Lux WH262 User Manual [ms]

Page 1
WASHING MACHINE
MESIN BASUH
WH 262
USER MANUAL
MANUAL PENGGUNA
35.292.883/0
GB
Page 2
17
BAHASA MALASYA
Kandungan
Spesifikasi teknikal 17 Amaran 18
Pelupusan 18 Petua untuk melindungi alam sekitar 19
Perihalan alat 19
Laci detergen 19
Penggunaan 20
Panel kawalan 20 Kawalan 20
Jujukan operasi 21 Carta program 22 - 23 Petua-petua membasuh 24 - 25
Mengisih pakaian 24 Suhu 24 Sebelum memasukkan pakaian 24 Beban maksimum 24
Simbol-simbol yang terdapat dalam buku panduan ini adalah:
Tigasegi amaran ini, dengan perkataan (WARNING! CAUTION!) bererti anda harus memberi perhatian
kepada aspek keselamatan anda dan aspek fungsi operasi yang betul.
Berat pakaian 24 Menghapuskan tanda kotoran 24 Detergen dan perapi tambahan 25 Jumlah detergen yang patut digunakan 25
Lambang kod basuh antarabangsa 26 Penyengggaraan 27 - 28
Badan mesin 27 Laci detergen 27 Membersihikan turas saliran 27 Hos penuras air 28 Penyaliran darurat 28
Jika ada masalah 29 Pemasangan 30-33
Mengeluarkan mesin 3 0 Sambungan air 31-32 Perataan 32 Sambungan elektrik 33
Informasi yang diikuti dengan simbol ini memberi arahan tambahan dan petua-petua amalan berkenaan dengan penggunaan mesin ini.
Petua dan informasi untuk pengunaan mesin ini dengan cara yang lebih berekonomi dan berekologi.
Untuk melindungi alam sekitar, kami
menggunakan kertas yang telah dikitar semula
Spesifikasi teknikal
DIMENSI Tinggi 85 cm
Lebar 60 cm Panjang ke dalam 60 cm
BEBAN MAKSIMUM Kapas 5 kg
Sintetik 2 kg Bahan halus 2 kg Wul 1 kg
LAJU PUTARAN 500 rpm maks
VOLTAN/FREKUANSI BEKALAN KUASA 230-240 V/50 Hz
JUMLAH KUASA TERSERAP 2100 W
PERLINDUNGAN FIUS MINIMUM 10 A
TEKANAN AIR Minimum 5 N/cm
Maksimum 80 N/cm
2
2
Page 3
18
Amaran
Amaran berikut diberikan demi menjaga keselamatan kepada keseluruhannya. Anda mesti membacanya dengan cermat sebelum memasang atau mengunakan alat ini.
Pemasangan
• Semua bahan penyendal dalaman mesti dikeluarkan sebelum menggunakan alat ini. Mesin atau perabot disebelah-menyebelahnya boleh rosak teruk jika alat­alat pelindung pengangkutan ini tidak dikeluarkan atau tidak dikeluarkan semuanya. Sila rujuk peranggan yang berkenaan dalam buku petunjuk ini.
• Semua kerja elektrik yang perlu untuk memasang alat ini mesti dilakukan oleh juruelektrik yang bertauliah.
• Semua kerja perpaipan yang perlu untuk memasang alat ini mesti dilakukan oleh juru paip yang bertauliah.
• Setelah mesin dipasang, pastikan kabel bekalan elektrik tidak ditindih olehnya.
• Jika alat ini diletakkan diatas lantai berpermaidani, pastikan udara dapat beredar bebas antara kakinya dan lantai.
Penggunaan
• Alat ini direkabentuk untuk kegunaan di rumah. Jangan gunakan untuk tujuan selain yang telah direkabentuk.
• Gunakan untuk membasuh kain yang direka untuk dibasuh dengan mesin sahaja. Patuhi petunjuk yang ternyata pada setiap label pakaian.
• Jangan masukkan pakaian melebehi beban yang dibenarkan bagi alat ini. Patuhi petunjuk yang terkandung dalam buku petunjuk ini.
• Pastikan semua saku telah kosong. Benda-benda seperti wang logam, pin keselamatan, jarum dan skru boleh menyebabkan kerosakan besar.
• Jangan basuh di mesin ini pakaian yang telah dibasuhi petroleum, spirit, trikloretilena, dsb. Jika bendalir sedemikian telah digunakan untuk menanggalkan tanda-tanda kotoran sebelum membasuh, tunggulah dahulu sehingga sejat seluruhnya sebelum memasukkan pakaian.
• Isikan benda-benda kecil seperti stokin, tali pinggang, dbs. dalam kantung kain atau sarung bantal supaya tidak tersepit antara dram dan tab.
• Gunakan bahan pelembut kain mengikut sukatan yang
disarankan sahaja. Jika berlebihan boleh merosakkan yang dicuci.
• Biarkan pintu mesin renggang sedikit apabila alat ini tidak digunakan. Cara ini dapat memelihara kedap pintu dan mencegah terbentuknya bau hapak.
• Setiap kali hendak membuka pintu, pastikan air telah disalirkan semuanya. Jika belum, salirkan air seperti yang ditunjukkan dalam buku petunjuk ini.
• Cabut plag alat ini dan tutup pili air setelah selesai menggunakannya.
Keselamatan umum
• Kerja-kerja baikpulih di mesin ini mesti dilakukan oleh kakitangan yang bertauliah sahaja. Baikpulih yang dilakukan oleh orang yang tidak berpengalaman boleh menyebabkan bahaya besar. Hubungi Pusat Servis setempat.
• Jangan sekali-kali tarik kabel bekalan elektrik untuk mencabut plag dari soketnya; pegang dan cabut plag itu sendiri.
• Semasa program bersuhu tinggi, kaca pintu boleh menjadi panas. Jangan sentuh!
Keselamatan kanak-kanak
• Sering kali kanak kanak tidak menyedari bahaya yang wujud ada alat-alat elektrik. Semasa mesin sedang beroperasi, kanak-kanak harus diawasi dengan hati­hati dan tidak dibiarkan bermain dengannya.
• Komponen pembungkusan (misalnya, lapik plastik, polistirena) boleh membahayakan kanak-kanak ­bahaya mati lemas! Jauhkan daripada kanak-kanak.
• Semua detergen harus disimpan di tempat yang selamat jauh daripada jangkauan kanak-kanak.
• Pastikan kanak-kanak atau haiwan peliharaan tidak memanjat masuk kedalam dram.
• Apabila alat ini dilebur, potong kabel bekalan elektriknya dan musnahkan plak bersama sisa kabel. Rosakkan kancing pintu supaya kanak-kanak tidak akan terperangkap didalam semasa bermain.
.
Pelupusan
Bahan pembungkusan
Bahan yang ditandakan dengan simbol adalah bahan yang boleh dikitarkan semula.
>PE<=polietilena
>PS<=polistirena
>PP<=polipropilena
Hal ini bererti bahan-bahan tersebut boleh dikitar semula
dengan melupuskannya dengan cara yang betul dalam bekas pemungutan yang sesuai.
Mesin
Gunakan tapak pelupusan yang disahkan bagi alat yang lama. Bersama-sama kita jaga kebersihan negara!
Page 4
19
BAHASA MALASYA
Petua bagi melindungi alam sekitar
Demi menjimatkan air dan tenaga serta membantu melindungi alam sekitar, kami sarankan supaya petua­petua berikut diatuhi:
• Pakaian yang biasa kotornya boleh dibasuh tanpa prabasuh. Cara ini menjimatkan detergen, air dan masa (dan melindungi alam sekitar juga!)
• Mesin ini lebih menjimatkan jika diisikan beban penuh.
Perihalan alat
1 Laci detergen
2 Panel kawalan
3 Pemegang pintu
4 Turas saliran
5 Kaki boleh laras
• Jika dibersihkan secukupnya sebelum dibasuh, tanda­tanda dan kotoran sedikit-sedikit boleh dihapuskan; seterusnya pakaian dapat dibasuh pada suhu lebih rendah.
• Sukat detergen menurut takat kesadahan air, takat kekotoran pakaian dan jumlah pakaian dan jumlah pakaian yang hendak dicuci.
• Pilih program ekonomi E bagi pakaian yang biasa kotornya, dan program basuh pendek bagi pakaian yang kotor sedikit.
Lari detergen
Prabasuh
Basah utama
Bahan pelembut kain, kanji
R0001 3D
Page 5
20
Penggunaan
Panel kawalan
1. BUTANG RINSE HOLD (Bilas ditahan)
(Mudah digosok dengan seterika. Sekiranya butang ini digunakan, ia akan menjadikan basuhan lebih senang digosok dengan seterika). Tekan butang ini bersama dengan program lain untuk fabrik yang lebih halus. Ianya akan menakung air dalam tab pada akhir kitaran. Tekan butang ini sekali lagi untuk mengalirkan air dan keluarkan basuhan.
2. Butang NO SPINNING (Putaran ditahan)
Sekiranya butang ini ditekan sebelum mula program lain yang lebih kuat ianya akan menahan aktiviti putaran. Langkah-langkah program lain tidak akan dihentikan.
3. butang
Butang ini akan mengurangkan langkah bilas. Ini akan menjimatkan air dan kuasa elektrik.
5. Pilihan suhu
Pilihan ini membolehkan anda memilih suhu yang dikehendaki untuk basuhan tertentu. Putarkan cakera hingga ke suhu yang diingini. Carta program menunjukkan suhu yang disyorkan untuk basuhan tertentu. Pilihan akan mengalirkan air sejuk dalam mana­mana program. Ini akan menjimatkan penggunaan kuasa elektrik.
6. Pilihan program
Untuk memilih program, putarkan cakera program mengikut arah ikut jam sehingga program yang diingini. Sekiranya putaran melebihi program yang diingini,
jangan sekali-kali putarkan cakera mengikut arah lawan jam! Untuk memilih program yang betul, putarkan
cakera mengikut arah jam sehingga sampai ke program yang diingini.
4. Lampu ON/OFF (mula/henti)
Lampu ini akan bernyala bila mesin bermula
Page 6
21
BAHASA MALASYA
80
R0032S
Jujukan operasi
Sebelum membasuh buat kali pertama dengan mesin ini, kami sarankan supaya dijalankan satu kitaran basuh kain kapas pada suhu 60°C, tanpa pakaian dalam mesin, bagi menyingkirkan apa-apa sisa proses pembuatan dalam dram dan tab. Tuangkan separuh sukatan detergen ke dalam petak basuh utama dan jalankan mesin.
1. Masukkan pakaian ke dalam dram
4. Pilih suhu yang diingini
Putar cakera pemilihan ke kedudukan suhu yang diingini.
Buka pintu
Masukkan pakaian ke dalam dram, satu persatu, sambil menggoncang-gongcangkannya seberapa dapat.
Tutup pintu
2. Sukat detergen
Tarik laci detergen keluar hingga berhenti. Sukat jumlah detergen yang disarankan oleh pihak pengeluar dengan menggunakan cawan sukatan, dan tuangkan ke dalam
petak basuh utama . Jika ingin menjalankan program rendam atau prabasuh, tuangkan detergen ke dalam petak yang berkenaan,
bertanda .
5. Pilih butang opsyen tekan
6. Pilih program yang diingini dan mulakan mesin
Putar cakera pemilihan program mengikut arah jam untuk memilih program yang diingini. Sebelum menarik cakera pemilihan, pastikan:
• Pintu ditutup
• Mesin sedia diplagkan dengan arus elektrik
• Saliran air dibuka
• Penutup diskru ketat
• Paip saliran air keluar diposisi yang betul
Tarik cakera pemilihan program sehingga berbunyi ‘klik’. Lampu akan bernyala dan program akan bermula.
3. Sukat bahan perapi tambahan
Jika perlu, tuangkan bahan pelembut kain ke dalam
petak bertanda , tanpa melebihi tanda «MAX»
R0070
R0071
7. Apabila selesai program
Mesin berhenti secara otomatik. Lampu akan padam. Sekiranya memilih program yang berakhir dengan air yang bertakung didalam tab, salirkan air itu sebelum membuka pintu. Pilih program “P” (saliran air) atau “G” (putar).
Tunggu sehingga dua minit sebelum membuka pintu. Ini akan memberi masa untuk mekanisme berkunci elektrik buka.
Keluarkan basuhan Putarkan dram dengan tangan untuk memastikan ianya kosong, dan untuk memastikan tiada basuhan yang tertinggal dan seterusnya rosak atau luntur warna.
Lepaskan butang lain yang telah ditekan Tutup pili air dan keluarkan plag mesin. Biarkan pintu terbuka sedikit untuk menganginkan mesin.
Page 7
22
Carta pragram
Program basuhan untuk kapas dan linen
Muatan: 5 kg
PROGRAM
A
B
B
C
D
Rinses
SUHU
40°-90°C
40°-90°C
30°-60°C
30°-40°C
AIR SEJUK
FABRIK
BASUHAN PUTIH DENGAN PRABASUH, contohnya pakaian kerja, cadar, linen rumah, pakaian dalam dan tuala
BASUHAN PUTIH TANPA PRABASUH contohnya linen, cadar, kemeja dan pakaian dalam
KAIN BERWARNA LUNTUR contohnya kemeja, blaus, tuala dan pakaian dalam
KAIN BERWARNA TIDAK LUNTUR basuhan yang sedikit kotor
Program ini boleh diguna untuk membilas pakaian yang dibasuh dengan tangan
FUNGSI
TEMBAHAN
DESKRIPSI
Prabasuh pada 40°C Basuh pada 40°-90°C 4 bilasan Putar
Basuh pada 40°-90°C 4 bilasan Putar
Basuh pada 30°-60°C 4 bilasan Putar
Basuh pada 30°-40°C 4 bilasan Putar
4 bilasan Putar
F
Additive
Softener
G
Spin
AIR SEJUK
Untuk basuhan tangan yang ingin dilembut
Putaran berasing untuk kain kapas dan linen
Muatan tambahan 1 bilasan Putar
Putar
Page 8
23
BAHASA MALASYA
Carta program
Program basuhan untuk sintetik, fabrik berjenis, halus dan wul
Muatan: 2 kg, wul, 1 kg
PROGRAM
H
J
K
L
M
Bilas
pakaian
halus
N
Tambah
pelembut
SUHU
30°-60°C
30°-60°C
30°-40°C
40°C
AIR SEJUK
AIR SEJUK
FABRIK
BERJENIS FABRIK DENGAN PRABASUH, contohnya pakaian dalam, basuhan berwarna, kemeja dan blaus
BASUHAN WARNA MUDAH LUNTUR, contohnya kemeja, blaus dan jenis fabrik
KAIN SINTETIK / HALUS yang kotor sedikit
WUL / SUTERA
Program ini untuk membilas basuhan tangan
Untuk basuhan tangan yang ingin dilembut
FUNGSI
TEMBAHAN
(*)
)
(
*
(
)
*
(
)
*
(
*)
*)
(
DESKRIPSI
Prabasuh pada 30°C Basuh pada 30°-60°C 3 bilasan Aliran air keluar
Basuh pada 3
bilasan
Aliran air keluar
Basuh pada
bilasan
4 Putar
Basuh pada 3 bilasan Aliran air keluar
3 bilasan Aliran air keluar
Muatan tambahan 1 bilasan Aliran air keluar
30°-60°C
30°-40°C
40°C
P
Aliran air
keluar
Untuk mengeluarkan air
Aliran air keluar drum tidak bergerak
(*) Apabila butang ini ditekan, air dari kitaran bilasan akhir tidak dialirkan keluar untuk mengelakkan pakaian
dari dikedut jika tidak dikeluarkan dari mesin serta-merta. Untuk megalirkan air keluar, pilih program “G” (putar) atau “P” (bilas).
Page 9
24
Petua-petua membasuh
g
Mengisih pakaian
Patuhi simbol kod basuh pada label pakaian dan petunjuk membasuh daripada pihak pengeluar. Pakaian hendaklah diisih seperti berikut: Putih, berwarna, sintetik, bahan halus, bahan wul.
Suhu
90°C untuk kain kapas dan linen yang biasa
kotornya (misalnya alas meja the, tuala, alas meja, cadar...)
60°C
(sejuk) untuk bahan halus
30°-40°C misalnya langsir net), pakaian campuran
Sebelum memasukkan pakaian
Jangan campurkan pakaian putih dan berwarna. Pakaian putih boleh kehilangan “keputihannya” dalam cucian. Pakaian berwarna yang baru mungkin luntur warnanya pada kali pertama dibasuh; oleh itu, asingkan semasa dibasuh buat kali pertama.
Pastikan tiada benda logam yang tertinggal dalam pakaian (misalnya penyepit rambut, pin, jarum).
Butangkan sarung bantal, tutup zip, cangkuk dan butang ketap. Ikatkan tali pinggang atau pita yang panjang.
Hapuskan tanda-tanda kotor yang degil sebelum membasuh. Bahagian yang sangat kotor hendaklah digosokkan dengan detergen khas atau pasta detergen.
Langsir hendaklah diperlakukan dengan cermat. Tanggalkan cangkuk atau ikatkan dalam kantung atau jaring.
Beban maksimum
Beban maksimum yangdisarankan ternyata dalam carta program. Pedoman umum:
Kapas, linen: dram penuh tetapi tidak padat; Sintetik: dram tidak lebih daripada sepertiga penuh. Bahan halus dan wul: dram tidak lebih daripada
sepertiga penuh. Membasuh pakaian mengikut beban maksimum menghasilkan penggunaan air dan tenaga yang paling cekap. Bagi pakaian yang sangat kotor, kurangkan saiz beban.
untuk pakaian berwarnatidak luntur yang biasa kotornya (misalnya kemeja, pakaian tidur, baju tidur...) daripada linen,m kain kapas putih yang kotor sedikit (misalnya seluar dalam).
termasuk bahan serat sintetik dan wul.
Cadar 500 g Saruang bantal 200 g Alas meja 250 g Tuala daripada bahan tuala 200 g Alas meja teh 100 g Pakaian tidur 200 g Seluar dalam wanita 100 g Kemeja kerja lelaki 600 g Kemeja lelaki 200 g Baju tidur lelaki 500 g Blaus 100 g Seluar dalam lelaki 100 g
Menghapuskan tanda kotoran
Tanda kotoran yang degil mungkin tidak dapat dihapuskan dengan air dan sabun sahaja. Oleh itu, sebaiknya dibersihkan dahulu sebelum membasuh. Darah: jika masih baru, bersihkan dengan air. Jika sudah kering, rendam semalaman dalam air dengan detergen khas, kemudian gosokkan sabun dan air padanya. Cat berasaskan minyak: lembabkan dengan bahan penghapus daripada benzin, bentangkan diatas kain lembut kemudian tepuk-tepuk tanda itu; lakukan beberapa kali. Tanda gris yang telah kering: lembabkan dengan turpentin, bentangkan diatas permukaan lembut dan tepuk-tepuk dengan hujung jari dan kain kapas. Karat: asid oksalik dilarutkan dalam air panas atau produk penghapus karat digunakan dalam keadaan sejuk. Hati-hati apabila membersihkan tanda karat yang bukan baru lagi, kerana struktur selulosa telahpun rosak dan kain itu mudah berlubang. Tanda kulat: bersihkan dengan peluntur, bilas bersih­bersih (kain putih dan kain warna tidak luntur sahaja). Rumput: sabunkan sedikit dan bersihkan dengan peluntur (kain putih dan kain warna tidak luntur sahaja). Pena mata bulat dan gam: lembabkan dengan aseton (*), bentangkan diatas kain lembut dan tepuk-tepuk tanda itu. Gincu bibir: lembabkan dengan aseton seperti diatas, kemudian bersihkan dengan spirit. Hapuskan sisa-sisa tanda daripada kain putih dengan peluntur. Wain merah: rendam dalam air dan detergen, bilas dan bersihkan dengan asid asetik atau asid sitrik, kemudian bilas. Bersihkan sisa-sisa tanda dengan peluntur. Dakwat: bergantung pada jenis dakwat, lembabkan dengan aseton (*), kemudian dengan asid asetik; bersihkan sisa-sisa tanda pada kain putih dengan peluntur kemudian bilas bersih-bersih. Tanda-tanda tar: mula-mula bersihkan dengan bahan penghapus tanda, spirit atau benzin, kemudian gosok dengan pasta detergen.
(*) jangan gunakan aseton pada sutera buatan.
Berat pakaian
Berat berikut boleh dijadikan panduan: Jubah mandi 1200 g Napkin 100 g Cadar quilt 700
Page 10
25
BAHASA MALASYA
Detergen dan perapi tambahan
Hasil cucian yang sempurna juga bergantung pada pilihan dan jumlah detergen yang betul demi mengelakkan pembaziran dan melindungi alam sekitar.
Meskipun boleh rosot di alam sekitar, detergen mengandungi zat yang, dalam jumlah besar, boleh menjejaskan keseimbangan alam.
Jumlah detergen yang patut digunakan
Jenis dan jumlah detergen bergantung pada jenis kain, saiz beban, takat kekotoran dan kesadahan air.
Kesadahan air diklasifikasikan menurut apa yang disebut “takat” kesadahan. Maklumat tentang kesadahan air di kawasan anda boleh didapati daripada syarikat bekalan air atau daripada pihak berkuasa tempatan.
Pilihan detergen bergantung pada jenis kain (bahan halus, wul, kapas, dsb.), warna, suhu cucian dan takat kotoran. Semua detergen mesin basuh yang biasa boleh digunakan pada alat ini:
- detergen serbuk untuk semua jenis kain,
- detergen serbuk untuk kain halus (60°C maks) dan bahan wul,
- detergen cecair, sebaiknya untuk program basuh suhu rendah (60°C maks) bagi semua jenis kain, atau khas untuk bahan wul sahaja.
Detergen dan perapi tambahan mesti diisikan dalam petak yang sesuai di laci detergen sebelum memulakan program basuh.
Jika menggunakan detergen serbuk atau cecair pekat, program tanpa prabasuh mesti dipilih.
Mesin basuh ini menerapkan sistem peredaran semula supaya detergen pekat digunakan sebaik-baiknya.
Tuangkan detergen cecair ke dalam petak laci detergen bertanda sejurus sebelum memulakan program.
Patuhi petunjuk yang diberikan oleh pihak pengeluar tentang jumlah yang patut digunakan.
Kurangkan detergen jika:
- beban cucian kecil sahaja,
- pakaian kotor sedikit sahaja,
- banyak busa terjadi semasa mesin membasuh.
Bahan pelembut kain atau bahan perapi kanji mesti dituangkan ke dalam petak bertanda sebelum
memulakan program basuh.
Patuhi saranan pihak pengeluar tentang jumlah yang patut digunakan dan jangan melebihi tanda <<MAX>>
di laci detergen.
Page 11
26
Page 12
27
BAHASA MALASYA
Penyenggaraan
1. Badan mesin
Bersihkan bahagian luar mesin dengan air hangat dan detergen pencuci pinggan mangkuk.
Bilas dengan air bersih dan lap dengan kain lembut.
2. Laci detergen
Detergen dan bahan pelembut kain lama kelamaan meninggalkan sisa-sisanya dalam laci.
Bersihkan laci itu dari masa ke masa dengan membilasnya dibawah air pili yang mengalir. Bagi mengeluarkan laci dari mesin, tekan butang disudut kiri sebelah belakang.
Bagi memudahkan pembersihan, bahagian atas petak perapi tambahan boleh dikeluarkan.
3. Membersihkan turas saliran
Turas saliran mesti dibersihkan sekiranya pam telah disekat dengan objek-objek seperti butang pin keselamatan, wang logam, dsb., atau disekat dengan “lint” dari pakaian yang berbulu yang telah dibasuh pada suhu tinggi.
• Tarik keluar plag dari soket elektrik.
• Jika perlu, tunggu sehingga suhu air dingin sedikit.
• Buka pintu turas saliran.
• Letakkan sebiji mangkuk dilantai untuk menakung air.
• Lepaskan paip saliran air kecemasan, letakkannya dalam mangkuk dan lepaskan penutupnya. Apabila mangkuk dipenuhi air, tutupkan hos dengan penutupnya.
• Tuangkan air. Ulangkan prosedur ini sehingga semua air dikeluarkan dari mesin.
R0072
C0073
Detergen juga dapat bertumpuk di bahagian dalam lubang laci: bersihkan dengan berus gigi lama.
Pasang kembali laci itu setelah dibersihkan.
P1114
P1115
• Kemudian, lepaskan skru penutup dengan memutarkannya mengikut arah lawan jam dan tarikannya keluar.
• Keluarkan objek seperti butang, wang logam dan bulu yang telah terkumpul dalam ruang pam.
• Skru balik penutup mengikut arah jam. Pastikan ianya ditutup ketat.
• Letakkan hos pengeluar kecemasan balik ke posisi asalnya dan tutupkan pintu turas saliran air.
P1116
P1117
Page 13
28
4. Hos penuras air
Sekiranya air di kawasan anda mengandungi kesan­kesan “lime deposit”, hos air masuk mungkin tersekat. Ianya harus dibersihkan selalu.
Hentikan arus air. Buka skru hos air masuk.
Bersihkan penuras itu dengan berus yang kasar.
Ketatkan hos air masuk.
5. Penyaliran darurat
Jika air tidak disalirkan (pam air keluar tersumbat, turas atau hos saliran tersekat), lakukan seperti berikut bagi menyalirkan air dalam mesin:
• Cabut plag daripada soket bekalan elektrik;
• Tutup pili air;
• Jika perlu, tunggu hingga air menyejuk;
• Buka pintu turas;
• Letakkan mangkuk di lantai di bawah turas;
• Lepaskan hos air masuk. Letakkannya didalam mangkuk dan keluarkan penutupnya. Apabila mangkuk itu dipenuhi air, tutupkan hos air masuk.
• Tuangkan air dari mangkuk, ulangilah prosedur itu sehingga air dikeluarkan dari mesin.
• Letakkan hos air masuk balik ke posisi asalnya dan tutupkan pintu turas saluran.
Page 14
29
BAHASA MALASYA
Jika ada masalah
Sebelum menghubungi Pusat Service setempat anda, semaklah masalah anda mengikut petua berikut:
Masalah Kemungkinan puncanya
• Mesin tidak dapat dihidupkan
• Mesin tidak mengisi air
• Mesin mengisi air kemudian terus
mengalirkannya
• Mesin tidak menyalirkan air dan /
atau tidak memutar
• Pintu tidak ditutup rapat.
• Mesin tidak dipasang plagnya atau tiada bekalan elektrik disoket.
• Fius utama terbakar.
• Cakera pemilihan program tidak betul kedudukannya atau cakera pemilihan program tidak di tarik keluar.
• Pili air ditutup.
• Hos air masuk tertindih atau terpiuh.
• Turas dalam hos air masuk tesumbat.
• Pintu tidak ditutup dengan betul.
• Hujung hos saliran terlalu rendah kedudukannya. Sila rujuk perenggan berkenaan dibahagian “Penyaliran air”
• Hos saliran tertindih atau terpiuh.
• Opsyen telah dipilih.
• Cucian tidak terbahagi rata di dalam dram.
• Turas saliran tersumbat. Bersihkannya.
• Opsyen telah dipilih.
• Ada air dilantai
• Hasil cucian yang tidak memuaskan
• Mesin bergegar atau bising bunyinya
• Pintu tidak dapat dibuka
• Terlalu banyak detergen atau detergen tidak sesuai digunakan (menjadikan terlalu banyak busa)
• Periksa kalau-kalau ada kebocoran daripada salah satu fitting hos air masuk. Keborocan itu kadang kala sukar dilihat kerana air mengalir sepanjang hos, periksa sama ada hos itu lembab.
• Hos saliran rosak.
• Periksa samada penutup diafragma dipasang dengan betul.
• Detergen tidak cukup atau detergen tidak sesuai digunakan.
• Tanda-tanda kotoran degil tidak dibershihan dahulu sebelum membasuh.
• Suhu atau jenis kain yang dipilih tidak betul.
• Beban pakaian terlalu berat.
• Bolt pengangkutan dan bungkah penyendal belum dikeluarkan.
• Kaki pengyokong mesin belum dilaraskan.
• Pakaian tidak tersebar sama rata dalam dram.
• Mungkin jumlah pakaian terlalu sedikit dalam dram.
• Aras air lebih tinggi daripada pinggir bawah pintu.
• Mesin sedang memanaskan air.
• Dram sedang berputar.
Sekiranya masalah masih tidak dibetulkan setelah disemak, hubungilah Pusat Servis setempat anda. Sila pastikan anda sediakan siri nomber model, tarikh belian, nomber siri (Ser. No.) dan nomber produk (Prod. No.) mesin pembasuh anda. (Data ini boleh didapati dari pelekat di sebaik pintu petunjuk pakaian)
Page 15
30
Pemasangan
P0287
P0018
AL009
2
1
Mengeluarkan mesin
Semua bolt dan bungkah penyedal pengangkutan mesti dikeluarkan sebelum menggunakan alat ini.
Anda dinasihatkan supaya menyimpan semua bahan pengangkutan supaya dapat dipasang semula jika mesin perlu dipindahkan lagi.
1. Dengan menggunakan sepana, longgarkan dan tanggalkan bolt di belakang sebelah kanan.
2. Baringkan mesin di atas bahagian belakangnya. Alaskan satu bungkah penyendal sudut sebagau pelapik antara mesin dengan lantai.
Pastikan hos tidak tertindih.
3. Dengan hati-hati, tanggalkan kantung dikanan dan kemudian kantung di kiri (2) dengan menariknya ke arah tengah mesin.
P0001
P0002
4. Longgarkan dan tanggalkan kaki mesin. Pasang kekisi dibahagian bawah mesin dengan menggunakan empat skru yang disediakan dalam kantung buku arahan. Pasang kembali kaki mesin.
5. Tegakkan mesin dan tanggalkan tiga lagi bolt di belakang.
6. Cabut tiga batang peruang plastik dari lubang tembat bolt dimasukkan. Sumbat lubangnya dengan palam yang disediakan bersama buku petunjuk.
Page 16
31
BAHASA MALASYA
Sambungan air
Seharusnya disediakan paip AIR SEJUK dekat dengan mesin, dan hubungkan ke paip /4” untuk sumber air, sinki, besen atau sistem saliran di tembok.
Sebelumnya, pastikan: — kepala paip bukannya mengalirkan air panas. — saliran air adalah bersih. Kalau tidak, biarkan air
mengalir untuk mencurahkan kotoran yang mungkin tersumbat dalam paip.
. Pastikan saliran air keluar berfungsi dengan betul.
A) Dengan berhati-hati, skrukan paip kepada kepala paip. Jangan sekali-kali merosakkan kepala skru itu. Pastikan nat dan skru adalah ketat untuk mengelakkan dari terbocor.
3
P0021
B) Kalau perlu, putarkan hos untuk mengetatkan nat di bahagian belakang mesin.
C) Sekarang, ketatkan nat untuk mengelakkan kebocoran. (buka kepala paip dan alirkan air untuk memastikan tiada keborocan dan ketatkan kepala paip semula)
D) Letakkan hos saliran air keluar di dalam besen atau sinki dengan paip yang berbentuk “u” yang disediakan. Paip “u” ini mesti diletakkan dalam mulut hos supaya disokong dan tidak tertanggal dari mesin.
Page 17
32
P0254
1,5 m. Max.
60 cm. Min.
90 cm. Max.
PENTING : Jarak diantara lantai dengan bahagian tertinggi hos mesti diantara 60 - 90 cm. (Adalah disyorkan supaya diantara 60-70 cm). Hos mesti tidak terkimpal atau bengkok supaya tidak tersumbat. Sekiranya hos mesti dipanjangkan kerana sebab yang tidak dapat dielakkan, ianya mesti tidak lebih 1.5m dan diameter hos seharusnya sama panjang dengan hos asal. Pastikan hos tidak terlalu tegang.
Perataan
Ratakan mesin dengan melonggarkan atau mengetatkan kaki mesin. Apabila posisinya telah ditetapkan, ketatkan kaki mesin dengan menekan nat pada bawah rangka mesin. Mesin yang diposisikan dengan rata akan mengelakkan terjadinya mesin tergetar, berbunyi dan tersinkir dari tempat asal.
Getaran mesin adalah tidak dapat dielakkan sepenuhnya, terutama sekali jika mesin diletakkan pada lantai berkayu. Lantai berkayu terutamanya mudah dipengaruhi oleh getaran mesin. Sekiranya boleh, selalunya letak mesin di atas lantai yang lebih kukuh.
Page 18
33
BAHASA MALASYA
Page 19
EHPOESL/Z - 04/2004
Loading...