AEG EWW1292 User Manual [ms]

說明手冊
RISALAH ARAHAN
洗衣機-烘乾機
PEMBASUH-PENGERING
58
Sila baca petunjuk operasi ini dengan cermat dan beri perhatian khusus kepada catatan keselamatan yang dinyatakan di beberapa halaman yang pertama. Kami syorkan supaya anda menyimpan buku petunjuk ini supaya dapat menjadi rujukan pada lain masa, dan serahkan kepada pemilik yang baru jika mesin ini bertukar tangan nanti.
Kerosakan dalam pengangkutan
Apabila mesin dikeluarkan daripada bungkusannya, harap periksa dan pastikan tidak ada kerosakan. Jika berasa ragu, jangan gunakannya dan hubungilah Pusat Servis.
Lambang-lambang yang anda lihat dalam buku petunjuk ini bermaksud seperti berikut:
Segi tiga amaran dan/atau kata kunci (Amaran!, Awas!) menegaskan maklumat yang khusus penting bagi keselamatan anda atau bagi penggunaan alat ini yang betul.
Maklumat yang ditandakan dengan lambang ini memberi petunjuk tambahan dan petua praktikal tentang cara menggunakan mesin.
Lambang ini menandakan petua dan maklumat tentang penggunaan mesin yang hemat dan serasi dengan ekologi.
Sumbangan kami kepada perlindungan alam
sekitar: kami menggunakan kertas serasi alam
sekitar.
Kandungan
Amaran 60-61
Pelupusan 61
Petua bagi perlindungan alam
sekitar 61
Spesifikasi teknikal 62
Pemasangan 63
Mengeluarkan mesin dari bungkusan 63
Penempatan 63
Saluran air masuk 63
Penyaliran air 64
Sambungan elektrik 64
Mesin basuh-pengering
baru anda 65
Perihalan mesin 65
Jujukan operasi 74-77
Program membasuh 78-79
Pengeringan berjangka 80
Lambang kod basuh antarabangsa 81
Penyenggeraan 82
Kedap pintu 82
Badan Mesin 82
Laci dispenser detergen 82
Pam saliran 82-83
Turas saluran air masuk 83
Penyaliran air darurat 83
Mengelakkan sejuk-beku 83
Jika ada masalah? 84-85
MELAYU
BAHASA
Laci dispenser detergen 65
Penggunaan 66
Panel kawalan 66
Kawalan 69
Maklumat program 70
Petua membasuh 71
Mengisih pakaian 71
Suhu 71
Sebelum memasukkan pakaian 71
Beban maksimum 71
Berat pakaian 71
Menghapus tanda kotor 71
Detergen dan perapi tambahan 72
Petua pengeringan 73
Beban 73
Pakaian yang tidak sesuai dikeringkan 73
Simbol pengeringan pada label pakaian 73
Jangka masa kitaran pengeringan 73
Sisa serabut 73
Pengeringan tambahan 73
59
Amaran
Amaran berikut diberi demi menjaga keselamatan umumnya. Anda mesti membacanya dengan teliti sebelum memasang atau menggunakan mesin.
Pemasangan
• Semua bahan penyendal dalaman mesti dikeluarkan sebelum menggunakan mesin. Mesin atau perabot di sebelah-menyebelahnya boleh rosak teruk jika alat-alat pelindung pengangkutan ini tidak dikeluarkan atau tidak dikeluarkan semuanya. Sila rujuk perenggan yang berkenaan dalam buku petunjuk ini.
• Apa-apa kerja elektrik atau memasang mesin ini harus dilakukan oleh juruelektrik bertauliah.
• Apa-apa kerja perpaipan atau memasang mesin ini harus dilakukan oleh jurupaip bertauliah.
• Setelah mesin dipasang, pastikan kabel bekalan elektrik tidak ditindih olehnya.
• Jika mesin diletakkan di atas lantai permaidani, pastikan udara dapat beredar bebas antara kakinya dengan lantai.
Penggunaan
• Mesin ini direka untuk kegunaan di rumah sahaja. Jangan gunakan untuk tujuan lain daripada yang dimaksudkan.
• Gunakan untuk membasuh dan mengeringkan hanya kain yang direka untuk dibasuh dan dikeringkan dengan mesin. Petunjuk di label pakaian hendaklah dipatuhi.
• Jangan masukkan pakaian melebihi beban yang dibenarkan bagi mesin. Patuhi petunjuk yang terkandung dalam buku petunjuk ini.
• Pastikan semua saku kosong. Benda-benda seperti wang logam, pin keselamatan, jarum dan skru boleh menyebabkan kerosakan besar.
• Jangan basuh mesin pakaian yang telah dibasahi petroleum, spirit bermetil, trikloretilena, dsb.
• Isikan dengan bahan kecil seperti stoking, tali pinggang, dsb dalam kantung kain atau sarung bantal supaya tidak tersepit antara dram dengan tab.
• Jika anda menggunakan detergen cair di dalam bekas yang harus dimasukkan terus ke dalam dram, jangan lupa mengeluarkan bekas itu sebelum melakukan pengeringan.
• Gunakan bahan pelembut kain mengikut sukatan yang disarankan sahaja. Jika berlebihan, boleh merosakkan pakaian yang dicuci.
• Biarkan pintu mesin renggang sedikit apabila perkakas ini tidak digunakan. Cara ini dapat memelihara kedap pintu dan mencegah terbentuknya bau hapak.
• Sentiasa pastikan air telah disalirkan keluar sebelum membuka pintunya. Jika belum, salirkan air seperti yang ditunjukkan di dalam buku petunjuk ini.
• Cabut plag dan tutup pili air setiap kali selesai menggunakan mesin.
Keselamatan umum
• Kerja baik pulih mesin mesti dilakukan oleh kakitangan yang bertauliah sahaja. Kerja baik pulih jika dilakukan oleh orang yang tidak berpengalaman boleh menyebabkan bahaya berat. Harap hubungi Pusat Servis setempat.
• Jangan sekali-kali tarik kabel bekalan elektrik untuk mencabut palam dari soketnya; sentiasa pegang dan cabut palam itu sendiri.
• Semasa program bersuhu tinggi dan semasa kitaran, kaca pintu boleh menjadi panas. Jangan sentuh!
60
Keselamatan kanak-kanak
P1131
• Kanak-kanak sering kali tidak sedar betapa bahayanya alat-alat elektrik. Semasa mesin sedang bekerja, kanak-kanak harus diperhatikan baik-baik dan tidak dibiarkan bermain dengan mesin.
• Komponen pembungkusan (misalnya lapik plastik, polistirena) boleh membahayakan kanak-kanak ­bahaya kelemasan! Jauhkan daripada capaian kanak-kanak.
• Simpan semua detergen di tempat yang selamat jauh daripada capaian kanak-kanak.
• Pastikan kanak-kanak atau haiwan peliharaan tidak memanjat masuk ke dalam dram. Satu ciri khusus telah digabungkan pada mesin untuk mengelakkan hal ini. Untuk mengaktifkan peranti, putar butang (tanpa menekan) di dalam pintu ke arah jam sehingga ia selari dengan alurnya. Jika
Pelupusan
perlu, gunakan duit syiling.
Untuk menyahaktifkan peranti ini dan membolehkan semula kemungkinan pintu ditutup, putar butang ke arah lawan jam sehingga alurnya menegak.
• Apabila perkakas ini hendak disingkirkan, potong kabel bekalan elektrik dan musnahkan palam bersama baki kabel. Rosakkan kancing pintu supaya kanak-kanak tidak akan terperangkap di dalam semasa bermain.
MELAYU
BAHASA
Bahan pembungkusan
Bahan yang ditandakan dengan lambang l boleh dikitar semula.
>PE<=polietilena
>PS<=polistirena
>PP<=polipropilena
Hal ini bererti bahan tersebut boleh dikitar semula dengan melupuskannya dengan cara yang betul di dalam bekas pemungutan yang sesuai.
Mesin
Gunakan tapak pelupusan yang disahkan bagi perkakas lama. Bersama-sama kita menjaga kebersihan negara!
Petua bagi perlindungan alam sekitar
Demi menjimatkan air dan tenaga serta membantu melindungi alam sekitar, kami menyarankan agar petua berikut dipatuhi:
• Pakaian yang biasa kotornya boleh dibasuh tanpa prabasuh untuk menjimatkan detergen, air dan masa (dan melindungi alam sekitar juga!).
• Mesin ini lebih menjimatkan jika diisikan beban penuh (baik untuk kitaran basuh mahupun kitaran pengeringan).
• Mesin ini kurang menggunakan tenaga jika
pakaian diputar secukupnya sebelum
dikeringkan.
Lambang pada produk atau pada pembungkusannya menandakan bahawa produk ini tidak boleh diperlakukan sebagai bahan buangan rumah. Sebaliknya, ia hendaklah dihantar ke pusat pemungutan yang sesuai untuk mengitar semula perkakasan elektrik dan elektronik. Dengan memastikan produk ini dilupuskan dengan betul, anda akan membantu menghindarkan berlakunya kemungkinan akibat buruk terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia, jika sekiranya bahan buangan produk tidak dikendalikan dengan sewajarnya. Untuk maklumat lanjut mengenai pengitaran semula produk ini, sila hubungi pejabat bandar tempatan, atau khidmat pembuangan bahan buangan rumah anda atau kedai tempat anda membeli produk ini.
• Jika dibersihkan secukupnya sebelum dibasuh, tanda dan kotoran yang sedikit boleh dihapuskan; seterusnya pakaian dapat dibasuh pada suhu lebih rendah.
• Sukat detergen menurut takat kesadahan air, takat kekotoran dan jumlah pakaian yang hendak dicuci.
61
Spesifikasi teknikal
DIMENSI Tinggi 85 cm
Lebar 60 cm Panjang ke Dalam 63 cm
MEMBASUHMENGERING
BEBAN MAKSIMUM Kapas 7 kg 3.5 kg
Sintetik 3 kg 2 kg Bahan halus 3 kg ­Kain kapas/Dibasuh tangan 2 kg -
KELAJUAN PUTARAN 1200 rpm maks.
VOLTAN/FREKUENSI BEKALAN KUASA 230-240 V/50 Hz JUMLAH KUASA TERSERAP 2050 W PERLINDUNGAN FIUS MINIMUM 10 A
TEKANAN AIR Minimum 0.05 MPa
Maksimum 0.8 MPa
Perkakas ini mematuhi Arahan EEC berikut: 73/23/EEC bertarikh 19/02/73 tentang voltan rendah 89/336/EEC bertarikh 03/05/89 tentang keserasian elektromagnet.
62
Pemasangan
A
P1205
P1204
5
4
P1123
2
3
1
P0001
P1129
P0021
P1088
P1051
P0002
P1128
Mengeluarkan mesin dari bungkusan
Semua bolt pengangkutan dan bahan pembungkusan mesti dikeluarkan sebelum menggunakan mesin.
Anda dinasihatkan supaya menyimpan semua alat pengangkutan supaya dapat dipasang semula jika mesin perlu diangkut lagi nanti.
1. Dengan menggunakan sepana, longgarkan dan tanggalkan dua skru di belakang sebelah bawah. Luncur keluarkan dua pin plastik.
2. Baringkan mesin di atas bahagian belakangnya, dan pastikan hos tidak tertindih. Hal ini dapat dielakkan dengan mengalaskan satu bongkah penyendal sudut di antara mesin dan lantai.
3. Keluarkan bungkah polistirena dari bawah mesin. Longgarkan dan tanggalkan empat kaki mesin. Lepaskan dua kantung plastik.
4. Dengan berhati-hati, luncur keluarkan kantung kiri politena, keluarkan ke arah kanan dan ke bawah.
7. Tegakkan mesin dan tanggalkan baki skru di belakang. Luncur keluarkan pin berkenaan.
8. Sumbat kesemua lubang dengan penyumbat yang disediakan di dalam sampul yang mengandungi manual petunjuk.
Penempatan
Pasangkan mesin di atas lantai yang keras dan datar. Pastikan peredaran udara di sekeliling mesin tidak
ganggu oleh permaidani dan sebagainya. Pastikan mesin tidak menyentuh dinding atau perkakas dapur yang lain.
Ratakan kedudukan mesin dengan berhati-hati memutar skru kakinya naik atau turun. Jangan alaskan dengan kadbod, kepingan kayu atau bahan lain di bawah mesin untuk meratakannya.
MELAYU
BAHASA
Saluran air masuk
Sambungkan hos air masuk ke pili air yang
5. Dengan berhati-hati, luncur keluarkan kantung kanan politena, keluarkan ke arah kiri dan kemudian ke atas.
6. Angkat keluar penutup bahagian bawah yang terletak di dalam dram mesin, letak cangkuknya seperti yang ditunjukkan oleh anak panah «A» dan tolak bahagian atas penutup untuk menutupnya.
Penting!
Anda boleh mendapatkan arahan lanjut mengenai pemasangan penutup bahagian bawah di dalam kantungnya sendiri.
mempunyai ulir 3/4”. Jangan menggunakan ini hos lama yang telah
terpakai. Bahagian hujung lain hos air masuk yang bersambung
dengan mesin boleh diputarkan ke arah mana pun. Longgarkan saja pemasangan, putarkan hos, kemudian ketatkan semula sambil memastikan tiada kebocoran air.
63
Jangan panjangkan hos air masuk. Jika terlalu
P0023
P0022
pendek dan anda tidak mahu mengalihkan pili air, anda perlu membeli hos baru yang lebih panjang dan khusus dibuat untuk kegunaan seperti ini.
Penyaliran air
Hujung hos saliran dapat diletakkan dengan tiga cara:
Disangkutkan pada pinggir besen cuci
menggunakan pandu hos plastik yang
disediakan bersama mesin. Dalam hal ini, pastikan
hujung hos itu tidak dapat terlepas apabila mesin menyalirkan air.
Ini dapat dilakukan dengan mengikatnya pada pili dengan tali ataupun menyematkannya pada dinding.
Dalam satu cabang paip besen cuci. Cabang ini
mesti berada di atas perangkap kotoran paip dan keloknya mesti berada sekurang-kurangnya 60 cm di atas lantai.
Langsung terus ke dalam paip saliran pada paras
sekurang-kurangnya 60 cm dan tidak lebih
daripada 90 cm.
Hujung hos saliran mesti sentiasa diudarakan,
ertinya garis pusat di dalam paip saliran mesti lebih besar daripada garis pusat di luar hos saliran.
Jangan biarkan hos saliran terpiuh. Lalukan di atas lantai; bahagian yang hampir dengan punca saliran sahaja yang perlu ditinggikan.
AMARAN: PERKAKAS INI MESTI
DIBUMIKAN.
Pengilang menolak sebarang
tanggungjawab sekiranya langkah
keselamatan ini tidak dipatuhi.
Sekiranya kabel bekalan kuasa perlu
diganti, ia hendaklah dilakukan oleh pihak
Pusat Servis kami.
Mesin ini dibekalkan dengan palam 13amp siap dipasang. Jika fius di dalam palam yang dibekalkan perlu diganti, gunakan fius 13amp yang diluluskan ASTA (BS1363/A). Jika palam perlu diganti atas apa-apa sebab pun, lakukan seperti yang dihuraikan di bawah. Wayar di dalam salur bekalan kuasa diwarnakan mengikut kod berikut:
Hijau dan Kuning - Bumi
Biru - Neutral
Perang - Hidup
GREEN & YELLOW
E
13A
L
N
BROWN
BLUE
P1041
CORD CLAMP
Wayar hijau dan kuning mesti disambungkan dengan terminal bertanda dengan huruf «E» atau berlambang bumi atau berwarna hijau dan kuning.
Wayar biru mesti disambungkan dengan terminal «N» atau berwarna hitam.
Wayar perang mesti disambungkan dengan terminal «L» atau berwarna merah. Setelah siap, jangan sampai ada wayar terpotong atau helaian wayar yang terlepas dan kapit kabel mesti kemas mengikat sarung luar kabel.
Sambungan elektrik
Mesin ini direka bentuk untuk menggunakan bekalan kuasa 230-240 V, fasa tunggal, 50 Hz.
Periksa sama ada bekalan elektrik rumah anda dapat menerima beban maksimum yang diperlukan (2.05 kW), dengan mengambil kira perkakas elektrik lain yang digunakan.
AMARAN:
Palam yang terpotong menimbulkan
bahaya keselamatan (kejutan elektrik) yang
serius jika ditusukkan pada soket 13 amp.
Pastikan palam yang terpotong dibuang
dengan cara yang selamat.
Penting !
Kabel bekalan kuasa mesti mudah dicapai setelah mesin dipasang.
64
Mesin basuh-pengering baru anda
Mesin basuh baru ini yang dilengkapi sistem New Jet*, memenuhi semua keperluan moden bagi mencuci pakaian secara berkesan, dengan penggunaan air, tenaga dan detergen yang rendah.
Penjimatan lanjut dapat dicapai dengan membasuh beban pakaian yang kecil, kerana penggunaan air dan elektrik berpadanan dengan jumlah dan jenis pakaian yang dibasuh.
Kebolehan memilih suhu, kelajuan putaran dan semua pilihan yang ditawarkan oleh mesin ini benar-benar
memberikan cara membasuh yang sesuai mengikut keperluan.
• Pilihan DELAY START (MULA TUNDA)membolehkan anda melengahkan bermulanya program membasuh
hingga ke waktu yang diinginkan.
• Fungsi RINSE HOLD(TAHAN BILAS)(berhenti dengan air di dalam dram) boleh dipilih buat semua kain:
pakaian dibiarkan terendam di dalam air bilasan terakhir untuk mengelak daripada renyuk.
Paparan kemajuan program menunjukkan langkah program yang dipilih dan fasa program yang sedang
berlangsung.
Program khas wul dengan sistem basuh lembut yang baru membasuh pakaian wul dengan cukup cermat.
Program pengeringan membuatkan pakaian anda terasa lembut dan selesa tidak kira apa jua keadaan
cuaca.
Laci 3-petak buat detergen dan pelembut kain.
Peranti kawalan imbangan memastikan mesin sentiasa mantap semasa putaran.
MELAYU
BAHASA
Perihalan mesin
1 Laci dispenser detergen
2 Panel kawalan
3 Pemegang pintu
4 Pam saliran
5 Kaki boleh laras
1
Off
Whites
G
e
n
e
t
l
S
p
i
n
Coloureds
S
p
i
n
Cottons Eco
D
ra
i
n
Rinses
Cottons Dry
Synthetic
Mini 30
Wool
Synthetic Eco
Synthetic Dry
Handwash
Delicate
2
Prewash/Wash
Extra Dry
95°
1200
Store Dry
900
60°
700
40°
500
30°
Spin Speed
Temp.
Rinses
Iron Dry
Spinning
Drain
Drying
Auto Dry
Delay
Start/
Drying
Extra
Prewash
Start
Pause
Rinse
Time
3
4
5
Laci dispenser detergen
Prabasuh
Basuh utama
Pelembut kain, kanji
C0063
65
Penggunaan
Panel kawalan
Off
G
entle Spin
Spin
D
rain
Rinses
Mini 30
Wool
Handwash
Delicate
1
Whites
Coloureds
Cottons Eco
Synthetic Eco
Synthetic Dry
Cottons Dry
Synthetic
Temp .
2
95°
60°
40°
30°
Spin Speed
3
9
Start/ Pause
10
Prewash/Wash
Rinses
Spinning
Drain
Drying
11
Prewash
4
Extra Rinse
5
Extra Dry
Store Dry
Iron Dry
Auto Dry
6
Drying
Time
7
Delay Start
8
1200
900
700
500
1Cakera pemilih program
Cakera pemilihan program dibahagikan kepada bahagian yang berikut:
• Kapas,
• Sintetik,
• Bahan halus,
• Kapasl dan Dibilas tangan ,
• Program khas daripada “Mini 30” hingga ke
“Gentle Spin” (Putar Lembut)
• Tetapkan semula program/Menghidupkan mesin
(Off)
Off
Delicate
Whites
Coloureds
Cottons Eco
Synthetic Eco
Synthetic Dry
Cottons Dry
Synthetic
Gentle S
pin
Spin
Drain
Rinses
Mini 30
Wool
Handwash
Cakera pemilih boleh diputar sama ada mengikut
arah jam atau lawan jam untuk memilih program basuh dan mengering yang dikehendaki.
Kedudukan “Cottons Eco” (Eko Kapas) dan “Synthetic Eco” (Eko Sintetik) selaras dengan program JIMAT TENAGA dan hingga basuh sejuk.
Sebelum menetapkan cakera pada mana-mana kedudukan, pastikan mesin dimatikan.
Penting!
Di akhir program, cakera pemilih hendaklah
diputar ke kedudukan Off untuk mematikan
mesin.
2Butang “Temp.” (Suhu)
Tekan butang ini berulang kali untuk meningkatkan atau mengurangkan suhu, jika ingin pakaian dicuci pada suhu yang lain daripada yang diusulkan oleh mesin. Lampu yang berkenaan akan menyala.
Suhu maksimum ialah 95°C untuk kain kapas putih, 60°C untuk kain kapas berwarna, Eko Kapas dan kain sintetik, 40°C untuk kain halus, wul dan dibasuh tangan, 30°C untuk Mini 30.
Penempatan selaras dengan COLD WASH (BASUH SEJUK). Opsyen ini boleh digunakan untuk kain basuhan yang sangat halus, seperti langsir.
3Butang kelajuan putaran
Tekan butang ini berulang kali untuk mengubah kelajuan putaran, jika ingin pakaian diputar pada kelajuan yang lain daripada yang diusulkan oleh mesin basuh. Lampu yang berkenaan akan menyala. Kelajuan maksimum ialah:
• untuk kain kapas: 1200 rpm;
• bagi kain sintetik, wul, dan kain yang harus dibasuh tangan: 900 rpm;
• untuk kain halus dan program “Mini 30”: 700 rpm.
Kedudukan RINSE HOLD (TAHAN BILAS) :
apabila opsyen ini dipilih, air bilasan terakhir tidak disalirkan supaya pakaian tidak renyuk.
Pada akhir kitaran itu, lampu butang “Start/Pause” (Mula / Jeda) akan berkelip, lampu pandu kekal menyala, pintu disekat dan sifar berkelip akan muncul pada paparan untuk menandakan air mesti disalirkan.
66
Loading...
+ 22 hidden pages