
PEMBERSIH VAKUM
PANDUAN PENGGUNA
No. Model: MVC-V12K-GR
SILA BACA ARAHAN-ARAHAN KESELAMATAN SEBELUM PENGGUNAAN
DAN SIMPAN DENGAN BAIK UNTUK RUJUKAN KELAK.

Butang peranti penggulung

CARA-CARA PENGGUNAAN
Pemasangan sebelum penggunaan
Gambarajah 1 menunjukkan cara menyambungkan hos dengan pembersih vakum:
Letakkan penyambung hos di hadapan pembersih vakum. Lepas itu dimasukkan ke
dalam lubang inlet dan putar ke kanan. Jika hendak tanggalkannya, anda boleh putar
penyambung hos ke kiri dan ditarik keluar.
Gambarajah 2 menunjukkan cara menyambungkan hos dengan tiub penyambung
plastik:
Pegang penyambung hos yang lentur dan dimasukkan ke dalam lubang tiub yang
lebih besar.
Gambarajah 3 menunjukkan cara melaraskan tiub penyambung plastik.
Masukkan tiub ke dalam lubang tiub lain yang lebih besar.
Gambarajah 4 menunjukkan cara menyambungkan tiub dengan alat berus:
Masukkan tiub plastik ke dalam lubang berus dan putar bagi mengetatkannya.
Gambarajah 5 menunjukkan cara memeriksa penggulungan kord kuasa:
Anda boleh tarik keluar kord kuasa dari mesin dan berhenti apabila kelihaatan tanda
kuning. Pastikan tanda merah tidak ditarik keluar. Apabila tamatnya kerja
pembersihan, padamkan kuasa dan tanggalkan plag dari soket, lepas itu tekan butang
peranti penggulung sehingga kord kuasa digulung ke dalam mesin dengan
sepenuhnya.
Gambarajah 6 menunjukkan butang kuasa.
Pasangkan plag pada soket, tekan butang kuasa untuk mengawal mesin ini melakukan
kerja pembersihan.
Gambarajah 1 Gambarajah 2

Gambarajah 3 Gambarajah 4
Gambarajah 5 Gambarajah 6
PEMBERSIHAN BEKAS DEBU
Langkah-langkah membersihkan bekas debu:
1.Seperti ditunjukkan dalam Gambarajah 7, pegang pemegang dan bekas debu, tekan
butang pembuka.
2. Seperti ditunjukkan dalam Gambarajah 8, keluarkan bekas debu dari mesin.
3. Seperti ditunjukkan dalam Gambarajah 9, letakkan bekas debu di atas tong sampah,
tekan butang pembuka untuk membuka bahagian bawah bekas debu, kotoran dan
habuk akan jatuh ke dalam tong sampah dengan sendiri.
4. Seperti ditunjukkan dalam Gambarajah 10, tutup bekas debu yang telah dibersih
untuk penggunaan seterusnya.
5.Jika habuk di dalam bekas melebihi tanda MAX, dan terasa kuasa sedut semakin
menurun, sila padamkan kuasa dan memusing tombol pembersihan kendiri untuk
lebih daripada 2 kitaran, anda akan dapati kuasa sedut kembali ke paras awalnya.
Gambarajah 7 Gambarajah 8