Philips HTL2193B/98 user manual [ms]

Page 1
Sedia membantu anda bila-bila masa
Ada Soalan?
Philips
Daftarkan produk anda dan dapatkan sokongan di
www.philips.com/support
HTL2193B
Manual pengguna
Page 2
Page 3
Daftar kandungan
1 Penting 2
Keselamatan 2 Jagaan produk anda 3 Jagaan alam sekitar 3 Bantuan dan sokongan 3
2 Produk anda 4
Unit utama 4 Kawalan jauh 4 Penyambung 5
3 Sambungkan 6
Penempatan 6 Sambungkan audio daripada TV 7 Sambungkan audio daripada peranti lain 8
4 Gunakan produk anda 9
Laraskan kelantangan 9 Pilih bunyi anda 9 Mainkan audio menerusi Bluetooth 10 pemain MP3 11 Peranti storan USB 11 Siap sedia auto 11 Tetapkan kecerahan paparan 11 Gunakan tetapan kilang 12 Radio 12
5 Kemas kinikan perisian 13
Semak versi perisian 13 Kemas kinikan perisian melalui USB 13
6 Lekapan dinding 14
7 Spesikasiproduk 15
8 Menyelesaikan masalah 16
1MS-MY
Page 4

1 Penting

Baca dan faham semua arahan sebelum anda gunakan produk anda. Jika kerosakan terjadi disebabkan oleh kegagalan mematuhi arahan, jaminan tidak dikenakan.

Keselamatan

Risiko kejutan elektrik atau kebakaran!
Sebelum anda membuat atau menukar sebarang sambungan, pastikan semua peranti telah ditanggalkan daripada alur keluar kuasa.
Jangan sekali-kali dedahkan produk dan aksesori kepada hujan atau air. Jangan sekali-kali letakkan bekas cecair, seperti pasu, hampir dengan produk. Jika cecair tertumpah pada atau ke dalam produk, putuskan sambungan dengan alur keluar kuasa dengan serta merta. Hubungi Layanan Pelanggan agar produk diperiksa sebelum digunakan.
Jangan sekali-kali letakkan produk dan aksesori berhampiran nyalaan terbuka atau sumber haba lain, termasuk cahaya matahari langsung.
Jangan sekali-kali masukkan objek ke dalam slot pengalihudaraan atau bukaan lain pada teater rumah.
Apabila plag sesalur kuasa atau pengganding perkakas digunakan sebagai peranti putus sambungan, peranti putus sambungan tersebut akan tetap sedia beroperasi.
Bateri (pek bateri atau bateri yang dipasang) tidak boleh didedahkan kepada haba yang melampau seperti cahaya matahari, api atau sebagainya.
Putuskan sambungan produk daripada alur keluar kuasa jika berlaku ribut petir.
Apabila anda memutuskan sambungan kord kuasa, sentiasa tarik palamnya, dan bukan kabelnya.
Risiko litar pintas atau kebakaran!
Untuk pengenalan dan pengadaran bekalan, lihat plat jenis di bahagian belakang atau bawah produk.
Sebelum anda menyambungkan produk ke alur keluar kuasa, pastikan bahawa voltan kuasa sepadan dengan nilai yang dicetak di belakang atau bahagian bawah produk tersebut. Jangan sekali-kali sambungkan produk ke alur keluar kuasa jika voltannya berbeza.
Risiko kecederaan atau kerosakan terhadap produk ini!
Untuk lekapan dinding, produk ini mesti dipasang dengan kukuh pada dinding mengikut arahan pemasangan. Gunakan pendakap lekapan dinding yang dibekalkan sahaja (jika tersedia). Lekapan dinding yang tidak sempurna boleh menyebabkan kemalangan, kecederaan atau kerosakan. Jika anda mempunyai sebarang soalan, hubungi Layanan Pelanggan di negara anda.
Jangan sekali-kali letakkan produk atau sebarang objek pada kord kuasa atau kelengkapan elektrik yang lain.
Jika produk diangkut dalam suhu di bawah 5°C, buka bungkusan produk dan tunggu sehingga suhunya sepadan dengan suhu bilik sebelum menyambungkannya dengan alur keluar kuasa.
Bahagian-bahagian produk ini mungkin dibuat daripada kaca. Kendalikan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan dan kerosakan.
Risiko pemanasan melampau!
Jangan pasang produk dalam ruangan terkurung. Sentiasa tinggalkan ruang sekurang-kurangnya empat inci di sekeliling produk untuk pengalihudaraan. Pastikan langsir atau objek lain tidak menutup slot pengalihudaraan pada produk tersebut.
Risiko pencemaran!
Jangan campurkan bateri (lama dan baru atau karbon dan alkali, dll.).
2 MS-MY
Page 5
Bahaya letupan jika bateri tidak diganti dengan yang betul. Ganti hanya dengan jenis yang sama atau setara.
Keluarkan bateri jika telah kehabisan atau jika alat kawalan jauh tidak akan digunakan buat tempoh masa yang lama.
Bateri mengandungi bahan kimia, jadi ia hendaklah dilupuskan dengan betul.
Risiko tertelan bateri!
Produk/alat kawalan jauh mungkin mengandungi bateri jenis syiling/butang, yang boleh ditelan. Jauhkan bateri daripada jangkauan kanak-kanak pada setiap masa! Jika tertelan, bateri ini boleh mengakibatkan kecederaan serius atau kematian. Kelecuran dalaman yang teruk boleh berlaku dalam masa dua jam selepas tertelan bateri ni.
Jika anda mengesyaki bahawa bateri telah tertelan atau termasuk ke dalam mana­mana bahagian badan, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Apabila anda menukar bateri, pastikan semua bateri baru dan lama jauh dari jangkauan kanak-kanak. Pastikan petak bateri telah ditutup dengan kemas selepas anda mengganti bateri.
Jika petak bateri tidak dapat ditutup dengan kemas, berhenti menggunakan produk ini. Jauhkan ia dari jangkauan kanak-kanak dan hubungi pengeluar.
Ini adalah perkakas CLASS II dengan penebatan berganda, dan tiada perlindungan pembumian dibekalkan.
Gunakan bekalan kuasa yang tersenarai dalam manual pengguna sahaja.

Jagaan produk anda

Hanya gunakan kain mikrogentian untuk membersihkan produk.

Jagaan alam sekitar

Pembuangan barang lama anda
Produk anda direka bentuk dan dikilangkan dengan menggunakan bahan dan komponen yang berkualiti tinggi, yang boleh dikitar semula dan digunakan semula. Jangan buang produk dengan sisa rumah biasa di akhir hayatnya, sebaliknya bawanya ke pusat pungutan rasmi atau kitar semula. Dengan melakukan ini, anda membantu memelihara alam sekitar.

Bantuan dan sokongan

Bagi sokongan lanjutan dalam talian, lawati www.philips.com/support untuk:
memuat turun manual pengguna dan panduan permulaan ringkas
menonton tutorial video (tersedia hanya untuk model terpilih)
mencari jawapan untuk soalan lazim (FAQ)
menghantar soalan kepada kami melalui e-mel
berbual dengan wakil sokongan kami.
Ikuti arahan pada laman web ini untuk memilih bahasa anda, lalu masukkan nombor model produk anda. Di samping itu, anda juga boleh menghubungi Pusat Layanan Pelanggan di negara anda. Sebelum anda menghubungi, catatkan nombor model dan nombor siri produk anda. Anda boleh menemui maklumat ini di bahagian belakang atau bawah produk anda.
3MS-MY
Page 6

2 Produk anda

b
a
c d
f
g
h
i
e m
j
k
l

Kawalan jauh

Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips (cth. pemberitahun naik taraf perisian produk), daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.

Unit utama

Bahagian ini mengandungi gambaran keseluruhan unit utama.
a
Hidupkan produk ini atau tukar kepada mod siap sedia.
b SOURCE
Pilih sumber input untuk produk ini.
c Kelantangan +/-
Naikkan atau kurangkan kelantangan.
d Panel paparan
ca b d
Bahagian ini mengandungi gambaran keseluruhan alat kawalan jauh.
a (Bersedia-Hidup)
Hidupkan produk ini atau tukar kepada mod siap sedia.
b Butang sumber
COAX / OPT: Tukar sumber audio anda
kepada sambungan sepaksi atau kepada sambungan optikal. HDMI ARC: Tukar sumber anda kepada sambungan HDMI ARC.
4 MS-MY
Page 7
AUX: Tukar sumber audio anda kepada sambungan AUX. AUDIO IN: Tukar sumber audio anda kepada sambungan MP3 (bicu 3.5mm). USB: Tukar kepada mod USB.
: Tukar kepada mod Bluetooth.
RADIO: Tukar kepada mod radio.
c
/ (Sebelumnya/Seterusnya)
• Langkau ke trek sebelumnya atau seterusnya dalam mod USB.
• Dalam mod radio, apabila nombor yang dipratetapkan dipaparkan, tekan untuk memilih stesen radio yang dipratetapkan.
• Dalam mod radio, apabila frekuensi radio dipaparkan, tekan dan tahan untuk mencari stesen radio atau tekan seketika untuk menalahaluskan frekuensi radio.
d
(Main/Jeda)
• Mula, jeda atau sambung main dalam mod USB.
• Dalam mod radio, togol paparan antara nombor pratetap semasa dan frekuensi.
e BASS +/-
Naikkan atau kurangkan bes.
f Kawalan kelantangan
+/-: Naikkan atau kurangkan kelantangan.
: Bisukan atau pulihkan kelantangan.
g MUSIC
Pilih mod bunyi stereo untuk pengalaman muzik yang terbaik.
h AUDIO SYNC +/-
Naikkan atau turunkan lengah audio.
i DIM
Tetapkan kecerahan panel paparan untuk produk ini.
j NIGHT / PROGRAM
• Hidupkan atau matikan mod malam.
• Dalam mod radio, tekan dan tahan selama tiga saat untuk memasang semula stesen radio.
k SURR (MOVIE)
Pilih mod bunyi keliling untuk pengalaman
lem yang terbaik.
l VOICE
Pilih mod bunyi suara untuk meningkatkan kejelasan suara.
m TREBLE +/-
Naikkan atau kurangkan trebel.

Penyambung

Bahagian ini mengandungi gambaran keseluruhan penyambung yang ada pada produk ini.
i h
b
a
dc
gfe
a HDMI OUT (ARC) - TO TV
Sambungkan kepada input HDMI (ARC) pada TV.
b antena FM
Sambungkan antena FM yang dibekalkan. Panjangkan antena FM untuk penerimaan yang lebih baik.
c DC IN
Sambung ke bekalan kuasa.
d SUBWOOFER
Sambung kepada subwufer yang dibekalkan.
e DIGITAL IN-COAXIAL
Sambung kepada output audio sepaksi pada TV atau peranti digital.
5MS-MY
Page 8
f AUX IN (L/R)
Sambung kepada output audio analog pada TV atau peranti analog.
g DIGITAL IN-OPTICAL
Sambung kepada output audio optik pada TV atau peranti digital.
h
i AUDIO IN
(USB)
• Sambungkan kepada peranti storan USB untuk memainkan media audio.
• Naik taraf perisian produk ini.
• Cas peranti USB.
Input audio daripada pemain MP3 (bicu
3.5mm), sebagai contoh.

3 Sambungkan

Bahagian ini membantu anda menyambungkan produk ini kepada TV dan peranti lain. Untuk mendapatkan maklumat mengenai sambungan asas produk ini dan aksesorinya, lihat panduan permulaan ringkas.
Catatan
Untuk pengenalan dan pengadaran bekalan, lihat plat
jenis di bahagian belakang atau bawah produk.
Sebelum anda membuat atau menukar sebarang
sambungan, pastikan semua peranti telah ditanggalkan daripada alur keluar kuasa.

Penempatan

Tempatkan subwufer sekurang-kurangnya 1 meter (3 kaki) dari unit utama dan 10 sentimeter (4 inci) dari dinding. Untuk pengalaman terbaik, letakkan subwufer anda seperti yang ditunjukkan di bawah.
6 MS-MY
Page 9

Sambungkan audio daripada TV

Sambungkan produk ini kepada TV. Anda boleh mendengar audio daripada program TV melalui pembesar suara produk ini.
Pilihan 1: Sambungkan kepada TV melalui HDMI (ARC)
Audio dengan kualiti terbaik
Produk ini menyokong HDMI dengan Saluran Kembali Audio (ARC). Dengan ciri ARC, anda boleh mendengar audio TV menerusi produk ini menggunakan satu kabel HDMI.
Apa yang anda perlukan
Kabel HDMI Berkelajuan Tinggi.
TV anda menyokong kedua-dua HDMI ARC dan HDMI-CEC (lihat manual pengguna TV untuk butiran lanjut).
Bagi sesetengah model TV, dayakan output pembesar suara luaran daripada menu tetapan TV (lihat manual pengguna TV untuk butiran lanjut).
2 Pada TV anda, hidupkan operasi HDMI-
CEC.
• Bagi masalah HDMI-CEC pada TV anda, lihat manual pengguna TV untuk memastikan bahawa persediaan HDMI-CEC adalah betul atau hubungi pengeluar TV jika perlu.
3 Tekan HDMI ARC pada kawalan jauh
produk ini untuk mendayakan sambungan HDMI ARC.
Catatan
100% kesalingfungsian dengan semua peranti HDMI-
CEC tidak dijamin.
Jika TV anda tidak mematuhi HDMI ARC, sambungkan
kabel audio untuk mendengar audio TV melalui produk ini.
Pilihan 2: Sambungkan kepada TV melalui kabel optikal
Audio dengan kualiti terbaik
TV
TV
1 Menggunakan kabel HDMI Berkelajuan
Tinggi, sambungkan penyambung HDMI OUT (ARC) pada produk ini kepada
penyambung HDMI ARC pada TV.
• Penyambung HDMI ARC pada TV mungkin dilabel dengan cara berbeza. Untuk butiran, lihat manual pengguna TV.
1 Menggunakan kabel optikal, sambungkan
penyambung OPTICAL pada produk ini kepada output optikal pada TV.
• Output optikal digital pada TV mungkin berlabel OPTICAL OUT, SPDIF atau
SPDIF OUT.
2 Tekan OPT pada kawalan jauh produk ini
untuk mendayakan sambungan optikal.
7MS-MY
Page 10
Pilihan 3: Sambungkan kepada TV melalui kabel sepaksi
Audio dengan kualiti terbaik
TV
1 Menggunakan kabel sepaksi, sambungkan
penyambung COAXIAL pada produk ini kepada output sepaksi pada TV.
• Output sepaksi digital pada TV mungkin berlabel , COAXIAL/DIGITAL OUT atau DIGITAL AUDIO OUT.
2 Tekan COAX pada kawalan jauh produk ini
untuk mendayakan sambungan sepaksi.
Pilihan 4: Sambungkan kepada TV melalui kabel audio analog
Audio berkualiti asas

Sambungkan audio daripada peranti lain

Anda juga boleh memainkan audio daripada peranti lain melalui pembesar suara produk ini.
Pilihan 1: Sambungkan kepada peranti lain melalui kabel optikal
Audio dengan kualiti terbaik
1 Menggunakan kabel optikal, sambungkan
penyambung OPTICAL pada produk ini kepada output optikal pada peranti luaran.
• Output optikal digital pada peranti luaran mungkin berlabel OPTICAL
OUT, SPDIF atau SPDIF OUT.
2 Tekan OPT pada kawalan jauh produk ini
untuk mendayakan sambungan optikal.
TV
1 Menggunakan kabel audio analog,
sambungkan penyambung AUX pada produk ini kepada output audio analog pada TV.
• Output audio analog pada TV mungkin berlabel AUDIO OUT.
2 Tekan AUX pada kawalan jauh produk
ini untuk mendayakan sambungan audio analog.
8 MS-MY
Pilihan 2: Sambungkan kepada peranti lain melalui kabel sepaksi
Audio dengan kualiti terbaik
Page 11
1 Menggunakan kabel sepaksi, sambungkan
penyambung COAXIAL pada produk ini kepada output sepaksi pada peranti luaran.
• Output sepaksi digital pada peranti luaran mungkin berlabel ,
COAXIAL/DIGITAL OUT atau DIGITAL AUDIO OUT.
2 Tekan COAX pada kawalan jauh produk ini
untuk mendayakan sambungan sepaksi.
Pilihan 3: Sambungkan kepada peranti lain melalui kabel audio analog
Audio berkualiti asas
1 Menggunakan kabel audio analog,
sambungkan penyambung AUX pada produk ini kepada output audio analog pada peranti luaran.
• Output audio analog pada peranti luaran mungkin berlabel AUDIO OUT.
2 Tekan AUX pada kawalan jauh produk
ini untuk mendayakan sambungan audio analog.
4 Gunakan produk
anda
Bahagian ini membantu anda menggunakan produk ini untuk memainkan media daripada pelbagai sumber.
Sebelum anda bermula
Buat sambungan yang perlu yang diterangkan dalam panduan permulaan ringkas atau muat turun manual pengguna daripada www.philips.com/support.
Tukar produk ini kepada sumber yang betul untuk peranti yang lain.

Laraskan kelantangan

1
Tekan Kelantangan +/- untuk menaikkan atau mengurangkan paras kelantangan.
• Untuk membisukan bunyi, tekan
• Untuk memulihkan bunyi, tekan
sekali lagi atau tekan Kelantangan +/-.

Pilih bunyi anda

Bahagian ini membantu anda memilih bunyi yang sempurna untuk video atau muzik anda.
.
Mod bunyi
Pilih mod bunyi yang dipratetapkan untuk disesuaikan dengan video atau muzik anda.
Tekan SURR (MOVIE) untuk mencipta pengalaman mendengar bunyi keliling. Amat
sesuai untuk menonton lem.
Tekan MUSIC untuk mencipta bunyi stereo. Sesuai untuk mendengar muzik.
Tekan VOICE untuk mencipta kesan bunyi yang menjadikan suara manusia lebih jelas dan mengagumkan untuk pendengaran.
9MS-MY
Page 12
Penyama
Ubah tetapan frekuensi tinggi (trebel) dan frekuensi rendah (bes) produk ini.
1 Tekan TREBLE +/- atau BASS +/- untuk
mengubah frekuensi.
Apa yang anda perlukan
Peranti Bluetooth yang menyokong prol A2DP, AVRCP Bluetooth dan dengan versi Bluetooth 4.0 + EDR.
Julat operasi antara unit utama dan peranti Bluetooth adalah lebih kurang 10 meter (30 kaki).
Segerakkan video dengan bunyi
Jika audio dan video tidak segerak, tunda audio agar sepadan dengan video.
1 Tekan AUDIO SYNC +/- untuk
menyegerakkan audio dengan video.
AUDIO SYNC + meningkatkan lengah bunyi dan AUDIO SYNC - mengurangkan lengah bunyi.
Mod malam
Untuk mendengar perlahan, mod malam mengurangkan kelantangan bunyi kuat apabila audio dimainkan. Mod malam hanya tersedia bagi trek bunyi Dolby Digital.
1 Tekan NIGHT untuk menghidupkan atau
mematikan mod malam.
» Apabila mod malam dihidupkan, ON
NIGHT akan menatal dua kali pada
panel paparan.
» Apabila mod malam dimatikan, OFF
NIGHT akan menatal dua kali pada
panel paparan.

Mainkan audio menerusi Bluetooth

Menerusi Bluetooth, sambungkan produk ini menggunakan peranti Bluetooth anda (seperti iPad, iPhone, iPod touch, telefon Android atau komputer riba), kemudian anda boleh mendengar fail audio yang disimpan pada peranti menerusi pembesar suara produk ini.
1 Tekan pada alat kawalan jauh untuk
menukar produk ini kepada mod Bluetooth.
» BT dipaparkan pada panel paparan,
sambil berkelip.
2 Pada peranti Bluetooth, hidupkan
Bluetooth, cari dan pilih Philips HTL2193 untuk memulakan sambungan
(lihat manual pengguna bagi peranti Bluetooth mengenai cara mendayakan Bluetooth).
» Semasa sambungan, BT pada panel
paparan akan berkelip.
3 Tunggu sehingga produk ini berbunyi bip.
» Apabila sambungan Bluetooth berjaya,
BT akan dipaparkan pada panel paparan.
» Jika sambungan gagal, BT pada panel
paparan akan terus berkelip.
4 Pilih dan mainkan fail audio atau muzik
pada peranti Bluetooth anda.
• Semasa dimainkan, jika ada panggilan masuk, muzik akan dijeda. Mainan diteruskan apabila panggilan tamat (ciri ini bergantung pada telefon mudah alih yang disambungkan).
• Jika peranti Bluetooth anda menyokong
prol AVRCP, pada alat kawalan jauh,
anda boleh menekan melangkau trek, atau tekan menjeda/sambung bermain.
/ untuk
untuk
5 Untuk keluar daripada Bluetooth, pilih
sumber lain.
• Apabila anda bertukar kembali kepada mod Bluetooth, sambungan Bluetooth kekal aktif.
10 MS-MY
Page 13
Catatan
Penstriman muzik mungkin diganggu oleh halangan di
antara peranti dan produk ini, seperti dinding, bekas metalik yang menutupi peranti atau peranti berdekatan lain yang beroperasi dalam frekuensi yang sama.
Jika anda ingin menyambungkan produk ini dengan
peranti Bluetooth yang lain, tekan dan tahan kawalan jauh untuk memutuskan sambungan peranti Bluetooth yang sedang bersambung.
alat

pemain MP3

Sambung pemain MP3 anda untuk memainkan fail audio anda atau muzik.
Apa yang anda perlukan
Pemain MP3.
Kabel audio stereo 3.5mm.
1 Menggunakan kabel audio stereo 3.5mm,
sambungkan pemain MP3 kepada penyambung AUDIO IN pada produk ini.
2 Tekan AUDIO IN pada kawalan jauh. 3 Gunakan butang pada pemain MP3 anda
untuk memilih dan memainkan fail audio atau muzik.
Tekan untuk mula, jeda atau sambung main.
Tekan sebelumnya atau seterusnya.
Semasa mainan USB, tekan dan tahan USB untuk memasuki mod ulang, kemudian tekan USB untuk memilih salah satu mod mainan berikut.
ONE RPT: ulang trek semasa.
ALL RPT: ulang semua trek dalam satu
SHUFFLE: mainkan secara rawak dalam
OFF RPT: keluar daripada mod main
Produk ini mungkin tidak serasi dengan sesetengah jenis
peranti storan USB.
Jika anda menggunakan kabel sambungan USB, USB
HUB, atau pembaca berbilang USB, peranti storan USB mungkin tidak akan dikenali.
Kamera digital protokol PTP dan MTP tidak disokong.
Jangan alih keluar peranti storan USB semasa peranti
ini dibaca.
Fail muzik yang dilindungi DRM (MP3) tidak disokong.
Menyokong port USB: 5V , 1A.
/ untuk melangkau ke trek
folder.
satu folder.
ulang atau kocok.
Catatan

Peranti storan USB

Nikmati audio pada peranti storan USB, seperti pemain MP3 dan memori kilat USB, dll.
Apa yang anda perlukan
Peranti storan USB yang telah diformat bagi sistem fail FAT, DOS atau NTFS, dan mematuhi Kelas Penyimpanan Massa.
Fail MP3 pada peranti storan USB
1 Sambungkan peranti storan USB kepada
produk ini.
2 Tekan USB pada kawalan jauh. 3 Gunakan alat kawalan jauh untuk mengawal
mainan.

Siap sedia auto

Apabila memainkan media daripada peranti yang disambungkan, produk ini akan ber tukar secara automatik kepada mod siap sedia selepas 15 minit butang menjadi tidak aktif dan tiada mainan audio/video daripada peranti yang disambungkan.

Tetapkan kecerahan paparan

Anda boleh menekan DIM berulang kali untuk memilih paras kecerahan yang berbeza bagi panel paparan produk ini.
11MS-MY
Page 14
Jika anda memilih AUTO OFF, mesej LED dimatikan selepas 10 saat butang menjadi tidak aktif.

Gunakan tetapan kilang

Anda boleh menetapkan semula produk ini kepada tetapan lalai yang diprogramkan di kilang.
1 Dalam mana-mana mod sumber, pada alat
kawalan jauh, tekan Kelantangan -, BASS - dan TREBLE - dalam jujukan dalam masa tiga saat.
» Apabila pemulihan tetapan kilang
selesai, produk ini akan mati dan bermula semula secara automatik.

Radio

2 Tekan untuk memasang stesen radio.
» RADIO INSTALL (pasang radio) skrol
pada panel paparan.
» Produk ini menyimpan stesen
radio dengan kekuatan isyarat yang mencukupi secara automatik.
• Untuk mengosongkan semua stesen radio sedia ada, tekan dan tahan PROGRAM selama 3 saat untuk memasang semula stesen radio.
Pilih stesen radio yang dipratetapkan
1 Dalam mod radio, paparkan nombor yang
dipratetapkan (tekan
).
2 Tekan / untuk memilih nombor yang
dipratetapkan.
• Tekan RADIO untuk menogol antara bunyi stereo dengan mono.
Dengar radio FM pada produk ini dan simpan sehingga 40 stesen radio.
Catatan
Letakkan antena sejauh yang mungkin dari TV atau
sumber radiasi lain.
Untuk penerimaan optimum, panjangkan sepenuhnya
dan laraskan kedudukan antena.
Radio AM dan digital tidak disokong.
Jika tiada isyarat stereo dikesan, anda akan digesa untuk
memasang stesen radio sekali lagi.
Pasang stesen radio secara automatik
1 Tekan RADIO untuk ber tukar kepada
sumber radio.
» Jika anda belum lagi memasang
sebarang stesen radio, mesej AUTO INSTALL (pasang auto) skrol pada panel paparan.
Tala kepada suatu stesen radio
1 Dalam mod radio, paparkan frekuensi radio
(tekan
).
2 Tekan dan tahan / lebih daripada
2 saat.
» Radio akan menala kepada stesen yang
berpenerimaan kuat secara automatik.
3 Ulang langkah 2 untuk menala kepada lebih
banyak stesen.
• Untuk menalahaluskan frekuensi radio, tekan seketika
/ .
Programkan stesen radio secara manual
1 Tala kepada stesen radio. 2 Paparkan frekuensi radio semasa (tekan
).
3 Tekan seketika PROGRAM.
» nombor akan berkelip pada panel
paparan.
12 MS-MY
Page 15
4 Tekan / untuk menguntukkan
nombor pada stesen radio ini.
5 Tekan untuk mengesahkan. 6 Ulangi langkah di atas untuk memprogram
stesen lain.
Padam stesen yang dipratetapkan
1 Dalam mod radio, paparkan nombor yang
dipratetapkan (tekan
).
2 Tekan PROGRAM. 3 Tekan / untuk memilih nombor yang
dipratetapkan.
4 Tekan untuk memadam stesen radio.
» Apabila stesen radio dipadamkan, DEL
akan dipaparkan seketika.
5 Kemas kinikan
perisian
Untuk mendapatkan ciri dan sokongan terbaik, kemas kini produk anda dengan perisian yang terkini.

Semak versi perisian

Dalam mana-mana mod sumber, pada kawalan jauh, tekan TREBLE -, BASS -, dan
Kelantangan -dalam jujukan.
Grid penalaan
Di sesetengah negara, anda boleh togol grid talaan FM antara 50 kHz dan 100 kHz.
1 Tekan RADIO untuk ber tukar kepada
sumber radio.
2 Tekan dan tahan RADIO untuk togol
antara 50 kHz atau 100 kHz.

Kemas kinikan perisian melalui USB

1
Semak versi perisian yang terbaru di www.philips.com/support.
• Cari model anda dan klik pada "Perisian dan pemacu".
2 Muat turun perisian ke dalam peranti
storan USB.
a Nyahzip fail yang dimuat turun jika
ia fail zip dan pastikan fail yang telah dinyahzip diberi nama "HTL2193B. bin".
b Letakkan fail "HTL2193B.bin" dalam
direktori induk.
3 Sambungkan peranti storan USB pada
penyambung
(USB) pada produk ini.
4 Tekan HDMI ARC untuk mengalihkan
produk ini kepada sumber HDMI ARC.
5 Pada alat kawalan jauh, dalam masa enam
saat tekan + sekali, dan tahan SURR (MOVIE).
» Pada panel paparan, "UPG" (naik taraf)
akan berkelip perlahan, kemudian berkelip cepat.
dua kali, kemudian Kelantangan
13MS-MY
Page 16
6 Apabila "UPG" berkelip cepat, tekan
untuk memulakan kemas kini.
» Kemudian "UPG" (naik taraf) akan
terpapar pada panel paparan.
7 Tunggu sehingga kemas kini selesai.
» Setelah kemas kini selesai, produk ini
akan dimatikan dan dihidupkan semula secara automatik.
Awas
Jangan matikan bekalan kuasa atau tanggalkan peranti
storan USB semasa kemas kini perisian sedang dijalankan kerana anda mungkin boleh merosakkan produk ini.

6 Lekapan dinding

Catatan
Sebelum melakukan lekapan dinding, pastikan dinding
dapat menyokong berat produk ini.
Untuk lekapan dinding, produk ini mesti dipasang
dengan kukuh pada dinding mengikut arahan pemasangan. Lekapan dinding yang tidak sempurna boleh menyebabkan kemalangan, kecederaan atau kerosakan. Jika anda mempunyai sebarang soalan, hubungi Layanan Pelanggan di negara anda.
Panjang/diameter skru
Bergantung pada jenis lekapan dinding produk ini, pastikan anda menggunakan skru yang sesuai panjang dan diameternya.
3.2-3.6 mm/0.13”-0.14”
≤9 mm/
0.35”
Lihat ilustrasi pada panduan permulaan ringkas tentang cara melekap produk ini pada dinding.
1) Gerudi dua lubang pada dinding.
2) Letakkan penyumbat dan skru ke dalam lubang.
3) Gantungkan produk ini pada skru pengikat.
>25 mm/0.98”
3.5-4 mm/
0.14”-0.16”
14 MS-MY
Page 17
7 Spesifikasi
produk
Bluetooth
Prol Bluetooth: A2DP, AVRCP
Versi Bluetooth: 4.0 + EDR
Catatan
Spesikasi dan reka bentuk tertakluk kepada perubahan
tanpa notis.
Amplier
Jumlah kuasa output: 150W RMS (+/- 0.5 dB, 10% THD)
Respons frekuensi: 20 Hz-20 kHz / +/- 3 dB
Nisbah isyarat-hingar: > 65 dB (CCIR) / (diberatkan A)
Kepekaan input:
• AUX: 2 V
• AUDIO MASUK: 1 V
Audio
Input audio S/PDIF Digital:
• Sepaksi: IEC 60958-3
• Optik: TOSLINK
Radio
Julat talaan: FM 87.5-108 MHz (50/100 kHz)
Grid talaan: 50/100 kHz
Kesensitifan
Mono, 26dB Nisbah S/N: ≤ 22 dBf
Stereo, 46dB Nisbah S/N: ≥ 48 dBf
Kepilihan Carian: ≤ 32 dBf
Jumlah Herotan Harmonik: < 3%
Nisbah Isyarat kepada Hingar: ≥ 45 dB
Unit utama
Bekalan kuasa:
• Model (Penyesuai kuasa AC berjenama Philips): TNUA3202003
• Input: 100-240 V~, 50/60 Hz 1.65 A
• Output: 32 V
Penggunaan kuasa siap sedia: ≤ 0.5 W
Dimensi (L x T x D): 950 x 51 x 69 mm
Berat: 1.6 kg
Pembesar suara terbina dalam:
• Pemacu: 3 x julat penuh (90mm/3.5" x 34mm/1.3")
• Impedans: 4 ohm
Suhu pengendalian dan kelembapan: 0°C hingga 45°C, 5% hingga 90% kelembapan bagi semua iklim
Suhu dan kelembapan ruang penyimpanan:
-40°C hingga 70°C, 5% hingga 95%
, 2.0 A
Subwufer
Impedans: 2 ohm
Pemacu pembesar suara: 1 x wufer 134 mm (5.25")
Dimensi (L x T x D): 165 x 240 x 296 mm
Berat: 2.8 kg
Bateri alat kawalan jauh
1 x AAA-R03-1.5 V
USB
Keserasian: USB Kelajuan tinggi (2.0)
Sokongan kelas: Kelas Penyimpanan Massa USB (MSC)
Sistem fail: FAT16, FAT32, NTFS
Menyokong format fail MP3
15MS-MY
Page 18
8 Menyelesaikan
masalah
Amaran
Risiko kejutan elektrik. Jangan keluarkan sarung produk ini.
Supaya jaminan tetap sah, jangan cuba baiki sistem ini sendiri. Jika anda mempunyai masalah menggunakan produk ini, periksa perkara yang berikut sebelum anda memohon perkhidmatan. Jika anda masih mempunyai masalah, dapatkan sokongan di www.philips.com/support.
Unit utama
Butang pada produk ini tidak berfungsi.
Tanggalkan sambungan produk ini daripada bekalan kuasa selama beberapa minit, dan kemudian sambung semula.
Bunyi
Tiada bunyi daripada pembesar suara produk ini.
Sambungkan kabel audio daripada produk ini kepada TV anda atau peranti lain.
Pastikan anda menyambung input audio pada produk ini kepada output audio pada TV anda atau peranti lain.
Tetapkan semula produk ini kepada tetapan kilangnya.
Pada alat kawalan jauh, pilih input audio yang betul.
Pastikan produk ini tidak disenyapkan.
Bunyi atau gema terherot.
Jika anda memainkan audio daripada TV melalui produk ini, pastikan TV disenyapkan.
Audio dan video tidak segerak.
Tekan AUDIO SYNC +/- untuk menyegerakkan audio dengan video.
Mesej ralat dipaparkan pada panel paparan.
Apabila "RALAT" terpapar, hal ini menunjukkan bahawa format audio input tidak disokong.
Apabila "ARC" berkelip, ini menunjukkan bahawa TV yang disambungkan tidak mematuhi HDMI ARC, atau format audio yang tidak disokong telah dikesan.
Bluetooth
Peranti tidak boleh bersambung ke produk ini.
Peranti tidak menyokong prol serasi yang diperlukan untuk produk ini.
Anda belum mendayakan fungsi Bluetooth peranti. Lihat manual pengguna peranti mengenai cara untuk mendayakan fungsi.
Peranti tidak disambungkan dengan betul. Sambungkan peranti dengan betul (lihat 'Mainkan audio menerusi Bluetooth' di halaman 10).
Produk ini sudah pun disambungkan dengan peranti Bluetooth yang lain. Putuskan peranti yang disambungkan, kemudian cuba lagi.
Kualiti audio yang dimainkan daripada peranti Bluetooth yang disambungkan lemah.
Penerimaan Bluetooth lemah. Pindahkan peranti lebih dekat dengan produk ini, atau alihkan mana-mana halangan antara peranti dan produk ini.
Sambungan pada peranti Bluetooth yang disambungkan sentiasa bersambung dan terputus.
Penerimaan Bluetooth lemah. Pindahkan peranti lebih dekat dengan produk ini, atau alihkan mana-mana halangan antara peranti dan produk ini.
Matikan fungsi Wi-Fi pada peranti Bluetooth untuk menggelakkan gangguan.
Bagi beberapa Bluetooth, sambungan Bluetooth boleh dinyahaktifkan secara automatik untuk menjimatkan kuasa. Ini tidak menunjukkan sebarang malfungsi pada produk.
16 MS-MY
Page 19
Manufactured under license from Dolby Laboratories. Dolby, Pro Logic, and the double-D symbol are trademarks of Dolby Laboratories.
The terms HDMI and HDMI High-Denition
Multimedia Interface, and the HDMI Logo are trademarks or registered trademarks of HDMI Licensing LLC in the United States and other countries.
The Bluetooth® word mark and logos are registered trademarks owned by Bluetooth SIG, Inc. and any use of such marks by Gibson Innovations Limited is under license. Other trademarks and trade names are those of their respective owners.
17
Page 20
Specifications are subject to change without notice 2015 © Gibson Innovations Limited. All rights reserved. This product has been manufactured by, and is sold under the responsibility of Gibson Innovations Ltd., and Gibson Innovations Ltd. is the warrantor in relation to this product. Philips and the Philips Shield Emblem are registered trademarks of Koninklijke Philips N.V. and are used under license from Koninklijke Philips N.V.
HTL2193B_98_UM_V2.0
Loading...