LG GB230 Owner’s Manual [ms]

Bahasa Melayu

E N G L I S H

GB230

Sesetengah kandungan dalam manual ini mungkin berbeza daripada telefon anda bergantung pada perisian telefon atau pembekal khidmat anda.

www.lgmobile.com

P/N : MMBB0343514 (1.0)

Bluetooth QD ID B015321

GB230 Panduan Pengguna- Bahasa Melayu

Panduan ini akan membantu anda memahami telefon mudah alih baru anda. Ia akan menyediakan anda dengan penerangan yang berguna mengenai ciri pada telefon anda.

Sesetengah kandungan dalam manual ini mungkin berbeza daripada telefon anda bergantung pada perisian telefon atau pembekal khidmat anda.

LG GB230 Owner’s Manual

Mengenali telefon anda

Skrin utama

Radio FM

Pergi ke fungsi radio FM secara terus.

Kekunci panggil

Dail nombor telefon dan jawab panggilan masuk.

2

Pengecas, slot kabel, Penyambung bebas tangan

Slot kad memori

Kekunci kelantangan Kamera

Pergi ke fungsi Kamera secara terus.

Kekunci Tamat/Kuasa

Menamatkan atau menolak panggilan. Menghidupkan/ Mematikan telefon. Kembali ke skrin siap sedia apabila anda menggunakan menu.

Memasang kad memori

Angkat penutup kad memori dan masukkan kad micro SD dengan sesentuh emasnya menghadap ke bawah. Tutup penutup kad memori agar ia berdetap ketat.

Untuk mengeluarkan kad memori, tekan dengan perlahan seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah.

Nota: Kad memori adalah aksesori pilihan.

Memformat kad memori

Tekan Menu dan pilih Tetapan.

Pilih Pengurus memori, pilih Memori luaran dan tekan Format.

AMARAN: Apabila anda memformat kad memori anda, semua kandungan akan dikosongkan. Jika anda tidak mahu kehilangan data pada kad memori anda, buat sandaran terlebih dahulu.

3

Memasang Kad SIM dan Mengecas Bateri

Memasang Kad SIM

Apabila anda melanggan rangkaian selular, anda disediakan dengan kad SIM plug-in yang dimuatkan dengan butiran langganan anda, seperti PIN anda, sebarang perkhidmatan pilihan yang tersedia dan banyak lagi.

Penting! › Kad SIM plug-in dan sesentuhnya boleh mudah rosak akibat tercalar atau bengkokan, oleh itu berhati-hati semasa mengendali, memasang atau mengeluarkan kad. Simpan semua kad SIM jauh daripada capaian kanakkanak kecil.

Ilustrasi

1

2

1

Buka penutup bateri

2

Keluarkan bateri

 

 

3

Masukkan SIM anda

 

 

4

Masukkan bateri anda

 

 

5

Tutup penutup bateri

 

 

6

Caskan bateri anda

 

 

3

4

5

6

AMARAN: Jangan keluarkan bateri semasa telefon dihidupkan kerana ia boleh merosakkan telefon.

4

Peta menu

Mesej

Buat mesej

Peti masuk

Peti mel saya

Draf

Peti keluar

Item dihantar

Item disimpan

Emotikon

Tetapan mesej

Tetapan

Profil Paparan Tarikh & Masa Sambungan Panggilan Telefon Rangkaian Profil internet Titik akses

Sambungan data paket Keselamatan Pengurus memori

Memulihkan tetapan kilang

Penyelenggara

Jam penggera

Kalendar

Senarai tugasan

Nota

Nota rahsia

Kalkulator

Jam randik

Pencari tarikh

Pengubah

Masa dunia

Pergi ke

Perkhidmatan STK

Tetapan

Kenalan

Nama

Tetapan

Kumpulan Dailan cepat

Nombor dail perkhidmatan Nombor sendiri

Kad niaga saya

Galeri

Kad memori saya Imej saya

Bunyi saya Video saya

Permainan & aplikasi saya Lain-lain

Aplikasi

Permainan & aplikasi saya Tetapan

EDGE Rx sahaja

Log panggilan

Log panggilan

Panggilan tidak dijawab

Panggilan diterima

Nombor didail

Tempoh panggilan

Pembilang data paket

Kos panggilan

Media

Kamera

Video

Muzik

Radio FM

Perakam suara

Pencipta Nada dering

Web

Rumah

Penanda buku

Alamat web terakhir

Tetapan

Pergi ke alamat

Halaman disimpan

5

Panggilan

Membuat panggilan

1Masukkan nombor menggunakan pad kekunci. Untuk memadam digit, tekan, KSGKN.

2 Tekan untuk memulakan panggilan.

3Untuk menamatkan panggilan, tekan .

PETUA! Untuk memasukkan + semasa membuat panggilan antarabangsa, tekan dan tahan 0.

Membuat panggilan daripada kenalan anda

1Pilih Nama daripada Skrin siap sedia.

2Menggunakan pad kekunci, masukkan huruf pertama kenalan yang anda hendak hubungi. Contohnya, untuk Office, Tekan 6 tiga kali untuk memilih aksara pertama, “0

3 Pilih Panggil atau tekan untuk memulakan panggilan.

Menjawab dan menolak panggilan

Apabila telefon anda berdering, tekan untuk menjawab panggilan.

Anda boleh mengawal kelantangan dengan menekan kekunci sisi. Tekan atau pilih Tolak untuk menolak panggilan masuk.

PETUA! Anda boleh mengubah tetapan pada telefon anda untuk menjawab panggilan dengan cara yang berlainan. Tekan Menu, pilih Tetapan, dan pilih Panggil. Pilih mod Jawab dan pilih daripada Tekan kekunci hantar, Luncur ke atas dan Tekan sebarang kekunci.

Dailan cepat

Anda boleh memperuntukkan nombor dail cepat pada seorang kenalan yang kerap anda hubungi.

Melihat sejarah Panggilan

Anda boleh menyemak rekod panggilan tidak dijawab, diterima, dan didail hanya jika rangkaian menyokong Pengenalan Talian Panggilan (CLI) dalam kawasan perkhidmatan.

Menukar tetapan panggilan

Anda boleh menetapkan menu relevan untuk panggilan. Tekan Menu, pilih Tetapan dan pilih Panggil.

Alihan panggilan - Pilih sama ada mahu mengalih panggilan anda.

6

Sekatan panggilan – Pilih bila anda mahu panggilan untuk disekat.

Nombor dail tetap – Pilih senarai nombor yang boleh dipanggil daripada telefon anda. Anda memerlukan kod PUK2 anda daripada operator anda. Hanya nombor yang termasuk dalam senarai dail tetap boleh dipanggil daripada telefon anda.

Panggilan menunggu - Beritahu jika anda mempunyai panggilan menunggu. (Bergantung pada pembekal rangkaian anda.)

Panggilan ditolak - Tetapkan senarai panggilan ditolak.

Hantar nombor saya - Pilih jika nombor anda akan dipaparkan ketika anda menelefon seseorang. (Bergantung pada pembekal rangkaian anda.)

Dail semula auto - Pilih Hidup atau Mati.

Mod jawab - Pilih sama ada untuk menjawab telefon dengan

menggunakan kekunci sebarang atau kekunci hantar sahaja atau Luncur ke atas.

Pemasa panggilan bebas - Pilih sama ada untuk menunjukkan atau tidak.

Penjaga minit - Pilih Hidup untuk mendengar nada setiap minit semasa panggilan.

Mod jawab BT - Tetapkan Bebas Tangan atau Telefon Bimbit.

Simpan nombor baru - Pilih Ya atau Tidak.

Tetapan tutup peluncur - Pilih Tamatkan panggilan atau Sambung panggilan.

Kenalan

Mencari kenalan

1Pilih Nama daripada skrin siap sedia.

2Dengan menggunakan pad kekunci, masukkan huruf pertama kenalan yang anda hendak panggil.

3Untuk menatal melalui kenalan, gunakan anak panah atas dan bawah..

Menambah kenalan baru

1Tekan Kenalan dan pilih Nama. Kemudian, tekan Pilihan-Tambah kenalan baru.

2Masukkan semua maklumat yang anda ada dalam medan yang disediakan dan pilih Pilihan-Selesai.

7

Menambah kenalan kepada kumpulan

Anda boleh menyimpan kenalan anda ke dalam kumpulan, contohnya, mengasingkan rakan sekerja dan keluarga anda. Terdapat beberapa kumpulan termasuk Keluarga, Rakan,

Rakan sekerja, Sekolah dan VIP yang telah disediakan pada telefon anda.

Mesej

GB230 anda termasuk fungsi untuk menghantar mesej teks dan mesej multimedia dan E-mel, serta mesej khidmat rangkaian.

Menghantar mesej

1Tekan Menu, pilih Mesej, dan pilih

Buat mesej.

2Editor mesej baru akan terbuka. Editor mesej menggabungkan

Mesej teks dan Mesej multimedia ke dalam satu intuitif dan mudah untuk ditukar di antara editor. Tetapan lalai bagi editor mesej adalah mesej teks.

3 Masukkan mesej anda.

4Pilih Pilihan-Masukkan untuk menambah Imej, Klip video, Klip suara, Jadual, Kad niaga, Nota, Medan teks, Tugasan, atau Templat teks.

5 Tekan Pilihan - Kekunci hantar.

Menyediakan e-mel anda

Anda boleh berhubung sambil bergerak menggunakan e-mel anda pada GB230 anda. Ia cepat dan mudah untuk menyediakan akaun e-mel POP3 atau IMAP4.

1Tekan Menu, pilih Mesej, dan pilih

Buat mesej.

2 Pilih E-mel kemudian, Akaun e-mel.

3Tekan Tambah kemudian, tetapkan akaun E-mel.

Menghantar e-mel menggunakan akaun baru anda

Untuk menghantar/menerima e-mel, anda hendaklah menyediakan akaun e-mel.

1Pilih Menu, pilih Mesej dan pilih

Buat mesej.

2Pilih E-mel dan e-mel baru akan terbuka.

3 Tuliskan subjek.

4 Masukkan mesej anda.

8

5Tekan pilihan, pilih Masukkan untuk menambah Imej, Klip Video, Klip Bunyi, Kad niaga, Jadual atau Nota.

6Tekan Hantar kepada dan masukkan alamat penerima atau tekan Pilihan dan pilih Masukkan-Butiran Kenalan untuk membuka senarai kenalan anda

7Tekan Hantar dan e-mel anda akan dihantar.

Memasukkan teks

Anda boleh memasukkan aksara abjad angka dengan menggunakan pad kekunci telefon. Kaedah input teks berikut tersedia dalam telefon: mod ramalan T9, mod manual ABC dan mod 123.

Nota: Sesetengah medan mungkin membenarkan hanya satu mod teks input (contohnya, nombor telefon dalam medan buku alamat).

Mod ramalan T9

Mod ramalan T9 menggunakan kamus terbina dalam untuk mengenal pasti perkataan yang anda tulis berdasarkan pada urutan kekunci yang anda tekan.. Hanya tekan kekunci nombor yang berkaitan dengan huruf yang anda hendak masukkan dan kamus akan

mengenalpasti perkataan tersebut apabila semua perkataan dimasukkan.

Mod manual ABC

Mod ini membolehkan anda memasukkan huruf dengan menekan kekunci yang dilabelkan dengan huruf yang dikehendaki sekali, dua, tiga, atau empat kali sehingga hurufnya dipaparkan.

Mod 123

Taip nombor menggunakan satu strok kekunci setiap nombor. Anda juga boleh menambah nombor sambil mengekalkan dalam mod huruf dengan menekan dan menahan kekunci yang dikehendaki.

Folder mesej

Tekan Menu, pilih Pemesejan. Struktur folder yang digunakan pada GB230 anda adalah diterangkan dengan sendiri secara jelas.

Buat mesej - Membenarkan anda membuat mesej baru.

Peti masuk - Semua mesej yang anda terima ditempatkan dalam Peti Masuk anda.

Peti mel saya - Mengandungi semua mesej e-mel anda.

9

Draf - Jika anda tidak mempunyai masa untuk menulis mesej sehingga habis, anda boleh simpan apa yang telah anda tulis di sini.

Peti keluar - Ini adalah folder penyimpanan sementara semasa mesej sedang dihantar atau menyimpan mesej yang gagal dihantar.

Item dihantar - Semua mesej yang anda hantar ditempatkan dalam folder Dihantar anda.

Item yang disimpan - Anda boleh mengakses mesej Disimpan anda, templat teks dan templat Multimedia. Emotikon - Senarai Emotikon berguna, sudah ditulis untuk membalas dengan lebih cepat.

Media

Muzik

GB230 anda mempunyai pemain Muzik terbina dalam supaya anda boleh memainkan semua muzik kegemaran anda.

Memainkan lagu

1Tekan Menu dan pilih Media, kemudian, tekan Muzik.

2Pilih Semua trek kemudian, pilih lagu yang anda hendak mainkan.

3Pilih untuk menjeda lagu tersebut.

4Pilih untuk melangkau lagu seterusnya.

5Pilih untuk melangkau lagu sebelumnya.

6Pilih Kembali untuk menghentikan muzik dan kembali ke menu Pemain Muzik.

Membuat senarai main

Anda boleh membuat senarai main anda sendiri dengan memilih pilihan lagu daripada folder Semua lagu.

1 Tekan Menu dan pilih Media.

2Pilih Muzik, kemudian, pilih senarai main.

3Tekan Pilihan dan pilih Senarai main baru, masukkan nama senarai main dan tekan Simpan.

4Folder Semua lagu akan ditunjukkan. Pilih semua lagu yang anda hendak masukkan dalam senarai main anda dengan menatal kepadanya dan memilih .

5Pilih Selesai untuk menyimpan senarai main.

10

Kamera

Menangkap foto pantas

1Pilih Menu dan pilih Media. Pilih Kamera untuk membuka pencari pandangan.

2Memegang telefon dan halakan lensa ke arah subjek foto.

3Letakkan telefon supaya anda boleh melihat subjek foto anda.

4Tekan kekunci Tengah untuk mengambil foto.

Kamera video

Menangkap video pantas

1Dalam skrin siap sedia, pilih Menu dan pilih Media.

2 Pilih Video.

3Halakan lensa kamera ke arah subjek video.

4 Tekan untuk mula merakam.

5Rec akan akan muncul di sudut kiri bawah pencari pandangan dan pemasa akan menunjukkan masa video anda.

6Pilih Berhenti untuk berhenti merakam.

Radio FM

Menggunakan radio FM

LG GB230 anda mempunyai ciri radio FM supaya anda boleh menala ke stesen kegemaran anda dan mendengar semasa mengembara.

Menggunakan radio

1Tekan Menu dan pilih Media, kemudian, tekan radio FM.

2Pilih nombor saluran stesen yang anda mahu dengar.

Merakam Radio

1Tekan kekunci tengah sewaktu mendengar Radio.

2Masa rakaman dipaparkan pada telefon anda. Jika anda hendak

berhenti merakam, tekan Kekunci

tengah. Jika rakaman selesai, kandungan yang dirakam akan disimpan dalam Galeri sebagai fail mp3.

3Apabila rakaman selesai, pilih Pilihan dan kemudian, pilih Main,

Padam, Edit bunyi, Guna sebagai, Menama semula fail, Maklumat atau Hantar melalui.

11

Nota: Jika anda tinggal di kawasan yang mempunyai penerimaan radio yang tidak baik, anda mungkin sukar untuk mendengar Radio.

Maka, kami menyarankan anda memasukkan Telinga-mikrofon ke dalam penyambung Bebas Tangan untuk mendengar Radio dan mengekalkan penerimaan radio yang baik.

Perakam suara

Gunakan Perakam suara anda untuk merakam memo suara atau bunyi lain.

Galeri

Anda boleh menyimpan sebarang Fail media ke dalam memori telefon anda supaya anda mempunyai akses mudah kepada semua imej, bunyi, video, lain-lain dan permainan anda. Anda juga boleh menyimpan fail anda kepada kad memori. Kelebihan menggunakan kad memori ialah anda boleh mengosongkan ruang memori telefon anda. Semua fail multimedia anda akan disimpan dalam Galeri. Tekan Menu kemudian, pilih Galeri untuk membuka senarai folder.

Imej saya

Imej mengandungi folder dengan imej lalai pada telefon anda, imej dimuat turun oleh anda dan imej yang diambil dalam kamera telefon anda.

Bunyi saya

Folder Bunyi mengandungi Bunyi lalai, rakaman suara anda dan rakaman Radio dan fail bunyi yang dimuat turun oleh anda. Dari sini, anda boleh menguruskan, menghantar atau

menetapkan bunyi sebagai nada dering.

Video saya

Folder video menunjukkan senarai video yang dimuat turun dan video yang anda telah rakam pada telefon anda.

Lain-lain

Daripada menu Lain-lain, anda boleh melihat fail yang tidak disimpan dalam folder Imej, Bunyi atau Video.

Permainan dan Aplikasi saya

GB230 anda terdiri daripada permainan yang dipra muat untuk menghiburkan anda semasa anda mempunyai masa terluang. Jika anda memilih untuk memuat turun sebarang permainan atau aplikasi tambahan, ia akan disimpan dalam folder ini.

12

Kad memori saya

Jika anda telah memasukkan kad memori, ia akan dipaparkan sebagai folder dalam Galeri saya.

Pengatur

Menggunakan kalendar

Apabila anda masuk ke menu ini, kalendar muncul. Kursor empat persegi terletak pada tarikh semasa. Anda boleh memindahkan kursor ke tarikh lain dengan menggunakan kekunci navigasi.

Menambah memo

Anda boleh mendaftar memo anda sendiri di sini.

Menambah item pada senarai tugas anda.

Anda boleh melihat, mengedit dan menambah tugasan yang perlu dilakukan.

Menetapkan penggera anda

Anda boleh menyediakan sehingga 5 jam penggera agar berbunyi pada masa yang ditentukan.

Menggunakan kalkulator anda

Kalkulator menyediakan fungsi

aritmetik asas: tambahan, tolak, darab, bahagi dan aplikasi Saintifik juga.

Menggunakan jam randik

Pilihan ini membenarkan anda menggunakan fungsi jam randik.

Menukar unit

Ini menukar banyak ukuran kepada unit yang anda mahukan.

Menambah bandar kepada masa dunia anda

Anda boleh menambah bandar yang diperlukan pada senarai jam dunia. Anda boleh juga menyemak masa semasa Waktu Min Greenwich (GMT) dan bandar utama di seluruh dunia.

Pergi ke

Ia membantu anda untuk pergi terus kepada apa yang anda cari. Anda boleh menetapkan item sebagai Pergi ke.

Perkhidmatan SIM

Ciri ini bergantung kepada SIM dan perkhidmatan rangkaian. Jika kad SIM menyokong perkhidmatan SAT (cth. Kit Alat Aplikasi SIM), menu ini akan menjadi nama perkhidmatan khusus operator yang disimpan pada kad SIM.

13

Web

Mengakses Web

Anda boleh lancarkan penyemak imbas wap dan mengakses laman utama profil yang diaktifkan pada tetapan Web. Anda boleh memasukkan URL secara manual

dan mengakses halaman wap yang berkaitan.

1 Tekan Menu dan pilih Web.

2Untuk mengakses laman utama Web secara terus, pilih Laman Utama. Secara alternatif, pilih Pergi ke alamat dan taipkan URL yang dikehendaki.

Kesambungan

Menukar tetapan kesambungan anda

Mod Sambungan USB.

1 Penyimpanan massa: Pilih ini dan Sambungkan telefon ke komputer anda dan seret serta lepaskan fail ke folder peranti boleh tanggal GB230.

2 PC Suite: Pilih ini dan sambungkan telefon anda ke komputer anda dalam mod PCSync.

3 Sentiasa Tanya: Memilih ini, akan memberi pilihan, untuk memilih mod, apabila telefon sedang bersambung ke komputer, setiap kali.

Nota: Untuk menggunakan fungsi penyimpanan massa USB, anda perlu memasukkan kad memori luaran dalam telefon anda.

Menukar tetapan Bluetooth anda

1Tekan Menu dan pilih Tetapan

- Kesambungan. Pilih Bluetooth.

2Pilih Tetapan Bluetooth. Buat perubahan kepada :

Keterlihatan telefon saya - Pilih sama ada untuk Tunjukkan atau Sembunyikan peranti anda daripada orang lain.

Nama telefon saya - Masukkan nama untuk LG GB230 anda.

Khidmat disokong - Menunjukkan apa yang ia sokong.

Alamat saya - Lihat alamat Bluetooth anda.

Pasangkan dengan peranti Bluetooth lain

Dengan menjadikan GB230 berpasangan dengan peranti lain, telefon mewujudkan kata laluan secara

14

lalai setiap kali anda menyambung kepada telefon lain melalui Bluetooth.

1Semak Bluetooth anda Hidup dan keterlihatan. Anda boleh mengubah keterlihatan anda dalam menu tetapan Bluetooth , dengan memilih Keterlihatan saya, kemudian, Boleh Dilihat.

2Pilih peranti Aktif dari menu Bluetooth.

3GB230 anda akan mencari peranti. Apabila carian selesai Tambah dan Muat Semula akan muncul pada skrin.

4Pilih peranti yang anda mahu berpasangan, kemudian telefon akan mewujudkan kata laluan secara lalai setiap kali anda menyambung. Kod lalai ialah 0000.

5Telefon anda akan menyambung kepada peranti lain.

6Kod laluan sambungan Bluetooth terlindung anda kini sudah sedia.

Memasang LG PC Suite pada komputer anda

1Pergi ke www.lgmobile.com dan pilih Eropah dahulu dan kemudian, negara anda.

2 Pilih menu Produk, pilih Manual &

Perisian dan klik Pergi ke bahagian muat turun Manual & S/W. Klik Ya dan pemasang LG PC Suite akan muncul. (Windows XP, Windows Media Player dan banyak lagi).

3Pilih bahasa yang anda hendak pemasang menjalankan dan klik OK.

4Ikuti arahan pada skrin untuk menyelesaikan Pemasang wizard LG PC Suite.

5Sebaik sahaja pemasangan selesai, ikon LG PC Suite akan muncul pada desktop anda.

Tetapan

Menukar tarikh & masa anda

Anda boleh menetapkan fungsi berdasarkan tarikh dan masa.

Menukar Profil

Anda boleh peribadikan setiap tetapan profil.

1Pilih profil yang anda mahukan dan pilih Edit dari Pilihan.

2Untuk profil Senyap dan Getar sahaja, anda boleh aktifkan sahaja.

15

Menggunakan mod penerbangan

Gunakan fungsi ini untuk Menghidupkan atau Mematikan mod penerbangan. Anda tidak boleh membuat panggilan, menyambung kepada internet, menghantar

mesej semasa mod Penerbangan Dihidupkan.

Menukar tetapan paparan anda

Anda boleh menukar tetapan untuk paparan telefon.

Menukar tetapan keselamatan anda

Tukar tetapan keselamatan anda untuk mengekalkan GB230 anda dan melindungi maklumat penting.

Permintaan kod PIN - Pilih kod PIN yang hendak diminta semasa anda menghidupkan telefon anda.

Kunci telefon bimbit - Pilih kod keselamatan untuk mengunci telefon anda semasa menghidupkannya, Jika SIM ditukar atau segera

Tukar kod - tukar kod keselamatan, kod PIN, kod PIN2 dan ATMT anda.

Penjejak Mudah Alih Anti Kecurian

- Apabila telefon mudah alih dicuri, telefon menghantarkan SMS ke nombor yang dikonfigurasikan oleh pemilik sebenar. Pengguna perlu mengkonfigurasikan tetapan ATMT dengan nama, nombor telefon utama, nombor kedua. Pengguna perlu Tetapkan ATMT HIDUP untuk mengaktifkan ciri ATMT. Kod ATMT

lalai ialah “0000”.

Menetapkan semula telefon anda

Gunakan Memulihkan tetapan kilang untuk menetapkan semula semua tetapan kepada takrifan kilang mereka. Anda memerlukan kod keselamatan untuk mengaktifkan fungsi ini.

Melihat status memori

Anda boleh menggunakan pengurus memori untuk

menentukan berapa banyak setiap memori digunakan dan melihat berappa banyak ruang yang tersedia:

Biasa, Dikhaskan, Kad SIM, dan Memori luaran.

16

Garis panduan untuk penggunaan selamat dan cekap

Terdedah kepada kuasa frekuensi radio

Maklumat pendedahan gelombang radio dan Kadar penyerapan Khusus (SAR)

Telefon mudah alih model GB230 telah direka bentuk untuk mematuhi keperluan keselamatan yang dikenakan bagi pendedahan pada gelombang radio. Keperluan ini adalah berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan yang direka bentuk untuk memastikan keselamatan semua pengguna tanpa mengira umur dan kesihatan.

Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang radio menggunakan unit ukuran yang disebut sebagai Kadar Penyerapan Khusus, atau SAR. Ujian bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan telefon memancarkan pada aras kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.

Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model telefon LG, ia semua direka bentuk untuk memenuhi garis panduan relevan bagi pendedahan kepada gelombang radio.

Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai

Perlindungan Sinaran Bukan-Ion (Commission on Non-Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP) Antarabangsa, iaitu 2W/kg dipuratakan ke atas sepuluh (10) gram tisu.

Nilai SAR tertinggi untuk telefon model ini diuji oleh DASY4 untuk penggunaan pada telinga ialah 0.618 W/kg(10g) dan apabila dipakai pada badan ialah 0.805 W/kg(10g).

Maklumat data SAR bagi penduduk di negara/kawasan yang telah mengambil had SAR yang disyorkan oleh Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik (Institute of Electrical and Electronics Engineers) (IEEE), iaitu 1.6W/kg dipuratakan ke atas satu (1) gram tisu.

17

Garis panduan untuk penggunaan selamat dan cekap (Bersambung)

Penjagaan dan penyelenggaraan produk

AMARAN

Hanya gunakan bateri, pengecas dan aksesori yang diluluskan untuk digunakan bersama model telefon tertentu ini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti yang berkaitan dengan telefon, dan mungkin merbahaya.

Jangan buka bahagian-bahagian unit ini. Bawanya ke juruteknik perkhidmatan yang kelayakan apabila kerja pembaikan diperlukan.

Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio, dan komputer peribadi.

Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba seperti radiator atau dapur.

Jangan jatuhkan.

Jangan biarkan unit ini didedahkan pada getaran atau kejutan mekanikal.

Matikan telefon ditempat larangan telefon bimbit. Contohnya, jangan gunakan telefon di dalam hospital kerana mungkin mengganggu peralatan hospital.

Jangan kendalikan telefon dengan tangan yang lembab semasa telefon sedang dicas. Kemungkinan akan terjadi renjatan elektrik atau telefon akan rosak.

Jangan cas telefon berhampiran dengan bahan yang mudah terbakar kerana telefon akan menjadi panas dan boleh menyebabkan bahaya kebakaran.

Gunakan kain yang kering untuk membersihkan bahagian luar unit ini. Jangan gunakan pelarut seperti benzena, pencair atau alkohol.

Jangan cas telefon di atas perabot yang lembut.

Telefon haruslah dicas di kawasan pengudaraan yang baik.

Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang berlebihan.

Jangan simpan telefon di sebelah kad kredit atau tiket pengangkutan; ia boleh menjejaskan maklumat pada jalur magnetik.

18

Garis panduan untuk penggunaan selamat dan cekap (Bersambung)

Jangan ketik skrin dengan objek yang tajam; ia boleh merosakkan telefon.

Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau kelembapan.

Guna aksesori seperti fon telinga dengan berhati-hati. Jangan sentuh antena jika tidak diperlukan.

Pengendalian telefon yang efi sien

Peranti elektronik

Jangan gunakan telefon mudah alih anda berhampiran kelengkapan perubatan tanpa meminta kebenaran. Elakkan daripada meletakkan telefon di atas perentak jantung iaitu dalam poket dada anda.

Sesetengah alat bantuan pendengaran mungkin diganggu oleh telefon mudah alih.

Gangguan yang sedikit boleh menjejas TV, radio, PC, dan sebagainya.

Keselamatan di jalan raya

Periksa undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan telefon bimbit di kawasan-kawasan tempat anda memandu

Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu.

Beri perhatian penuh kepada pemanduan anda.

Gunakan kit bebas tangan, jika tersedia.

Keluar dari jalan raya dan letak kereta sebelum membuat atau menjawab panggilan jika keadaan pemanduan memerlukan anda berbuat demikian.

Tenaga RF mungkin menjejaskan sesetengah sistem elektronik dalam kenderaan anda seperti stereo kereta dan kelengkapan keselamatan.

Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara, jangan halangnya dengan kelengkapan wayarles yang dipasang atau yang mudah alih.

Ia mungkin tidak berfungsi atau menyebabkan kecederaan serius disebabkan prestasi yang tidak betul.

19

Garis panduan untuk penggunaan selamat dan cekap (Bersambung)

Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan berjalan, sila pastikan bahawa kelantangannya berada pada paras yang berpatutan

agar anda sedar akan keadaan di sekeliling anda. Ini amat penting terutamanya semasa berhampiran dengan jalan.

Elakkan kerosakan pada pendengaran anda

Kerosakan kepada pendengaran anda boleh berlaku jika anda terdedah kepada bunyi yang kuat untuk tempoh yang lama. Kami dengan ini mengesyorkan anda tidak menghidupkan atau mematikan telefon bimbit yang berhampiran dengan telinga anda. Kami juga menyarankan bahawa kelantangan muzik dan panggilan ditetapkan pada paras yang berpatutan.

Kawasan letupan

Jangan gunakan telefon di mana peletupan sedang dijalankan. Patuhi sekatan dan ikuti peraturan dan undang-undang.

Suasana berpotensi letupan

Jangan gunakan telefon anda di tempat pengisian minyak.

Jangan gunakan berhampiran bahan bakar atau bahan kimia.

Jangan angkut atau simpan gas mudah terbakar, cecair atau bahan letupan dalam petak kenderaan anda yang mengandungi telefon mudah alih dan aksesori anda.

Di dalam kapal terbang

Peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam pesawat.

Matikan telefon mudah alih anda sebelum menaiki apa-apa kapal terbang.

Jangan gunakannya semasa di dalam pesawat tanpa kebeneran daripada anak kapal.

Kanak-kanak

Simpan telefon di tempat yang selamat dan jauh daripada kanakkanak kecil.

Ia termasuk bahagian kecil yang boleh menyebabkan bahaya tercekik jika ia ditanggalkan.

20

Garis panduan untuk penggunaan selamat dan cekap (Bersambung)

Panggilan kecemasan

Panggilan kecemasan mungkin tidak tersedia di bawah semua rangkaian mudah alih. Oleh itu, anda tidak seharusnya bergantung pada mana-mana telefon untuk panggilan kecemasan. Semak dengan pembekal khidmat tempatan anda.

Maklumat dan penjagaan bateri

Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum mengecasnya semula. Tidak seperti sistem bateri yang lain, tiada kesan memori yang boleh menjejaskan prestasi bateri.

Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG direka bentuk untuk memaksimumkan hayat bateri.

Jangan buka atau litar pintaskan pek bateri.

Pastikan sentuhan logam pada bateri sentiasa bersih.

Gantikan bateri apabila ia tidak lagi memberi prestasi yang boleh diterima. Pek bateri boleh dicas

semula beratus-ratus kali sehingga ia perlu digantikan.

Cas semula bateri jika ia tidak digunakan buat tempoh masa

yang lama untuk memaksimumkan kebolehgunaan.

Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya matahari langsung atau gunakannya pada kelembapan yang tinggi, seperti di bilik air.

Jangan biarkan bateri di tempat yang panas atau sejuk, ini mungkin menjejaslan prestasi bateri.

Terdapat risiko letupan jika bateri digantikan dengan jenis yang salah.

Lupuskan bateri yang telah digunakan mengikut arahan pengilang. Sila kitar semula apabila boleh. Janga lupuskan sebagai sampah rumah tangga.

Jika anda hendak menggantikan bateri, bawa ia ke pusat servis LG Electronics atau penjual yang disahkan untuk mendapatkan bantuan.

Sentiasa tanggalkan pengecas dari soket dinding selepas telefon dicas sepenuhnya untuk menjimatkan kuasa pengecas daripada penggunaan yang tidak diperlukan.

Hayat bateri sebenar bergantung kepada tatarajah rangkaian, tetapan produk, corak penggunaan, keadaan bateri dan persekitaran.

21

Aksesori

Terdapat pelbagai aksesori untuk telefon mudah alih anda. Ini diterangkan secara terperinci di bawah.

Pengecas

Bateri

• Alat dengar Stereo

• Kabel Data dan CD

• Panduan Pengguna

Sambung dan

Pelajari lebih banyak

segerakkan GB230 dan

mengenai GB230 anda.

PC anda.

NOTA

Sentiasa guna aksesori tulen LG. Kegagalan berbuat demikian mungkin membatalkan waranti anda.

Aksesori mungkin berbeza dalam wilayah berbeza. Sila semak dengan syarikat perkhidmatan wilayah atau agen kami untuk pertanyaan lebih lanjut.

22

Data teknikal

Umum

Nama produk : GB230

Sistem : GSM 850 / E-GSM 900 / DCS 1800 / PCS 1900

Suhu ambien

Maks: +55°C (menyahcas)

+45°C (mengecas)

Min : -10°C

23

Loading...
+ 57 hidden pages