PERHATIAN 
Baca peraturan-peraturan keselamatan dengan teliti. 
AMARAN 
1. Simpan alat-alat elektrik daripada jangkauan kanak-kanak. Jangan sesekali membiarkan mereka menggunakan 
peralatan elektrik tanpa penyeliaan. 
2. Pastikan kipas ditutup dan kord elektrik ditanggalkan dari soket sebelum pengalihan,  
3. Jikalau kord elektrik rosak, ia mesti digantikan oleh pengeluar atau ejen perkhidmatannya atau seseorang yang 
mahir demi mengelakkan bahaya.  
4. Peralatan elektrik ini tida
k sesuai untuk digunakan oleh pegguna yang mengalami kecacatan mental, fizikal, atau 
mereka yang tidak mempunyai pengalaman atau pengetahuan yang tertentu, kecuali dengan penyeliaan. 
PERATURAN-PERATURAN UNTUK OPERASI YANG SELAMAT 
1. Kipas mesti dikendali bawah  kadar voltan yang sesuai. 
2. Sambungkan kord elektrik  selepas kipas siap dipasang 
3. Jangan sesekali menyisipkan jari, pensel atau benda-benda lain melalui jerjak besi apabila kipas sedang berayun. 
4. Tanggalk
an kord elektrik dari soket sebelum mengalih kipas ke tempat lain atau semasa penukaran  
barang ganti dan proses pembersihan dijalankan. 
5. Matikan kipas apabila jerjak besi dibuka untuk tujuan pembersihan 
6. Pastikan kipas berada pada permukaan yang stabil untuk mengelakkannya daripada jatuh. 
7.
 Jangan gunakan kipas berhampiran dengan tingkap kerana air hujan boleh mendatangkan  
bahaya pada elektrik. 
PANDUAN PEMASANGAN KOLOM KIPAS 
1. Keluarkan tapak kipas dan bahagiannya dari kotak, membuka nat plast
ik dari badan tapak kipas  
2. Masukkan badan tapak ke dalam tapak, tolak ia ke bawah untuk memastikannya menyelit dengan baik  
3. Pasangkan nat plastik untuk menetapkan badan dan tapak kipas  
PANDUAN PEMASANGAN BILAH KIPAS DAN JERJAK BESI 
1. Keluarkan pemutar dan nat plastik dari bahagian depan motor kipas  
2. Tentukan kedudukan jerjak besi belakang   
dimana pemegangnya menghala ke atas 
3. Pasangkan nat plastik mengikut putaran arah jam 
untuk menetapkan jerjak 
besi belakang 
4. Tanggal dan buangkan kepingan plastik yang  
terlekat di tangkai motor. 
5. Bahagian cekung di belakang bilah kipas hendaklah  
ditetapkan dengan peniti kekal semasa  
bilah kipas dipasangkan 
6. Skru pemutar ke dalam tangkai motor secara putaran arah  
lawan jam untuk menetapkan bilah kipas.   
7. Kuncikan jerjak besi depan dan belakang dengan klip keselamatan. 
ARAHAN PENGENDALIAN 
1. Untuk membuat atau memberhentikan kepala kipas daripada berayun,  
tarikkan tombol genggam
an ke atas atau tekankan ke bawah 
2. Aliran udara boleh dilaras keatas atau kebawah dengan menolak  
ba
hagian jerjak besi kipas ke sudut yang dikehendaki.  
3. Kelajuan angin boleh dikawal dengan menekan kunci-kunci piano. (4 kedudukan: 0 -1-2-3). 
4. Plak patut disambungkan ke dalam soket dinding 
PEMBERSIHAN  
1. Pastikan plak dicabut keluar daripada soket sebelum kerja-kerja pembersihan dilakukan. 
2. Bahagian-bahagian plastic haruslah dibersihkan dengan kain ata
u span yang lembap.  
Singkirkan sabun dengan air yang bersih. 
3. Pastikan air atau cecair lain tidak masuk ke dalam motor. 
Jerjak Besi Depan
Jerjak Besi Belakang
KIip Keselamatan
longgar
Kerat
Pemutar
Gelung 
Pengunci
Tapak Kipas
Bilah Kipas
Nat Plastik
Peniti Kekal
Butang Penghayun