyesuaian, ketik Widget > Jalan pintas.
3Tatal melalui senarai dan pilih aplikasi. Aplikasi yang dipilih akan ditambah
ke Skrin utama.
Untuk mengalihkan item pada skrin Utama
•Sentuh terus item sehingga peranti bergetar, kemudian seret item ke lokasi
baru.
Untuk mengalih keluar item dari skrin Laman Utama
•Sentuh terus item sehingga peranti bergetar, kemudian seret item ke Alih
keluar dari skrin laman utama pada bahagian atas skrin.
Untuk mencipta folder pada Skrin laman utama
•Sentuh terus ikon aplikasi atau jalan pintas sehingga peranti bergetar,
kemudian seret dan lepaskannya di bahagian atas ikon aplikasi lain atau
pintasan.
Untuk menambahkan item ke folder pada Skrin laman utama
•Sentuh terus item sehingga peranti bergetar, kemudian seret item ke folder.
Untuk menamakan semula folder pada Skrin utama
1Ketik folder untuk membukanya.
2Ketik bar tajuk folder untuk menunjukkan medan Nama folder.
3Masukkan nama folder baru dan ketik SELESAI.
Anda juga boleh menggunakan pintasan untuk tindakan mudah. Tekan lama nama folder
dan ketik Namakan semula.
Latar belakang dan tema
Peranti anda datang dengan latar belakang lalai, tetapi anda boleh sesuaikan skrin
Utama dan skrin Kunci mengikut gaya anda tersendiri menggunakan hias latar dan
tema yang menampilkan warna dan corak yang berbeza.
Hias latar boleh digunakan tanpa mengubah sebarang elemen lain bagi skrin
Utama dan skrin Kunci anda. Hias latar langsung menambah kesan visual pada
interaksi anda dengan skrin sentuh, membenarkan paparan berubah secara
dinamik.
Tema boleh meliputi hias latar, penjimat skrin, bar tajuk dan skim bunyi yang
semuanya sesuai untuk mencipta rupa dan rasa yang unik untuk peranti anda.
Untuk menukar hias latar anda
1Sentuh terus mana-mana kawasan kosong pada Skrin utama anda
sehingga peranti bergetar.
2Ketik Hias latar.
3Untuk menetapkan hias latar yang sama untuk skrin Kunci dan Utama, pilih
hias latar dan ketik GUNA. Untuk menetapkan hias latar yang berbeza, ketik
dahulu pratonton skrin Kunci atau Utama. Pilih hias latar untuk skrin itu dan
ketik PILIH > GUNA.
Anda juga boleh menggunakan foto sebagai hias latar anda. Daripada memilih hias latar
daripada pilihan yang ditunjukkan, ketik Foto. Pilih foto dan ketik PILIH > GUNA.
Untuk menetapkan tema
1Sentuh terus pada bahagian kosong pada Skrin utama anda sehingga
peranti bergetar.
2Ketik Tema.
3Pilih satu pilihan:
•Untuk menggunakan tema sedia ada, pilih tema tersebut, kemudian ketik
GUNAKAN TEMA.
•Untuk memuat turun tema baharu, ketik DAPATKAN LEBIH BANYAK
TEMA.
Apabila anda menukar tema, latar belakang turut berubah dalam sesetengah aplikasi.
Mengambil tangkapan skrin
Anda boleh menangkap imej pegun sebarang skrin pada peranti anda sebagai
tangkapan skrin. Tangkapan skrin yang anda ambil disimpan secara automatik
dalam aplikasi album.
Untuk mengambil tangkapan skrin
1Tekan lama kekunci kuasa sehingga tetingkap gesaan muncul.
2Ketik
Anda boleh mengambil tangkapan skrin dengan menekan terus kekunci kuasa dan kekunci
kelantangan rendah serentak juga.
.
Untuk melihat tangkapan skrin anda
1Ketik dua kali bar status untuk memaparkan panel Pemberitahuan.
2Ketik tangkapan skrin.
Pemberitahuan
Pemberitahuan memaklumkan anda tentang acara seperti mesej baharu dan
pemberitahuan kalendar serta aktiviti yang sedang berlangsung seperti muat
turun fail. Pemberitahuan muncul di tempat berikut: