Midea MVC-C1433-BG, MVC-C1433-BA User Manual

Vacuum Cleaner MVC-C1433-BG
MVC-C1433-BA
PLEASE READ THE MANUAL CAREFULLY BEFORE USING AND KEEP IT PROPERLY FOR FUTURE USE
INSTRUCTION MANUAL
STRUCTURE OF THE
01
1. Hose Inlet
Front cover lock
2.
Front cover
3.
4.
Dust Full indicator
Cord rewinding pedal
5.
Handle
6.
Back cover
7.
ON/OFF switch pedal
8.
Base
9.
10.
Big wheel
PRODUCTV
02
SAFETY DIRECTION
03
HOW TO USE
04
OPERATION
05
MAINTENANCE
06
PROBLEM SOLVING
Correct Disposal of this product
This marking indicates that this product should not be disposed with other household wastes throughout the EU. To prevent possible harm to the environment or human health from uncontrolled waste disposal, recycle it responsibly to promote the sustainable reuse of material resources. To return your used device, please use the return and collection systems or contact the retailer where the product was purchased. They can take this product for environmental safe recycling.
PEMBERSIH VAKUM MVC-C1433-BG
MVC-C1433-BA
SILA BACA BUKU PANDUAN INI DENGAN TELITI SEBELUM MENGGUNAKAN PRODUK INI, DAN DISIMPAN DENGAN BAIK UNTUK RUJUKAN KELAK.
PANDUAN PENGGUNA
Notis amaran: Sila baca buku panduan ini dengan teliti sebelum menggunakan produk ini, dan disimpan untuk rujukan kelak.
Reka bentuk dan spesifikasi produk
adalah tertakluk kepada perubahan untuk penambahbaikan produk tanpa notis terlebih dahulu. Sila dapatkan nasihat daripada peniaga atau pengeluar untuk maklumat lebih lanjut.
01
1. Saluran inlet hos
2. Kunci penutup hadapan
3. Penutup hadapan
4. Petunjuk Bekas Debu Penuh
5. Pedal penggulung kord kuasa
6. Pemegang
7. Penutup belakang
8. Pedal suis ON/OFF
9. Tapak
10. Roda besar
STRUKTUR PRODUK
02
Anda dikehendaki mematuhi langkah berjaga-jaga yang asas ketika menggunakan perkakas elektrik, termasuk perkara-perkara seperti berikut:
1. Jangan biarkan pembersih vakum ini tanpa pengawasan ketika ia disambungkan pada bekalan kuasa. Cabut keluar plag dari soket apabila ia tidak digunakan atau sebelum kerja penyelenggaraan dijalankan.
2. Jangan gunakan perkakas ini di luar rumah atau di atas permukaan yang basah bagi mengurangkan risiko berlakunya kejutan elektrik.
3. Perkakas ini tidak dibenarkan digunakan sebagai alat mainan. Pengawasan yang rapi adalah wajar apabila ia digunakan berhampiran dengan kanak-kanak.
4. Hanya gunakan perkakas ini mengikut arahan yang dinyatakan dalam buku panduan ini. Hanya gunakan perkakas ini dengan aksesori yang disyorkan oleh pengilang.
5. Jangan gunakan perkakas ini jika kord atau plag kuasanya rosak. Jika pembersih vakum ini tidak dapat berfungsi atau ia didapati berfungsi secara abnormal, sila bawakannya ke pusat penyelenggaraan.
6. Jangan cabut keluar plag dengan menarik kord kuasa. Sentiasa pegang plag ketika mencabut keluar plag dari soket.
7. Jangan kendalikan plag atau pembersih vakum dengan tangan yang basah.
8. Jangan selitkan sebarang objek ke dalam bukaan. Jangan gunakan perkakas ini jika mana-mana bukaannya tersekat. Pastikan bukaan bebas daripada debu, lint, rambut atau sebarang objek yang boleh menjejaskan aliran udara.
9. Pastikan bukaan dan bahagian bergerak bebas daripada rambut, kain yang longgar, jari atau mana-mana bahagian badan.
10. Pastikan semua kawalan dimatikan sebelum menanggalkan plag dari soket.
11. Sila beri perhatian yang lebih ketika membersihkan tangga.
12. Jangan gunakan perkakas ini untuk menyedut cecair yang mudah terbakar atau menyala, contohnya petrol, atau gunakan perkakas ini di tempat yang memyimpan cecair tersebut. Jangan gunakan perkakas ini untuk menyedut sebarang objek yang sedang membakar atau berasap, seperti rokok, mancis atau abu yang panas.
13. Cabut plag dari soket sebelum menyambungkan hos.
14. Jangan gunakan perkakas ini dengan ketiadaan beg debu dan/atau penapis.
15. Plag mesti ditanggalkan dari soket kuasa sebelum membersih atau menyelenggarakan perkakas ini.
16. Jika kord bekalan kuasa rosak, ia mesti digantikan oleh pengilang atau ejen penyelenggaraan atau orang berkelayakan yang seumpamanya bagi mengelakkan kebahayaan.
17. Perkakas ini bukan bertujuan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya fizikal, deria atau mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan melainkan mereka telah diberikan pengawasan atau arahan penggunaan perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka.
18. Kanak-kanak harus diawasi bagi memastikan merekta tidak bermain dengan perkakas ini.
ARAHAN KESELAMATAN
- Jika kord bekalan kuasa rosak, ia mesti digantikan oleh pengilang atau ejen penyelenggaraan atau orang berkelayakan yang seumpamanya bagi mengelakkan kebahayaan. Hanya untuk kegunaan di rumah.
- Perkakas ini bukan bertujuan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya fizikal, deria atau mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan melainkan mereka telah diberikan pengawasan atau arahan penggunaan perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak harus diawasi bagi memastikan merekta tidak bermain dengan perkakas ini. Perkakas ini hanya untuk kegunaan di rumah.
Jangan gunakan perkakas ini untuk menyedut detergen, minyak tanah, kaca, jarum, abu
Dilarang
rokok, air, mancis dan sebagainya.
Perkakas ini tidak boleh terdedah kepada haba.
Dilarang
Dilarang
Dilarang
Jangan sedut sebarang bahan basah atau cecair. Jangan rendamkan perkakas ini di dalam air.
Cabut plag perkakas ini dari soket bekalan kuasa selepas penggunaan dan sebelum setiap kerja pemersihan bagi memutuskan perkakas ini dari bekalan kuasa.
Dilarang
Dilarang
Dilarang
Jangan selitkan sebarang objek ke dalam bukaan. Jangan gunakan perkakas ini jika mana-mana bukaannya tersekat. Pastikan perkakas ini bebas daripada debu, lint, rambut dan sebagainya.
Jangan gunakan perkakas ini dengan ketiadaan bekas debu atau penapis debu.
Jangan sedut sebatang serbuk, semen dan sebagainya bagi mengelakkan berlakunya kelebihan beban.
Dilarang
Perkakas ini hanya boleh dibersih dengan kain yang kering atau basah. Jangan sesekali direndam di dalam air. Jangan gunakan sebarang jenis pelarut untuk membersih perkakas ini.
03
Sambungkan hos pada pembersih vakum
Masukkan hos fleksibel ke dalam saluran masuk udara: Tekan tombol sehingga ia terkunci pada kedudukannya. Tanggalkan hos fleksibel: Cabut keluar plag perkakas dari soket, dan tekan tombol di hujung hos untuk menanggalkannya dari bukaan saluran masuk udara.
Pasang teleskopik pada paip siku
CARA-CARA PENGGUNAAN
paip siku
Tiub pemanjangan
Pasang berus lantai pada tiub teleskopik.
Tiub pemanjangan
Berus lantai
04
PENGENDALIAN
• Tanda kuning pada kord kuasa menandakan panjang kabel yang ideal. Jangan memanjangkan kabel melebihi tanda merah.
• Untuk menggulung semula kord kuasa, tekan pedal penggulung dengan satu tangan, dan memegang kord bagi membimbingnya dengan tangan yang lain.
• Tekan suis kuasa untuk menghidupkan perkakas ini.
• Gunakan pelaras kelajuan elektronik untuk mengawal kuasa sedutan perkakas ini.
• Kuasa sedutan juga boleh diselaraskan dengan menggunakan kawalan gelongsor pada paip siku.
Pedal penggulung
tanda kuning
tanda merah
Pelaras
kelajuan
Suis
kuasa
Kawalan
kuasa sedutan
• Letakkan tiub teleskopik ke dalam cangkuk penetapan pada perkakas ini apabila anda berhentikan kerja pembersihan buat sementara waktu.
• Awas: Jangan pindah perkakas ini apabila cangkuk penetapan digunakan.
Paip siku
• Alat pembersih celah Digunakan untuk membersihkan bahagian sudut dan celahan yang mana sukar dicapai, seperti celah dinding dan papan kekunci, rak buku dan tingkap.
• Berus boleh ditukar Putar alat pembersih celah menjadi 90
0
dan sambungkannya pada tiub pemanjangan untuk membersihkan katil, sofa dan kerusi.
• Penggunaan pemilih pada berus lantai: Bulu berus dipanjangkan untuk membersihkan permaidani. Bulu berus ditarik balik untuk membersihkan lantai yang keras.
• Jika paip siku tersekat oleh kotoran, masukkannya ke dalam saluran masuk udara dan hidupkan perkakas ini.
05
• Kosongkan bekas debu
Selepas menanggalkan hos fleksibel, tekan
butang kunci penutup dan buka bekas debu.
Tanggalkan penapis debu dari bekas.
Pasang semula penapis debu di dalam bekas.
Tutup bekas debu sehingga ia terkunci pada
kedudukannya.
• Penukaran penapis
PENYELENGGARAAN
• Gantikan penapis motor:
Buka bekas debu dan tanggalkan penapis motor, pasang penapis baru pada kedudukannya.
• Penapis motor
Tanggalkan penghadang dengan menarik ia keluar dari perkakas, keluarkan penapis saluran keluar dan gantikan dengan penapis baru. Pasang penghadang semula.
• Bersihkan penapis:
Bersihkan penapis dengan air dan biarkan ia kering dengan sepenuhnya sebelum ia dipasang semula.
• Bersihkan beg debu:
Bersihkan beg debu dengan air dan sedikit detergen (jika perlu). Biarkan ia kering dengan sepenuhnya sebelum ia dipasang semula.
Penapis
motor
06
PENYELESAIAN MASALAH
Sila lakukan pemeriksaan seperti berikut sebelum anda hubungi pusat penyelenggaraan kami.
Masalah Punca-punca yang mungkin Langkah penyelesaian
Motor tidak dapat
dihidupkan
Kuasa sedutan
menjadi lemah
Wayar tidak dapat
digulung dengan
sepenuhnya.
Wayar tidak dapat
ditarik keluar.
Pelaras kelajuan
tidak dapat
berfungsi.
- Kord kuasa tidak disambung
dengan baik pada soket
bekalan kuasa.
- Soket bekelan kuasa rosak.
- Pembersih vakum tidak
dihidupkan.
- Unit ini tersekat.
- Penapis debu perlu dibersih.
- Bekas debu tidak dipasang
dengan baik.
- Penapis tersekat.
Wayar mungkin tersimpang dari
roda penggulung wayar.
Wayar mungkin digulung secara
tidak teratur.
Perkakas ini mengalami
kerosakan.
- Pasang plag dengan
baik.
- Periksa soket bekalan
kuasa.
- Hidupkan kuasa
perkakas ini.
- Bersihkan objek yang
tersekat.
- Bersihkan penapis debu
- Tutup bekas debu
dengan baik.
- Bersihkan penapis.
Cuba tarik keluar wayar,
lepas itu digulung semula.
Tekan butang penggulung
dan cuba sekali lagi.
Perkakas ini perlu dibaiki.
(hanya boleh dilakukan
oleh pakar)
Kord kuasa
tergulung semula
dengan sendiri.
Bekas debu tidak
dapat ditutup.
Mekanisme penggulungan
mengalami kerosakan.
Bekas debu tidak dipasang
dengan betul.
Perkakas ini perlu dibaiki.
(hanya boleh dilakukan
oleh pakar)
Pasang bekas debu
dengan betul dan cuba
sekali lagi.
Amaran:
Jika kord bekalan kuasa rosak, ia mesti digantikan oleh pengilang atau ejen penyelenggaraan atau orang berkelayakan yang seumpamanya bagi mengelakkan kebahayaan.
Cara pelupusan produk ini yang betul
Tanda ini menunjukkan bahawa produk ini tidak boleh dilupuskan dengan sisa isi rumah lain di seluruh negara-negara EU. Untuk mengelakkan kebahayaan yang mungkin dibawa terhadap alam sekitar atau kesihatan manusia daripada pelupusan sampah yang tidak terkawal, kitar semula produk ini secara bertanggungjawab demi menggalakkan penggunaan semula sumber bahan secara berterusan. Untuk mengembalikan perkakas terpakai, sila gunakan sistem pemulangan dan pengumpulan atau hubungi kedai peruncit di mana produk ini dibeli. Mereka boleh membawa produk ini untuk dikitar semula dengan cara mesra alam.
Loading...