AEG EWF1084, EWF984 User Manual [ms]

Lambang-lambang yang anda lihat dalam buku petunjuk ini bermaksud seperti berikut:
Segi tiga amaran dan/atau kata kunci (Amaran!, Awas!) menegaskan maklumat yang khusus penting bagi keselamatan anda atau bagi penggunaan alat ini yang betul.
Maklumat yang ditandakan dengan lambang ini memberi petunjuk tambahan dan petua praktikal tentang cara menggunakan mesin.
Lambang ini menandakan petua dan maklumat tentang penggunaan mesin yang hemat dan serasi dengan ekologi.
alam sekitar: kami menggunakan
kertas endah alam sekitar.
46
Pelanggan yang dihormati,
Sila baca petunjuk operasi ini dengan cermat dan beri perhatian khusus kepada catatan keselamatan yang dinyatakan di beberapa halaman yang pertama. Kami syorkan supaya anda menyimpan buku petunjuk ini supaya dapat menjadi rujukan pada lain masa, dan serahkan kepada pemilik yang baru jika mesin ini bertukar tangan nanti.
Mengisih pakaian 56
Suhu 56
Sebelum memasukkan pakaian 56
Beban maksimum 56
Berat pakaian 56
Menghapus tanda kotor 56
Detergen dan perapi tambah 57
Jumlah detergen yang patut digunakan 57
Simbol kod basuh antarabangsa 58
Jujukan operasi 59-62
Program membasuh 63-64
Penyenggeraan 64
Badan mesin 64
Kedap pintu 64
Laci dispenser detergen 64
Pam saliran 64
Turas saluran air masuk 65
Penyaliran air darurat 65
Mengelakkan sejuk-beku 65
Jika ada masalah 66-67
Amaran 47
Pelupusan 48
Petua bagi perlindungan alam sekitar 48
Spesifikasi teknikal 48
Pemasangan 49
Mengeluarkan mesin dari bungkusan 49
Penempatan 49
Saluran air masuk 49
Penyaliran air 50
Sambungan elektrik 50
Mesin basuh baru anda 51
Perihalan mesin 51
Laci dispenser detergen 51
Penggunaan 52
Panel kawalan 52
Kawalan 52-55
Petua membasuh 56
Kandungan
Kerosakan dalam pengangkutan
Apabila mesin dikeluarkan daripada bungkusannya, harap periksa dan pastikan tidak ada kerosakan. Jika berasa ragu, jangan gunakannya dan hubungilah Pusat Servis.
im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 46
47
Pemasangan
 Semua bahan penyendal dalaman mesti
dikeluarkan sebelum menggunakan mesin. Mesin atau perabot di sebelah-menyebelahnya boleh rosak teruk jika alat-alat pelindung pengangkutan ini tidak dikeluarkan atau tidak dikeluarkan semuanya. Sila rujuk perenggan yang berkenaan dalam buku petunjuk ini.
 Apa-apa kerja elektrik atau memasang mesin ini
harus dilakukan oleh juruelektrik bertauliah.
 Apa-apa kerja perpaipan atau memasang mesin
ini harus dilakukan oleh jurupaip bertauliah.
 Setelah mesin dipasang, pastikan kabel bekalan
elektrik tidak ditindih olehnya.
 Jika mesin diletakkan di atas lantai permaidani,
pastikan udara dapat beredar bebas antara kakinya dengan lantai.
Penggunaan
 Mesin ini direka untuk kegunaan di rumah sahaja.
Jangan gunakan untuk tujuan lain daripada yang dimaksudkan.
 Basuh kain yang memang dimaksudkan untuk
dibasuh dengan mesin sahaja. Petunjuk di label pakaian hendaklah dipatuhi.
 Jangan masukkan pakaian melebihi beban yang
dibenarkan bagi mesin. Patuhi petunjuk yang terkandung dalam buku petunjuk ini.
 Pastikan semua saku kosong. Benda-benda
seperti wang logam, pin keselamatan, jarum dan skru boleh menyebabkan kerosakan besar.
 Jangan basuh di mesin ini pakaian yang telah
dibasahi petroleum, spirit, trikloretilena, dsb. Jika bahan seperti itu telah digunakan untuk menanggalkan tanda-tanda kotor sebelum membasuh, tunggulah dahulu hingga sejat seluruhnya sebelum memasukkan pakaian.
 Isikan dengan bahan kecil seperti stokin, tali
pinggang, dsb. di dalam kantung kain atau sarung bantal suapaya tidak tersepit antara dram dengan tab.
Amaran
 Gunakan bahan pelembut kain mengikut sukatan
yang disarankan sahaja. Jika berlebihan, boleh merosakkan pakaian yang dicuci.
 Biarkan pintu mesin renggang sedikit apabila
perkakas ini tidak digunakan. Cara ini dapat memelihara kedap pintu dan mencegah terbentuknya bau hapak.
 Sentiasa pastikan air telah disalirkan semuanya
sebelum membuka pintunya. Jika belum, salirkan air seperti yang ditunjukkan di dalam buku petunjuk ini.
 Cabut plag dan tutup pili air setiap kali selesai
menggunakan mesin.
Keselamatan umum
 Kerja baik pulih mesin mesti dilakukan oleh
kakitangan yang bertauliah sahaja. Kerja baik pulih jika dilakukan oleh orang yang tidak berpengalaman boleh menyebabkan bahaya berat. Harap hubungi Pusat Servis
setempat.
 Jangan sekali-kali tarik kabel bekalan elektrik
untuk mencabut palam dari soketnya; sentiasa pegang dan cabut palam itu sendiri.
 Semasa program basuh bersuhu tinggi, kaca pintu
boleh menjadi panas. Jangan sentuh!
Keselamatan kanak-kanak
 Kanak-kanan sering kali tidak sedar betapa
bahayanya alat-alat elektrik. Semasa mesin sedang bekerja, kanak-kanak harus diperhatikan baik-baik dan tidak dibiarkan bermain dengan mesin.
 Komponen pembungkusan (misalnya lapik plastik,
polistirena) boleh membahayakan kanak-kanak ­bahaya kelemasan! Jauhkan daripada capaian kanak-kanak.
 Simpan semua detergen di tempat yang selamat
jauh daripada capaian kanak-kanak.
 Apabila perkakas ini hendak disingkirkan, potong
kabel bekalan elektrik dan musnahkan palam bersama baki kabel. Rosakkan kancing pintu supaya kanak-kanak tidak akan terperangkap di dalam semasa bermain.
Amaran berikut diberi demi menjaga keselamatan umumnya. Anda mesti membacanya dengan teliti sebelum memasang atau menggunakan mesin.
ENGLISH
BAHASA
MELAYU
im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 47
ENGLISH
BAHASA
MELAYU
49
Mengeluarkan mesin dari bungkusan
Semua bolt pengangkutan dan bahan pembungkusan mesti dikeluarkan sebelum menggunakan perkakas.
Anda dinasihatkan supaya menyimpan semua alat pengangkutan supaya dapat dipasang semula jika mesin perlu diangkut lagi nanti.
1. Dengan menggunakan sepana, longgarkan dan tanggalkan dua skru di belakang sebelah bawah. Luncur keluarkan dua pin plastik. Baringkan mesin di atas bahagian belakangnya, dan pastikan hos tidak tertindih. Hal ini dapat dielakkan dengan mengalaskan satu bongkah penyendal sudut di antara mesin dan lantai.
2. Keluarkan bongkah polistirena dari bawah mesin dan lepaskan dua kantung plastik.
3. Dengan berhati-hati, luncur keluarkan kantung kiri politena, keluarkan ke arah kanan dan ke bawah.
4. Dengan berhati-hati, luncur keluarkan kantung kanan politena, keluarkan ke arah kiri dan
kemudian ke atas. Keluarkan penutup bahagian bawah yang terletak di dalam dram mesin, letak cangkuknya seperti yang ditunjukkan anak panah A dan tolak bahagian atas penutup untuk menutupnya.
Penting: Anda boleh mendapatkan arahan lanjut
mengenai pemasangan penutup bahagian bawah di dalam kantungnya sendiri.
5. Tegakkan mesin dan tanggalkan baki skru di belakang. Luncur keluarkan pin berkenaan.
6. Sumbat kesemua lubang dengan penyumbat yang disediakan di dalam sampul yang mengandungi buku petunjuk.
Penempatan
Pasangkan mesin di atas lantai yang keras dan datar. Pastikan peredaran udara di sekeliling mesin tidak di ganggu oleh permaidani, dab sebagainya. Pastikan mesin tidak menyentuh dinding atau unit gerobok. Ratakan kedudukan mesin dengan berhati-hati memutar skru kakinya naik atau turun. Jangan alaskan dengan kadbod, kepingan kayu atau bahan lain di bawah mesin untuk meratakannya.
Saluran air masuk
Sambungkan hos air masuk ke pili air yang mempunyai ulir 3/4 BSP.
Gunakan hos yang dibekalkan bersama mesin basuh. JANGAN GUNAKAN HOS YANG LAMA. Bahagian hujung lain hos air masuk yang bersambung dengan mesin boleh diputarkan ke arah mana pun. Longgarkan saja pemasangan, putarkan hos, kemudian ketatkan semula sambil memastikan tiada kebocoran air.
Pemasangan
im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 49
P1129
1
2
3
P1123
P0001
P1126
P1128
P0002
P1127
P1088
P0021
50
Jangan panjangkan hos air masuk. Jika terlalu pendek dan anda tidak mahu mengalihkan pili air, anda perlu membeli hos baru yang lebih panjang dan khusus dibuat untuk kegunaan seperti ini.
Penyaliran air
Hujung hos saliran dapat diletakkan dengan tiga cara:
Disangkutkan pada pinggir besen cuci menggunakan pandu hos plastik yang disediakan bersama mesin. Dalam hal ini, pastikan
hujung hos itu tidak dapat terlepas apabila mesin menyalirkan air. Ini dapat dilakukan dengan mengikatnya pada pili dengan tali ataupun menyematkannya pada dinding.
Dalam satu cabang paip besen cuci. Cabang ini mesti berada di atas perangkap kotoran paip dan keloknya mesti berada sekurang-kurangnya 60 cm di atas lantai.
Langsung terus ke dalam paip saliran pada paras
sekurang-kurangnya 60 cm dan tidak lebih daripada 90 cm. Hujung saliran mesti sentiasa diudarakan, ertinya, garis pusat di dalam paip saliran mesti lebih besar daripada garis pusat luar hos saliran. Jangan biarkan hos saliran terpiuh. Lalukan di atas lantai; bahagian yang hampir dengan punca saliran sahaja yang perlu ditinggikan.
Untuk memastikan mesin dapat berfungsi dengan betul, hosnya hendaklah terus disangkutkan pada alat sokongan yang sesuai yang terletak pada bahagian atas di belakang perkakas.
P0023
P0022
Sambungan elektrik
Mesin ini direka bentuk untuk menggunakan bekalan kuasa 230-240 V, fasa tunggal, 50 Hz.
Periksa sama ada bekalan elektrik rumah anda dapat menerima beban maksimum yang diperlukan (2.05 kW), dengan mengambil kira perkakas elektrik lain yang digunakan.
Sambung mesin dengan soket yang dibumikan.
Pihak pengeluar enggan menanggung sebarang tanggungjawab di atas kerosakan atau kecederaan yang disebabkan oleh kegagalan mematuhi dengan langkah-langkah keselamatan di atas. Sekiranya kabel bekalan kuasa perlu diganti, ia hendaklah dilakukan oleh pihak Pusat Servis kami.
Mesin ini dibekalkan dengan palam 13amp siap dipasang. Jika fius di dalam palam yang dibekalkan perlu diganti, gunakan fius 13amp yang diluluskan ASTA (BS1363/A). Jika palam perlu diganti atas apa-apa sebab pun, lakukan seperti yang dihuraikan di bawah: Wayar di dalam salur bekalan kuasa diwarnakan mengikut kod berikut:
Hijau dan Kuning - Bumi
Biru - Neutral
Perang - Hidup
Wayar hijau dan kuning mesti
disambung kepada terminal bertanda dengan huruf «E» atau berlambang bumi atau berwarna hijau dan kuning.
Wayar biru mesti disambungkan dengan terminal «N» atau berwarna hitam.
Wayar perang mesti disambungkan dengan terminal «L» atau berwarna merah. Setelah siap, jangan sampai ada wayar terpotong atau helaian wayar yang terlepas dan kapit kabel mesti kemas mengikat sarung luar kabel.
im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 50
GREEN & YELLOW
BLUE
P1041
E
N
13A
L
BROWN
CORD CLAMP
ENGLISH
BAHASA
MELAYU
51
1. Laci detergen
2. Panel kawalan
3. Pemegang pintu
4. Pam saliran
5. Kaki boleh laras
Laci dispenser detergen
Pra-basuh
Basuh utama
Pelembut kain, kanji
Mesin basuh baru anda
Perihalan mesin
Mesin baru yang dilengkapi sistem New Jet, memenuhi semua keperluan moden bagi mencuci pakaian secara berkesan, dengan penggunaan air, tenaga dan detergen yang rendah.
• Program Dibasuh tangan khas dengan sistem basuh lembut yang baru membasuh pakaian halus dengan
cukup cermat.
• Program khas wul dengan sistem basuh lembut yang baru membasuh pakaian wul dengan cukup cermat.  Penyejukan automatik air basuh daripada 90° hingga 60°C sebelum disalirkan dapat mengelakkan paip salir
lama menjadi rosak.
• Peranti kawalan imbangan memastikan mesin sentiasa mantap semasa putaran.
im_ewf1090_MS.qxd 07/09/2005 16:40 Pagina 51
12
5
3
4
Loading...
+ 16 hidden pages