berkaitan dengan telefon anda, bergantung kepada
perisian dan pembekal perkhidmatan anda. Semua
maklumat dalam dokumen ini tertakluk kepada
perubahan tanpa notis.
• Telefon bimbit ini tidak sesuai untuk orang yang
mempunyai kekurangan visual disebabkan papan
kekunci skrin sentuhnya.
terpelihara. LG dan logo LG adalah tanda dagangan
berdaftar bagi Kumpulan LG dan entiti yang
berkaitan dengannya. Semua tanda dagangan lain
adalah harta pemiliknya masing-masing.
• Google™, Google Maps™, Gmail™, YouTube™,
Hangouts™ dan Play Store™ adalah tanda
dagangan Google, Inc.
Kandungan
Garis panduan untuk penggunaan
selamat dan efisien ..................................5
Notis penting ...........................................13
Mengenali telefon anda ..........................18
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
5Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut garis panduan ini mungkin
merbahaya atau tidak sah.
Sekiranya kesilapan berlaku, sebuah alat perisian dibina di dalam peranti anda akan
mengumpulkan log kesilapan. Alat ini hanya mengumpulkan data yang khusus kepada
kesilapan, seperti kekuatan isyarat, cell ID position (kedudukan ID sel) dalam kegagalan
panggilan dan aplikasi yang dimuatkan secara tiba-tiba. Log hanya digunakan untuk
membantu menentukan punca bagi kesilapan. Log ini dienkripsi dan hanya boleh
diakses oleh Pusat pembaikan LG yang sah, sekiranya anda perlu mengembalikan
peranti anda untuk dibaik pulih.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar Penyerapan Khusus (SAR).
Telefon mudah alih model LG-P710 ini telah direka bentuk untuk mematuhi keperluan
keselamatan yang dikenakan bagi pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini
adalah berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan yang
direka bentuk untuk memastikan keselamatan semua orang tanpa mengira umur dan
kesihatan.
• Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang radio menggunakan unit ukuran
yang disebut sebagai Kadar Penyerapan Khusus, atau SAR. Ujian bagi SAR dijalankan
menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan telefon memancarkan pada aras
kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
• Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model telefon LG,
semuanya direka bentuk untuk memenuhi garis panduan yang berkaitan bagi
pendedahan kepada gelombang radio.
• Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran Bukan-Ion
(Commission on Non-Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP) Antarabangsa, iaitu 2 W/
kg dipuratakan ke atas sepuluh 10 g tisu.
• Nilai SAR yang tertinggi untuk telefon model ini yang diuji untuk penggunaantelinga
ialah 0.662 W/kg (10 g) dan apabila dipakai pada badan ialah 0.567 W/Kg (10 g).
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
• Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF apabila digunakan sama ada
dalam kedudukan penggunaan normal pada telinga atau apabila diletakkan pada
jarak sekurang-kurangnya 1.5 cm dari badan. Apabila bekas pembawa, klip tali
pinggang atau pemegang digunakan untuk pengendalian pemakaian pada badan,
ia tidak sepatutnya mengandungi logam dan perlu meletakkan produk pada jarak
sekurang-kurangnya 1.5 cm dari badan anda. Untuk memindahkan data fail dan mesej,
peranti ini memerlukan sambungan berkualiti pada rangkaian. Dalam beberapa kes,
pemindahan fail data atau mesej mungkin ditangguhkan sehingga sambungan tersebut
tersedia. Pastikan arahan jarak pemisahan diikuti sehingga pemindahan selesai.
Penjagaan dan penyelenggaraan produk
AMARAN
Hanya gunakan bateri, pengecas dan aksesori yang diluluskan untuk
digunakan bersama model tertentu telefon ini. Penggunaan sebarang jenis lain
boleh mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti yang berkaitan dengan
telefon, dan mungkin berbahaya.
• Jangan tanggalkan pemasangan unit ini. Bawa ia kepada juruteknik servis yang layak
jika kerja pembaikan diperlukan.
• Pembaikan di bawah waranti, mengikut budi bicara LG, mungkin termasuk
penggantian bahagian atau papan yang sama ada baru atau yang diperbaiki, asalkan
kefungsiannya sebanding dengan bahagian yang diganti.
• Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio, dan komputer peribadi.
• Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba seperti radiator atau dapur.
• Jangan jatuhkan.
• Jangan biarkan unit ini terdedah kepada getaran mekanikal atau kejutan.
• Matikan telefon di mana-mana tempat yang memerlukan anda berbuat demikian
oleh undang-undang khas. Contohnya, jangan gunakan telefon di hospital kerana ia
mungkin mengganggu peralatan hospital yang sensitif.
6
• Jangan kendalikan telefon dengan tangan yang basah semasa telefon sedang dicas.
Ia boleh menyebabkan terjadinya renjatan elektrik dan telefon mungkin akan rosak
teruk.
• Jangan cas telefon bimbit berhampiran bahan yang mudah terbakar kerana telefon
bimbit akan menjadi panas dan boleh menyebabkan bahaya kebakaran.
• Gunakan kain yang kering untuk membersihkan bahagian luar unit ini (jangan
gunakan pelarut seperti benzena, pencair atau alkohol).
• Jangan cas telefon di atas perabot yang lembut.
• Telefon hendaklah dicas di kawasan berpengudaraan baik.
• Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang berlebihan.
• Jangan simpan telefon di sebelah kad kredit atau tiket pengangkutan; ia boleh
menjejaskan maklumat pada jalur magnetik.
• Jangan ketik skrin dengan objek yang tajam kerana ia boleh merosakkan telefon.
• Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau kelembapan.
• Guna aksesori seperti fon telinga dengan berhati-hati. Jangan sentuh antena jika
tidak diperlukan.
• Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk mengeluarkan atau membaiki kaca yang
pecah, sumbing atau retak. Kerosakan pada paparan kaca kerana ia disia-siakan dan
disalahgunakan adalah tidak diliputi oleh waranti ini.
• Telefon anda adalah peranti elektronik yang menjana haba pada penggunaan biasa.
Sentuhan langsung dengan kulit dalam tempoh yang berpanjangan dalam keadaan
pengudaraan tidak mencukupi mungkin akan mengakibatkan ketidakselesaan atau
melecur sedikit. Oleh itu, anda hendaklah berjaga-jaga apabila mengendalikan telefon
anda atau betul-betul selepas menggunakannya.
• Jika telefon anda basah, tanggalkan plag dengan serta merta untuk mengeringkan ia
sepenuhnya. Jangan cuba untuk mempercepatkan proses mengering dengan sumber
pemanasan luaran, seperti ketuhar, ketuhar gelombang mikro atau pengering rambut.
• Cecair dalam telefon basah anda mengubah warna label produk dalam telefon anda.
Kerosakan pada peranti anda akibat pendedahan kepada cecair tidak diliputi oleh
waranti anda.
7
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Operasi telefon berkesan
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih mungkin mendapat gangguan, yang boleh menjejaskan
prestasi.
• Jangan gunakan telefon mudah alih anda berhampiran kelengkapan perubatan tanpa
meminta kebenaran. Elakkan meletak telefon di atas perentak jantung, contohnya, di
dalam poket dada anda.
• Sesetengah alat bantu pendengaran mungkin diganggu oleh telefon mudah alih.
• Sedikit gangguan mungkin boleh menjejaskan TV, radio, PC, dsb.
• Guna telefon anda dalam suhu di antara 0ºC dan 40ºC, jika boleh. Mendedahkan
telefon anda kepada suhu yang terlampau rendah atau tinggi akan mengakibatkan
kerosakan, malfungsi atau letupan.
Keselamatan jalan
Semak undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan telefon mudah alih di
kawasan tempat anda memandu.
• Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu.
• Beri perhatian penuh kepada pemanduan anda.
• Pergi ke tepi jalan dan letak kereta sebelum membuat atau menjawab panggilan jika
keadaan pemanduan memerlukan anda berbuat demikian.
• Tenaga RF mungkin menjejaskan sesetengah sistem elektronik di dalam kenderaan
anda seperti stereo kereta dan kelengkapan keselamatan.
• Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara, jangan halangnya dengan
kelengkapan wayarles yang dipasang atau yang mudah alih. Ia mungkin tidak
berfungsi atau menyebabkan kecederaan serius disebabkan prestasi yang tidak betul.
• Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan berjalan, sila pastikan bahawa
volum berada pada paras yang berpatutan agar anda sedar akan keadaan di
sekeliling anda. Ini khususnya amat penting jika anda berdekatan jalan raya.
8
Elakkan kerosakkan ke pendengaran anda
Untuk mencegah kerosakan pendengaran, jangan mendengar pada
tahap volum yang tinggi untuk tempoh yang panjang.
Kerosakan kepada pendengaran anda boleh berlaku jika anda terdedah kepada bunyi
yang kuat untuk tempoh yang lama. Kami dengan ini mengesyorkan agar anda tidak
menghidupkan atau mematikan telefon mudah alih berhampiran dengan telinga anda.
Kami juga mengesyorkan bahawa volum muzik dan panggilan ditetapkan pada paras
yang berpatutan.
• Apabila menggunakan fon kepala, kurangkan volum jika anda tidak dapat mendengar
orang yang bercakap berdekatan dengan anda atau jika orang yang duduk di sebelah
anda dapat mendengar apa yang sedang anda dengar.
NOTA: Tekanan bunyi yang melampau dari fon telinga dan fon kepala boleh
menyebabkan kehilangan pendengaran.
Bahagian Kaca
Beberapa bahagian peranti mudah alih anda dibuat daripada kaca. Kaca ini akan
retak atau pecah jika telefon anda terjatuh ke atas permukaan yang keras atau
menerima impak yang kuat. Jika kacanya pecah, jangan sentuh atau cuba untuk
menanggalkannya. Berhenti menggunakan peranti mudah alih anda sehingga kaca
diganti oleh pembekal khidmat yang diluluskan.
Kawasan letupan
Jangan gunakan telefon di mana peletupan sedang dijalankan. Patuhi sekatan dan ikut
sebarang aturan dan peraturan.
9
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Persekitaran boleh meletup
• Jangan gunakan telefon di tempat mengisi minyak.
• Jangan gunakan berhampiran bahan api atau bahan kimia.
• Jangan angkut atau simpan gas mudah terbakar, cecair atau bahan letupan di
dalam ruang yang sama dengan yang mengandungi telefon mudah alih anda dan
aksesorinya.
Di dalam pesawat
Peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam pesawat.
• Matikan telefon mudah alih anda sebelum menaiki sebarang pesawat terbang.
• Jangan gunakannya apabila mendarat tanpa izin anak kapal.
Kanak-kanak
Simpan telefon di tempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak kecil. Ia
termasuk bahagian kecil yang boleh menyebabkan bahaya tercekik jika ia tertanggal.
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tidak tersedia di bawah semua rangkaian mudah alih.
Oleh itu, anda tidak sepatutnya bergantung semata-mata kepada telefon anda untuk
membuat panggilan kecemasan. Semak dengan pembekal khidmat tempatan anda.
10
Maklumat dan penjagaan bateri
• Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum mengecasnya semula. Tidak
seperti sistem bateri lain, tiada kesan memori yang boleh menjejaskan prestasi bateri.
• Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG direka bentuk untuk
memaksimumkan hayat bateri.
• Jangan buka pemasangan atau litar pintaskan bateri.
• Ganti bateri apabila ia tidak lagi memberi prestasi yang boleh diterima. Pek bateri
mungkin dicas beratus kali sehingga ia perlu digantikan.
• Cas semula bateri jika ia tidak digunakan buat tempoh masa yang lama untuk
memaksimumkan kebolehgunaan.
• Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya matahari langsung atau
gunakannya pada kelembapan yang tinggi, seperti di bilik air.
• Jangan biarkan bateri di tempat yang panas atau sejuk, ini mungkin menjejaskan
prestasi bateri.
• Terdapat risiko letupan jika bateri digantikan dengan jenis yang salah.
• Lupuskan bateri yang telah digunakan mengikut arahan pengilang. Sila kitar semula
yang mana mungkin. Jangan lupuskan sebagai sampah rumah yang biasa.
• Jika anda hendak mengganti bateri, bawa ia ke pusat servis LG Electronics atau wakil
penjual yang disahkan untuk mendapatkan bantuan.
• Tanggalkan pengecas dari soket dinding selepas telefon dicas sepenuhnya untuk
menjimatkan kuasa pengecas daripada penggunaan yang tidak perlu.
• Hayat sebenar bateri bergantung kepada konfigurasi rangkaian, tetapan produk, corak
penggunaan, dan keadaan bateri dan persekitaran.
• Pastikan tiada item berbucu tajam seperti kuku atau gigi haiwan, bersentuhan dengan
bateri. Ini akan menyebabkan kebakaran.
11
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
BAGAIMANA UNTUK MENGEMAS KINI TELEFON PINTAR
ANDA
Akses ke keluaran peralatan tegar terkini, fungsi perisian baru dan
peningkatan.
• Kemas kini telefon pintar anda tanpa menggunakan PC. Pilih Pusat
Kemaskini > Kemaskini Perisian.
• Kemas kini telefon pintar anda dengan menyambungkannya kepada
PC anda. Untuk maklumat lanjut tentang cara menggunakan fungsi ini, sila
lawati http://www.lg.com/common/index.jsp pilih negara dan bahasa.
PENGISYTIHARAN PEMATUHAN
Dengan ini, LG Electronics mengisytiharkan bahawa produk LG-P715 ini
mematuhi keperluan penting dan peruntukan lain yang berkaitan dalam Arahan
1999/5/EC. Salinan Perisytiharan Pematuhan boleh didapati di
http://www.lg.com/global/declaration
Notis: Perisian Sumber Terbuka
Untuk mendapatkan kod sumber sepadan di bawah GPL, LGPL, MPL dan
lesen sumber terbuka yang lain, sila lawati http://opensource.lge.com/
Semua terma lesen, penafian dan notis sedia untuk dimuat turun dengan kod
sumber.
12
Notis penting
Sebelum mula menggunakan telefon, sila baca ini
dahulu!
Sila semak sama ada sebarang masalah telefon yang anda hadapi telah diterangkan
dalam bahagian ini, sebelum anda membawa telefon anda untuk diservis atau
memanggil wakil servis.
1. Memori telefon
Apabila ruang yang tinggal pada memori telefon anda kurang daripada 10%, telefon
anda tidak akan dapat menerima mesej yang baru. Anda perlu memeriksa memori
telefon anda dan memadamkan sebahagian data seperti aplikasi atau mesej, untuk
menjadikan lebih banyak memori tersedia.
Untuk membuang pemasangan aplikasi:
1 Sentuh > Tab Apl > Tetapan > Apl daripada kategori PERANTI.
2 Selepas semua aplikasi muncul, tatal dan pilih aplikasi yang hendak anda
membuang pemasangan.
3 Sentuh Buang pemasangan.
2. Mengoptimumkan hayat bateri
Anda boleh memanjangkan hayat bateri anda dengan mematikan ciri yang tidak perlu
anda jalankan setiap masa di latar belakang. Anda juga boleh memantau bagaimana
aplikasi dan sumber sistem menggunakan kuasa bateri.
Memanjangkan hayat bateri anda:
• Matikan komunikasi radio jika anda tidak menggunakannya. Jika anda tidak
menggunakan Wi-Fi, Bluetooth atau GPS, matikan ia.
• Kurangkan kecerahan skrin dan tetapkan masa tamat skrin yang lebih pendek.
13
Notis penting
• Matikan penyegerakan automatik bagi Gmail, Kalendar, Kenalan dan aplikasi lain.
• Sesetengah aplikasi yang telah anda muat turun mungkin akan mengurangkan kuasa
bateri.
Untuk memeriksa tahap cas bateri:
• Sentuh > tab Apl > Tetapan > Mengenai telefon daripada SISTEM > Bateri.
Status bateri (sedang mengecas atau tidak mengecas) dan paras Bateri (peratus dicas)
akan dipaparkan di bahagian atas skrin.
Untuk mengawasi dan mengawal bagaimana kuasa bateri digunakan:
• Sentuh > Tab Apl > Tetapan > Mengenai telefon daripada SISTEM > tab
Biasa > Bateri > Penggunaan bateri.
Masa penggunaan bateri dipaparkan pada skrin. Ia memberitahu tempoh masa
semenjak anda menyambung telefon anda kepada sumber kuasa atau jika sedang
disambung kepada sumber kuasa, berapa lama telefon berjalan menggunakan kuasa
bateri pada kali terakhir. Skrin akan menunjukkan aplikasi atau perkhidmatan yang
menggunakan kuasa bateri, yang disusun dari penggunaan terbesar hingga terkecil.
3. Menggunakan folder
Anda boleh gabungkan beberapa ikon aplikasi ke dalam suatu folder. Runtuhkan satu
ikon aplikasi ke atas satu lagi pada Skrin utama dan dua ikon akan bergabung.
14
4. Sebelum memasang aplikasi dan OS sumber
terbuka
AMARAN
Jika anda memasang dan menggunakan OS selain daripada yang disediakan
oleh pengeluar, ini mungkin akan menyebabkan telefon anda gagal berfungsi.
Di samping itu, telefon anda tidak lagi dilindungi oleh waranti ini.
AMARAN
Untuk melindungi telefon dan data peribadi anda, hanya muat turun aplikasi
daripada sumber yang boleh dipercayai, seperti Play Store™. Jika terdapat
aplikasi yang tidak dipasang dengan betul pada telefon anda, telefon anda
mungkin tidak akan berfungsi dengan betul atau ralat yang serius mungkin
berlaku. Anda hendaklah menyahpasang aplikasi-aplikasi tersebut dan semua
data dan tetapannya daripada telefon.
5. Menggunakan Tetapkan Semula Keras (Tetapkan
semula kilang)
Jika telefon anda perlu dikembalikan kepada keadaan asalnya, gunakan Set Semula
Keras untuk but semula telefon anda.
1 Apabila telefon dimatikan, tekan dan tahan kekunci Volume down + kekunci
fungsi QuickMemo + kekunci Kuasa.
2 Lepaskan kekunci Kuasa apabila logo LG muncul di skrin.
3 Lepaskan kekunci Volume down + kekunci fungsi QuickMemo apabila logo
LG hilang. Selepas seketika, robot Android akan dipaparkan dan pemulihan akan
diteruskan.
15
Notis penting
Biarkan telefon anda sekurang-kurangnya seminit sambil ia melakukan set semula
keras. Selepas itu, anda boleh menghidupkan kembali telefon anda.
AMARAN
Jika anda melakukan Set Semula Keras, semua aplikasi pengguna, data
pengguna dan lesen DRM akan dipadam. Jangan lupa untuk menyandarkan
sebarang data penting sebelum melakukan Tetapkan Semula Keras.
Menetapkan semula data kilang - Memadamkan semua data pada telefon,
kecuali yang berikut. Sekiranya berlaku kegagalan atau kesilapan, peranti anda boleh
merekodkan dalam maklumat log ralat mengenai status peranti semasa kesilapan
berlaku. Maklumat yang direkodkan dalam log ralat mungkin disertakan dengan data
tentang nama dan penggunaan aplikasi, nombor dan lokasi telefon bimbit, status GPS,
penggunaan memori dan maklumat status peranti bukan peribadi yang lain. Maklumat
ini disimpan pada telefon anda, dan hanya boleh dicapai oleh LG jika telefon tersebut di
kembalikan kepada LG untuk diperbaiki dan diservis. Maklumat log ralat digunakan oleh
LG hanya untuk mendiagnosis, membaik pulih dan meningkatkan perkhidmatan serta
produk LG.
6. Membuka dan beralih aplikasi
Berbilang tugas menjadi mudah dengan Android kerana lebih daripada satu aplikasi
boleh berjalan pada masa yang sama. Tidak perlu keluar dari aplikasi sebelum
membuka yang lain. Gunakan dan beralih antara beberapa aplikasi terbuka. Android
menguruskan setiap aplikasi, menghentikan dan memulakannya jika perlu untuk
memastikan bahawa aplikasi melahu tidak menggunakan sumber tanpa ada perlunya.
Untuk menghentikan aplikasi:
1 Sentuh > tab Apl > Tetapan > Apl daripada PERANTI > BERJALAN.
2 Tatal dan sentuh aplikasi yang diingini dan tekan Henti untuk menghentikannya.
16
7. Pegang telefon anda dengan menegak
Pegang telefon anda dalam keadaan tegak lurus, sebagaimana telefon biasa. LG-P710
mempunyai antena dalaman. Anda hendaklah berhati-hati agar tidak mencalar atau
merosakkan bahagian belakang telefon, kerana ini mungkin akan menjejaskan prestasi.
Semasa membuat/menerima panggilan atau menghantar/menerima data, elakkan
daripada memegang bahagian bawah telefon tempat letak antena. Berbuat demikian
dapat menjejaskan kualiti panggilan.
8. Apabila skrin menjadi kaku
Jika skrin menjadi kaku atau telefon tidak memberi respons ketika anda cuba
mengendalikannya:
Keluarkan bateri, masukkannya semula, lalu hidupkan telefon.
ATAU
Sentuh dan tahan kekunci Kuasa/Kunci selama 10saat untuk mematikannya.
Jika ia masih tidak berfungsi, sila hubungi pusat servis.
17
Mengenali telefon anda
Komponen peranti
Kanta Kamera Menghadap ke depan
Alat cuping telinga
Sensor kedekatan
Kekunci Kuasa/Kunci
• Menghidupkan/mematikan telefon anda dengan menekan
dan menahan kekunci.
• Tekan sekejap untuk mengunci/menyahkunci skrin.
Kekunci Undur
• Kembali ke skrin sebelumnya.
Kekunci Utama
• Kembali ke Skrin utama dari mana-mana skrin.
Kekunci menu
• Semak pilihan yang tersedia.
NOTA: Sensor kedekatan
Semasa menerima dan membuat panggilan, sensor kedekatan akan
mematikan lampu latar secara automatik dan mengunci skrin sentuh dengan
mengesan apabila telefon berada berdekatan dengan telinga anda. Ini akan
memanjangkan hayat bateri dan mengelakkan pad kekunci sentuh daripada
diaktifkan tanpa sengaja semasa panggilan.
AMARAN
Meletakkan objek berat di atas telefon atau duduk di atasnya akan
merosakkan LCD dan kefungsian skrin sentuhnya. Jangan tutup sensor
kedekatan dengan filem pelindung. Ini boleh menyebabkan sensor gagal
berfungsi.
18
Kekunci Kuasa/Kunci
Kekunci pantas Mengakses
aplikasi yang anda pratetapkan
dengan segera (QuickMemo
secara lalai).
Kekunci volum
• Dalam Skrin utama: Kawal
volum pendering.
• Semasa panggilan: Kawal
volum alat cuping telinga anda.
• Semasa memainkan lagu:
Kawal volum secara berterusan.
Denyar
Bicu fon telinga
Pengecas/Port USB
Mikrofon
NOTA: Antena NFC untuk model ini
berada pada kulit belakang.
Kanta kamera
Slot kad SIM
Penutup bateri
Bateri
Slot kad microSD
Pembesar suara
19
Mengenali telefon anda
Memasang kad SIM dan bateri
Sebelum anda boleh mula meneroka telefon baru anda, anda perlu menyediakannya
dahulu. Untuk memasukkan kad SIM dan bateri:
1 Untuk mengeluarkan penutup bateri, pegang telefon dengan kukuh dengan sebelah
tangan. Dengan tangan yang satu lagi, tarik keluar penutup dengan ibu jari anda
seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
NOTA: Letakkan imej kecil anda ke dalam lubang port USB dan buka
penutup bateri.
20
212 Luncurkan kad SIM ke dalam slot masing-masing. Pastikan kawasan sesentuh
emas pada kad SIM menghala ke bawah.
3 Masukkan bateri ke tempatnya dengan menjajarkan sentuhan emas pada telefon
dan bateri (1) dan menekannya ke bawah sehingga ia berklik di tempatnya (2).
4 Jajarkan penutup bateri di atas ruang bateri dan tekan ke bawah setiap daripada 6
titik seperti yang ditunjukkan dalam rajah sehingga ia berdetap ke tempatnya.
Mengenali telefon anda
Mengecas telefon
Penyambung pengecas terletak di bahagian bawah telefon. Masukkan pengecas, dan
pasang plag pada bekalan kuasa elektrik.
NOTA: Bateri hendaklah dicas sepenuhnya pada awalnya untuk memperbaiki
jangka hayat bateri.
NOTA: Jangan buka penutup belakang bateri semasa mengecas telefon
anda.
AMARAN
Hanya gunakan pengecas, bateri, dan kabel yang disokong LG. Apabila
menggunakan pengecas atau kabel yang tidak diluluskan, ia boleh
menyebabkan penundaan pengecasan bateri atau mesej pop timbul
berkenaan penundaan pengecasan. Atau, pengecas atau kabel yang tidak
diluluskan boleh menyebabkan bateri meletup atau merosakkan peranti, di
mana ia tidak dilindungi oleh waranti.
22
Menggunakan kad memori
Untuk memasukkan kad memori:
Masukkan kad memori ke dalam slot. Pastikan kawasan sesentuh emas menghadap
ke bawah.
Untuk mengeluarkan kad memori dengan selamat:
Sentuh > tab Apl > Tetapan > Storan daripada PERANTI > Nyahlekap kad SD.
NOTA: LG-P710 menyokong kad memori sehingga 32 GB.
AMARAN
Jangan masukkan atau keluarkan kad memori semasa telefon DIHIDUPKAN.
Berbuat demikian mungkin akan merosakkan kad memori serta telefon anda,
dan data yang disimpan pada kad memori mungkin akan rosak.
23
Mengenali telefon anda
Untuk memformat kad memori:
Kad memori mungkin telah diformatkan. Jika tidak, anda mesti memformatkannya
sebelum anda boleh menggunakannya.
NOTA: Semua fail pada kad memori anda akan dipadam apabila ia
diformatkan.
1 Pada skrin utama, sentuh > tab Apl untuk membuka menu aplikasi.
2 Tatal dan sentuh Tetapan > Storan.
3 Sentuh Nyahlekap kad SD.
4 Sentuh Padam kad SD > Padam kad SD > Memadam semua, kemudian
sahkan pilihan anda.
5 Jika anda telah menetapkan kunci corak, masukkan kunci corak kemudian pilih
Padam semuanya.
NOTA: Jika terdapat kandungan pada kad memori anda, struktur foldernya
mungkin berbeza selepas pemformatan memandangkan semua fail telah
dipadamkan.
Mengunci dan menyahkunci skrin
Jika anda tidak menggunakan telefon buat beberapa lama, skrin akan terpadam dan
terkunci secara automatik. Ini membantu menghalang daripada kekunci ditekan tanpa
sengaja dan menjimatkan kuasa bateri.
Apabila anda tidak menggunakan LG-P710, tekan kekunci Kuasa/Kunci untuk
mengunci telefon anda.
24
Lindungi skrin kunci anda
Anda boleh mengunci skrin anda agar hanya anda sahaja yang boleh membuka
kuncinya untuk mengakses telefon anda.
Untuk menetapkan Corak Nyahkunci, PIN atau Kata Laluan buat kali pertama:
1 Sentuh > tab Apl > Tetapan > Skrin kunci > Pilih kunci skrin.
2 Pilih daripada Tiada, Sapu, Membuka kunci Muka, Corak, PIN atau Kata
Laluan.
3 Masukkan maklumat yang diinginkan.
NOTA: Langkah berjaga-jaga perlu diambil semasa menggunakan kunci
corak
Mengingati corak buka kunci yang anda tetapkan amatlah penting. Anda tidak
akan dapat mengakses telefon anda jika anda menggunakan corak yang salah
sebanyak 5 kali. Anda mempunyai 5 peluang untuk memasukkan corak buka
kunci, PIN atau kata laluan anda. Jika anda telah menggunakan kesemua 5
peluang, anda boleh mencuba lagi selepas 30 saat.
Apabila anda tidak dapat mengingati kunci skrin anda:
< Jika anda terlupa corak anda >
Jika anda log masuk ke akaun Google anda pada telefon tetapi gagal memasukkan
corak yang betul sebanyak 5 kali, ketik butang Terlupa corak? di bahagian bawah
skrin. Selepas itu anda diminta untuk log masuk dengan Akaun Google anda atau
masukkan PIN Sandaran yang anda cipta.
Jika anda belum melog masuk ke akaun Google pada telefon atau anda terlupa PIN
Sandaran, anda perlu melakukan tetapkan semula keras.
< Jika anda telah terlupa PIN atau Kata Laluan anda >
Jika anda terlupa PIN atau Kata Laluan anda, anda perlu melakukan tetapkan semula
keras.
Amaran: Jika anda melakukan set semula keras, semua aplikasi pengguna dan
data pengguna akan terpadam.
25
Skrin utama anda
Petua skrin sentuh
Di sini terdapat beberapa petua mengenai bagaimana untuk menavigasi di sekitar
telefon anda.
Sentuh - Untuk memilih menu/pilihan atau membuka aplikasi, sentuh ia.
Sentuh dan tahan - Untuk membuka pilihan menu atau mencapai objek yang hendak
anda pindahkan, sentuh dan tahan ia.
Seret - Untuk menatal melalui senarai atau bergerak dengan perlahan, seret merentasi
skrin sentuh.
Sapu atau luncurkan – Untuk sapu atau luncurkan, dengan pantas gerakkan jari anda
merentasi permukaan skrin, tanpa berhenti semasa anda mula-mula menyentuhnya
(supaya anda tidak menyeretnya pula). Contohnya, anda boleh meluncur skrin ke atas
atau ke bawah untuk menatal menerusi senarai, atau menyemak imbas melalui Skrin
utama berbeza dengan menyapu dari kiri ke kanan (dan sebaliknya).
Ketik dua kali – Ketik dua kali untuk zum pada halaman web atau peta.
Cubit untuk Zum – Gunakan jari telunjuk anda dan ibu jari dalam pergerakan
mencubit atau tersebar untuk zum masuk atau keluar apabila menggunakan Pelayar,
Peta atau menyemak imbas gambar.
Putar skrin – Daripada banyak aplikasi dan menu, orientasi skrin akan dilaraskan
mengikut orientasi fizikal peranti.
NOTA:
• Untuk memilih item, sentuh bahagian tengah ikon.
• Jangan tekan terlalu kuat; skrin sentuh cukup sensitif untuk mengesan
sentuhan yang ringan dan kukuh.
• Gunakan hujung jari anda untuk menyentuh pilihan yang anda kehendaki.
Berhati-hati supaya tidak tersentuh kekunci lain.
26
Skrin utama
Hanya seret jari anda ke kiri atau kanan untuk melihat panel. Anda boleh suaikan setiap
panel dengan Apl dimuat turun, Widget dan kertas hias dinding.
NOTA: Sesetengah imej skrin mungkin berlainan bergantung pada pembekal
telefon anda.
Dalam Skrin utama anda, anda boleh melihat kekunci pantas di bahagian bawah skrin.
Kekunci pantas memberikan akses mudah satu sentuhan kepada fungsi yang paling
kerap anda gunakan.
Sentuh ikon Telefon untuk membawa ke atas pad dailan sentuh untuk membuat
panggilan.
Sentuh ikon Kenalan untuk membuka kenalan anda.
Sentuh ikon Mesej untuk mengakses menu pemesejan. Anda boleh mengarang
mesej baru di sini.
Sentuh ikon Apl pada bahagian bawah skrin. ANda kemudian boleh melihat semua
aplikasi yang dipasangkan. Untuk membuka mana-mana aplikasi, hanya sentuh ikon
dalam senarai aplikasi.
Menyesuaikan Skrin utama
Anda boleh menyuaikan skrin Utama anda dengan menambah Apl, Muat Turun,
Widget, atau Kertas Hias Dinding. Untuk lebih mudah menggunakan telefon anda,
tambah widget kegemaran anda pada skrin Utama.
Untuk menambah item pada Skrin utama anda:
1 Sentuh dan tahan bahagian kosong pada Skrin utama.
2 Pada menu Add Mode, pilih item yang hendak anda tambah. Kemudian anda akan
melihat item yang ditambah pada skrin Utama.
3 Seret ia ke lokasi yang anda kehendaki dan angkat jari anda.
27
Skrin utama anda
Untuk mengalih keluar item daripada Skrin utama:
• Skrin utama > sentuh dan tahan ikon yang hendak anda alih keluar > seret ia ke
PETUA! Untuk menambah ikon aplikasi pada Skrin utama pada menu
Aplikasi, sentuh dan tahan aplikasi yang hendak anda tambah.
Kembali ke aplikasi yang digunakan baru-baru ini
1 Sentuh dan tahan kekunci Utama. Skrin akan menunjukkan pop timbul dengan ikon
aplikasi yang anda gunakan baru-baru ini.
2 Sentuh ikon untuk membuka aplikasinya. Atau, sentuh kekunci Kembali untuk
kembali ke aplikasi semasa.
Pelukis pemberitahuan
Pelukis pemberitahuan berjalan merentasi bahagian atas skrin anda.
Sentuh dan gelangsarkan pelukis pemberitahuan ke bawah dengan jari anda.
Di bawah adalah jadual yang menerangkan makna ikon yang akan anda lihat dalam bar
status.
Panel Pemberitahuan memaparkan semua pemberitahuan anda bersama-sama
Tetapan Pantas di bahagian atas.
28
Loading...
+ 266 hidden pages
You need points to download manuals.
1 point = 1 manual.
You can buy points or you can get point for every manual you upload.