Electrolux EW658F, EW558F User Manual [ms]

MESIN BASUH ANDA YANG BARU

Mesin basuh yang baru ini memenuhi semua keperluan bagi membasuh pakaian secara moden dengan menjimatkan penggunaan air, tenaga dan detergen.

Piring pemilihan suhu untuk anda memilih sendiri suhu pembasuhan yang sesuai bagi cucian anda.

Pendinginan air cucian secara automatik dari 95°C menjadi 60°C sebelum disalirkan, supaya paip plastik sistem saliran anda tidak cacat oleh air panas.

Melindungi alam sekitar

Kitar semula bahan bungkusan

Bahan yang berlambang boleh dikitar semula. Untuk dikitar semula, bahan itu mesti diletakkan di tempat (atau bekas) pemungutan yang berkenaan. Cuba bertanya dengan pihak berkuasa di tempat anda.

>PE<= polietilena >PS<= polistirena >PP<= polipropilena

Petua-petua ekologi

Membuang mesin basuh

Demi menjimatkan air dan tenaga dan melindungi alam sekitar, kami nasihatkan supaya anda mengikuti petunjuk ini:

Sedapat mungkin, basuh beban cucian maksimum bagi program yang anda pilih, selagi tidak melampaui beban dram.

Gunakan program yang mengandungi prabasuh hanya jika cucian sangat kotor.

Sukat detergen menurut kadar kekerasan air, takat kekotoran dan banyaknya cucian.

Pilih “Basuh cepat” jika cucian tidak terlalu kotor.

Apabila mesin hendak dibuang, potong kabel bekalan elektriknya dan rosakkan alat pengunci pintunya supaya mesin tidak menjadi perangkap maut bagi kanak-kanak.

Untuk membuang mesin dengan cara yang betul, berhubunglah dengan jabatan yang menyediakan khidmat memungut barang buangan kota di pihak berkuasa tempat anda.

Lambang yang anda lihat di beberapa bahagian buku petunjuk ini membawa maksud berikut:

Maklumat keselamatan yang penting tentang penggunaan mesin anda. Jika diabaikan boleh membawa kerosakan.

Maklumat tentang cara yang betul i untuk menggunakan mesin dan cara

mendapatkan prestasi terbaik.

Maklumat penting tentang perlindungan alam sekitar.

Sumbangan kami untuk melindungi alam sekitar: kami gunakan kertas kitar semula.

40

KANDUNGAN

Maklumat penting . . . . . . . . . . . . . . . . .42

Perihalan bahagian-bahagian

mesin . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .43

Laci pengisi detergen

 

 

dan carta program . . . . . . . . . . . . . . . .

. . .43

Spesifikasi teknikal . . . . . . . . . . . .

. . .43

Pemasangan . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

. . .44

Mengeluarkan mesin . . . . . . . . . . . . .

. . .44

Menetapkan kedudukan . . . . . . . . . . .

. . .45

Saluran masuk air . . . . . . . . . . . . . . . .

. . .45

Penyaliran air . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

. . .45

Sambungan elektrik . . . . . . . . . . . . . . .

. . .46

Penggunaan . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

. . .47

Panel kawalan . . . . . . . . . . . . . . . . . .

. . .47

Petua-petua membasuh . . . . . . . . . . .

. . .48

 

Mengisih cucian . . . . . . . . . . . . . . . . . .

. . .48

 

Suhu . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

. . .48

 

Sebelum mengisikan cucian . . . . . . . .

. . .48

 

Beban maksimum . . . . . . . . . . . . . . . .

. . .48

 

Berat cucian . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

. . .48

 

Menghapuskan kesan kotor . . . . . . . . .

. . .48

 

Detergen dan bahan tambah . . . . . . . .

. . .49

 

Sukatan detergen

 

 

yang harus digunakan . . . . . . . . . . . . . .

. . 49

Program basuh . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

50-51

Urutan operasi . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

52-53

Lambang kod basuh antarabangsa . . .

. . .54

Penyenggaraan . . . . . . . . . . . . . . . . . .

.55

Badan mesin . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

.55

Laci pengisi detergen . . . . . . . . . . . . . . . . .

55

Turas saluran masuk air . . . . . . . . . . . . . .

55

Turas saliran . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

56

Langkah kecemasan mengeluarkan air . . .

56

Bahaya sejukbeku . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

56

Jika ada masalah . . . . . . . . . . . . . . .57-58

BAHASA MELAYU

41

MAKLUMAT PENTING

Penting sekali buku petunjuk disimpan bersama mesin basuh supaya mudah dibaca pada lain masa. Jika mesin dijual atau diberikan kepada orang lain, buku ini patut diberikan juga supaya pemilik baru dapat membaca dan memahami pengendaliannya serta amaran yang berkenaan.

Amaran berikut diberikan demi menjaga keselamatan umumnya. Anda mesti membacanya dengan teliti sebelum memasang atau menggunakan mesin ini.

Pemasangan

Semasa mengeluarkan mesin dari kotak bungkusannya, periksa kalau-kalau ada kerosakan. Jika ragu-ragu, jangan gunakan; hubungi Pusat Servis.

Semua bahan penyendal dalam mesti dikeluarkan sebelum menggunakan mesin. Mesin dan perabot di sebelahnya boleh rosak teruk jika alat-alat pelindung pengangkutan ini tidak dikeluarkan ataupun tidak semuanya dikeluarkan. Baca perenggan berkenaan dalam buku petunjuk.

Semua kerja elektrik untuk memasang mesin ini mesti dilakukan oleh juru elektrik bertauliah.

Semua kerja perpaipan untuk memasang mesin ini mesti dilakukan oleh tukang paip bertauliah.

Setelah mesin dipasang, periksa kalau-kalau mesin berdiri di atas kabel elektriknya.

Jika mesin diletakkan di atas lantai permaidani, pastikan udara dapat beredar bebas antara lantai dengan kaki boleh laras.

Isikan benda-benda kecil seperti stokin, tali pinggang, dsb dalam kantung kain atau sarung bantal supaya tidak terselit antara dram dengan tab.

Gunakan bahan pelembut kain menurut sukatan yang disyorkan. Jika berlebihan bahan itu boleh merosakkan cucian.

Biarkan pintu mesin renggang sedikit apabila tidak digunakan. Cara ini memelihara getah pengedap pintu dan mencegah bau hapak.

Setiap kali hendak membuka pintu, periksa dahulu sama ada air telah disalirkan. Jika belum, salirkan menurut petunjuk buku ini.

Setiap kali selesai menggunakan mesin, cabut plag dan tutup pili air.

Servis/baikpulih

Jika berlaku kerosakan, jangan cuba membaikpulih mesin ini sendiri. Jika kurang pengalaman, anda mungkin menyebabkan kerosakan lebih teruk.

Jika mesin perlu dibaikpulih, sila berhubung dengan pusat servis bertauliah dan minta barang ganti yang asli.

Penggunaan

Mesin ini direkabentuk untuk kegunaan rumah. Jangan gunakan untuk tujuan selain daripada yang dimaksudkan.

Jangan isikan beban cucian melebihi kemampuan mesin. Patuhi petunjuk buku ini.

Basuh hanya kain yang direka untuk cucian mesin. Patuhi petunjuk di label pakaian.

Semua saku pakaian mesti kosong. Bendabenda seperti wang logam, pin, jarum dan skru boleh menyebabkan kerosakan besar.

Jangan basuh di mesin ini pakaian yang basah dengan petroleum, spirit, trikloretilena, dsb. Jika bahan seperti itu digunakan untuk membersihkan kesan kotor sebelum pakaian dibasuh, tunggu hingga sejat semuanya sebelum mengisikan pakaian ke dalam mesin.

Keselamatan

Mesin ini direkabentuk untuk digunakan oleh orang dewasa. Jangan benarkan kanakkanak menyentuh kawalannya atau bermainmain dengan mesin ini.

Semasa kitaran basuh bersuhu tinggi, pintu kaca menjadi sangat panas. Jangan disentuh.

Kadang kala haiwan peliharaan masuk ke dalam mesin basuh. Periksa dram setiap kali hendak menggunakannya.

42

PERIHALAN BAHAGIAN-BAHAGIAN MESIN

01 Laci pengisi detergen

02 Carta program

03 Punat pilihan

04 Punat ON/OFF

05 Lampu penunjuk operasi

06 Piring pemilihan suhu

07 Piring pemilihan program

08 Pemegang pintu

09 Turas saliran

10 Kaki boleh laras

3 5

6

7

1 2 4

8

9

Laci pengisi detergen dan carta program

Lambang

Prabasuh

Basuh utama

Pelembut kain

10

BAHASA MELAYU

 

P1017

 

Panduan program dalam bahasa Inggeris disediakan pada gagang laci pengisi detergen.

Panduan program dalam bahasa lain dibekalkan dalam buku petunjuk.

SPESIFIKASI TEKNIKAL

UKURAN

Tinggi

85 cm

 

Lebar

60 cm

 

Panjang ke belakang

54 cm

 

 

VOLTAN/FREKUENSI BEKALAN KUASA

220-230V/50 Hz

JUMLAH KUASA YANG DISERAP

 

2250 W

PERLINDUNGAN MINIMUM FIUS

 

10 A

 

 

 

TEKANAN AIR

Minimum

50 N/cm2

 

Maksimum

80 N/cm2

 

 

 

BEBAN MAKSIMUM

Kain kapas

5 kg

 

Kain sintetik, kain halus

2 kg

 

Wulen

1 kg

 

 

 

KELAJUAN PUTARAN

 

500 rpm (EW558F)

 

 

600 rpm (EW658F)

 

 

 

Mesin ini mematuhi Arahan EEC berikut:

73/23/EEC bertarikh 19/02/73 mengenai voltan rendah

89/336/EEC bertarikh 03/05/89 mengenai keserasian elektromagnet

43

Electrolux EW658F, EW558F User Manual

PEMASANGAN

Mengeluarkan mesin

Semua bolt pemindahan dan bahan penyendal mesti dikeluarkan sebelum menggunakan mesin.

Anda dinasihatkan agar menyimpan semua alat pemindahan supaya dapat dipasang semula jika mesin perlu diangkut lagi ke tempat lain.

1.Dengan menggunakan sepana, longgarkan dan tanggalkan bolt di belakang sebelah kanan. Baringkan bahagian belakang mesin di atas lantai dan pastikan hos tidak terhimpit. Hal ini dapat dielakkan dengan mengalaskan satu bungkah penyendal sudut sebagai pelapik antara mesin dengan lantai.

2.Keluarkan bungkah polistirena dari bahagian bawah mesin dan lepaskan dua kantung plastik.

3.Dengan hati-hati, tanggalkan kantung kanan

(1) kemudian kantung kiri (2) dengan menariknya ke arah tengah mesin.

4.Longgarkan dan tanggalkan kaki mesin.

5.Pasangkan kekisi (A) di bahagian bawah mesin dengan menggunakan empat skru (B) yang disediakan dalam kantung buku petunjuk. Pasangkan semula kaki mesin.

6.Tegakkan mesin dan tanggalkan dua lagi bolt di belakang.

7.Tarik keluar tiga perenggang plastik dari lubang-lubang bolt itu.

8.Sumbat lubang-lubang itu dengan tiga batang palam yang disediakan di belakang mesin.

P0255

P1065

B

A

P1067

2

1

P1066

 

P0256

P0020

44

Menetapkan kedudukan

Letakkan mesin di lantai yang rata dan kukuh. Pastikan peredaran udara di sekitar mesin tidak dihalang permaidani, ambal dan sebagainya. Pastikan mesin tidak tersentuh dinding atau perkakas dapur yang lain.

Ratakan mesin dengan berhati-hati, dengan memutar skru kakinya naik atau turun. Jangan sekali-kali meletakkan kadbod, papan dan sebagainya di bawah mesin untuk meratakannya.

Saluran masuk air

Pasangkan hos masuk air pada pili air berulir 3/4" setelah memasukkan turas kecil "A" yang dibekalkan.

Hujung hos masuk air yang dipasangkan pada mesin boleh diputar-putar ke arah yang diingini. Longgarkan penyematnya, putar hos, kemudian ketatkan semula. Pastikan air tidak bocor.

Jangan sambung hos masuk air. Jika hos yang dibekalkan terlalu pendek dan anda tidak mahu memindahkan pili air, dapatkan hos baru yang lebih panjang dan khusus untuk kegunaan ini.

Penyaliran air

Ada tiga cara meletakkan hujung hos saliran:

Sangkutkan pada bibir sink menggunakan pelentur hos plastik yang dibekalkan bersama mesin. Pastikan hujungnya tidak boleh terlepas semasa mesin menyalirkan air. Caranya, ikatkan pada pili air dengan tali atau pasangkan pada dinding.

Masukkan ke dalam cabang paip saliran sink. Cabang ini mesti berada di atas paras perangkap kotoran, supaya bahagian selekohnya berada sekurang-kurangnya 60 cm di atas paras lantai.

Masukkan terus ke dalam paip saliran pada paras sekurang-kurangnya 60 cm dan tidak lebih daripada 90 cm.

Hujung hos saliran mesti ada peredaran udara, ertinya garispusat dalam paip saliran mesti lebih besar daripada garispusat luar hos saliran.

Jangan biarkan hos saliran terpiuh. Lalukan di atas lantai; bahagian di tempat saliran sahaja yang mesti ditinggikan.

P1051

A

P0003

P0022

BAHASA

MELAYU

P0021

 

P0023

45

Loading...
+ 14 hidden pages