Paparan dan ilustrasi skrin mungkin berbeza
daripada yang anda lihat pada telefon sebenar.
•
Sesetengah kandungan panduan ini mungkin
tidak berkaitan dengan telefon anda,
bergantung kepada perisian dan pembekal
perkhidmatan anda. Semua maklumat dalam
dokumen ini tertakluk kepada perubahan tanpa
notis.
•
Telefon bimbit ini tidak sesuai untuk orang yang
mempunyai masalah penglihatan, disebabkan
papan kekunci skrin sentuh telefon bimbit ini.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut garis panduan ini mungkin
merbahaya atau tidak sah.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar Penyerapan Khusus (SAR).
Telefon mudah alih model LG-E410 ini telah direka bentuk untuk mematuhi keperluan
keselamatan yang dikenakan bagi pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini
adalah berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan yang
direka bentuk untuk memastikan keselamatan semua orang tanpa mengira umur dan
kesihatan.
•
Garis panduan pendedahan kepada gelombang radio menggunakan unit ukuran
yang disebut sebagai Kadar Penyerapan Khusus (SAR). Ujian bagi SAR dijalankan
menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan telefon memancarkan pada aras
kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
•
Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model telefon LG,
semuanya direka bentuk untuk memenuhi garis panduan yang berkaitan bagi
pendedahan kepada gelombang radio.
•
Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran Bukan
Pengion Antarabangsa (International Commission on Non-Ionizing Radiation
Protection) (ICNIRP) ialah 2 W/kg dipuratakan ke atas 10 g tisu.
•
Nilai SAR yang tertinggi untuk telefon model ini yang diuji untuk penggunaan telinga
ialah 0.631 W/kg (10 g) dan apabila dipakai pada badan ialah 0.520 W/kg (10 g).
•
Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF apabila digunakan sama
ada dalam kedudukan penggunaan normal pada telinga atau apabila diletakkan
pada jarak sekurang-kurangnya 1.5 cm dari badan. Apabila bekas pembawa, klip
tali pinggang atau pemegang digunakan untuk pengendalian pemakaian pada
badan, ia tidak sepatutnya mengandungi logam dan perlu meletakkan produk pada
jarak sekurang-kurangnya 1.5 cm dari badan anda. Untuk memindahkan data fail
dan mesej, peranti ini memerlukan sambungan berkualiti pada rangkaian. Dalam
5
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
beberapa kes, pemindahan fail data atau mesej mungkin ditangguhkan sehingga
sambungan tersebut tersedia. Pastikan arahan jarak pemisahan diikuti sehingga
pemindahan selesai.
Penjagaan dan penyelenggaraan produk
AMARAN
Hanya gunakan bateri, pengecas dan aksesori yang diluluskan untuk
digunakan bersama model tertentu telefon ini. Penggunaan sebarang jenis lain
boleh mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti yang berkaitan dengan
telefon, dan mungkin berbahaya.
•
Jangan tanggalkan pemasangan unit ini. Bawa ia kepada juruteknik servis yang layak
jika kerja pembaikan diperlukan.
•
Pembaikan di bawah waranti, mengikut budi bicara LG, mungkin termasuk
penggantian bahagian atau papan yang sama ada baru atau yang diperbaiki, asalkan
kefungsiannya sebanding dengan bahagian yang diganti.
•
Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio, dan komputer peribadi.
•
Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba seperti radiator atau dapur.
•
Jangan jatuhkan.
•
Jangan biarkan unit ini terdedah kepada getaran mekanikal atau kejutan.
•
Matikan telefon di mana-mana tempat yang memerlukan anda berbuat demikian
oleh undang-undang khas. Contohnya, jangan gunakan telefon di hospital kerana ia
mungkin mengganggu peralatan hospital yang sensitif.
•
Jangan kendalikan telefon dengan tangan yang basah semasa telefon sedang dicas.
Ia boleh menyebabkan terjadinya renjatan elektrik dan telefon mungkin akan rosak
teruk.
6
•
Jangan cas telefon bimbit berhampiran bahan yang mudah terbakar kerana telefon
bimbit akan menjadi panas dan boleh menyebabkan bahaya kebakaran.
•
Gunakan kain yang kering untuk membersihkan bahagian luar unit ini (jangan
gunakan pelarut seperti benzena, pencair atau alkohol).
•
Jangan cas telefon di atas perabot yang lembut.
•
Telefon hendaklah dicas di kawasan berpengudaraan baik.
•
Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang berlebihan.
•
Jangan simpan telefon di sebelah kad kredit atau tiket pengangkutan; ia boleh
menjejaskan maklumat pada jalur magnetik.
•
Jangan ketik skrin dengan objek yang tajam kerana ia boleh merosakkan telefon.
•
Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau kelembapan.
•
Guna aksesori seperti fon telinga dengan berhati-hati. Jangan sentuh antena jika
tidak diperlukan.
•
Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk mengeluarkan atau membaiki kaca yang
pecah, sumbing atau retak. Kerosakan pada paparan kaca kerana ia disia-siakan dan
disalahgunakan adalah tidak diliputi oleh waranti ini.
•
Telefon anda adalah peranti elektronik yang menjana haba pada penggunaan biasa.
Sentuhan langsung dengan kulit dalam tempoh yang berpanjangan dalam keadaan
pengudaraan tidak mencukupi mungkin akan mengakibatkan ketidakselesaan atau
melecur sedikit. Oleh itu, anda hendaklah berjaga-jaga apabila mengendalikan telefon
anda atau betul-betul selepas menggunakannya.
•
Jika telefon anda basah, tanggalkan plag dengan serta merta untuk mengeringkan ia
sepenuhnya. Jangan cuba untuk mempercepatkan proses mengering dengan sumber
pemanasan luaran, seperti ketuhar, ketuhar gelombang mikro atau pengering rambut.
•
Cecair dalam telefon basah anda mengubah warna label produk dalam telefon anda.
Kerosakan pada peranti anda akibat pendedahan kepada cecair tidak diliputi oleh
waranti anda.
7
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Operasi telefon berkesan
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih mungkin mendapat gangguan, yang boleh menjejaskan
prestasi.
•
Jangan gunakan telefon mudah alih anda berhampiran kelengkapan perubatan tanpa
meminta kebenaran. Elakkan meletak telefon di atas perentak jantung, contohnya, di
dalam poket dada anda.
•
Sesetengah alat bantu pendengaran mungkin diganggu oleh telefon mudah alih.
•
Sedikit gangguan mungkin boleh menjejaskan TV, radio, PC, dsb.
Keselamatan jalan
Semak undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan telefon mudah alih di
kawasan tempat anda memandu.
•
Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu.
•
Beri perhatian penuh kepada pemanduan anda.
•
Pergi ke tepi jalan dan letak kereta sebelum membuat atau menjawab panggilan jika
keadaan pemanduan memerlukan anda berbuat demikian.
•
Tenaga RF mungkin menjejaskan sesetengah sistem elektronik di dalam kenderaan
anda seperti stereo kereta dan kelengkapan keselamatan.
•
Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara, jangan halangnya dengan kelengkapan
wayarles yang dipasang atau yang mudah alih. Ia mungkin tidak berfungsi atau
menyebabkan kecederaan serius disebabkan prestasi yang tidak betul.
•
Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan berjalan, sila pastikan bahawa
volum berada pada paras yang berpatutan agar anda sedar akan keadaan di
sekeliling anda. Ini khususnya amat penting jika anda berdekatan jalan raya.
8
Elakkan kerosakkan ke pendengaran anda
Untuk mencegah kerosakan pendengaran, jangan mendengar pada
tahap volum yang tinggi untuk tempoh yang panjang
Kerosakan kepada pendengaran anda boleh berlaku jika anda terdedah kepada bunyi
yang kuat untuk tempoh yang lama. Kami dengan ini mengesyorkan agar anda tidak
menghidupkan atau mematikan telefon mudah alih berhampiran dengan telinga anda.
Kami juga mengesyorkan bahawa volum muzik dan panggilan ditetapkan pada paras
yang berpatutan.
•
Apabila menggunakan fon kepala, kurangkan volum jika anda tidak dapat mendengar
orang yang bercakap berdekatan dengan anda atau jika orang yang duduk di sebelah
anda dapat mendengar apa yang sedang anda dengar.
NOTA: Tekanan bunyi yang melampau dari fon telinga dan fon kepala boleh
menyebabkan kehilangan pendengaran.
Bahagian Kaca
Beberapa bahagian peranti mudah alih anda dibuat daripada kaca. Kaca ini akan
retak atau pecah jika telefon anda terjatuh ke atas permukaan yang keras atau
menerima impak yang kuat. Jika kacanya pecah, jangan sentuh atau cuba untuk
menanggalkannya. Berhenti menggunakan peranti mudah alih anda sehingga kaca
diganti oleh pembekal khidmat yang diluluskan.
Kawasan letupan
Jangan gunakan telefon di mana peletupan sedang dijalankan. Patuhi sekatan dan ikut
sebarang aturan dan peraturan.
9
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Persekitaran boleh meletup
•
Jangan gunakan telefon di tempat mengisi minyak.
•
Jangan gunakan berhampiran bahan api atau bahan kimia.
•
Jangan angkut atau simpan gas mudah terbakar, cecair atau bahan letupan di
dalam ruang yang sama dengan yang mengandungi telefon mudah alih anda dan
aksesorinya.
Di dalam pesawat
Peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam pesawat.
•
Matikan telefon mudah alih anda sebelum menaiki sebarang pesawat terbang.
•
Jangan gunakannya apabila mendarat tanpa izin anak kapal.
Kanak-kanak
Simpan telefon di tempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak kecil. Ia
termasuk bahagian kecil yang boleh menyebabkan bahaya tercekik jika ia tertanggal.
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tidak tersedia di bawah semua rangkaian mudah alih.
Oleh itu, anda tidak sepatutnya bergantung semata-mata kepada telefon anda untuk
membuat panggilan kecemasan. Semak dengan pembekal khidmat tempatan anda.
Maklumat dan penjagaan bateri
•
Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum mengecasnya semula. Tidak
seperti sistem bateri lain, tiada kesan memori yang boleh menjejaskan prestasi bateri.
•
Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG direka bentuk untuk
memaksimumkan hayat bateri.
10
•
Jangan buka pemasangan atau litar pintaskan bateri.
•
Pastikan sentuhan logam pada bateri bersih.
•
Ganti bateri apabila ia tidak lagi memberi prestasi yang boleh diterima. Pek bateri
mungkin dicas beratus kali sehingga ia perlu digantikan.
•
Cas semula bateri jika ia tidak digunakan dalam tempoh masa yang lama untuk
memaksimumkan kebolehgunaan.
•
Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya matahari langsung atau
gunakannya pada kelembapan yang tinggi, seperti di bilik air.
•
Jangan biarkan bateri di tempat yang panas atau sejuk, ini mungkin menjejaskan
prestasi bateri.
•
Terdapat risiko letupan jika bateri digantikan dengan jenis yang salah.
•
Lupuskan bateri yang telah digunakan mengikut arahan pengilang. Sila kitar semula
yang mana mungkin. Jangan lupuskan sebagai sampah rumah yang biasa.
•
Jika anda hendak mengganti bateri, bawa ia ke pusat servis LG Electronics atau wakil
penjual yang disahkan untuk mendapatkan bantuan.
•
Tanggalkan pengecas dari soket dinding selepas telefon dicas sepenuhnya untuk
menjimatkan kuasa pengecas daripada penggunaan yang tidak perlu.
•
Hayat sebenar bateri bergantung kepada konfigurasi rangkaian, tetapan produk, corak
penggunaan, dan keadaan bateri dan persekitaran.
•
Pastikan tiada item berbucu tajam seperti kuku atau gigi haiwan, bersentuhan dengan
bateri. Ini akan menyebabkan kebakaran.
11
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
PENGISYTIHARAN PEMATUHAN
Dengan ini, LG Electronics mengisytiharkan bahawa produk LG-E410 ini
mematuhi keperluan penting dan peruntukan lain yang berkaitan dalam
Arahan 1999/5/EC. Satu salinan Perisytiharan Pematuhan boleh didapati di
Suhu sekitar
Maks: +50°C (nyahcas), +45°C (mengecas)
Min: -10°C
Hubungi pejabat untuk maklumat pematuhan produk ini :
LG Electronics Inc.
EU Representative, Krijgsman 1,
1186 DM Amstelveen, The Netherlands
Notis: Perisian Sumber Terbuka
Untuk mendapatkan kod sumber sepadan di bawah GPL, LGPL, MPL dan
lesen sumber terbuka yang lain, sila lawati http://opensource.lge.com/
Semua terma lesen, penafian dan notis sedia untuk dimuat turun dengan kod
sumber.
12
Notis penting
Sila baca maklumat ini sebelum mula menggunakan
telefon anda!
Sila semak sama ada masalah telefon yang anda hadapi telah diterangkan dalam
bahagian ini sebelum anda membawa telefon anda untuk diservis atau menghubungi
wakil servis.
1. Memori telefon
Apabila ruang yang tinggal pada memori telefon anda kurang daripada 10%, telefon
anda tidak akan dapat menerima mesej yang baru. Anda perlu memeriksa memori
telefon anda dan memadamkan sebahagian data seperti aplikasi atau mesej, untuk
menjadikan lebih banyak memori tersedia.
Untuk membuang pemasangan aplikasi:
1 Sentuh > Tab Aplikasi > Tetapan > Aplikasi daripada PERANTI.
2 Selepas semua aplikasi muncul, tatal dan pilih aplikasi yang hendak anda
membuang pemasangan.
3 Sentuh Buang pemasangan.
2. Mengoptimumkan hayat bateri
Panjangkan hayat bateri anda antara cas dengan mematikan ciri yang anda tidak
perlukannya berjalan secara berterusan di latar belakang. Anda juga boleh memantau
bagaimana aplikasi dan sumber sistem menggunakan kuasa bateri.
Memanjangkan hayat bateri anda:
•
Matikan komunikasi radio jika anda tidak menggunakannya. Jika anda tidak
menggunakan Wi-Fi, Bluetooth atau GPS, matikan ia.
•
Kurangkan kecerahan skrin dan tetapkan masa tamat skrin yang lebih pendek.
•
Matikan penyegerakan automatik bagi Gmail, Kalendar, Kenalan dan aplikasi lain.
13
Notis penting
•
Sesetengah aplikasi yang telah anda muat turun mungkin akan mengurangkan kuasa
bateri.
Untuk memeriksa tahap cas bateri:
•
Sentuh > Tab Apl > Tetapan > Mengenai telefon daripada SISTEM > Bateri.
Status bateri (mengecas atau menyahcas) dan tahap bateri (peratus dicaj) akan
dipaparkan pada bahagian atas skrin.
Untuk mengawasi dan mengawal bagaimana kuasa bateri digunakan:
•
Sentuh > Tab Apl > Tetapan > Mengenai telefon daripada SISTEM > Bateri >
Penggunaan bateri.
Masa penggunaan bateri dipaparkan pada skrin. Ia memberitahu tempoh masa
semenjak anda menyambung telefon anda kepada sumber kuasa atau, jika sedang
disambung kepada sumber kuasa, berapa lama telefon berjalan menggunakan kuasa
bateri pada kali terakhir. Skrin akan menunjukkan aplikasi atau perkhidmatan yang
menggunakan kuasa bateri, yang disusun dari penggunaan terbesar hingga terkecil.
3. Sebelum memasang aplikasi dan OS sumber
terbuka
AMARAN
Jika anda memasang dan menggunakan OS selain daripada yang disediakan
oleh pengeluar, ini mungkin akan menyebabkan telefon anda gagal berfungsi.
Di samping itu, telefon anda tidak lagi dilindungi oleh waranti ini.
14
AMARAN
Untuk melindungi telefon dan data peribadi anda, hanya muat turun aplikasi
daripada sumber yang boleh dipercayai, seperti Play Store™. Jika terdapat
aplikasi yang tidak dipasang dengan betul pada telefon anda, telefon anda
mungkin tidak akan berfungsi sebagaimana sepatutnya atau ralat yang serius
mungkin berlaku. Anda hendaklah menyahpasang aplikasi-aplikasi tersebut
dan semua data dan tetapannya daripada telefon.
4. Menggunakan buka kunci corak
Tetapkan buka kunci corak untuk menjamin keselamatan telefon anda. Sentuh >
tab Aplikasi > Tetapan > Skrin kunci dari PERANTI > Pilih kunci skrin > Corak. Ini
akan membuka skrin yang akan memandu anda melalui cara melukis buka kunci corak
skrin. Anda hendaklah mencipta PIN Sandaran sebagai langkah keselamatan jika anda
terlupa buka kunci corak.
Amaran: Cipta akaun Google dahulu sebelum menetapkan buka kunci corak
dan ingat PIN Sandaran yang anda cipta sewaktu mencipta kunci corak anda.
AMARAN
Langkah berjaga-jaga semasa menggunakan kunci corak.
Mengingati corak buka kunci yang anda tetapkan amatlah penting. Anda
tidak akan dapat mengakses telefon anda jika anda menggunakan corak
yang salah sebanyak 5 kali. Anda mempunyai 5 peluang untuk memasukkan
corak buka kunci, PIN atau kata laluan anda. Jika anda telah menggunakan
kesemua 5 peluang, anda boleh mencuba lagi selepas 30 saat.
15
Notis penting
Apabila anda tidak dapat ingat Corak buka kunci, PIN, atau Kata Laluan anda:
< Jika anda terlupa corak anda >
Jika anda log masuk ke akaun Google anda pada telefon tetapi gagal memasukkan
corak yang betul sebanyak 5 kali, sentuh butang Terlupa corak? di bahagian bawah
skrin. Selepas itu anda diminta untuk log masuk dengan Akaun Google anda, atau anda
perlu memasukkan PIN Sandaran yang telah anda masukkan semasa mencipta Kunci
Corak anda.
Jika anda belum membuat akaun Google pada telefon atau anda terlupa PIN Sandaran,
anda perlu melakukan tetapkan semula keras.
< Jika anda telah terlupa PIN atau Kata Laluan anda >
Jika anda terlupa PIN atau Kata Laluan anda, anda perlu melakukan tetapkan semula
keras.
Amaran: Jika anda melakukan set semula keras, semua aplikasi pengguna dan
data pengguna akan terpadam.
NOTA: Jika anda tidak melog masuk ke Akaun Google anda dan telah terlupa
Corak Buka Kunci anda, anda perlu memasukkan PIN Sandaran anda.
5. Menggunakan Tetapkan Semula Keras
(Tetapkan semula kilang)
Jika telefon anda tidak pulih kepada keadaan asal, gunakan Tetapkan Semula Keras
(Tetapkan Semula Kilang) untuk memulakannya.
1 Matikan kuasa telefon.
2 Tekan dan tahan kekunci Kuasa/Kunci + kekunci Turun Volum + kekunci Utama.
3 Apabila Logo LG muncul pada skrin, lepaskan semua kekunci.
16
AMARAN
Jika anda melakukan Set Semula Keras, semua aplikasi pengguna, data
pengguna dan lesen DRM akan dipadam. Jangan lupa untuk menyandarkan
sebarang data penting sebelum melakukan Tetapkan Semula Keras.
6. Membuka dan beralih aplikasi
Melakukan berbilang tugas menjadi mudah dengan Android kerana anda boleh
membiarkan lebih daripada satu aplikasi berjalan sekali gus. Tidak perlu keluar
daripada suatu aplikasi sebelum membuka yang satu lagi. Gunakan dan beralih
antara beberapa aplikasi terbuka. Android menguruskan setiap aplikasi, menghentikan
dan memulakannya jika perlu untuk memastikan bahawa aplikasi melahu tidak
menggunakan sumber tanpa ada perlunya.
Untuk menghentikan aplikasi:
1 Sentuh > Tab Aplikasi > Tetapan > Aplikasi daripada PERANTI > BERJALAN.
2 Tatal dan sentuh aplikasi yang diingini dan tekan Henti untuk menghentikannya.
NOTA: Untuk berbilang tugas, sentuh kekunci Utama untuk beralih
ke aplikasi lain semasa menggunakan aplikasi. Ini tidak menghentikan
aplikasi sebelumnya daripada berjalan di latar belakang peranti. Pastikan
anda menyentuh kekunci Kembali untuk keluar dari aplikasi selepas
menggunakannya.
17
Notis penting
7. Memindahkan muzik, foto dan video menggunakan
Penyegerakan media (MTP)
1 Sentuh > tab Aplikasi > Tetapan > Simpanan daripada PERANTI untuk
memeriksa media simpanan.
2 Sambungkan telefon ke PC anda menggunakan kabel USB.
3 Senarai jenis sambungan USB akan muncul pada skrin telefon anda,pilih pilihan
Penyegerakan media (MTP).
4 Buka folder memori pada PC anda. Anda boleh melihat kandungan penyimpanan
massa pada PC anda dan pindahkan fail tersebut.
5 Salin fail dari PC anda ke dalam folder pemacu.
8. Pegang telefon anda dengan menegak
Pegang telefon bimbit anda dengan menegak, sebagaimana anda memegang telefon
biasa. Telefon anda mempunyai antena dalaman. Anda hendaklah berhati-hati agar
tidak mencalar atau merosakkan bahagian belakang telefon, kerana ini mungkin akan
menjejaskan prestasi. Semasa membuat/menerima panggilan atau menghantar/
menerima data, elakkan memegang bahagian bawah telefon di mana antena terletak.
Berbuat demikian dapat menjejaskan kualiti panggilan.
9. Apabila skrin menjadi kaku
Jika skrin menjadi kaku atau telefon tidak memberi respons ketika anda cuba
mengendalikannya:
Tekan dan tahan kekunci Kuasa/Kunci selama 10 saat untuk mematikan telefon anda.
Jika ia masih tidak berfungsi, sila hubungi pusat servis.
18
Mengenali telefon anda
Gambaran keseluruhan telefon
Alat cuping telinga
Kekunci Kuasa/Kunci
•
Menghidupkan/mematikan telefon anda dengan menekan
dan menahan kekunci.
•
Tekan sekejap untuk mengunci/menyahkunci skrin.
Sensor Kedekatan
Kekunci Undur
•
Kembali ke skrin sebelumnya. Keluar dari aplikasi selepas
menggunakannya.
Kekunci Utama
•
Kembali ke skrin Utama dari mana-mana skrin.
Kekunci menu
•
Semak pilihan yang tersedia.
Kekunci Aplikasi Terbaharu
•
Untuk melihat aplikasi yang baru digunakan.
NOTA: Sensor kedekatan
Semasa menerima dan membuat panggilan, sensor kehampiran akan mematikan lampu
latar secara automatik dan mengunci skrin Sentuh dengan mengesan apabila telefon
berada berdekatan dengan telinga anda. Ini akan memanjangkan hayat bateri dan
mengelakkan pad kekunci Sentuh daripada diaktifkan tanpa sengaja semasa panggilan.
AMARAN
Meletakkan objek berat di atas telefon atau duduk di atasnya akan merosakkan LCD dan
kefungsian skrin Sentuhnya. Jangan tutup sensor kedekatan dengan filem pelindung. Ini
boleh menyebabkan sensor pincang tugas.
19
Mengenali telefon anda
AMARAN: Apabila dalam mod pembesar suara telefon (Mod bebas
tangan) bunyi pembesar suara mungkin tinggi, jadi untuk menghindarkan
kerosakan pendengaran anda, jangan letakkan telefon bimbit dekat dengan
telinga anda apabila sedang menggunakan mod pembesar suara telefon.
Kekunci Kuasa/Kunci
Bicu Fon telinga
Kekunci volum
•
Pada Skrin utama: Mengawal volum pendering
•
Semasa panggilan: Kawal volum alat cuping telinga anda
•
Semasa memainkan lagu: Mengawal volum secara berterusan
PETUA! Fungsi QuickMemo
Tekan dan tahan Kekunci Volum ke Atas dan Volum
ke Bawah selama sesaat untuk menggunakan fungsi
QuickMemo.
20
Mikrofon
Pengecas/Port USB
Kanta kamera
Slot Kad microSD
Slot kad SIM
Penutup Belakang
Bateri
Memasang kad SIM dan bateri
Sebelum anda boleh mula menerokai telefon baru anda, anda perlu menyediakannya.
Untuk memasukkan kad SIM dan bateri:
1 Untuk mengeluarkan penutup belakang, pegang telefon dengan kukuh di dalam
sebelah tangan anda. Dengan tangan anda yang satu lagi, keluarkan penutup
belakang seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
21
Mengenali telefon anda
2 Luncurkan kad SIM ke dalam slotnya seperti yang ditunjukkan dalam rajah. Pastikan
kawasan sesentuh emas pada kad SIM menghala ke bawah.
3 Masukkan bateri ke tempatnya dengan menjajarkan sentuhan emas pada telefon
dan bateri (1) dan menekannya ke bawah sehingga ia berklik di tempatnya (2).
22
4 Sejajarkan penutup belakang di atas ruang bateri (1) dan tekan ke bawah sehingga
ia berdetap di tempatnya (2).
Mengecas telefon
Caj bateri sebelum menggunakannya buat kali pertama. Gunakan pengecas untuk
mengecas bateri. Komputer juga boleh digunakan untuk mengecas peranti dengan
menyambungkannya melalui kabel USB.
AMARAN
Hanya gunakan pengecas, bateri, dan kabel yang disokong LG. Apabila
menggunakan pengecas atau kabel yang tidak diluluskan, ia boleh
menyebabkan pengecasan bateri yang perlahan atau mesej pop timbul
berkenaan pengecasan yang perlahan. Atau, pengecas atau kabel yang tidak
diluluskan boleh menyebabkan bateri meletup atau merosakkan peranti, di
mana ia tidak dilindungi oleh waranti.
23
Mengenali telefon anda
Penyambung pengecas terletak di bahagian bawah telefon. Masukkan pengecas, dan
pasang plag pada bekalan kuasa elektrik.
NOTA:
•
Bateri hendaklah dicas sepenuhnya pada awalnya untuk meningkatkan
jangka hayat bateri.
•
Jangan buka penutup belakang semasa telefon anda sedang dicas.
24
NOTA:
•
Apabila kuasa bateri rendah, peranti mengeluarkan nada amaran dan
memaparkan mesej kuasa bateri rendah.
•
Jika bateri dinyahcas sepenuhnya, peranti tidak boleh dihidupkan kembali
dengan serta merta apabila pengecas disambungkan. Biarkan bateri yang
kosong untuk mengecas selama beberapa minit sebelum menghidupkan
peranti.
•
Jika anda menggunakan berbilang aplikasi pada satu masa, aplikasi
rangkaian atau aplikasi yang memerlukan sambungan ke peranti lain,
bateri akan habis dengan cepat. Untuk mengelakkan daripada terputus
sambungan daripada rangkaian atau kehabisan kuasa semasa pemindahan
data, sentiasa gunakan aplikasi ini selepas mengecas bateri dengan
sepenuhnya.
•
Peranti boleh digunakan semasa ia sedang dicas, tetapi masa yang lebih
lama mungkin diperlukan untuk mengecas bateri sepenuhnya.
•
Jika peranti menerima bekalan kuasa yang tidak stabil semasa pengecasan,
skrin sentuh mungkin tidak berfungsi. Jika ini berlaku, tanggalkan pengecas
daripada peranti.
•
Semasa mengecas, peranti boleh menjadi panas. Ini adalah kejadian biasa
dan tidak akan menjejaskan hayat atau prestasi peranti. Jika bateri menjadi
lebih panas daripada biasa, pengecas mungkin berhenti mengecas.
Selepas mengecas sepenuhnya, tanggalkan peranti daripada pengecas. Tanggalkan
pengecas daripada peranti dahulu dan kemudian tanggalkan plag daripada soket
elektrik. Jangan keluarkan bateri sebelum mengeluarkan pengecas. Ini boleh
merosakkan peranti.
NOTA: Untuk menjimatkan tenaga, tanggalkan pengecas apabila tidak
digunakan. Anda mesti tanggalkan pengecas daripada soket elektrik apabila
tidak menggunakannya untuk mengelakkan pembaziran kuasa. Peranti
hendaklah berada dekat dengan soket elektrik semasa mengecas.
25
Mengenali telefon anda
Mengurangkan penggunaan bateri
Peranti anda menyediakan pilihan yang membantu anda menjimatkan kuasa bateri.
Dengan menyesuaikan pilihan ini dan menyahaktifkan ciri-ciri di latar belakang, anda
boleh menggunakan peranti lebih lama antara pengecasan:
•
Aktifkan mod penjimatan kuasa.
•
Apabila anda tidak menggunakan peranti, tukar kepada mod tidur dengan menekan
kekunci Kuasa/kunci.
•
Tutup aplikasi yang tidak diperlukan dengan pengurus tugas.
•
Nyahaktifkan ciri Bluetooth.
•
Nyahaktifkan ciri Wi-Fi.
•
Nyahaktifkan auto-penyegerakan aplikasi.
•
Kurangkan Tamat masa skrin.
•
Kurangkan kecerahan paparan.
Menggunakan kad memori
Telefon anda menyokong penggunaan kad memori microSD™ atau microSDHC™
berkapasiti sehingga 32 GB. Kad memori ini direka bentuk khusus untuk telefon mudah
alih dan peranti ultra kecil yang lain dan ideal untuk menyimpan fail yang kaya dengan
media seperti muzik, program, video dan foto untuk digunakan dengan telefon anda.
Untuk memasukkan kad memori:
Masukkan kad memori ke dalam slot. Pastikan kawasan sesentuh emas menghadap
ke bawah.
Untuk mengeluarkan kad memori dengan selamat:
Sentuh > tab Apl > Tetapan > Storan daripada PERANTI > Nyahlekap kad SD
> OK.
26
NOTA:
•
Gunakan kad memori yang serasi dengan telefon anda. Menggunakan kad
memori yang tidak serasi mungkin merosakkan kad dan data yang disimpan
pada kad serta telefon.
•
Oleh sebab peranti menggunakan FAT32, saiz maksimum untuk sebarang
fail ialah 4GB.
AMARAN
Jangan masukkan atau keluarkan kad memori semasa telefon DIHIDUPKAN.
Berbuat demikian mungkin akan merosakkan kad memori serta telefon anda,
dan data yang disimpan pada kad memori mungkin akan rosak.
Untuk memformat kad memori:
Kad memori mungkin telah diformatkan. Jika tidak, anda mesti memformatkannya
sebelum anda boleh menggunakannya.
27
Mengenali telefon anda
NOTA: Semua fail pada kad memori anda dipadamkan apabila ia diformatkan.
1 Sentuh untuk buka senarai aplikasi.
2 Tatal dan sentuh Tetapan > Storan pada tab PERANTI.
3 Sentuh Nyahlekap kad SD dan sentuh OK untuk mengesahkannya.
4 Sentuh Padam kad SD > Padam kad SD > Memadam semua.
5 Jika anda telah menetapkan kunci corak, masukkan kunci corak kemudian pilih
Padam semuanya.
NOTA: Jika terdapat kandungan dalam kad memori anda, struktur foldernya
mungkin berbeza selepas diformatkan memandangkan semua fail telah
dipadamkan.
Mengunci dan membuka kunci skrin
Jika anda tidak menggunakan telefon untuk seketika, skrin akan terpadam dan terkunci
secara automatik. Ini membantu menghalang daripada kekunci ditekan tanpa sengaja
dan menjimatkan kuasa bateri.
Apabila anda tidak menggunakan telefon anda, tekan kekunci Kuasa/Kunci
untuk mengunci telefon anda.
Jika mana-mana program sedang berjalan semasa anda mengunci skrin anda, ia
mungkin masih terus berjalan dalam mod Kunci. Anda disyorkan agar keluar daripada
semua program sebelum memasuki mod Kunci untuk mengelakkan bayaran yang tak
perlu (seperti panggilan telefon, akses web dan komunikasi data).
Untuk membangunkan telefon anda, tekan kekunci Kuasa/Kunci. Skrin kunci
akan muncul. Sentuh dan luncurkan Skrin kunci ke mana-mana arah untuk membuka
kunci skrin Utama anda. Skrin terakhir yang anda lihat akan terbuka.
28
Loading...
+ 284 hidden pages
You need points to download manuals.
1 point = 1 manual.
You can buy points or you can get point for every manual you upload.