Memulakan semula, menetapkan semula dan membaiki............111
Waranti, SAR dan garis panduan penggunaan.............................112
Maklumat undang-undang........................................................... 113
5
Langkah permulaan
Tentang Panduan pengguna ini
Ini merupakan Xperia™ X Compact Panduan pengguna untuk versi perisian
Android™ 8.0. Jika anda tidak pasti versi perisian yang sedang dijalankan oleh
peranti anda, anda boleh menyemaknya dalam menu Tetapan.
Kemas kini sistem dan aplikasi boleh mewujudkan ciri dalam peranti anda dengan cara
yang lain daripada dihuraikan dalam panduan Pengguna ini. Versi Android mungkin tidak
terjejas dalam kemas kini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemas kini
perisian, lihat
Untuk menyemak versi perisian semasa peranti anda
•Cari dan ketik Tetapan > Sistem > Mengenai telefon.
Versi perisian semasa dipaparkan di bawah Nombor binaan.
Untuk mencari nombor model peranti anda
•Cari dan ketik Tetapan > Sistem > Mengenai telefon.
Nombor model peranti dipaparkan di bawah Model.
Had pada perkhidmatan dan ciri
Sesetengah perkhidmatan dan ciri yang diterangkan dalam Panduan pengguna ini
mungkin tidak disokong di semua negara atau rantau atau oleh semua rangkaian
atau pembekal perkhidmatan. Nombor Kecemasan Antarabangsa GSM sentiasa
boleh digunakan di semua negara, rantau, rangkaian dan oleh semua pembekal
khidmat, sekiranya peranti disambungkan ke rangkaian mudah alih. Sila hubungi
operator rangkaian atau pembekal khidmat anda untuk menentukan ketersediaan
sebarang perkhidmatan atau ciri khusus dan sama ada bayaran akses atau
penggunaan tambahan dikenakan.
Penggunaan ciri dan aplikasi tertentu yang diterangkan dalam panduan ini
mungkin memerlukan akses kepada Internet. Anda boleh dikenakan caj
penyambungan data apabila anda menyambung ke Internet dari peranti anda.
Hubungi pengendali rangkaian wayarles anda untuk mendapatkan maklumat
lanjut.
Kefungsian cap jari tidak tersedia dalam pasaran AS.
Pemasangan
Peranti anda hanya menyokong kad SIM nano. Kad SIM mikro nano dan kad
memori mempunyai slot berasingan. Pastikan anda tidak terkeliru antara keduaduanya.
Untuk mencegah kehilangan data, sila pastikan anda menutup peranti atau
menyahlekapkan kad memori sebelum anda menyeret keluar pemegang untuk
mengeluarkan kad SIM nano atau kad memori daripada peranti.
Untuk memasukkan kad SIM nano dan kad memori
Jangan potong kad SIM anda, kerana ini boleh merosakkan peranti anda.
1
Seret keluar bekas kad SIM nano dan memori.
2Masukkan kad memori ke dalam bekas kad memori dalam orientasi yang
betul, seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi.
3Masukkan kad SIM nano dengan kemas dalam bekas kad SIM, seperti yang
ditunjukkan dalam ilustrasi.
4Tolak kembali bekas dengan lembut ke dalam slot sehingga ia masuk ke
Sebelum menggunakan peranti anda, keluarkan filem perlindungan dengan menarik tab
terjulur ke atas.
Penutup dan pelindung skrin boleh membantu anda melindungi peranti anda
daripada rosak. Kami mengesyorkan anda hanya menggunakan penutup skrin
yang dicadangkan untuk peranti Xperia™ anda. Penggunaan aksesori
perlindungan skrin pihak ketiga boleh menghalang peranti anda daripada
berfungsi dengan menutup sensor, kanta, pembesar suara atau mikrofon dan ia
boleh membatalkan jaminan.
Memulakan peranti anda untuk kali pertama
Anda disyorkan mengecas bateri selama sekurang-kurang 30 minit sebelum
memulakan peranti anda buat pertama kali. Anda masih boleh menggunakan
peranti anda semasa ia sedang dicas. Untuk mendapatkan maklumat lanjut
mengenai pengecasan, lihat
Mengecas peranti anda
Kali pertama anda memulakan peranti anda, panduan persediaan membantu anda
mengkonfigurasikan tetapan asas, memperibadikan peranti anda dan mendaftar
masuk ke akaun anda, contohnya akaun Google™.
Untuk menghidupkan peranti anda
Menggunakan kabel USB Type-C yang disediakan adalah penting apabila mengecas peranti
anda kerana jenis kabel USB lain boleh merosakkan peranti anda. Bateri disyorkan agar
dicas selama sekurang-kurangnya 30 minit sebelum anda menghidupkan peranti anda
untuk pertama kali.
di halaman 32.
1Tekan dan tahan kekunci kuasa sehingga peranti anda bergetar.
2Masukkan PIN kad SIM anda apabila diminta, kemudian ketik .
3Tunggu sebentar sementara peranti anda dimulakan.
PIN kad SIM anda pada mulanya dibekalkan oleh pengendali rangkaian anda, tetapi anda
boleh menukarnya kemudian daripada menu Tetapan. Untuk membetulkan kesilapan yang
dilakukan semasa memasukkan PIN kad SIM anda, ketik .
Untuk mematikan peranti
1Tekan dan tahan kekunci kuasa
sehingga menu pilihan dibuka.
2Dalam menu pilihan, ketik Matikan kuasa.
Sedikit masa diperlukan untuk peranti ditutup.
Mengapakah saya memerlukan akaun Google?
Peranti Xperia anda dijalankan pada platform Android yang dibangunkan oleh
Google. Pelbagai aplikasi dan perkhidmatan Google tersedia pada peranti anda
apabila anda membelinya, contohnya, Gmail™, Google Maps™, YouTube™ dan
Play Store™. Untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada perkhidmatan ini,
anda memerlukan akaun Google. Akaun Google membolehkan anda:
•Memuat turun dan memasang aplikasi daripada Google Play™.
•Menyelaraskan e-mel, kenalan dan kalendar anda menggunakan Gmail.
•Bersembang dengan rakan menggunakan aplikasi Hangouts™.
•Segerakkan sejarah semak imbas dan penanda halaman anda dengan
menggunakan penyemak imbas web Google Chrome™.
•Mengenal pasti diri anda sebagai pengguna yang sah selepas pembaikan perisian
menggunakan Xperia Companion.
•Mencari, mengunci atau mengosongkan peranti yang hilang atau dicuri secara
kawalan jauh menggunakan perkhidmatan Cari peranti saya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Android dan Google, pergi ke
http://support.google.com
Ia adalah penting untuk mengingati nama dan kata laluan akaun Google anda, sekiranya
anda perlu menggunakannya untuk mengenal pasti diri anda atas sebab-sebab
keselamatan. Jika anda gagal memberikan nama pengguna dan kata laluan akaun Google
anda dalam situasi ini, peranti anda akan dikunci. Jika anda mempunyai lebih daripada satu
akaun Google, pastikan anda memasukkan butiran untuk akaun yang berkaitan.
.
Untuk menyediakan akaun Google pada peranti anda
1Cari dan ketik Tetapan > Pengguna & akaun > Tambah akaun > Google.
2Ikut arahan pada skrin untuk mencipta akaun Google atau mendaftar masuk
jika anda sudah mempunyai akaun.
Anda juga boleh mencipta akaun Google menggunakan panduan persediaan apabila kali
pertama anda memulakan peranti anda atau pergi dalam talian kemudian dan cipta akaun
di
https://myaccount.google.com/
.
Untuk mengalih keluar akaun Google
1Cari dan ketik Tetapan > Pengguna & akaun.
2Pilih akaun Google yang ingin anda alih keluar.
3Ketik ALIH KELUAR AKAUN.
4Ketik ALIH KELUAR AKAUN sekali lagi untuk mengesahkan.
Jika anda mengalih keluar akaun Google anda, sebarang ciri keselamatan yang dipautkan
ke akaun Google anda tidak lagi akan tersedia.
Peranti anda termasuk pilihan keselamatan, amat disyorkan sekiranya hilang atau
dicuri.
Apabila menggunakan pilihan keselamatan untuk melindungi peranti anda, ia penting
untuk mengingati butiran yang diberikan semasa penyediaan.
Kunci skrin
Tetapkan kunci skrin selamat pada peranti anda menggunakan PIN, kata laluan,
corak atau cap jari bagi menghalang orang lain daripada menggunakan peranti
anda tanpa kebenaran. Sebaik sahaja kunci skrin ditetapkan, ia mustahil untuk
membuka kunci skrin atau memadamkan kandungan melalui Penetapan Data
Kilang tanpa menyediakan maklumat kunci skrin.
Jika anda menambah maklumat perhubungan anda pada kunci skrin, contohnya e-mel
anda, maklumat ini boleh digunakan untuk mendapatkan kembali peranti anda jika anda
kehilangannya.
Akaun Google
Tambah akaun Google supaya anda boleh menggunakan perkhidmatan Cari
peranti saya. Dalam beberapa situasi, anda juga mungkin perlu memperkenalkan
diri anda di atas sebab-sebab keselamatan menggunakan akaun Google anda.
Cari peranti saya
Gunakan perkhidmatan Cari peranti saya untuk mencari, mengunci, membuka
kunci atau memadamkan dari jauh kandungan pada peranti yang hilang. Selepas
anda telah mendaftar masuk ke akaun Google anda, Cari peranti saya dihidupkan
secara lalai.
Kunci kad SIM
Kunci kad SIM anda dengan PIN untuk melindungi langganan anda daripada
penyalahgunaan. PIN diperlukan setiap kali anda memulakan semula peranti anda.
Nombor IMEI
Simpan salinan nombor IMEI. Jika peranti anda dicuri, sesetengah pembekal
rangkaian boleh menggunakan nombor ini untuk menghentikan peranti daripada
mengakses rangkaian dalam negara atau rantau anda.
Sandaran
Sandarkan kandungan pada peranti anda sekiranya peranti anda rosak, hilang atau
dicuri. Lihat
Membuat sandaran dan memulihkan kandungan
di halaman 39.
Kunci skrin
Kefungsian cap jari tidak tersedia dalam pasaran AS.
Apabila skrin dikunci, anda perlu membuka kuncinya dengan gerak isyarat leretan
atau dengan corak peribadi, PIN, kata laluan atau cap jari anda. Pada mulanya,
leretan skrin yang tidak dilindungi ditetapkan, tetapi anda disyorkan supaya
menggunakan kunci skrin yang lebih selamat untuk melindungi peranti anda.
Tahap keselamatan bagi setiap jenis kunci disenaraikan di bawah dalam susunan
paling lemah hingga paling kukuh:
•Leret: tiada perlindungan, tetapi anda mempunyai akses pantas ke skrin Laman
Utama.
•Corak: lukis corak yang ringkas menggunakan jari anda untuk membuka kunci
peranti anda.
•PIN: masukkan PIN angka sekurang-kurangnya empat digit untuk membuka kunci
peranti anda.
•Kata laluan: masukkan kata laluan abjad angka untuk membuka kunci peranti
anda.
•Cap Jari: letakkan jari anda yang berdaftar pada sensor untuk membuka kunci
peranti anda.
Cap jari perlu didaftarkan dengan Pengurus Cap Jari sebelum guna. Untuk
mengkonfigurasikan pemberitahuan pada skrin kunci, lihat
Pemberitahuan
pada
halaman 26.
Untuk mencipta atau menukar kunci skrin
Sangat penting untuk anda mengingati kunci skrin anda apabila menggunakan corak, PIN
atau kata laluan. Jika anda terlupa maklumat ini, data penting seperti kenalan dan mesej
mungkin tidak dapat dipulihkan. Lihat petua penyelesaian masalah untuk peranti anda di
http://support.sonymobile.com
.
1Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Kunci skrin.
2Jika diminta, sahkan kunci skrin semasa anda.
3Buat pilihan dan ikut arahan pada skrin.
4Apabila kunci skrin selamat digunakan, anda boleh menetapkan butang
kuasa untuk mengunci skrin, menetapkan masa pengaktifan kunci skrin dan
mencipta mesej skrin kunci dengan menekan
.
Jika anda menggunakan akaun Microsoft Exchange ActiveSync (EAS), tetapan keselamatan
EAS mungkin mengehadkan jenis skrin kunci kepada PIN atau kata laluan sahaja. Hubungi
pentadbir rangkaian anda untuk memeriksa dasar keselamatan rangkaian yang
dilaksanakan.
Membuka kunci peranti anda secara automatik
Ciri Kunci Pintar membolehkan anda menetapkan peranti anda tidak berkunci
secara automatik dalam situasi tertentu, contohnya, apabila bersambung ke
peranti Bluetooth atau anda sedang membawanya bersama anda.
Ciri Kunci Pintar boleh didapati di kebanyakan pasaran, negara atau rantau.
Pergi ke
http://www.support.google.com/
lanjut tentang ciri Kunci Pintar.
Untuk mendayakan Kunci Pintar
1Tetapkan corak, PIN atau kata laluan sebagai kunci skrin jika anda belum
berbuat demikian.
2Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Ejen amanah.
3Ketik penggelangsar Kunci Pintar (Google) untuk mendayakan fungsi
tersebut.
4Ketik
.
5Cari dan ketik Kunci Pintar.
6Masukkan corak, PIN atau kata laluan anda. Anda perlu memasukkan
kelayakan ini untuk mengubah tetapan Kunci Pintar anda.
7Pilih jenis Kunci Pintar.
dan cari "kunci pintar" untuk maklumat
Pengurus Cap Jari
Kefungsian cap jari tidak tersedia dalam pasaran AS.
Pengurus Cap Jari mendaftar maklumat cap jari yang boleh digunakan sebagai
kaedah keselamatan tambahan untuk membuka kunci peranti anda atau
mengesahkan pembelian. Anda dibenarkan untuk mendaftar maksimum 5 cap jari
pada peranti anda.
Sebelum menggunakan sensor Cap Jari, pastikan sensor bersih dan tanpa sebarang
kelembapan yang boleh dilihat.
Untuk mendaftar cap jari untuk kali pertama
1Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Pengurus Cap Jari.
2Ketik SETERUSNYA. Jika digesa, sahkan corak, PIN atau kata laluan anda.
3Ketik SETERUSNYA dan ikut arahan pada skrin untuk melengkapkan
pendaftaran cap jari.
Apabila mendaftar cap jari untuk kali pertama, anda juga digesa untuk menyediakan corak,
PIN atau kata laluan sebagai sandaran keselamatan jika anda belum berbuat demikian.
Sensor Cap Jari berada pada kunci kuasa dan bukan pada skrin peranti anda. Sebelum
menggunakan sensor Cap Jari, pastikan sensor bersih dan tanpa sebarang kelembapan
yang boleh dilihat.
Untuk mendaftar cap jari tambahan
1Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Pengurus Cap Jari.
2Sahkan corak, PIN atau kata laluan anda.
3Ketik Tambahkan cap jari, kemudian ikut arahan pada skrin.
Untuk memadam cap jari yang didaftarkan
1Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Pengurus Cap Jari.
2Sahkan corak, PIN atau kata laluan anda.
3Ketik pada cap jari yang didaftarkan, kemudian ketik PADAM > PADAM.
Untuk menamakan semula cap jari berdaftar
1Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Pengurus Cap Jari.
2Pilih cap jari berdaftar dalam senarai, kemudian masukkan nama dan ketik
OK.
Perlindungan kad SIM
Anda boleh mengunci dan membuka kunci setiap kad SIM yang anda gunakan
dalam peranti anda dengan PIN. Apabila kad SIM dikunci, langganan yang
dipautkan pada kad itu dilindungi daripada salah guna, yang bermaksud anda
perlu memasukkan PIN setiap kali anda memulakan peranti anda.
Jika anda salah masukkan PIN terlalu banyak kali, kad SIM anda akan disekat. Anda
kemudiannya perlu memasukkan PUK (Kunci Buka Sekatan Peribadi) anda dan PIN
baru. PIN dan PUK anda diberikan oleh pengendali rangkaian anda.
Untuk menyediakan kunci kad SIM
1Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Kunci kad SIM.
2Ketik penggelangsar di sebelah Kunci kad SIM untuk mendayakannya.
3Masukkan PIN kad SIM dan ketik OK. Kunci kad SIM sekarang aktif dan anda
akan digesa untuk memasukkan PIN anda setiap kali anda memulakan
semula peranti anda.
Untuk menukar PIN kad SIM
1Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Kunci kad SIM.
2Ketik Tukar PIN SIM.
3Masukkan PIN kad SIM lama dan ketik OK.
4Masukkan PIN kad SIM baru dan ketik OK.
5Taipkan semula PIN kad SIM baru dan ketik OK.
Untuk membuka kunci kad SIM yang disekat menggunakan kod PUK
1Masukkan kod PUK dan ketik .
2Masukkan kod PIN baharu dan ketik .
3Masukkan semula kod PIN baharu dan ketik .
Jika anda memasukkan kod PUK yang salah terlalu banyak kali, anda perlu menghubungi
operator rangkaian anda untuk mendapatkan kad SIM.
Mencari nombor IMEI peranti anda
Peranti anda mempunyai nombor pengenalan unik yang dirujuk sebagai IMEI atau
ID Produk. Anda hendaklah menyimpan salinan nombor ini. Anda mungkin
memerlukannya, jika peranti anda dicuri atau apabila menghubungi sokongan.
Untuk melihat nombor IMEI anda menggunakan pad dail
1Cari dan ketik
2Ketik .
3Masukkan *#06# ke dalam pad dail. Nombor IMEI dipaparkan pada secara
automatik.
Untuk melihat nombor IMEI anda pada jalur label
.
1Cungkil keluar bekas kad SIM/Ingatan.
2Seret jalur keluar menggunakan kuku jari anda. Jalur memaparkan nombor
IMEI.
Mencari, mengunci atau memadamkan peranti yang hilang
Google menawarkan perkhidmatan lokasi dan keselamatan web yang dipanggil
Cari peranti saya. Selepas anda telah mendaftar masuk ke akaun Google, Cari
peranti saya dihidupkan secara lalai. Sekiranya anda kehilangan peranti, anda
boleh menggunakan Cari peranti saya untuk:
•Cari dan tunjukkan lokasi peranti anda pada peta.
•Kunci peranti anda dan tunjukkan mesej pada skrin kunci.
•Buka kunci peranti anda dan tetapkannya semula dengan memadamkan
kandungannya.
•Aktifkan pendering, walaupun bunyi dimatikan.
Peranti anda mesti dihidupkan, mempunyai sambungan Internet dan
perkhidmatan lokasi diaktifkan. Perkhidmatan Cari peranti saya mungkin tidak
tersedia di semua negara atau rantau.
Jika anda memadamkan kandungan pada peranti anda menggunakan Cari peranti saya,
anda perlu memasukkan nama pengguna dan kata laluan untuk akaun Google supaya anda
boleh menggunakan peranti anda sekali lagi. Ia boleh jadi mana-mana akaun Google yang
telah anda sediakan pada peranti anda sebagai pemilik. Jika anda tidak boleh memberikan
maklumat ini semasa penyediaan, anda tidak akan dapat menggunakan peranti anda
langsung selepas penetapan semula.
Untuk maklumat tambahan mengenai Cari peranti saya, pergi ke
https://www.support.google.com/
Untuk mengesahkan bahawa peranti anda boleh ditemui
•Pergi ke
menggunakan akaun Google anda.
https://www.google.com/android/find
dan cari “Cari peranti saya”.
dan daftar masuk
Menggunakan perkhidmatan lokasi
Perkhidmatan lokasi membolehkan aplikasi seperti Peta dan kamera menentukan
lokai anda menggunakan Wi-Fi dan GPS (Sistem Kedudukan Sejagat). Jika anda
tidak berada dalam penglihatan jelas satelit GPS, lokasi anda boleh ditentukan
menggunakan fungsi Wi-Fi. Dan jika anda tidak berada dalam liputan rangkaian,
peranti anda boleh menentukan lokasi anda menggunakan rangkaian mudah alih
anda.
Bagi menggunakan peranti anda untuk mencari lokasi anda, anda perlu
mendayakan perkhidmatan lokasi.
Untuk mendayakan atau melumpuhkan perkhidmatan lokasi
pilihan untuk memilih kenalan yang anda mahu kongsikan lokasi anda. Anda
juga boleh memilih cara untuk berkongsi lokasi anda dengan mengetik Lagi.
Anda juga boleh menjejaki sejarah aktiviti anda di bawah Sejarah Lokasi Google.
, pilih jangka masa anda mahu untuk fungsi dihidupkan dan buat
Memperbaik ketepatan GPS
Kali pertama anda menggunakan fungsi GPS dalam peranti anda, ia boleh
mengambil masa beberapa minit untuk lokasi anda ditemui. Untuk membantu
carian, pastikan anda mempunyai pandangan langit yang jelas. Berdiri tegak dan
jangan lindungi antena GPS (kawasan yang diserlahkan dalam imej). Isyarat GPS
boleh melepasi awan dan plastik, tetapi tidak melalui objek pejal seperti bangunan
dan gunung. Jika lokasi anda tidak dijumpai selepas beberapa minit, bergerak ke
lokasi lain.
•Tatal ke kiri atau ke kanan, contohnya, antara anak tetingkap skrin Laman Utama.
•Leret ke kiri atau kanan untuk mendedahkan lebih banyak pilihan.
Menguis
•Tatal dengan pantas, contohnya, dalam senarai atau pada laman web Anda boleh
hentikan pergerakan penatalan dengan mengetik skrin.
Menghidupkan atau mematikan skrin
Apabila peranti anda dihidupkan dan dibiarkan melahu untuk tempoh masa yang
ditetapkan, skrin menjadi malap dan mati untuk menjimatkan kuasa bateri. Anda
boleh menukar tempoh masa skrin anda kekal aktif sebelum ia dimatikan.
Apabila skrin anda dimatikan, peranti anda boleh dikunci atau dibuka kunci,
bergantung pada tetapan kunci skrin anda. Lihat
Untuk menghidupkan atau mematikan skrin
•Tekan sebentar kekunci kuasa
Untuk melaraskan masa melahu sebelum skrin dimatikan
1Cari dan ketik Tetapan > Paparan > Tidur.
2Buat pilihan.
.
Kunci skrin
pada halaman 11.
Kawalan cahaya latar pintar
Kawalan cahaya latar pintar memastikan skrin dihidupkan selagi peranti dipegang.
Sebaik sahaja anda meletakkan peranti, skrin dimatikan mengikut tetapan tidur.
Untuk mendayakan atau menyahdayakan fungsi kawalan lampu belakang
Pintar
1Cari dan ketik Tetapan > Paparan > Kawalan cahaya latar pintar.
2Ketik penggelangsar untuk mendayakan atau melumpuhkan fungsi tersebut.
Skrin laman utama
Skrin utama ialah titik permulaan untuk menggunakan peranti anda. Ia serupa
dengan desktop pada skrin komputer. Bilangan anak tetingkap skrin Utama
diwakili oleh satu siri titik di bahagian bawah skrin Utama. Titik yang diserlahkan
menunjukkan anak tetingkap yang sedang dipaparkan.
Jika Google Assistant didayakan, ikon Skrin utama kelihatan sebagai dalam bar navigasi.
Gambaran keseluruhan skrin utama
1Selamat datang ke widget Xperia — Ketik untuk membuka widget dan memilih tugas seperti
menyalin kandungan dari peranti lama anda atau menyediakan perkhidmatan Xperia
2Titik — Mewakili bilangan anak tetingkap Laman Utama
Untuk pergi ke skrin Utama
•Tekan .
Untuk menyemak imbas skrin Utama
Anak tetingkap skrin laman utama
Anda boleh memadamkan anak tetingkap atau menambah yang baharu pada
skrin Utama anda (maksimum sehingga dua puluh anak tetingkap).
Untuk menetapkan anak tetingkap sebagai anak tetingkap utama Skrin laman
utama
1Sentuh terus satu kawasan kosong pada skrin Utama anda sehingga peranti
bergetar.
2Kuis ke kiri atau ke kanan untuk menyemak imbas ke anak tetingkap yang
anda ingin tetapkan sebagai anak tetingkap skrin Utama anda yang utama,
kemudian ketik
Apabila Google Feed didayakan, anak tetingkap paling kiri dirizabkan untuk perkhidmatan
ini dan anak tetingkap skrin Laman Utama tidak boleh diubah. Untuk maklumat lanjut, lihat
Google Feed
.
di halaman 104.
Untuk menambah anak tetingkap pada Skrin utama anda
1Sentuh terus satu kawasan kosong pada skrin Utama anda sehingga peranti
bergetar.
2Untuk menyemak imbas anak tetingkap, kuis sepenuhnya ke kiri atau kanan,
kemudian ketik
Apabila Google Feed didayakan, anak tetingkap paling kiri dirizabkan untuk perkhidmatan
ini dan anak tetingkap tambahan tidak boleh ditambah ke kiri. Untuk maklumat lanjut, lihat
Google Feed
.
di halaman 104.
Untuk memadam anak tetingkap dari Skrin utama anda
1Sentuh terus satu kawasan kosong pada skrin Utama anda sehingga peranti
bergetar.
2Kuis ke kiri atau kanan untuk menyemak imbas anak tetingkap yang ingin
anda padamkan, kemudian ketik
pada sudut kanan atas anak tetingkap.
Tetapan skrin utama
Untuk menyahdaya atau menyahpasang aplikasi dari skrin Laman Utama
Menyahdayakan aplikasi yang dipasang awal memadamkan semua data, tetapi aplikasi
tersebut boleh didayakan sekali lagi daripada Tetapan > Aplikasi & pemberitahuan. Hanya
aplikasi yang dimuat turun boleh dinyahpasang sepenuhnya.
1Sentuh terus aplikasi yang anda ingin nyahdaya atau nyahpasang. Jika ia
boleh dinyahdayakan atau dinyahpasang, muncul.
2Ketik
atau OK jika aplikasi telah dimuat turun dan anda ingin menyahpasangnya.
Untuk melaraskan saiz ikon pada skrin Laman Utama anda
1Sentuh terus kawasan kosong pada skrin Laman Utama anda sehingga
peranti bergetar, kemudian ketik
2Ketik Saiz ikon, kemudian buat pilihan.
> Nyahdaya jika aplikasi datang dipasang awal pada peranti anda
Anda boleh mengakses pintasan secara terus daripada ikon aplikasi anda untuk
menyahpasang aplikasi yang dimuat turun atau mendedahkan pilihan yang lebih
cepat. Contohnya, tekan lama ikon Kalendar untuk mencipta acara baharu atau
menetapkan peringatan. Semua aplikasi mempunyai pintasan ke maklumat
Aplikasi, di mana anda boleh melaraskan tetapan pemberitahuan dan kebenaran.
Anda boleh pergi ke maklumat Aplikasi dengan mengetik .
Untuk menggunakan pintasan bagi tindakan mudah
1Tekan lama ikon aplikasi yang dikehendaki pada Laman Utama atau skrin
Aplikasi anda.
2Pilih daripada pilihan yang muncul. Contohnya, ketik
maklumat Aplikasi atau ketik
untuk menyahdaya atau menyahpasang
aplikasi.
untuk pergi ke
Jika ikon
tidak ditunjukkan, ketik untuk pilihan lanjut.
Untuk menyahdaya atau menyahpasang aplikasi dari skrin Aplikasi
Sama ada aplikasi boleh dinyahpasang atau dinyahdayakan bergantung pada aplikasi dan
jika ia diprapasang pada peranti anda atau dimuat turun. Aplikasi yang dimuat turun boleh
dinyahpasang. Aplikasi diprapasang tidak boleh dinyahpasang, hanya dinyahdayakan jika
aplikasi menyokong ini. Jika anda menyahdayakan aplikasi yang diprapasang, anda boleh
mendayakannya sekali lagi di bawah Tetapan > Aplikasi & pemberitahuan > Maklumat
aplikasi.
1Sentuh terus aplikasi yang anda ingin nyahpasang atau nyahdayakan.
2Ketik > OK untuk memadamkan aplikasi atau LUMPUHKAN untuk
menyahdayakan aplikasi.
Jika ikon
tidak ditunjukkan, ketik untuk pilihan lanjut.
Menavigasi aplikasi
Anda boleh menavigasi antara aplikasi menggunakan kekunci navigasi dan
tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan, yang membolehkan anda bertukar
dengan mudah antara semua aplikasi yang terbaru digunakan. Kekunci navigasi
terdiri daripada kekunci Undur, kekunci Laman Utama dan kekunci aplikasi Terbaru.
Anda juga boleh membuka dua aplikasi pada skrin serentak menggunakan mod
skrin pisah, jika aplikasi menyokong fungsi berbilang tetingkap. Sesetengah
aplikasi ditutup apabila anda menekan kekunci Skrin utama
sementara aplikasi lain dijeda atau terus berjalan dalam latar belakang. Jika
aplikasi dijeda atau berjalan dalam latar belakang, anda boleh teruskan di tempat
anda berhenti apabila anda membuka aplikasi selepas ini.
1Kosongkan semua – Untuk menutup semua aplikasi yang digunakan baru-baru ini
2Tetingkap aplikasi yang digunakan baru-baru ini – Buka aplikasi yang digunakan baru-baru ini
3Kekunci aplikasi terbaru – Buka tetingkap aplikasi yang digunakan baru-baru ini dan bar
kegemaran
4Kekunci laman utama – Keluar daripada aplikasi dan kembali ke skrin Laman Utama
5Kekunci kembali – Kembali ke skrin sebelumnya dalam aplikasi atau tutup aplikasi
Untuk membuka tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan
•Tekan .
Untuk menukar dengan cepat antara aplikasi yang digunakan baru-baru ini.
•Tekan dengan cepat
dua kali.
Untuk menutup semua aplikasi yang digunakan baru-baru ini
•Ketik
dan kemudian, ketik KOSONGKAN SEMUA.
Untuk membuka menu dalam aplikasi
•Semasa menggunakan aplikasi, ketik
Menu tidak tersedia dalam semua aplikasi.
atau .
Mod skrin pisah
Mod skrin pisah membolehkan anda melihat dua aplikasi serentak, sebagai
contoh, jika anda mahu melihat peti masuk e-mel dan penyemak imbas web anda
pada masa yang sama.
2 Sempadan skrin pisah – Seret untuk mensaiz semula tetingkap
3 Aplikasi 2
4 Kekunci skrin pisah – Pilih aplikasi yang digunakan baru-baru ini
5 Kekunci laman utama – Kembali ke skrin Laman Utama
6 Kekunci kembali – Kembali ke skrin sebelumnya dalam aplikasi atau tutup aplikasi
Tidak semua aplikasi menyokong mod skrin pisah.
Untuk menggunakan mod skrin pisah
1Pastikan bahawa dua aplikasi yang anda ingin gunakan dalam mod skrin
pisah dibuka dan berjalan dalam latar belakang.
2Buka aplikasi yang ingin anda gunakan dalam mod skrin pisah, kemudian
ketik dan tahan
. Aplikasi akan ditetapkan ke bahagian pertama skrin
pisah.
3Pilih aplikasi kedua yang diingini daripada senarai imej kecil.
4Jika anda ingin mengubah saiz tetingkap skrin pisah, seret sempadan skrin
pisah di tengah.
5Untuk keluar mod skrin pisah, ketik dan tahan
semasa tetingkap skrin
pisah dipaparkan.
Widget
Widget ialah aplikasi kecil yang anda boleh gunakan secara terus pada skrin
Laman Utama anda. Ia juga berfungsi sebagai pintasan. Contohnya, widget Cuaca
membolehkan anda melihat maklumat cuaca asas secara terus pada skrin Laman
Utama anda. Apabila anda mengetik widget, aplikasi Cuaca penuh terbuka. Anda
boleh memuat turun widget tambahan daripada Google Play.
Untuk menambah widget ke Skrin utama
1Sentuh terus mana-mana kawasan kosong pada Skrin utama anda
sehingga peranti bergetar, kemudian ketik Widget.
2Cari dan ketik widget yang anda ingin tambahkan.
Untuk mensaiz semula widget
1Sentuh terus widget sehingga peranti bergetar, kemudian lepaskannya. Jika
saiz widget boleh diubah semula, ketik Saiz semula.
2Untuk mengesahkan saiz baru widget, ketik di mana-mana sahaja pada
1Ketik folder untuk membukanya.
2Ketik bar tajuk folder untuk menunjukkan medan Nama folder.
3Masukkan nama folder baru dan ketik SELESAI.
Latar belakang dan tema
Peranti anda datang dengan latar belakang lalai, tetapi anda boleh sesuaikan skrin
Utama dan skrin Kunci mengikut gaya anda tersendiri menggunakan hias latar dan
tema yang menampilkan warna dan corak yang berbeza.
Hias latar boleh digunakan tanpa mengubah sebarang elemen lain bagi skrin
Utama dan skrin Kunci anda.
Tema boleh meliputi hias latar, penjimat skrin, bar tajuk dan skim bunyi yang
semuanya sesuai untuk mencipta rupa dan rasa yang unik untuk peranti anda.
Untuk menukar hias latar anda
1Sentuh terus mana-mana kawasan kosong pada Skrin utama anda
sehingga peranti bergetar.
2Ketik Hias latar.
3Untuk menetapkan hias latar yang sama untuk skrin Kunci dan Utama, pilih
hias latar dan ketik GUNA. Untuk menetapkan hias latar yang berbeza, ketik
dahulu pratonton skrin Kunci atau Utama. Pilih hias latar untuk skrin itu dan
ketik PILIH > GUNA.
Anda juga boleh menggunakan foto sebagai hias latar anda. Berbanding memilih hias latar
daripada pilihan yang ditunjukkan, ketik Foto. Pilih foto dan ketik PILIH.
Untuk menetapkan tema
1Sentuh terus pada bahagian kosong pada Skrin utama anda sehingga
peranti bergetar.
2Ketik Tema.
3Pilih satu pilihan:
•Untuk menggunakan tema sedia ada, pilih tema tersebut, kemudian ketik
GUNAKAN TEMA.
•Untuk memuat turun tema baharu, ketik DAPATKAN LEBIH BANYAK
TEMA.
Apabila anda menukar tema, latar belakang turut berubah dalam sesetengah aplikasi.
Mengambil tangkapan skrin
Anda boleh menangkap imej-imej pegun daripada sebarang skrin pada peranti
anda sebagai tangkapan skrin. Tangkapan skrin yang anda ambil disimpan secara
automatik dalam aplikasi Album.
Untuk mengambil tangkapan skrin
1Tekan lama kekunci kuasa sehingga tetingkap gesaan muncul.
2Ketik
.
Anda boleh mengambil tangkapan skrin dengan menekan terus kekunci kuasa dan kekunci
kelantangan rendah serentak juga.
Untuk melihat tangkapan skrin anda
1Ketik dua kali bar status untuk memaparkan panel Pemberitahuan.
Pemberitahuan memaklumkan anda tentang acara seperti mesej baharu dan
pemberitahuan kalendar serta aktiviti yang sedang berlangsung seperti muat
turun fail. Pemberitahuan muncul di tempat berikut:
•Bar status
•Panel pemberitahuan
•Skrin kunci
•Ikon aplikasi
Untuk membuka atau menutup panel Pemberitahuan
1Untuk membuka panel Pemberitahuan, seret bar status ke bawah atau ketik
dua kali padanya sahaja.
2Untuk menutup panel Pemberitahuan, seret atau kuis panel ke atas.
Selepas membuka panel Pemberitahuan, anda boleh mengakses tetapan Pantas dengan
menyeret bar status ke bawah sekali lagi.
Untuk bertindak atas pemberitahuan daripada panel Pemberitahuan
•Ketik pemberitahuan.
Anda boleh membalas bual atau mesej e-mel secara terus dalam Panel pemberitahuan.
Untuk menolak pemberitahuan dari panel Pemberitahuan
•Leret pemberitahuan ke kiri atau ke kanan.
Tidak semua pemberitahuan boleh ditolak.
Untuk menidurkan sekejap pemberitahuan, seret pemberitahuan perlahan-lahan ke sisi
dan ketik . Pemberitahuan boleh ditidurkan sekejap untuk 15, 30 minit atau 1 atau 2 jam.
Untuk memperbesarkan pemberitahuan pada panel Pemberitahuan
•Ketik
untuk mengembang dan melihat maklumat lanjut mengenai
pemberitahuan tanpa membuka aplikasi.
Tidak semua pemberitahuan boleh diperbesarkan.
Untuk mengosongkan semua pemberitahuan daripada panel Pemberitahuan
•Ketik KOSONGKAN SEMUA.
Jika terdapat senarai panjang pemberitahuan, skrol ke bawah untuk mencari butang
KOSONGKAN SEMUA.
Untuk bertindak atas pemberitahuan daripada skrin kunci
•Ketik dua kali pemberitahuan.
Untuk menolak pemberitahuan daripada skrin kunci
•Leret pemberitahuan ke kiri atau ke kanan.
Untuk memperbesarkan pemberitahuan daripada skrin kunci
•Seret pemberitahuan ke bawah.
Tidak semua pemberitahuan boleh diperbesarkan.
Pilihan paparan pemberitahuan pada skrin kunci
Jangan tunjukkan
pemberitahuan sama
sekali
Tunjukkan semua
kandungan
pemberitahuan
Sembunyikan
kandungan
pemberitahuan
sensitif
Anda tidak akan mendapat sebarang pemberitahuan pada skrin kunci.
Dapatkan semua pemberitahuan pada skrin kunci. Apabila anda
menghidupkan tetapan ini, perlu diingat bahawa semua kandungan
(termasuk kandungan e-mel masuk dan mesej sembang) akan kelihatan
pada skrin kunci melainkan anda menguntukkan aplikasi berkaitan
Sembunyikan kandungan sensitif dalam Pemberitahuan menu tetapan.
Anda mesti mempunyai PIN, kata laluan atau persediaan corak sebagai
kunci skrin anda untuk tetapan ini tersedia. Kandungan tersembunyi
dipaparkan pada dipaparkan pada skrin kunci apabila pemberitahuan
sensitif tiba. Sebagai contoh, anda akan mendapat pemberitahuan untuk emel masuk atau sembang, tetapi kandungan tidak akan kelihatan pada skrin
kunci anda.
Untuk memilih pemberitahuan untuk dipaparkan pada skrin kunci
1Cari dan ketik Tetapan > Aplikasi & pemberitahuan > Konfigurasikan
pemberitahuan.
2Ketik Pada skrin kunci.
3Pilih satu pilihan.
Anda boleh mengekalkan pemberitahuan pada skrin kunci sehingga anda meleret untuk
membuangnya. Untuk mendayakan ciri ini, ketik penggelangsar Kkalkn pbritahuan pd skrn
knci di bawah Konfigurasikan pemberitahuan.
Menetapkan tahap pemberitahuan untuk aplikasi
Benarkan titik pemberitahuan
Benarkan bunyiBenarkan semua pemberitahuan daripada aplikasi yang dipilih.
Pada skrin kunciTunjuk atau sembunyikan semua kandungan pemberitahuan pada
Keutamaan Gangguan sahaja Terima pemberitahuan daripada aplikasi ini walaupun semasa
Tunjukkan titik pemberitahuan.
skrin kunci.
Jangan ganggu ditetapkan kepada Keutamaan sahaja.
Anda boleh menetapkan saluran pemberitahuan untuk mengkategorikan tahap
pemberitahuan. Tekan lama pemberitahuan untuk menukar kategori pemberitahuan.
Untuk menetapkan tahap pemberitahuan untuk aplikasi
1Cari dan ketik Tetapan > Aplikasi & pemberitahuan > Maklumat aplikasi.
2Pilih aplikasi yang diingini, kemudian ketik Pemberitahuan aplikasi.
3Ketik penggelangsar untuk melaraskan tetapan pemberitahuan seperti yang
diingini.
Lampu pemberitahuan
Lampu pemberitahuan memaklumkan anda tentang status bateri dan beberapa
peristiwa lain. Sebagai contoh, lampu putih berkelip bermaksud terdapat mesej
baru atau panggilan terlepas. Lampu pemberitahuan didayakan secara lalai tetapi
boleh dilumpuhkan secara manual.
Apabila lampu pemberitahuan dilumpuhkan, ia hanya menyala apabila terdapat amaran
status bateri, contohnya, apabila paras bateri lebih rendah daripada 15 peratus.
Untuk mendayakan atau menyahdayakan lampu pemberitahuan
1Cari dan ketik Tetapan > Aplikasi & pemberitahuan > Konfigurasikan
pemberitahuan.
2Ketik penggelangsar di sebelah Lampu berkelip untuk mendayakan atau
melumpuhkan fungsi tersebut.
Ikon pada bar status
Ikon status
Tiada kad SIM
Kekuatan isyarat
Tiada isyarat
Perayauan
Menghantar dan memuat turun data LTE
Menghantar dan memuat turun data GPRS
Menghantar dan memuat turun data EDGE
Menghantar dan memuat turun data 3G
Menghantar dan memuat turun data HSPA+
Data mudah alih dinyahdayakan
Sambungan Wi-Fi didayakan dan data sedang dihantar
Sambungan Wi-Fi didayakan tetapi tiada sambungan Internet.
Ikon ini turut boleh muncul semasa anda cuba menyambung ke rangkaian
Wi-Fi yang selamat. Selepas berjaya melog masuk, tanda silang akan
hilang.
Jika Google disekat di kawasan anda, tanda silang mungkin muncul
walaupun apabila peranti disambungkan ke rangkaian Wi-Fi dan terdapat
sambungan Internet yang berfungsi.
Bergantung pada pembekal perkhidmatan anda, rangkaian atau rantau, fungsi atau
perkhidmatan yang diwakili oleh sesetengah ikon dalam senarai ini mungkin tidak tersedia.
Untuk menguruskan ikon bar status
1Cari dan ketik Tetapan > Paparan> Ikon sistem.
2Tandakan kotak semak untuk ikon sistem yang anda mahukannya muncul di
bar status.
Ikon pemberitahuan
Mesej teks baru atau mesej multimedia
Panggilan berjalan
Panggilan terlepas
Panggilan ditahan
Pemajuan panggilan dihidupkan
Mesej mel suara baru
Mesej e-mel baru
Memuat turun data
Memuat naik data
Data mudah alih dinyahdayakan
Jalankan persediaan asas bagi peranti anda
Kemas kini perisian tersedia
Kemas kini sistem tersedia
Memuat turun kemas kini sistem
Ketik untuk memasang kemas kini sistem yang dimuat turun
Mod STAMINA diaktifkan
Mod STAMINA ultra diaktifkan
Penjagaan Bateri diaktifkan
Pembatalan hingar hidup
Tangkapan skrin ditangkap
Mesej sembang Hangouts baru
Sebuah lagu sedang dimainkan
Peranti disambungkan dengan komputer melalui kabel USB
Storan dalaman adalah 75% penuh — ketik untuk memindahkan data ke kad
memori
Tidak semua ikon yang boleh muncul pada peranti anda disenaraikan di sini. Senarai ini
adalah untuk tujuan rujukan sahaja dan perubahan boleh dibuat tanpa notis.
Untuk menyekat aplikasi daripada menghantar pemberitahuan
1Cari dan ketik Tetapan > Aplikasi & pemberitahuan > Konfigurasikan
pemberitahuan > Pemberitahuan.
2Pilih aplikasi.
3Ketik penggelangsar di sebelah Hidup untuk menyekat pemberitahuan
aplikasi.
Gambaran keseluruhan aplikasi
Gunakan aplikasi Album untuk mengurus, melihat dan menyunting foto
dan video anda.
Gunakan aplikasi Beli-belah Amazon untuk menyemak imbas, mencari dan
membeli beribu-ribu produk terus dari peranti anda.
Gunakan aplikasi AVG Protection PRO untuk melindungi peranti anda
daripada virus, perisian hasad, perisian pengintip, cubaan memancing data
dan eksploitasi dalam talian.
Gunakan aplikasi Kalkulator untuk menjalankan pengiraan asas.
Gunakan aplikasi Kalendar untuk menjejaki acara dan menguruskan janji
temu anda.
Gunakan Kamera untuk mengambil foto dan merakam klip video.
Gunakan penyemak imbas web Chrome untuk melihat laman web, teks
dan imej serta menguruskan penanda buku anda.
Gunakan aplikasi Jam untuk menetapkan pelbagai penggera dan pemasa.
Gunakan aplikasi Kenalan untuk menguruskan nombor telefon, alamat emel dan maklumat kenalan.
Akses aplikasi, dokumen dan gambar anda yang dimuat turun.
Gunakan aplikasi Dokumen Google untuk mencipta, menyunting dan
bekerjasama dengan orang lain pada dokumen.
Semak imbas dan dengar stesen radio FM.
Gunakan aplikasi Google Drive bagi menyimpan dokumen dan fail anda
untuk akses mudah dari sebarang peranti, kongsikannya dengan rakanrakan anda dan bekerjasama dengan rakan sekerja.
Gunakan aplikasi E-mel untuk menghantar dan menerima e-mel melalui
kedua-dua akaun peribadi dan tempat kerja.
Gunakan aplikasi Facebook™ untuk perangkaian sosial dengan rakan, ahli
keluarga dan rakan sekerja di seluruh dunia.
Gunakan aplikasi Gmail untuk membaca, menulis dan mengatur mesej emel.
Cari maklumat pada peranti anda dan di web.
Nikmati muzik, filem, aplikasi dan permainan pada peranti anda dan
dapatkan akses eksklusif ke kandungan unik yang tersedia hanya dengan
peranti Xperia.