AEG EWF860 User Manual [ms]

EWF860_UK.qxp 4/6/2006 3:50 PM Page 1
fkpqor`qflk _llhibq
t^pefkd=j^`efkb=
NQT142300
EW880F EWF860
GB
CN
MS
Pelanggan yang dihormati,
Sila baca petunjuk operasi ini dengan cermat dan beri perhatian khusus kepada catatan keselamatan yang dinyatakan di beberapa halaman yang pertama. Kami syorkan supaya anda menyimpan buku petunjuk ini supaya dapat menjadi rujukan pada lain masa, dan serahkan kepada pemilik yang baru jika mesin ini bertukar tangan nanti.
Kerosakan dalam pengangkutan
Apabila mesin dikeluarkan daripada bungkusannya, harap periksa dan pastikan tidak ada kerosakan. Jika berasa ragu, jangan gunakannya dan hubungilah Pusat Servis.
Lambang-lambang yang anda lihat dalam buku petunjuk ini bermaksud seperti berikut:
Segitiga amaran dan/atau kata kunci (Amaran!, Awas!) menegaskan maklumat yang khusus penting bagi keselamatan anda atau bagi penggunaan alat ini yang betul.
Maklumat yang ditandakan dengan lambang ini memberi petunjuk tambahan dan petua praktikal tentang cara menggunakan mesin.
Lambang ini menandakan petua dan maklumat tentang penggunaan mesin yang hemat dan serasi dengan ekologi.
Sumbangan kami kepada perlindungan alam
sekitar: kami gunakan kertas serasi alam sekitar.
44
Kandungan
Amaran 46-47
Pelupusan 47
Petua bagi perlindungan alam sekitar 47
Spesifikasi teknikal 48
Pemasangan 49
Mengeluarkan mesin dari bungkusan 49
Menempatkan dan pemarasan mesin 49
Saluran air masuk 49-50
Penyaliran air 50
Sambungan elektrik 50
Mesin basuh baru anda 51
Perihalan mesin 51
Laci detergen 51
Penyengeraan 61-62
Badan Mesin 61
Kedap pintu 61
Laci detergen 61
Pam saliran 62
Turas saluran air masuk 62
Penyaliran air darurat 62
Mengelakkan sejuk-beku 62
Jika ada masalah 63-64
MELAYU
BAHASA
Penggunaan 52
Panel kawalan 52
Kawalan 52-53
Petua membasuh 54
Mengisih pakaian 54
Suhu 54
Sebelum memasukkan pakaian 54
Beban maksimum 54
Berat pakaian 54
Menghapus tanda kotor 54
Detergen dan perapi tambahan 55
Simbol kod basuh antarabangsa 56
Jujukan operasi 57-58
Jadual program 59-60
45
Amaran
Amaran berikut diberi demi menjaga keselamatan umumnya. Anda mesti membacanya dengan teliti sebelum memasang atau menggunakan mesin.
Pemasangan
• Semua bahan penyendal dalaman mesti dikeluarkan sebelum menggunakan mesin. Mesin atau perabot di sebelah-menyebelahnya boleh rosak teruk jika alat-alat pelindung pengangkutan ini tidak dikeluarkan atau tidak dikeluarkan semuanya. Sila rujuk perenggan yang berkenaan dalam buku petunjuk ini.
• Apa-apa kerja elektrik untuk memasang mesin ini harus dilakukan oleh juruelektrik bertauliah.
• Apa-apa kerja perpaipan untuk memasang mesin ini mesti dilakukan oleh jurupaip yang bertauliah.
• Setelah mesin dipasang, pastikan kabel bekalan elektrik tidak ditindih olehnya.
• Jika mesin diletakkan di atas lantai permaidani, pastikan udara dapat beredar bebas antara kakinya dengan lantai.
Penggunaan
• Mesin ini direka untuk kegunaan di rumah sahaja. Jangan gunakan untuk tujuan lain daripada yang dimaksudkan.
• Basuh kain yang memang dimaksudkan untuk dibasuh dengan mesin sahaja. Petunjuk di label pakaian hendaklah dipatuhi.
• Jangan masukkan pakaian melebihi beban yang dibenarkan bagi mesin. Patuhi petunjuk yang terkandung dalam buku petunjuk ini.
• Pastikan semua saku kosong. Benda-benda seperti wang logam, pin keselamatan, jarum dan skru boleh menyebabkan kerosakan besar.
• Jangan basuh di mesin ini pakaian yang telah dibasahi petroleum, spirit, trikloretilena, dsb. Jika bahan seperti itu telah digunakan untuk menanggalkan tanda-tanda kotor sebelum membasuh, tunggulah dahulu hingga sejat seluruhnya sebelum memasukkan pakaian.
• Isikan dengan bahan kecil seperti stokin, tali pinggang, dsb dalam kantung kain atau sarung bantal supaya tidak tersepit antara dram dengan tab.
• Gunakan bahan pelembut kain mengikut sukatan yang disarankan sahaja. Jika berlebihan boleh merosakkan pakaian yang dicuci.
• Biarkan pintu renggang sedikit apabila mesin tidak digunakan. Cara ini dapat memelihara kedap pintu dan mencegah bau hapak.
• Setiap kali hendak membuka pintu, pastikan air telah disalirkan semuanya. Jika belum, salirkan air seperti yang ditunjukkan dalam buku petunjuk ini.
• Cabut plag dan tutup pili air setiap kali selesai menggunakan mesin.
Keselamatan umum
• Kerja baik pulih mesin mesti dilakukan oleh kakitangan yang bertauliah sahaja. Kerja baikpulih jika dilakukan oleh orang yang tidak berpengalaman boleh menyebabkan bahaya berat. Harap hubungi Pusat Servis setempat.
• Jangan sekali-kali tarik kabel bekalan elektrik untuk mencabut plag dari soketnya; pegang dan cabut plag itu sendiri.
• Semasa program basuh bersuhu tinggi, kaca pintu boleh menjadi panas. Jangan sentuh!
46
Keselamatan kanak-kanak
P1131
• Kanak-kanak sering kali tidak sedar betapa bahayanya alat-alat elektrik. Semasa mesin sedang bekerja, kanak-kanak harus diperhatikan baik-baik dan tidak dibiarkan bermain dengan mesin.
• Bahan bungkusan (misalnya kantung plastik, bahan polistirena) boleh membahayakan kanak­kanak – bahaya lemas! Simpan jauh dari jangkauan kanak-kanak.
• Semua detergen harus disimpan di tempat yang selamat jauh dari jangkauan kanak-kanak.
• Jangan biarkan kanak-kanak atau haiwan peliharaan memanjat masuk dram. Satu ciri khusus telah digabungkan pada mesin untuk mengelakkan hal ini. Untuk mengaktifkan peranti, putar butang (tanpa menekan) di dalam pintu ke arah jam sehingga ia selari dengan alurnya. Jika perlu, gunakan duit syiling.
Pelupusan
Untuk menyahaktifkan peranti dan membolehkan kemungkinan pintu ditutup, putar butang ke arah lawan jam sehingga alurnya menegak.
• Apabila mesin hendak dibuang, potong kabel bekalan elektrik dan musnahkan plag pada kabel yang tertinggal. Rosakkan kancing pintu supaya kanak-kanak tidak terperangkap di dalam apabila bermain.
MELAYU
BAHASA
ENGLISH
Bahan bungkusan
Bahan yang ditandakan dengan lambang boleh dikitar semula.
>PE<=polietilena
>PS<=polistirena
>PP<=polipropilena
Ertinya, bahan-bahan ini boleh digunakan semula dengan dilupuskan dengan cara yang betul dalam bekas pengumpulan yang berkenaan.
Petua bagi perlindungan alam sekitar
Demi menjimatkan air, tenaga dan membantu melindungi alam sekitar, kami syorkan anda mematuhi petua berikut:
• Pakaian yang biasa kotornya boleh dibasuh tanpa prabasuh, demi menjimatkan detergen, air dan masa (dan melindungi alam sekitar juga!)
• Mesin ini lebih menjimatkan jika diisi beban penuh. Jangan masukkan pakaian melebihi beban yang dibenarkan bagi mesin.
Mesin
Gunakan tapak pelupusan yang dibenarkan bagi mesin yang lama. Mari sama-sama kita menjaga kebersihan negara!
• Jika dibersihkan secukupnya sebelum dibasuh, tanda-tanda dan kotoran sedikit-sedikit boleh dihapuskan; seterusnya pakaian dapat dibasuh pada suhu lebih rendah.
• Sukat detergen menurut takat kesadahan air, takat kekotoran pakaian dan jumlah pakaian yang hendak dicuci.
47
BAHASA
MELAYU
Spesifikasi teknikal
DIMENSI
Tinggi 85 cm Lebar 60 cm Panjang ke Dalam 59 cm
BEBAN MAKSIMUM Kapas 6.5 kg (EW880F)
5.5 kg (EWF860)
Sintetik 2.5 kg
Bahan Halus 2.5 kg
Bahan wul 2 kg
KELAJUAN PUTARAN maks 850 rpm
VOLTAN/FREKUENSI BEKALAN KUASA 230-240V / 50HZ JUMLAH KUASA TERSERAP 2050W PERLINDUNGAN FIUS MINIMUM 10A
TEKANAN AIR Minimum 0.05 MPa
Maksimum 0.8 MPa
Perkakas ini mematuhi Arahan EEC berikut: 73/23/EEC bertarikh 19/02/73 tentang voltan rendah 89/336/EEC bertarikh 03/05/tentang keserasian elektromagnet.
48
ENGLISH
BAHASA
MELAYU
5. Tegakkan mesin dan tanggalkan baki skru di belakang. Luncur keluarkan pin berkenaan.
6. Sumbat kesemua lubang dengan penyumbat yang disediakan di dalam sampul yang mengandungi buku petunjuk.
Penempatan
Pasangkan mesin di atas lantai yang keras dan datar. Pastikan peredaran udara di sekeliling mesin tidak di ganggu oleh permaidani, dab sebagainya. Pastikan mesin tidak menyentuh dinding atau unit gerobok. Ratakan kedudukan mesin dengan berhati-hati memutar skru kakinya naik atau turun. Jangan alaskan dengan kadbod, kepingan kayu atau bahan lain di bawah mesin untuk meratakannya.
Saluran air masuk
Sambungkan hos air masuk ke pili air yang mempunyai ulir
3/4” BSP. Gunakan hos yang dibekalkan bersama mesin basuh. JANGAN GUNAKAN HOS YANG LAMA. Bahagian hujung lain hos air masuk yang bersambung dengan mesin boleh diputarkan ke arah mana pun. Longgarkan saja pemasangan, putarkan hos, kemudian ketatkan semula sambil memastikan tiada kebocoran air.
P1051
Pemasangan
IM_EWF887_MS.qxd 21-10-2005 17:08 Pagina 43
Mengeluarkan mesin dari bungkusan
Semua bolt pengangkutan dan bahan pembungkusan mesti dikeluarkan sebelum menggunakan perkakas.
Anda dinasihatkan supaya menyimpan semua alat pengangkutan supaya dapat dipasang semula jika mesin perlu diangkut lagi nanti.
1. Dengan menggunakan sepana, longgarkan dan tanggalkan dua skru di belakang sebelah bawah. Luncur keluarkan dua pin plastik. Baringkan mesin di atas bahagian belakangnya, dan pastikan hos tidak tertindih. Hal ini dapat dielakkan dengan mengalaskan satu bongkah penyendal sudut di antara mesin dan lantai.
P1128
P0002
P1129
P0001
2. Keluarkan bongkah polistirena dari bawah mesin dan lepaskan dua kantung plastik.
3. Dengan berhati-hati, luncur keluarkan kantung kiri politena, keluarkan ke arah kanan dan ke bawah.
1
2
3
P1123
4. Dengan berhati-hati, luncur keluarkan kantung kanan politena, keluarkan ke arah kiri dan kemudian ke atas. Keluarkan penutup bahagian bawah yang terletak di dalam dram mesin, letak cangkuknya seperti yang ditunjukkan anak panah ‘A’ dan tolak bahagian atas penutup untuk menutupnya.
Penting: Anda boleh mendapatkan arahan lanjut mengenai pemasangan penutup bahagian bawah di dalam kantungnya sndiri.
P1126
P1127
P1088
49
P0021
Loading...
+ 16 hidden pages