Memulakan semula, menetapkan semula dan membaiki........... 121
Waranti, SAR dan garis panduan penggunaan............................ 122
Maklumat undang-undang........................................................... 123
5
Ciri pengemaskinian perisian
Ciri baharu di Android™ 9.0
Android 9.0 Pie mengandungi beberapa ciri baharu. Berikut adalah beberapa
perubahan besar selepas mengemas kini peranti anda kepada Android 9.0.
Ciri Android 9.0 baharu tidak dirangkum dalam panduan pengguna Xperia XA2 Ultra.
Beberapa skrin dan tangkapan skrin mungkin berbeza daripada panduan pengguna ini
selepas anda mengemas kini peranti anda kepada Android 9.0.
Kamera
Tukar antara mod foto dengan video
Anda boleh tukar antara mod foto dengan video hanya dengan meleret ke kiri atau
kanan pada skrin kamera.
Ketik ikon mod untuk memilih ciri kamera
Anda boleh pilih mod Manual atau aplikasi kamera seperti Kesan AR, Kesan kreatif,
atau Panorama, dengan mengetik ikon mod pada skrin kamera.
Anda boleh akses tetapan kamera seperti pemasa kendiri, nisbah aspek, warna
dan kecerahan dari skrin kamera.
Ciri lain yang dikemas kini
Sesuaikan tetapan Jangan ganggu
Anda boleh suaikan tetapan Jangan ganggu dengan cara lebih mudah daripada
dahulu. Pilihan seperti Pemberitahuan dan Pengecualian sudah ditambah ke menu
tetapan.
Laraskan kelantangan dengan cara mudah
Anda boleh laras kelantangan media yang dipilih dengan menekan kekunci
kelantangan, ataupun mematikan atau menghidupkan kelantangan dengan
mengetik ikon kelantangan. Anda juga boleh mengetik ikon kelantangan untuk
menghidupkan atau mematikan dering atau pemberitahuan, ataupun menetapkan
peranti kepada getaran.
Anda boleh akses item Tetapan kerap diguna seperti Paparan dan Sistem di
sebelah atas skrin. Item Tetapan yang lain sudah dipindah ke Terperinci.
Akses tetapan akaun pengguna anda
Kini, anda boleh akses menu tetapan akaun dari lokasi sedikit berbeza iaitu di
Tetapan, semudah dahulu. Cari dan ketik Tetapan > Sistem > Terperinci > Berbilang
pengguna.
Ini merupakan Xperia XA2 Ultra Panduan pengguna untuk versi perisian Android™
8.0. Jika anda tidak pasti versi perisian yang sedang dijalankan oleh peranti anda,
anda boleh menyemaknya dalam menu Tetapan.
Kemas kini sistem dan aplikasi boleh mewujudkan ciri dalam peranti anda dengan cara
yang lain daripada dihuraikan dalam panduan Pengguna ini. Versi Android mungkin tidak
terjejas dalam kemas kini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemas kini
perisian, lihat
Untuk menyemak versi perisian semasa dan nombor model peranti anda
1Cari dan ketik Tetapan > Sistem > Mengenai telefon.
2Versi perisian semasa dipaparkan di bawah Nombor binaan. Nombor model
semasa dipaparkan di bawah Model.
Had pada perkhidmatan dan ciri
Sesetengah perkhidmatan dan ciri yang diterangkan dalam Panduan pengguna ini
mungkin tidak disokong di semua negara atau rantau atau oleh semua rangkaian
atau pembekal perkhidmatan. Nombor Kecemasan Antarabangsa GSM sentiasa
boleh digunakan di semua negara, rantau, rangkaian dan oleh semua pembekal
khidmat, sekiranya peranti disambungkan ke rangkaian mudah alih. Sila hubungi
operator rangkaian atau pembekal khidmat anda untuk menentukan ketersediaan
sebarang perkhidmatan atau ciri khusus dan sama ada bayaran akses atau
penggunaan tambahan dikenakan.
Penggunaan ciri dan aplikasi tertentu yang diterangkan dalam panduan ini
mungkin memerlukan akses kepada Internet. Anda boleh dikenakan caj
penyambungan data apabila anda menyambung ke Internet dari peranti anda.
Hubungi pengendali rangkaian wayarles anda untuk mendapatkan maklumat
lanjut.
Peranti anda hanya menyokong kad SIM nano. Peranti SIM tunggal membolehkan
anda menggunakan satu kad SIM dan kad memori.
Kad SIM mikro nano dan kad memori mempunyai slot berasingan. Pastikan anda
tidak terkeliru antara kedua-duanya.
Untuk maklumat tentang cara menyemak sama ada peranti anda ialah SIM
Tunggal atau SIM Dual, lihat
Mencari nombor IMEI peranti anda
pada halaman 19.
Untuk mencegah kehilangan data, sila pastikan anda menutup peranti atau
menyahlekapkan kad memori sebelum anda menyeret keluar pemegang untuk
mengeluarkan kad SIM nano atau kad memori daripada peranti.
Untuk memasukkan kad SIM nano dan kad memori
Jangan potong kad SIM anda, kerana ini boleh merosakkan peranti anda.
1Seret keluar bekas kad SIM.
2Masukkan kad memori ke dalam slot kad memori seperti yang ditunjukkan
dalam ilustrasi.
3Masukkan kad SIM dengan kemas dalam bekas kad SIM, seperti yang
ditunjukkan dalam ilustrasi.
4Tolak kembali bekas dengan lembut ke dalam slot sehingga ia masuk ke
Peranti anda hanya menyokong kad SIM nano. Peranti SIM dual menyokong
penggunaan satu atau dua kad SIM nano dan kad memori.
Peranti SIM dual tidak tersedia dalam semua pasaran atau daripada semua
operator.
Untuk maklumat tentang cara menyemak sama ada peranti anda ialah SIM
Tunggal atau SIM Dual, lihat
Untuk mencegah kehilangan data, sila pastikan anda menutup peranti atau
menyahlekapkan kad memori sebelum anda menyeret keluar pemegang untuk
mengeluarkan kad SIM nano atau kad memori daripada peranti.
Untuk memasukkan kad SIM nano dan kad memori
Mencari nombor IMEI peranti anda
pada halaman 19.
Jangan potong kad SIM anda, kerana ini boleh merosakkan peranti anda.
1Seret keluar bekas kad SIM nano.
2Masukkan kad memori dalam orientasi yang betul ke dalam slot kad memori
seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi.
3Masukkan kad SIM utama (SIM1) dengan kemas dalam bekas kad SIM,
seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi.
4Masukkan kad SIM kedua (SIM2) dengan kemas dalam bekas kad SIM,
seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi.
5Tolak kembali bekas dengan lembut ke dalam slot sehingga ia masuk ke
dalam tempatnya.
Perlindungan skrin
Sebelum menggunakan peranti anda, keluarkan semua
mendayakan kefungsian penuh.
Penutup dan pelindung skrin boleh membantu anda melindungi peranti anda
daripada rosak. Kami mengesyorkan anda hanya menggunakan penutup skrin
yang dicadangkan untuk peranti Xperia anda. Penggunaan aksesori perlindungan
skrin pihak ketiga boleh menghalang peranti anda daripada berfungsi dengan
menutup sensor, kanta, pembesar suara atau mikrofon dan ia boleh membatalkan
jaminan.
Anda disyorkan mengecas bateri selama sekurang-kurang 30 minit sebelum
memulakan peranti anda buat pertama kali. Anda masih boleh menggunakan
peranti anda semasa ia sedang dicas. Untuk mendapatkan maklumat lanjut
mengenai pengecasan, lihat
Kali pertama anda memulakan peranti anda, panduan persediaan membantu anda
mengkonfigurasikan tetapan asas, memperibadikan peranti anda dan mendaftar
masuk ke akaun anda, contohnya akaun Google™.
Untuk menghidupkan peranti anda
Menggunakan kabel USB Type-C yang disediakan adalah penting apabila mengecas peranti
anda kerana jenis kabel USB lain boleh merosakkan peranti anda. Bateri disyorkan agar
dicas selama sekurang-kurangnya 30 minit sebelum anda menghidupkan peranti anda
untuk pertama kali.
Mengecas peranti anda
di halaman 40.
1
Tekan dan tahan kekunci kuasa
sehingga peranti anda bergetar.
2Masukkan PIN kad SIM anda apabila diminta, kemudian ketik .
3Tunggu sebentar sementara peranti anda dimulakan.
PIN kad SIM anda pada mulanya dibekalkan oleh pengendali rangkaian anda, tetapi anda
boleh menukarnya kemudian daripada menu Tetapan. Untuk membetulkan kesilapan yang
dilakukan semasa memasukkan PIN kad SIM anda, ketik .
Untuk mematikan peranti
1Tekan dan tahan kekunci kuasa sehingga menu pilihan dibuka.
2Dalam menu pilihan, ketik Matikan kuasa.
Sedikit masa diperlukan untuk peranti ditutup.
Mengapakah saya memerlukan akaun Google?
Peranti Xperia anda daripada Sony dijalankan pada platform Android yang
dibangunkan oleh Google. Pelbagai aplikasi dan perkhidmatan Google tersedia
pada peranti anda apabila anda membelinya, contohnya, Gmail™, Google Maps™,
YouTube™ dan Play Store™. Untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada
perkhidmatan ini, anda memerlukan akaun Google. Sebagai contoh, akaun Google
membolehkan anda untuk melakukan perkara berikut:
•Memuat turun dan memasang aplikasi daripada Google Play™.
•Menyelaraskan e-mel, kenalan dan kalendar anda menggunakan Gmail.
•Sembang dengan rakan menggunakan aplikasi Duo™.
•Segerakkan sejarah semak imbas dan penanda halaman anda dengan
menggunakan penyemak imbas web Google Chrome™.
•Mengenal pasti diri anda sebagai pengguna yang sah selepas pembaikan perisian
menggunakan Xperia Companion.
•Mencari, mengunci atau mengosongkan peranti yang hilang atau dicuri secara
kawalan jauh menggunakan perkhidmatan Cari peranti saya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Android dan Google, pergi ke
http://support.google.com
.
Ia adalah penting untuk mengingati nama dan kata laluan akaun Google anda, kerana
dalam beberapa situasi, anda mungkin memerlukannya untuk mengenal pasti diri anda
atas sebab-sebab keselamatan. Jika anda gagal memberikan nama pengguna dan kata
laluan akaun Google anda dalam situasi ini, peranti anda akan dikunci. Selain itu, jika anda
mempunyai lebih daripada satu akaun Google, pastikan anda memasukkan butiran untuk
akaun yang berkaitan.
1Cari dan ketik Tetapan > Pengguna & akaun > Tambah akaun > Google.
2Ikut arahan pada skrin untuk mencipta akaun Google atau mendaftar masuk
jika anda sudah mempunyai akaun.
Anda juga boleh mencipta akaun Google menggunakan panduan persediaan apabila kali
pertama anda memulakan peranti anda atau pergi dalam talian kemudian dan cipta akaun
di
https://myaccount.google.com/
.
Untuk mengalih keluar akaun Google
1Cari dan ketik Tetapan > Pengguna & akaun.
2Pilih akaun Google yang ingin anda alih keluar.
3Ketik ALIH KELUAR AKAUN.
4Ketik ALIH KELUAR AKAUN sekali lagi untuk mengesahkan.
Jika anda mengalih keluar akaun Google anda, sebarang ciri keselamatan yang dipautkan
ke akaun Google anda tidak lagi akan tersedia.
Peranti anda termasuk pilihan keselamatan, amat disyorkan sekiranya hilang atau
dicuri.
Apabila menggunakan pilihan keselamatan untuk melindungi peranti anda, ia penting
untuk mengingati butiran yang diberikan semasa penyediaan.
Kunci skrin
Tetapkan kunci skrin selamat pada peranti anda menggunakan PIN, kata laluan,
corak atau cap jari bagi menghalang orang lain daripada menggunakan peranti
anda tanpa kebenaran. Sebaik sahaja kunci skrin ditetapkan, ia mustahil untuk
membuka kunci skrin atau memadamkan kandungan melalui Penetapan Data
Kilang tanpa menyediakan maklumat kunci skrin.
Jika anda menambah maklumat perhubungan anda pada kunci skrin, contohnya e-mel
anda, maklumat ini boleh digunakan untuk mendapatkan kembali peranti anda jika anda
kehilangannya.
Akaun Google
Tambah akaun Google supaya anda boleh menggunakan perkhidmatan Cari
peranti saya. Dalam beberapa situasi, anda juga mungkin perlu memperkenalkan
diri anda di atas sebab-sebab keselamatan menggunakan akaun Google anda.
Cari peranti saya
Gunakan perkhidmatan Cari peranti saya untuk mencari, mengunci, membuka
kunci atau memadamkan dari jauh kandungan pada peranti yang hilang. Selepas
anda telah mendaftar masuk ke akaun Google anda, Cari peranti saya dihidupkan
secara lalai.
Kunci kad SIM
Kunci kad SIM anda dengan PIN untuk melindungi langganan anda daripada
penyalahgunaan. PIN diperlukan setiap kali anda memulakan semula peranti anda.
Nombor IMEI
Simpan salinan nombor IMEI. Jika peranti anda dicuri, sesetengah pembekal
rangkaian boleh menggunakan nombor ini untuk menghentikan peranti daripada
mengakses rangkaian dalam negara atau rantau anda.
Peranti SIM Dual mempunyai dua nombor IMEI.
Sandaran
Sandarkan kandungan pada peranti anda sekiranya peranti anda rosak, hilang atau
dicuri. Lihat
Membuat sandaran dan memulihkan kandungan
di halaman 47.
Kunci skrin
Apabila skrin dikunci, anda perlu membuka kuncinya dengan gerak isyarat leretan
atau dengan corak peribadi, PIN, kata laluan atau cap jari anda. Pada mulanya,
leretan skrin yang tidak dilindungi ditetapkan, tetapi anda disyorkan supaya
menggunakan kunci skrin yang lebih selamat untuk melindungi peranti anda.
Tahap keselamatan bagi setiap jenis kunci disenaraikan di bawah dalam susunan
paling lemah hingga paling kukuh:
•Leret: tiada perlindungan, tetapi anda mempunyai akses pantas ke skrin Laman
Utama.
•Corak: lukis corak yang ringkas menggunakan jari anda untuk membuka kunci
peranti anda.
•PIN: masukkan PIN angka sekurang-kurangnya empat digit untuk membuka kunci
peranti anda.
•Kata laluan: masukkan kata laluan abjad angka untuk membuka kunci peranti
anda.
•Cap Jari: letakkan jari anda yang berdaftar pada sensor untuk membuka kunci
peranti anda.
Cap jari perlu didaftarkan dengan Pengurus Cap Jari sebelum guna. Untuk
mengkonfigurasikan pemberitahuan pada skrin kunci, lihat
Pemberitahuan
pada
halaman 33.
Untuk mencipta atau menukar kunci skrin
Sangat penting untuk anda mengingati kunci skrin anda apabila menggunakan corak, PIN
atau kata laluan. Jika anda terlupa maklumat ini, data penting seperti kenalan dan mesej
mungkin tidak dapat dipulihkan. Lihat petua penyelesaian masalah untuk peranti anda di
http://support.sonymobile.com
.
1Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Kunci skrin.
2Jika diminta, sahkan kunci skrin semasa anda.
3Buat pilihan dan ikut arahan pada skrin.
4Apabila kunci skrin selamat digunakan, anda boleh menetapkan butang
kuasa untuk mengunci skrin, menetapkan masa pengaktifan kunci skrin dan
mencipta mesej skrin kunci dengan menekan
.
Jika anda menggunakan akaun Microsoft Exchange ActiveSync (EAS), tetapan keselamatan
EAS mungkin mengehadkan jenis skrin kunci kepada PIN atau kata laluan sahaja. Hubungi
pentadbir rangkaian anda untuk memeriksa dasar keselamatan rangkaian yang
dilaksanakan.
Membuka kunci peranti anda secara automatik
Ciri Kunci Pintar membolehkan anda menetapkan peranti anda tidak berkunci
secara automatik dalam situasi tertentu, contohnya, apabila bersambung ke
peranti Bluetooth atau anda sedang membawanya bersama anda.
Ciri Kunci Pintar boleh didapati di kebanyakan pasaran, negara atau rantau.
Pergi ke
http://www.support.google.com/
lanjut tentang ciri Kunci Pintar.
Untuk mendayakan Kunci Pintar
1Tetapkan corak, PIN atau kata laluan sebagai kunci skrin jika anda belum
berbuat demikian.
2Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Ejen amanah.
3Ketik penggelangsar Kunci Pintar (Google) untuk mendayakan fungsi
tersebut.
4Ketik
.
5Cari dan ketik Kunci Pintar.
6Masukkan corak, PIN atau kata laluan anda. Anda perlu memasukkan
kelayakan ini untuk mengubah tetapan Kunci Pintar anda.
7Pilih jenis Kunci Pintar.
dan cari "kunci pintar" untuk maklumat
Pengurus Cap Jari
Daftar cap jari anda untuk menggunakannya sebagai kaedah keselamatan
tambahan bagi membuka kunci peranti anda atau mengesahkan pembelian. Anda
boleh mendaftar sehingga 5 cap jari pada peranti anda.
Kunci skrin corak, PIN atau kata laluan yang anda sediakan berfungsi sebagai
kaedah buka kunci sandaran apabila cap jari digunakan sebagai kunci skrin.
Sebelum menggunakan cap jari anda, pastikan sensor bersih dan tanpa sebarang
kelembapan yang boleh dilihat.
Untuk mendaftar cap jari untuk kali pertama
1Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Pengurus Cap Jari.
2Ketik SETERUSNYA. Jika digesa, sahkan corak, PIN atau kata laluan anda,
atau pilih kaedah kunci skrin sandaran anda dan ikuti arahan pada skrin
untuk menyediakannya.
3Ketik SETERUSNYA dan ikut arahan pada skrin untuk melengkapkan
pendaftaran cap jari.
Untuk mendaftar cap jari tambahan
1Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Pengurus Cap Jari.
2Sahkan corak, PIN atau kata laluan anda.
3Ketik Tambahkan cap jari, kemudian ikut arahan pada skrin.
Untuk memadam cap jari yang didaftarkan
1Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Pengurus Cap Jari.
2Sahkan corak, PIN atau kata laluan anda.
3Ketik pada cap jari yang didaftarkan, kemudian ketik PADAM > PADAM.
Untuk menamakan semula cap jari berdaftar
1Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Pengurus Cap Jari.
2Pilih cap jari berdaftar dalam senarai, kemudian masukkan nama dan ketik
OK.
Perlindungan kad SIM
Anda boleh mengunci dan membuka kunci setiap kad SIM yang anda gunakan
dalam peranti anda dengan PIN. Apabila kad SIM dikunci, langganan yang
dipautkan pada kad itu dilindungi daripada salah guna, yang bermaksud anda
perlu memasukkan PIN setiap kali anda memulakan peranti anda.
Jika anda salah masukkan PIN terlalu banyak kali, kad SIM anda akan disekat. Anda
kemudiannya perlu memasukkan PUK (Kunci Buka Sekatan Peribadi) anda dan PIN
baru. PIN dan PUK anda diberikan oleh pengendali rangkaian anda.
Untuk menyediakan kunci kad SIM
1Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Kunci kad SIM.
2Pengguna SIM Dual, pilih kad SIM.
3Ketik penggelangsar di sebelah Kunci kad SIM untuk mendayakannya.
4Masukkan PIN kad SIM dan ketik OK. Kunci kad SIM sekarang aktif dan anda
akan digesa untuk memasukkan PIN anda setiap kali anda memulakan
semula peranti anda.
Untuk menukar PIN kad SIM
1Cari dan ketik Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Kunci kad SIM.
2Pengguna SIM Dual, pilih kad SIM.
3Ketik Tukar PIN SIM.
4Masukkan PIN kad SIM lama dan ketik OK.
5Masukkan PIN kad SIM baru dan ketik OK.
6Taipkan semula PIN kad SIM baru dan ketik OK.
Untuk membuka kunci kad SIM yang disekat menggunakan kod PUK
1Masukkan kod PUK dan ketik
.
2Masukkan kod PIN baharu dan ketik .
3Masukkan semula kod PIN baharu dan ketik
Jika anda memasukkan kod PUK yang salah terlalu banyak kali, anda perlu menghubungi
operator rangkaian anda untuk mendapatkan kad SIM.
Peranti SIM Dual berfungsi sama ada dengan satu atau dua kad SIM yang
dimasukkan. Anda boleh mendapat komunikasi yang masuk ke kedua-dua kad SIM
dan memilih daripada nombor mana yang anda mahu lakukan komunikasi keluar.
Sebelum menggunakan berbilang kad SIM, anda perlu mendayakannya dan pilih
kad SIM yang akan mengendalikan trafik data.
Anda boleh memajukan panggilan yang masuk pada SIM 1 ke SIM 2 apabila SIM 1
tidak dapat dicapai, dan sebaliknya. Fungsi ini dipanggil kebolehcapaian Dwi SIM.
Anda mesti mendayakannya secara manual. Lihat
laman 76.
Untuk mendayakan atau melumpuhkan penggunaan dua kad SIM
1Cari dan ketik Tetapan > Rangkaian & Internet > Kad SIM.
2Ketik penggelangsar SIM1 dan SIM2 untuk mendayakan atau
menyahdayakan Kad SIM.
Untuk menamakan semula kad SIM
1Cari dan ketik Tetapan > Rangkaian & Internet > Kad SIM.
2Pilih kad SIM dan masukkan nama baru untuknya.
3Ketik OK.
Untuk memilih kad SIM yang mengendalikan trafik data
1Cari dan ketik Tetapan > Rangkaian & Internet > Kad SIM > Data mudah
alih.
2Pilih kad SIM yang mahu anda gunakan untuk trafik data.
Memajukan panggilan
di
Untuk mendapatkan kelajuan data yang lebih tinggi, pilih kad SIM yang menyokong
rangkaian mudah alih paling pantas, contohnya LTE.
Mencari nombor IMEI peranti anda
Peranti anda mempunyai satu atau dua nombor pengenalan unik yang dirujuk
sebagai IMEI atau ID Produk. Anda hendaklah menyimpan salinan ini. Anda
mungkin memerlukannya, jika peranti anda dicuri atau apabila menghubungi
sokongan.
Peranti SIM Dual sahaja: Peranti anda mempunyai dua nombor IMEI, satu untuk
setiap slot kad SIM.
Untuk melihat nombor IMEI anda menggunakan pad dail
1Cari dan ketik
2Ketik
3Masukkan *#06# ke dalam pad dail. Nombor IMEI dipaparkan secara
1Cungkil keluar bekas kad SIM/Ingatan.
2Seret jalur keluar menggunakan kuku jari anda. Jalur memaparkan nombor
IMEI.
Mencari, mengunci atau memadamkan peranti yang hilang
Google menawarkan perkhidmatan lokasi dan keselamatan web yang dipanggil
Cari peranti saya. Selepas anda telah mendaftar masuk ke akaun Google, Cari
peranti saya dihidupkan secara lalai. Sekiranya anda kehilangan peranti, anda
boleh menggunakan Cari peranti saya untuk:
•Cari dan tunjukkan lokasi peranti anda pada peta.
•Kunci peranti anda dan tunjukkan mesej pada skrin kunci.
•Buka kunci peranti anda dan tetapkannya semula dengan memadamkan
kandungannya.
•Aktifkan pendering, walaupun bunyi dimatikan.
Peranti anda mesti dihidupkan, mempunyai sambungan Internet dan
perkhidmatan lokasi diaktifkan. Perkhidmatan Cari peranti saya mungkin tidak
tersedia di semua negara atau rantau.
Jika anda memadamkan kandungan pada peranti anda menggunakan Cari peranti saya,
anda perlu memasukkan nama pengguna dan kata laluan untuk akaun Google supaya anda
boleh menggunakan peranti anda sekali lagi. Ia boleh jadi mana-mana akaun Google yang
telah anda sediakan pada peranti anda sebagai pemilik. Jika anda tidak boleh memberikan
maklumat ini semasa penyediaan, anda tidak akan dapat menggunakan peranti anda
langsung selepas penetapan semula.
Untuk maklumat tambahan mengenai Cari peranti saya, pergi ke
https://www.support.google.com/
Untuk mengesahkan bahawa peranti anda boleh ditemui
•Pergi ke
https://www.google.com/android/find
menggunakan akaun Google anda.
dan cari “Cari peranti saya”.
dan daftar masuk
Menggunakan perkhidmatan lokasi
Perkhidmatan lokasi membolehkan aplikasi seperti Peta dan kamera
menggunakan maklumat daripada rangkaian mudah alih atau Wi-Fi anda serta
maklumat Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) untuk menentukan kedudukan
anggaran anda. Jika anda tidak berada dalam garisan penglihatan jelas satelit GPS,
peranti anda boleh menentukan lokasi anda menggunakan fungsi Wi-Fi. Dan jika
anda tidak berada dalam liputan rangkaian, peranti anda boleh menentukan lokasi
anda menggunakan rangkaian mudah alih anda.
Bagi menggunakan peranti anda untuk mencari lokasi anda, anda perlu
mendayakan perkhidmatan lokasi.
Anda mungkin dikenakan caj sambungan data apabila anda bersambung ke Internet dari
peranti anda.
Untuk mendayakan atau melumpuhkan perkhidmatan lokasi
, pilih jangka masa anda mahu untuk fungsi dihidupkan dan buat
pilihan untuk memilih kenalan yang anda mahu kongsikan lokasi anda. Anda
juga boleh memilih cara untuk berkongsi lokasi anda dengan mengetik Lagi.
Anda juga boleh menjejaki sejarah aktiviti anda di bawah Sejarah Lokasi Google.
Memperbaik ketepatan GPS
Kali pertama anda menggunakan fungsi GPS dalam peranti anda, ia boleh
mengambil masa beberapa minit untuk lokasi anda ditemui. Untuk membantu
carian, pastikan anda tidak menutup antena GPS, seperti yang diserlahkan dalam
imej. Isyarat GPS boleh melepasi awan dan plastik, tetapi tidak melalui objek pejal
seperti bangunan dan gunung. Jika lokasi anda tidak dijumpai selepas beberapa
minit, bergerak ke lokasi lain.
•Tatal dengan pantas, contohnya, dalam senarai atau pada laman web Anda boleh
hentikan pergerakan penatalan dengan mengetik skrin.
Menghidupkan atau mematikan skrin
Apabila peranti anda dihidupkan dan dibiarkan melahu untuk tempoh masa yang
ditetapkan, skrin menjadi malap dan mati untuk menjimatkan kuasa bateri. Anda
boleh menukar tempoh masa skrin anda kekal aktif sebelum ia dimatikan.
Apabila skrin anda dimatikan, peranti anda boleh dikunci atau dibuka kunci,
bergantung pada tetapan kunci skrin anda. Lihat
Untuk menghidupkan atau mematikan skrin
•Tekan sebentar kekunci kuasa
Untuk melaraskan masa melahu sebelum skrin dimatikan
1Cari dan ketik Tetapan > Paparan > Tidur.
2Buat pilihan.
.
Kunci skrin
pada halaman 16.
Kawalan cahaya latar pintar
Kawalan cahaya latar pintar memastikan skrin dihidupkan selagi peranti dipegang.
Sebaik sahaja anda meletakkan peranti, skrin dimatikan mengikut tetapan tidur.
Untuk mendayakan atau menyahdayakan fungsi kawalan lampu belakang
Pintar
1Cari dan ketik Tetapan > Paparan > Kawalan cahaya latar pintar.
2Ketik penggelangsar untuk mendayakan atau melumpuhkan fungsi tersebut.
Skrin laman utama
Skrin utama ialah titik permulaan untuk menggunakan peranti anda. Ia serupa
dengan desktop pada skrin komputer. Bilangan anak tetingkap skrin Utama
diwakili oleh satu siri titik di bahagian bawah skrin Utama. Titik yang diserlahkan
menunjukkan anak tetingkap yang sedang dipaparkan.
1Selamat datang ke widget Xperia — Ketik untuk membuka widget dan memilih tugas seperti
menyalin kandungan dari peranti lama anda atau menyediakan perkhidmatan Xperia
2Titik — Mewakili bilangan anak tetingkap Laman Utama
Untuk pergi ke skrin Utama
•Tekan .
Untuk menyemak imbas skrin Utama
Anak tetingkap skrin laman utama
Anda boleh menambah anak tetingkap baru pada skrin Utama anda (maksimum
sehingga dua puluh anak tetingkap) dan memadamkan anak tetingkap. Anda juga
boleh menetapkan anak tetingkap yang anda ingin gunakan sebagai anak
tetingkap skrin Utama yang utama.
Untuk menetapkan anak tetingkap sebagai anak tetingkap utama Skrin laman
utama
1Sentuh terus satu kawasan kosong pada skrin Utama anda sehingga peranti
bergetar.
2Kuis ke kiri atau ke kanan untuk menyemak imbas ke anak tetingkap yang
anda ingin tetapkan sebagai anak tetingkap skrin Utama anda yang utama,
kemudian ketik
Apabila Google Feed didayakan, anak tetingkap paling kiri dirizabkan untuk perkhidmatan
ini dan anak tetingkap skrin Laman Utama tidak boleh diubah. Untuk maklumat lanjut, lihat
Google Feed
.
di halaman 114.
Untuk menambah anak tetingkap pada Skrin utama anda
1Sentuh terus satu kawasan kosong pada skrin Utama anda sehingga peranti
bergetar.
2Untuk menyemak imbas anak tetingkap, kuis sepenuhnya ke kiri atau kanan,
kemudian ketik
Apabila Google Feed didayakan, anak tetingkap paling kiri dirizabkan untuk perkhidmatan
ini dan anak tetingkap tambahan tidak boleh ditambah ke kiri. Untuk maklumat lanjut, lihat
Google Feed
.
di halaman 114.
Untuk memadam anak tetingkap dari Skrin utama anda
1Sentuh terus satu kawasan kosong pada skrin Utama anda sehingga peranti
bergetar.
2Kuis ke kiri atau kanan untuk menyemak imbas anak tetingkap yang ingin
anda padamkan, kemudian ketik
pada sudut kanan atas anak tetingkap.
Tetapan skrin utama
Untuk menyahdaya atau menyahpasang aplikasi dari skrin Laman Utama
Menyahdayakan aplikasi yang dipasang awal memadamkan semua data, tetapi aplikasi
tersebut boleh didayakan sekali lagi daripada Tetapan > Aplikasi & pemberitahuan >
Maklumat aplikasi. Hanya aplikasi yang dimuat turun boleh dinyahpasang sepenuhnya.
1Sentuh terus aplikasi yang anda ingin nyahdaya atau nyahpasang. Jika ia
boleh dinyahdayakan atau dinyahpasang, muncul.
2Ketik
atau ketik > OK jika aplikasi telah dimuat turun dan anda ingin
menyahpasangnya.
> Nyahdaya jika aplikasi datang dipasang awal pada peranti anda
Untuk menambah pintasan aplikasi ke skrin Laman Utama
1Pada skrin Aplikasi, sentuh terus ikon aplikasi sehingga peranti bergetar,
kemudian seret ikon ke bahagian atas skrin. Skrin Utama terbuka.
2Seret ikon ke lokasi yang dikehendaki pada skrin Laman Utama, kemudian
lepaskannya.
Untuk memindahkan aplikasi pada skrin Aplikasi
1Apabila skrin Aplikasi dibuka, ketik .
2Pastikan bahawa Susunan sendiri dipilih di bawah Isih aplikasi.
3Sentuh terus aplikasi sehingga peranti bergetar, kemudian seretnya ke lokasi
baharu.
Pintasan untuk tindakan mudah
Anda boleh mengakses pintasan secara terus daripada ikon aplikasi anda untuk
menyahpasang aplikasi yang dimuat turun atau mendedahkan pilihan yang lebih
cepat. Contohnya, tekan lama ikon Kalendar untuk mencipta acara baharu atau
menetapkan peringatan. Semua aplikasi mempunyai pintasan ke maklumat
Aplikasi, di mana anda boleh melaraskan tetapan pemberitahuan dan kebenaran.
Anda boleh pergi ke maklumat Aplikasi dengan mengetik
Untuk menggunakan pintasan bagi tindakan mudah
1Tekan lama ikon aplikasi yang dikehendaki pada Laman Utama atau skrin
Aplikasi anda.
2Pilih daripada pilihan yang muncul. Contohnya, ketik
maklumat Aplikasi atau ketik untuk menyahdaya atau menyahpasang
aplikasi.
.
untuk pergi ke
Jika ikon
tidak ditunjukkan, ketik untuk pilihan lanjut.
Untuk menyahdaya atau menyahpasang aplikasi dari skrin Aplikasi
Sama ada aplikasi boleh dinyahpasang atau dinyahdayakan bergantung pada aplikasi dan
jika ia diprapasang pada peranti anda atau dimuat turun. Aplikasi yang dimuat turun boleh
dinyahpasang. Aplikasi diprapasang tidak boleh dinyahpasang, hanya dinyahdayakan jika
aplikasi menyokong ini. Jika anda menyahdayakan aplikasi yang diprapasang, anda boleh
mendayakannya sekali lagi di bawah Tetapan > Aplikasi & pemberitahuan > Maklumat
aplikasi.
1
Sentuh terus aplikasi yang anda ingin nyahdaya atau nyahpasang. Jika ia
boleh dinyahdayakan atau dinyahpasang, muncul.
2Ketik > Nyahdaya > LUMPUHKAN jika aplikasi datang dipasang awal pada
peranti anda atau ketik
> Nyahpasang > OK jika aplikasi telah dimuat
turun dan anda ingin menyahpasangnya.
Jika ikon
tidak ditunjukkan, ketik untuk pilihan lanjut.
Menavigasi aplikasi
Anda boleh menavigasi antara aplikasi menggunakan kekunci navigasi dan
tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan, yang membolehkan anda bertukar
dengan mudah antara semua aplikasi yang terbaru digunakan. Kekunci navigasi
terdiri daripada kekunci Undur, kekunci Laman Utama dan kekunci aplikasi Terbaru.
Anda juga boleh membuka dua aplikasi pada skrin serentak menggunakan mod
skrin pisah, jika aplikasi menyokong fungsi berbilang tetingkap. Sesetengah
aplikasi ditutup apabila anda menekan kekunci Skrin utama
sementara aplikasi lain dijeda atau terus berjalan dalam latar belakang. Jika
aplikasi dijeda atau berjalan dalam latar belakang, anda boleh teruskan di tempat
anda berhenti apabila anda membuka aplikasi selepas ini.
1Kosongkan semua – Untuk menutup semua aplikasi yang digunakan baru-baru ini
2Tetingkap aplikasi yang digunakan baru-baru ini – Buka aplikasi yang digunakan baru-baru ini
3Kekunci aplikasi terbaru – Buka tetingkap aplikasi yang digunakan baru-baru ini dan bar
kegemaran
4Kekunci laman utama – Keluar daripada aplikasi dan kembali ke skrin Laman Utama
5Kekunci kembali – Kembali ke skrin sebelumnya dalam aplikasi atau tutup aplikasi
Untuk membuka tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan
•Tekan .
Untuk menukar dengan cepat antara aplikasi yang digunakan baru-baru ini.
•Tekan
dua kali dengan cepat.
Untuk menutup semua aplikasi yang digunakan baru-baru ini
•Tekan
dan kemudian, ketik KOSONGKAN SEMUA.
Untuk membuka menu dalam aplikasi
•Semasa menggunakan aplikasi, ketik
Menu tidak tersedia dalam semua aplikasi.
atau .
Mod skrin pisah
Mod skrin pisah membolehkan anda melihat dua aplikasi serentak, sebagai
contoh, jika anda mahu melihat peti masuk e-mel dan penyemak imbas web anda
pada masa yang sama.