Before you connect this Blu-ray disc/ DVD player, read and understand all accompanying instructions.
Sebelum anda menyambungkan cakera Blu-ray/ pemain DVD ini, baca dan fahamkan arahan yang
disertakan.
กอนจะเชื่อมตอแผนดิสก Blu-ray /เครื่องเลน DVD อานและทำาความเขาใจคำาแนะนำาทั้งหมดที่แนบมา
在您接駁此
Blu-ray disc/ DVD
播放機之前,請閱讀及明白所有相關指引。
O
C
OA
AUDIO OUT
1
Register your product and get support at
www.philips.com/welcome
EN User manual
English
BDP3280
HDMI
VIDE
AUDIO OUT
IAL
COAXIALAUDIO OUT
HDMIVIDEO
( )
3
EN
2
OU
VIDE
O
1 HDMI
HDMI VIDEO COAXIAL AUDIO OUT
2 VIDEO+AUDIO OUT
HDMI VIDEO COAXIAL AUDIO OUT
DIO
T
AUDIO OUT
VIDEO
4
EN
English
3 COAXIAL
4 AUDIO OUT
HDMI VIDEO COAXIAL AUDIO OUT
COAXIAL
HDMI VIDEO COAXIAL AUDIO OUT
AUDIO OUT
EN
5
3
4
5
1
2
SOURCE
TV
6
EN
6
English
2
BD/ BD 3D
DVD/VCD/CD
DivX Plus HD/MKV
MP3 / JPEG
1
3
4
USB
1
2
3
7
EN
1 Sambung dan main
Daftar kandungan
1 Sambung dan main 2-7
2 Gunakan cakera Blu-ray/ pemain DVD anda 34
Kawalan mainan asas 34
Pilihan video, audio, dan gambar 35
Video DivX 36
fail RMVB atau RM 37
Main pertunjukan slaid muzik 37
Bonus View pada Blu-ray 38
BD-Live pada Blu-ray 38
Mainkan video 3D Blu-ray 39
Sediakan rangkaian 39
Video YouTube 40
Picasa (foto dalam talian) 41
Gunakan Pautan Mudah Philips 42
3 Tukar tetapan 43
Gambar 43
Bunyi 44
Rangkaian (pemasangan, status...) 44
Keutamaan (bahasa, kawalan ibu bapa...) 44
Pilihan lanjutan (keselamatan BD-Live, kosongkan memori...) 45
Bahasa Melayu
4 Kemas kinikan perisian 46
Kemas kini perisian melalui Internet 46
Kemas kinikan perisian melalui USB 46
5 Spesikasi47
6 Menyelesaikan masalah 49
7 Notis keselamatan penting 52
MS-MY
33
2 Gunakan cakera Blu-ray/ pemain DVD
anda
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips! Untuk mendapat faedah sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips (seperti peningkatan perisian produk), daftarkan produk
anda di www.philips.com/welcome.
Kawalan mainan asas
Semasa memainkan, tekan butang berikut untuk mengawal.
ButangTindakan
/ Hentikan main.
Tekan dan tahan (lebih daripada 4 saat) untuk
membuka atau menutup petak cakera.
Jedakan main.
Tekan berulang kali untuk main perlahan ke
hadapan bingkai demi bingkai.
Mulakan atau sambung semula main.
/ Langkau ke trek sebelum atau seterusnya,
bab atau fail.
/ Undur atau mara dengan laju.
Tekan berulang kali untuk menukar kelajuan
carian.
Tekan sekali, dan kemudian tekan untuk
main perlahan ke hadapan.
AUDIOPilih bahasa atau saluran audio.
SUBTITLEPilih bahasa sari kata.
DISC MENU /
POP-UP MENU
TOP MENUAkses menu utama cakera video.
Butang berwarna Pilih tugasan atau pilihan bagi cakera Blu-ray.
Navigasi menu.
OKSahkan pemilihan atau entri.
Akses atau keluar daripada menu cakera.
Tekan untuk memutar gambar mengikut
arah jam atau melawan arah jam semasa
tayangan slaid.
Kembali ke menu paparan sebelumnya.
Akses lebih banyak pilihan sepanjang mainan.
34
MS-MY
Pilihan video, audio, dan gambar
1
2
3
Lebih banyak pilihan tersedia bagi mainan video atau gambar daripada cakera atau peranti USB.
Pilihan video
Akses lebih banyak pilihan sepanjang mainan video.
• [Bahasa Audio]: Pilih bahasa audio.
• [Bahasa Sari Kata]: Pilih bahasa sari kata.
• [Anjak Sari Kata]: Ubah kedudukan sari kata pada skrin. Tekan untuk melaraskan
kedudukan sari kata.
• [Maklumat]: Paparkan maklumat mainan.
• [Set Aksara]: Pilih set aksara yang menyokong sari kata video DivX (hanya bagi video DivX
sahaja).
• [Carian Masa]: Langkau ke masa ter tentu melalui butang nombor pada alat kawalan jauh.
• [Bahasa Audio ke-2]: Pilih bahasa audio kedua (hanya bagi cakera Blu-ray yang menyokong
BonusView).
• [Bahasa Sari Kata ke-2]: Pilih bahasa sari kata kedua (hanya bagi cakera Blu-ray yang menyokong
BonusView).
• [Taju k]: Pilih tajuk.
• [Bab]: Pilih bab.
• [Senarai Sudut]: Pilih sudut kamera.
• [Menu]: Paparkan menu cakera.
• [Pilihan PIP]: Paparkan tetingkap gambar dalam gambar. (hanya bagi cakera Blu-ray yang
menyokong BonusView).
• [Zum]: Zum ke dalam gambar video. Tekan untuk memilih faktor zum.
• [Ulang]: Ulangi bab atau tajuk.
• [Ulang A-B]: Tandakan dua titik dalam suatu bab untuk ulangan mainan, atau matikan mod
ulangan.
• [Tetapan Gambar]: Pilih tetapan warna yang dipratakrifkan.
Bahasa Melayu
Catatan
• Pilihan video yang tersedia bergantung kepada sumber video.
MS-MY
35
Pilihan gambar
1
2
3
Akses lebih banyak pilihan semasa tayangan slaid.
• [Putar +90]: Putar gambar 90 darjah mengikut arah jam.
• [Putar -90]: Putar gambar 90 darjah melawan arah jam.
• [Zum]: Zum ke dalam gambar. Tekan untuk memilih faktor zum.
• [Maklumat]: Paparkan maklumat gambar.
• [Tempoh setiap slaid]: Tetapkan selang masa paparan bagi tayangan slaid.
• [Animasi Slaid]: Pilih kesan peralihan bagi tayangan slaid.
• [Tetapan Gambar]: Pilih tetapan warna yang dipratakrifkan.
• [Ulang]: Ulang folder yang dipilih.
Pilihan audio
Tekan berulang kali untuk beralih antara fungsi-fungsi berikut.
• Ulang trek semasa.
• Ulangi semua trek pada cakera atau folder.
• Mainkan trek audio dalam gelung rawak.
• Matikan mod ulangan.
Video DivX
Anda hanya boleh memainkan video DivX daripada cakera atau peranti storan USB.
Kod VOD bagi DivX
• Sebelum membeli video DivX dan memainkannya pada pemain ini, daftarkan pemain ini di
www.divx.com menggunakan kod DivX VOD.
36
MS-MY
• Paparkan kod DivX VOD: tekan , dan pilih [Persediaan] > [Lanjutan] > [Kod VOD DivX®].
sari kata DivX
• Tekan SUBTITLE untuk memilih bahasa.
• Jika sari kata tidak terpapar dengan betul, tukar set aksara yang menyokong sari kata DivX. Pilih
set aksara: tekan , dan pilih [Set Aksara].
Set aksaraBahasa
[Standard]Inggeris, Albania, Denmark, Belanda, Finland, Perancis, Gaelic, Jerman,
Itali, Kurdistan (Latin), Nor way, Portugis, Sepanyol, Sweden dan Turki
[Bahasa China]Cina Mudah
[Bahasa China-Tradisional] Cina Tradisional
[Bahasa Korea]Inggeris dan Korea
Catatan
• Untuk memainkan fail yang dilindungi DivX DRM daripada peranti storan USB , sambung pemain ini kepada
TV melalui HDMI.
• Untuk menggunakan sari kata, pastikan fail sari kata mempunyai nama yang sama dengan fail video DivX.
Misalnya, jika video DivX dinamakan “movie.avi”, simpan fail sari kata sebagai “movie.srt” atau “movie.sub”.
• Pemain ini dapat memainkan fail sari kata dalam format berikut: .srt, .sub, .tx t, .ssa , dan .smi.
fail RMVB atau RM
Anda boleh memainkan fail RMVB atau RM daripada cakera atau peranti storan USB.
Fail Real Media Variable Bitrate (RMVB) dan RealMedia (RM) mengandungi kedua-dua audio dan video.
Anda boleh menyalin fail RMVB atau RM daripada komputer anda ke dalam cakera boleh rakam atau
peranti storan USB. Dan mainkannya daripada pemain ini.
Bahasa Melayu
Catatan
• Pastikan bahawa sambungan fail adalah “.RMVB” atau “.RM”.
Main pertunjukan slaid muzik
Main muzik dan gambar secara serentak untuk membuat pertunjukan slaid muzik.
1 Dari cakera atau peranti storan USB yang bersambung, mainkan fail muzik.
2 Tekan , dan pergi ke folder gambar.
3 Pilih gambar dari cakera yang sama atau USB, dan tekan OK untuk memulakan tayangan slaid.
4 Tekan untuk menghentikan per tunjukan slaid.
5 Tekan sekali lagi untuk menghentikan mainan muzik.
MS-MY
37
Bonus View pada Blu-ray
Tonton kandungan khas (seper ti komentar) dalam tetingkap skrin kecil.
Ciri ini hanya berlaku bagi cakera Blu-ray yang serasi dengan BonusView (juga dikenali sebagai gambar
dalam gambar).
1 Semasa mainan, tekan .
» Menu pilihan dipaparkan.
2 Pilih [Pilihan PIP] > [PIP], kemudian tekan OK.
» Pilihan PIP [1]/[2] bergantung kepada kandungan video.» Tetingkap video yang kedua dipaparkan.
3 Pilih [Bahasa Audio ke-2] atau [Bahasa Sari Kata ke-2], dan tekan OK.
BD-Live pada Blu-ray
Akses perkhidmatan dalam talian yang eksklusif, seperti gazet lem, permainan, nada dering dan
kandungan bonus yang lain.
Ciri ini hanya berlaku bagi cakera Blu-ray yang berdaya BD-Live.
1 Sediakan sambungan Internet dan sediakan rangkaian (lihat “Sediakan rangkaian”).
2 Sambung peranti storan USB pada penyambung (USB) pada pemain ini.
• Peranti storan USB digunakan untuk menyimpan kandungan BD-Live yang dimuat turun.
• Jika anda menyambungkan pemain ini ke Internet melalui penyesuai USB Wi-Fi (dijual
berasingan), sambung hab USB (tidak dibekalkan) kepada pemain ini untuk menyediakan
berbilang pangkalan USB.
• Untuk memadam BD-Live yang dimuat turun sebelumnya pada peranti storan USB untuk
membebaskan ruang memori, tekan dan pilih [Persediaan] > [Lanjutan] > [Kosongkan
ing atan].
3 Mainkan cakera yang berdaya BD-Live.
4 Pada menu cakera, pilih ikon BD-Live, dan tekan OK.
» BD-Live mula dimuatkan. Masa memuat bergantung pada cakera dan sambungan Internet.
5 Pada antara muka BD-Live, pilih item yang hendak diakses.
Catatan
• Perkhidmatan BD-Live berbeza mengikut cakera dan negara.
• Apabila anda menggunakan BD-Live, data pada cakera dan pemain ini diakses oleh pembekal kandungan.
• Gunakan peranti storan USB dengan sekur ang-kurangnya 1GB ruang bebas untuk menyimpan yang dimuat
turun.
38
MS-MY
Mainkan video 3D Blu-ray
Sebelum anda bermula, pastikan bahawa:
• TV patuh 3D, dan bersambung kepada pemain ini melalui HDMI
• cakera ialah cakera 3D Blu-ray
• anda mempunyai kaca mata 3D yang serasi dengan TV.
1 Pastikan bahawa output 3D dihidupkan: tekan , dan pilih [Persediaan] > [Video] > [Tontoni
video 3D]> [Auto].
2 Mainkan video 3D Blu-ray.
3 Pakai kaca mata 3D untuk kesan 3D.
• Untuk memainkan video 3D dalam mod 2D, matikan output 3D Blu-ray (tekan , dan pilih
[Persediaan] > [Video] > [Tontoni video 3D]> [Mati]).
Sediakan rangkaian
Sambung pemain ini kepada Internet untuk mengakses perkhidmatan:
• BD-Live: akses ciri-ciri bonus dalam talian (hanya berlaku bagi cakera Blu-ray yang berdaya BDLive)
• Kemas kini perisian: kemas kini perisian pemain ini melalui Internet.
• YouTube: akses laman web YouTube.
• Picasa: akses laman web Picasa.
Catatan
• Untuk sambungan tanpa wayar, anda perlu menggunakan penyesuai opsyenal Wi-Fi USB Philips (yang
di nama k a n WU B 1110).
• Penyesuai Wi-Fi USB (WUB1110) tidak disertakan. Untuk membeli penyesuai ini, lawati shop.philips.com.
Jika kedai dalam talian Philips tidak tersedia di negara anda, sila hubungi perkhidmatan pelanggan Philips.
Untuk butiran hubungan, pergi ke www.philips.com/suppor t.
Bahasa Melayu
1 Sambung pemain ini kepada Internet melalui sambungan berwayar (Ethernet) atau wayarles.
• Untuk sambungan berwayar, sambung kabel rangkaian (tidak dibekalkan) ke pangkalan LAN
di panel belakang pemain ini.
• Bagi Wi-Fi, sambung penyesuai USB Wi-Fi Philips (yang dinamakan WUB1110) kepada
penyambung (USB) pada panel hadapan pemain ini.
MS-MY
39
2 Lakukan pemasangan rangkaian.
1) Tek a n .
2) Pilih [Persediaan], dan tekan OK.
3) Pilih [Rangkaian] > [Pemasangan Rangkaian], dan tekan OK.
4) Ikut arahan pada skrin TV untuk menyelesaikan pemasangan. Jika perlu, gunakan butang abjad
angka pada unit kawalan jauh untuk memasukkan kata laluan.
Awas
• Sebelum anda menyambung kepada rangkaian, biasakan diri anda dengan penghala rangkaian, dan prinsip
perangkaian. Jika perlu, baca dokumentasi yang diser takan bersama komponen rangkaian. Philips tidak
ber tanggungjawab atas data yang hilang, rosak atau tercemar.
Video YouTube
Dengan menyambungkan pemain ini kepada Internet, anda boleh menyemak imbas, membuat carian dan
menonton video YouTube.
1 Sambung pemain ini kepada Internet (lihat “Sediakan rangkaian”).
2 Tekan .
3 Pilih [YouTube], dan tekan OK.
» Halaman lalai YouTube dipaparkan pada skrin TV.
4 Gunakan alat kawalan jauh untuk menavigasi dan memilih pilihan.
• Untuk keluar dari YouTube, tekan .
ButangTindakan
Tekan untuk memaparkan papan kekunci atas skrin untuk carian video.
Tekan untuk memaparkan butang mainan atas skrin.
Tekan untuk menavigasi butang mainan atas skrin atau senarai main video.
OKSahkan entri atau pemilihan.
Mulakan atau sambung semula main.
Jedakan main.
Hentikan main.
/ Langkau ke video sebelum atau seterusnya.
/ Langkau ke belakang atau ke hadapan semasa memainkan video.
Catatan
• Jika anda tidak menekan sebarang butang buat beberapa saat, butang dan menu atas skrin akan hilang.
40
MS-MY
Picasa (foto dalam talian)
Dengan pemain ini, anda dapat mengakses, mencari dan melihat foto yang disimpan dalam Album Web
Picasa anda.
Apa yang anda perlukan
• Pada komputer anda, lawati www.picasa.com untuk membuat akaun pada Album Web Picasa.
• Sambungkan pemain ini ke Internet.
1 Sambung pemain ini kepada Internet (lihat “Sediakan rangkaian”).
2 Tekan .
3 Pilih [Picasa], dan tekan OK.
» Halaman lalai Picasa dipaparkan pada skrin TV.
4 Log masuk ke Album Web Picasa dengan akaun web Picasa anda.
• Pada kali per tama anda log masuk, pilih “Pengguna Baru”.
• Untuk memasukkan nama pengguna dan kata laluan anda, tekan kekunci abjad angka pada
alat kawalan jauh.
5 Gunakan alat kawalan jauh untuk menavigasi bagi memilih:
• My Photos: paparkan foto yang disimpan dalam Album Web Picasa anda.
• Featured: paparkan foto yang disoroti daripada laman web Picasa.
• Friends: paparkan senarai rakan-rakan.
• Search: buat carian foto berdasarkan kata kekunci.
• Favorites: paparkan foto yang digemari daripada Album Web Picasa anda.
• Tag: paparkan foto yang telah ditag dalam Album Web Picasa anda.
6 Untuk keluar dari halaman Picasa, tekan .
Bahasa Melayu
Mainkan tayangan slaid
1 Gunakan alat kawalan jauh untuk memilih “My Photos” daripada halaman Picasa, dan tekan OK.
» Foto dalam Album Web Picasa anda akan dipaparkan dalam imej kecil.
2 Pilih foto, dan tekan OK untuk melihat foto dalam skrin penuh.
3 Tekan OK sekali lagi untuk memulakan tayangan slaid foto.
4 Semasa tayangan slaid, tekan untuk mengakses pilihan berikut, dan kemudian tekan OK
untuk memilih pilihan:
• Current playing: paparkan indeks foto semasa.
• Slideshow pause/ play: jeda atau mainkan tayangan slaid.
• Rotate: putar foto semasa.
• Zoom: zum masuk atau keluar dari foto.
• Effect: pilih kesan tayangan slaid.
• Speed: pilih kelajuan tayangan slaid.
• Friends: tambah pemilik foto semasa kepada senarai rakan.
5 Untuk kembali ke skrin sebelumnya, tekan .
MS-MY
41
Gunakan Pautan Mudah Philips
Pemain ini menyokong EasyLink Philips, yang menggunakan protokol HDMI CEC (Kawalan Elektronik
Pengguna). Anda boleh menggunakan alat kawalan jauh yang sama untuk mengawal peranti yang patuh
EasyLink yang bersambung melalui HDMI. Philips tidak menjamin 100% kesalingfungsian dengan semua
peranti HDMI CEC.
1 Sambung peranti yang mematuhi HDMI CEC melalui HDMI, dan hidupkan operasi HDMI CEC
pada TV dan peranti lain yang bersambung (lihat manual pengguna TV atau peranti lain untuk
maklumat lanjut).
2 Tekan .
3 Pilih [Persediaan]> [EasyLink].
4 Pilih [Hidup] di bawah pilihan: [EasyLink], [Main Satu Sentuhan] dan [Siap Sedia Satu Sentuhan].
» Fungsi EasyLink dihidupkan.
Mainan Satu Sentuhan
Apabila anda memainkan cakera pada pemain ini, TV secara automatik akan beralih kepada sumber
input video yang betul.
Siap Sedia Satu Sentuhan
Apabila peranti yang bersambung (seperti TV) diletakkan pada keadaan siap sedia dengan alat
kawalan jauhnya sendiri, pemain ini akan berada pada keadaan siap sedia secara automatik.
42
MS-MY
Loading...
+ 37 hidden pages
You need points to download manuals.
1 point = 1 manual.
You can buy points or you can get point for every manual you upload.