
Register your product and get support at
www.philips.com/welcome
MS-MY Manual pengguna
HP8350

Bahasa Melayu
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips! Untuk
memanfaatkan sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftar produk anda di www.philips.com/welcome.
1 Penting
Baca dan teliti manual pengguna ini ini sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan untuk rujukan masa depan.
• AMARAN: Jangan gunakan perkakas ini dekat dengan air.
• Apabila anda menggunakan perkakas ini dalam bilik mandi, cabut
plagnya setelah digunakan kerana kehampirannya dengan air juga
adalah risiko, walaupun setelah perkakas dimatikan.
•AMARAN: Jangan gunakan perkakas ini berhampiran dengan tab
mandi, pancur air, basin atau bekas lain yang
mengandungi air.
• Sebelum anda menyambungkan perkakas ini, pastikan
voltan yang dinyatakan pada perkakas selaras dengan
voltan kuasa tempatan anda.
• Jangan gunakan perkakas untuk sebarang tujuan lain daripada yang di
gambarkan dalam buku panduan ini.
• Gunakan perkakas hanya pada rambut yang kering. Jangan gunakan
perkakas pada rambut palsu.
• Jauhkan permukaan panas perkakas daripada kulit anda.
• Apabila perkakas telah disambungkan kepada kuasa, jangan sekali-kali
dibiarkan tanpa diawasi.
• Cabutkan plag perkakas setiap kali selepas digunakan.
• Apabila perkakas ini panas, letakkan di atas permukaan yang tahan
haba dan jangan sekali-kali tutup perkakas dengan suatu apa pun,
seperti tuala atau kain.