Keselamatan 2
Penjagaan Produk 2
Pembuangan produk dan bateri lama 3
Amaran kesihatan bagi 3D 3
6 Kemas kinikan perisian 21
Semak versi perisian 21
Kemas kini perisian daripada rangkaian 21
Kemas kini perisian daripada USB 22
Kemas kini manual pengguna elektronik. 22
7 Speksikasiproduk 23
Bahasa Melayu
2 Teater rumah anda 4
Unit utama 4
Kawalan jauh 4
3 Sambungkan teater rumah anda 7
Penyambung 7
Sambung ke TV 8
Sambungkan audio daripada TV atau
peranti lain 9
Sambung ke Internet 10
4 Gunakan teater rumah anda 11
Sebelum anda bermula 11
Akses menu utama 11
Pilih bunyi anda 11
Mainkan cakera 12
Gunakan Bonus View pada Blu-ray 13
Gunakan BD-Live pada Blu-ray 13
Mainkan video 3D 14
Main daripada peranti storan USB 14
Lebih banyak ciri main bagi cakera atau
USB 14
Semak Imbas Net TV 16
Mainkan dari radio 16
Mainkan audio daripada TV atau peranti
lain 17
Mainkan daripada pemain MP3 17
Mainkan daripada iPod atau iPhone 17
Gunakan Pautan Mudah Philips 18
8 Menyelesaikan masalah 24
9 Index 26
5 Tukar tetapan 18
Akses menu persediaan 18
Ubah tetapan video 18
Tukar tetapan audio 19
Sediakan rangkaian 19
Sediakan EasyLink 19
Tukar tetapan keutamaan. 20
Tukar tetapan lanjutan 21
MS-MY
1
1 Penting
Baca dan faham semua arahan sebelum anda
gunakan teater rumah anda. Jika kerosakan terjadi
disebabkan oleh kegagalan mematuhi arahan,
jaminan tidak dikenakan.
Keselamatan
Risiko kejutan elektrik atau kebakaran!
•Jangan sekali-kali dedahkan produk dan
aksesori kepada hujan atau air. Jangan
sekali-kali letakkan bekas cecair, seper ti
pasu, hampir dengan produk. Jika cecair
tertumpah pada atau ke dalam produk,
putuskan sambungan dengan alur keluar
kuasa dengan ser ta mer ta. Hubungi
Penjagaan Pelanggan Philips agar produk
diperiksa sebelum digunakan.
•Jangan sekali-kali letakkan produk dan
aksesori berhampiran nyalaan terbuka atau
sumber haba lain, termasuk cahaya matahari
langsung.
•Jangan sekali-kali masukkan objek ke dalam
slot pengalihudaraan atau bukaan lain pada
teater rumah.
•Apabila plag sesalur kuasa atau pengganding
perkakas digunakan sebagai peranti putus
sambungan, peranti putus sambungan
tersebut akan tetap sedia beroperasi.
•Putuskan sambungan produk daripada alur
keluar kuasa jika berlaku ribut petir.
•Apabila anda memutuskan sambungan kord
kuasa, sentiasa tarik palamnya, dan bukan
kabelnya.
Risiko litar pintas atau kebakaran!
•Sebelum anda menyambungkan produk
kepada alur keluar kuasa, pastikan bahawa
voltan kuasa sepadan dengan nilai yang
dicetak di belakang atau bahagian bawah
produk tersebut. Jangan sekali-kali
sambungkan produk kepada alur keluar
kuasa jika voltannya berbeza.
Risiko kecederaan atau kerosakan teater rumah!
•Bagi produk yang boleh dilekapkan pada
dinding, gunakan hanya pendakap lekapan
dinding yang dibekalkan sahaja. Kukuhkan
lekapan dinding pada dinding yang boleh
menyokong gabungan berat produk
dan lekapan dinding. Koninklijke Philips
Electronics N.V. tidak menanggung sebarang
tanggungjawab terhadap pemasangan
dinding yang tidak wajar, kecederaan atau
kerosakan.
•Bagi pembesar suara dengan dirian, gunakan
hanya dirian yang dibekalkan. Pasangkan
dirian pada pembesar suara dengan ketat.
Letakkan dirian yang dipasangkan pada
permukaan mendatar dan sama rata
yang boleh menyokong berat gabungan
pembesar suara dan dirian.
•Jangan sekali-kali letakkan produk atau
sebarang objek pada kord kuasa atau
kelengkapan elektrik yang lain.
•Jika produk diangkut dalam suhu di bawah
5°C, buka bungkusan produk dan tunggu
sehingga suhunya sepadan dengan suhu bilik
sebelum menyambungkannya dengan alur
keluar kuasa.
•Sinaran laser boleh nampak dan tak nampak
apabila dibuka. Elakkan pendedahan kepada
pancaran.
•Jangan sentuh kanta optik cakera di dalam
petak cakera.
Risiko pemanasan melampau!
•Jangan pasang produk dalam ruangan
terkurung. Sentiasa tinggalkan ruang
sekurang-kurangnya 4 inci di sekeliling
produk untuk pengalihudaraan. Pastikan
langsir atau objek lain tidak menutup slot
pengalihudaraan pada produk tersebut.
Risiko pencemaran!
•Jangan campurkan bateri (lama dan baru
atau karbon dan alkali, dll.).
•Keluarkan bateri jika telah kebabisan atau
jika kawalan jauh tidak akan digunakan buat
tempoh masa yang lama.
•Bateri mengandungi bahan kimia, jadi ia
hendaklah dilupuskan dengan betul.
Penjagaan Produk
•Jangan letakkan sebarang objek selain
daripada cakera ke dalam petak cakera.
•Jangan masukkan cakera yang meleding atau
merekah ke dalam petak cakera.
•Keluarkan cakera daripada petak cakera
jika anda tidak menggunakan produk untuk
tempoh masa yang lama.
•Hanya gunakan kain mikrogentian untuk
membersihkan produk.
2
MS-MY
Pembuangan produk dan bateri
lama
Produk anda direka bentuk dan dikilangkan
dengan menggunakan bahan dan komponen yang
berkualiti tinggi, yang boleh dikitar semula dan
digunakan semula.
Apabila simbol tong beroda yang dipangkah ini
dilekatkan pada sesuatu produk, ia bermakna
produk tersebut diliputi oleh Arahan Eropah
2002/96/EC. Sila pastikan diri anda termaklum
mengenai sistem kutipan berasingan setempat bagi
produk elektrik dan elektronik.
Sila bertindak menurut peraturan setempat anda
dan jangan buang produk lama anda dengan sisa
rumah anda yang biasa.
Cara membuang produk lama anda yang betul
akan membantu mencegah potensi akibat negatif
terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia.
Produk anda mengandungi bateri yang diliputi
oleh Arahan Eropah 2006/66/EC, yang tidak boleh
dilupuskan bersama sisa rumah yang biasa.
Sila pastikan diri anda termaklum mengenai
peraturan setempat berkenaan kutipan berasingan
bateri kerana pelupusan yang betul membantu
mencegah akibat yang negatif kepada alam sekitar
dan kesihatan manusia.
Amaran kesihatan bagi 3D
Jika anda atau keluarga anda mempunyai sejarah
mengalami epilepsi atau sawan fotosensitif,
jumpalah doktor sebelum mendedahkan diri
anda kepada sumber cahaya berkelip, jujukan
imej deras atau tontonan 3D.
Untuk mengelakkan ketidakselesaan seperti
pening, sakit kepala atau disorientasi, kami
mengesyorkan agar anda tidak menonton 3D
dalam tempoh masa yang panjang. Jika anda
mengalami sebarang ketidakselesaan, hentikan
menonton 3D dan jangan dengan ser ta mer ta
melakukan perkara yang mungkin berbahaya
(seper ti memandu kereta) sehingga gejala telah
hilang. Jika gejala berterusan, jangan teruskan
menonton 3D tanpa merujuk kepada doktor
terlebih dahulu.
Ibu bapa hendaklah mengawasi anak mereka
ketika menonton 3D dan memastikan mereka
tidak mengalami ketidakselesaan seperti yang
disebutkan di atas. Tontonan 3D tidak disyorkan
bagi kanak-kanak di bawah umur enam tahun
kerana sistem penglihatan mereka masih belum
lagi berkembang dengan sempurna.
Bahasa Melayu
MS-MY
3
2
5
6
7
10
11
12
1
3
4
8
14
13
9
17
18
19
15
16
2 Teater rumah anda
Tahniah atas pembelian anda dan selamat
menggunakan Philips! Untuk mendapat manfaat
penuh daripada sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftarkan teater rumah anda di www.
philips.com/welcome.
Unit utama
Kawalan jauh - A
a +/- (Kelantangan)
Meningkatkan atau menggurangkan
kelantangan.
b SOURCE
Memilih media untuk dimainkan atau
sumber input audio.
c (Bersedia-Hidup)
Menghidupkan teater rumah atau beralih
kepada mod siap sedia.
d Butang main balik
Mengawal main balik.
e (Eject)
Mengeluarkan cakera dari petak cakera.
f Panel paparan
g Kompartmen cakera
Kawalan jauh
Catatan
• Teater rumah anda dibekalkan dengan satu
daripada kawalan jauh yang berikut.
4
MS-MY
a (Bersedia-Hidup)
•Menghidupkan teater rumah atau
mengalihkannya kepada siap sedia.
•Apabila EasyLink didayakan, tekan dan
tahan selama sekurang-kurangnya tiga
saat untuk mengalihkan semua peranti
bersambung yang akur HDMI CEC
kepada siap sedia.
b (Laman utama)
Mengakses menu laman utama.
c SOUND SETTINGS
Mengakses atau keluar daripada berbagai
pilihan bunyi.
d Butang navigasi
•Menavigasi menu.
•Dalam mod radio, tekan kiri atau kanan
untuk memulakan carian automatik.
e OK
•Mengesahkan entri atau pilihan.
f OPTIONS
•Mengakses lebih banyak pilihan mainan
semasa main balik.
•Dalam mod radio, programkan stesen
radio.
g +/- (Kelantangan)
Meningkatkan atau menggurangkan
kelantangan.
h (Main)
Memulakan atau menyambungkan mainan.
i (Jeda)
Menjedakan mainan.
j / (Pantas ke Belakang/Pantas ke
Had apan)
Mara undur atau mara laju. Tekan berulang
kali untuk menukar kelajuan carian.
k Butang abjad angka
Memasukkan nilai atau huruf (menggunakan
entri gaya SMS).
l SUBTITLE
Memilih bahasa sari kata untuk video.
m TOP MENU
Mengakses menu utama cakera video.
n / (Sebelumnya/Seterusnya)
•Melangkau ke trek, bab atau fail
sebelum atau seterusnya.
•Dalam mod radio, pilih stesen radio
pratetap.
o (Henti) / (Eject / Buka/Tutup)
•Menghentikan mainan.
•Tekan dan tahan untuk mengeluarkan
cakera atau membuka ruang cakera.
•Dalam mod radio, memadam stesen
radio praset semasa.
p (Senyap)
Membisu atau mengembalikan bunyi.
q BACK
Kembali ke skrin menu sebelumnya.
r POP-UP MENU/DISC MENU
Mengakses atau keluar dari menu cakera.
s Butang sumber
•Butang berwarna (bagi cakera Blu-ray):
Memilih tugas atau pilihan.
•DISC: Beralih kepada sumber cakera.
•RADIO: Beralih kepada radio FM.
•DOCK for iPod: Mengalih kepada Dok
Philips untuk iPod/iPhone.
•SOURCE: Memilih sumber input
audio.
Bahasa Melayu
MS-MY
5
Kawalan jauh - B
3
4
6
7
8
9
11
12
13
14
1
2
5
15
5
16
10
18
17
a (Bersedia-Hidup)
•Menghidupkan teater rumah atau
mengalihkannya kepada siap sedia.
•Apabila EasyLink didayakan, tekan dan
tahan selama sekurang-kurangnya tiga
saat untuk mengalihkan semua peranti
bersambung yang akur HDMI CEC
kepada siap sedia.
b (Laman utama)
Mengakses menu laman utama.
c (Menu cakera)
Mengakses atau keluar dari menu cakera.
d Butang navigasi
•Menavigasi menu.
•Dalam mod radio, tekan kiri atau kanan
untuk memulakan carian automatik.
e / (Sebelumnya/Seterusnya)
•Melangkau ke trek, bab atau fail
sebelum atau seterusnya.
•Dalam mod radio, pilih stesen radio
pratetap.
f OK
Mengesahkan entri atau pilihan.
g (Pilihan bunyi)
Mengakses atau keluar daripada berbagai
pilihan bunyi.
h (Pilihan)
•Mengakses lebih banyak pilihan mainan
semasa main balik.
•Dalam mod radio, programkan stesen
radio.
i (Main)
Memulakan atau menyambungkan mainan.
j +/- (Kelantangan)
Meningkatkan atau menggurangkan
kelantangan.
k (Jeda)
Menjedakan mainan.
6
MS-MY
l Butang sumber / Butang berwarna
•Cakera Blu-ray: Memilih tugas atau
pilihan.
•AUDIO SOURCE: Memilih sumber
input audio.
•DOCK for iPod: Mengalih kepada Dok
Philips untuk iPod/iPhone.
•RADIO: Beralih kepada radio FM.
•DISC: Beralih kepada sumber cakera.
m Butang abjad angka
Memasukkan nilai atau huruf (menggunakan
entri gaya SMS).
n TOP MENU
Mengakses menu utama cakera video.
o SUBTITLE
Memilih bahasa sari kata untuk video.
p (Henti)
•Menghentikan mainan.
•Tekan dan tahan untuk mengeluarkan
cakera atau membuka ruang cakera.
•Dalam mod radio, memadam stesen
radio praset semasa.
q / (Pantas ke Belakang/Pantas ke
Had apan)
Mara undur atau mara laju. Tekan berulang
kali untuk menukar kelajuan carian.
r (Belakang)
Kembali ke skrin menu sebelumnya.
3 Sambungkan teater
rumah anda
Bahagian ini membantu anda menyambungkan
teater rumah anda kepada TV dan peranti
lain. Sambungan asas teater rumah bersama
aksesorinya adalah disediakan dalam panduan
Bermula Pantas. Untuk panduan interaktif
komprehensif, lihat www.connectivityguide.philips.
com.
Catatan
• Rujuk pada plat jenis pada bahagian belakang
produk untuk pengenalpastian dan perkadaran
pembekalan.
• Sebelum anda membuat atau menukar
sebar ang sambungan, pastikan semua peranti
telah diputuskan sambungan daripada alur
keluar kuasa.
Penyambung
Sambung peranti-peranti lain kepada teater rumah
anda.
Penyambung sisi
Bahasa Melayu
a MP3 LINK
Input audio daripada pemain MP3.
b (USB)
Input audio, video atau gambar daripada
peranti storan USB.
MS-MY
7
Loading...
+ 21 hidden pages
You need points to download manuals.
1 point = 1 manual.
You can buy points or you can get point for every manual you upload.