LG LGD855 Owner’s Manual [ms]

Panduan Pengguna
用户手册
User Guide
LG-D855
BAHASA MELAYU
E N G L I S H
MFL68884801 (1.0) www.lg.com
BAHASA MELAYU
Sedia 4G LTE*
*
Sila semak dengan operator rangkaian anda sama ada 4G LTE tersedia pada USIM anda
• Paparan dan ilustrasi skrin mungkin berbeza
daripada yang anda lihat pada telefon sebenar.
• Sesetengah kandungan panduan ini mungkin tidak
berkaitan dengan telefon anda, bergantung kepada perisian dan pembekal perkhidmatan anda. Semua maklumat dalam dokumen ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
• Telefon bimbit ini tidak sesuai untuk orang yang
mempunyai kekurangan visual disebabkan papan kekunci skrin ketiknya.
• Hak cipta ©2015 LG Electronics, Inc. Hak cipta
terpelihara. LG dan logo LG adalah tanda dagangan berdaftar bagi Kumpulan LG dan entiti yang berkaitan dengannya. Semua tanda dagangan lain adalah harta pemiliknya masing-masing.
• Google™, Google Maps™, Gmail™, YouTube™,
Hangouts™ dan Play Store™ adalah tanda dagangan Google, Inc.
Kandungan
Garis panduan untuk penggunaan
selamat dan efisien ..................................5
Notis penting ...........................................14
Mengenali telefon anda ..........................21
Gambaran keseluruhan telefon ..............21
Memasang kad SIM dan bateri ..............23
Mengecas telefon anda ..........................25
Menggunakan kad memori ....................26
Mengunci dan menyahkunci skrin .........28
Knock Code .........................................28
Pasangkan skrin ..................................29
Set kepala stereo dengan mikrofon ........30
Skrin utama anda ...................................32
Petua skrin sentuh .................................32
Skrin utama ...........................................33
Skrin utama dilanjutkan ......................34
Menyesuaikan Skrin utama ..................34
Kembali ke aplikasi yang digunakan baru-
baru ini ..................................................35
Panel pemberitahuan .............................35
Membuka panel pemberitahuan............36
Ikon penunjuk pada Bar Status .............36
Papan kekunci atas skrin .......................38
Memasukkan huruf aksen ....................38
Persediaan akaun Google .......................39
Menyambung kepada Rangkaian dan
Peranti .....................................................40
Wi-Fi .....................................................40
2
Menyambung ke rangkaian Wi-Fi ..........40
Menghidupkan Wi-Fi dan menyambung
kepada rangkaian Wi-Fi ........................40
Bluetooth ...............................................41
Berkongsi sambungan data telefon
anda ......................................................42
Wi-Fi Langsung .....................................44
Menggunakan SmartShare ....................44
Sambungan PC dengan kabel USB .........46
Panggilan ................................................48
Membuat panggilan ...............................48
Membuat panggilan kepada kenalan
anda ......................................................48
Menjawab dan Menolak Panggilan .........48
Melaraskan volum panggilan masuk ......49
Membuat panggilan kedua ....................49
Melihat log panggilan anda ....................50
Tetapan panggilan .................................50
Kenalan ...................................................51
Mencari kenalan .................................... 51
Tambah Kenalan Baru ............................51
Kenalan kegemaran ...............................51
Membuat kumpulan...............................52
Pemesejan ...............................................53
Menghantar mesej .................................53
Peti teruntai ..........................................54
Menukar tetapan mesej anda ................54
E-mel ...................................................... 55
Menguruskan akaun e-mel ....................55
Menggunakan folder akaun ...................55
Mengarang dan menghantar e-mel ........56
Kamera dan Video ...................................57
Untuk membuka aplikasi Kamera ..........57
Mengenali pencari pandangan ..............57
Ambil Gambar ........................................58
Rakam Video .........................................58
Tetapan Kamera dan Video ...................59
Auto Fokus Berbilang Titik ....................60
Dwi .....................................................60
Syot gerak isyarat ................................61
Super Zum ..........................................62
Lihat Gambar Anda ..............................62
Pilihan Galeri .......................................63
Peruntukkan Gambar ...........................64
Pilihan Video ........................................64
Zum Langsung ....................................66
DwiMain ................................................66
Galeri .....................................................67
Bekerja dengan foto .............................68
Untuk berkongsi video ..........................68
Untuk memadam video ........................69
QSlide semasa memainkan video..........69
Fungsi......................................................70
QuickMemo+ .........................................70
Menggunakan pilihan QuickMemo+ ......71
Melihat QuickMemo+ yang disimpan ...71
QSlide ....................................................72
QuickRemote ......................................... 73
Papan Kekunci Pintar .............................74
Alihkan kursor menggunakan bar ruang 74 Masukkan perkataan yang dicadangkan
menggunakan kawalan gerak isyarat ....75
LG SmartWorld ......................................75
Bagaimana untuk Pergi ke LG SmartWorld
daripada Telefon Anda ..........................75
Multimedia ..............................................77
Muzik ....................................................77
Tambah fail muzik pada telefon anda ....77
Pindahkan muzik menggunakan Peranti
media (MTP) ........................................77
Memainkan lagu ..................................77
Utiliti ........................................................80
Menetapkan penggera anda ..................80
Menggunakan kalkulator anda ...............80
Menambah acara pada kalendar anda ...80
Perakam suara ......................................81
Merakam bunyi atau suara ...................81
Menghantar rakaman suara..................81
Tugas ....................................................82
Google+ ................................................82
Carian Suara ..........................................83
Muat turun.............................................83
Web .........................................................84
Internet ..................................................84
Menggunakan bar alat Web ..................84
Melihat halaman web ...........................84
Membuka halaman ..............................85
Membuat carian web menggunakan
3
Kandungan
suara ..................................................85
Penanda buku .....................................85
Sejarah ...............................................85
Menggunakan Pelayar Pop Timbul ........85
Chrome .................................................86
Melihat halaman web ...........................86
Membuka halaman ..............................86
Menyegerak dengan peranti lain ...........86
Tetapan ...................................................87
Rangkaian .............................................87
Bunyi .....................................................90
Paparan .................................................92
Umum ...................................................95
Perisian PC (LG PC Suite) .....................104
Kemas kinian perisian telefon .............107
Kemas kinian perisian telefon ..............107
Tentang panduan pengguna ini............109
Tentang panduan pengguna ini ............109
Tanda dagangan ..................................110
DivX HD ..............................................110
Dolby Digital Plus ................................110
Aksesori ................................................112
Pencarisilapan ......................................113
Soalan Lazim ........................................117
4
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut garis panduan ini mungkin merbahaya atau tidak sah. Sekiranya kesilapan berlaku, sebuah alat perisian dibina di dalam peranti anda akan mengumpulkan log kesilapan. Alat ini hanya mengumpulkan data yang khusus kepada kesilapan, seperti kekuatan isyarat, cell ID position (kedudukan ID sel) dalam kegagalan panggilan dan aplikasi yang dimuatkan secara tiba-tiba. Log hanya digunakan untuk membantu menentukan punca bagi kesilapan. Log ini dienkripsi dan hanya boleh diakses oleh Pusat pembaikan LG yang sah, sekiranya anda perlu mengembalikan peranti anda untuk dibaik pulih.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar Penyerapan Khusus (SAR). Telefon mudah alih model LG-D855 ini telah direka bentuk untuk mematuhi keperluan keselamatan yang dikenakan bagi pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini adalah berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan yang direka bentuk untuk memastikan keselamatan semua orang tanpa mengira umur dan kesihatan.
• Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang radio menggunakan unit ukuran
yang disebut sebagai Kadar Penyerapan Khusus, atau SAR. Ujian bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan telefon memancarkan pada aras kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
• Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model telefon LG,
semuanya direka bentuk untuk memenuhi garis panduan yang berkaitan bagi pendedahan kepada gelombang radio.
• Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran Bukan-Ion
(Commission on Non-Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP) Antarabangsa, iaitu 2 W/ kg dipuratakan ke atas sepuluh 10 g tisu.
• Nilai SAR yang tertinggi untuk telefon model ini yang diuji untuk penggunaantelinga
ialah 0.291 W/kg (10 g) dan apabila dipakai pada badan ialah 0.269 W/Kg (10 g).
5
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
• Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF apabila digunakan sama
ada dalam kedudukan penggunaan normal pada telinga atau apabila diletakkan pada jarak sekurang-kurangnya 1.5 cm dari badan. Apabila bekas pembawa, klip tali pinggang atau pemegang digunakan untuk pengendalian pemakaian pada badan, ia tidak sepatutnya mengandungi logam dan perlu meletakkan produk pada jarak sekurang-kurangnya 1.5 cm dari badan anda. Untuk memindahkan data fail dan mesej, peranti ini memerlukan sambungan berkualiti pada rangkaian. Dalam beberapa kes, pemindahan fail data atau mesej mungkin ditangguhkan sehingga sambungan tersebut tersedia. Pastikan arahan jarak pemisahan diikuti sehingga pemindahan selesai.
Penjagaan dan penyelenggaraan produk
AMARAN
Hanya gunakan bateri, pengecas dan aksesori yang diluluskan untuk digunakan bersama model tertentu telefon ini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti yang berkaitan dengan telefon, dan mungkin berbahaya.
• Jangan tanggalkan pemasangan unit ini. Bawa ia kepada juruteknik servis yang layak
jika kerja pembaikan diperlukan.
• Pembaikan di bawah waranti, mengikut budi bicara LG, mungkin termasuk
penggantian bahagian atau papan yang sama ada baru atau yang diperbaiki, asalkan kefungsiannya sebanding dengan bahagian yang diganti.
• Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio, dan komputer peribadi.
• Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba seperti radiator atau dapur.
• Jangan jatuhkan.
• Jangan biarkan unit ini terdedah kepada getaran mekanikal atau kejutan.
• Matikan telefon di mana-mana tempat yang memerlukan anda berbuat demikian
oleh undang-undang khas. Contohnya, jangan gunakan telefon di hospital kerana ia mungkin mengganggu peralatan hospital yang sensitif.
6
• Jangan kendalikan telefon dengan tangan yang basah semasa telefon sedang dicas.
Ia boleh menyebabkan terjadinya renjatan elektrik dan telefon mungkin akan rosak teruk.
• Jangan cas telefon bimbit berhampiran bahan yang mudah terbakar kerana telefon
bimbit akan menjadi panas dan boleh menyebabkan bahaya kebakaran.
• Gunakan kain yang kering untuk membersihkan bahagian luar unit ini (jangan
gunakan pelarut seperti benzena, pencair atau alkohol).
• Jangan cas telefon di atas perabot yang lembut.
• Telefon hendaklah dicas di kawasan berpengudaraan baik.
• Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang berlebihan.
• Jangan simpan telefon di sebelah kad kredit atau tiket pengangkutan; ia boleh
menjejaskan maklumat pada jalur magnetik.
• Jangan ketik skrin dengan objek yang tajam kerana ia boleh merosakkan telefon.
• Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau kelembapan.
• Guna aksesori seperti fon telinga dengan berhati-hati. Jangan sentuh antena jika
tidak diperlukan.
• Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk mengeluarkan atau membaiki kaca yang
pecah, sumbing atau retak. Kerosakan pada paparan kaca kerana ia disia-siakan dan disalahgunakan adalah tidak diliputi oleh waranti ini.
• Telefon anda adalah peranti elektronik yang menjana haba pada penggunaan biasa.
Sentuhan langsung dengan kulit dalam tempoh yang berpanjangan dalam keadaan pengudaraan tidak mencukupi mungkin akan mengakibatkan ketidakselesaan atau melecur sedikit. Oleh itu, anda hendaklah berjaga-jaga apabila mengendalikan telefon anda atau betul-betul selepas menggunakannya.
• Jika telefon anda basah, tanggalkan plag dengan serta merta untuk mengeringkan ia
sepenuhnya. Jangan cuba untuk mempercepatkan proses mengering dengan sumber pemanasan luaran, seperti ketuhar, ketuhar gelombang mikro atau pengering rambut.
• Cecair dalam telefon basah anda mengubah warna label produk dalam telefon anda.
Kerosakan pada peranti anda akibat pendedahan kepada cecair tidak diliputi oleh waranti anda.
7
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Operasi telefon berkesan
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih mungkin mendapat gangguan, yang boleh menjejaskan prestasi.
• Jangan gunakan telefon mudah alih anda berhampiran kelengkapan perubatan tanpa
meminta kebenaran. Elakkan meletak telefon di atas perentak jantung, contohnya, di dalam poket dada anda.
• Sesetengah alat bantu pendengaran mungkin diganggu oleh telefon mudah alih.
• Sedikit gangguan mungkin boleh menjejaskan TV, radio, PC, dsb.
• Guna telefon anda dalam suhu di antara 0ºC dan 40ºC, jika boleh. Mendedahkan
telefon anda kepada suhu yang terlampau rendah atau tinggi akan mengakibatkan kerosakan, malfungsi atau letupan.
Keselamatan jalan
Semak undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan telefon mudah alih di kawasan tempat anda memandu.
• Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu.
• Beri perhatian penuh kepada pemanduan anda.
• Pergi ke tepi jalan dan letak kereta sebelum membuat atau menjawab panggilan jika
keadaan pemanduan memerlukan anda berbuat demikian.
• Tenaga RF mungkin menjejaskan sesetengah sistem elektronik di dalam kenderaan
anda seperti stereo kereta dan kelengkapan keselamatan.
• Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara, jangan halangnya dengan kelengkapan
wayarles yang dipasang atau yang mudah alih. Ia mungkin tidak berfungsi atau menyebabkan kecederaan serius disebabkan prestasi yang tidak betul.
• Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan berjalan, sila pastikan bahawa
volum berada pada paras yang berpatutan agar anda sedar akan keadaan di sekeliling anda. Ini khususnya amat penting jika anda berdekatan jalan raya.
8
Elakkan kerosakkan ke pendengaran anda
Untuk mencegah kerosakan pendengaran, jangan mendengar pada tahap volum yang tinggi untuk tempoh yang panjang.
Kerosakan kepada pendengaran anda boleh berlaku jika anda terdedah kepada bunyi yang kuat untuk tempoh yang lama. Kami dengan ini mengesyorkan agar anda tidak menghidupkan atau mematikan telefon mudah alih berhampiran dengan telinga anda. Kami juga mengesyorkan bahawa volum muzik dan panggilan ditetapkan pada paras yang berpatutan.
• Apabila menggunakan fon kepala, kurangkan volum jika anda tidak dapat mendengar
orang yang bercakap berdekatan dengan anda atau jika orang yang duduk di sebelah anda dapat mendengar apa yang sedang anda dengar.
NOTA: Tekanan bunyi yang melampau dari fon telinga dan fon kepala boleh menyebabkan kehilangan pendengaran.
Bahagian Kaca
Beberapa bahagian peranti mudah alih anda dibuat daripada kaca. Kaca ini akan retak atau pecah jika telefon anda terjatuh ke atas permukaan yang keras atau menerima impak yang kuat. Jika kacanya pecah, jangan sentuh atau cuba untuk menanggalkannya. Berhenti menggunakan peranti mudah alih anda sehingga kaca diganti oleh pembekal khidmat yang diluluskan.
Kawasan letupan
Jangan gunakan telefon di mana peletupan sedang dijalankan. Patuhi sekatan dan ikut sebarang aturan dan peraturan.
9
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Persekitaran boleh meletup
• Jangan gunakan telefon di tempat mengisi minyak.
• Jangan gunakan berhampiran bahan api atau bahan kimia.
• Jangan angkut atau simpan gas mudah terbakar, cecair atau bahan letupan di
dalam ruang yang sama dengan yang mengandungi telefon mudah alih anda dan aksesorinya.
Di dalam pesawat
Peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam pesawat.
• Matikan telefon mudah alih anda sebelum menaiki sebarang pesawat terbang.
• Jangan gunakannya apabila mendarat tanpa izin anak kapal.
Kanak-kanak
Simpan telefon di tempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak kecil. Ia termasuk bahagian kecil yang boleh menyebabkan bahaya tercekik jika ia tertanggal.
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tidak tersedia di bawah semua rangkaian mudah alih. Oleh itu, anda tidak sepatutnya bergantung semata-mata kepada telefon anda untuk membuat panggilan kecemasan. Semak dengan pembekal khidmat tempatan anda.
Maklumat dan penjagaan bateri
• Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum mengecasnya semula. Tidak
seperti sistem bateri lain, tiada kesan memori yang boleh menjejaskan prestasi bateri.
10
• Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG direka bentuk untuk
memaksimumkan hayat bateri.
• Jangan buka pemasangan atau litar pintaskan bateri.
• Ganti bateri apabila ia tidak lagi memberi prestasi yang boleh diterima. Pek bateri
mungkin dicas beratus kali sehingga ia perlu digantikan.
• Cas semula bateri jika ia tidak digunakan buat tempoh masa yang lama untuk
memaksimumkan kebolehgunaan.
• Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya matahari langsung atau
gunakannya pada kelembapan yang tinggi, seperti di bilik air.
• Jangan biarkan bateri di tempat yang panas atau sejuk, ini mungkin menjejaskan
prestasi bateri.
• Terdapat risiko letupan jika bateri digantikan dengan jenis yang salah.
• Lupuskan bateri yang telah digunakan mengikut arahan pengilang. Sila kitar semula
yang mana mungkin. Jangan lupuskan sebagai sampah rumah yang biasa.
• Jika anda hendak mengganti bateri, bawa ia ke pusat servis LG Electronics atau wakil
penjual yang disahkan untuk mendapatkan bantuan.
• Tanggalkan pengecas dari soket dinding selepas telefon dicas sepenuhnya untuk
menjimatkan kuasa pengecas daripada penggunaan yang tidak perlu.
• Hayat sebenar bateri bergantung kepada konfigurasi rangkaian, tetapan produk, corak
penggunaan, dan keadaan bateri dan persekitaran.
• Pastikan tiada item berbucu tajam seperti kuku atau gigi haiwan, bersentuhan dengan
bateri. Ini akan menyebabkan kebakaran.
11
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Pernyataan keselamatan laser
Awas!
Produk ini menggunakan sistem Laser. Untuk memastikan cara penggunaan yang betul bagi produk ini, sila baca manual pemilik ini dengan teliti dan simpan untuk rujukan masa depan. Jika unit tersebut memerlukan penyelenggaraan, hubungi pusat khidmat yang sah.
Pengguna kawalan, pelarasan, atau prestasi prosedur selain daripada yang dinyatakan di dalam ini boleh menyebabkan pendedahan sinaran berbahaya.
Untuk mengelakkan pendedahan langsung kepada alur laser, jangan cuba untuk membuka kepungan atau membuat hubungan secara langsung dengan laser.
12
Arahan untuk Pengecas Wayarles
Pastikan untuk menggunakan pengecas wayarles yang tulen atau keserasian disijilkan (oleh piawaian WPC Qi). (Pengecas wayarles dijual secara berasingan.)
PENGISYTIHARAN PEMATUHAN
Dengan ini, LG Electronics mengisytiharkan bahawa produk LG-D855 ini mematuhi keperluan penting dan peruntukan lain yang berkaitan dalam Arahan
1999/5/EC. Salinan Perisytiharan Pematuhan boleh didapati di http://www.lg.com/global/declaration
13

Notis penting

Sila baca maklumat ini sebelum mula menggunakan telefon anda!
Sila semak sama ada sebarang masalah telefon yang anda hadapi telah diterangkan dalam bahagian ini, sebelum anda membawa telefon anda untuk diservis atau memanggil wakil servis.
1. Memori telefon
Apabila ruang yang tinggal pada memori telefon anda kurang daripada 10%, telefon anda tidak akan dapat menerima mesej yang baru. Anda perlu memeriksa memori telefon anda dan memadamkan sebahagian data seperti aplikasi atau mesej, untuk menjadikan lebih banyak memori tersedia.
Untuk membuang pemasangan aplikasi:
1 Ketik > > tab Apl > Tetapan > tab Umum > Apl. 2 Selepas semua aplikasi muncul, tatal dan pilih aplikasi yang hendak anda
membuang pemasangan.
3 Ketik Nyahpasang.
2. Mengoptimumkan hayat bateri
Anda boleh memanjangkan hayat bateri anda dengan mematikan ciri yang tidak perlu anda jalankan setiap masa di latar belakang. Anda juga boleh memantau bagaimana aplikasi dan sumber sistem menggunakan kuasa bateri.
Memanjangkan hayat bateri anda:
• Matikan komunikasi radio jika anda tidak menggunakannya. Jika anda tidak
menggunakan Wi-Fi, Bluetooth atau GPS, matikan ia.
• Kurangkan kecerahan skrin dan tetapkan masa tamat skrin yang lebih pendek.
• Matikan penyegerakan automatik bagi Gmail, Kalendar, Kenalan dan aplikasi lain.
14
• Sesetengah aplikasi yang telah anda muat turun mungkin akan mengurangkan kuasa
bateri.
• Semasa menggunakan aplikasi yang dimuat turun, semak tahap cas bateri.
NOTA: Jika anda tidak sengaja tertekan Kekunci Kuasa/Kunci semasa peranti di dalam poket anda, skrin akan dimatikan secara automatik untuk menjimatkan kuasa bateri.
Untuk memeriksa tahap cas bateri:
• Ketik > > tab Apl > Tetapan > tab Umum > Mengenai telefon >
Bateri.
Status bateri (mengecas atau menyahcas) dan tahap bateri (peratus dicas) akan dipaparkan pada bahagian atas skrin.
Untuk mengawasi dan mengawal bagaimana kuasa bateri digunakan:
• Ketik > > tab Apl > Tetapan > tab Umum > Mengenai telefon >
Bateri > Penggunaan bateri.
Masa penggunaan bateri dipaparkan pada skrin. Ia memberitahu tempoh masa semenjak anda menyambung telefon anda kepada sumber kuasa atau, jika sedang disambung kepada sumber kuasa, berapa lama telefon berjalan menggunakan kuasa bateri pada kali terakhir. Skrin akan menunjukkan aplikasi atau perkhidmatan yang menggunakan kuasa bateri, yang disusun dari penggunaan terbesar hingga terkecil.
3. Sebelum memasang aplikasi dan OS sumber terbuka
AMARAN
Jika anda memasang dan menggunakan OS selain daripada yang disediakan oleh pengeluar, ini mungkin akan menyebabkan telefon anda gagal berfungsi. Di samping itu, telefon anda tidak lagi dilindungi oleh waranti ini.
15
Notis penting
AMARAN
Untuk melindungi telefon dan data peribadi anda, hanya muat turun aplikasi daripada sumber yang boleh dipercayai, seperti Play Store™. Jika terdapat aplikasi yang tidak dipasang dengan betul pada telefon anda, telefon anda mungkin tidak akan berfungsi sebagaimana sepatutnya atau ralat yang serius mungkin berlaku. Anda hendaklah menyahpasang aplikasi-aplikasi tersebut dan semua data dan tetapannya daripada telefon.
4. Menggunakan buka kunci corak
Tetapkan buka kunci corak untuk menjamin keselamatan telefon anda. Ketik > > tab Apl > Tetapan > tab Paparan > Skrin kunci > Pilih skrin kunci > Corak. Ini akan membuka skrin yang akan menunjuk ajar cara melukis corak buka kunci skrin. Anda hendaklah mencipta PIN Sandaran sebagai langkah keselamatan jika anda terlupa buka kunci corak.
Amaran: Cipta akaun Google dahulu sebelum menetapkan buka kunci corak dan ingat PIN Sandaran yang anda cipta sewaktu mencipta kunci corak anda.
AMARAN
Langkah berjaga-jaga semasa menggunakan kunci corak.
Mengingati corak buka kunci yang anda tetapkan amatlah penting. Anda tidak akan dapat mengakses telefon anda jika anda menggunakan corak yang salah sebanyak 5 kali. Anda mempunyai 5 peluang untuk memasukkan corak buka kunci, PIN atau kata laluan anda. Jika anda telah menggunakan kesemua 5 peluang, anda boleh mencuba lagi selepas 30 saat.
16
Apabila anda tidak dapat ingat Corak buka kunci, PIN, atau Kata Laluan anda: < Jika anda terlupa corak anda >
Jika anda log masuk ke akaun Google anda pada telefon tetapi gagal memasukkan corak yang betul sebanyak 5 kali, ketik butang Terlupa corak? di bahagian bawah skrin. Selepas itu anda diminta untuk log masuk dengan Akaun Google anda, atau anda perlu memasukkan PIN Sandaran yang telah anda masukkan semasa membuat Kunci Corak anda. Jika anda belum membuat akaun Google pada telefon atau anda terlupa PIN Sandaran, anda perlu melakukan tetapkan semula keras.
< Jika anda telah terlupa PIN atau Kata Laluan anda > Jika anda terlupa PIN atau Kata Laluan anda, anda perlu melakukan tetapkan semula keras.
Amaran: Jika anda melakukan set semula keras, semua aplikasi pengguna dan data pengguna akan terpadam.
NOTA: Jika anda belum log masuk ke Akaun Google anda dan terlupa Corak Buka Kunci anda, anda perlu memasukkan PIN Sandaran anda.
5. Menggunakan Tetapkan Semula Keras (Tetapkan Semula Kilang)
Jika telefon anda tidak pulih kepada keadaan asalnya, gunakan Tetapkan Semula Keras (Tetapkan Semula Kilang) untuk memulakannya.
1 Matikan telefon. 2 Tekan dan tahan kekunci Kuasa/Kunci + kekunci Volum Ke Bawah di bahagian
belakang telefon.
3 Lepaskan Kekunci Kuasa/Kunci hanya apabila logo LG dipaparkan, kemudian
segera tekan dan tahan Kekunci Kuasa/Kunci sekali lagi.
4 Lepaskan semua kekunci apabila skrin Tetapkan semula kilang dipaparkan.
17
Notis penting
5 Tekan Kekunci Volum untuk menyerlahkan Ya, kemudian tekan Kekunci Kuasa/
Kunci untuk meneruskan.
6 Tekan Kekunci Volum untuk menyerlahkan Ya, kemudian tekan Kekunci Kuasa/
Kunci sekali lagi untuk mengesahkan.
7 Peranti anda akan melakukan tetapan semula kilang.
AMARAN
Jika anda melakukan Set Semula Keras, semua aplikasi pengguna, data pengguna dan lesen DRM akan dipadam. Jangan lupa untuk menyandarkan sebarang data penting sebelum melakukan Tetapkan Semula Keras.
6. Membuka dan beralih aplikasi
Melakukan berbilang tugas menjadi mudah dengan Android, anda boleh membiarkan lebih daripada satu aplikasi berjalan pada masa yang sama. Tidak perlu keluar daripada suatu aplikasi sebelum membuka yang satu lagi. Gunakan dan beralih antara beberapa aplikasi terbuka. Android menguruskan setiap aplikasi, menghentikan dan memulakannya jika perlu untuk memastikan bahawa aplikasi melahu tidak menggunakan sumber tanpa ada perlunya.
1 Ketik Kekunci Terbaru . Senarai aplikasi yang baru digunakan akan dipaparkan. 2 Ketik aplikasi yang hendak anda akses. Ini tidak menghentikan aplikasi sebelumnya
yang berjalan di latar belakang pada telefon. Pastikan anda mengetik Kekunci Kembali untuk keluar daripada aplikasi selepas menggunakannya.
• Untuk mengeluarkan aplikasi daripada senarai aplikasi yang baru digunakan, seret
pratonton aplikasi ke kiri atau ke kanan. Untuk mengosongkan semua aplikasi, ketik Kosongkan semua.
18
7. Memindahkan muzik, foto dan video menggunakan Penyegerakan media (MTP)
1 Ketik > > tab Apl > Tetapan > tab Umum > Storan untuk memeriksa
media simpanan.
2 Sambungkan telefon ke PC anda menggunakan kabel USB. 3 Luncurkan bar status ke bawah dan ketik Sambungan USB PC dan pilih pilihan
Peranti media (MTP).
4 Buka folder memori pada PC anda. Anda boleh melihat kandungan penyimpanan
massa pada PC anda dan memindahkan fail dari PC ke Folder memori peranti atau sebaliknya.
5 Selepas memindahkan fail, luncurkan bar status ke bawah dan ketik Sambungan
USB PC dan pilih Cas telefon dari senarai jenis sambungan USB.
8. Pegang telefon anda dengan menegak
Pegang telefon bimbit anda dengan menegak, sebagaimana anda memegang telefon biasa. Telefon anda mempunyai antena dalaman. Anda hendaklah berhati-hati agar tidak mencalar atau merosakkan bahagian belakang telefon, kerana ini mungkin akan menjejaskan prestasi. Semasa membuat/menerima panggilan atau menghantar/menerima data, elakkan memegang bahagian bawah telefon di mana antena terletak. Berbuat demikian dapat menjejaskan kualiti panggilan.
9. Jangan sambung telefon anda ketika anda menghidup atau mematikan PC anda
Pastikan anda memutuskan sambungan telefon anda daripada PC semasa menghidupkan atau mematikan kuasa PC anda kerana ia mungkin menyebabkan ralat PC.
19
Notis penting
10. Mod kawalan kekunci perkakasan
Jika paparan telefon anda rosak atau pecah, anda boleh menjawab panggilan masuk atau mematikan penggera menggunakan kekunci perkakasan.
1 Matikan telefon anda. 2 Tekan dan tahan Kekunci Kuasa/Kunci dan Kekunci Volum serentak lebih
daripada 6 saat untuk memasuki mod Kawalan kekunci perkakasan.
3 Tekan Kekunci Volum untuk menatal ke pilihan yang dikehendaki, kemudian tekan
Kekunci Kuasa/Kunci untuk mengesahkan.
• Menjawab panggilan: Tekan Kekunci Volum pada masa yang sama.
• Menghentikan penggera: Apabila penggera berbunyi, tekan dan tahan Kekunci
Naik Volum atau Kekunci Turun Volum untuk menghentikan penggera.
NOTA: Jika cermin paparan telefon pecah dan anda terus menggunakannya, ia mungkin pecah lebih teruk atau boleh mendatangkan kecederaan. Sila pergi ke pusat perkhidmatan LG yang sah untuk membaiki telefon anda.
20

Mengenali telefon anda

Gambaran keseluruhan telefon

LED Pemberitahuan Kanta Kamera Menghadap ke Depan Sensor Kedekatan
Alat cuping telinga
Skrin sentuh Kekunci Kembali
• Kembali ke skrin sebelum. Juga menutup item pop-timbul
seperti menu, petak dialog, dan papan kekunci pada skrin. Sentuh dan tahan untuk mengakses Dwi tetingkap.
Kekunci Utama
• Kembali ke Skrin utama dari mana-mana skrin.
Kunci Aplikasi Terbaharu
• Memaparkan aplikasi yang baru digunakan. Jika anda
sentuh dan tahan kekunci ini, ia akan membuka menu opsyen yang tersedia.
NOTA: Sensor kedekatan
Semasa menerima dan membuat panggilan, sensor dekat akan mematikan lampu latar secara automatik dengan mengesan apabila telefon berada berdekatan dengan telinga anda. Ini akan memanjangkan hayat bateri.
AMARAN
Meletakkan objek berat di atas telefon atau duduk di atasnya akan merosakkan LCD dan kefungsian skrin sentuhnya. Jangan tutup sensor kedekatan dengan filem pelindung. Ini boleh menyebabkan sensor gagal berfungsi.
21
Mengenali telefon anda
LED IR (Inframerah) Sub Mikrofon
Auto Fokus Pengesan Laser
Kekunci Kuasa/Kunci
• Hidupkan/matikan
telefon anda dengan menekan dan menahan kekunci ini
• Tekan sekejap untuk
mengunci/membuka kunci skrin
Titik Sentuh NFC Pembesar suara
AMARAN
• Bahagian ini menutup ruang bateri.
• Berhati-hati agar anda tidak merosakkan titik sentuh NFC pada telefon ini,
yang merupakan bahagian antena NFC.
Kanta Kamera Flash
Kekunci Volum (Skrin semasa dimatikan)
• Tekan Lama ke Atas untuk
melancar QuickMemo+
• Tekan Lama ke Bawah untuk
melancar Kamera
Mikrofon Utama
Pengecas/Port USB Bicu Alat Dengar
22

Memasang kad SIM dan bateri

Sebelum anda boleh mula meneroka telefon baru anda, anda perlu menyediakannya dahulu.
1 Untuk mengeluarkan penutup belakang, pegang telefon dengan kukuh di dalam
sebelah tangan anda. Gunakan tangan sebelah lagi untuk menanggalkan penutup belakang dengan kuku ibu jari anda seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.
2 Luncurkan kad SIM ke dalam slot bawah kad SIM seperti yang ditunjukkan dalam
rajah. Pastikan kawasan sesentuh emas pada kad menghadap ke bawah.
23
Mengenali telefon anda
3 Masukkan bateri ke tempatnya dengan menjajarkan sentuhan emas pada telefon
dan bateri (1) dan menekannya ke bawah sehingga ia berklik di tempatnya (2).
4 Sejajarkan penutup belakang di atas ruang bateri (1) dan tekan ke bawah sehingga
penutup berdetap di tempatnya (2).
24

Mengecas telefon anda

Caj bateri sebelum menggunakannya buat kali pertama. Gunakan pengecas untuk mengecas bateri. Komputer juga boleh digunakan untuk mengecas peranti dengan menyambungkannya melalui kabel USB.
AMARAN
Hanya gunakan pengecas, bateri dan kabel yang disokong LG. Jika anda menggunakan pengecas, bateri atau kabel yang tidak diluluskan, ini boleh menyebabkan pengecasan bateri yang perlahan atau mesej pop timbul berkenaan pengecasan yang perlahan. Atau ini boleh menyebabkan bateri meletup atau merosakkan peranti, yang tidak dilindungi waranti.
Penyambung pengecas terletak di bahagian bawah telefon. Masukkan pengecas, dan pasang plag pada bekalan kuasa elektrik.
NOTA:
• Bateri hendaklah dicas sepenuhnya pada awalnya untuk meningkatkan
jangka hayat bateri.
• Jangan buka penutup belakang semasa telefon anda sedang dicas.
25
Mengenali telefon anda

Menggunakan kad memori

Telefon anda menyokong penggunaan kad memori microSDTM atau microSDHCTM berkapasiti sehingga 2TB. Kad memori ini direka bentuk khusus untuk telefon mudah alih dan peranti ultra kecil yang lain dan ideal untuk menyimpan fail yang kaya dengan media seperti muzik, program, video dan foto untuk digunakan dengan telefon anda.
Untuk memasukkan kad memori:
Masukkan kad memori ke dalam slot atas bagi kad memori. Pastikan kawasan sesentuh emas pada Kad memori menghala ke bawah.
Untuk mengeluarkan kad memori dengan selamat:
Sentuh > tab Apl > Tetapan > tab Umum > Storan > Menyahlekap kad SD.
26
NOTA:
• Gunakan kad memori yang serasi dengan telefon anda. Menggunakan kad
memori yang tidak serasi mungkin merosakkan kad dan data yang disimpan pada kad serta telefon.
• Untuk mengelakkan kerosakan pada kad memori atau data yang disimpan
pada kad, kad memori harus dinyahlekapkan sebelum dikeluarkan dari telefon.
Untuk memformat kad memori:
Kad memori mungkin telah diformatkan. Jika tidak, anda mesti memformatkannya sebelum anda boleh menggunakannya.
NOTA: Semua fail pada kad memori anda akan dipadam apabila kad diformatkan.
1 Sentuh untuk buka senarai aplikasi. 2 Tatal dan sentuh Tetapan > tab Umum > Storan. 3 Sentuh Menyahlekap kad SD. 4 Sentuh Padam kad SD > Padam kad SD > Memadam semua. 5 Jika anda telah menetapkan kunci corak, masukkan kunci corak kemudian pilih
Padam semuanya.
NOTA: Jika terdapat kandungan dalam kad memori anda, struktur foldernya mungkin berbeza selepas diformatkan memandangkan semua fail telah dipadamkan.
27
Mengenali telefon anda

Mengunci dan menyahkunci skrin

Jika anda tidak menggunakan telefon untuk seketika, skrin akan terpadam dan terkunci secara automatik. Ini membantu menghalang daripada kekunci ditekan tanpa sengaja dan menjimatkan kuasa bateri.
Apabila anda tidak menggunakan telefon, tekan kekunci Kuasa/Kunci untuk mengunci telefon anda. Jika mana-mana program sedang berjalan semasa anda mengunci skrin anda, ia mungkin masih terus berjalan dalam mod Kunci. Anda disyorkan agar keluar daripada semua program sebelum memasuki mod Kunci untuk mengelakkan bayaran yang tak perlu (seperti panggilan telefon, akses web dan komunikasi data).
Untuk membangunkan telefon anda, tekan kekunci Kuasa/Kunci . Skrin kunci akan muncul. Sentuh dan luncurkan Skrin kunci ke mana-mana arah untuk membuka kunci skrin Utama anda. Skrin terakhir yang anda lihat akan terbuka.

Knock Code

Ciri Knock Code membolehkan anda mengetik skrin dengan corak Knock Code anda sendiri menggunakan skrin yang dibahagikan kepada 4 petak menghidupkan atau mematikan skrin dengan mudah. Anda boleh melumpuhkan ciri ini dalam tetapan Skrin kunci.
NOTA:
• Jika anda memasukkan Knock Code yang salah sebanyak 6 kali, anda akan
dibawa ke log masuk akaun Google/PIN sandaran anda.
• Gunakan hujung jari dan bukan kuku jari untuk ketik skrin bagi
menghidupkan atau mematikannya.
• Apabila Knock Code tidak digunakan, anda boleh menggunakan fungsi
Pasangkan Skrin dengan mengetik skrin.
1 Daripada skrin Utama, ketik Kekunci Apl > Tetapan > tab Paparan. 2 Ketik Skrin kunci > Pilih skrin kunci > Knock Code.
28
Loading...
+ 322 hidden pages