Mesej Menu 2
Menu ini termasuk fungsi-fungsi yang berkaitan dengan SMS (Khidmat Mesej Ringkas).
Mesej baru
Menu ini membolehkan anda menaipkan mesej baru.
Peti masuk Anda akan diberitahu apabila anda telah menerima mesej.
Draf
Menu ini menunjukkan senarai mesej yang diparatetap.
Peti keluar Menu ini membolehkan anda untuk melihat mesej yang akan dihantar atau
gagal dihantar.
Dihantar
Menu ini membolehkan anda melihat mesej yang telah anda hantar,
termasuk masa dan kandungan.
Dengar mel suara Menu ini menyediakan anda cara pantas untuk mengakses peti mel suara
anda (jika disediakan oleh rangkaian anda).
Mesej info Mesej perkhidmatan maklumat adalah mesej teks yang dihantar melalui
rangkaian ke telefon bimbit anda.
Templat
Terdapat mesej yang dipratentukan dalam senarai. Anda boleh melihat dan
mengedit mesej templat atau membuat mesej baru.
Tetapan Menu ini membolehkan anda menetapkan ciri pembekal khidmat rangkaian
anda.
Daftar panggilan Menu 3
Anda boleh memeriksa rekod panggilan-panggilan yang tidak dijawab, yang diterima, dan yang
sudah didail hanya jika rangkaian menyokong Pengenalan Talian Panggilan (CLI) di dalam
kawasan servis. Nombor dan nama (jika terdapat) dipaparkan bersama-sama dengan tarikh dan
masa panggilan dibuat. Anda juga boleh melihat masa panggilan.
Semua panggilan Memaparkan semua senarai tiga jenis (Diterima/Didail/Panggilan Tidak
Dijawab) mengikut masa.
Panggilan tak
dijawab
Pilihan ini membolehkan anda melihat 20 panggilan terakhir yang tidak
dijawab.
Panggilan didail Pilihan ini membolehkan anda melihat 20 panggilan keluar terakhir (yang
dipanggil atau cuba dipanggil).
Panggilan diterima
Pilihan ini membolehkan anda melihat 20 panggilan terakhir yang diterima.
Jangkamasa
panggilan
Membolehkan anda melihat tempoh panggilan masuk dan panggilan keluar
anda.
Alat Menu 4
Permainan Permainan yang terdapat dalam telefon.
Radio FM Anda boleh mencari stesen radio dan mendengar radio.
Kalkulator Ini mengandungi fungsi-fungsi biasa seperti +, –, x, ÷ : Tambah, Tolak,
Darab dan Bahagi.
Jam randik Jam randik yang tersedia adalah serupa dengan jam randik yang kita lihat
dan gunakan dalam kehidupan seharian kita.
Penukar unit Ini menukar sebarang ukuran kepada unit yang anda mahu.
Jam dunia Membolehkan anda menentukan masa semasa dan dalam zon atau negara
yang lain.
Tetapan Menu 5
Anda boleh menetapkan menu yang berikut untuk kemudahan dan mengikut keutamaan anda.
Profil
Anda boleh melaras dan menyesuaikan nada telefon untuk peristiwa yang
berlainan, persekitaran, atau kumpulan pemanggil yang berlainan.
Tarikh & Masa Anda boleh menetap fungsi-fungsi yang berkaitan dengan tarikh dan masa.
Bahasa Anda boleh menukar bahasa bagi teks paparan di dalam telefon anda.
Pertukaran ini akan juga menjejas mod Masukan Bahasa.
Paparan Anda boleh menukar tetapan paparan telefon.
Panggilan Anda boleh menetapkan menu berkaitan dengan panggilan.
Kunci kekunci
automatik
Apabila ciri ini didayakan, telefon dikunci.
Sekuriti
Menu ini membolehkan anda menetapkan telefon dengan selamat.
›
Permintaan kod PIN: Anda boleh menetapkan telefon agar meminta kod
PIN kad SIM dan apabila telefon dihidupkan.
›
Kunci telefon: Anda boleh menggunakan kod keselamatan untuk
mengelakkan telefon digunakan tanpa kebenaran.
›
Sekatan panggilan: Khidmat Sekatan panggilan mencegah telefon anda
daripada membuat atau menerima kategori panggilan tertentu. Fungsi ini
memerlukan kata laluan sekatan panggilan.
›
Nombor dail tetap (Bergantung kepada SIM): Anda boleh
membataskan panggilan keluar anda kepada nombor-nombor yang
terpilih. Nombor-nombor ini dilindungi oleh kod PIN2 anda. Nombor
yang anda ingin benarkan akses sebaik saja perkhidmatan telah
didayakan, mesti ditambah pada kenalan selepas mendayakan nombor
dail Tetap.
Tetapan Menu 5 (Sambungan)
Sekuriti
(Sambungan)
› Jejak telefon hilang: Telefon ini memberikan anda kemampuan untuk
mempunyai sistem penjejakan untuk telefon mudah alih anda sekirannya
anda kehilangannya atau tersalah letak.
›
Tukar kod: PIN adalah singkatan bagi Nombor Pengenalan Peribadi yang
digunakan untuk mencegah penggunaan oleh orang yang tidak mendapat
izin. Anda boleh menukar kod-kod akses: Kod sekuriti, kod PIN, kod PIN2,
Tukar kod LMT.
Jimat tenaga Jika anda menetapkan ini ke Hidup, anda boleh menjimatkan kuasa apabila
anda tidak menggunakan telefon.
Pemilihan
rangkaian
Anda boleh memilih rangkaian yang akan didaftarkan sama ada secara
automatik atau secara manual. Biasanya, pemilihan rangkaian ditetap ke
Automatik.
Reset tetapan Anda boleh mengasal kepada pengesetan kilang. Anda memerlukan Kod
keselamatan untuk mengaktifkan fungsi ini.
Status memori Anda boleh memeriksa ruang bebas dan penggunaan memori setiap
repositori.
Penyelenggara Menu 6
Penggera Membolehkan anda menetapkan satu daripada tiga penggera. Masa semasa
dipaparkan di bahagian teratas skrin apabila anda memilih penggera untuk
ditetapkan. Pada masa penggera, ikon Penggera akan dipaparkan pada skrin
LCD dan penggeranya akan berbunyi.
Kalendar Anda boleh memeriksa jejak jadual harian atau bulanan.
Memo Anda boleh membuat senarai tugasan.
❏
Garis Panduan bagi Penggunaan yang Selamat dan Cekap
Baca garis panduan mudah ini. Melanggar peraturan mungkin merbahaya atau salah di sisi
undang-undang. Maklumat terperinci lanjut diberikan di dalam buku panduan ini.
Amaran
›
Untuk keselamatan anda, gunakan HANYA bateri dan pengecas yang ditentukan TULEN.
›
Matikan telefon di sebarang tempat di mana peraturan khas menghendakinya. Misalnya, jangan
gunakan telefon anda di hospital kerana ia boleh menjejas peralatan perubatan yang peka.
›
Bateri harus dibuang menurut undang-undang yang berkaitan.
Penjagaan dan Penyenggaraan Produk
Amaran! Gunakan hanya bateri, pengecas dan aksesori yang diluluskan untuk digunakan
khususnya dengan telefon model ini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan
sebarang kelulusan atau waranti yang berkaitan dengan telefon ini, dan mungkin merbahaya.
›
Jangan buka bahagian-bahagian unit ini. (Bawa ia ke juruteknik khidmat yang berkelayakan
apabila kerja pembaikan perlu dilakukan.)
›
Unit ini harus diletakkan jauh dari sumber haba seperti penyinar atau alat memasak.
›
Gunakan kain kering untuk membersihkan bahagian luar unit. (Jangan gunakan sebarang
pelarut.)
›
Jangan simpan telefon bersebelahan dengan kad kredit atau tiket pengangkutan; ia boleh
menjejas maklumat di dalam jalur bermagnetnya.
❏
Garis Panduan bagi Penggunaan yang Selamat dan Cekap
(Sambungan)
Peranti Elektronik
Semua telefon wayarles boleh mendapat gangguan, yang boleh menjejas prestasinya.
›
Jangan gunakan telefon bimbit anda berdekatan dengan kelengkapan perubatan tanpa
meminta izin. Elakkan daripada meletakkan telefon di atas perentak jantung, iaitu di dalam
saku dada anda.
Keselamatan Di Jalan Raya
Periksa undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan telefon bimbit di kawasan-kawasan
tempat anda memandu.
›
Jangan gunakan telefon semasa memandu.
›
Gunakan kit bebas tangan, jika terdapat.
›
Keluar dari jalan raya dan letakkan kereta sebelum membuat dan menjawab panggilan jika
keadaan memandu memerlukan.
Kawasan Letupan
Jangan gunakan telefon di mana peletupan sedang dijalankan. Ikut sekatan-sekatan, dan patuhi
sebarang undang-undang atau peraturan.
❏
Garis Panduan bagi Penggunaan yang Selamat dan Cekap
(Sambungan)
Persekitaran Boleh Meletup
Jangan menggunakan telefon di tempat mengisi bahan bakar. Jangan gunakan berdekatan
dengan bahan bakar atau kimia.
Di Dalam Pesawat
Peranti-peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam pesawat.
›
Matikan telefon bimbit anda sebelum menaiki sebarang pesawat.
Kanak-kanak
Pastikan telefon disimpan jauh daripada jangkauan kanak-kanak. Ia mempunyai bahagian kecil
yang jika ditanggalkan boleh menyebabkan bahaya tercekik.
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tiada di bawah semua rangkaian selular. Oleh itu, anda tidak
sekali-kali harus bergantung pada telefon ini semata-mata untuk membuat panggilan kecemasan.
Semak dengan pembekal khidmat tempatan anda.
❏
Garis Panduan bagi Penggunaan yang Selamat dan Cekap
(Sambungan)
Maklumat dan Penjagaan Bateri
›
Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum mengecasnya semula. Tidak seperti
sistem bateri lain, tiada kesan ingatan yang boleh menjejas prestasi bateri.
›
Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG direka bentuk untuk memaksimumkan
hayat bateri.
›
Jangan buka atau melitar pintas pek bateri.
›
Gantikan bateri apabila ia tidak lagi memberikan prestasi yang boleh diterima. Pek bateri boleh
dicas beratus-ratus kali sehingga ia perlu diganti.
›
Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya matahari langsung atau gunakan ia dalam
kelembapan tinggi seperti di dalam bilik air.
›
Risiko meletup jika bateri diganti dengan jenis yang salah.
›
Lupuskan bateri yang terpakai menurut arahan pengilang.
❏
Garis Panduan bagi Penggunaan yang Selamat dan Cekap
(Sambungan)
PENDEDAHAN KEPADA TENAGA FREKUENSI RADIO
Pendedahan kepada gelombang radio dan maklumat Kadar Penyerapan Tertentu (Specific
Absorption Rate) (SAR)
Telefon bimbit model ini telah direka bentuk supaya mematuhi keperluan keselamatan yang
berkenaan bagi pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini adalah berdasarkan garis
panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan yang bertujuan memastikan keselamatan
bagi semua orang, tidak kira umur atau tahap kesihatan.
›
Garis panduan mengenai pendedahan kepada gelombang radio ini menggunakan unit
pengukuran yang disebut Kadar Penyerapan Tertentu (Specific Absorption Rate), atau SAR.
Ujian-ujian bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan telefon
memancarkan pada aras kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
›
Walaupun mungkin terdapat perbezaan antara aras-aras SAR bagi pelbagai model telefon LG,
kesemuanya direka bentuk supaya memenuhi garis panduan relevan bagi pendedahan kepada
gelombang radio.
›
Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran Bukan-Ion
(Commission on Non- Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP) antarabangsa, iaitu 2W/kg
dipuratakan ke atas sepuluh (10) gram tisu.
›
Nilai SAR yang tertinggi bagi telefon model ini yang diuji oleh DASY4 bagi penggunaan pada
telinga/badan adalah [0.686/0.482] W/kg(10g).
›
Maklumat SAR bagi penduduk di negara/kawasan yang telah mengambil had SAR yang
disyorkan oleh Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik (Institute of Electrical and Electronics
Engineers) (IEEE), iaitu 1.6 W/kg dipuratakan ke atas satu (1) gram tisu.
❏
Penyelesaian masalah
Bab ini menyenaraikan beberapa masalah yang mungkin anda hadapi semasa menggunakan
telefon anda. Sesetengah masalah memerlukan anda menghubungi pembekal khidmat anda
tetapi kebanyakan daripada masalah yang hadapi mudah diperbetulkan oleh anda sendiri.
Mesej Sebab berkemungkinan Langkah Pembetulan yang Berkemungkinan
Ralat SIM
Tiada kad SIM dalam telefon atau
anda memasukkannya secara tidak
betul.
Pastikan bahawa kad SIM dimasukkan
dengan betul.
Tiada pembetulan
pada rangkaian
Isyarat lemah
Di luar rangkaian GSM
Gerakkan lebih tinggi ke tingkap atau
ruang terbuka.
Semak peta liputan pembekal khidmat.
Kod tidak
sepadan
Apabila anda ingin menukar kod
keselamatan, anda perlu mengesahkan
kod baru dengan memasukkannya
semula. Kedua-dua kod yang anda
masukkan tidak sepadan.
Hubungi pembekal khidmat anda.
Fungsi tidak
dapat ditetapkan
Tidak disokong oleh Pembekal
Khidmat atau perlu mendaftar
Hubungi pembekal khidmat anda.
Panggilan tidak
tersedia
Ralat mendail
Kad SIM baru dimasukkan
Tukar had dicapai
Rangkaian baru tidak dibenarkan.
Semak sekatan baru.
Hubungi Pembekal Khidmat atau tetapkan
semula had PIN 2.
Mesej Sebab berkemungkinan Langkah Pembetulan yang Berkemungkinan
Telefon tidak
boleh dihidupkan
Kekunci Hidup/Matikan ditekan
terlalu sebentar
Bateri kosong
Sesentuh bateri kosong
Tekan kekunci Hidup/Matikan sekurangkurangnya dua saat.
Mengecas bateri. Periksa penunjuk
pengecasan dalam paparan.
Bersihkan sesentuh.
Ralat pengecasan
Bateri kosong sepenuhnya
Suhu di luar julat
Masalah hubungan
Tiada voltan utama
Pengecas rosak
Pengecas salah
Bateri rosak
Mengecas bateri.
Pastikan suhu ambien sesuai, tunggu
sebentar, dan kemudian cas lagi.
Periksa bekalan kuasa dan sambungan
pada telefon. Periksa sesentuh bateri,
bersihkannya jika perlu.
Pasangkan pada soket yang berbeza atau
periksa voltan.
Jika pengecas tidak panas, gantikannya.
Hanya gunakan aksesori LG asal.
Gantikan bateri.
Telefon
kehilangan
rangkaian
Isyarat terlalu lemah
Sambungan semula ke pembekal khidmat
lain adalah automatik.
Nombor tidak
dibenarkan
Fungsi nombor dailan tetap
dihidupkan.
Periksa Tetapan
❏
Data Teknikal
Umum
›
Nama produk : GB106
›
Sistem : GSM 900 / DCS 1800
Suhu Ambien
›
Maks : +55°C, Mengecas (+45°C)
›
Min : -10°C