AEG EWF1470 User Manual [ms]

Pelanggan yang dihormati,

Sila baca petunjuk operasi ini dengan cermat dan beri perhatian khusus kepada catatan keselamatan yang dinyatakan di beberapa halaman yang pertama. Kami syorkan supaya anda menyimpan buku petunjuk ini supaya dapat menjadi rujukan pada lain masa, dan serahkan kepada pemilik yang baru jika mesin ini bertukar tangan nanti.

Kerosakan dalam pengangkutan

Apabila mesin dikeluarkan daripada bungkusannya, harap periksa dan pastikan tidak ada kerosakan. Jika berasa ragu, jangan gunakannya dan hubungilah Pusat Servis.

BAHASA MELAYU

Lambang-lambang yang anda lihat dalam buku petunjuk ini bermaksud seperti berikut:

Segi tiga amaran dan/atau kata kunci (Amaran!, Awas!) menegaskan maklumat yang khusus penting bagi keselamatan anda atau bagi penggunaan alat ini yang betul.

Maklumat yang ditandakan dengan lambang ini memberi petunjuk tambahan dan petua praktikal tentang cara menggunakan mesin.

Petua dan maklumat mengenai penggunaan mesin yang hemat dan serasi dengan ekologi.

Sumbangan kami kepada perlindungan alam sekitar: kami gunakan kertas serasi alam sekitar.

59

Kandungan

Amaran

61-62

Pelupusan

62

Petua bagi melindungi alam

 

sekitar

62

Spesifikasi teknikal

63

Pemasangan

64

Mengeluarkan mesin dari bungkusan

64

Menempatkan dan pemarasan mesin

64

Saluran air masuk

64-65

Penyaliran air

65

Sambungan elektrik

65

Mesin basuh baru anda

66

Perihalan mesin

66

Lampu kunci pintu

66

Laci dispenser detergen

66

Penggunaan

67

Panel kawalan

67

Kawalan

67-73

Petua membasuh

74

Mengisih pakaian

74

Suhu

74

Sebelum memasukkan pakaian

74

Beban maksimum

74

Berat pakaian

74

Menghapus tanda kotor

74

Detergen dan perapi tambahan

75

Lambang kod basuh antarabangsa

76

Jujukan operasi

77-80

Jadual program

81-82

Penyenggeraan

83-84

Kedap pintu

83

Badan Mesin

83

Laci dispenser detergen

83

Membersihkan penuras

83-84

Turas saluran air masuk

84

Bahaya penyejukbekuan

84

Penyaliran air darurat

84

Jika ada masalah

85-86

60

Amaran

Amaran berikut diberi demi menjaga keselamatan umumnya. Anda mesti membacanya dengan teliti sebelum memasang atau menggunakan mesin.

Pemasangan

Semua bahan penyendal dalaman mesti dikeluarkan sebelum menggunakan mesin. Mesin atau perabot di sebelah-menyebelahnya boleh rosak teruk jika alat-alat pelindung pengangkutan ini tidak dikeluarkan atau tidak dikeluarkan semuanya. Sila rujuk perenggan yang berkenaan dalam buku petunjuk ini.

Apa-apa kerja elektrik atau memasang mesin ini harus dilakukan oleh juruelektrik bertauliah.

Apa-apa kerja perpaipan atau memasang mesin ini harus dilakukan oleh tukang paip bertauliah.

Setelah mesin dipasang, pastikan kabel bekalan elektrik tidak ditindih olehnya.

Jika mesin diletakkan di atas lantai permaidani, pastikan udara dapat beredar bebas antara kakinya dengan lantai.

Penggunaan

Mesin ini direka untuk kegunaan di rumah sahaja. Jangan gunakan untuk tujuan lain daripada yang dimaksudkan.

Basuh kain yang memang dimaksudkan untuk dibasuh dengan mesin sahaja. Petunjuk di label pakaian hendaklah dipatuhi.

Jangan masukkan pakaian melebihi beban yang dibenarkan bagi mesin. Patuhi petunjuk yang terkandung dalam buku petunjuk ini.

Pastikan semua saku kosong. Benda-benda seperti wang logam, pin keselamatan, jarum dan skru boleh menyebabkan kerosakan besar.

Jangan basuh di mesin ini pakaian yang telah dibasahi petroleum, spirit, trikloretilena, dsb. Jika bahan seperti itu telah digunakan untuk menanggalkan tanda-tanda kotor sebelum membasuh, tunggulah dahulu hingga sejat seluruhnya sebelum memasukkan pakaian.

Isikan dengan bahan kecil seperti setokin, tali pinggang, dsb. di dalam kantung kain atau sarung bantal supaya tidak tersepit antara dram dengan tab.

Gunakan bahan pelembut kain mengikut sukatan yang disarankan sahaja. Jika berlebihan, boleh merosakkan pakaian yang dicuci.

Biarkan pintu mesin renggang sedikit apabila perkakas ini tidak digunakan. Cara ini dapat memelihara kedap pintu dan mencegah terbentuknya bau hapak.

Sentiasa pastikan air telah disalirkan semuanya sebelum membuka pintunya. Jika belum, salirkan air seperti yang ditunjukkan di dalam buku petunjuk ini.

Cabut plag dan tutup pili air setiap kali selesai menggunakan mesin.

Keselamatan umum

Kerja baik pulih mesin mesti dilakukan oleh kakitangan yang bertauliah sahaja. Kerja baik pulih jika dilakukan oleh orang yang tidak berpengalaman boleh menyebabkan bahaya berat. Harap hubungi Pusat Servis setempat.

Jangan sekali-kali tarik kabel bekalan elektrik untuk mencabut palam dari soketnya; sentiasa pegang dan cabut palam itu sendiri.

Semasa program basuh bersuhu tinggi, kaca pintu boleh menjadi panas. Jangan sentuh!

BAHASA MELAYU

61

Keselamatan kanak-kanak

Kanak-kanan sering kali tidak sedar betapa bahayanya alat-alat elektrik. Semasa mesin sedang bekerja, kanak-kanak harus diperhatikan baik-baik dan tidak dibiarkan bermain dengan mesin.

Komponen pembungkusan (misalnya lapik plastik, polistirena) boleh membahayakan kanak-kanak - bahaya kelemasan! Jauhkan daripada capaian kanak-kanak.

Simpan semua detergen di tempat yang selamat jauh daripada capaian kanak-kanak.

Pastikan kanak-kanak atau haiwan peliharaan tidak memanjat masuk ke dalam dram. Satu ciri khusus telah digabungkan pada mesin untuk mengelakkan hal ini. Untuk mengaktifkan peranti, putar butang (tanpa menekan) di dalam pintu ke arah jam sehingga ia selari dengan alurnya. Jika perlu, gunakan duit syiling.

Untuk menyahaktifkan peranti ini dan membolehkan semula kemungkinan pintu ditutup, putar butang ke arah lawan jam sehingga alurnya menegak.

Apabila perkakas ini hendak disingkirkan, potong kabel bekalan elektrik dan musnahkan palam bersama baki kabel. Rosakkan kancing pintu supaya kanak-kanak tidak akan terperangkap di dalam semasa bermain.

Pelupusan

Bahan pembungkusan

Bahan yang ditandakan dengan simbol boleh dikitar semula.

>PE<=polietilena >PS<=polistirena >PP<=polipropilena

Hal ini bererti bahan tersebut boleh dikitar semula dengan melupuskannya dengan cara yang betul di dalam bekas pemungutan yang sesuai.

Mesin

Gunakan tapak pelupusan yang disahkan bagi perkakas lama. Bersama-sama kita menjaga kebersihan negara!

Simbol pada produk ini atau kemasannya adalah tanda bahwa produk ini tidak boleh diperlakukan sebagai limbah rumah tangga. Melainkan, produk ini harus diserahkan ke tempat pengumpulan limbah daur-ulang untuk perangkat listrik dan elektronik. Dengan memastikan bahwa produk ini dibuang dengan benar, Anda membantu mencegah timbulnya konsekuensi negatif terhadap lingkungan dan kesehatan manusia yang bisa muncul jika limbah produk ini ditangani secara tidak benar. Untuk informasi lebih jauh mengenai daur-ulang produk ini, hubungi kantor pemda setempat, layanan pembuangan limbah rumah tangga atau toko tempat membeli produk ini.

Petua bagi perlindungan alam sekitar

Demi menjimatkan air dan tenaga serta membantu melindungi alam sekitar, kami menyarankan agar petua berikut dipatuhi:

Pakaian yang biasa kotornya boleh dibasuh tanpa prabasuh untuk menjimatkan detergen, air dan masa (dan melindungi alam sekitar juga!).

Mesin ini lebih menjimatkan jika diisikan beban penuh.

Jika dibersihkan secukupnya sebelum dibasuh, tanda dan kotoran yang sedikit boleh dihapuskan; seterusnya pakaian dapat dibasuh pada suhu lebih rendah, dengan itu menjimatkan tenaga.

Sukat detergen menurut takat kesadahan air, takat kekotoran dan jumlah pakaian yang hendak dicuci.

62

Spesifikasi teknikal

DIMENSI

Tinggi

85 cm

 

Lebar

60 cm

 

Dalam

62 cm

 

 

 

BEBAN MAKSIMUM

Kapas

7 kg

 

Sintetik

3 kg

 

Bahan halus

3 kg

 

Bahan wul dan Dibasuh tangan

2 kg

 

 

 

KELAJUAN PUTARAN

 

1400 rpm maks.

 

 

VOLTAN/FREKUENSI BEKALAN KUASA

230-240 V/50 Hz

JUMLAH KUASA TERSERAP

 

2050 W

PERLINDUNGAN FIUS MINIMUM

 

10 A

 

 

 

TEKANAN AIR

Minimum

0.05 MPa

 

Maksimum

0.8 MPa

Perkakas ini mematuhi Arahan EEC yang berikut: 73/23/EEC bertarikh 19/02/73 tentang voltan rendah

89/336/EEC bertarikh 03/05/89 tentang keserasian elektromagnet.

BAHASA MELAYU

63

AEG EWF1470 User Manual

Pemasangan

Mengeluarkan mesin dari bungkusan

Semua bolt pengangkutan dan bahan pembungkusan mesti dikeluarkan sebelum menggunakan perkakas.

Anda dinasihatkan supaya menyimpan semua alat pengangkutan supaya dapat dipasang semula jika mesin perlu diangkut lagi nanti.

1.Dengan menggunakan sepana, longgarkan dan tanggalkan dua skru di belakang sebelah bawah. Luncur keluarkan dua pin plastik.

7.Tegakkan mesin dan tanggalkan baki skru di belakang. Luncur keluarkan pin berkenaan.

8.Sumbat kesemua lubang dengan penyumbat yang disediakan di dalam sampul yang mengandungi buku petunjuk.

2.Baringkan mesin di atas bahagian belakangnya, dan pastikan hos tidak tertindih. Hal ini dapat dielakkan dengan mengalaskan satu bungkah penyendal sudut di antara mesin dan lantai.

3.Keluarkan bungkah polistirena dari bawah mesin. Longgarkan dan tanggalkan empat kaki mesin. Lepaskan dua kantung plastik.

4.Dengan berhati-hati, luncur keluarkan kantung kiri politena, keluarkan ke arah kanan dan ke bawah.

5.Luncur keluarkan kantung politena kanan secara berhati-hati, dengan mengeluarkannya menuju ke arah kiri dan kemudian ke atas.

6.Angkat keluar penutup bahagian bawah yang terletak di dalam dram mesin, letak cangkuknya seperti yang ditunjukkan oleh anak panah «A» dan tolak bahagian atas penutup untuk menutupnya

Penting !

Anda boleh mendapatkan arahan lanjut mengenai pemasangan penutup bahagian bawah di dalam kantungnya sendiri.

Menempatkan dan pemarasan mesin

Pasangkan mesin di atas lantai yang keras dan datar.

Pastikan peredaran udara di sekeliling mesin tidak di ganggu oleh permaidani, dab sebagainya. Pastikan mesin tidak menyentuh dinding atau unit dapur lain. Ratakan kedudukan mesin dengan berhati-hati memutar skru kakinya naik atau turun. Jangan alaskan dengan kadbod, kepingan kayu atau bahan lain di bawah mesin untuk meratakannya.

Saluran air masuk

Sambungkan mesin dengan pilih air sejuk dengan ulir 3/4” dengan menggunakan hos salur masuk air yang terletak di bahagian belakang perkakas.

Jangan menggunakan ini hos lama yang telah terpakai.

Bahagian hujung lain hos air masuk yang bersambung dengan mesin boleh diputarkan ke arah mana pun. Longgarkan saja pemasangan, putarkan hos, kemudian ketatkan semula sambil memastikan tiada kebocoran air.

64

Jangan panjangkan hos air masuk. Jika terlalu pendek dan anda tidak mahu mengalihkan pili air, anda perlu membeli hos baru yang lebih panjang dan khusus dibuat untuk kegunaan seperti ini.

Penting !

Sebelum menyambungkan mesin pada perpaipan baru atau perpaipan yang sudah lama tidak digunakan, biarkan air yang mencukupi mengalir dari pili bagi mengeluarkan apa-apa kotoran yang terkandung di dalam paip.

Penyaliran air

Hujung hos saliran dapat diletakkan dengan tiga cara:

Disangkutkan pada pinggir besen cuci menggunakan pandu hos plastik yang disediakan bersama mesin. Dalam hal ini, pastikan hujung hos itu tidak dapat terlepas apabila mesin menyalirkan air.

Ini dapat dilakukan dengan mengikatnya pada pili dengan tali ataupun menyematkannya pada dinding.

Dalam satu cabang paip besen cuci. Cabang ini mesti berada di atas perangkap kotoran paip dan keloknya mesti berada sekurang-kurangnya 60 cm di atas lantai.

Langsung terus ke dalam paip saliran pada paras sekurang-kurangnya 60 cm dan tidak lebih daripada 90 cm.

Hujung hos saliran mesti sentiasa diudarakan, ertinya, garis pusat di dalam paip saliran mesti lebih besar daripada garis pusat luar hos saliran.

Jangan biarkan hos saliran terpiuh. Lalukan di atas lantai; bahagian yang hampir dengan punca saliran sahaja yang perlu ditinggikan.

Sambungan elektrik

Mesin ini direka bentuk untuk menggunakan bekalan kuasa 230-240 V, fasa tunggal, 50 Hz.

Periksa sama ada bekalan elektrik rumah anda dapat menerima beban maksimum yang diperlukan (2,05 kW), dengan mengambil kira perkakas elektrik lain yang digunakan.

AMARAN: PERKAKAS INI MESTI DIBUMIKAN.

Pengilang menolak sebarang tanggungjawab sekirannya langkah keselamatan ini tidak dipatuhi.

Mesin ini dibekalkan dengan palam 13amp siap dipasang.

Jika fius di dalam palam yang dibekalkan perlu diganti, gunakan fius 13amp yang diluluskan ASTA (BS1363A).

Jika palam perlu diganti atas apa-apa sebab pun, lakukan seperti yang dihuraikan di bawah: Wayar di dalam salur bekalan kuasa diwarnakan mengikut kod berikut:

Hijau dan Kuning

- Bumi

Biru

- Neutral

Perang

- Hidup

Wayar hijau dan kuning mesti disambungkan dengan terminal bertanda dengan huruf «E» atau berlambang bumi atau berwarna hijau dan kuning.

Wayar biru mesti disambungkan dengan terminal «N» atau berwarna hitam.

Wayar perang mesti disambungkan dengan terminal «L» atau berwarna merah.

Setelah siap, jangan sampai ada wayar terpotong atau helaian wayar yang terlepas dan kapit kabel mesti kemas mengikat sarung luar kabel.

AMARAN:

Palam yang terpotong menimbulkan bahaya keselamatan (kejutan elektrik) yang serius jika ditusukkan pada soket 13 amp. Pastikan palam yang terpotong dibuang dengan cara yang selamat.

BAHASA MELAYU

65

Mesin basuh baru anda

Mesin basuh baru ini yang dilengkapi sistem New Jet, memenuhi semua keperluan moden bagi mencuci pakaian secara berkesan, dengan penggunaan air, tenaga dan detergen yang rendah.

Penjimatan lanjut dapat dicapai dengan membasuh beban pakaian yang kecil, kerana penggunaan air dan elektrik berpadanan dengan jumlah dan jenis pakaian yang dibasuh.

Program khas wul dengan sistem basuh lembut yang baru membasuh pakaian wul dengan cukup cermat.

Penyejukan automatik air basuh daripada 95° ke 60°C sebelum disalirkan dapat mengelakkan dari paip salir lama menjadi rosak dan mengurangkan kejutan haba pada kain, yang membantu mengelakkannya daripada merenyuk.

Peranti pengesan ketidakseimbangan menghalang getaran semasa berputar.

Perihalan mesin

1 Laci dispenser detergen

2 Panel kawalan

3 Lampu kunci pintu

4 Pemegang pintu

5 Pam saliran

6 Kaki boleh laras

Lampu kunci pintu

Lampu ini tetap menyala sepanjang program, menandakan pintu terkunci.

Apabila lampu ini padam, pintu boleh dibuka (lihat halaman 80).

Laci dispenser detergen

Prabasuh

Basuh utama

Pelembut kain, kanji

66

Loading...
+ 21 hidden pages