LG F7100 Owner’s Manual [ms]

MODEL: F7100
MALAY ENGLISH
P/N : MMBB0125707
PRINTED IN KOREA
ISSUE 1.0
BUKU PANDUAN PENGGUNA
Telefon GPRS & MMS
BUKU PANDUAN PENGGUNA
MODEL: F7100
Sila baca buku panduan ini dengan teliti sebelum mengendalikan telefon bimbit anda. Simpan ia untuk rujukan masa depan.
T•E•L•E•F•O•N•G•P•R•S•&•M•M•S
MALAY
Telefon GPRS & MMS
BUKU PANDUAN PENGGUNA
MODEL: F7100
Sila baca buku panduan ini dengan teliti sebelum mengendalikan telefon bimbit anda. Simpan ia untuk rujukan masa depan.
MALAY
1
1
Pendahuluan
Tahniah atas pembelian telefon selular F7100 yang maju dan padat, yang direka bentuk untuk beroperasi dengan teknologi komunikasi bergerak digital yang terkini.
Panduan pengguna ini mengandungi maklumat penting mengenai penggunaan dan pengendalian telefon ini. Sila baca semua maklumat dengan teliti untuk prestasi optimum dan untuk mencegah sebarang kerosakan atau penyalah gunaan telefon ini. Sebarang perubahan atau pengubahsuaian yang tidak diluluskan dengan nyata di dalam panduan pengguna ini boleh mentaksahkan waranti bagi alat ini.
Untuk Keselamatan Anda
Telefon Bimbit mesti dimatikan sepanjang masa di dalam pesawat.
Amaran
Jangan pegang telefon di dalam tangan anda semasa memandu.
Jangan gunakan telefon anda berdekatan dengan stesen minyak, depot bahan bakar, loji kimia atau operasi peletupan.
Jangan pegang telefon dengan tangan yang basah semasa ia dicas. Ini boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kerosakan yang serius pada telefon anda.
Untuk keselamatan anda, gunakan HANYA bateri dan pengecas yang ditentukan TULEN.
Simpan telefon di tempat yang selamat jauh dari capaian kanak-kanak. Ini termasuk bahagian-bahagiannya yang kecil yang boleh menimbulkan bahaya tercekik jika dipisahkan.
MALAY
3
Untuk Keselamatan Anda
Matikan telefon di sebarang tempat di mana peraturan khas menghendakinya. Misalnya, jangan gunakan telefon anda di hospital kerana ia boleh menjejas peralatan perubatan yang peka.
Awas
Panggilan kecemasan mungkin tidak terdapat di bawah semua rangkaian. Oleh itu, anda tidak harus bergantung semata-mata pada telefon ini untuk panggilan kecemasan.
Gunakan hanya aksesori TULEN bagi mengelakkan kerosakan pada telefon anda.
Bateri harus dibuang menurut undang-undang yang berkaitan.
MALAY
4
Semua pemancar radio mempunyai risiko gangguan jika berdekatan dengan barangan elektronik. Gangguan yang sedikit boleh menjejas TV, radio, PC, dan sebagainya.
Jangan buka bahagian­bahagian telefon atau bateri.
Garis panduan untuk penggunaan
yang selamat dan cekap
Baca garis panduan mudah ini. Melanggar peraturan mungkin merbahaya atau menyalahi undang-undang. Maklumat terperinci lanjut diberi di dalam buku panduan ini.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan gelombang radio dan Kadar Penyerapan Tertentu (Specific Absorption Rate, SAR)
Telefon bimbit model F7100 telah direka bentuk supaya mematuhi keperluan keselamatan yang berkenaan bagi pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan yang bertujuan memastikan keselamatan ini bagi semua orang, tidak kira umur dan kesihatan.
• Garis panduan pendedahan gelombang radio menggunakan unit pengukuran yang disebut Kadar Penyerapan Tertentu (Specific Absorption Rate), atau SAR. Ujian-ujian bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah berpiawai dengan telefon memancar pada aras kuasa tertinggi yang diiktiraf dalam semua jalur frekuensi yang digunakan.
• Walaupun mungkin terdapat perbezaan antara paras SAR bagi pelbagai model telefon LG, semua model ini direka bentuk agar mematuhi garis panduan yang relevan bagi pendedahan kepada gelombang radio.
• Had SAR yang disarankan oleh Suruhanjaya Perlindungan Sinaran Bukan Ion (Commission on Non-Ionizing Radiation Protection, ICNIRP) antarabangsa, iaitu 2W/kg dipuratakan pada sepuluh (10) gram tisu.
• Nilai tertinggi SAR bagi telefon model ini yang diuji oleh DASY4 untuk penggunaan pada telinga ialah 0.0319 W/kg (10g).
• Maklumat data SAR bagi penduduk di negara/kawasan yang telah menerima had SAR yang disarankan oleh Institusi Jurutera Elektrik dan Elektronik (Institute of Electrical and Electronics Engineers, IEEE), iaitu 1.6 W/kg dipuratakan pada satu (1) gram tisu.
MALAY
5
Garis panduan
Penjagaan dan penyenggaraan produk
Amaran: Gunakan hanya bateri, pengecas dan aksesori yang diluluskan untuk digunakan khususnya bersama model telefon ini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti bagi telefon ini, dan mungkin merbahaya.
• Jangan buka bahagian-bahagian unit ini. Bawa ia kepada juruteknik servis yang berkelayakan apabila kerja pembaikan diperlukan.
• Jauhkan dari alat elektrik seperti TV, radio atau komputer peribadi.
• Unit ini harus dijauhkan dari sumber haba seperti penyinar atau alat memasak.
• Jangan jatuhkan ia.
• Jangan dedahkan unit ini kepada getaran atau kejutan mekanikal.
• Salut telefon boleh rosak jika ditutup dengan balutan atau pembalut vinil.
• Jangan gunakan bahan kimia yang keras (seperti alkohol, benzena, pencair, dll.) atau bahan pencuci untuk membersihkan telefon anda. Terdapat risiko ini boleh menyebabkan kebakaran.
• Jangan dedahkan unit ini kepada asap dan habuk yang berlebihan.
• Jangan simpan telefon bersebelahan dengan kad kredit atau tiket pengangkutan; ia boleh menjejas maklumat pada jalur-jalur magnet.
• Jangan ketuk skrin dengan benda tajam; ini boleh merosakkan telefon.
• Jangan dedahkan telefon ini kepada cecair atau lembapan.
• Gunakan aksesori-aksesori seperti cuping telinga dengan berhati­hati.
• Jika anda meletakkan telefon anda di dalam kocek atau beg tanpa menutup reseptakel telefon (pin palam kuasa), benda-benda
MALAY
berlogam (seperti duit syiling, klip kertas atau pen) boleh melitar pintas telefon. Sentiasa tutup reseptakel apabila tidak digunakan.
• Jangan sekali-kali meletakkan telefon anda di dalam ketuhar gelombang mikro kerana ini akan menyebabkan baterinya meletup.
6
Garis panduan
• Hanya kakitangan berdaftar sahaja yang harus menservis telefon dan aksesori-aksesorinya. Pemasangan atau servis yang tidak betul boleh menyebabkan kemalangan dan akibatnya mentaksahkan waranti.
• Jangan gunakan telefon jika antenanya rosak. Jika antena yang rosak bersentuhan dengan kulit, ia mungkin menyebabkan sedikit kelecuran. Sila hubungi Pusat Servis Berdaftar LG untuk menggantikan antena yang rosak.
• Label telefon mengandungi maklumat penting bagi tujuan sokongan pelanggan. Jangan tanggalkan ia.
Operasi cekap telefon
Untuk menikmati prestasi optimum dengan penggunaan kuasa yang minimum sila:
• Pegang telefon sepertimana anda memegang telefon lain. Semasa becakap langsung ke dalam mikrofon, halakan antena ke atas dan melepasi bahu anda. Jika antena boleh dipanjangkan/dipendekkan, ia harus dipanjangkan semasa panggilan.
• Jangan pegang antena semasa telefon digunakan. Jika anda memegangnya, ia boleh menjejas mutu panggilan, ia juga boleh menyebabkan telefon beroperasi pada aras kuasa yang lebih tinggi daripada apa yang diperlukan dan memendekkan masa bual dan masa tunggu sedia.
• Jika telefon bimbit anda menyokong inframerah, jangan sekali-kali menghalakan alur inframerah ke arah mata sesiapa.
Peranti elektronik
Semua telefon bimbit boleh mendapat gangguan, yang boleh menjejas prestasinya.
Jangan gunakan telefon bimbit anda berdekatan dengan kelengkapan perubatan tanpa meminta kebenaran. Elakkan daripada meletakkan telefon di atas perentak jantung, iaitu di dalam kocek dada anda.
MALAY
7
Garis panduan
Sesetengah alat bantuan pendengaran boleh mendapat gangguan
daripada telefon bimbit.
Gangguan yang sedikit boleh menjejas TV, radio, PC, dll.
Jangan bengkokkan, calarkan, atau dedahkan kepada elektrik statik.
Keselamatan di jalan raya
Periksa undang-undang dan peraturan tentang penggunaan telefon bimbit di sesuatu kawasan apabila anda memandu.
• Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu.
• Berikan perhatian penuh kepada kegiatan memandu.
• Gunakan kit bebas tangan, jika terdapat.
• Keluar dari jalan raya dan letakkan kereta sebelum membuat atau menjawab panggilan jika keadaan memandu menghendakinya.
• Tenaga RF boleh menjejas sesetengah sistem elektronik di dalam kenderaan anda seperti stereo kereta, kelengkapan keselamatan.
• Semasa menaiki kereta, jangan tinggalkan telefon atau pasang kit bebas tangan berdekatan dengan beg udara. Jika kelengkapan wayarles tidak dipasang dengan betul dan beg udara diaktifkan, anda boleh mendapat kecederaan yang serius.
Tempat peletupan
Jangan gunakan telefon di tempat peletupan sedang dijalankan. Patuhi sekatan-sekatan, dan ikut sebarang undang-undang atau peraturan.
Persekitaran yang boleh meletup
• Jangan gunakan telefon di tempat mengisi bahan bakar. Jangan gunakan berdekatan dengan bahan bakar atau bahan kimia.
MALAY
• Jangan angkut atau simpan gas, cecair mudah bakar, atau bahan letupan di dalam petak simpanan kenderaan anda, yang mengandungi telefon bimbit anda dan aksesori-aksesorinya.
8
Garis panduan
Di dalam pesawat
Peranti-peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam pesawat.
• Matikan telefon bimbit anda sebelum menaiki sebarang pesawat.
• Jangan gunakan ia di lapangan terbang tanpa kebenaran
kakitangan.
Maklumat dan penjagaan bateri
• Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum mengecas semula. Tidak seperti sistem-sistem bateri lain, tidak ada kesan memori yang boleh menjejas prestasi bateri.
• Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas-pengecas LG direka bentuk supaya memaksimumkan hayat bateri.
• Jangan buka pek bateri atau melitar pintas ia.
• Pastikan sentuhan-sentuhan logam pek bateri sentiasa bersih.
• Gantikan bateri apabila ia tidak lagi memberikan prestasi yang boleh diterima. Pek bateri boleh dicas beratus-ratus kali sehingga ia perlu diganti.
• Cas semula bateri jika ia tidak digunakan untuk masa yang lama bagi memaksimumkan kegunaannya.
• Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya matahari langsung atau gunakan ia dalam persekitaran lembapan tinggi, seperti di bilik air.
• Jangan tinggalkan bateri di tempat yang panas atau sejuk; ini boleh melemahkan prestasi bateri.
Khidmat rangkaian
• Sesetengah khidmat dan fungsi yang diperihalkan di dalam panduan pengguna ini bergantung kepada rangkaian atau langganan. Oleh itu, tidak semua menu mungkin terdapat di dalam telefon anda. Sila hubungi operator rangkaian untuk maklumat lanjut tentang langganan anda.
9
MALAY
Kandungan
Untuk telefon anda
Bahagian Depan Telefon
Bahagian Belakang Telefon
Perihalan Kekunci Maklumat Paparan
Ikon Pada Skrin
Pemasangan
Memasukkan Kad SIM
Mengecas Bateri
Memutuskan sambungan pengecas
Membuat dan Menjawab Panggilan
Membuat Panggilan
Panggilan Antarabangsa
Membuat panggilan menggunakan Kekunci Hantar
Membuat panggilan menggunakan Buku telefon
Menu Dalam Panggilan
Semasa panggilan
Panggilan Berbilang Pihak atau Persidangan
Kod Akses
Kod PUK (4 hingga 8 angka)
Kod PUK2 (4 hingga 8 angka)
Kod PUK (4 hingga 8 angka)
Kod PUK2 (4 hingga 8 angka)
Kod keselamatan (4 hingga 8 angka)
Pokok Menu Mesej [Menu 1]
Tulis Mesej Pendek [Menu 1-1]
Tulis Mesej Multimedia [Menu 1-2]
MALAY
Peti Masuk [Menu 1-3]
Peti Keluar [Menu 1-4]
Mel Suara [Menu 1-5]
......................................................................
..........................................................
......................................................
.......................................................................
......................................................................
........................................................................
................................................................................
..............................................................
.......................................................................
.........................................
..........................................
..................................................................
..........................................................
...............................................................
....................................................................
...................................................................................
....................................................
..................................................
....................................................
..................................................
.................................................................................
............................................................................
................................................
...........................................
..............................................................
..............................................................
...............................................................
.................
.....................
..........................
.......................................
13
13 15
16 17
17
19
19 21 22
23
23 23 23 23
24
24 26
29
29 29 29 29 30
31 34
34 36 41 43 44
10
Kandungan
Maklumat Servis [Menu 1-6]
Templat [Menu 1-7]
...................................................................
Tetapan [Menu 1-8]
Daftar Panggilan [Menu 2]
Panggilan Tidak Dijawab [Menu 2-1]
.....................................................
..................................................................
..........................................................
........................................
Senarai Nombor Panggilan Terima [Menu 2-2]
Panggilan Dail [Menu 2-3]
Semua senarai panggilan [Menu 2-4]
Padam Panggilan Terkini [Menu 2-5]
Caj Panggilan [Menu 2-6]
Maklumat GPRS [Menu 2-7]
Profil [Menu 3]
.............................................................................
Getar Sahaja [Menu 3-1]
Senyap [Menu 3-2]
biasa [Menu 3-3]
Kuat [Menu 3-4]
.......................................................................
........................................................................
Alat Dengar [Menu 3-5]
Tetapan [Menu 4]
........................................................................
Jam loceng [Menu 4-1]
Tarikh & Masa [Menu 4-2]
Tetapan Telefon [Menu 4-3]
Tetapan Panggilan [Menu 4-4]
Tetapan Sekuriti [Menu 4-5]
Tetapan Rangkaian [Menu 4-6]
Tetap Semula Aturan [Menu 4-7]
Salah [Menu 5]
.............................................................................
Arah kiblat [Menu 5-1]
Lihat Azan [Menu 5-2]
Tetapan azan [Menu 5-3]
Tetapan bandar [Menu 5-4]
........................................................
.......................................
.......................................
.........................................................
.....................................................
..........................................................
...................................................................
.............................................................
.............................................................
........................................................
.....................................................
.................................................
.....................................................
................................................
..............................................
...............................................................
...............................................................
..........................................................
......................................................
........................
44 46 47
49
49 49 49 49 49 49 52
53
53 53 53 53 53
56
56 56 57 59 63 67 68
69
69 70 70 72
MALAY
11
Kandungan
Penyelenggara [Menu 6]
Penyelenggara [Menu 6-1]
Buku Telefon [Menu 6-2]
Tetapan kalendar [Menu 6-3]
Mainan & Utiliti [Menu 7]
Permainan [Menu 7-1]
Folder Saya [Menu 7-2]
Komposer Melodi [Menu 7-3]
Kalkulator [Menu 7-4]
Pengubah Unit [Menu 7-5]
Masa Dunia [Menu 7-6]
.............................................................
.......................................................
..........................................................
....................................................
............................................................
..............................................................
............................................................
....................................................
................................................................
........................................................
............................................................
Alat Rakaman Suara [Menu 7-7]
Jawapan automatik [Menu 7-8]
Java [Menu 7-9]
Internet [Menu 8]
Rumah [Menu 8-1]
........................................................................
.........................................................................
....................................................................
Penanda Buku [Menu 8-2]
Mesej Push [Menu 8-3]
Profil [Menu 8-4]
.......................................................................
Pergi Ke URL [Menu 8-5]
Tetapan Cache [Menu 8-6]
.................................................
........................................................
.............................................................
..........................................................
.......................................................
Pengesahan Sekuriti [Menu 8-7]
Tetap Semula Profil [Menu 8-8]
Versi Pelayar [Menu 8-9]
................................................
..........................................................
Mengenai menyemak imbas menu Layanan SIM [Menu 9] Aksesori Data Teknikal
.......................................................................................
...............................................................................
................................................................
..............................................
..............................................
............................................
74
74 75 82
83
83 83 84 85 85 86 86 86 89
90
90 90 90 91 94 94 94 94 94
95 96 97 99
MALAY
12
Untuk telefon anda
1
2
3
4
5
6
7
Bahagian Depan Telefon
1. Cuping Telinga
2. Ikon-ikon paparan
• Atas: Kekuatan isyarat, paras bateri dan pelbagai fungsi
• Bawah: Penunjuk-penunjuk kekunci lembut
3. Kekunci Angka
• Dalam mod tunggu sedia: Masukkan nombor untuk didail.
Tekan dan tahan
0
– Panggilan antarabangsa
1
– Memanggil peti mel suara anda
2
hingga 9– Dail cepat
*
– Aktifkan Dail suara
• Dalam mod edit: Masukkan nombor dan aksara.
4. Mikrofon
5. Antena bersepadu
6. Lubang penyambung alat dengar
7. Kekunci Tepi
• Dalam mod tunggu sedia: kelantangan nada kekunci
• Dalam menu: tatal ke atas & ke bawah
• Semasa panggilan: kelantangan cuping telinga
• Kekunci Bawah Tekan dan tahan: Aktifkan arah Kiblat
MALAY
13
Untuk telefon anda
12
3
465
2. Kekunci Pengesahan
Dalam mod tunggu sedia: Aktifkan WAP
3. Kekunci Lembut
Kekunci-kekunci ini melaksanakan fungsi yang ditunjukkan di
bahagian bawah paparan.
4. Kekunci Hantar
• Dail nombor telefon dan jawab panggilan.
• Dalam mod tunggu sedia: menunjukkan panggilan yang telah didail, diterima dan tidak dijawab.
5. Kekunci TAMAT
• Menghidupkan/mematikan (tekan dan tahan).
• Menamatkan atau menolak panggilan.
6. Kekunci Padam
• Secara ringkas: Senarai Jawapan automatik.
• Tekan dan tahan: Aktifkan/Tidak Aktif Jawapan automatik.
MALAY
1. Kekunci-kekunci Pandu Arah
• Dalam mod tunggu sedia:
Secara ringkas: Senarai nama Buku
U
telefon
D
Secara ringkas: Senarai Memo suara Tekan dan tahan: Aktifkan Memo suara
R
Secara ringkas: Senarai Mesej
L
Secara ringkas: Senarai Profil Tekan dan tahan: Aktifkan mod Getar
• Dalam menu: tatal ke atas & ke bawah
14
Bahagian Belakang Telefon
Untuk telefon anda
Lubang Tali
Tangan
Bateri
Kunci Bateri
Kad SIM
Terminal­Terminal Bateri
Penyambung Kabel Penyambung PengecasanBateri
MALAY
15
Perihalan Kekunci
Kekunci Huruf
Setiap kekunci boleh digunakan untuk beberapa simbol. Ini ditunjukkan di bawah.
Kekunci Perihalan
1
2 A B C 2 Ä À Á Â Ã Å Æ Ç a b c ä à á â ã å æ ç
3 D E F 3 Ë È É Ê d e f ë è é ê
4 G H I 4 | Ï Ì Í Î ˝ g h i \ ï ì í î ©
5 J K L 5 j k l
6 M N O 6 Ñ Ö Ø Ò Ó Ô Õ Œ m n o ñ ö ø ò ó ô õ œ
7 P Q R S 7 ß ™ p q r s ß
8 T U V 8 Ü Ù Ú Û t u v ü ù ú û
9 W X Y Z 9 w x y z
. , / ? ! - : ' " 1
MALAY
0 [ruang] 0
16
Maklumat Paparan
Skrin memaparkan beberapa ikon. Ini diperihalkan di bawah.
Ikon Pada Skrin
Ikon/Penunjuk
Perihalan
Memberitahu anda kekuatan isyarat rangkaian.
Panggilan disambungkan.
Anda boleh menggunakan khidmat GPRS.
Menunjukkan bahawa anda sedang menggunakan khidmat perayauan.
Talian 1/2 sedang digunakan untuk panggilan keluar – Jika anda melanggani Khidmat Dua Talian.
Penggera telah ditetapkan dan sedang aktif.
Memberitahu anda status bateri.
Anda telah menerima mesej teks.
Anda telah menerima mesej suara.
Anda telah menerima mesej tolak.
Anda boleh melihat jadual anda.
Semua isyarat yang boleh didengar dimatikan.
Menu umum dalam profil.
Menu kuat dalam profil.
Menu senyap dalam profil.
Menu alat dengar dalam profil.
Anda boleh mengalihkan panggilan.
MALAY
17
Maklumat
Paparan
Ikon/Penunjuk
Perihalan
Menunjukkan ciri telefon jawab Umum diaktifkan.
Menunjukkan ciri telefon jawab Mesyuarat diaktifkan.
Menunjukkan ciri telefon jawab Memandu diaktifkan.
Menunjukkan ciri telefon jawab ditakrif pengguna 1 diaktifkan.
Menunjukkan ciri telefon jawab ditakrif pengguna 2 diaktifkan.
MALAY
18
Pemasangan
1. Memasukkan Kad SIM
1. Di belakang telefon, tekan selak ke atas dan pegang ia. Angkat
bateri keluar seperti yang ditunjukkan.
2. Gelongsorkan kad SIM ke dalam lubang alur, di bawah
pemegang-pemegang berwarna perak, dengan penyambung­penyambung berwarna emas menghadap ke bawah.
Mengeluarkan kad SIM
Gelongsorkan kad SIM keluar dari lubang alur, seperti yang ditunjukkan, ke arah bahagian atas telefon.
MALAY
19
Pemasangan
Kad SIM
• Apabila anda mendaftar sebagai pelanggan dengan operator rangkaian, anda boleh dapatkan kad SIM (Subscriber Identity Module (Modul Pengenalan Pelanggan)). Kad SIM mengandungi cip komputer yang menjejak nombor telefon anda, perkhidmatan-perkhidmatan yang disertakan dalam langganan anda dan maklumat buku telefon anda antara lainnya.
3. Letakkan bateri di belakang; Tempatkan cuping-cuping di
bahagian bawah bateri ke dalam pemegang. Kemudian tolak bateri ke bawah sedikit sehingga selak berbunyi klik.
Awas
• Mengeluarkan bateri dari telefon semasa telefon dihidupkan boleh menyebabkan kerosakan.
• Sentuhan logam kad SIM mudah rosak apabila tercalar. Anda harus amat berhati-hati apabila anda memegang dan memasang kad SIM. Ikut arahan yang dibekalkan bersama kad SIM.
• Kad SIM mestilah dijaga dengan baik seperti kad
MALAY
bank.
• Jika telefon dan/atau kad SIM anda hilang atau dicuri, hubungi pembekal perkhidmatan dengan segera untuk mencegah penyalahgunaannya.
20
Pemasangan
2. Mengecas Bateri
Untuk menyambungkan penyesuai kembara pada telefon, anda mestilah telah pun memasang bateri.
1. Pastikan bateri dicas sepenuhnya sebelum menggunakan
telefon.
2. Dengan anak panah menghadap anda seperti yang ditunjukkan
di dalam gambar rajah, tolak palam pada penyesuai bateri ke dalam soket pada bahagian bawah telefon sehingga ia berdetap ke dalam tempatnya.
3. Sambungkan hujung lain penyesuai kembara pada soket wayar.
Gunakan hanya pengecas yang disertakan di dalam bungkusan jualan.
4. Bar-bar bergerak ikon bateri akan berhenti selepas pengecasan
selesai.
Awas
• Jangan sambungkan penyambung dengan paksa kerana ini boleh merosakkan telefon dan/atau penyesuai kembara.
• Masukkan pengecas pek bateri secara menegak pada soket kuasa dinding.
• Jika anda menggunakan pengecas pek bateri di luar negara anda sendiri, gunakan penyesuai palam yang dipasangkan bagi tatarajah yang betul.
• Jangan keluarkan bateri atau kad SIM anda semasa mengecas.
MALAY
21
Pemasangan
Amaran
• Cabut kord kuasa dan pengecas semasa ribut petir bagi mengelakkan kejutan elektrik atau kebakaran.
• Pastikan bahawa tiada barang yang tajam seperti gigi atau kuku binatang, bersentuhan dengan bateri. Terdapat risiko ini boleh menyebabkan kebakaran.
• Jangan buat atau jawab panggilan semasa mengecas telefon kerana ini boleh melitar pintas telefon dan/atau menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
3. Memutuskan sambungan pengecas
Putuskan sambungan penyesuai kembara dari telefon dengan menekan butang-butang tepinya seperti yang ditunjukkan di dalam gambar rajah.
MALAY
22
Membuat dan Menjawab Panggilan
Membuat Panggilan
1. Masukkan nombor telefon termasuk kod kawasan. Jika anda
mahu memadam nombor, tekan C.
2. Tekan S untuk memanggil nombor.
3. Tekan E untuk menamatkan panggilan.
Panggilan Antarabangsa
1. Tekan dan tahan kekunci 0 untuk awalan antarabangsa.
aksara “+” boleh menggantikan kod akses antarabangsa.
2. Masukkan kod negara, kod kawasan, dan nombor telefon.
3. Tekan S.
Membuat panggilan menggunakan Kekunci Hantar
1. Dalam mod tunggu sedia, tekan S kekunci.
2. Anda boleh melihat nombor-nombor telefon yang terbaru didail,
diterima dan tidak dijawab.
3. Pilih nombor yang anda mahu dengan menggunakan kekunci
pandu arah.
3. Tekan S.
Membuat panggilan menggunakan Buku telefon
1. Dalam mod tunggu sedia, tekan > [Nama].
2. Apabila menu dipaparkan, anda memilih Cari dengan menekan
<.
3. Jika anda temui perkara yang diingini dengan mencari melalui
nama atau nombor telefon, tekan S untuk memanggil.
MALAY
23
Menu Dalam Panggilan
Menu yang dipaparkan pada skrin telefon semasa panggilan adalah berlainan daripada menu utama lalai yang dicapai dari skrin melahu, dan pilihan-pilihannya diperihalkan di sini.
1 Semasa panggilan
1-1 Menahan Sesuatu Panggilan
Apabila panggilan dibuat atau dijawab, tekan S [Hantar] untuk menahannya. Apabila panggilan ditahan, tekan S [Hantar] untuk membuatnya aktif.
1-2 Membuat Panggilan Kedua
Anda boleh mendapatkan nombor dailan daripada buku telefon untuk membuat panggilan kedua. Tekan > [Nama] kemudian pilih Cari. Untuk menyimpan nombor dailan ke dalam buku telefon semasa panggilan, tekan > [Nama] kemudian pilih Tambah baru.
1-3 Bertukar-tukar Antara Dua Panggilan
Untuk bertukar-tukar antara dua panggilan, pilih < [Pilihan], kemudian pilih Tukar atau tekan sahaja kekunci S [Hantar].
Anda boleh menumpukan pada satu atau dua panggilan dengan menekan kekunci anak panah atas/bawah. Jika anda mahu menamatkan satu daripada dua panggilan, tumpukan pada panggilan yang ingin anda tamatkan, kemudian tekan kekunci E [Tamatkan] apabila panggilan yang ingin anda tamatkan ditumpukan.
1-4 Menjawab Panggilan Masuk
Untuk menjawab panggilan masuk apabila telefon berdering, tekan sahaja kekunci S [Hantar].
MALAY
Telefon juga boleh memberitahu anda tentang panggilan yang masuk ketika anda sedang dalam panggilan lain. Satu nada berbunyi di dalam cuping telinga, dan paparan akan menunjukkan bahawa panggilan kedua sedang menunggu.
24
Menu Dalam Panggilan
Ciri ini, yang dipanggil Panggilan Menunggu, hanya boleh didapati jika rangkaian anda menyokongnya. Untuk butiran tentang bagaimana mengaktifkan dan menyahaktifkan ia lihat Panggilan menunggu [Menu 4-4-4].
Jika Panggilan Menunggu sedang aktif, anda boleh menahan panggilan yang pertama dan menjawab yang kedua, dengan menekan S [Hantar] atau dengan memilih < [Jawab], kemudian Tahan dan Jawab.
Anda boleh menamatkan panggilan semasa dan menjawab panggilan menunggu dengan memilih < [Menu], kemudian
Tamatkan & Jawab.
1-5 Menolak Panggilan Masuk
Apabila tidak dalam panggilan anda boleh menolak panggilan masuk tanpa menjawabnya dengan hanya menekan E [Tamat].
Apabila dalam panggilan anda boleh menolak panggilan masuk dengan menekan kekunci < [Menu] dan memilih Berbilang
Pihak/Tolak atau dengan menekan kekunci E [Tamatkan].
1-6 Membisukan Mikrofon
Anda boleh membisukan mikrofon semasa panggilan dengan menekan kekunci < [Pilihan] kemudian memilih Bisu. Telefon ini boleh disuarakan dengan menekan < [Suarakan].
Apabila telefon dibisukan, pemanggil tidak dapat mendengar suara anda, tetapi anda masih boleh mendengar suaranya.
1-7 Mengaktifkan nada DTMF Semasa Panggilan
Untuk mengaktifkan nada DTMF semasa panggilan, misalnya, untuk membolehkan telefon anda menggunakan papan suis berautomatik, pilih < [Pilihan], kemudian DTMF aktif. Nada DTMF boleh dinyahaktifkan cengan cara yang sama.
MALAY
25
Menu Dalam
Panggilan
1-8 Memanggil menu utama Mesej dan kit Alat SIM
Pilihan-pilihan menu uatama Mesej dan kit Alat SIM boleh dicapai dari menu panggil masuk dengan memilih < [Pilihan]. Menu kit Alat SIM ditunjukkan hanya apabila SIM di dalam telefon menyokong khidmat kit Alat SIM.
2 Panggilan Berbilang Pihak atau Persidangan
Khidmat berbilang pihak atau persidangan memberikan anda keupayaan mengadakan perbualan serentak dengan lebih daripada seorang pemanggil, jika pembekal khidmat rangkaian anda menyokong ciri ini.
Panggilan berbilang pihak hanya boleh disediakan apabila anda mempunyai satu panggilan aktif dan satu panggilan yang ditahan, dengan kedua-dua panggilan telah dijawab. Setelah panggilan berbilang pihak disediakan, panggilan-panggilan boleh ditambahkan, diputuskan atau dipisahkan (iaitu, dikeluarkan daripada panggilan berbilang pihak tetapi masih tersambung kepada anda) oleh orang yang menyediakan panggilan berbilang pihak. Semua pilihan-pilihan ini terdapat dari menu panggil masuk dan disenaraikan di dalam Bahagian.
Bilangan maksimum pemanggil dalam panggilan berbilang pihak ialah lima. Setelah dimulakan, andalah yang mengawal panggilan berbilang pihak tersebut, dan hanya anda yang boleh menambah panggilan kepada panggilan berbilang pihak itu.
2-1 Membuat Panggilan Kedua
Anda boleh membuat panggilan kedua semasa anda sudah dalam panggilan lain. Untuk melakukan ini, masukkan nombor kedua dan tekan S [Hantar]. Apabila anda mendapat panggilan kedua, panggilan pertama ditahan secara automatik. Anda boleh bertukar­tukar antara panggilan-panggilan ini dengan memilih < [Pilihan]
MALAY
kemudian Tukar.
26
Menu Dalam Panggilan
2-2 Menyediakan Panggilan Berbilang Pihak
Anda boleh menyambungkan panggilan yang ditahan kepada panggilan yang sedang aktif untuk membentuk panggilan berbilang pihak dengan memilih < [Pilihan] kemudian Berbilang Pihak/
Sambungkan semua.
2-3 Menahan Panggilan Berbilang Pihak
Untuk menahan panggilan berbilang pihak, pilih < [Pilihan] kemudian Berbilang Pihak/Tahan semua.
2-4 Mengaktifkan Panggilan Berbilang Pihak yang
Ditahan
Untuk membuat panggilan berbilang pihak yang ditahan aktif, pilih
< [Pilihan] kemudian Berbilang Pihak/Tahan semua.
2-5 Menambah Panggilan kepada Panggilan Berbilang
Pihak
Untuk menyambungkan panggilan aktif kepada panggilan berbilang pihak yang ditahan, pilih < [Pilihan] kemudian Berbilang Pihak/
Sambungkan semua.
2-6 Memaparkan Pemanggil dalam Panggilan Berbilang
Pihak
Untuk menatal nombor-nombor para pemanggil yang membentuk panggilan berbilang pihak pada skrin telefon, tekan kekunci Udan
D
.
2-7 Menahan Panggilan seorang Anggota Panggilan
Bebrilang Pihak
Untuk menahan panggilan seorang pemanggil yang dipilih (yang nombornya sedang dipaparkan di skrin) daripada panggilan berbilang pihak, pilih < [Pilihan] kemudian Berbilang Pihak/Tak
Termasuk.
MALAY
27
Menu Dalam
Panggilan
2-8 Panggilan Sulit dalam Panggilan Berbilang Pihak
Untuk mengadakan panggilan dengan seorang pemanggil panggilan berbilang pihak, paparkan nombor pemanggil yang ingin anda ajak berbual di skrin, kemudian pilih < [Pilihan] dan Berbilang Pihak/
Sulit untuk menahan panggilan semua pemanggil yang lain.
2-9 Menamatkan Panggilan Berbilang Pihak
Panggilan pemanggil panggilan berbilang pihak yang sedang dipaparkan boleh diputuskan dengan menekan kekunci E [Tamatkan]. Untuk menamatkan panggilan berbilang pihak, tekan < [Pilihan] kemudian pilih Berbilang Pihak/Tamatkan Berbilang Pihak.
Memilih < [Pilihan] kemudian Berbilang Pihak/Tamatkan semua, akan menamatkan semua panggilan aktif dan ditahan.
MALAY
28
Kod Akses
Anda boleh menggunakan kod-kod akses yang diperihalkan dalam bahagian ini untuk mengelak penggunaan telefon anda tanpa izin. Kod-kod akses ini (kecuali kod PUK dan PUK2) boleh ditukar dengan menggunakan [Menu 4-5-5].
Kod PUK (4 hingga 8 angka)
Kod PIN (Nombor Pengenalan Peribadi) melindungi kad SIM anda daripada digunakan tanpa izin. Kod PIN biasanya dibekalkan bersama kad SIM. Apabila When Kod PIN ditetapkan ke Aktif, telefon anda akan meminta kod PIN setiap kali ia dihidupkan. Sebaliknya, apabila Kod PIN ditetapkan ke Tak aktif, telefon anda menyambung kepada rangkaian secara langsung tanpa meminta kod PIN.
Kod PUK2 (4 hingga 8 angka)
Kod PIN2, dibekalkan bersama sesetengah kad SIM, diperlukan untuk mengakses beberapa fungsi seperti Pemberitahuan caj panggilan, nombor Dail Tetap. Fungsi-fungsi ini hanya terdapat jika disokong oleh kad SIM anda.
Kod PUK (4 hingga 8 angka)
Kod PUK (Kunci Nyahhalang PIN) diperlukan untuk menukar kod PIN yang dihalang. Kod PUK mungkin dibekalkan bersama kad SIM. Jika tidak, hubungi pembekal khidmat setempat anda untuk mendapatkan kod tersebut. Jika anda kehilangan kod itu, hubungi juga pembekal khidmat anda.
Kod PUK2 (4 hingga 8 angka)
Kod PUK2, dibekalkan bersama sesetengah kad SIM, diperlukan untuk menukar kod PIN2 yang dihalang. Jika anda kehilangan kod itu, hubungi juga pembekal khidmat anda.
MALAY
29
Loading...
+ 181 hidden pages