20. Menyelesaikan masalah ..............................................72
3
Keselamatan dan penggunaan ..
Kami sarankan agar anda membaca bab ini dengan teliti sebelum menggunakan telefon anda.
Pengeluar tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kerosakan, yang mungkin timbul akibat
penggunaan yang tidak betul atau cara penggunaan yang bertentangan dengan arahan-arahan yang
dinyatakan di sini.
• KESELAMATAN JALANRAYA:
Dengan merujuk kajian-kajian yang menunjukkan bahawa menggunakan telefon mudah alih semasa
memandu kenderaan merupakan risiko sebenar, walaupun kit bebas pegang digunakan (kit kereta,
alat dengar…), para pemandu diminta agar menahan diri daripada menggunakan telefon mudah alih
mereka ketika kenderaan tidak dihentikan.
Apabila dihidupkan, telefon anda mengeluarkan gelombang elektro magnetik yang boleh
mengganggu sistem elektronik kenderaan seperti sistem brek anti terkunci ABS atau beg udara. Bagi
memastikan tidak timbul sebarang masalah:
- jangan letakkan telefon anda di atas papan pemuka atau dalam kawasan pengeluaran beg udara.
- semak dengan pengedar atau pengeluar kenderaan bagi memastikan bahawa papan pemuka
dilindungi secukupnya dari tenaga RF telefon mudah alih.
• SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN:
Matikan telefon sebelum menaiki kapal terbang bagi mengelakkan pendakwaan.
Matikan telefon apabila berada dalam kawasan kemudahan kesihatan kecuali di kawasan yang
dibenarkan. Seperti lain-lain jenis peralatan yang kini sering digunakan, telefon mudah alih boleh
mengganggu peranti elektrik atau elektronik lain, atau peralatan yang menggunakan frekuensi radio.
Matikan telefon anda apabila anda berada berdekatan dengan gas atau cecair yang mudah terbakar.
Patuhi semua peraturan berkaitan penggunaan telefon mudah alih yang diletakkan di depot bahan
api, stesen petrol, atau loji kimia atau dalam sebarang persekitaran yang mempunyai potensi bahaya
letupan.
Apabila telefon dihidupkan, ia perlu berada sekurang-kurangnya 15 cm dari sebarang peranti
perubatan seperti perentak jantung, alat bantu pendengaran atau pam insulin, dsbnya. Khususnya
semasa menggunakan telefon, anda mesti memegangnya pada telinga yang bertentangan dengan
peranti, jika ada.
Untuk mengelakkan kerosakan pendengaran, angkat panggilan sebelum meletakkan telefon ke
telinga anda. Dan juga jauhkan telefon dari telinga anda semasa menggunakan mod “bebas pegang”
kerana kelantangan yang tinggi akan menyebabkan kerosakan pendengaran.
Jangan benarkan anak-anak kecil menggunakan telefon tanpa pengawasan.
Semasa menukar penutup sila ambil perhatian bahawa telefon anda mungkin mengandungi bahan
yang boleh menyebabkan reaksi alergi.
Sentiasa kendalikan telefon anda dengan cermat dan simpannya dalam tempat yang bersih dan bebas
habuk.
Anda dinasihatkan menutup telefon anda dari semasa ke semasa untuk mengoptimumkan
prestasinya.
4
Jangan biarkan telefon anda didedahkan kepada cuaca atau keadaan alam sekitar yang buruk
(kelembapan, hujan, kemasukan cecair, habuk, udara laut, dan lain-lain). Julat suhu operasi yang
disyorkan oleh pengeluar adalah-20 °C hingga +55 °C. Apabila melebihi 55 °C, kebolehbacaan
paparan telefon akan terjejas, tetapi ini hanya bersifat sementara dan tidak serius.
Jangan buka atau cuba memperbaiki sendiri telefon mudah alih anda.
Jangan jatuhkan, lempar atau bengkokkan telefon mudah alih anda.
Jangan mengecatnya.
Gunakan hanya bateri Alcatel, pengecas bateri dan aksesori yang sesuai dengan model telefon anda.
(Lihat Senarai Aksesori, halaman 71). T&A Mobile Phones Limited serta gabungannya tidak akan
bertanggungjawab bagi sebarang kerosakan akibat penggunaan pengecas atau bateri lain.
Jangan lupa membuat salinan sokongan atau simpan rekod bertulis semua maklumat penting yang
disimpan dalam telefon anda.
Ada orang yang mungkin mengalami serangan epilepsi atau pitam apabila terdedah kepada cahaya
berkelip, atau apabila bermain permainan video. Serangan atau pitam mungkin berlaku walaupun
seseorang tidak pernah terkenan serangan atau pitam sebelumnya. Jika anda mengalami serangan
atau pitam, atau jika anda mempunyai sejarah keluarga peristiwa seumpamanya, sila rujuk doktor
anda sebelum bermain permainan video pada telefon anda, atau mengupayakan ciri cahaya berkelip
pada telefon. Semua orang perlu berhenti penggunaan dan merujuk kepada doktor jika sebarang
gejala berikut berlaku: kekejangan, mata atau otot bergerak-gerak, hilang kesedaran, gerakan luar
kawalan, atau disorientasi. Untuk membatasi kemungkinan gejala-gejala berkenaan, sila ikuti
langkah-langkah keselamatan berikut:
- Jangan bermain atau menggunakan ciri cahaya berkelip jika anda letih atau memerlukan tidur.
- Berehat minimum 15 minit setiap jam
- Main dalam bilik yang semua lampunya dibuka.
- Main pada jarak paling jauh dari skrin
Apabila bermain permainan pada telefon anda, anda mungkin mengalami ketidakselesaan sekali-skala
pada tangan, lengan, bahu, tengkuk, atau bahagian badan lain. Ikuti arahan-arahan ini untuk
mengelakkan masalah seperti tendinitis, sindrom carpal tunnel, atau gangguan skeletal otot lain:
- Berehat minimum 15 minit bagi setiap satu jam bermain.
- Jika tangan, pergelangan tangan, atau lengan menjadi letih atau sakit ketika bermain, berhenti dan
berehat beberapa jam sebelum bermain semula.
- Jika anda terus mempunyai tangan, pergelangan tangan, atau lengan sakit semasa atau selepas
bermain, hentikan permainan dan jumpa doktor.
5
Simbol pada telefon, bateri dan aksesori anda bermakna produk-produk ini mesti
dibawa ke pusat pengumpulan pada penghujung hayatnya:
- Pusat pembuangan sampah majlis bandaran dengan bekas-bekas khusus bagi itemitem peralatan sebegini.
- Bekas-bekas pengumpulan di tempat-tempat jualan.
Kesemuanya akan dikitar semula, mengelakkan bahan-bahan dibuang ke dalam alam sekitar, supaya
komponen-komponennya boleh digunakan semula.
Di negara-negara Kesatuan Eropah
Pusat-pusat pengumpulan ini boleh diakses secara percuma. Semua produk dengan tanda ini mesti
dibawa ke pusat-pusat pengumpulan ini.
Di negara-negara bukan ahli Kesatuan Eropah
Item-item peralatan dengan simbol ini tidak boleh dibuang ke dalam bekas biasa jika negara anda
atau rantau anda mempunyai fasiliti kitar semula dan pengumpulan yang sesuai: sebaliknya
kesemuanya hendaklah dibawa ke pusat-pusat pengumpulan untuk dikitar semula.
• BATERI:
Sebelum menanggalkan bateri daripada telefon anda, pastikan telefon sudah dimatikan.
Patuhi peringatan-peringatan berikut bagi penggunaan bateri:
- Jangan cuba membuka bateri (kerana risiko asap toksik dan melecur)
- Jangan membocorkan, membuka atau menyebabkan litar pintas dalam bateri,
- Jangan membakar atau membuang bateri yang telah digunakan ke dalam sampah-sarap rumah
yang lain, atau menyimpannya pada suhu melebihi 60 °C.
Bateri hendaklah dibuang mengikut peraturan alam sekitar tempatan yang diguna pakai. Bateri hanya
boleh digunakan bagi tujuan ia direka bentuk. Jangan gunakan bateri yang sudah rosak atau yang
tidak disyorkan oleh T&A Mobile Phones Limited dan/atau gabungannya.
• PENGECAS BATERI
Pengecas bateri yang menggunakan kuasa utama akan berfungsi dalam lingkungan suhu: 0 °C hingga
40 °C. Pengecas bateri yang direka untuk telefon bimbit anda memenuhi standard keselamatan
penggunaan peralatan teknologi maklumat dan peralatan pejabat. Ia harus digunakan bagi tujuan ini
sahaja.
• GELOMBANG RADIO:
Bukti pematuhan standard antarabangsa (ICNIRP) atau Arahan Eropah 1999/5/EC (R&TTE)
diperlukan bagi semua model telefon bimbit sebelum boleh dipasarkan. Perlindungan kesihatan dan
keselamatan pengguna dan mana-mana individu lain merupakan keperluan penting standard atau
arahan ini.
TELEFON BIMBIT INI MEMATUHI KEPERLUAN-KEPERLUAN ANTARABANGSA DAN
EROPAH BERKENAAN DENGAN PENDEDAHAN KEPADA GELOMBANG RADIO.
6
Telefon bimbit anda merupakan pemancar/penerima gelombang radio. Ia telah direka bentuk dan
dikeluarkan untuk mematuhi ambang pendedahan frekuensi radio (RF) yang disyorkan oleh
keperluan-keperluan antarabangsa (ICNIRP)
1999/519/EC)
Had-had ini merupakan sebahagian daripada satu set keperluan dan mewujudkan tahap frekuensi
radio yang dibenarkan bagi orang awam. Had-had ini diwujudkan oleh kumpulan-kumpulan pakar
berkecuali menggunakan asas penilaian-penilaian saintifik biasa dan terperinci. Ia termasuk margin
keselamatan signifikan yang bertujuan memastikan keselamatan semua pihak, tanpa mengira umur
atau keadaan kesihatan.
Standard pendedahan bagi telefon bimbit ditentukan oleh suatu unit pengukuran yang dikenali
sebagai Kadar Penyerapan Spesifik, atau “SAR”. Had SAR ditetapkan oleh keperluan-keperluan
antarabangsa atau oleh Majlis Kesatuan Eropah pada kadar 2 watt/kilogram (W/kg) pada purata 10
gram tisu badan. Ujian-ujian yang digunakan bagi menentukan tahap-tahap SAR dilaksanakan
menggunakan asas mod-mod penggunaan standard dengan telefon memancar pada tahap kuasa
maksimum pada keseluruhan julat jalur frekuensi.
Walaupun SAR telah ditetapkan pada tahap kelulusan tertinggi, tahap SAR sebenar bagi telefon
bimbit semasa penggunaan, secara umumnya adalah lebih rendah daripada nilai-nilai maksimum.
Sebenarnya, oleh sebab telefon bimbit direka bentuk untuk beroperasi pada tahap-tahap kuasa
berbeza, ia hanya menggunakan tahap minimum kuasa yang diperlukan bagi menyediakan suatu
sambungan ke rangkaian. Secara teorinya, semakin hampir anda kepada antena stesen pangkalan,
semakin rendah tahap kuasa yang diperlukan oleh telefon bimbit berkenaan.
Nilai SAR paling tinggi yang diuji bagi telefon bimbit ini bagi penggunaan pada telinga dan pematuhan
terhadap standard adalah 0.56 W/kg (OT-C550), 0.54 W/kg (OT-C560), 0.79 W/kg (OT-C630),
0.61 W/kg (OT-C635). Walaupun terdapat perbezaan antara tahap-tahap SAR pada pelbagai telefon
dan pada pelbagai kedudukan, kesemuanya mematuhi garis panduan-garis panduan Antarabangsa
dan keperluan-keperluan EU berkaitan bagi pendedahan RF(gelombang radio).
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggap bahawa maklumat saintifik semasa tidak
menunjukkan keperluan sebarang peringatan khas bagi penggunaan telefon bimbit. Sekiranya
individu-individu berasa bimbang, mereka boleh memilih untuk mengehadkan pendedahan RF diri
mereka atau anak-anak mereka dengan mengehadkan tempoh panggilan atau menggunakan perantiperanti “bebas pegang” bagi menjauhkan telefon bimbit daripada kepala dan badan (helaian fakta n°
193). Maklumat lanjut mengenai medan elektro magnetik dan kesihatan awam tersedia di laman
web berikut: http://www.who.int/peh-emf.
Telefon anda dilengkapkan dengan antena terbina dalam. Bagi operasi optimum, anda harus
mengelakkan daripada menyentuhnya atau merosakkannya.
(1)
(2)
.
Keperluan-keperluan ICNIRP adalah diguna pakai di kawasan-
(1)
dan oleh Majlis Kesatuan Eropah (Perakuan
kawasan berikut: Amerika Tengah (kecuali Mexico), Amerika Selatan,
Afrika Utara dan Selatan, Asia Pasifik (kecuali Korea), Australia.
(2)
Perakuan Eropah (1999/519/EC) adalah diguna pakai di kawasankawasan berikut: Eropah, Israel.
7
Maklumat umum ........................
• Laman web: www.tctmobile.com
• Alamat Wap: wap.my-onetouch.com
• No. Hotline: lihat risalah “T&A Mobile Phones Services” atau pergi ke
laman Internet kami.
Di laman Internet kami, anda akan mendapati seksyen FAQ kami (Soalan
Lazim). Anda juga boleh menghubungi kami melalui e-mel untuk
bertanyakan soalan yang anda ada.
Telefon anda merupakan penghantar-terima yang beroperasi pada
rangkaian-rangkaian GSM dengan jalur 900 dan 1800 MHz.
Tanda menunjukkan bahawa telefon bimbit anda mematuhi arahan
“1999/5/EC (R&TTE)” dan bahawa aksesori- aksesori berkaitan mematuhi
arahan-arahan EC semasa. Salinan penuh Perisytiharan Pematuhan bagi
telefon bimbit anda boleh didapati melalui laman web kami:
www.tctmobile.com.
Input Teks T9 dilesenkan di bawah satu atau lebih
daripada yang berikut: Pat. A.S. Bil. 5,187,480,
5,818,437, 5,945,928, 5,953,541, 6,011,554,
®
6,286,064, 6,307,548, 6,307,549, dan 6,636,162,
6,646,573; Pat. Eropah Bil. 0 842 463 (96927260.8),
1 010 057 (98903671.0), 1 018 069 (98950708.2);
dan paten tambahan lain sedang menunggu kelulusan
di seluruh dunia.
8
Perlindungan terhadap kecurian
(1)
Telefon bimbit anda dikenal pasti dengan IMEI (nombor siri telefon) yang
dipamerkan pada label pembungkusan dan dalam memori produk. Kami
mengesyorkan agar anda mencatatkan nombor ini semasa kali pertama
anda menggunakan telefon bimbit anda dengan memasukkan *, #, 0, 6, #
dan menyimpannya di tempat yang selamat. Ia mungkin diminta oleh polis
atau operator anda sekiranya telefon anda dicuri. Nombor ini
membenarkan telefon bimbit anda disekat bagi menghalang orang ketiga
daripada menggunakannya, walaupun dengan kad SIM yang berbeza.
Penafian
Mungkin terdapat perbezaan-perbezaan tertentu antara deskripsi manual
pengguna dan operasi telefon, bergantung kepada keluaran perisian telefon
anda atau perkhidmatan operator.
April 2006
(1)
Hubungi operator rangkaian anda untuk menyemak ketersediaan
khidmat.
9
1
Telefon bimbit anda............
Kekunci dalam mod terbiar
OT-C550/560
Kekunci lembut kiri:
Akses menu
Sahkan pilihan
Hantar kunci:
Angkat / Hantar panggilan
Memori panggilan
(tekan kekunci sekejap)
Mel suara (tekan kekunci
Kunci pad kekunci/buka
kunci (tekan kekunci lama)
OT-C630/635
lama)
Kekunci navigasi
Kekunci kamera
Kekunci lembut kanan:
Padam / Kembali / Miut
nada dering
Kekunci tamat:
Buka/Tutup
Tamatkan panggilan
Kembali ke skrin utama
Penggetar (tekan kekunci
lama)
Kekunci kamera
Kekunci lembut kiri:
Akses menu
Sahkan pilihan
Hantar kunci:
Angkat / Hantar panggilan
Memori panggilan
(tekan kekunci sekejap)
Mel suara
(tekan kekunci lama)
Kekunci na
Kekunci lembut kanan:
Padam / Kembali / Miut
nada dering
Kekunci tamat:
Buka/Tutup
Tamatkan panggilan
Kembali ke skrin utama
Penggetar (tekan kekunci
lama)
vigasi
10
1.1Kekunci
(1)
HIDUPKAN/MATIKAN telefon (tekan kekunci lama) dari skrin
(2)
utama
Letak
Tolak panggilan masuk
Kembali ke skrin utama (tekan kekunci lama atau sekejap)
(1)
Panggil / Angkat
(2)
Akses memori panggilan (tekan kekunci sekejap)
Skrol, laraskan lantang semasa panggilan
(1)
Kekunci lembut kiri:
(2)
Pilihan / Menu / Sahkan
Papar mesej diterima
(1)
OT-C550/560.
(2)
OT-C630/635.
11
(1)
Kekunci lembut kanan:
(2)
Kembali ke skrin sebelumnya (tekan kekunci sekejap)
Miutkan nada dering panggilan masuk
Dalam mod edit:
Padam aksara (tekan kekunci sekejap)
Padam semua aksara (tekan kekunci lama)
Rujuk mel suara anda (tekan kekunci lama)
Tukar huruf besar mengikut aturan berikut: Ab/ab/AB (tekan
kekunci sekejap)
Akses jadual Simbol (tekan kekunci lama)
Mengesahkan perkataan aktif dan/atau masukkan Ruang (tekan
kekunci sekejap)
Mengakses ke senarai bahasa (tekan kekunci lama)
untuk Masukkan huruf (tekan kekunci sekejap) atau angka
(tekan kekunci lama) dalam mod edit
(1)
OT-C550/560.
(2)
OT-C630/635.
12
1.2Ikon skrin utama
(1)
Paras cas bateri.
Mod penggetar: telefon anda bergetar (tetapi bunyi penggera
dan bateri rendah akan dimainkan juga).
Mod senyap: telefon anda tidak berdering, mengeluarkan bunyi
bip atau bergetar (tetapi bunyi penggera dan bateri rendah akan
dimainkan juga).
Mesej belum dibaca.
Senarai mesej penuh: terminal anda tidak boleh terima
sebarang mesej baru lagi. Anda perlu akses senarai mesej dan
padamkan sekurang-kurangnya satu mesej pada kad SIM anda (lihat
halaman 44).
Panggilan terlepas.
Mesej mel suara tiba.
Alihan panggilan diaktifkan: panggilan anda dialihkan (lihat
halaman 60).
Penggera diprogramkan (lihat halaman 31).
Petunjuk kekuatan isyarat.
Kunci pad kekunci.
Perantauan kebangsaan.
(1)
Ikon dan ilustrasi dalam panduan ini disediakan bagi tujuan maklumat
sahaja.
13
2
Bermula ..............................
2.1Tetapan
Memasukkan kad SIM
Anda perlu memasukkan kad SIM anda bagi menggunakan telefon anda.
Untuk memasukkan kad SIM anda, matikan telefon anda dengan menekan
lama pada kekunci .
Memasukkan dan mengeluarkan bateri
Selaraskan bahagian atas bateri dengan ruang dalam tempat bateri telefon anda.
Tekan bateri ke bawah sehingga selak masuk dengan kemas.
(1)
Letak kad SIM dengan cip
menghadap ke bawah. Tolak
masuk kad SIM ke dalam petaknya.
Tolak kad SIM dengan jari anda
untuk mengeluarkannya. Tutup
tempat letak kad dan masukkannya
ke kedudukan terkunci.
(1)
Semak dengan operator rangkaian anda untuk pastikan bahawa kad
SIM anda serasi 3V. Kad SIM 5 Volt yang terdahulu tidak boleh
digunakan. Sila hubungi operator anda.
14
Mengecas bateri
Sambungkan
pengecas
• Satu animasi akan muncul ketika mengecas.
• Ia mungkin mengambil masa beberapa minit sebelum pengecasan bermula.
• Jangan paksakan plag ke dalam soket.
• Ikon bateri akan mengambil masa beberapa minit sebelum tahapnya ditunjukkan.
• Sebelum
• Soket utama mesti berdekatan dengan telefon dan mudah dicapai (elakkan kabel
• Sebelum menggunakan telefon anda buat kali pertama, cas bateri anda sepenuhnya
menyambung ke pengecas, pastikan bateri dimasukkan dengan betul.
sambungan kuasa).
(lebih kurang 3 jam). Hanya gunakan pengecas Alcatel. Kami mengesyorkan
mengecas bateri sehari sekali supaya telefon beroperasi pada tahap optimum.
Anda dinasihatkan mengecas sepenuhnya bateri ().
Peringatan semasa penggunaan
Telefon anda dilengkapkan dengan
antena terbina dalam. Bagi
penerimaan dan operasi optimum,
jangan menyentuh bahagian atas
telefon anda.
15
Buka penutup belakangPasang kembali penutup
belakang
OT-C550
OT-C550
OT-C560
OT-C630/635
OT-C560
16
2.2MENGHIDUPKAN telefon anda
Tekan kekunci (tekan kekunci lama). Animasi selamat datang dipaarkan
selama 2 saat. Masukkan kod PIN anda jika perlu, kemudian sahkan dengan
kekunci lembut kiri.
Jika anda tidak tahu kod PIN anda atau jika anda terlupa, hubungi
operator rangkaian anda. Jangan letakkan kod PIN berhampiran
telefon anda. Ia perlu disimpan di tempat yang selamat apabila
tidak diperlukan.
2.3MEMATIKAN telefon anda
Dari skrin utama, tekan kekunci (tekan kekunci lama).
17
3
Panggilan........................
3.1Membuat panggilan
Dari skrin utama, masukkan nombor telefon menggunakan pad kekunci.
Tekan untuk mendail dan atau kekunci lembut kanan untuk
menamatkan panggilan.
Untuk memanggil nombor yang baru didail/dijawab, dari skrin utama, tekan
untuk melihat nombor dalam senarai “panggilan masuk”, “panggilan
keluar” dan “panggilan terlepas”. Skrol dan pilih nombor atau nama yang
diinginkan dan tekan untuk menghantar panggilan.
Membuat panggilan antarabangsa
Tekan kekunci . Apabila “+” dipaparkan, masukkan kod negara dan
kawasan, kemudian lengkapkan nombor dan hantar panggilan berkenaan.
Memanggil nombor dari direktori
Tekan dalam mod melahu untuk mengakses direktori. Pilih nombor
telefon yang diingini dan tekan .
Dalam direktori produk, bagi semua kontak yang mempunyai lebih
daripada satu nombor, hanya nombor lalai yang akan dipilih bagi kontak
berkenaan. Untuk memilih nombor berbeza, tekan atau .
18
3.2Menerima panggilan
- Untuk mengangkat panggilan, tekan kekunci .
- Untuk menolak panggilan, tekan kekunci .
- Untuk bisukan nada dering dan tidak menjawab panggilan, tekan “Bisu”.
- Untuk menjawab panggilan baru semasa sesuatu panggilan apabila fungsi
“Panggilan tunggu” diaktifkan, tekan . Panggilan pertama akan
dipegang. Untuk menamatkan panggilan yang aktif, tekan .
Jika anda mengaktifkan “Alihan p’gglan”, panggilan akan
dilencongkan ke nombor atau mel suara.
Jika anda telah memilih “Jawab Sebarang Kekunci”, anda boleh
menerima panggilan dengan menekan sebarang kekunci (kecuali
).
3.3Panggilan bebas tangan
Dail nombor yang diingini kemudian tekan atau “Pilihan”, kemudian
tekan “Aktifkan M.Bebastg”, akhir sekali tekan atau “Pilih”.
Jika anda berada di talian, tekan kekunci untuk bertukar ke mod bebas
tangan dan sebaliknya.
19
3.4Pilihan tersedia semasa panggilan
Anda boleh menekan "Pilihan" atau kekunci bagi beberapa fungsi
berikut semasa sesuatu panggilan: "Aktifkan M.Bebastg", "Cakapan
rakam", "Senarai p'gglan", "Senarai nama", dll.
Aktifkan M.Bebastg • Gunakan pilihan bebas tangan.
Anda boleh melaraskan tahap bunyi semasa panggilan dengan
menekan atau kekunci navigasi .
3.5Cakapan rakam
Untuk merakamkan perbualan semasa panggilan, pilih “Cakapan rakam”
dan tekan . Tekan sekali lagi atau kekunci lembut kiri untuk
menyimpan dan menamatkan rakaman. Jika anda memilih “Bisu” dan
kemudian “Cakapan rakam”, hanya suara pemanggil dirakam.
20
3.6Mengendalikan panggilan berganda
(1)
3.6.1Membuat panggilan kedua
Anda boleh membuat panggilan kedua semasa panggilan aktif atau semasa
panggilan sedang dipegang.
Semasa panggilan pertama dipegang dan nombor kedua didail, anda boleh
menekan untuk mengakses pilihan-pilihan berikut:
Tukar panggilan• Untuk bertukar antara panggilan (anda juga
boleh menekan atau untuk menukar
panggilan).
Panggilan dipindah • Untuk menyambungkan dua panggilan. Anda
akan diputus talian apabila pindahan berkenaan
selesai.
Perundingan• Untuk memasukkan pemanggil ke panggilan
perundingan.
3.6.2Menjawab panggilan kedua
Apabila anda menerima panggilan kedua ketika sedang berkomunikasi,
telefon mengeluarkan bunyi bip dan skrin memaparkan “Panggilantunggu”. Kemudian anda boleh menekan untuk menjawab panggilan
berkenaan (yang pertama akan dipegang), tekan untuk menolak
panggilan berkenaan dan tekan atau kekunci lembut kiri untuk
membuka senarai pilihan.
Jika anda memilih “Jawab panggilan”, anda akan menjawab panggilan
masuk berkenaan, atau “Tamat panggilan” untuk menamatkan panggilan
semasa, kemudian menjawab panggilan masuk berkenaan.
Khidmat ini terhad kepada dua komunikasi semasa (satu aktif dan
yang satu lagi dipegang).
(1)
Hubungi operator rangkaian anda untuk menyemak ketersediaan
khidmat.
21
3.6.3Menjawab panggilan ketiga
Jika anda sedang dalam panggilan dan mempunyai satu lagi dipegang, anda
juga boleh menerima panggilan ketiga. Untuk melakukannya, anda mesti
sama ada menamatkan salah satu panggilan berkenaan atau memasukkan
pemanggil baru ke perundingan.
Tekan untuk menolak panggilan berkenaan atau tekan atau
kekunci lembut kiri untuk membuka senarai pilihan.
Anda boleh memilih “Jawab panggilan” untuk menjawab panggilan
masuk berkenaan, atau “Tamat panggilan” untuk menamatkan panggilan
semasa, kemudian jawab panggilan masuk berkenaan. Khidmat ini terhad
kepada dua komunikasi semasa (satu aktif dan satu dipegang).
3.6.4Panggilan pelbagai pihak
Ia membenarkan anda untuk bercakap dengan sehingga lima orang pada
masa yang sama.
Buat panggilan pertama dengan seseorang, kemudian yang kedua.
Tekan atau kekunci lembut kiri, pilih “Perundingan” dalam senarai
pilihan. Ulang proses berkenaan sehingga lima ahli disambungkan.
Pilih “Pindah Pihak” untuk memutuskan seseorang ahli daripada
perundingan berkenaan, atau pilih “Panggilan sulit” untuk membuat
panggilan sulit dengan seseorang sahaja (ahli-ahli lain dipegang).
Tekan untuk memutuskan semua panggilan sekali gus.
Jika terdapat panggilan masuk semasa panggilan perundingan yang
mempunyai kurang daripada lima ahli, anda boleh menerima
panggilan ini dan menambahnya ke perundingan berkenaan. Jika
lima ahli sudah disambungkan, anda boleh menjawab panggilan
berkenaan, tetapi tidak boleh menambahnya ke perundingan.
22
4
4.1Mengakses menu
Dari skrin utama, tekan kekunci , menu dipaparkan sebagai satu
senarai dengan ikon-ikon kecil di sebelah setiap fungsi.
Pilih item yang anda perlukan menggunakan kekunci navigasi ( , ),
kemudian tekan sekali lagi kekunci lembut kiri untuk mengesahkan.
4.2Mengorganisasikan fungsi
Bagi setiap fungsi yang disenaraikan, rujuk bab yang berkaitan dalam
Panduan Pengguna ini.
Menu ....................................
23
Loading...
+ 53 hidden pages
You need points to download manuals.
1 point = 1 manual.
You can buy points or you can get point for every manual you upload.