Panduan Video memperkenalkan ciri-ciri utama yang baru bagi G2 untuk
anda. Ini tersedia pada telefon:
X Tekan > > Video Guide. (Tersedia dalam bahasa Inggeris,
bahasa Perancis, bahasa Jerman, bahasa Itali, bahasa Sepanyol, dan
bahasa Cina Tradisional.)
• Paparan dan ilustrasi skrin mungkin berbeza
daripada yang anda lihat pada telefon sebenar.
• Sesetengah kandungan panduan ini mungkin tidak
berkaitan dengan telefon anda, bergantung kepada
perisian dan pembekal perkhidmatan anda. Semua
maklumat dalam dokumen ini tertakluk kepada
perubahan tanpa notis.
• Telefon bimbit ini tidak sesuai untuk orang yang
mempunyai kekurangan visual disebabkan papan
kekunci skrin ketiknya.
terpelihara. LG dan logo LG adalah tanda dagangan
berdaftar bagi Kumpulan LG dan entiti yang
berkaitan dengannya. Semua tanda dagangan lain
adalah harta pemiliknya masing-masing.
• Google™, Google Maps™, Gmail™, YouTube™,
Hangouts™ dan Android Market™ adalah tanda
dagangan Google, Inc.
Kandungan
Garis panduan untuk penggunaan
selamat dan efisien ..................................5
Notis penting ...........................................14
Mengenali telefon anda ..........................22
Gambaran keseluruhan telefon ..............22
Memasang kad micro-USIM ...................24
Mengecas telefon anda ..........................25
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut garis panduan ini mungkin
merbahaya atau tidak sah.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar Penyerapan Khusus (SAR).
Model telefon bimbit ini telah direka bentuk untuk mematuhi keperluan
keselamatan yang dikenakan bagi pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini
adalah berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan yang
direka bentuk untuk memastikan keselamatan semua orang tanpa mengira umur dan
kesihatan.
• Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang radio menggunakan unit ukuran
yang disebut sebagai Kadar Penyerapan Khusus, atau SAR.Ujian bagi SAR dijalankan
menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan telefon memancarkan pada aras
kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
• Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model telefon LG,
semuanya direka bentuk untuk memenuhi garis panduan yang berkaitan bagi
pendedahan kepada gelombang radio.
• Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran Bukan-Ion
(Commission on Non-Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP) Antarabangsa, iaitu 2 W/
kg dipuratakan ke atas sepuluh 10 g tisu.
• Nilai SAR yang tertinggi untuk telefon model ini yang diuji untuk penggunaan
ditelinga ialah 0.409 W/kg (10 g) dan apabila dipakai pada badan ialah 0.470 W/
Kg (10 g).
5
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
• Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF apabila digunakan sama ada
dalam kedudukan penggunaan normal pada telinga atau apabila diletakkan pada
jarak sekurang-kurangnya 1.5 cm dari badan. Apabila bekas pembawa, klip tali
pinggang atau pemegang digunakan untuk pengendalian pemakaian pada badan,
ia tidak sepatutnya mengandungi logam dan perlu meletakkan produk pada jarak
sekurang-kurangnya 1.5 cm dari badan anda. Untuk memindahkan data fail dan
mesej, peranti ini memerlukan sambungan berkualiti pada rangkaian. Dalam
beberapa kes, pemindahan fail data atau mesej mungkin ditangguhkan sehingga
sambungan tersebut tersedia. Pastikan arahan jarak pemisahan diikuti sehingga
pemindahan selesai.
Penjagaan dan penyelenggaraan produk
AMARAN
Hanya gunakan bateri, pengecas dan aksesori yang diluluskan untuk
digunakan bersama model tertentu telefon ini. Penggunaan sebarang jenis lain
boleh mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti yang berkaitan dengan
telefon, dan mungkin berbahaya.
• Jangan tanggalkan pemasangan unit ini. Bawa ia kepada juruteknik servis yang layak
jika kerja pembaikan diperlukan.
• Pembaikan di bawah waranti, mengikut budi bicara LG, mungkin termasuk
penggantian bahagian atau papan yang sama ada baru atau yang diperbaiki, asalkan
kefungsiannya sebanding dengan bahagian yang diganti.
• Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio, dan komputer peribadi.
• Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba seperti radiator atau dapur.
• Jangan jatuhkan.
• Jangan biarkan unit ini terdedah kepada getaran mekanikal atau kejutan.
6
• Matikan telefon di mana-mana tempat yang memerlukan anda berbuat demikian
oleh undang-undang khas. Contohnya, jangan gunakan telefon di hospital kerana ia
mungkin mengganggu peralatan hospital yang sensitif.
• Jangan kendalikan telefon dengan tangan yang basah semasa telefon sedang dicas.
Ia boleh menyebabkan terjadinya renjatan elektrik dan telefon mungkin akan rosak
teruk.
• Jangan cas telefon bimbit berhampiran bahan yang mudah terbakar kerana telefon
bimbit akan menjadi panas dan boleh menyebabkan bahaya kebakaran.
• Gunakan kain yang kering untuk membersihkan bahagian luar unit ini (jangan
gunakan pelarut seperti benzena, pencair atau alkohol).
• Jangan cas telefon di atas perabot yang lembut.
• Telefon hendaklah dicas di kawasan berpengudaraan baik.
• Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang berlebihan.
• Jangan simpan telefon di sebelah kad kredit atau tiket pengangkutan; ia boleh
menjejaskan maklumat pada jalur magnetik.
• Jangan ketik skrin dengan objek yang tajam kerana ia boleh merosakkan telefon.
• Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau kelembapan.
• Guna aksesori seperti fon telinga dengan berhati-hati. Jangan sentuh antena jika
tidak diperlukan.
• Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk mengeluarkan atau membaiki kaca yang
pecah, sumbing atau retak. Kerosakan pada paparan kaca kerana ia disia-siakan dan
disalahgunakan adalah tidak diliputi oleh waranti ini.
• Telefon anda adalah peranti elektronik yang menjana haba pada penggunaan biasa.
Sentuhan langsung dengan kulit dalam tempoh yang berpanjangan dalam keadaan
pengudaraan tidak mencukupi mungkin akan mengakibatkan ketidakselesaan atau
melecur sedikit. Oleh itu, anda hendaklah berjaga-jaga apabila mengendalikan telefon
anda atau betul-betul selepas menggunakannya.
7
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
• Jika telefon anda basah, tanggalkan plag dengan serta merta untuk mengeringkan ia
sepenuhnya. Jangan cuba untuk mempercepatkan proses mengering dengan sumber
pemanasan luaran, seperti ketuhar, ketuhar gelombang mikro atau pengering rambut.
• Cecair dalam telefon basah anda mengubah warna label produk dalam telefon anda.
Kerosakan pada peranti anda akibat pendedahan kepada cecair tidak diliputi oleh
waranti anda.
Operasi telefon berkesan
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih mungkin mendapat gangguan, yang boleh menjejaskan
prestasi.
• Jangan gunakan telefon mudah alih anda berhampiran kelengkapan perubatan tanpa
meminta kebenaran. Elakkan meletak telefon di atas perentak jantung, contohnya, di
dalam poket dada anda.
• Sesetengah alat bantu pendengaran mungkin diganggu oleh telefon mudah alih.
• Sedikit gangguan mungkin boleh menjejaskan TV, radio, PC, dsb.
• Guna telefon anda dalam suhu di antara 0ºC dan 40ºC, jika boleh. Mendedahkan
telefon anda kepada suhu yang terlampau rendah atau tinggi akan mengakibatkan
kerosakan, malfungsi atau letupan.
8
Keselamatan jalan
Semak undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan telefon mudah alih di
kawasan tempat anda memandu.
• Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu.
• Beri perhatian penuh kepada pemanduan anda.
• Pergi ke tepi jalan dan letak kereta sebelum membuat atau menjawab panggilan jika
keadaan pemanduan memerlukan anda berbuat demikian.
• Tenaga RF mungkin menjejaskan sesetengah sistem elektronik di dalam kenderaan
anda seperti stereo kereta dan kelengkapan keselamatan.
• Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara, jangan halangnya dengan
kelengkapan wayarles yang dipasang atau yang mudah alih. Ia mungkin tidak
berfungsi atau menyebabkan kecederaan serius disebabkan prestasi yang tidak betul.
• Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan berjalan, sila pastikan bahawa
volum berada pada paras yang berpatutan agar anda sedar akan keadaan di
sekeliling anda. Ini khususnya amat penting jika anda berdekatan jalan raya.
Elakkan kerosakkan ke pendengaran anda
Untuk mencegah kerosakan pendengaran, jangan mendengar pada
tahap volum yang tinggi untuk tempoh yang panjang.
Kerosakan kepada pendengaran anda boleh berlaku jika anda terdedah kepada bunyi
yang kuat untuk tempoh yang lama. Kami dengan ini mengesyorkan agar anda tidak
menghidupkan atau mematikan telefon mudah alih berhampiran dengan telinga anda.
Kami juga mengesyorkan bahawa volum muzik dan panggilan ditetapkan pada paras
yang berpatutan.
• Apabila menggunakan fon kepala, kurangkan volum jika anda tidak dapat mendengar
orang yang bercakap berdekatan dengan anda atau jika orang yang duduk di sebelah
anda dapat mendengar apa yang sedang anda dengar.
9
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
NOTA: Tekanan bunyi yang melampau dari fon telinga dan fon kepala boleh
menyebabkan kehilangan pendengaran
Bahagian Kaca
Beberapa bahagian peranti mudah alih anda dibuat daripada kaca. Kaca ini akan
retak atau pecah jika telefon anda terjatuh ke atas permukaan yang keras atau
menerima impak yang kuat. Jika kacanya pecah, jangan sentuh atau cuba untuk
menanggalkannya. Berhenti menggunakan peranti mudah alih anda sehingga kaca
diganti oleh pembekal khidmat yang diluluskan.
Kawasan letupan
Jangan gunakan telefon di mana peletupan sedang dijalankan. Patuhi sekatan dan ikut
sebarang aturan dan peraturan.
Persekitaran boleh meletup
• Jangan gunakan telefon di tempat mengisi minyak.
• Jangan gunakan berhampiran bahan api atau bahan kimia.
• Jangan angkut atau simpan gas mudah terbakar, cecair atau bahan letupan di
dalam ruang yang sama dengan yang mengandungi telefon mudah alih anda dan
aksesorinya.
10
Di dalam pesawat
Peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam pesawat.
• Matikan telefon mudah alih anda sebelum menaiki sebarang pesawat terbang.
• Jangan gunakannya apabila mendarat tanpa izin anak kapal.
Kanak-kanak
Simpan telefon di tempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak kecil. Ia
termasuk bahagian kecil yang boleh menyebabkan bahaya tercekik jika ia tertanggal.
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tidak tersedia di bawah semua rangkaian mudah alih.
Oleh itu, anda tidak sepatutnya bergantung semata-mata kepada telefon anda untuk
membuat panggilan kecemasan. Semak dengan pembekal khidmat tempatan anda.
Maklumat dan penjagaan bateri
• Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum mengecasnya semula. Tidak
seperti sistem bateri lain, tiada kesan memori yang boleh menjejaskan prestasi bateri.
• Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG direka bentuk untuk
memaksimumkan hayat bateri.
• Jangan buka pemasangan atau litar pintaskan bateri.
• Ganti bateri apabila ia tidak lagi memberi prestasi yang boleh diterima. Pek bateri
mungkin dicas beratus kali sehingga ia perlu digantikan.
• Cas semula bateri jika ia tidak digunakan buat tempoh masa yang lama untuk
memaksimumkan kebolehgunaan.
• Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya matahari langsung atau
gunakannya pada kelembapan yang tinggi, seperti di bilik air.
11
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
• Jangan biarkan bateri di tempat yang panas atau sejuk, ini mungkin menjejaskan
prestasi bateri.
• Terdapat risiko letupan jika bateri digantikan dengan jenis yang salah.
• Lupuskan bateri yang telah digunakan mengikut arahan pengilang. Sila kitar semula
yang mana mungkin. Jangan lupuskan sebagai sampah rumah yang biasa.
• Jika anda hendak mengganti bateri, bawa ia ke pusat servis LG Electronics atau wakil
penjual yang disahkan untuk mendapatkan bantuan.
• Tanggalkan pengecas dari soket dinding selepas telefon dicas sepenuhnya untuk
menjimatkan kuasa pengecas daripada penggunaan yang tidak perlu.
• Hayat sebenar bateri bergantung kepada konfigurasi rangkaian, tetapan produk, corak
penggunaan, dan keadaan bateri dan persekitaran.
• Pastikan tiada item berbucu tajam seperti kuku atau gigi haiwan, bersentuhan dengan
bateri. Ini akan menyebabkan kebakaran.
• Untuk keselamatan anda, jangan mengeluarkan bateri yang dimasukkan dalam
produk.
PENGISYTIHARAN PEMATUHAN
Dengan ini, LG Electronics mengisytiharkan bahawa produk LG-D802 ini
mematuhi keperluan penting dan peruntukan lain yang berkaitan dalam Arahan
1999/5/EC. Salinan Perisytiharan Pematuhan boleh didapati di http://www.
lg.com/global/support/cedoc/RetrieveProductCeDOC.jsp.
Notis: Perisian Open Source
Untuk mendapatkan kod sumber sepadan di bawah GPL, LGPL, MPL dan
lesen sumber terbuka yang lain, sila lawati http://opensource.lge.com /
Semua terma lesen, penafian dan notis sedia untuk dimuat turun dengan kod
sumber.
12
Peraturan dan Keselamatan
Pergi ke "Tetapan sistem > Mengenai telefon > Peraturan dan
Keselamatan" untuk mendapatkan maklumat mengenai peraturan dan
keselamatan
13
Notis penting
Sila baca maklumat ini sebelum mula menggunakan
telefon anda!
Sila semak sama ada sebarang masalah telefon yang anda hadapi telah diterangkan
dalam bahagian ini, sebelum anda membawa telefon anda untuk diservis atau
memanggil wakil servis.
1. Memori telefon
Apabila ruang yang tinggal pada memori telefon anda kurang daripada 10%, telefon
anda tidak akan dapat menerima mesej yang baru. Anda perlu memeriksa memori
telefon anda dan memadamkan sebahagian data seperti aplikasi atau mesej, untuk
menjadikan lebih banyak memori tersedia.
Untuk membuang pemasangan aplikasi:
1 Ketik > > tab Apl > Tetapan > tab Umum > Apl.
2 Selepas semua aplikasi muncul, tatal dan pilih aplikasi yang hendak anda
membuang pemasangan.
3 Ketik Buang pemasangan.
2. Mengoptimumkan hayat bateri
Anda boleh memanjangkan hayat bateri anda dengan mematikan ciri yang tidak perlu
anda jalankan setiap masa di latar belakang. Anda juga boleh memantau bagaimana
aplikasi dan sumber sistem menggunakan kuasa bateri.
Memanjangkan hayat bateri anda:
• Matikan komunikasi radio jika anda tidak menggunakannya. Jika anda tidak
menggunakan Wi-Fi, Bluetooth atau GPS, matikan ia.
• Kurangkan kecerahan skrin dan tetapkan masa tamat skrin yang lebih pendek.
• Matikan penyegerakan automatik bagi Gmail, Kalendar, Kenalan dan aplikasi lain.
14
• Sesetengah aplikasi yang telah anda muat turun mungkin akan mengurangkan kuasa
bateri.
• Semasa menggunakan aplikasi yang dimuat turun, semak tahap cas bateri.
NOTA: Jika anda tidak sengaja tertekan Kekunci Kuasa/Kunci semasa
peranti di dalam poket anda, skrin akan dimatikan secara automatik untuk
menjimatkan kuasa bateri.
Untuk memeriksa tahap cas bateri:
• Ketik > > tab Apl > Tetapan > tab Umum > Mengenai telefon >
Bateri.
Status bateri (mengecas atau menyahcas) dan tahap bateri (peratus dicaj) akan
dipaparkan pada bahagian atas skrin.
Untuk mengawasi dan mengawal bagaimana kuasa bateri digunakan:
• Ketik > > tab Apl > Tetapan > tab Umum > Mengenai telefon >
Bateri > Penggunaan bateri.
Masa penggunaan bateri dipaparkan pada skrin. Ia memberitahu tempoh masa
semenjak anda menyambung telefon anda kepada sumber kuasa atau, jika sedang
disambung kepada sumber kuasa, berapa lama telefon berjalan menggunakan kuasa
bateri pada kali terakhir. Skrin akan menunjukkan aplikasi atau perkhidmatan yang
menggunakan kuasa bateri, yang disusun dari penggunaan terbesar hingga terkecil.
15
Notis penting
3. Sebelum memasang aplikasi dan OS sumber
terbuka
AMARAN
Jika anda memasang dan menggunakan OS selain daripada yang disediakan
oleh pengeluar, ini mungkin akan menyebabkan telefon anda gagal berfungsi.
Di samping itu, telefon anda tidak lagi dilindungi oleh waranti ini.
AMARAN
Untuk melindungi telefon dan data peribadi anda, hanya muat turun aplikasi
daripada sumber yang boleh dipercayai, seperti Play Store™. Jika terdapat
aplikasi yang tidak dipasang dengan betul pada telefon anda, telefon anda
mungkin tidak akan berfungsi sebagaimana sepatutnya atau ralat yang serius
mungkin berlaku. Anda hendaklah menyahpasang aplikasi-aplikasi tersebut
dan semua data dan tetapannya daripada telefon.
4. Menggunakan buka kunci corak
Tetapkan buka kunci corak untuk menjamin keselamatan telefon anda. Ketik >
> tab Apl > Tetapan > tab Paparan > Skrin kunci > Pilih skrin kunci > Corak.
Ini akan membuka skrin yang akan memandu anda melalui cara melukis buka kunci
corak skrin. Anda hendaklah mencipta PIN Sandaran sebagai langkah keselamatan jika
anda terlupa buka kunci corak.
Amaran: Cipta akaun Google dahulu sebelum menetapkan buka kunci corak
dan ingat PIN Sandaran yang anda cipta sewaktu mencipta kunci corak anda.
16
AMARAN
Langkah berjaga-jaga semasa menggunakan kunci corak.
Mengingati corak buka kunci yang anda tetapkan amatlah penting. Anda tidak
akan dapat mengakses telefon anda jika anda menggunakan corak yang salah
sebanyak 5 kali. Anda mempunyai 5 peluang untuk memasukkan corak buka
kunci, PIN atau kata laluan anda. Jika anda telah menggunakan kesemua 5
peluang, anda boleh mencuba lagi selepas 30 saat.
Apabila anda tidak dapat ingat Corak buka kunci, PIN, atau Kata Laluan anda:
< Jika anda terlupa corak anda >
Jika anda log masuk ke akaun Google anda pada telefon tetapi gagal memasukkan
corak yang betul sebanyak 5 kali, ketik butang Terlupa corak? di bahagian bawah
skrin. Selepas itu anda diminta untuk log masuk dengan Akaun Google anda, atau anda
perlu memasukkan PIN Sandaran yang telah anda masukkan semasa membuat Kunci
Corak anda.
Jika anda belum membuat akaun Google pada telefon atau anda terlupa PIN Sandaran,
anda perlu melakukan tetapkan semula keras.
< Jika anda telah terlupa PIN atau Kata Laluan anda >
Jika anda terlupa PIN atau Kata Laluan anda, anda perlu melakukan tetapkan semula
keras.
Amaran: Jika anda melakukan set semula keras, semua aplikasi pengguna dan
data pengguna akan terpadam.
NOTA: Jika anda belum log masuk ke Akaun Google anda dan terlupa Corak
Buka Kunci anda, anda perlu memasukkan PIN Sandaran anda.
17
Notis penting
5. Menggunakan Tetapkan Semula Keras (Tetapkan
Semula Kilang)
Jika telefon anda tidak pulih kepada keadaan asal, gunakan Tetapkan Semula Keras
(Tetapkan Semula Kilang) untuk memulakannya.
1 Matikan kuasa.
2 Tekan dan tahan kekunci Kuasa/Kunci + kekunci Turun Volum di bahagian
belakang telefon.
3 Lepaskan Kekunci Kuasa/Kunci hanya apabila logo LG dipaparkan, kemudian
segera tekan dan tahan Kekunci Kuasa/Kunci sekali lagi.
4 Lepaskan semua kekunci apabila skrin Tetapkan semula kilang dipaparkan.
5 Tekan sama ada Kekunci Kuasa/Kunci untuk meneruskan atau Kekunci Volum
untuk membatalkan.
6 Tekan sama ada Kekunci Kuasa/Kunci sekali lagi untuk mengesahkan atau
Kekunci Volum untuk membatalkan.
AMARAN
Jika anda melakukan Set Semula Keras, semua aplikasi pengguna, data
pengguna dan lesen DRM akan dipadam. Jangan lupa untuk menyandarkan
sebarang data penting sebelum melakukan Tetapkan Semula Keras.
18
6. Membuka dan beralih aplikasi
Melakukan berbilang tugas menjadi mudah dengan Android, anda boleh membiarkan
lebih daripada satu aplikasi berjalan pada masa yang sama. Tidak perlu keluar
daripada suatu aplikasi sebelum membuka yang satu lagi. Gunakan dan beralih
antara beberapa aplikasi terbuka. Android menguruskan setiap aplikasi, menghentikan
dan memulakannya jika perlu untuk memastikan bahawa aplikasi melahu tidak
menggunakan sumber tanpa ada perlunya.
1 Sentuh dan tahan Kekunci Utama . Senarai aplikasi yang baru digunakan
akan dipaparkan.
2 Ketik aplikasi yang hendak anda akses. Ini tidak menghentikan aplikasi sebelumnya
yang berjalan di latar belakang pada telefon. Pastikan anda mengetik Kekunci
Kembali untuk keluar daripada aplikasi selepas menggunakannya.
• Untuk menghentikan aplikasi, ketik Pengurus tugasan daripada senarai aplikasi yang
baru digunakan, kemudian ketik Henti atau Berhentikan Semua.
• Untuk mengeluarkan aplikasi daripada senarai aplikasi yang baru digunakan, seret
pratonton aplikasi ke kiri atau ke kanan. Untuk mengosongkan semua aplikasi, ketik
Kosongkan semua.
7. Memindahkan muzik, foto dan video menggunakan
Penyegerakan media (MTP)
1 Ketik > > tab Apl > Tetapan > tab Umum > Storan untuk
memeriksa media simpanan.
2 Sambungkan telefon ke PC anda menggunakan kabel USB.
3 Pilih mod sambungan USB akan muncul di skrin telefon anda, Pilih pilihan
Penyegerakan media (MTP).
19
Notis penting
4 Buka folder memori pada PC anda. Anda boleh melihat kandungan penyimpanan
massa pada PC anda dan memindahkan fail dari PC ke Folder memori peranti atau
sebaliknya.
5 Selepas memindahkan fail, luncurkan bar status ke bawah dan ketik USB
disambung dan pilih Cas telefon dari senarai jenis sambungan USB.
8. Pegang telefon anda dengan menegak
Pegang telefon bimbit anda dengan menegak, sebagaimana anda memegang telefon
biasa. Telefon anda mempunyai antena dalaman. Anda hendaklah berhati-hati agar
tidak mencalar atau merosakkan bahagian belakang telefon, kerana ini mungkin akan
menjejaskan prestasi.
Semasa membuat/menerima panggilan atau menghantar/menerima data, elakkan
memegang bahagian bawah telefon di mana antena terletak. Berbuat demikian dapat
menjejaskan kualiti panggilan.
9. Apabila skrin menjadi kaku
Jika skrin menjadi kaku atau telefon tidak memberi respons ketika anda cuba
mengendalikannya:
Tekan dan tahan kekunci Kuasa/Kunci selama 10 saat untuk mematikan telefon
anda. Jika ia masih tidak berfungsi, sila hubungi pusat servis.
10. Jangan sambung telefon anda ketika anda
menghidup atau mematikan PC anda
Pastikan anda memutuskan sambungan telefon anda daripada PC semasa
menghidupkan atau mematikan kuasa PC anda kerana ia mungkin menyebabkan ralat
PC.
20
11. Mod kawalan kekunci perkakasan
Jika paparan telefon anda rosak atau pecah, anda boleh menjawab panggilan masuk,
menamatkan panggilan atau mematikan penggera menggunakan kekunci perkakasan.
1 Matikan telefon anda.
2 Tekan dan tahan Kekunci Kuasa/Kunci dan Kekunci Volum serentak lebih
daripada 6 saat untuk memasuki mod Kawalan kekunci perkakasan.
3 Tekan Kekunci Volum untuk menatal ke pilihan yang dikehendaki, kemudian tekan
Kekunci Kuasa/Kunci untuk mengesahkan.
• Menjawab panggilan: Tekan Kekunci Volum pada masa yang sama.
• Menamatkan panggilan: Tekan Kekunci Kuasa/Kunci semasa panggilan.
• Menghentikan penggera: Apabila penggera berbunyi, tekan dan tahan Kekunci
Naik Volum atau Kekunci Turun Volum untuk menghentikan penggera.
NOTA: Jika cermin paparan telefon pecah dan anda terus menggunakannya,
ia mungkin pecah lebih teruk atau boleh mendatangkan kecederaan. Sila pergi
ke pusat perkhidmatan LG yang sah untuk membaiki telefon anda.
21
Mengenali telefon anda
Gambaran keseluruhan telefon
Kanta Kamera Hadapan
Sensor Kedekatan
Alat cuping telinga
Skrin sentuh
Kekunci Undur
• Kembali ke skrin sebelumnya. Keluar dari aplikasi selepas
menggunakannya.
Kekunci Utama
• Kembali ke skrin Utama dari mana-mana skrin.
Kekunci Menu
• Semak pilihan yang tersedia.
NOTA: Sensor kedekatan
Semasa menerima dan membuat panggilan, sensor kedekatan akan mematikan lampu latar
secara automatik dan mengunci skrin sentuh dengan mengesan apabila telefon berada
berdekatan dengan telinga anda. Ini akan memanjangkan hayat bateri dan mengelakkan pad
kekunci sentuh daripada diaktifkan tanpa sengaja semasa panggilan.
AMARAN
Meletakkan objek berat di atas telefon atau duduk di atasnya akan merosakkan LCD dan
kefungsian skrin sentuhnya. Jangan tutup sensor kedekatan LCD dengan filem pelindung. Ini
boleh menyebabkan sensor pincang tugas.
22
Apertur Butang Keluar
Dulang Kad SIM
LED Inframerah
Mikrofon
Kanta Kamera
Flash
Kekunci Kuasa/Kunci
• Hidupkan/matikan
telefon anda dengan
menekan dan menahan
kekunci ini
• Tekan sekejap untuk
mengunci/membuka
kunci skrin
Titik Sentuh NFC
Kekunci Volum
• Pada skrin utama: Kawal
volum pendering.
• Semasa panggilan: Kawal
volum alat cuping telinga
anda.
• Semasa memainkan
lagu: Kawal volum secara
berterusan.
Mikrofon
Pembesar suara
Pengecas/Port USB
Bicu Alat Dengar
AMARAN
• Bahagian ini menutup ruang bateri. Jangan buka penutup belakang.
• Berhati-hati agar anda tidak merosakkan titik sentuh NFC pada telefon ini,
yang merupakan bahagian antena NFC.
23
Mengenali telefon anda
Memasang kad micro-USIM
Sebelum anda mula memeriksa telefon baru anda, anda boleh memilih untuk
memasukkan kad mikro-USIM.
Butang keluar adalah apertur bulat kecil di bawah pintu dulang. Untuk memasang kad
micro-USIM baru:
1 Masukkan alat mengeluarkan mikro-USIM yang disertakan bersama telefon (atau
pin halus) ke dalam apertur butang keluar dan tekan dengan perlahan-lahan
sehingga dulang tersebut muncul.
2 Alih keluar dulang dan letakkan kad micro-USIM ke dalamnya, dengan bahagian
sentuhan di luar dan penjuru bersudut di sebelah kanan. Hanya terdapat satu cara
yang mungkin untuk memuatkan kad dengan elok ke dalam dulang.
3 Dengan berhati-hati ubah kedudukan dulang di dalam slot dan tolakkannya dengan
perlahan ke dalam telefon semula.
NOTA: Pastikan kawasan sesentuh emas pada kad menghadap ke bawah.
Apertur butang keluar
24
Mengecas telefon anda
Caj bateri sebelum menggunakannya buat kali pertama. Gunakan pengecas untuk
mengecas bateri. Komputer juga boleh digunakan untuk mengecas peranti dengan
menyambungkannya melalui kabel USB.
AMARAN
Hanya gunakan pengecas, bateri dan kabel yang disokong LG. Jika anda
menggunakan pengecas yang tidak disahkan, sama ada bateri atau kabel, ia
boleh menyebabkan pengecasan bateri yang perlahan atau mesej pop timbul
berkenaan pengecasan yang perlahan. Ini boleh menyebabkan bateri meletup
atau kerosakan pada peranti yang tidak dilindungi waranti.
Penyambung pengecas terletak di bahagian bawah telefon. Masukkan pengecas, dan
pasang plag pada bekalan kuasa elektrik.
NOTA:
• Bateri hendaklah dicas sepenuhnya pada awalnya untuk meningkatkan
jangka hayat bateri.
• Jangan buka penutup belakang semasa telefon anda sedang dicas.
25
Mengenali telefon anda
Mengunci dan membuka kunci skrin
Jika anda tidak menggunakan telefon untuk seketika, skrin akan terpadam dan terkunci
secara automatik. Ini membantu menghalang daripada kekunci ditekan tanpa sengaja
dan menjimatkan kuasa bateri.
Apabila anda tidak menggunakan telefon, tekan kekunci Kuasa/Kunci untuk
mengunci telefon anda.
Jika mana-mana program sedang berjalan semasa anda mengunci skrin anda, ia
mungkin masih terus berjalan dalam mod Kunci. Anda disyorkan agar keluar daripada
semua program sebelum memasuki mod Kunci untuk mengelakkan bayaran yang tak
perlu (seperti panggilan telefon, akses web dan komunikasi data).
Untuk membangunkan telefon anda, tekan kekunci Kuasa/Kunci. Skrin kunci
akan muncul. Sentuh dan luncurkan Skrin kunci ke mana-mana arah untuk membuka
kunci skrin Utama anda. Skrin terakhir yang anda lihat akan terbuka.
Pasangkan skrin
Anda boleh mengunci atau membuka kunci skrin dengan hanya dwiketik.
Untuk mengaktifkan ciri Pasangkan skrin
1 Ketik > > tab Aplikasi > Tetapan > tab Umum > Gerakan.
2 Letakkan tanda semak semasa Skrin hidup/Mati.
Dwiketik skrin tengah dengan segera untuk membuka kunci skrin. Untuk mengunci
skrin, dwiketik bar status dalam mana-mana skrin (kecuali pada pencari pandangan
kamera) atau kawasan kosong pada skrin Utama.
NOTA: Apabila menghidupkan skrin, pastikan anda tidak menghalang sensor
berdekatan. Berbuat demikian akan mematikan skrin dengan segera selepas
menghidupkannya untuk mengelakkan sensor dihidupkan secara tidak normal
dalam poket atau beg anda.
26
Set kepala stereo dengan mikrofon
Dengan set kepala yang disambungkan, anda boleh menikmati muzik atau video
dengan bunyi stereo dan bertukar dengan mudah daripada muzik/video anda untuk
mengambil dan menamatkan panggilan.
< Depan >
< Belakang >
1 Masukkan plag set kepala seperti yang ditunjukkan di bawah.
Butang Volum Naik/Turun
Butang Panggilan/Tamat
• Untuk panggilan masuk, tekan untuk menerima atau
menamatkan panggilan.
• Apabila anda mendengar muzik, tekan untuk menghentikan
main semula atau menyambung semula. Tekan dua kali
untuk memainkan lagu seterusnya.
Mikrofon
27
Mengenali telefon anda
2 Panel aplikasi dipaparkan dan anda boleh memilih aplikasi untuk dijalankan.
NOTA: Anda boleh mengedit aplikasi yang ingin dipaparkan pada panel dan
menetapkan untuk tidak menunjukkan panel aplikasi. Sila lihat < Aksesori >.
3 Jika terdapat panggilan masuk apabila set kepala disambungkan pada telefon,
tekan untuk menjawab panggilan.
4 Untuk menamatkan panggilan, tekan semula .
Plug & Pop
Plug & Pop membolehkan anda dengan cepat memilih aplikasi untuk digunakan apabila
memasang fon telinga atau peranti On-the-Go, seperti tetikus atau papan kekunci.
1 Pasangkan fon telinga atau peranti OTG (On-the-Go) (seperti, tetikus, papan
kekunci, dsb.).
2 Panel aplikasi akan dipaparkan dan anda boleh memilih aplikasi untuk dijalankan.
NOTA: Anda boleh mengedit aplikasi yang ingin dipaparkan pada panel dan
menetapkan untuk tidak menunjukkan panel aplikasi.
X Ketik > > tab Apl > Tetapan > tab Umum > Aksesori > USB
storan atau Fon telinga.
28
Loading...
+ 340 hidden pages
You need points to download manuals.
1 point = 1 manual.
You can buy points or you can get point for every manual you upload.