12
Ambilight
Ambilight
Kecerahan
Mod
(Warna)
(Pelet)
(Saturasi)
TV
Mod warna:
•
Peribadi: Pilih sebarang warna atau tona untuk
memadankan dengan citarasa peribadi, contohnya
ruangan dalam bilik anda, isi kandungan program
(sukan, wayang gambar, dll), perasaan yang anda
sedang alami, dll.
•
Putih panas:Warna ini adalah sepadan dengan
kebanyakan mentol lampu yang biasa. Pilih seting
ini jika anda inginkan penyesuaian Ambilight dengan
cahaya bilik yang normal.
•
Putih sejuk:Warna ini adalah sepadan dengan
lampu siang normal (6500K). Pilih seting ini jika
anda inginkan cahaya yang lebih sejuk.
Nota: 6500K adalah perakuan seting SMPTE bagi
cahaya sekeliling bahagian belakang pameran.
•
Biru:Warna biru ini adalah yang selalu dipilih oleh
konsumer untuk membangkitkan rasa sejuk,
moden dan/atau atmosfera yang mistikal. Pilih
seting ini berdasarkan kepada citarasa peribadi
atau perasaan anda.
Tekan kekunci i untuk
mendapatkan maklumat mengenai
perkara menu yang dipilih.
Ambilight adalah konsep pelampuan yang inovatif menggunakan cahaya dengan
penyesuaian warna sepenuhnya di belakang TV untuk mempertingkatkan
pengalaman menonton.Analisa kandungan gambar mengubahsuai warna secara
berterusan, atau cahaya dapat dibetulkan kepada sebarang warna yang
ditetapkan dan pelbagai perubahan tona warna putih.Ambilight menghasilkan
persekitaran tontonan yang ideal untuk TV anda, meningkatkan cara tontonan
dengan lebih rileks, meningkatkan perincian gambar yang diterima, kontras dan
juga warna.
Di mod sedia, cahaya boleh diset/diubahsaikan kepada sebarang warna dan
menghasilkan suasana yang unik di dalam bilik.
& Pilih Ambilight di dalam menu TV.
é Tekan kursor bawah untuk memasuki menu Ambilight.
“ Pilih Ambilight dan tekan kursor kanan untuk memilih Off atau On.
•
Off: akan mematikan cahaya sekeliling dan memalapkan item menu yang
lain.
•
On: lampu sekeliling akan dinyalakan. Perbaiki penetapan cahaya menu di
bawah.
‘ Pilih Kecerahan untuk membetulkan pengeluaran cahaya di bahagian
sekeliling.
( Pilih Mod dan tekan kursor kanan untuk memilih Cahaya, Suasana, Rileks,
Wayang Gambar
atau Aksi.
•
Cahaya: ini akan menunjukkan cahaya tetap berdasarkan kepada seting di
dalam menu cahaya Ambilight. Lihat bawah.
• Pilihan
Suasana, Rileks,Wayang Gambar dan Aksi akan memadankan
kecerahan dan cahaya secara dinamik kepada isi kandungan skrin.
Pilihan mod akan memberi kesan kepada kelajuan dan/atau penepuan
dan/atau intensiti yang akan menentukan pengaruh tontonan.
Contoh di dalam mod
Rileks, kadar kecerahan dan warna berubah secara
lancar dan lembut yang akan memberikan anda tontonan yang lebih
mendalam dan berasa rileks.
Suasana adalah perubahan kadar kecerahan dan cahaya seperti yang telah
ditetapkan di dalam kilang.
Wayang Gambar akan mempengaruhi persepsi terhadap wayang gambar
tersebut manakala mod
Aksi akan mempengaruhi perasaan dinamik.
Nota:
- Kadar perubahan adalah terhad, agar tidak menyebabkan sensasi yang tidak
selesa.
- Berdasarkan kepada pilihan yang dibuat, beberapa item menu Ambilight akan
dikaburi dan tidak boleh dipilih.
§ Sekiranya Warna telah dipilih di dalam menu Mod:
• Pilih Warna di dalam menu Ambilight dan tekan kursor kanan.
• Pilih Peribadi, Putih Sejuk, Putih Panas atau Biru.
• Pilih Pelet untuk memilih warna am cahaya.
• Pilih Penepuan untuk membetulkan pewarnaan cahaya.
Nota:
- Pembetulan Pelet dan/atau seting Penepuan akan set mod warna kepada
Peribadi.
- Mod warna yang dipilih akan digunakan semasa menyalakan cahaya sekeliling
daripada sedia.
Ambilight di dalam mod Sedia
Semasa TV dimatikan suisnya, cahaya sekeliling akan turut dimatikan. Semasa
TV di dalam mode sedia, ambilight boleh digunakan untuk menghasilkan
suasana yang unik kepada bilik.Tekan kekunci Ambilight Off or On di atas
alat kawalan jauh untuk mematikan atau menyalakan Ambilight.
Gangguan Infra merah di atas peranti luaran
Untuk mengelakkan penerimaan alat kawalan jauh terjejas, letakkan peranti
luaran anda jauh daripada penglihatan cahaya sekeliling set TV anda.
Nota: Ambilight tidak berfungsi dengan baik semasa cuaca bilik kurang daripada
15˚C.
Ambilight