
Register your product and get support at
www.philips.com/welcome
Manual pengguna
HP8117

Bahasa Melayu
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips! Untuk
memanfaatkan sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftar produk anda di www.philips.com/welcome.
1 Penting
Baca dan teliti manual pengguna ini ini sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan untuk rujukan masa depan.
• AMARAN: Jangan gunakan perkakas ini dekat dengan air.
• Apabila anda menggunakan perkakas ini dalam bilik mandi, cabut
plagnya setelah digunakan kerana kehampirannya dengan air juga
adalah risiko, walaupun setelah perkakas dimatikan.
• AMARAN: Jangan gunakan perkakas ini berhampiran
dengan tab mandi, pancur air, basin atau bekas lain yang
mengandungi air.
• Jangan masukkan objek logam ke dalam gril udara untuk
mengelakkan kejutan elektrik.
• Jangan menghalangi gril udara.
• Sebelum anda menyambungkan perkakas ini, pastikan voltan yang
dinyatakan pada perkakas selaras dengan voltan kuasa tempatan anda.
• Jangan gunakan perkakas untuk sebarang tujuan lain selain daripada
yang diterangkan dalam buku panduan ini.
• Jangan gunakan perkakas pada rambut buatan, atau seperti
mengeringkan pakaian atau bulu binatang peliharaan.
• Apabila perkakas telah disambungkan kepada kuasa, jangan sekali-kali
dibiarkan tanpa diawasi.
• Cabut plag perkakas setiap kali selepas digunakan.