Demi menjimatkan air dan tenaga dan
melindungi alam sekitar, kami nasihatkan
supaya anda mengikuti petunjuk ini:
■
Sedapat mungkin, basuh beban cucian
maksimum bagi program yang anda pilih,
selagi tidak melampaui beban dram.
■
Gunakan program yang mengandungi
prabasuh hanya jika cucian sangat kotor.
■
Sukat detergen menurut kadar kekerasan air,
takat kekotoran dan banyaknya cucian.
■
Pilih “Basuh cepat” jika cucian tidak terlalu
kotor.
Apabila mesin hendak dibuang, potong kabel
bekalan elektriknya dan rosakkan alat pengunci
pintunya supaya mesin tidak menjadi perangkap
maut bagi kanak-kanak.
Untuk membuang mesin dengan cara yang
betul, berhubunglah dengan jabatan yang
menyediakan khidmat memungut barang
buangan kota di pihak berkuasa tempat anda.
Lambang yang anda lihat di beberapa bahagian buku petunjuk ini membawa maksud berikut:
Maklumat keselamatan yang penting
tentang penggunaan mesin anda.
Jika diabaikan boleh membawa
kerosakan.
Maklumat tentang cara yang betul
i
untuk menggunakan mesin dan cara
mendapatkan prestasi terbaik.
Maklumat penting tentang
perlindungan alam sekitar.
Sumbangan kami untuk melindungi alam
sekitar: kami gunakan kertas kitar semula.
40
Page 3
KANDUNGAN
Maklumat penting . . . . . . . . . . . . . . . . .42
Jika ada masalah . . . . . . . . . . . . . . .57-58
MELAYU
BAHASA
41
Page 4
MAKLUMAT PENTING
Penting sekali buku petunjuk disimpan bersama mesin basuh supaya mudah dibaca pada lain masa.
Jika mesin dijual atau diberikan kepada orang lain, buku ini patut diberikan juga supaya pemilik baru
dapat membaca dan memahami pengendaliannya serta amaran yang berkenaan.
Amaran berikut diberikan demi menjaga keselamatan umumnya. Anda mesti membacanya dengan
teliti sebelum memasang atau menggunakan mesin ini.
■
Pemasangan
■
Semasa mengeluarkan mesin dari kotak
bungkusannya, periksa kalau-kalau ada
kerosakan. Jika ragu-ragu, jangan gunakan;
hubungi Pusat Servis.
■
Semua bahan penyendal dalam mesti
dikeluarkan sebelum menggunakan mesin.
Mesin dan perabot di sebelahnya boleh
rosak teruk jika alat-alat pelindung
pengangkutan ini tidak dikeluarkan ataupun
tidak semuanya dikeluarkan. Baca
perenggan berkenaan dalam buku petunjuk.
■
Semua kerja elektrik untuk memasang mesin
ini mesti dilakukan oleh juru elektrik
bertauliah.
■
Semua kerja perpaipan untuk memasang
mesin ini mesti dilakukan oleh tukang paip
bertauliah.
■
Setelah mesin dipasang, periksa kalau-kalau
mesin berdiri di atas kabel elektriknya.
■
Jika mesin diletakkan di atas lantai
permaidani, pastikan udara dapat beredar
bebas antara lantai dengan kaki boleh laras.
Penggunaan
■
Mesin ini direkabentuk untuk kegunaan
rumah. Jangan gunakan untuk tujuan selain
daripada yang dimaksudkan.
■
Jangan isikan beban cucian melebihi
kemampuan mesin. Patuhi petunjuk buku ini.
■
Basuh hanya kain yang direka untuk cucian
mesin. Patuhi petunjuk di label pakaian.
■
Semua saku pakaian mesti kosong. Bendabenda seperti wang logam, pin, jarum dan
skru boleh menyebabkan kerosakan besar.
■
Jangan basuh di mesin ini pakaian yang
basah dengan petroleum, spirit, trikloretilena,
dsb. Jika bahan seperti itu digunakan untuk
membersihkan kesan kotor sebelum pakaian
dibasuh, tunggu hingga sejat semuanya
sebelum mengisikan pakaian ke dalam
mesin.
Isikan benda-benda kecil seperti stokin, tali
pinggang, dsb dalam kantung kain atau
sarung bantal supaya tidak terselit antara
dram dengan tab.
■
Gunakan bahan pelembut kain menurut
sukatan yang disyorkan. Jika berlebihan
bahan itu boleh merosakkan cucian.
■
Biarkan pintu mesin renggang sedikit apabila
tidak digunakan. Cara ini memelihara getah
pengedap pintu dan mencegah bau hapak.
■
Setiap kali hendak membuka pintu, periksa
dahulu sama ada air telah disalirkan. Jika
belum, salirkan menurut petunjuk buku ini.
■
Setiap kali selesai menggunakan mesin,
cabut plag dan tutup pili air.
Servis/baikpulih
■
Jika berlaku kerosakan, jangan cuba
membaikpulih mesin ini sendiri. Jika kurang
pengalaman, anda mungkin menyebabkan
kerosakan lebih teruk.
■
Jika mesin perlu dibaikpulih, sila berhubung
dengan pusat servis bertauliah dan minta
barang ganti yang asli.
Keselamatan
■
Mesin ini direkabentuk untuk digunakan oleh
orang dewasa. Jangan benarkan kanakkanak menyentuh kawalannya atau bermainmain dengan mesin ini.
■
Semasa kitaran basuh bersuhu tinggi, pintu
kaca menjadi sangat panas. Jangan disentuh.
■
Kadang kala haiwan peliharaan masuk ke
dalam mesin basuh. Periksa dram setiap
kali hendak menggunakannya.
42
Page 5
PERIHALAN BAHAGIAN-BAHAGIAN MESIN
P1017
10
9
1
2
3
5
67
8
4
01 Laci pengisi detergen
02 Carta program
03 Punat pilihan
04 Punat ON/OFF
05 Lampu penunjuk operasi
06 Piring pemilihan suhu
07 Piring pemilihan program
08 Pemegang pintu
09 Turas saliran
10 Kaki boleh laras
Laci pengisi detergen dan carta
program
Lambang
Prabasuh
Basuh utama
Pelembut kain
Panduan program dalam bahasa Inggeris
disediakan pada gagang laci pengisi detergen.
Panduan program dalam bahasa lain dibekalkan
dalam buku petunjuk.
SPESIFIKASI TEKNIKAL
UKURANTinggi85 cm
Lebar60 cm
Panjang ke belakang54 cm
VOLTAN/FREKUENSI BEKALAN KUASA220-230V/50 Hz
JUMLAH KUASA YANG DISERAP2250 W
PERLINDUNGAN MINIMUM FIUS10 A
MELAYU
BAHASA
TEKANAN AIRMinimum50 N/cm
Maksimum80 N/cm
BEBAN MAKSIMUMKain kapas5 kg
Kain sintetik, kain halus2 kg
Wulen1 kg
KELAJUAN PUTARAN500 rpm (EW558F)
600 rpm (EW658F)
Mesin ini mematuhi Arahan EEC berikut:
73/23/EEC bertarikh 19/02/73 mengenai voltan rendah
89/336/EEC bertarikh 03/05/89 mengenai keserasian elektromagnet
2
2
43
Page 6
PEMASANGAN
P0255
P1065
A
B
P1067
2
1
P1066
P0256
P0020
Mengeluarkan mesin
Semua bolt pemindahan dan bahan
penyendal mesti dikeluarkan sebelum
menggunakan mesin.
Anda dinasihatkan agar menyimpan semua alat
pemindahan supaya dapat dipasang semula jika
mesin perlu diangkut lagi ke tempat lain.
1. Dengan menggunakan sepana, longgarkan
dan tanggalkan bolt di belakang sebelah
kanan. Baringkan bahagian belakang mesin
di atas lantai dan pastikan hos tidak terhimpit.
Hal ini dapat dielakkan dengan mengalaskan
satu bungkah penyendal sudut sebagai
pelapik antara mesin dengan lantai.
2. Keluarkan bungkah polistirena dari bahagian
bawah mesin dan lepaskan dua kantung
plastik.
3. Dengan hati-hati, tanggalkan kantung kanan
(1) kemudian kantung kiri (2) dengan
menariknya ke arah tengah mesin.
4. Longgarkan dan tanggalkan kaki mesin.
5. Pasangkan kekisi (A) di bahagian bawah
mesin dengan menggunakan empat skru (B)
yang disediakan dalam kantung buku
petunjuk. Pasangkan semula kaki mesin.
6. Tegakkan mesin dan tanggalkan dua lagi bolt
di belakang.
7. Tarik keluar tiga perenggang plastik dari
lubang-lubang bolt itu.
8. Sumbat lubang-lubang itu dengan tiga
batang palam yang disediakan di belakang
mesin.
44
Page 7
Menetapkan kedudukan
A
P0003
P0022
P0023
P0021
P1051
Letakkan mesin di lantai yang rata dan kukuh.
Pastikan peredaran udara di sekitar mesin tidak
dihalang permaidani, ambal dan sebagainya.
Pastikan mesin tidak tersentuh dinding atau
perkakas dapur yang lain.
Ratakan mesin dengan berhati-hati, dengan
memutar skru kakinya naik atau turun. Jangan
sekali-kali meletakkan kadbod, papan dan
sebagainya di bawah mesin untuk
meratakannya.
Saluran masuk air
Pasangkan hos masuk air pada pili air berulir
3/4" setelah memasukkan turas kecil "A" yang
dibekalkan.
Hujung hos masuk air yang dipasangkan pada
mesin boleh diputar-putar ke arah yang diingini.
Longgarkan penyematnya, putar hos, kemudian
ketatkan semula. Pastikan air tidak bocor.
Jangan sambung hos masuk air. Jika hos yang
dibekalkan terlalu pendek dan anda tidak mahu
memindahkan pili air, dapatkan hos baru yang
lebih panjang dan khusus untuk kegunaan ini.
MELAYU
BAHASA
Penyaliran air
Ada tiga cara meletakkan hujung hos saliran:
Sangkutkan pada bibir sink menggunakan
pelentur hos plastik yang dibekalkan
bersama mesin. Pastikan hujungnya tidak
boleh terlepas semasa mesin menyalirkan air.
Caranya, ikatkan pada pili air dengan tali atau
pasangkan pada dinding.
Masukkan ke dalam cabang paip saliran
sink. Cabang ini mesti berada di atas paras
perangkap kotoran, supaya bahagian
selekohnya berada sekurang-kurangnya 60 cm
di atas paras lantai.
Masukkan terus ke dalam paip saliran pada
paras sekurang-kurangnya 60 cm dan tidak
lebih daripada 90 cm.
Hujung hos saliran mesti ada peredaran udara,
ertinya garispusat dalam paip saliran mesti lebih
besar daripada garispusat luar hos saliran.
Jangan biarkan hos saliran terpiuh. Lalukan di
atas lantai; bahagian di tempat saliran sahaja
yang mesti ditinggikan.
45
Page 8
Sambungan elektrik
GREEN & YELLOW
BROWN
CORD CLAMP
BLUE
13A
P1041
E
N
L
Mesin ini direkabentuk untuk menggunakan
bekalan kuasa 220-230 V, fasa tunggal, 50 Hz.
Periksa sama ada bekalan elektrik rumah anda
dapat menerima beban maksimum yang
diperlukan (2.25 kW), dengan mengambil kira
perkakas elektrik lain yang digunakan.
AMARAN: PERKAKAS INI MESTI
DIBUMIKAN.
Pihak pengeluar menolak segala liabiliti
sekiranya langkah keselamatan ini tidak
dipatuhi.
Mesin ini dibekalkan dengan plag yang
dipasang fius 13 amp.
Jika fius tersebut perlu digantikan, fius 13amp
yang diluluskan ASTA (BS1363A) mesti
digunakan.
Jika plag perlu digantikan atas sebab apapun,
lakukan seperti berikut.
Wayar bekalan elektrik diwarnakan mengikut
kod berikut:
Hijau Kuning- Bumi
Biru- Neutral
Coklat- Dawai Hidup
Wayar hijau kuning mesti dipasang pada
pangkalan bertanda «E» atau berlambang bumi
atau berwarna hijau kuning.
Wayar biru mesti dipasang pada pangkalan
bertanda «N» atau berwarna hitam.
Wayar coklat mesti dipasang pada pangkalan
bertanda «L» atau berwarna merah.
Setelah siap dipasang, pastikan plag tidak
mengandungi lembar wayar terpotong atau
terputus. Pengapit kabel mesti teguh mengikat
sarung luar.
AMARAN:
Plag yang dipotong jika dibiarkan dalam
soket 13 amp menimbulkan bahaya
keselamatan (kejutan) yang serius.
Pastikan plag yang dipotong dibuang
dengan selamat.
46
Page 9
Panel kawalan
12345678
1 Laci pengisi detergen
2 Punat antirenyuk
(air dalam tab)
PENGGUNAAN
5 Punat ON/OFF
Apabila punat ini ditekan, mesin mula
beroperasi. Apabila ditekan sekali lagi, mesin
berhenti.
MELAYU
BAHASA
Apabila punat ini ditekan dalam program 7-8-910-11 dan 12, air bilasan terakhir tidak
disalirkan, supaya pakaian tidak renyuk.
Untuk menyalirkan air dan memutar cucian
secara lembut, pilih program 6 (putaran
pendek).
Untuk menyalirkan air sahaja, tekan punat sekali
lagi.
3 Punat beban separuh
Pilih punat ini bagi mengurangkan penggunaan
air dalam kitaran bilas apabila mencuci kain
kapas atau linen separuh beban biasa.
Mesin akan membilas 3 kali, bukan 4.
4 Punat tindas putaran
Tekan punat ini untuk membasuh bahan kapas
atau linen yang sangat halus. Semua fasa
putaran akan dimatikan.
6 Lampu penunjuk operasi
Lampu ini menyala semasa mesin beroperasi
dan padam apabila program tamat.
7 Piring pemilihan suhu
Putar piring ini bagi memilih suhu pembasuhan.
Kedudukan = basuh dingin.
8 Piring pemilihan program
Untuk memilih program yang dikehendaki, putar
piring ini arah putaran jam hingga nombor
program bersetentang dengan penunjuk.
Sebelum memilih program atau mengubah
program yang sedang berlangsung, mesin mesti
dimatikan dengan menekan punat ON/OFF.
47
Page 10
i
Petua-petua membasuh
Mengisih cucian
Gunakan lambang kod cucian pada label
pakaian serta petunjuk cucian pihak pengeluar
sebagai panduan.
Cucian patut dipilih-pilih mengikut jenis berikut:
putih, berwarna, sintetik, halus, wulen.
Suhu
95°
untuk kain kapas dan linen putih
(misal lap teh, tuala, alas meja,
cadar) yang biasa kotornya
60°untuk bahan linen, kapas atau
gentian sintetik tahan warna (misal
kemeja, baju tidur, pijama) yang
biasa kotornya, serta bahan kapas
putih (misal seluar dalam) yang
kotor sedikit
(dingin)
30°-40°
untuk bahan halus (misal, langsir
net), cucian campuran termasuk
bahan gentian sintetik dan wulen
yang berlabel «pure new wool,
machine washable, non-shrink».
kain halus dan wulen: dram sepertiga penuh
sahaja.
Dengan mencuci beban maksimum, anda
menggunakan air dan tenaga secekapnya.
Jika cucian sangat kotor, kurangkan beban.
Berat cucian
Berat berikut hanya sebagai panduan:
jubah mandi1200 g
lap tangan100 g
gebar quilt700 g
cadar500 g
sarung bantal200 g
alas meja250 g
tuala200 g
lap teh100 g
baju tidur200 g
seluar dalam wanita100 g
kemeja kerja lelaki600 g
kemeja lelaki200 g
pijama lelaki500 g
blaus100 g
seluar dalam lelaki100 g
Menghapuskan kesan kotor
Sebelum mengisikan cucian
Jangan sekali-kali mencampurkan bahan putih
dengan bahan berwarna. Kain putih boleh hilang
keaslian warna putihnya.
Bahan berwarna yang baru mungkin turun
warnanya kali pertama dicuci; asingkan dari
bahan lain dalam cucian pertama itu.
Butangkan sarung bantal, tutup zip, kancing dan
butang katup. Ikat tali pinggang dan pita
panjang.
Hapuskan kesan degil sebelum membasuh.
Gosokkan detergen khas pada bahagian yang
sangat kotor.
Langsir perlu dicuci dengan sangat hati-hati.
Tanggalkan cangkuk atau ikat semuanya dalam
kantung atau jaring.
Beban maksimum
Beban yang disyorkan tertera di carta program.
Umumnya:
kapas, linen: dram penuh tetapi tidak padat
sintetik: dram separuh penuh sahaja
Kesan degil mungkin tidak hilang dengan air
dan detergen sahaja. Sebaiknya, hapuskan
dahulu sebelum membasuh.
Darah: jika baru, gunakan air sejuk. Darah
kering boleh direndam semalam dalam air
dengan detergen khas, kemudian gosokkan
sabun dan air.
Cat berasaskan minyak: lembapkan dengan
bahan penghapus kesan benzin, bentangkan
pada kain lembut dan tekap kesannya; lakukan
beberapa kali.
Kesan gris kering: lembapkan dengan
turpentin, bentangkan di permukaan lembut dan
tekap kesan dengan hujung jari dan kain kapas.
Karat: asid oksalik dilarutkan dalam air panas
atau produk penghapus karat digunakan sejuk.
Hati-hati jika kesan karat sudah lama, kerana
struktur selulosa tentu rosak dan kain akan
berlubang.
Kesan kulat: gunakan peluntur, bilas
secukupnya (putih dan tahan warna sahaja).
Rumput: gosokkan sabun sedikit dan gunakan
peluntur (putih dan tahan warna sahaja).
Pena mata bulat dan gam: lembapkan dengan
aseton (*), bentangkan pada kain lembut dan
tekap kesan.
48
Page 11
Gincu bibir: lembapkan dengan aseton seperti
di atas, lalu bersihkan dengan spirit. Hapuskan
saki-bakinya pada kain putih dengan peluntur.
Wain merah: rendam dalam air dan detergen,
bilas, bersihkan dengan asid asetik atau sitrik,
dan bilas lagi. Hapuskan saki-bakinya dengan
peluntur.
Dakwat: bergantung pada jenis dakwat,
lembapkan kain mula-mula dengan aseton (*),
kemudian with asid asetik; hapuskan saki-baki
pada kain putih dengan peluntur, dan bilas
secukupnya.
Kesan tar: mula-mula bersihkan dengan bahan
penghapus kesan, spirit atau benzin, kemudian
gosokkan pes detergen.
(*) jangan gunakan aseton pada sutera
buatan
Sukatan detergen yang harus
digunakan
Jenis dan sukatan detergen bergantung pada
jenis kain, besar bebannya, takat kekotoran dan
kekerasan air yang digunakan.
Kekerasan air dikelaskan menurut apa yang
dinamakan “darjah” kekerasan. Maklumat
tentang kekerasan air di tempat anda boleh
didapati dari syarikat bekalan air yang
berkenaan atau dari pihak berkuasa tempatan.
Ikuti sukatan yang dinyatakan oleh pihak
pengeluar produk.
Kurangkan detergen yang digunakan jika:
– anda membasuh beban cucian yang kecil
– cucian kotor sedikit sahaja
– banyak busa terjadi semasa pembasuhan
MELAYU
BAHASA
Detergen dan bahan tambah
Baik tidaknya hasil pembasuhan turut
bergantung pada pilihan detergen serta sukatan
yang betul agar tidak membazir dan untuk
melindungi alam sekitar. Meskipun boleh rosot
biologi, detergen mengandungi zat yang, jika
banyak, boleh menggugat keseimbangan alam.
Pilihan detergen bergantung pada jenis kain
(kain halus, wulen, kapas, dsb.), warna, suhu
pembasuhan dan takat kekotoran.
Semua detergen mesin basuh yang biasa dapat
digunakan dalam mesin ini:
– detergen serbuk bagi semua jenis kain,
– detergen serbuk bagi kain halus (maks 60°C)
dan wulen,
– detergen cecair, sebaiknya untuk program
basuh suhu rendah (maks 60°C) bagi semua
jenis kain, atau khusus untuk wulen sahaja.
Detergent dan bahan tambah mesti diisikan
dalam petak yang betul dalam laci pengisi
sebelum memulakan program basuh.
Jika menggunakan detergen serbuk atau cecair
pekat, program tanpa prabasuh mesti dipilih.
Tuangkan detergen cecair ke dalam petak laci
pengisi bertanda sejurus sebelum
memulakan program.
Semua pelembut kain atau bahan kanji mesti
dituangkan ke dalam petak bertanda
sebelum memulakan program basuh.
Ikuti sukatan penggunaan yang disyorkan oleh
pihak pengeluar produk.
Darjah kekerasan air
Aras
1
2
3
4
Ciri
lembut
sederhana
keras
sangat keras
Darjah
°dH
Jerman
00-07
08-14
15-21
lebih drp 21
°T.H.
Perancis
00-15
16-25
26-37
lebih drp 37
49
Page 12
Program basuh biasa bagi kain kapas dan linen
Beban maksimum: 5 kg
Progr.1SuhuJenis cucianPerincian kitaran
Prabasuh
Basuh pada suhu 60°-95°C
4 kali bilas
Putaran panjang
Basuh pada suhu 60°-95°C
4 kali bilas
Putaran panjang
Basuh pada suhu 30°-60°C
4 kali bilas
Putaran panjang
Basuh pada suhu 60°C
4 kali bilas
Putaran panjang
4 kali bilas dengan pelembut
kain, jika perlu
Putaran panjang
2
2
3
4
60°-95°
60°-95°
30°-60°
60°
Kain putih
dengan prabasuh
(sangat kotor)
Kain putih
tanpa prabasuh
(kotor biasa)
Berwarna
(kotor biasa)
Basuh cepat
cucian kotor sedikit
Bilas
Boleh
dipilih
1 kali bilas dengan pelembut
5
6
Suhu yang dinyatakan ialah suhu yang sebaiknya bagi setiap program dan bergantung pada jenis
cucian serta takat kekotoran.
50
Pelembut
PutaranSalir dan putaran pendek
kain, jika perlu
Putaran panjang
Page 13
Program basuh lembut bagi kain sintetik, gentian campuran, kain halus
dan wulen
Beban maksimum: 2 kg, wulen 1 kg
Progr.7SuhuJenis cucianPerincian kitaran
Prabasuh
Basuh pada suhu 40°-60°C
3 kali bilas
Salir
Basuh pada suhu 40°-60°C
3 kali bilas
Salir
Basuh pada suhu 30°-40°C
3 kali bilas
Salir
Basuh pada suhu 40°C
3 kali bilas
Salir
3 kali bilas dengan pelembut
kain, jika perlu
Salir
8
9
10
11
40°-60°
40°-60°
30°-40°
40°
Sintetik
dengan prabasuh
(sangat kotor)
Sintetik
tanpa prabasuh
(kotor biasa)
Kain halus - Sutera
Wulen
Bilas lembut
Boleh
dipilih
MELAYU
BAHASA
1 kali bilas dengan pelembut
12
13
Suhu yang dinyatakan ialah suhu yang sebaiknya bagi setiap program dan bergantung pada jenis
cucian serta takat kekotoran.
Pelembut
SalirAir disalirkan
kain, jika perlu
Salir
51
Page 14
P0004
P1018
M0042
60
P1019
i
Urutan operasi
Sebelum membasuh cucian bagi kali pertama,
kami syorkan supaya dijalankan kitaran kain
kapas pada suhu 60°C,
dengan mesin kosong,
untuk menghapuskan saki-baki kilang dari
dalam dram dan tab.
Tuangkan separuh sukatan detergen ke dalam
petak basuh utama dan hidupkan mesin.
1. Isikan cucian ke dalam dram
Buka pintu.
Isikan cucian ke dalam dram, sehelai demi
sehelai, sambil mengebas-ngebasnya sedapat
mungkin.
Tutup pintu.
2. Sukat detergen
Tarik laci detergen keluar hingga terhenti.
Sukat jumlah detergen yang disyorkan oleh
pihak pengeluar dalam mangkuk sukatan dan
tuangkan ke dalam petak basuh utama . Jika
ingin menjalankan prabasuh, tuangkan detergen
ke dalam petak bertanda .
3. Sukat bahan tambah
Jika memerlukan pelembut kain, isikan ke dalam
petak bertanda tetapi jangan melebihi tanda
maksimum «MAX».
4. Tetapkan pilihan yang diingini
Tekan punat BEBAN SEPARUH dan/atau
PENGURANG KELAJUAN PUTARAN atau
ANTIRENYUK , jika dikehendaki.
5. Pilih suhunya
Putar piring pemilihan ke penetapan suhu yang
dikehendaki.
52
Page 15
6. Pilih programnya dan mulakan
2
M0043S
P0080
Putar piring pemilihan program mengikut arah
putaran jam hingga tiba di program basuh yang
diingini, kemudian tekan punat ON/OFF: lampu
penunjuk operasi akan menyala dan mesin mula
beroperasi.
7. Apabila program tamat
Mesin berhenti secara automatik, lampu
penunjuk operasi akan padam.
Jika anda memilih program lembut yang
berakhir dengan air bilasan terakhir dibiarkan
dalam dram (punat antirenyuk ditekan),
salirkan air sebelum membuka pintu.
Biasanya anda perlu menunggu kira-kira 2 minit,
baru dapat membuka pintu, bagi membiarkan
kunci keselamatan terbuka.
Tekan punat ON/OFF sekali lagi untuk
mematikan mesin.
Keluarkan cucian.
Putarkan dram dengan tangan untuk memeriksa
sama ada cucian telah dikeluarkan semuanya.
Cucian yang tertinggal boleh rosak oleh cucian
selanjutnya (misalnya mengecut) atau warnanya
turun dan mencomotkan kain putih.
Lepaskan semua punat yang telah ditekan tadi.
Tutup pili air dan cabut plag mesin.
Biarkan pintu renggang supaya udara dapat
beredar dalam mesin.
MELAYU
BAHASA
53
Page 16
International wash code symbols
These symbols appear on fabric labels, in order to help you choose the best way to treat your laundry.
i
Energetic wash
Delicate wash
Max.wash
temperature
95°C
Max.wash
temperature
60°C
Max.wash
temperature
40°C
Max.wash
temperature
30°C
Hand washDo not
wash
at all
BleachingBleach in cold waterDo not bleach
IroningHot iron
max 200°C
Warm iron
max 150°C
Lukewarm iron
max 110°C
Do not iron
Dry cleaningDry cleaning
in all solvents
Dry cleaning in
perchlorethylene,
petrol, pure alcohol,
R 111 & R 113
Dry cleaning
in petrol,
pure alcohol
and R 113
Do not
dry clean
DryingFlatOn the lineOn clothes
hanger
Tumble dry
hightemperature
lowtemperature
Do not
tumble dry
A
P
F
95
60
60
40
40
40
30
30
Lambang kod basuh antarabangsa
Lambang-lambang ini tertera di label kain, agar anda dapat memilih cara terbaik mencucinya.
Basuh
bertenaga
Basuh lembut
Suhu basuh
maksimum
95°C
Suhu basuh
maksimum
60°C
Suhu basuh
maksimum
40°C
Suhu basuh
maksimum
30°C
Basuh
dengan
tangan
Jangan
dibasuh
sama sekali
Pelunturan
Seterika
Basuh kering
Seterika panas
Basuh kering dlm
Lunturkan dalam air sejuk
maks 200°C
semua pelarut
Seterika hangat
maks 150°C
Basuh kering dlm
perkloretilena,
petrol, alkohol murni,
R111 & R113
Seterika suam
maks 110°C
Basuh kering
dlm petrol,
alkohol murni
dan R113
Jangan lunturkan
Jangan seterika
Jangan
basuh kering
Pengeringan
BentangkanDi ampaianDi penyangkut
54
baju
Gunakan mesin
suhu
tinggi
suhu
rendah
pengering
Jangan gunakan
mesin pengering
Page 17
PENYENGGARAAN
P1020
P0038
P0041
P1021
1. Badan mesin
Bersihkan bahagian luar mesin dengan air
hangat dan detergen kegunaan rumah yang
neutral dan tidak mengakis. Bilas dengan air
bersih dan keringkan dengan kain lembut.
Penting: jangan gunakan spirit, pelarut atau
bahan serupa bagi membersihkan badan mesin.
2. Laci pengisi detergen
Detergen dan pelembut kain lama kelamaan
meninggalkan saki-bakinya dalam laci.
Bersihkan laci sekali-sekala dengan
membilasnya di pili air. Untuk mengeluarkan laci
dari mesin, tekan punat di belakang sebelah kiri.
Supaya mudah dibersihkan, bahagian atas
petak bahan tambah boleh ditanggalkan.
MELAYU
BAHASA
Detergen juga lama kelamaan boleh menimbun
dalam liang laci: bersihkan dengan berus gigi
lama. Setelah dibersihkan, pasangkan semula
laci.
3. Turas saluran masuk air
Jika mesin kelihatan lambat mengisi air, periksa
turas dalam hos saluran masuk air, kalau-kalau
tersumbat.
Tutup pili air.
Longgarkan skru hos dari pili dan keluarkan
turas.
Bersihkan dengan berus keras.
Pasangkan semula turas dan pasangkan hos
kembali pada pili air.
55
Page 18
4. Turas saliran
P0011
P0132
P0133
P0040
Turas saliran mengumpulkan benang dan
benda-benda kecil yang tertinggal dalam cucian.
Periksa turas ini secara berkala supaya bersih.
Buka pintu turas.
Letakkan besen di bawah turas, dan longgarkan
skru turas.
Tarik turas keluar.
Bersihkan dengan membilasnya di bawah pili
air, kemudian pasangkan semula. Ketatkan skru
sepenuhnya.
5. Langkah kecemasan
mengeluarkan air
Jika mesin tidak dapat menyalirkan air, lakukan
seperti berikut:
■
cabut plag dari soket elektrik;
■
tutup pili air;
■
jika perlu, tunggu hingga air sejuk semula;
■
letakkan besen di lantai;
■
letakkan hujung hos salir dalam besen dan
biarkan air keluar.
6. Bahaya sejukbeku
Jika mesin terdedah kepada suhu kurang
daripada 0°C, langkah waspada perlu diambil.
■
Tutup pili air.
■
Longgarkan hos masuk air.
■
Angkat hos salir dari sokongannya di
belakang. Letakkan hujung hos ini dan hos
masuk air dalam besen. Jalankan program
salir hingga piring pemilihan tiba di
kedudukan “Henti”.
■
Matikan mesin.
■
Skrukan semula hos masuk dan kembalikan
hos salir ke tempatnya.
■
Jika ingin menghidupkan mesin lagi, pastikan
suhu bilik melebihi 0°C.
56
Page 19
JIKA ADA MASALAH
Masalah yang anda dapat selesaikan sendiri
■ Masalahnya■ Kemungkinan puncanya
■
■ Mesin tidak dapat dihidupkan:
■ Mesin tidak dapat mengisi air:
■ Mesin mengisi air lalu terus
mengeluarkannya:
Periksa sama ada pintu ditutup rapat.
■
Periksa sama ada plag telah dipasang dan
ada bekalan elektrik di soket.
■
Periksa kalau-kalau fius utama terbakar.
■
Periksa sama ada piring pemilihan program
betul kedudukannya dan punat ON/OFF telah
ditekan.
■
Periksa sama ada pili air sudah dibuka.
■
Periksa sama ada air keluar dari pili.
■
Periksa kalau-kalau hos masuk air terpersuk
atau terpiuh.
■
Periksa kalau-kalau turas hos masuk air
tersumbat.
■
Periksa sama ada pintu sudah ditutup.
■
Hujung hos salir terlalu rendah. Baca
perenggan berkenaan di bahagian
“penyaliran air”.
MELAYU
BAHASA
■ Mesin tidak dapat mengeluarkan
air dan/atau tidak berputar:
■ Ada air di lantai:
■ Hasil cucian tidak memuaskan:
■
Periksa kalau-kalau hos masuk air terpersuk
atau terpiuh.
■ Opsyen tindas putaran atau antirenyuk
telah dipilih.
■
Turas saliran tersumbat. Bersihkan.
■
Terlalu banyak detergen atau detergen tidak
sesuai (menghasilkan terlalu banyak busa).
■
Periksa sama ada air bocor dari penyemat
hos masuk air. Kadang kala sulit untuk
mengesan kebocoran kerana air mengalir
pada hos; cuba rasa sama ada hos lembap.
■
Periksa kalau-kalau hos salir rosak.
■
Detergen terlalu sedikit atau detergen tidak
sesuai.
■
Kesan degil tidak dihapuskan sebelum
dibasuh dengan mesin.
■
Salah pilihan suhu atau program.
57
Page 20
■ Masalahnya■ Kemungkinan puncanya
Mod. ..........
Prod. No. ...........
Ser. No. .........
Mod.
..........
Ser.
P0042
■
■ Mesin menggetar atau bising:
Periksa sama ada semua bolt pemindahan
dan bahan penyendal telah dikeluarkan.
■
Periksa kalau-kalau mesin tersandar pada
sesuatu.
■
Periksa sama ada pengampu kaki mesin
berada kukuh di atas lantai.
■
Periksa sama ada cucian diagihkan
seimbang dalam dram.
■
Mungkin terlalu sedikit cucian dalam dram.
■
■ Pintu tidak dapat dibuka:
■ Air dalam mesin tidak kelihatan:
Program belum tamat.
■
Pintu masih terkancing.
■
Ada air dalam dram.
■
Hasil teknologi moden, mesin ini amat
menjimatkan. Penggunaan airnya rendah,
namun prestasinya cukup baik.
Sila berhubung dengan Pusat Servis kami jika
tidak dapat mengenalpasti atau mengatasi
masalah. Sebelum menelefon, sila catatkan
butir-butir yang diperlukan oleh Pusat Servis,
iaitu model, nombor siri dan tarikh mesin dibeli.
58
Page 21
Z
MADE IN ITALY
Loading...
+ hidden pages
You need points to download manuals.
1 point = 1 manual.
You can buy points or you can get point for every manual you upload.