Philips HTS2511/98 User Manual [ms]

Page 1
Register your product and get support at
www.philips.com/welcome
HTS2511
Page 2
Page 3
Daftar kandungan
6 Kemas kinikan perisian 16
Semak versi perisian 16
1 Penting 2
3 3 3
2 Teater rumah anda 4
4 5
3 Sambung dan sediakan 6
peranti lain Sediakan pembesar suara Sediakan Imbas Progresif
7
8 9 9
4 Gunakan teater rumah anda 10
10 11 11 12 12 13
Kemas kini perisian melalui USB
7 Speksifi kasi produk 17
8 Menyelesaikan masalah 18
9 Notis 19
Hak cipta 19 Mengenai Imbasan Progresif Tanda dagangan
10 Indeks 20
16
19 20
Bahasa Melayu
5 Tukar tetapan 14
14 14 15 15 15 15
MS-MY
1
Page 4
1 Penting
Baca dan faham semua arahan sebelum anda gunakan produk anda. Jika kerosakan terjadi disebabkan oleh kegagalan mematuhi arahan, jaminan tidak dikenakan.
Keselamatan
Risiko kejutan elektrik atau kebakaran!
Jangan sekali-kali dedahkan produk dan
aksesori kepada hujan atau air. Jangan sekali­kali letakkan bekas cecair, seperti pasu, hampir dengan produk. Jika cecair tertumpah pada atau ke dalam produk, putuskan sambungan dengan alur keluar kuasa dengan serta mer ta. Hubungi Penjagaan Pelanggan Philips agar produk diperiksa sebelum digunakan.
Jangan sekali-kali letakkan produk dan aksesori
berhampiran nyalaan terbuka atau sumber haba lain, termasuk cahaya matahari langsung.
Jangan sekali-kali masukkan objek ke dalam
slot pengalihudaraan atau bukaan lain pada teater rumah.
Apabila plag sesalur kuasa atau pengganding
perkakas digunakan sebagai peranti putus sambungan, peranti putus sambungan tersebut akan tetap sedia beroperasi.
Putuskan sambungan produk daripada alur
keluar kuasa jika berlaku ribut petir.
Apabila anda memutuskan sambungan kord
kuasa, sentiasa tarik palamnya, dan bukan kabelnya.
Risiko litar pintas atau kebakaran!
Sebelum anda menyambungkan produk
kepada alur keluar kuasa, pastikan bahawa voltan kuasa sepadan dengan nilai yang dicetak di belakang atau bahagian bawah produk tersebut. Jangan sekali-kali sambungkan produk kepada alur keluar kuasa jika voltannya berbeza.
Risiko kecederaan atau kerosakan teater rumah!
Bagi produk yang boleh dilekapkan pada
dinding, gunakan hanya pendakap lekapan dinding yang dibekalkan sahaja. Kukuhkan lekapan dinding pada dinding yang boleh menyokong gabungan berat produk dan lekapan dinding. Koninklijke Philips Electronics N.V. tidak menanggung sebarang tanggungjawab terhadap pemasangan dinding yang tidak wajar, kecederaan atau kerosakan.
Bagi pembesar suara dengan dirian, gunakan
hanya dirian yang dibekalkan. Pasangkan dirian pada pembesar suara dengan ketat. Letakkan dirian yang dipasangkan pada permukaan mendatar dan sama rata yang boleh menyokong berat gabungan pembesar suara dan dirian.
Jangan sekali-kali letakkan produk atau
sebarang objek pada kord kuasa atau kelengkapan elektrik yang lain.
Jika produk diangkut dalam suhu di bawah 5°C,
buka bungkusan produk dan tunggu sehingga suhunya sepadan dengan suhu bilik sebelum menyambungkannya dengan alur keluar kuasa.
Sinaran laser boleh nampak dan tak nampak
apabila dibuka. Elakkan pendedahan kepada pancaran.
Jangan sentuh kanta optik cakera di dalam
petak cakera.
Bahagian-bahagian produk ini mungkin dibuat
daripada kaca. Kendalikan dengan berhati­hati untuk mengelakkan kecederaan dan kerosakan.
Risiko pemanasan melampau!
Jangan pasang produk dalam ruangan
terkurung. Sentiasa tinggalkan ruang sekurang­kurangnya 4 inci di sekeliling produk untuk pengalihudaraan. Pastikan langsir atau objek lain tidak menutup slot pengalihudaraan pada produk tersebut.
Risiko pencemaran!
Jangan campurkan bateri (lama dengan yang
baru, atau karbon dengan alkali, dll.).
Bahaya letupan jika bateri tidak diganti dengan
yang betul. Ganti hanya dengan jenis yang sama atau setara.
Keluarkan bateri jika telah kebabisan atau
jika kawalan jauh tidak akan digunakan buat tempoh masa yang lama.
Bateri mengandungi bahan kimia, jadi ia
hendaklah dilupuskan dengan betul.
Risiko tertelan bateri!
Produk/alat kawalan jauh mungkin
mengandungi bateri jenis syiling/butang, yang boleh ditelan. Jauhkan bateri daripada jangkauan kanak-kanak pada setiap masa! Jika tertelan, bateri ini boleh mengakibatkan kecederaan serius atau kematian. Kelecuran dalaman yang teruk boleh berlaku dalam masa dua jam selepas tertelan bateri ni.
Jika anda mengesyaki bahawa bateri telah
tertelan atau termasuk ke dalam mana-mana bahagian badan, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
2 MS-MY
Page 5
Apabila anda menukar bateri, pastikan
semua bateri baru dan lama jauh dari jangkauan kanak-kanak. Pastikan petak bateri telah ditutup dengan kemas selepas anda mengganti bateri.
Jika petak bateri tidak dapat ditutup dengan
kemas, berhenti menggunakan produk ini. Jauhkan ia dari jangkauan kanak-kanak dan hubungi pengeluar.
Jagaan produk anda
Produk anda mengandungi bateri yang diliputi oleh Arahan Eropah 2006/66/EC, yang tidak boleh dilupuskan bersama sisa rumah yang biasa. Sila pastikan diri anda termaklum mengenai peraturan setempat berkenaan kutipan berasingan bateri kerana pelupusan yang betul membantu mencegah akibat yang negatif kepada alam sekitar dan kesihatan manusia.
Jangan letakkan sebarang objek selain
daripada cakera ke dalam petak cakera.
Jangan masukkan cakera yang meleding atau
merekah ke dalam petak cakera.
Keluarkan cakera daripada petak cakera
jika anda tidak menggunakan produk untuk tempoh masa yang lama.
Hanya gunakan kain mikrogentian untuk
membersihkan produk.
Jagaan alam sekitar
Produk anda direka bentuk dan dikilangkan dengan menggunakan bahan dan komponen yang berkualiti tinggi, yang boleh dikitar semula dan digunakan semula.
Apabila simbol tong beroda yang dipangkah ini dilekatkan pada sesuatu produk, ia bermakna produk tersebut diliputi oleh Arahan Eropah 2002/96/EC. Sila pastikan diri anda termaklum mengenai sistem kutipan berasingan setempat bagi produk elektrik dan elektronik. Sila bertindak menurut peraturan setempat anda dan jangan buang produk lama anda dengan sisa rumah anda yang biasa. Cara membuang produk lama anda yang betul akan membantu mencegah potensi akibat negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia.
Bantuan dan sokongan
Philips menyediakan sokongan dalam talian yang meluas. Lawati laman web kami di www.philips. com/support untuk:
memuat turun manual pengguna lengkap
mencetak panduan permulaan pantas
menonton tutorial video (tersedia hanya
untuk model terpilih)
mencari jawapan untuk soalan lazim (FAQ)
menghantar soalan kepada kami melalui e-mel
berbual dengan wakil sokongan kami.
Ikuti arahan pada laman web ini untuk memilih bahasa anda, lalu masukkan nombor model produk anda. Di samping itu, anda juga boleh menghubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda. Sebelum anda menghubungi Philips, catatkan nombor model dan nombor siri produk anda. Anda boleh menemui maklumat ini di bahagian belakang atau bawah produk anda.
Bahasa Melayu
MS-MY
3
Page 6
2 Teater rumah anda
Penyambung
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips! Untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftar produk anda di www.philips. com/welcome.
Unit utama
Bahagian ini mengandungi gambaran keseluruhan unit utama.
a Kompartmen cakera b Panel paparan c ( Buka/Tutup )
Buka atau tutup petak cakera, atau keluarkan cakera.
d ( Main/Jeda )
Mula, jeda atau sambung semula main.
e SOURCE
Pilih sumber audio atau video untuk teater rumah ini.
f ( Bersedia-Hidup )
Hidupkan teater rumah atau alihkan kepada siap sedia.
4 MS-MY
Bahagian ini mengandungi gambaran keseluruhan penyambung yang ada dengan teater rumah anda.
Penyambung hadapan
a ( USB )
Input audio, video atau gambar daripada peranti storan USB.
Penyambung belakang
AUX VIDEO OUT
SPEAKERS
FRONT
FRONT
FRONT
REAR
REAR
LEFT
CENTER
RIGHT
RIGHT
AC MAINS~
LEFT
FM
ANTENNA
SUB
WOOFER
OPTICAL
DIGITAL IN
a AC MAINS
Sambung ke bekalan kuasa.
b SPEAKERS
Sambung kepada pembesar suara dan subwufer yang dibekalkan.
c FM ANTENNA
Antena FM tetap.
d AUDIO IN - AUX
Sambung kepada output audio analog pada TV atau peranti analog.
e VIDEO OUT
Sambung kepada input video komposit pada TV.
f COMPONENT VIDEO OUT
Sambung kepada input video komposit pada TV.
g DIGITAL IN - COAXIAL
Sambung kepada output audio sepaksi pada TV atau peranti digital.
h DIGITAL IN - OPTICAL
Sambung kepada output audio optik pada TV atau peranti digital.
Pb
L
RYPr
COAXIAL
COMPONENT
DIGITAL IN
VIDEO OUT
AUDIO IN
Page 7
Kawalan jauh
Bahagian ini mengandungi gambaran keseluruhan alat kawalan jauh.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
24
23
22
21
20
19
18
17
16
15
a ( Bersedia-Hidup )
Hidupkan teater rumah atau alihkan kepada siap sedia.
b ( Laman utama )
Akses menu utama.
c Butang sumber
DISC : Beralih ke sumber cakera. Akses
atau keluar daripada menu cakera ketika anda memainkan cakera.
AUDIO SOURCE : Pilih sumber input
audio.
RADIO : Beralih ke radio FM.
USB : Beralih kepada peranti storan USB.
d Butang navigasi
Navigasi menu.
Dalam mod video, tekan kiri atau kanan
untuk pergi laju ke belakang atau ke hadapan; tekan ke atas atau bawah untuk pergi perlahan ke belakang atau ke hadapan.
Dalam mod radio, tekan kiri atau kanan
untuk mencari stesen radio; tekan atas atau bawah untuk menalahaluskan frekuensi radio.
e OK
Sahkan entri atau pemilihan.
f BACK
Kembali ke skrin menu sebelumnya.
g / ( Sebelumnya/Seterusnya )
Langkau ke trek sebelum atau seterusnya,
bab atau fail.
Dalam mod radio, pilih stesen radio
pratetap.
h ( Senyap )
Bisukan atau pulihkan kelantangan.
i +/-
Naikkan atau kurangkan kelantangan.
j SOUND
Pilih mod bunyi.
k Butang angka
Pilih item untuk dimainkan.
l ANGLE
Pilih adegan video yang dirakam dalam sudut­sudut kamera yang berlainan.
m REPEAT / PROGRAM
Pilih atau matikan mod ulang.
Dalam mod radio, tekan sekali untuk
mengakses mod program, dan tekan sekali lagi untuk menyimpan stesen radio.
Dalam mod radio, tekan dan tahan
selama tiga saat untuk memasang semula stesen radio.
Bahasa Melayu
MS-MY
5
Page 8
n REPEAT A-B
Tandakan dua titik dalam bab atau trek untuk mengulangi mainan, atau matikan mod ulangan.
o ZOOM
Zum kepada adegan video atau gambar. Tekan Butang navigasi (kiri/kanan) untuk memilih faktor zum.
p SCREEN FIT
Memuat format gambar pada skrin TV.
q SUBTITLE
Pilih bahasa sari kata bagi video.
r AUDIO SYNC
Pilih bahasa atau saluran audio.
Tekan dan tahan untuk mengakses tetapan
lengah audio, dan kemudian tekan +/- atau Butang navigasi untuk melengahkan audio agar sepadan dengan video.
s SURR
Pilih bunyi keliling atau bunyi stereo.
t ( Henti )
Hentikan main.
Dalam mod radio, tekan dan tahan untuk
memadam stesen radio yang telah praset.
u ( Main/Jeda )
Mula, jeda atau sambung semula main.
v OPTIONS
Akses lebih banyak pilihan mainan sambil memainkan cakera atau peranti storan USB.
w OPEN/CLOSE
Buka atau tutup petak cakera, atau keluarkan cakera.
x SLEEP
Alihkan teater rumah kepada mod siap sedia selepas masa berlalu.
3 Sambung dan sediakan
Bahagian ini membantu anda menghubungkan teater rumah anda kepada TV dan peranti yang lain, kemudian buat persediaannya. Untuk maklumat tentang sambungan asas teater rumah anda dan aksesorinya, rujuk panduan permulaan ringkas. Untuk mendapatkan panduan interaktif yang menyeluruh, lihat www. connectivityguide.philips.com.
Catatan
Untuk pengenalan dan pengadaran bekalan, lihat
plat jenis di bahagian belakang atau bawah produk.
Sebelum anda membuat atau menukar sebarang
sambungan, pastikan semua peranti telah ditanggalkan daripada alur keluar kuasa.
Sambung pembesar suara
Kabel pembesar suara adalah berkod warna agar mudah disambung. Untuk menyambungkan pembesar suara dengan teater rumah anda, padankan warna kabel pembesar suara dengan yang pada penghubung.
Kedudukan pembesar suara memainkan peranan penting dalam menyediakan kesan bunyi keliling. Untuk kesan terbaik, tempatkan semua pembesar suara ke arah kedudukan tempat duduk dan letakkannya pada paras telinga anda (semasa duduk).
6 MS-MY
Page 9
Catatan
Bunyi keliling bergantung kepada faktor seperti
bentuk dan saiz bilik, jenis dinding dan siling, tingkap dan permukaan pemantul, dan akustik pembesar suara. Buat ujian dengan kedudukan pembesar suara untuk mendapatkan tetapan optimum untuk anda.
Sambung kepada TV
Sambung teater rumah anda kepada TV untuk menonton video. Anda boleh mendengar audio TV menerusi pembesar suara teater rumah anda. Gunakan sambungan kualiti terbaik yang tersedia pada teater rumah dan TV anda.
Ikuti garis panduan umum ini untuk penempatan pembesar suara.
1 Kedudukan tempat duduk:
Ini adalah pusat kawasan anda mendengar.
2 FRONT CENTER pembesar suara (hadapan
tengah): Tempatkan pembesar suara tengah betul­betul di hadapan kedudukan tempat duduk, sama ada di atas atau di bawah TV anda.
3 FRONT LEFT pembesar suara (hadapan kiri)
dan FRONT RIGHT (hadapan kanan): Tempatkan pembesar suara di kiri dan kanan di bahagian hadapan, dan pada jarak yang sama daripada pembesar suara tengah. Pastikan pembesar suara kiri, kanan dan tengah berada pada jarak yang sama daripada tempat duduk anda.
4 REAR LEFT pembesar suara (belakang kiri)
dan REAR RIGHT (belakang kanan): Tempatkan pembesar suara belakang di sebelah kiri dan kanan kedudukan tempat duduk anda, sama ada sebaris dengannya atau agak ke belakang sedikit.
5 SUBWOOFER (subwufer):
Tempatkan subwufer sekurang-kurangnya satu meter di sebelah kiri atau kanan TV. Tinggalkan ruang lebih kurang 10 sentimeter dari dinding.
Pilihan 1: Sambung kepada TV melalui video komponen (YPbPr)
Video berkualiti baik Sambungan video komponen boleh menyokong output imbasan progresif.
1 Menggunakan kabel video komponen,
sambungkan penyambung COMPONENT VIDEO OUT pada teater rumah anda kepada penyambung Input Video Komponen (YPbPr) pada TV.
2 Sambungkan kabel audio untuk mendengar
audio TV menerusi teater rumah anda (lihat 'Sambungkan audio daripada TV dan peranti lain' di halaman 8 ) .
3 Bila anda menonton program TV, tekan
SOURCE pada teater rumah anda berkali-kali untuk memilih input audio yang betul.
4 Apabila anda menonton video, alihkan TV
anda kepada input video yang betul. Untuk butiran, lihat manual pengguna TV.
5 Jika TV anda menyokong Imbasan progresif,
dayakan mod imbasan progresif untuk menikmati gambar berkualiti tinggi (lihat 'Sediakan Imbas Progresif' di halaman 9 ) .
Component Video Out
Component Video Out
TV
TV
Bahasa Melayu
Component Video In
Component Video In
MS-MY
7
Page 10
Pilihan 2: Sambung kepada TV melalui video komposit
Video berkualiti asas Sambungan komposit tidak menyokong video defi nisi tinggi.
1 Menggunakan kabel video komposit,
sambungkan penyambung VIDEO OUT pada teater rumah anda kepada penyambung VIDEO IN pada TV.
Penyambung input video mungkin
berlabel AV IN , COMPOSITE , atau BASEBAND .
2 Sambungkan kabel audio untuk mendengar
audio TV menerusi teater rumah anda (lihat 'Sambungkan audio daripada TV dan peranti lain' di halaman 8 ) .
3 Bila anda menonton program TV, tekan
SOURCE pada teater rumah anda berkali-kali untuk memilih input audio yang betul.
4 Apabila anda menonton video, alihkan TV
anda kepada input video yang betul. Untuk butiran, lihat manual pengguna TV.
TV
Pilihan 1: Sambung audio melalui kabel optik digital
Audio dengan kualiti terbaik
1 Menggunakan kabel optik, sambungkan
penyambung OPTICAL pada teater rumah anda kepada penyambung OPTICAL OUT pada TV atau peranti lain.
Penyambung optik digital mungkin
berlabel SPDIF atau SPDIF OUT .
TV
Pilihan 2: Sambungkan audio melalui kabel sepaksi digital
Audio berkualiti baik
1 Menggunakan kabel sepaksi, sambungkan
penyambung COAXIAL pada teater rumah anda kepada penyambung COAXIAL/ DIGITAL OUT pada TV atau peranti lain.
Penyambung sepaksi digital mungkin
berlabel DIGITAL AUDIO OUT .
Sambungkan audio daripada TV dan peranti lain
Mainkan audio daripada TV atau peranti lain melalui teater rumah anda. Gunakan sambungan kualiti terbaik yang tersedia pada TV anda, teater rumah, dan peranti lain.
Catatan
Sambungan audio dalam manual pengguna ini
hanyalah syor. Anda juga boleh menggunakan sambungan-sambungan lain.
8 MS-MY
Page 11
Pilihan 3: Sambungkan audio melalui kabel audio analog
Audio berkualiti asas
1 Menggunakan kabel analog, sambungkan
penyambung AUX pada teater rumah anda kepada penyambung AUDIO OUT pada TV atau peranti lain.
VCR
Sediakan pembesar suara
Sediakan pembesar suara secara manual untuk mengalami bunyi keliling tersuai.
Sebelum anda bermula
Buat sambungan yang diperlukan seper ti yang diterangkan dalam panduan permulaan pantas dan kemudian ubah TV kepada sumber yang betul dari teater rumah anda.
1 Tekan ( Laman utama ). 2 Pilih [Setup] kemudian tekan OK . 3 Pilih [Audio] > [Ttpan Speaker] . 4 Tekan Butang navigasi dan OK untuk memilih
dan tukar:
[Volum Speaker] : Tetapkan tahap
kelantangan setiap pembesar suara.
[Lengah Speaker] : Tetapkan masa tunda
bagi pembesar suara yang diletakkan dekat dengan kedudukan tempat duduk untuk mendapatkan penghantaran audio daripada semua pembesar suara.
Sediakan Imbas Progresif
Imbas progresif menawarkan resolusi dan kualiti gambar yang tinggi, ia memaparkan dua kali ganda lebih banyak bingkai per saat berbanding sistem TV biasa. Jika anda mempunyai TV imbas progresif, anda boleh mendayakan imbasan progresif pada teater rumah anda untuk menikmati kualiti gambar yang lebih tinggi.
Catatan
Terdapat TV imbas progresif yang tidak serasi
sepenuhnya dengan teater rumah anda, yang menghasilkan gambar tak semula jadi ketika anda memainkan cakera video. Jika begitu, matikan ciri imbasan progresif pada teater rumah dan TV anda.
Sebelum anda bermula
Sambungkan teater rumah anda kepada TV
melalui sambungan video komponen.
Buat sambungan yang diperlukan seper ti yang
diterangkan dalam panduan permulaan pantas dan kemudian ubah TV kepada sumber yang betul dari teater rumah anda.
1 Tekan ( Laman utama ). 2 Pilih [Setup] kemudian tekan OK . 3 Pilih [Video] > [Progresif] . 4 Pilih [Hidup] dan tekan OK .
» Mesej alu-aluan dipaparkan.
5 Untuk meneruskan, pilih [OK] dan tekan OK .
» Paparan gambar mungkin herot, kerana
mod imbasan progresif pada TV telah dinyahaktifkan.
6 Dayakan mod imbas progresif pada TV. Untuk
butiran, lihat manual pengguna TV.
» Jika tetapan tidak serasi dengan TV,
skrin yang kosong atau herot mungkin dipaparkan. Tunggu selama 15 saat untuk pemulihan automatik.
Bahasa Melayu
MS-MY
9
Page 12
4 Gunakan teater
Mainkan butang
rumah anda
Bahagian ini membantu anda dalam menggunakan teater rumah untuk memainkan media daripada berbagai-bagai sumber.
Sebelum anda bermula
Buat sambungan yang diperlukan seper ti yang
dihuraikan dalam panduan permulaan ringkas dan manual pengguna.
Alih TV kepada sumber yang betul untuk
teater rumah anda (contohnya, HDMI, AV IN).
Akses menu utama
Menu utama menyediakan akses mudah terhadap peranti bersambung, persediaan dan ciri-ciri lain yang berguna dalam teater rumah anda.
1 Tekan ( Laman utama ).
» Menu utama dipaparkan.
2 Tekan Butang navigasi dan OK untuk memilih
yang berikut:
[DISC] : Mulakan mainan cakera.
[USB] : Akses penyemak imbas kandungan
USB
[Setup] : Akses menu untuk menukar
video, audio dan tetapan lain.
3 Tekan ( Laman utama ) untuk keluar.
Cakera
Teater rumah anda boleh memainkan DVD, VCD, dan CD. Ia juga boleh memainkan cakera yang anda buat sendiri, seperti cakera CD-R foto dan muzik.
1 Masukkan cakera ke dalam teater rumah. 2 Jika cakera tidak dimainkan secara automatik,
tekan DISC .
3 Gunakan kawalan jauh untuk mengawal
mainan.
Butang Tindakan Butang
navigasi
OK Sahkan entri atau pemilihan.
( Main/
Jeda )
/
SUBTITLE Pilih bahasa sari kata bagi video. AUDIO
SYNC DISC Akses atau keluar daripada menu
SCREEN FIT
ZOOM Zum kepada adegan video atau
REPEAT Pilih atau matikan mod ulang. REPEAT
A-B
ANGLE Pilih adegan video yang dirakam
OPTIONS
Navigasi menu. Atas/Bawah:
Video: Maju perlahan atau mun-
dur perlahan (VCD/SVCD hanya boleh maju perlahan).
Gambar : Putar gambar mengikut
arah jam atau melawan arah jam.
Kiri/Kanan:
Video: Mengundur atau memaju
dengan laju. Tekan berulang kali untuk menukar kelajuan carian.
Mula, jeda atau sambung semula main.
Hentikan main. Langkau ke trek sebelum atau
seterusnya, bab atau fail.
Pilih bahasa atau saluran audio.
cakera. Memuat format gambar pada skrin
TV.
gambar.
Tandakan dua titik dalam bab atau trek untuk mengulangi mainan, atau matikan mod ulangan.
dalam sudut-sudut kamera yang berlainan.
Akses pilihan lanjutan apabila anda memainkan video anda, atau fail media (lihat 'Pilihan video dan gambar' di halaman 12 ) .
10 MS-MY
Page 13
Segerakkan gambar dengan bunyi.
Jika audio dan video tidak segerak, tunda audio agar sepadan dengan video.
1 Semasa memainkan video, tekan dan tahan
AUDIO SYNC .
» Menu penyelarasan audio dipaparkan.
2 Tekan +/- atau Butang navigasi untuk
menyelaraskan audio dengan video, dan kemudian tekan OK .
Catatan
Gambar dan bunyi boleh disegerakkan melalui
menu persediaan, tekan [Setup] > [Audio] > [Pyrgk Audio] .
( Laman utama ), pilih
Fail data
Teater rumah anda boleh memainkan gambar, fail audio dan video yang terkandung dalam cakera atau peranti storan USB. Sebelum memainkan fail, semak sama ada format fail tersebut disokong oleh teater rumah anda (lihat 'Format fail' di halaman 17 ) .
1 Mainkan fail dari cakera atau peranti storan USB. 2 Untuk menghentikan mainan, tekan .
Untuk meneruskan tontonan video dari
tempat anda berhenti, tekan
.
2 Bagi video DivX, jika sari kata tidak muncul
dengan betul, teruskan langkah-langkah berikut untuk menukar set aksara.
3 Tekan ( Laman utama ). 4 Pilih [Setup] kemudian tekan OK . 5 Pilih [Keutamaan] > [Sarikata DivX] . 6 Pilih set aksara yang menyokong sari kata.
Set Aksara Bahasa [Piawai] Inggeris, Albania, Denmark, Belanda,
Finland, Perancis, Gaelic, Jerman, Itali, Kurdistan (Latin), Norway, Portugis, Sepanyol, Sweden dan Turki
[Hebrew] Inggeris, Ibrani Moden
Kod VOD bagi DivX
Sebelum membeli video DivX dan memainkannya pada teater rumah anda, daftarkan teater rumah anda di www.divx.com menggunakan kod DivX VOD.
1 Tekan ( Laman utama ). 2 Pilih [Setup] kemudian tekan OK . 3 Pilih [Umum] > [Kod Vod DivX(R)] .
» Kod pendaftaran DivX VOD bagi teater
rumah anda akan dipaparkan.
Peranti storan USB
Bahasa Melayu
Sari kata
Jika video anda mengandungi sari kata dalam berbilang bahasa, pilih satu bahasa sari kata.
Catatan
Pastikan fail sari kata mempunyai nama fail yang
betul-betul sama dengan fail video. Contohnya, jika fail video bernama 'movie.avi', namakan fail sari kata sebagai 'movie.srt' atau 'movie.sub'.
Teater rumah anda menyokong format fail yang
berikut: .srt, .sub, .txt, .ssa, .ass, smi dan .sami. Jika sari kata tidak muncul dengan betul, tukar set aksara.
1 Semasa memainkan video, tekan SUBTITLE
untuk memilih bahasa.
Nikmati gambar, audio dan video yang disimpan pada peranti storan USB seper ti pemain MP4 atau kamera digital.
Apa yang anda perlukan
Peranti storan USB yang telah diformatkan
bagi sistem fail FAT, dan mematuhi Kelas Penyimpanan Massa.
Catatan
Jika anda menggunakan kabel sambungan USB,
USB HUB atau pembaca berbilang USB, peranti storan USB mungkin tidak akan dikenali.
Anda boleh menyambung kepada kamera digital
jika ia boleh memainkan fail tanpa menggunakan program komputer yang khusus.
MS-MY
11
Page 14
1 Sambungkan peranti storan USB ke penyambung
( USB ) pada teater rumah anda.
2 Tekan USB .
» Penyemak imbas kandungan dipaparkan.
3 Pilih fail dan kemudian tekan OK . 4 Gunakan butang mainan untuk mengawal
mainan (lihat 'Mainkan butang' di halaman 10 ) .
Pilihan video dan gambar
Gunakan ciri lanjutan apabila anda memainkan fail gambar dan audio daripada cakera atau peranti storan USB.
Pilihan video
1 Tekan OPTIONS .
» Menu pilihan video dipaparkan.
Bergantung kepada sumber video, beberapa pilihan tidak tersedia.
2 Tekan Butang navigasi dan OK untuk memilih
dan tukar:
[Maklumat] Paparkan maklumat mainan.
[PBC] : Dayakan atau nyahdayakan navigasi
menu kandungan bagi cakera VCD dan SVCD dengan ciri Kawalan Main Balik.
[Nisbah aspek] - Pilih nisbah paparan
yang sepadan dengan skrin TV anda.
[Audio] : Pilih bahasa sari kata bagi audio.
[Sari Kata] : Pilih bahasa sari kata bagi video.
[Sudut] : Pilih adegan video yang dirakam
dalam sudut-sudut kamera yang berlainan.
Pilihan gambar
1 Tekan OPTIONS . 2 Tekan Butang navigasi dan OK untuk memilih
dan tukar:
[Warna] : Hidupkan atau matikan mod
warna.
[Pratonton foto] Paparkan imej kecil foto.
3 Tekan / untuk pergi ke halaman
pratonton sebelum atau selepas.
4 Tekan Butang navigasi dan OK untuk memilih
gambar.
Tayangan slaid muzikal
Jika gambar atau fail audio daripada cakera yang sama atau peranti storan USB, anda boleh membuat tayangan slaid muzikal.
1 Pilih trek audio dan kemudian tekan OK . 2 Tekan BACK dan kemudian pergi ke
folder gambar.
3 Pilih gambar, dan kemudian tekan OK untuk
memulakan pertunjukan slaid.
4 Tekan untuk menghentikan pertunjukan slaid. 5 Tekan sekali lagi untuk menghentikan muzik.
Radio
Dengar radio FM pada teater rumah anda, dan simpan sehingga 40 stesen radio.
Catatan
Radio AM dan digital tidak disokong.
Jika tiada isyarat radio yang dikesan, atau jika
kurang daripada lima stesen dijumpai, anda akan digesa untuk memasang stesen radio sekali lagi.
1 Panjangkan antena FM di bahagian belakang
teater rumah anda dan tempatkannya jauh dari TV atau sumber radiasi yang lain.
2 Tekan RADIO .
» Jika anda telah pun memasang stesen
radio, saluran terakhir yang anda dengar akan dimainkan.
» Jika anda belum lagi memasang
sebarang stesen radio, mesej AUTO INSTALL...PRESS PLAY akan muncul pada panel paparan. tekan
.
3 Gunakan alat kawalan jauh untuk mendengar
atau menukar stesen radio.
12 MS-MY
Page 15
Butang Tindakan Butang
angka ,
/
Butang navigasi
PROGRAM Manual: Tekan sekali untuk
Pilih stesen radio pratetap.
Kiri/Kanan: Cari stesen radio. Atas/Bawah: Tala haluskan frekuensi radio.
Tekan untuk menghentikan pemasangan stesen radio. Tekan dan tahan untuk memadam stesen radio pratetap.
mengakses mod program, dan tekan sekali lagi untuk menyimpan stesen radio. Automatik: Tekan dan tahan selama tiga saat untuk memasang semula stesen radio.
Grid penalaan
Di sesetengah negara, anda boleh togol grid talaan FM antara 50 kHz dan 100 kHz. Menukarkan grid talaan akan memadamkan semua stesen radio yang telah dipraset.
1 Tekan RADIO . 2 Tekan . 3 Tekan dan tahan ( Main/Jeda ) untuk togol
antara 50 kHz atau 100 kHz.
Pilih bunyi
Bahagian ini membantu anda memilih bunyi yang sempurna untuk video atau muzik anda.
Mod bunyi
Pilih mod bunyi yang dipratetapkan untuk disesuaikan dengan video atau muzik anda.
1 Tekan SOUND berulang kali untuk memilih
mod bunyi.
mOVIE : Nikmati pengalaman audio
bagaikan benar-benar di panggung wayang, ditingkatkan khusus untuk wayang gambar.
mUSIC : Cipta kembali suasana rakaman
asal muzik anda, di dalam studio atau ketika menghadiri konsert.
gAMIng : Nikmati bunyi arked yang
menyeronokkan, yang ideal untuk permainan video penuh aksi atau parti yang lantang.
nEWS : Dengarkan setiap perkataan
dengan pertuturan dioptimumkan dan vokal yang jelas.
OrIgInAL : Alami bunyi asal wayang dan
muzik anda, tanpa kesan bunyi tambahan.
Mod bunyi surround
Alami pengalaman audio perendaman dengan mod bunyi surround.
1 Pilih SURR berulang kali untuk memilih mod
keliling.
SUrrOUnd ( mUL-CH ): Bunyi keliling
saluran 5.1, pengalaman sinematik terbaik.
StErEO : Bunyi stereo dua saluran. Sesuai
untuk mendengar muzik.
Bahasa Melayu
MS-MY
13
Page 16
5 Tukar tetapan
Tetapan gambar dan video
Tetapan teater rumah telah pun dikonfi gurasikan untuk prestasi optimum. Melainkan anda mempunyai sebab untuk menukar tetapan, kami syorkan anda mengekalkan tetapan lalai.
Catatan
Anda tidak boleh mengubah tetapan yang telah
dikelabukan.
Untuk kembali ke menu sebelumnya, tekan
BACK . Untuk keluar daripada menu, tekan ( Laman utama ).
Tetapan bahasa
Bahasa paparan atas skrin
1 Tekan ( Laman utama ). 2 Pilih [Setup] kemudian tekan OK . 3 Pilih [Umum] kemudian tekan OK .
[Bahasa Osd] : Pilih bahasa paparan untuk
menu.
Bahasa cakera
1 Tekan ( Laman utama ). 2 Pilih [Setup] kemudian tekan OK . 3 Pilih [Keutamaan] kemudian tekan OK .
[Audio] : Pilih bahasa audio untuk cakera.
[Sari Kata] : Pilih bahasa sari kata untuk
cakera.
[Menu Cakera] : Pilih bahasa menu untuk
cakera.
1 Tekan ( Laman utama ). 2 Pilih [Setup] kemudian tekan OK . 3 Pilih [Video] kemudian tekan OK .
[Sistem TV] : Pilih format video yang
disokong oleh TV.
[Paparan TV] : Pilih format gambar yang
muat pada skrin TV.
[Tetapan Gambar] : Pilih animasi bagi
tayangan slaid.
Catatan
Jika anda hendak menukar tetapan, pastikan
bahawa TV menyokong tetapan baru ini.
Tetapan audio
1 Tekan ( Laman utama ). 2 Pilih [Setup] kemudian tekan OK . 3 Pilih [Audio] kemudian tekan OK .
[Mod Bunyi] : Pilih mod bunyi dipratakrif
yang sesuai dengan video dan muzik anda.
[Mod Malam] : Pilih bunyi diam
atau dinamik penuh. Mod malam mengurangkan kelantangan bunyi yang kuat dan menaikkan kelantangan bunyi seperti pertuturan. Hanya berlaku pada cakera DVD berkod Dolby Digital sahaja.
[Trebel/Bes ] : Tetapkan tetapan frekuensi
tinggi (trebel) dan frekuensi rendah (bes) bagi teater rumah.
Catatan
Jika bahasa cakera yang anda kehendaki tidak
tersedia, pilih [Lain] pada senarai dan masukkan kod bahasa 4 digit yang boleh didapati pada penghujung manual pengguna ini .
Jika anda memilih bahasa yang tidak tersedia
pada cakera, teater rumah akan menggunakan bahasa lalai cakera.
14 MS-MY
Page 17
Tetapan kawalan ibu bapa
Kata Laluan dan Pengadaran
1 Tekan ( Laman utama ). 2 Pilih [Setup] kemudian tekan OK . 3 Pilih [Keutamaan] kemudian tekan OK .
[Kata Laluan] : Tetapkan atau tukar kata
laluan anda untuk akses kawalan ibu bapa. Jika anda tidak mempunyai kata laluan atau terlupa kata laluan anda, masukkan 000000 .
[Kwln Ibu Bapa] : Dayakan akses terhad
berasaskan kematangan bagi main balik video DVD yang dirakamkan dengan pengadaran. Untuk memainkan cakera tanpa mengira pengadaran, pilih [8
Dewasa] .
Kunci cakera
1 Tekan ( Laman utama ). 2 Pilih [Setup] kemudian tekan OK . 3 Pilih [Umum] kemudian tekan OK .
[Kunci Cakera] : Kunci cakera untuk
mengehadkan mainan. Anda boleh mengunci sehingga 20 keping cakera pada teater rumah anda.
Tetapan paparan
1 Tekan ( Laman utama ). 2 Pilih [Setup] kemudian tekan OK . 3 Pilih [Keutamaan] kemudian tekan OK .
[PBC] : Dayakan atau nyahdayakan
navigasi menu kandungan bagi cakera VCD dan SVCD dengan ciri Kawalan Main Balik.
Tetapan penjimatan tenaga
1 Tekan ( Laman utama ). 2 Pilih [Setup] kemudian tekan OK . 3 Pilih [Umum] kemudian tekan OK .
[Kelam Paparan] : Tetapkan kecerahan
paparan panel depan teater rumah.
[Pemasa Tidur] : Alihkan teater rumah
kepada mod siap sedia selepas masa berlalu.
[Tggu Sdia Auto] : Alihkan teater rumah
kepada mod siap sedia sekiranya tiada aktiviti selama 30 minit ketika dalam mod cakera atau USB.
Kembalikan tetapan lalai
Bahasa Melayu
Catatan
Untuk memainkan cakera terkunci, ikuti arahan
atas skrin untuk memasukkan kata laluan, dan kemudian tekan OK .
1 Tekan ( Laman utama ). 2 Pilih [Setup] kemudian tekan OK . 3 Pilih [Keutamaan] > [Sedia Ada] , dan
kemudian tekan OK .
4 Pilih [OK] dan kemudian tekan OK untuk
mengesahkan.
» Teater rumah anda disetkan semula
kepada persediaan lalai, kecuali kata laluan, kawalan ibu bapa dan tetapan kunci cakera.
MS-MY
15
Page 18
6 Kemas kinikan
perisian
Philips sentiasa cuba untuk memperbaiki produk­produknya. Untuk mendapatkan ciri-ciri dan sokongan terbaik, kemas kini teater rumah anda dengan perisian terkini.
Bandingkan versi perisian semasa anda dengan versi terkini pada www.philips.com/support. Jika versi semasa adalah lebih rendah daripada versi terbaru yang tersedia di laman web sokongan Philips, naik taraf teater rumah anda dengan perisian terkini.
Awas
Jangan pasang versi perisian yang lebih rendah
daripada versi semasa yang dipasang pada produk anda. Philips tidak bertanggungjawab terhadap masalah yang disebabkan oleh turun taraf perisian.
Kemas kini perisian melalui USB
Apa yang anda perlukan
Pemacu denyar USB berformat FAT, dengan
sekurang-kurangnya 75MB memori. Jangan gunakan pemacu keras USB.
Komputer dengan akses kepada Internet.
Utiliti arkib yang menyokong format fail ZIP.
Langkah 1: Muat turun perisian terkini
1 Sambungkan peranti denyar USB kepada
komputer anda.
2 Pada penyemak imbas Web anda, pergi ke
www.philips.com/support.
3 Di laman web Sokongan Philips, dapatkan
produk anda dan cari Perisian dan pemacu .
» Kemas kini tersedia dalam bentuk fail zip.
4 Simpan fail zip dalam direktori induk peranti
denyar USB anda.
5 Gunakan utiliti arkib untuk mengekstrak fail
kemas kini perisian dalam direktori induk.
6 Tanggalkan peranti denyar USB daripada
komputer anda.
Semak versi perisian
Semak versi perisian semasa yang dipasang pada teater rumah anda.
1 Tekan ( Laman utama ). 2 Pilih [Setup] kemudian tekan OK . 3 Pilih [Keutamaan] > [Maklumat Versi] .
» Versi perisian dipaparkan.
16 MS-MY
Langkah 2: Kemas kini perisian
Awas
Jangan matikan teater rumah atau tanggalkan
pemacu denyar USB sepanjang kemas kini.
1 Sambung peranti storan USB yang
mengandungi fail yang dimuat turun kepada teater rumah anda.
Pastikan ruang cakera ditutup dan tiada
cakera di dalamnya.
2 Alihkan TV anda kepada sumber HDMI yang
betul bagi teater rumah anda.
3 Ikuti arahan atas skrin untuk mengesahkan
kemas kini.
» Apabila selesai, teater rumah akan mati
dan bermula semula secara automatik. Jika tidak, tanggalkan kord kuasa buat beberapa saat dan kemudian sambungkan kembali.
Page 19
7 Speksifikasi produk
Catatan
Spesifi kasi dan reka bentuk tertakluk kepada
perubahan tanpa notis.
Kod rantau
Plat jenis pada bahagian bawah atau belakang teater rumah menunjukkan kawasan mana yang disokongnya.
Negara
DVD
Eropah, United Kingdom
Asia Pasifik, Taiwan, Korea
Amerika Latin
Amplifi er
Jumlah kuasa output: 300W RMS (30% THD)
Respons frekuensi: 20 Hz-20 kHz / ±3 dB
Nisbah isyarat-hingar : > 65 dB (CCIR) /
(diberatkan A)
Kepekaan input:
AUX: 2 V
Video
Sistem isyarat: PAL / NTSC
Output video komponen: 480i/576i,
480p/576p, 720p, 1080i
Audio
Input audio S/PDIF Digital:
Sepaksi: IEC 60958-3
Optik: TOSLINK
Frekuensi pensampelan:
MP3: 32 kHz, 44.1 kHz, 48 kHz
WMA: 44.1 kHz, 48 kHz
Kadar bit tetap:
MP3: 32 kbps - 320 kbps
WMA: 128 bps - 192 kbps
Bahasa Melayu
Australia, New Zealand
Russia, India
China
Format media
DVD-Video, DVD+R/+RW, DVD-R/-RW,
DVD+R/-R DL, CD-R/CD-RW, CD Audio, CD Video/SVCD, Fail gambar, Media MP3, Media WMA, Media DivX, Peranti storan USB
Format fail
Audio: .mp3, .wma
Video: .avi, .divx, .mpg, .mpeg,
Gambar: .jpg, .jpeg
Radio
Julat penalaan:
Eropah/Rusia/China: FM 87.5-108 MHz
(50 kHz)
Asia Pasifi k/Amerika Latin: FM 87.5-108
MHz (50/100 kHz)
Nisbah isyarat-hingar : FM > 45 dB
Respons frekuensi: FM 200 Hz-12.5 kHz /
±6 dB
USB
Keserasian: USB Kelajuan tinggi (2.0)
Sokongan kelas: Kelas Penyimpanan Massa
USB (MSC)
Sistem fail: FAT16, FAT32
MS-MY
17
Page 20
Unit utama
Bekalan kuasa:
Eropah/China/Rusia/India: 220-240 V~,
50 Hz
Amerika Latin/Asia Pasifi k: 110-240V
~50-60 Hz
Penggunaan kuasa: 55 W
Penggunaan kuasa siap sedia: 0.9 W
Dimensi (LxTxD): 360 x 58 x 325 mm
Berat Bersih: 2.35 kg
8 Menyelesaikan
masalah
Amaran
Risiko kejutan elektrik. Jangan keluarkan sarung
produk ini.
Subwufer
Kuasa output: 50 W RMS (30% THD)
Impedans: 8 ohm
Pemacu pembesar suara: Wufer 133 mm
(5.25")
Dimensi (LxTxD): 160 x 267.5 x 265 mm
Berat: 2.61 kg
Pembesar Suara
Pembesar suara tengah:
Kuasa output: 50 W RMS (30% THD)
Impedans pembesar suara: 4 ohm
Pemacu pembesar suara: 1 x wufer 70 mm
(2.75")
Dimensi (LxTxD): 84.5 x 89 x 89 mm
Berat: 0.27 kg
Pembesar suara Hadapan/Belakang:
Kuasa output: 4 x 50 W RMS (30% THD)
Impedans pembesar suara: 4 ohm
Pemacu pembesar suara: 1 x wufer 70 mm
(2.75")
Dimensi (LxTxD): 84.5 x 89 x 89mm
Berat: 0.25-0.29 kg/setipa satu
Bateri alat kawalan jauh
2 x AAA-R03-1.5 V
Supaya jaminan tetap sah, jangan cuba baiki sistem ini sendiri. Jika anda mempunyai masalah menggunakan produk ini, periksa perkara yang berikut sebelum anda memohon perkhidmatan. Jika anda masih mempunyai masalah, dapatkan sokongan di www. philips.com/support.
Unit utama
Butang pada teater rumah tidak berfungsi.
Tanggalkan sambungan teater rumah daripada
bekalan kuasa selama beberapa minit, kemudian sambung semula.
Gambar
Tiada gambar.
Pastikan TV dialihkan ke sumber yang betul
bagi teater rumah ini.
Jika ini terjadi apabila anda menukar sistem
TV, tekan kemudian 439 pada alat kawalan jauh untuk mengembalikan sistem lalai TV.
Jika anda telah mendayakan mod imbas
progresif, tekan cakera, dan kemudian 297 pada alat kawalan jauh untuk menyahdayakan imbas progresif.
untuk membuka petak cakera, dan
untuk membuka petak
Laser
Jenis: Semikonductor laser GaAIAs (CD)
Panjang gelombang: 645 - 665 nm (DVD),
770 - 800 nm (CD)
Kuasa output: 6 mW (DVD), 7 mW (VCD/
CD)
Kecapahan alur: 60 darjah.
18 MS-MY
Page 21
Bunyi
Tiada bunyi daripada pembesar suara teater rumah.
Sambung kabel audio daripada teater rumah
anda kepada TV anda atau peranti-peranti lain (lihat 'Sambungkan audio daripada TV dan peranti lain' di halaman 8 ) .
Set semula teater rumah anda kepada
tetapan kilangnya (lihat 'Kembalikan tetapan lalai' di halaman 15 ) , kemudian matikannya dan hidupkannya semula.
Pada teater rumah anda, tekan SOURCE
berulang kali untuk memilih input audio yang betul.
Bunyi atau gema terherot.
Jika anda memainkan audio daripada TV
melalui teater rumah, pastikan TV dibisukan.
Audio dan video tidak segerak.
1) Tekan dan tahan AUDIO SYNC . 2) Tekan
+/- atau Butang navigasi dalam masa 5 saat untuk menyegerakkan audio dengan video.
Main
Tidak dapat memainkan cakera.
Bersihkan cakera.
Pastikan bahawa teater rumah menyokong
jenis cakera (lihat 'Format media' di halaman 17 ) .
Pastikan bahawa teater rumah menyokong
kod rantau cakera .
Jika cakera adalah cakera DVD±RW atau
DVD±, pastikan ia diselesaikan.
Tidak dapat memainkan fail DivX.
Pastikan bahawa fail DivX dikodkan menurut
‘Profi l Teater Rumah' dengan pengekod DivX.
Pastikan fail DivX adalah lengkap.
Sari kata DivX tidak dipaparkan dengan betul.
Pastikan nama fail sari kata sama dengan nama
fail fi lem (lihat 'Sari kata' di halaman 11 ) .
Pilih set aksara yang betul (lihat 'Sari kata' di
halaman 11 ) .
Tidak dapat membaca kandungan peranti storan USB.
Pastikan bahawa format peranti storan USB
serasi dengan teater rumah ini.
Pastikan bahawa sistem fail pada peranti
storan USB disokong oleh teater rumah.
Tanda 'Tiada entri' atau 'x' muncul pada TV.
Operasi tidak boleh dijalankan.
9 Notis
Bahagian ini mengandungi notis undang-undang dan tanda dagangan.
Hak cipta
Produk ini mengandungi teknologi perlindungan hak cipta yang dilindungi oleh paten A.S. dan hak harta intelek lain Rovi Corporation. Kejuruteraan undur dan penyahhimpunan adalah dilarang.
Mengenai Imbasan Progresif
Pengguna hendaklah mengambil perhatian bahawa tidak semua peti televisyen serasi sepenuhnya dengan produk ini dan mungkin akan menyebabkan artifak terpapar pada gambar. Dalam keadaan masalah gambar imbasan progresif 525 atau 625, pengguna disyorkan menukar sambungan kepada output 'defi nisi standard'. Jika anda mempunyai soalan berkenaan keserasian peti TV kami dengan model pemain DVD 525p dan 625p ini, sila hubungi pusat khidmat pelanggan kami.
Bahasa Melayu
MS-MY
19
Page 22
Tanda dagangan
10 Indeks
Dikilangkan di bawah lesen daripada Dolby Laboratories. Dolby dan simbol D berganda adalah tanda dagangan Dolby Laboratories.
DivX , DivX Ultra , DivX Certifi ed dan logo yang berkaitan adalah tanda dagangan Rovi Corporation atau subsidiarinya dan digunakan dengan kebenaran. DivX Ultra DivX premium. TENTANG DIVX VIDEO: DivX video digital yang dicipta oleh DivX, LLC, subsidiari Rovi Corporation. Ini adalah peranti rasmi DivX Certifi ed www.divx.com untuk mendapatkan maklumat lanjut dan alat perisian untuk menukar fail anda menjadi video DivX. MENGENAI DIVX VIDEO-ON-DEMAND: Peranti DivX Certifi ed membolehkan anda memainkan fi lem-fi lem DivX Video-on-Demand (VOD) yang dibeli. Untuk mendapatkan kod pendaftaran anda, cari bahagian DivX VOD dalam menu persediaan peranti anda. Pergi ke vod.divx.com untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara menyelesaikan pendaftaran anda.
Certifi ed untuk memainkan video
dengan ciri lanjutan dan kandungan
adalah format
yang memainkan video DivX. Lawati
ini hendaklah didaftarkan untuk
A
audio daripada TV dan peranti lain 8
B
bahasa audio untuk cakera 14 bahasa menu atas skrin 14 bahasa menu untuk cakera 14 bahasa sari kata untuk cakera 14 bateri 18 bunyi keliling 13 butang kawalan mainan 10
C
cakera 10 cakera kunci 15 carian masa 12 connectors 4
D
DivX 11 , 17 DivX subtitles 11
F
format fail yang disokong 17 format media yang disokong 17
CLASS 1
LASER PRODUCT
20 MS-MY
G
gambar skrin 15 gambaran keseluruhan kawalan jauh 5 gambaran keseluruhan unit utama 4 grid penalaan 13
I
Imbas Progresif 9
Page 23
K
kata laluan 15 kawalan ibu bapa 15 kecerahan paparan 15 kemas kini perisian 16 kembalikan tetapan lalai 15 kitar semula 3 Kod VOD bagi DivX 11
M
menu cakera 14 Menu laman utama 10 menu paparan bagi MP3/JPEG 15 menu paparan bagi VCD/SVCD 15 menu persediaan 14 menyelesaikan masalah 18 mod bunyi 13 mod malam 14 mod ulang 10
N
nombor siri produk 3
P
PBC (play back control) 15 pelupusan 3 pemasa tidur 15 penempatan pembesar suara 6 pengadaran ibu bapa 15 peranti penyimpanan USB 11 persediaan pembesar suara 9 pilihan gambar 12 pilihan video 12 program radio stations 12 putar gambar 10
S
sambung antena FM 4 , 12 sambung kabel audio analog 9 sambung kabel audio optik 8 sambung kebel sepaksi audio 8 sambung kepada TV 7 sambung pembesar suara 6 sambung teater rumah 6 sambung video komponen (merah/biru/hijau) 7 segerakkan gambar dan bunyi 11 set aksara 11 siap sedia auto 15 sokongan pengguna 3 spesifi kasi 17
T
tajuk 12 tanda dagangan 20 tayangan slaid 12 tayangan slaid muzikal 12 tetapan bahasa 14 tetapan gambar 14 tukar kata laluan 15
Bahasa Melayu
V
versi perisian 16
R
radio 12 resolusi video 14
MS-MY
21
Page 24
Language Code
Page 25
© 2012 Koninklijke Philips Electronics N.V.
All rights reserved.
sgpjp_1205/98_v1
Loading...