Panduan ini akan membantu anda memahami telefon mudah alih baru anda.
Ia akan menyediakan untuk anda penerangan berguna mengenai ciri-ciri pada
telefon anda.
Sesetengah kandungan dalam manual ini mungkin berbeza daripada telefon
anda, bergantung pada perisian telefon atau pembekal khidmat anda.
Kandungan
Mengenali telefon anda ................................. 3
Penyelesaian Masalah ...................................37
Mengenali telefon anda
Bicu fon telinga
Setiap kekunci melakukan fungsi yang
ditunjukkan oleh teks pada paparan
Gunakan untuk akses pantas ke fungsi
Anda boleh mendail nombor telefon
dan menjawab panggilan masuk.
Kekunci lembut
dengan segera di atasnya.
Kekunci navigasi
telefon.
(atas) : Suluh
(bawah) : Kalendar
(kiri) : Mesej Baru
(kanan) : Pemain MP3
(Jika Kad SD Dimasukkan)
Kekunci Hantar
Cuping telinga telefon
Lubang Tali Tangan
Skrin paparan
Kekunci Tamat/Kuasa
Membolehkan anda menghidupkan
atau mematikan kuasa telefon,
menamatkan panggilan atau kembali
ke mod Siap Sedia.
Kekunci abjad angka
Selalunya kekunci angka digunakan
untuk memasukkan angka atau aksara.
Nota: Hanya kekunci abjad
angka yang bercahaya semasa
menggunakan telefon.
3
Mengenali telefon anda
Port pengecas
Membolehkan anda menggunakan
pengecas kuasa sahaja.
4
Suluh
Memasang Kad SIM dan Mengecas Bateri
Memasang Kad SIM
Apabila anda melanggan kepada rangkaian telefon mudah alih, anda disediakan dengan kad SIM plag
masuk yang dimuatkan dengan butiran langganan anda, seperti PIN anda, sebarang perkhidmatan
pilihan yang tersedia dan banyak lagi.
Penting!
› Kad SIM plag masuk dan sesentuhnya boleh rosak dengan mudah akibat tercalar atau bengkokan,
oleh itu berhati-hati semasa mengendalikan, memasukkan atau mengeluarkan kad ini. Simpan semua
kad SIM jauh dari capaian kanak-kanak kecil.
› hanya SIM 2G disokong
5
Memasang Kad SIM dan Mengecas Bateri
Ilustrasi
1 Buka penutup bateri
2 Keluarkan bateri
3 Masukkan SIM anda
4 Masukkan bateri
5 Tutup penutup bateri
6 Caskan bateri anda
AMARAN: Jangan keluarkan bateri semasa telefon
dihidupkan, kerana ini boleh merosakkan telefon.
6
1
3
5
2
4
6
Maklumat Paparan
Kawasan ikon
Kawasan teks dan grak
Menu Kenalan
Penunjuk kekunci lembut
Ikon Pada Skrin
Memberitahu anda kekuatan isyarat
rangkaian.
Menunjukkan tahap cas bateri.
Menunjukkan mesej teks baru.
Menunjukkan mesej suara baru.
Menunjukkan bahawa jam penggera telah
ditetapkan.
Menunjukkan bahawa telefon anda
menggunakan prol umum.
Menunjukkan bahawa telefon anda
menggunakan prol senyap.
Menunjukkan bahawa telefon anda
menggunakan prol luar bangunan.
Menunjukkan bahawa telefon anda
menggunakan prol fon kepala.
Menunjukkan bahawa semua panggilan
dialihkan ke nombor lain.
Menunjukkan telefon anda berada dalam
mod Penerbangan.
Menunjukkan jadual baru.
7
Menu dan Pilihan
Telefon anda menawarkan suatu set fungsi yang membenarkan anda menyuaikannya. Fungsi ini disusun
dalam menu dan sub menu, yang diakses melalui kekunci lembut kiri dan kanan. Label pada bahagian
bawah skrin paparan betul-betul di atas kekunci lembut menandakan fungsi semasanya.
Menu Kenalan
Tekan kekunci lembut kiri untuk
mengakses menu yang tersedia.
Tekan kekunci lembut kanan
untuk mengakses kenalan.
8
Memasukkan Teks
Anda boleh memasukkan aksara abjad angka
menggunakan pad kekunci telefon. Misalnya,
menyimpan nama dalam Kenalan, menulis
mesej dan menjadualkan acara dalam kalendar
semuanya perlu memasukkan teks. Untuk
menukar mod, tekan kekunci .
Penunjuk
Fungsi (Mod Pintar Bahasa
Inggeris)
Angka
Berbilang ketik Abc
Berbilang ketik abc
Berbilang ketik ABC
Mod T9
Dalam Editor, Tekan Pilihan Pilih “Set T9” Pilih
On (Hidupkan). Mod ini membolehkan anda
memasukkan perkataan dengan hanya satu
ketukan kekunci bagi setiap huruf. Setiap
kekunci pada pad kekunci dikaitkan dengan
lebih daripada satu huruf. Mod T9 secara
automatik membandingkan ketukan kekunci
anda dengan kamus linguistik dalaman untuk
menentukan perkataan yang betul, yang sekali
gus memerlukan amat kurang ketukan kekunci
berbanding mod ABC yang biasa.
9
Memasukkan Teks
Menghidupkan dan Mematikan
Telefon Anda
Anda boleh menghidup dan mematikan telefon
dengan menekan atau menahan kekunci kuasa.
Membuat Panggilan
1 Taipkan nombor pada pad kekunci.
2 Tekan untuk memulakan panggilan.
3 Untuk menamatkan panggilan, tekan .
PETUA! Untuk memasukkan + ketika membuat panggilan antarabangsa, tekan dan tahan 0.
10
Membuat panggilan daripada
kenalan anda
1 Tekan Menu, pilih Kenalan lalu pilih Cari.
2 Pada pad kekunci, masukkan beberapa huruf
awal kenalan yang ingin anda hubungi.
3 Untuk menatal merentasi kenalan anda,
gunakan kekunci navigasi ke atas dan ke
bawah. Dan untuk menatal melalui nombor
mereka yang berbeza, gunakan kekunci
navigasi kiri dan kanan.
4 Tekan untuk memulakan panggilan.
Menjawab dan Menolak Panggilan
Apabila telefon anda berdering, tekan Terima
atau tekan untuk menjawab panggilan.
Apabila telefon anda berdering, pilih Senyap
untuk membisukan deringan. Ini bagus bagi
mesyuarat jika anda terlupa untuk menukar prol
anda kepada Senyap. Tekan atau Tolak untuk
menolak panggilan masuk.
PETUA! Anda boleh mengubah tetapan pada
telefon anda untuk menjawab panggilan
dengan cara yang berbeza. Tekan Menu,
pilih Tetapan dan pilih Panggil. Pilih Mod
jawapan dan pilih Sebarang kekunci atau
Kekunci Hantar sahaja.
• Tekan sebarang kekunci – Anda boleh
menjawab panggilan dengan menekan sebarang
kekunci.
• Kekunci Hantar sahaja – Anda boleh menjawab
panggilan hanya dengan menekan kekunci
Hantar.
Menukar tetapan panggilan anda
Anda boleh menetapkan menu bergantung pada
panggilan. Tekan Menu, pilih Tetapan dan pilih
Panggil.
• Alihan panggilan – Pilih kaedah untuk
mengalihkan panggilan.
• Panggilan menunggu – Pilih Aktif atau batalkan
panggilan menunggu.
11
Memasukkan Teks
Menyemak sejarah panggilan anda
Anda boleh semak rekod Semua panggilan,
Panggilan tak dijawab, Panggilan didail, Panggilan
diterima dan Tempoh panggilan. Nombor dan
nama (jika tersedia) dipaparkan bersama-sama
tarikh dan masa panggilan dibuat. Anda juga
boleh melihat bilangan panggilan yang telah anda
buat kepada nombor tertentu. Tekan Menu, pilih
Sejarah panggilan.
12
Rujukan ciri pantas
Pemesejan
Menghantar mesej
1 Tekan Menu, pilih Mesej dan pilih Mesej baru.
2 Editor mesej baru akan terbuka. Tetapan lalai
mesej editor ialah mod SMS.
3 Masukkan mesej anda menggunakan sama
ada mod ramalan T9 atau mod manual Abc
atau mod 123. Anda boleh menukar mod input
teks dengan menekan .
4 Tekan Pilihan dan pilih Masukkan untuk
menambah Simbol, Templat, Kenalan, Kad
niaga.
5 Tekan Hantar kepada.
6 Masukkan nombor telefon atau tekan Pilihan
dan pilih Kenalan atau Senarai terbaru untuk
membuka senarai kenalan anda.
7 Tekan Pilihan dan pilih Hantar.
• Peti masuk – Anda akan diberitahu apabila anda
menerima mesej. Ia juga akan disimpan di sini.
• Draf – Menu ini menunjukkan mesej yang telah
anda simpan.
• Peti keluar – Menu ini membolehkan anda
melihat mesej yang akan dihantar atau gagal
dihantar.
• Dihantar – Menu ini membolehkan anda melihat
mesej yang telah pun dihantar, termasuk masa
dan kandungan.
13
• Dengar mel suara – Menu ini menyediakan cara
yang pantas untuk mengakses peti mel suara
anda.
• Mesej info – Mesej info adalah mesej teks yang
disampaikan oleh rangkaian ke telefon bimbit
anda.
• Templat – Terdapat mesej yang dipratetap dalam
senarai. Anda boleh melihat dan mengedit mesej
templat atau membuat templat baru.
• Tetapan – Menu ini membolehkan anda
menetapkan ciri-ciri penyedia perkhidmatan
rangkaian anda.
14
Kenalan
Anda boleh mencari kenalan yang disimpan
dalam menu Kenalan anda.
1 Tekan Menu dan pilih Kenalan, pilih Cari atau
tekan (kekunci lembut kanan) daripada
skrin siap sedia.
2 Pada pad kekunci, masukkan huruf pertama
kenalan yang hendak anda hubungi.
3 Untuk menatal melalui kenalan, gunakan
kekunci navigasi ke atas dan ke bawah. Untuk
menatal melalui nombornya yang berbeza,
gunakan kekunci navigasi kiri dan kanan.
• Kenalan baru – Anda boleh menambah entri
buku telefon dengan menggunakan menu ini.
• Dail cepat – Untukkan kenalan pada sebarang
kekunci antara 3 dan 8. Dailan cepat 2 ditetapkan
kepada Bajet SIM dan 9 ditetapkan kepada mod
SOS, jadi anda tidak boleh menukar kekunci
tersebut.
› SIM budget (Bajet SIM) - Anda boleh
menetapkan Speed SIM budget melalui Startup
Wizard (Bestari Pemulaan) dan menu Dail cepat.
Ia adalah cara mudah untuk menyemak bajet
SIM dengan menekan dan menahan kekunci 2
dalam Skrin Melahu.
• Salin semua – Anda boleh menyalin semua entri
dari memori kad SIM ke Memori telefon atau dari
Memori telefon ke Memori kad SIM.
• Padam semua – Anda boleh memadamkan
semua entri daripada memori kad SIM atau
memori Telefon.
• Status memori – Anda boleh memeriksa status
memori pada SIM dan telefon anda.
• Maklumat
› Nombor dail perkhidmatan – Akses senarai
nombor yang diuntukkan oleh pembekal
khidmat anda dengan selamat.
› Nombor sendiri – Anda boleh menyimpan dan
menyemak nombor anda sendiri pada kad SIM.
› Kad niaga – Anda boleh menyimpan dan
menyemak kad niaga anda yang mengandungi
maklumat nama, nombor telefon mudah alih,
rumah, pejabat dan e-mel, dan menghantarnya
dalam mesej.
15
Sejarah panggilan
Anda boleh menyemak rekod bagi semua
panggilan, yang tidak dijawab, didail, diterima,
dan tempoh panggilan. Nombor dan nama (jika
tersedia) dipaparkan bersama-sama tarikh dan
masa panggilan dibuat. Anda juga boleh melihat
bilangan panggilan yang telah anda buat.
• Semua panggilan – Memaparkan semua tiga
jenis senarai (Diterima/Didail/Panggilan tidak
dijawab) mengikut masa.
• Panggilan tak dijawab – Pilihan ini
membolehkan anda melihat 20 panggilan
terakhir yang tidak dijawab.
16
• Panggilan didail – Pilihan ini membolehkan
anda melihat 20 panggilan keluar yang terakhir
(sama ada berjaya atau tidak).
• Panggilan diterima – Pilihan ini membolehkan
anda melihat 20 panggilan masuk yang terakhir.
• Tempoh panggilan – Membolehkan anda
melihat tempoh panggilan terakhir, semua
panggilan, panggilan didail dan panggilan
diterima.
Permainan
LG-A270 anda disertakan dengan permainan yang
telah dipramuat agar anda terhibur pada masa
lapang anda. Tekan Menu dan pilih Permainan.
Kepunyaan saya
• Bunyi saya - Folder Bunyi saya mengandungi
bunyi lalai dan bunyi Memori luaran. Dari sini
anda boleh memain atau menetapkan bunyi
sebagai nada dering.
Nota: Untuk memainkan fail MP3 daripada
folder Bunyi saya, anda sepatutnya
menyimpan fail MP3 dalam Memori Luaran
> folder Bunyi.
• Lain-lain – Dalam folder Lain-lain, anda akan
dapat melihat fail yang tidak disimpan dalam
Bunyi saya.
• Memori luaran – Jika anda telah memasukkan
kad memori, ia akan dipapar sebagai folder
dalam Barangan saya.
Media
LG-A270 anda mempunyai pemain muzik terbina
dalam agar anda boleh memainkan semua muzik
kegemaran anda.
Pemain MP3
Memainkan lagu
1 Tekan Menu dan pilih Media dan kemudian
pilih Pemain MP3.
2 Pilih Semua lagu kemudian pilih lagu yang
anda hendak mainkan, pergi ke Pilihan dan
kemudian tekan Main.
17
3 Semasa muzik sedang dimainkan, pergi ke
Pilihan→Jeda untuk menjedakan lagu.
4 Tekan kekunci navigasi ke kanan untuk
melangkau ke lagu seterusnya.
5 Tekan kekunci navigasi kiri untuk melangkau
ke lagu sebelumnya.
6 Semasa muzik dimainkan, tekan kekunci
“Kembali” untuk menghentikan muzik dan
kembali ke menu sebelumnya.
18
Nota: Hak cipta fail muzik mungkin
dilindungi oleh perjanjian antarabangsa dan
undang-undang hak cipta nasional. Oleh
itu, kebenaran atau lesen mungkin perlu
diperoleh untuk mengeluarkan semula atau
menyalin muzik. Dalam sesetengah negara,
undang-undang nasionalnya melarang
penyalinan peribadi bahan berhak cipta.
Sebelum memuat turun atau menyalin fail,
semak undang-undang nasional negara yang
berkenaan mengenai penggunaan bahan
sedemikian.
Nota: Sebelum menggunakan pemain MP3,
pertamanya anda hendaklah memuat turun
fail muzik ke dalam kad microSD. Ini mungkin
berbentuk pilihan (tidak wajib).
Nota: Untuk memainkan fail dalam Pemain
MP3, fail MP3 perlu disimpan dalam Barangan
saya > Memori Luaran > folder Bunyi.
Radio FM
Dengan antena FM terbenam, anda boleh
menerima radio FM tanpa fon telinga luaran. Anda
boleh mendengar stesen radio kegemaran anda
pada bila-bila masa.
Mendengar radio
1 Tekan Menu dan pilih Media, kemudian pilih
Radio FM.
2 Pilih Pilihan > Imbas auto lalu mengesahkan
“Auto scan now” (Imbas auto sekarang) untuk
mengimbas saluran FM atau Tidak untuk
membatalkan.
3 Apabila telefon anda mengesan saluran, ia
akan memaparkan pop timbul yang meminta
anda menyimpan saluran. Sahkan untuk
menyimpan atau langkau simpan dengan
memilih Tidak.
19
Nota: Telefon anda hanya boleh menyimpan
maksimum 12 saluran. Peranti akan
menghentikan pengimbasan auto apabila 12
saluran telah disimpan atau apabila ia tidak
dapat mengesan sebarang saluran lain.
4 Pilih saluran dengan menekan nombor
saluran yang berkenaan pada pad kekunci
atau menggunakan kekunci navigasi kiri atau
kanan.
Nota: Kekunci navigasi atas dan bawah akan
meningkat atau mengurangkan volum bunyi.
20
5 Pilih nombor saluran stesen yang hendak anda
dengari.
Nota: Di kawasan di mana isyarat radio FM
lemah, kepekaannya mungkin akan merosot
dengan mod wayarles dan antena. Oleh
itu, lebih baik mikrofon telinga dimasukkan
untuk mempertingkatkan kualiti FM.
Alatan
• Suluh– Hidupkan/matikan suluh atau hidupkan/
matikan suluh secara langsung dengan menekan
kekunci navigasi dalam skrin melahu.
• Panggilan sendiri – Ini adalah fungsi berguna
untuk mengelakkan situasi janggal secara sopan.
Anda boleh menghubungi diri anda dengan
menetapkan masa dalam menu panggilan
sendiri.
Nota: Panggilan kendiri boleh diaktifkan
atau dinyahaktifkan pada skrin melahu
menggunakan kod pintasan #*#.
• Kalkulator – Ini mengandungi fungsi standard
seperti Tambah, Tolak, Darab, dan Bahagi.
• Jam randik – Pilihan ini membenarkan anda
menggunakan fungsi jam randik.
• Pengubah unit – Ini menukar sebarang ukuran
ke dalam unit yang anda kehendaki.
• Jam dunia – Membolehkan anda menentukan
waktu semasa dalam zon waktu atau di negara
yang lain.
Pengatur
• Penggera – Anda boleh menetapkan sehingga
3 jam penggera untuk berbunyi pada masa yang
ditentukan.
• Kalendar – Apabila anda memasuki menu ini,
kalendar akan muncul. Kursor empat persegi
akan diletakkan pada tarikh semasa. Anda
boleh memindahkan kursor ke tarikh yang lain
menggunakan kekunci navigasi, dan anda juga
boleh menetapkan penjadual bagi tarikh dan
masa yang dikehendaki.
21
• Memo – Anda boleh mendaftarkan memo anda
sendiri di sini.
Tetapan
• Prol
› Umum – Selepas menyediakan prol ini,
penunjuk akan dipaparkan pada skrin siap
sedia.
› Senyap – Nada dering dinyahdaya dan Getar
diaktifkan. Apabila anda menyediakan prol ini,
penunjuk akan dipaparkan pada skrin siap
sedia.
› Luar rumah – Ini prol lalai. volum nada dering
dan nada kekunci ditetapkan pada maksimum.
Apabila anda menyediakan prol ini, penunjuk
akan dipaparkan pada skrin siap sedia.
22
› Mod penerbangan – Pilih prol ini untuk
menyahdayakan semua perkhidmatan
rangkaian mudah alih. Anda tidak akan dapat
membuat panggilan atau menghantar mesej
semasa Mod penerbangan Dihidupkan.
› Set kepala – Apabila set kepala disambungkan
pada telefon, penunjuk akan dipaparkan
pada skrin siap sedia. Anda boleh peribadikan
jenis isyarat panggilan, nada dering, volum
nada, jenis isyarat mesej, nada mesej, volum
mesej, nada pad kekunci, volum pad kekunci,
volum kesan bunyi dan volum menghidup/
mematikan.
• Tarikh & Masa – Anda boleh menetapkan fungsi
yang berkait dengan tarikh dan masa.
• Bahasa – Anda boleh menukar bahasa bagi teks
paparan pada telefon anda. Pertukaran ini akan
juga memberi kesan pada mod Input Bahasa.
• Paparan – Anda boleh melaraskan tetapan bagi
paparan telefon.
• Panggil – Anda boleh menetapkan menu
bergantung pada panggilan.
• Kunci kekunci auto – Kunci pad kekunci secara
automatik dalam skrin siap sedia.
• Keselamatan – Menu ini membenarkan anda
untuk menetapkan telefon dengan selamat.
› Permintaan kod PIN – Dayakan/Nyahdayakan
permintaan kod PIN SIM semasa telefon anda
dihidupkan.
› Kunci telefon – Kunci telefon anda dengan
kod keselamatan Apabila kuasa hdp, Apabila menukar SIM, atau Segera. (Kod ATMT lalai
ialah “0000”.)
› Sekatan panggilan – Pilih kata laluan sekatan
bagi panggilan keluar, panggilan keluar
antarabangsa, panggilan keluar antarabangsa
kecuali ke negara sendiri, semua panggilan
masuk atau panggilan masuk semasa di luar
negara.
› Nombor dail tetap– Memilih kod PIN2 untuk
mendayakan nombor dail tetap membolehkan
anda menyekat panggilan hanya terhadap
nombor dalam senarai Nombor dail tetap.
23
› Pengesan anti curi telefon (ATMT) – Pengesan
anti curi telefon (ATMT) membolehkan anda
menjejak telefon yang dicuri. Apabila seseorang
menukar SIM dalam telefon anda tanpa
kebenaran anda, perkhidmatan penjejakan
akan diaktifkan. Anda akan dimaklumkan
melalui mesej teks yang dihantar ke nombor
telefon lalai yang telah anda tetapkan tanpa
pengetahuan pengguna yang tidak dibenarkan.
Anda boleh mengaktifkan ATMT dan
kongurasikan tetapan anda dalam menu ini.
(Kod ATMT lalai ialah “0000”.)
› Ubah kod – Untuk mengubah kod
Keselamatan, Pin, Pin2 atau ATMT, masukkan
kod lama diikuti dengan yang baru.
24
• Jimat tenaga – Jika anda menetapkan Sentiasa
on, anda boleh menjimatkan kuasa bateri apabila
anda tidak menggunakan telefon. Pilih untuk
beralih antara tetapan menjimatkan kuasa
Sentiasa on, Malam sahaja atau Mati.
• Pemilihan rangkaian – Anda boleh memilih
rangkaian yang akan didaftarkan sama ada
secara automatik atau secara manual.
• Perkhidmatan SOS - Apabila perkhidmatan SOS
dihidupkan, hantar SMS kecemasan dengan
menekan dan menahan kekunci ‘9’ pada pad
kekunci anda dalam skrin melahu, mod SOS kini
akan dihidupkan. Mesej SOS akan dihantar ke
nombor telefon yang disenaraikan dalam senarai
Penerima. Semasa mod SOS aktif, panggilan
masuk daripada nombor-nombor tersebut akan
diterima secara automatik. Untuk keluar dari
mod SOS, pada skrin melahu tolak kekunci tamat
dan pilih Ya.
• Reset tetapan – Pilih Reset tetapan untuk
memulihkan tetapan kilang. Anda memerlukan
kod keselamatan untuk mengaktifkan fungsi ini.
Nombor lalainya ialah “0000”.
• Status memori – Anda boleh menyemak ruang
bebas dan penggunaan memori setiap repositori.
25
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan esien
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak
mengikut garis panduan ini mungkin merbahaya
atau tidak sah.
Pendedahan kepada tenaga
frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio
dan Kadar Penyerapan Khusus (SAR).
Model telefon mudah alih ini, LG-A270 telah direka
bentuk untuk mematuhi keperluan keselamatan
yang dikenakan terhadap pendedahan
kepada gelombang radio. Keperluan ini adalah
berdasarkan garis panduan saintik yang
termasuk margin keselamatan yang direka bentuk
untuk memastikan keselamatan semua orang
tanpa mengira umur dan kesihatan.
26
• Garis panduan bagi pendedahan kepada
gelombang radio menggunakan unit ukuran
yang disebut sebagai Kadar Penyerapan
Khusus, atau SAR. Ujian bagi SAR dijalankan
menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan
telefon memancarkan pada aras kuasa diperakui
yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
• Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR
pelbagai model telefon LG, semuanya direka
bentuk untuk memenuhi garis panduan yang
berkaitan bagi pendedahan kepada gelombang
radio.
• Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya
Antarabangsa mengenai Perlindungan Sinaran
Bukan Pengion (International Commission on
Non-Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP) ialah
2 W/kg dipuratakan ke atas 10 g tisu.
• Nilai SAR yang tertinggi bagi telefon model ini
yang diuji oleh DASY4 bagi penggunaan pada
telinga ialah 1.490 W/kg (10g).
• Peranti ini memenuhi garis panduan
pendedahan RF apabila digunakan sama
ada dalam kedudukan penggunaan normal
pada telinga atau apabila diletakkan pada
sekurang-kurangnya 1.5 cm menjauhi badan.
Apabila bekas pembawa, klip tali pinggang
atau pemegang digunakan untuk pengendalian
pemakaian pada badan, ia tidak sepatutnya
mengandungi metal dan perlu meletakkan
produk sekurang-kurangnya 1.5 cm menjauhi
badan anda. Untuk memindahkan data fail dan
mesej, peranti ini memerlukan sambungan
berkualiti pada rangkaian. Dalam beberapa
kes, pemindahan fail data atau mesej mungkin
ditangguhkan sehingga sambungan tersebut
tersedia. Pastikan arahan jarak pemisahan diikuti
sehingga pemindahan selesai.
Penjagaan dan penyelenggaraan
produk
AMARAN
Hanya gunakan bateri, pengecas dan aksesori
yang diluluskan untuk digunakan bersama
model tertentu telefon ini. Penggunaan
sebarang jenis lain boleh mentaksahkan
sebarang kelulusan atau waranti yang
berkaitan dengan telefon ini, dan mungkin
berbahaya.
27
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan esien
• Jangan tanggalkan pemasangan unit ini. Bawa
ia kepada juruteknik servis yang layak jika kerja
pembaikan diperlukan.
• Pembaikan di bawah waranti, mengikut budi
bicara LG, mungkin termasuk penggantian
bahagian atau papan yang sama ada baru
atau yang diperbaiki, asalkan kefungsiannya
sebanding dengan bahagian yang diganti.
• Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio,
dan komputer peribadi.
• Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber
haba seperti radiator atau dapur.
• Jangan jatuhkan telefon.
• Jangan biarkan unit ini terdedah kepada getaran
mekanikal atau kejutan.
28
• Matikan telefon di tempat larangan telefon
mudah alih. Contohnya, jangan gunakan telefon
di hospital kerana ia mungkin mengganggu
peralatan hospital yang sensitif.
• Jangan kendalikan telefon dengan tangan yang
basah semasa telefon sedang dicas. Ia boleh
menyebabkan terjadinya renjatan elektrik dan
telefon anda mungkin akan rosak teruk.
• Jangan cas telefon bimbit berhampiran bahan
yang mudah terbakar kerana telefon bimbit akan
menjadi panas dan boleh menyebabkan bahaya
kebakaran.
• Gunakan kain yang kering untuk membersihkan
bahagian luar unit ini (jangan gunakan pelarut
seperti benzena, pencair atau alkohol).
Loading...
+ 92 hidden pages
You need points to download manuals.
1 point = 1 manual.
You can buy points or you can get point for every manual you upload.